Saturday, December 26, 2015

Bersediakah Aku ?



Assalamualaikum wbt.


 Pertama-tamanya marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw kerana dengan usaha titik peluhnya dahulu telah memberi kita nikmat yang teragung sekali,yakni nikmat iman dan islam. Dan mohon jangan bash saya jika hanya pada maulid nabi kita mengenang Baginda Nabi saw, tetapi itulah realitinya kini. Umat islam hanya ingat nabi sewaktu maulid nabi namun dalam kehidupan seharian sukar benar nak contohi utusan agung kita ini. Sedihkan? ambillah ini sebagai pesanan buat diri kita. Ok back to the topic, saya pun tak tahu awat waktu study week ni rasa dah tak macam study week sangat. Tengok kipas pun terhibur apalagi kalau tengok awak,erm..


  Sebenarnya tujuan entri ini adalah untuk mencukupkan korum yang memang saya dah set sejak awal tahun 2015,yakni dalam satu bulan mesti update blog minimumnya 3 entri. Dan alhamdulillah setakat ni rasanya masih on track lagilah. Haish apa aku buat ni,study week dok gatai update blog pulak. Tapi bukan setakat korum punya pasal sahaja, sebenarnya saya tertarik dengan persoalan yang dibangkitkan rakan saya sewaktu saya scroll timeline twitter pagi tadi.Nampak lagha lagi tu. Beliau mengajukan satu persoalan yang saya kira penting dan mahu atau tidak kena jawab juga akhirnya. Apa soalannya? haa


" Apa tanda yang lelaki ni betul-betul setia pada perhubungan yang ke arah perkahwinan ? "


Ok rilek,sabar jangan muntah dulu. Bukanlah niat saya suka bebenor nak bercerita bab cinta dan perasaan ini,tapi entri ini lebih kepada peringatan kepada diri saya sendiri dan buat ikhwah, rakan taulan diluar sana juga. Seringkali saya melihat ramai sekali anak muda yang terjerat dengan perasaan dan perhubungan yang tidak halal. Namun disini bukanlah saya mahu mencemuh atau merendah-rendahkan perbuatan anda,kerana umum sedia maklum sebagai manusia kita memang dikurniakan dengan naluri untuk berkasih sayang dan hidup berpasangan, tidak terkecuali diri saya sendiri. Dan selalunya,saya berdoa agar pasangan-pasangan yang ada disekeliling saya ini dimudahkan urusan untuk mengikat tali perkahwinan segera. Mesti seronokkan bila hidup berdua, berkongsi suka dan duka bersama. Tetapi sebelum tangan tok kadi disalami,sebelum bibir melafaz " Aku terima Nikahnya.." ,sebelum bahu ini bersedia menampung dosa the other half dan sebelum dua keluarga disatu menjadi besan, ada beberapa perkara yang wajib dipenuhi. Ok kita go point by point okay.


1.KEAGAMAAN


  Agama adalah perkara nombor satu yang seorang lelaki perlu ambil berat sebelum berani menggenggam tangan seorang isteri. Kerana apa, kerana jika elok agamanya, maka inshallah selamat lah hidup isteri dan keluarganya kelak. Namun jika sebaliknya, hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahannya. Sudah banyak sekali berita yang kita dengar dimana seorang suami gagal memenuhi hak isterinya. Dimana seorang isteri diperlakukan seperti hamba dan bermacam lagi. Semua ini berkait rapat dengan ilmu dan amalan yang ada pada lelaki itu sendiri. Sungguh jika ia benar faham dan mengaplikasikan agama islam dengan sepenuhnya di dalam hidup beliau, semua masalah ini tidak akan muncul. Dan tanda apabila seorang lelaki itu benar-benar mahu perhubungan ke arah perkahwinan ialah apabila ia mula meningkatkan ilmu agamanya. Niat dan kesungguhan dalam mendalami  ilmu agama ini tidak boleh dipaksa atau dilakonkan. Jika benar beliau mahu naik ke tangga seterusnya bersama anda, pasti akan tercetus perasaan untuk memperbaiki dirinya sendiri. Jadi jika tanda ini sudah ada, bantu dia. Sebagai wanita jangan anda pula yang melemahkannya, bantu dia dengan memberi kata semangat dan anda sendiri perlu berubah juga. Kurangkan pertemuan dan perbualan yang tidak berfaedah dan fokus pada urusan ke arah gerbang perkahwinan sahaja. Indahkan bila dua-dua pihak saling memahami dan berusaha ke arah kebaikkan?. 

  Jika sebelum ini solatnya berlubang sana-sini, seharusnya kini lengkap 5 kali sehari beserta ibadah nawafil yang lain. Bacaan qurannya perlu diasah dan digilap semula, puasa sunat perlu dilatih juga dan lain-lain. Jika pasangan anda tidak sanggup berubah dan sebelum kahwin lagi dah tak jaga hubungan dengan Allah, bagaimana anda nak jangka dia mampu menjaga hubungannya dengan manusia? bagaimana nanti selepas bernikah?.  "Tapi bro, kalau kita berubah kerana perempuan yang ingin dinikahi,bukankah itu salah seperti yang disebut di dalam hadis pertama kompilasi 40 hadis Imam Nawawi?" lap peluh sejuk. Begini, pada saya seharusnya pada awal lagi kita perlu sentiasa mentajdid niat kita dalam melalui proses perubahan. Tajdid bererti memperbaharui, makna kata kita perlu sentiasa memperbaharui niat kita agar ia sentiasa di atas matlamat yang benar. Tetapkan niat kita untuk berubah for a greater good,for a greater cause. Kita ingin menjadi baik kerna kita ingin menjadi hamba yang lebih bersyukur, kita mahu menjadi muslim yang lebih baik agar kelak kita mampu memimpin tanggungan kita. Sebaiknya,lihatlah pada baginda nabi saw,kerana baginda adalah contoh yang terbaik.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikkan) terhadap isteriku." hadis riwayat al-Tirmizi


2.KEWANGAN


  Tanda kedua seorang lelaki mula serius untuk bernikah dengan anda adalah apabila dia mula memikirkan dan merancang soal kewangannya. Berfikir disini bukan hanya fikir dan bermula setelah berkahwin nanti, namun sebelum berkahwin lagi dia telah mula menjaga dan merancang kewangannya. Bagaimana? inilah persoalannya. Kebanyakkan senior yang saya lihat mula menyimpan dan mengurus kewangannya sejak di tahun pertama pembelajaran lagi. Ini biasanya diamalkan oleh mereka yang merancang untuk bernikah sejurus selepas graduasi atau mungkin dua atau tiga tahun selepas graduasi. Jadi apa aspek yang perlu diberi perhatian oleh seorang lelaki ini ? pertama sekali ialah mengumpul duit dan menambah aset. Tidak dinafikan aset seperti rumah dan kenderaan mungkin antara yang paling penting buat ketika ini. Namun pada pandangan saya, rumah dan pekerjaan tetap adalah perkara pertama yang seorang lelaki perlu ada sebelum dia berani meminta izin seorang ayah untuk mengahwini puterinya. Ada pelbagai cara untuk mula mengukuhkan kewangan anda, antaranya ada yang bermain saham,berjual beli emas, menjual burger dan tidak kurang juga yang menceburi sistem MLM yang maha banyak diceritakan. Kesemua cara ini boleh dilakukan hanya jika ada kesungguhan dan keinginan.
  Sekiranya anda tak tahu nak bermula daripada mana atau buntu, tanyalah pada yang berpengalaman. Boleh minta bantuan ayah kita sendiri,saudara-mara atau mungkin sahaja cari mentor anda. Sebagai contoh, jika anda ingin memulakan perniagaan franchise Ayam Goreng Uncle Bob, rujuk dan minta bimbingan orang yang pernah menjual produk yang sama. Bagaimana cara dia menarik pelanggan, bagaimana nak cari tempat yang sesuai, semua ini ilmu. Dan ia hanya akan kita dapat kalau kita cari dan bukannya tunggu datang bergolek atau jatuh dari langit begitu sahaja. Allah ada nyatakan di dalam kitabnya al-Quran bahawasanya kalau kamu tak tahu,tanya pada orang yang mengetahui. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Terpulanglah pada anda, cuma pastikan sumber kewangan itu adalah halal kerana ia akan menjadi darah daging buat diri anda, isteri anda, anak-anak anda dan juga ibu-bapa anda sendiri. Satu pesan yang saya pegang ialah jangan kedekut untuk kongsi gaji dengan mak abah ok. Walaupun sebenarnya mereka tak harapkan dan tak perlukan pun duit anda itu, namun ia perlu untuk sekurang-kurangnya mengambil berkat dan doa dari mereka. Beruntung kita bila mak abah doakan agar rezeki kita dimurahkan,betul tak? jadi berusahalah dan bermula lah segera jangan ditangguh..
  

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berilmu pengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui
{Al-Nahl ayat 43}


3.PERWATAKAN DAN CARA BERFIKIR



   Tanda ketiga seorang lelaki telah bersedia untuk membawa anda melangkah bersama ke alam perkahwinan ialah perwatakan dan cara berfikirnya telah matang. Habis tu kami semua ni tak matang ka?! mata berapi. Sabar semua, matang disini yang saya maksudkan ialah apabila dia tidak berfikir hanya untuk dirinya sendiri sahaja, namun dia melebihkan orang lain terlebih dahulu. Sikap suka bergurau, keanak-anakan dan kenakalan itu memang ada, boys will always be boys. Tapi pada masa-masa yang tertentu beliau sudah tahu untuk step up dan bukan runs away. Keberanian untuk mengambil tanggungjawab ini takkan datang sekiranya lelaki ini belum bersedia. 

  Sebagai contoh, di zaman universiti ini normal bagi pelajar lelaki untuk bermain permainan video dan melepak disana-sini. Namun selepas pernikahan, aktiviti-aktiviti ini telah berkurang atau mungkin hilang sama sekali. Ini adalah disebabkan mereka ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan. Ada perut yang perlu diiisi, ada jasad yang perlu dikasihi dan ada perasaan yang perlu dijaga. Selepas perkahwinan, hidup bukan lagi untuk diri sendiri tetapi kini hidup adalah dengan permaisuri, ditambah pula jika sudah ada cahaya mata nanti. Setiap perkara perlu dipersiapkan dan dipenuhi agar tak menderita di kemudian hari. Fuhh macam syair pula irama akhirnya,luls. Wanita juga sebagai pasangan harus sentiasa bersifat toleransi dan terbuka,jangan hanya mengharapkan nak ikut kepala kita sepanjang masa. Kadang-kala ada perkara yang kita terlepas pandang dan pasangan kita nampak. Jadi sebelum nak meroyan tak tentu hala, terima dahulu teguran kemudian baru discuss penyelesaiannya. Eh macam dah lari jauh pulak,haha.

Life isn't about getting and having, it's about giving and being- Kevin Kruse


4.PENGAKUAN



  Kalau lelaki tersebut sudah cukup berani berjumpa dengan ibu dan bapa anda, kemudian berjanji untuk memperisterikan anda, itu adalah pentanda yang dah cukup kuat dah. Hang nak tanda apa lagi?haha.. Sebagai seorang lelaki pesan saya juga bilamana seorang mamat berjanji nak jaga,nak bela hang, nak nikah dengan hang, jangan percaya bulat-bulat. Ala macam bercinta zaman universiti, janji sana-sini last-last hanpa grad asing2 sebab dia extend pastu dia jumpa orang lain, habis kempunan hang nak nikah. Namun jika dia berani berjanji dengan orang tua anda, itu 990 peratus dijamin dia nak nikah dengan anda. 10 peratus lagi tu simpanlah kut-kut umur tak panjang atau dia jatuh sakit dan sebagainya.


" I've learned that home isn't a place, it's a feeling " - Love Rosie

  Kesimpulannya, tanda-tanda seorang lelaki itu benar serius ingin membawa perhubungan ke gerbang perkahwinan sangat banyak dan mungkin berbeza mengikut individu. Apa yang saya nukilkan diatas hanyalah pandangan dan perspektif dari sudut diri saya, seorang yang masih belum berkahwin, masih belajar, masih berpeluh nak habiskan degree dan masih menyendiri. Mungkin ada point yang tidak valid diatas due to my credibility. Tapi apapun, buat saya 4 isi utama yang disampaikan diatas adalah faktor yang anda perlu selidik daripada pasangan anda. Jangan anggap entri ini hanya untuk kaum adam sahaja, seharusnya kaum hawa juga memikirkan perkara yang sama. Iyalah hanpa nak hidup berdua sampai ke syurga kut, takkan nak harapkan sebelah pihak sahaja.acece emo pulak,luls. Apapun, semoga berjaya dalam perhubungan anda saya ucapkan. Yang sudah bercouple memadu kasih tu segeralah bernikah agar semuanya ditukarkan menjadi pahala instead of lagha dan dosa. Pada yang masih menyendiri, usaha lah cari tapi jangan lupa orang-orang disisi agar yang dikejar dapat, yang dikendong tidak tercicir. Maaf atas salah dan silap, selamat melangkah ke tahun 2016. :)


#solluallannabiy


Friday, December 11, 2015

Plumeria Obtusa


"Kenapa buat macam tu?"

Soalan mak Teh dibiarkan sepi tidak berjawab oleh Husna. Matanya merenung rumput segar yang masih basah diselaputi embun pagi.Damai. Suasana pagi yang indah dan tenang dirumah inilah yang amat dirinduinya setelah hampir sebulan tidak pulang ke rumah. Namun kepulangannya kini juga dibayangi oleh perasaan bersalah dan keliru. Tak tahulah, sejak peristiwa tiga hari lepas itu berlaku, hatinya tidak tenang. Kerana itu juga gigih dia pulang kerumah walau assignments dan project bertimbun-timbun menunggu untuk dilayan.allah haii..

"Una, mak teh tanya ni.." 

Mak teh mengulang soalan sambil tangannya cekap mencabut rumput yang semakin galak pula tumbuhnya disekitar pohon Plumeria Obtusa yang megah itu. Kuntuman putih suci itu diserikan lagi dengan warna kuning raja di bahagian tengahnya. Sungguhlah indah benar ciptaan tuhan. Keputihan kelopak bunga kemboja ini persis manisnya wajah Husna. Darah German yang diwarisi dari bapanya, Adalwine Eginhardt Rahman benar-benar jelas dalam diri mereka lima beradik. Namun Husna yang paling menyerlah dalam kalangan mereka.

"entahlah mak teh, pada cuna dia belum bersedia lagi. Apa yang cuna nampak dari segi financial dan kematangan dalam membuat keputusan dan actions, both of us masih belum cukup kuat untuk hidup berdikari. Tapi suka tu suka lah..Iyelah siapa tak gembira kalau orang yang kita suka dalam diam sebenarnya suka kat kita balik? ehehe".

Senyum Mak teh sampai ke hujung pipi entah sampai nak kemana dah. Merah muka si Husna usai melepas perasaannya tadi.

"Hamboi bukan main suka dia ye, Mak teh bagitau ummi baru tahu...Kamu ni pun janganlah cakap omputeh sangat, mak teh tak faham." bilang Mak teh sambil tergelak kecil.

"eee ngengada lah mak teh ni!" renggus Husna perlahan sebelum mengorak langkah ke arah Mak teh.

" Nak tolong!" ucapnya girang sambil pipi masih lagi panas selepas confession tadi.

***********************
"Sorry brother, tapi buat masa ini saya langsung tak memikirkan hal-hal hati dan perasaan macam ni. Saya hargai niat baik brother, but i just can't. Apapun, i'm always open to be friend with you."

Senyum kecil ditampal sebelum dia pergi meminta diri. Hati dah nak jatuh berterabur dah ni bila dapat direct confession daripada brother tersebut. Aishah yang berada disisinya dari tadi gelak tak habis-habis. Kalaulah mamat tu tahu perangai childish dan kalutnya si Husna ni memang dia tak jadi nak propose teruih tadi! haha

Selesai satu masalah, tenteram dua pemilik hati. senyum





Tuesday, December 01, 2015

Kelemahan Universal Declaration On Human Right (UDHR)

  

   Haikal mengatur langkah perlahan sambil matanya memerhati keadaan sekitar yang dipenuhi dengan pelbagai gelagat manusia. Suasananya sibuk, tipikal bagi sebuah bandar raya besar seperti Kuala Lumpur. Di celah kesibukan manusia dan hiruk pikuk kenderaan menderu di atas jalan raya, beliau ternampak satu susuk tubuh duduk lemah. Wajahnya menunduk ke bumi sambil tangannya memegang sebuah tin minuman ringan yang telah dipotong bahagian penutupnya. Ketika ada manusia yang berjalan melepasi dirinya, digoncang tin itu. Bunyi duit syiling berlaga laju membelah dan menembusi gegendang telinga manusia yang berjalan di hadapannya. Sedih. Mungkin daripada 10 orang yang berlalu melepasi lelaki ini, hanya seorang yang menghulur derma tanda sifat kemanusiaan masih ada. Selebihnya? Masih berkira-kira dan mungkin sebenarnya mereka juga sedang mengikat perut demi menampung perbelanjaan semasa yang kian meningkat hari demi hari. Kita semua sama sahaja sebenarnya, mengemis dan mencongak nasib diri buat hari esok. Namun perbezaannya antara kita dengan mereka, hak asasi mereka sebagai manusia seakan-akan tiada, Mereka juga mempunyai hak untuk mendapat tempat tinggal, hak untuk bersuara dan hak untuk mendapat makanan buat kelangsungan hidup. Hak asasi yang dicanang-canang membela nasib manusia seakan-akan tidak merangkumi insan-insan gelandangan seperti mereka. Situasi ini terjadi bukan hanya di tanah air kita, namun di serata dunia. Malahan tidak mustahil jika saya katakan bahawa nasib yang menimpa mereka yang berada di luar negara kita jauh lebih buruk dan menyedihkan. Jadi apakah maksud hak asasi manusia sebenarnya? Siapakah yang berada di bawah payung hak asasi manusia ini? Mari kita bincangkan.

   Definisi bagi Hak Asasi Manusia (HAM) menurut seorang ahli filosofi barat iaitu John Locke, hak adalah hak yang diberikan langsung oleh Tuhan sebagai sesuatu yang alami. Ertinya, hak asasi manusia yang dimiliki manusia sifatnya tidak dapat dipisahkan dari hakikatnya, sehingga bersifat suci. Manakala menurut ilmuwan islam yakni Dr Wahbah al-Zuhaili, hak insan adalah himpunan beberapa hak semula jadi yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya yang diperakukan secara alami walaupun belum diiktiraf atau dicerobohi oleh mana-mana pihak. Ia merangkumi has asasi seperti hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala bentuknya, hak politik dan sivil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya, hak mereka untuk merdeka, hak untuk mempunyai identiti bangsa, hak berpendapat, hak menyatakan pendapat, hak beragama, hak belajar dan mendapat pendidikan, hak ekonomi dan sosial, hak milik khusus, hak bekerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kanak-kanak, hak remaja dan belia mendapat asuhan, hak kekeluargaan, hak tempat tinggal dan lain-lain. Beliau menegaskan, al-karamah al insaniah atau prinsip menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia adalah sumber hak asasi. Apabila wujudnya penghargaan terhadap karamah Insaniah itu bermakna adanya keinsanan manusia berkenaan yang membezakannya dengan haiwan. Setelah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai definisi hak asasi manusia, mari kita masuk kepada skop perbincangan pada hari ini.


   Pada tanggal 10 Disember tahun 1948, secara rasminya deklarasi hak asasi manusia telah diisytiharkan bertempat di Pallace de Chaillot, Perancis. Deklarasi ini yang dipersetujui dan dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertitik tolak daripada tragedi dan pengalaman hitam semasa Perang Dunia Kedua. Sewaktu pengisytiharannya, deklarasi ini telah mendapat 40 undian sokongan, 0 undian bantahan dan 8 negara memilih untuk berkecuali. Pada hari ini jika kita lihat telah ada beberapa pindaan dilakukan kepada teks asal deklarasi hak asasi manusia tersebut. Deklarasi ini mengandungi 30 perkara yang menggariskan hak asasi manusia berdasarkan pemerhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia boleh diguna pakai ke atas semua rakyat. Pasca pengisytiharannya, deklarasi hak asasi manusia 1948 atau lebih dikenali sebagai Universal Declaration of Human Right (UDHR) dipuji dan di sokong oleh ramai ahli akademik, mahkamah perlembagaan dan tidak lupa kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU). Dengan wujudnya deklarasi ini, hampir separuh masalah berkaitan hak asasi manusia di dunia dapat diselesaikan dan memberi harapan kepada kemanusiaan semula. Namun, sejak akhir-akhir ini hak asasi manusia telah jelas dicabuli dan dilanggar oleh pelbagai pihak. Contohnya sangat ketara dan jelas, rakyat Palestin setiap hari menderita ditindas oleh rejim zalim Zionis yang dahagakan tanah bagi penempatan kaum Yahudi. Begitu juga kaum minoriti Rohingya di Myanmar yang dinafikan hak kewarganegaraan mereka serta diusir keluar dari negara mereka sendiri. Malah lihat sahaja mangsa peperangan saudara di Syria yang dilayan lebih teruk daripada manusia. Kini, pelarian-pelarian perang ini menggadai nyawa merentas lautan untuk membuka lembaran baru di dalam hidup mereka di negara-negara Eropah dan Turki khususnya. Apakah deklarasi yang dipuji dan dibangga-banggakan ini gagal berfungsi dan hanya tulisan semata? Di manakah kelemahan deklarasi hak asasi manusia ini yang perlu kita sama-sama perbaiki?


   Kelemahan pertama Deklarasi hak asasi manusia yang ditunjangi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah pendirian mereka yang selalu tunduk pada kuasa-kuasa besar dunia. Seringkali sesebuah kata putus  berkenaan hak asasi manusia atau isu kemanusiaan telah dicapai, pasti ia akan dibatalkan dengan penglibatan kuasa daripada Majlis Keselamatan PBB. Siapakah peneraju Majlis Keselamatan PBB yang dilihat mempunyai kuasa pembatal ini? Majlis keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan menariknya 5 ahli tetap majlis ini mempunyai kuasa veto, yakni kuasa pembatal. Majlis keselamatan ini terdiri daripada negara-negara besar dunia seperti Amerika syarikat, Russia, China, United Kingdom dan Perancis serta sebilangan kecil ahli tidak tetap. Contoh mudah  yang boleh saya berikan adalah ketika konflik di negara Syria semakin memuncak, Russia menggunakan kuasa veto mereka bagi menghalang kemasukan tentera pengaman daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu sendiri. Tindakan ini menyebabkan bilangan rakyat negara Syria yang terjejas dengan peperangan saudara di tanah air mereka bertambah ramai. Langkah yang dipersetujui ahli-ahli PBB ini bertujuan menyelamatkan nyawa insan yang tidak bersalah di sana. Namun, oleh sebab hubungan rapat antara Presiden negara Syria, Bashar Al-Assad bersama rakan sejawatannya di Russia, yakni Vladimir Putin menghalang kemasukan pasukan pengaman dan perubatan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tragisnya, keputusan yang dibuat oleh majoriti suara negara-negara ahli di dalam PBB itu sendiri hanyalah sebuah cadangan yang akan ditentukan pelaksanaannya oleh Majlis Keselamatan PBB. Bukankah seharusnya kedua-dua majlis ini yang bernaung di bawah organisasi yang sama mengeluarkan keputusan bersama? Maka tidak salah jika saya nyatakan bahawa sistem di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu sendiri bermasalah dan masih tidak jelas.



Kelemahan kedua dalam isu hak asasi yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah banyaknya berkata tetapi kurang tindakan. Situasi ini boleh diibaratkan bagai mengetuk tin yang kosong. Bunyinya kuat, tetapi di dalamnya kosong, tiada isi. Tidak dapat saya nafikan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berusaha menyelesaikan setiap permasalahan yang diajukan kepada mereka. Usaha mereka sangat dihargai dan dihormati oleh semua pihak, namun pihak PBB dilihat terlalu banyak mengeluarkan kenyataan dan mengadakan dialog perbincangan berbanding membuat tindakan. Hal ini menyebabkan himpunan krisis kemanusiaan masih tidak selesai sehingga berlanjutan buat puluhan tahun. Contoh mudah yang boleh kita lihat bersama ialah krisis pertikaian tanah air di antara rakyat Palestin dan Israel. Negara Israel, yang diasaskan dan dibangunkan di atas tanah berdaulat Palestin kini sedikit demi sedikit menakluk tanah-tanah milik rakyat Palestin dan memberikannya kepada pendatang-pendatang Yahudi yang datang dari seluruh dunia. Pelan pembahagian sempadan dan kedaulatan yang dirancang oleh PBB pada tahun 1948 jelas telah gagal. Kini kerakusan pihak Israel meluaskan sempadan mereka telah menyebabkan ratusan rakyat Palestin dinafikan hak asasi mereka. Hampir saban tahun serangan dan tindakan-tindakan provokasi daripada rejim Israel menyebabkan penduduk Palestin terkorban. Tanah air mereka perlahan-lahan hilang kedaulatannya dan digantikan dengan sebuah negara baru, yakni Israel. Meskipun pelbagai kecaman dan amaran telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pihak Israel masih berkeras dengan pendirian mereka. Di sini jelas bahawa hak asasi manusia dicabul namun dunia dan khususnya PBB gagal berbuat sesuatu untuk menghalangnya melainkan hanya dengan mengeluarkan kenyataan dan kecaman demi kecaman. Perkara ini menjadi bukti bahawa PBB lemah dalam menyelesaikan krisis dan masalah yang seharusnya mereka tangani.

   Bagi setiap kelemahan itu pasti ada jalan untuk memperbaikinya. Begitu juga dengan kelemahan aspek hak asasi manusia yang kita bincangkan ini. Kelemahan pertama yang kita bincangkan yakni PBB yang sering tunduk di atas arahan kuasa veto boleh kita selesaikan jika semua pihak bersetuju untuk bersama di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tanpa mempunyai kepentingan. Sistem sedia ada yang diguna pakai menunjukkan adanya tapisan di dalam sesuatu keputusan. Setelah persidangan negara-negara ahli, suara majoriti akan diperoleh tentang sesuatu isu. Namun jika keputusan bersama ini bertentangan dengan kehendak negara berkuasa veto yang mempunyai kepentingan tertentu keputusan itu akan dibatalkan. Hal ini menyebabkan banyak perkara khususnya isu hak asasi manusia yang dibincangkan tergendala dan tidak mencapai matlamatnya. Maka untuk memberi keadilan kepada semua pihak, kelima-lima buah negara yang mempunyai kuasa veto ini harus duduk semeja dan sebaris bersama negara-negara ahli yang lain. Namun yang memberi perbezaan kepada mereka ialah undi mereka dianggap sebagai undi popular. Sekurang-kurangnya daripada 5 negara tersebut, 3 undian daripada mereka diperlukan bagi membatalkan sesuatu keputusan. Dengan cara ini, keseimbangan kuasa dapat dikekalkan dan mengelakkan kuasa tunggal yang sering mengganggu keputusan suara majoriti. Ironinya, ahli-ahli tetap ketika penubuhan Majlis Keselamatan PBB dipilih daripada negara yang memenangi perang dunia kedua kecuali Persekutuan Russia dan Republik Rakyat China. Kini zaman telah berubah dan kebangkitan kuasa-kuasa baru dunia boleh mengimbangi pakatan ini. India, Turki, Jepun malah Brazil kini semakin meningkat naik dan berpotensi menjadi negara berkuasa besar dunia kelak. Maka, jika sistem ini dapat diperbaiki dan ditambah baik, pasti hasilnya akan lebih memberangsangkan dan memberi manfaat kepada seluruh dunia. Isu berkaitan hak asasi manusia juga pasti dapat ditangani dengan lebih efisyen dan komprehensif. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Seharusnya kita memperbaiki diri kita dahulu sebelum memperbetulkan orang lain. Saya percaya jika sistem ini dapat kita tambah baik, isu hak asasi manusia akan lebih terjamin dan mempunyai masa depan yang lebih cerah.

   Langkah kedua yang perlu kita ambil agar hak asasi manusia bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia dipandang serius adalah dengan mendesak pihak yang berkaitan agar lebih proaktif. Di sini kita berbincang mengenai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang terlalu banyak mengeluarkan kenyataan dan kecaman berbanding bertindak menangani masalah itu sendiri. Mengikut pepatah Inggeris, “actions speak louder than word “. Kita harus berpegang pada pepatah ini dan begitu juga seharusnya dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Jika sebelum ini pihak PBB memberi alasan bahawa mereka dihalang daripada menyalurkan sesuatu bantuan kerana di ancam oleh pihak atau negara tertentu. Namun seharusnya dengan seluruh dunia di belakang mereka, melihatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu sebagai badan yang menyatukan negara- negara ahli dari seluruh dunia. Maka sepatutnya tidak ada masalah bagi mereka mengambil tindakan. Tindakan yang diambil juga semuanya bermatlamatkan menjaga hak asasi manusia, maka sudah tidak ada isu mengganggu kedaulatan sesebuah negara. Misalnya ialah kemasukan pasukan perubatan dan bantuan makanan ketika krisis kemanusiaan berlaku di Afrika tengah pada tahun 2014 yang lalu. Kepantasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan agensi kemanusiaan yang lain mengutip dana dan menyalurkannya kepada mangsa di Afrika Tengah wajar dipuji. Inilah contoh langkah proaktif yang kita mahu dijalankan oleh setiap pihak apabila berbincang mengenai isu hak asasi manusia. Melihat kepada situasi di Malaysia, selain Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), pelbagai badan bukan kerajaan seperti The Nasi Lemak Project (TNLP), Teach For The Need (TFTN) bergiat aktif memberi sumbangan kepada mereka yang berkenaan. Antara bentuk sumbangannya ialah dari segi pendidikan dan makanan bagi gelandangan yang ada. Namun kita masih belum mampu menyediakan tempat tinggal buat mereka yang kurang berkemampuan ini.

   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Peribahasa ini membawa maksud bahawa masyarakat atau sesuatu kumpulan perlu bekerjasama dan berkongsi susah serta senang bersama di dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Berpegang kepada peribahasa ini, kita sebagai penghuni dan pemimpin di atas muka bumi harus bersatu dalam menangani isu- isu hak kemanusiaan tidak mengira bangsa, bahasa, budaya, agama malah kewarganegaraan. Pada pandangan saya, hak asasi manusia tidak mempunyai sempadan fizikal, hak asasi manusia meliputi setiap tanah dan lautan yang dipijak oleh seorang manusia. Hubungan istimewa yang kita kongsi bersama sebagai satu makhluk yang bergelar manusia harus dijaga dengan sebaiknya. Hak asasi manusia harus dikongsi oleh semua manusia dan diberikan tanpa ada diskriminasi. Sahabat kita di Amerika Syarikat sudah merasai pedihnya hidup ketika zaman apartheid kulit putih dan hitam kira-kira 250 tahun yang lalu. Masyarakat Asia khususnya kerajaan-kerajaan Nusantara juga telah merasai bertapa angkuhnya bangsa Eropah menjajah dan memerintah kerajaan-kerajaan Nusantara seperti Kerajaan Islam di Riau dan Kesultanan Melayu Melaka  pada 500 tahun yang lalu. Dunia juga melihat bagaimana rakyat Palestin dan Israel berbalah sesama mereka bermula 60 tahun yang lalu sehingga kini. Sampai bila harus kita bertelagah dan bertikam lidah sesama kita?. Implikasi konflik dan peperangan ini kebiasaannya membawa kecederaan dan kematian kepada manusia itu sendiri. Oleh sebab perkara seperti inilah kita bercakap mengenai hak asasi manusia. Marilah kita bina persefahaman sesama kita dan bersepakat demi masa depan yang lebih cerah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana sepakat. Perjalanan kita dalam membela dan mempertahankan hak asasi manusia sudah pasti panjang dan berliku-liku, tetapi kita tidak patut menjadikannya sebagai alasan untuk tidak mencuba. Marilah kita beri peluang buat kemanusiaan untuk kembali mekar semula, demi kehidupan yang lebih harmoni dan demi generasi akan datang yang akan mewarisi bumi yang kita diami ini.
2135 patah perkataan.
Sumber-sumber rujukan:
1.    Hak Asasi manusia dalam perspektif hukum islam, Yefrizawati, Program Studi Hukum keperdataan, Fakultas Hukum, Universitas Sumatera Utara
2.    Hak asasi manusia dari perspektif islam, https://temanteras.wordpress.com/shura/hak-asasi-manusia-dari-perspektif-islam/

3.    100 Pengertian hak asasi manusia menurut para ahli, http://www.dosenpendidikan.com/100-pengertian-hak-asasi-manusia-menurut-para-ahli/

[ Esei ini telah dihantar bagi menyertai Pertandingan Menulis Esei Pendek Sempena Hari Hak Asasi Manusia anjuran CENTHRA, yakni dibawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Moga-moga dengan penulisan ini mampu membuka mata masyarakat dan lebih-lebih lagi belia tentang apa itu hak asasi manusia dan pengaruhnya dalam hidup kita] 
senyum

Sunday, November 29, 2015

Wedding Ex-Vp2 StuffIium

  Pada tarikh keramat 28 November 2015, menangis syaitan bertempiaran apabila seorang anak adam selamat diijabkabulkan dengan hawanya. Diberi peluang untuk menghadiri walimah kak Nur adlin hanisah atau lebih dikenali sebagai kak Lin merupakan pengalaman yang sesuatu buat saya.Kak Lin adalah mantan vice presiden 2 kelab Student Facilitating Front (STUFF) iium yang saya sertai di kampus UIAM Gombak ini. Kelab ini berdiri tegak dengan asasnya untuk melahirkan fasilitator dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat. Saya mula menyertai kelab ini semenjak semester pertama di sini.Itu pun atas dasar ajakan rakan,tetapi lama kelamaan saya jatuh cinta dengan kelab ini.

   Ok back to story, kisahnya kak lin ni nikah dengan lecturer dia, Dr Yazid Zul. Dan suami kak lin ni bukan calang-calang orang,power orangnya!.bukan ada superpower,erm, no, no...tapi sebenarnya kalau dilihat pada laman facebook milik beliau,sekali dia post berduyun-duyun orang komen dan like. Sebab apa? sebab apa yang Dr tulis dan share tu bermanfaat dan sangat jarang nak jumpa orang yang ada pemikiran seperti dia.haha.. Kak lin pulak memang power,kalau tak takkanlah naik jadi VP kut,jadi memang sepadan lah mereka ini.

   Antara tujuan utama saya mengigihkan diri tulih juga entry kali ini adalah sebab saya tertarik dengan konsep dan cara pembawakkan majlis walimah depa berdua ni. Ada beberapa faktor dan perkara yang ingin saya kongsikan berdasarkan pandangan mata saya yang lemah ini. Pertamanya, tempat yang dipilih untuk mengadakan majlis ini sungguh cantik dan bertepatan dengan matlamatnya. Majlis ini dilangsungkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Kenapa saya katakan masjid adalah tempat yang sesuai? kerana kita nak bina masjid kenelah tengok design masjid yang sedia ada,hahahahambar. okay takpa.
duduk tegak,betulkan kolar.
 Pada pandangan saya masjid adalah antara tempat yang sesuai untuk mengadakan walimah kerana ia dapat memberi kesan secara tidak langsung kepada majlis tersebut. Bila berada di dalam masjid, amat mudah untuk pengantin dan orang ramai mengerjakan solat pabila tiba waktunya. Tak perlu risau jika tiada tempat untuk solat dan tempat wudhuk kerana anda berada di dalam masjid,kemon lah.hoho. Jadi disini salah satu tuntutan utama seorang muslim telah berjaya kita laksanakan dengan mudah.

   Perkara kedua yang saya suka ialah tahap sensitiviti yang tinggi ditonjolkan oleh pihak keluarga pengantin.Kebiasaannya, ketika menghadiri majlis perkahwinan kita akan dihidangkan dengan dua lauk utama yakni masakan berasaskan ayam dan daging. Dan saya tertarik dengan konsep letak 3 jenis lauk teruih, iaitu ayam, ikan dan daging. Sebab ada sesetengah orang takleh makan sesetengah lauk, macam alergik gitu lah. Jadi pada saya ini adalah tindakan yang baik dan wajar dicontohi. Tapi kalau anda takda bajet, tidak mengapalah, ini hanya cadangan sahaja. Iyalah, bukan kita tahu pun setiap yang datang tu ada alergik pada makanan apa,mestilah susah nak puaskan hati semua orang kan,haa.. Maka terpulanglah pada kita yang merancang,ada duit lebih boleh kita jalankan, kalau tiada kita berilah apa yang mampu. Hat yang datang melawat menziarah ni pula janganlah demand pula nak makan ayam masak merahlah,ikan masam manis atau daging salai. Terima sahaja apa yang diberi oleh tuan rumah  kerana itu kan pemberian daripada Allah, tak gitu? haa.. Bab-bab alergik makanan ni kita boleh brain lagi,tapi tak tahulah kalau ada yang alergik dengan manusia,herm.

   Dan yang terakhir sekali ialah rasa bahagia bila semua orang menjaga aurat dan adab di dalam majlis ini. Aurat yang saya maksudkan ialah kebiasaanya ada tetamu wanita yang tidak bertudung atau tetamu lelaki yang berseluar pendek, namun di majlis ini tiada. Dan salah satu faktornya mungkin kerana majlis ini diadakan di masjid, Hebat bukan? bernikah sambil berdakwah,hoho. Ini boleh kita kira sebagai indirect dakwah,Iyelah,kalau dia nak mai dan menyertai majlis yang ada dalam masjid ni, for sure lah kena tutup aurat kan, haa..Tidakkah indah bila kita menjaga aurat kita? allah..

   Menarikya,sewaktu termenung menunggu giliran kami untuk bergambar dengan kedua mempelai tadi saya terbayang suasana dan perasaannya bila kembar saya nikah nanti.luls. Agak-agaknya kalau kami tak kahwin serentak, apa perasaan yang lagi sorang ek,hilang member? haha. Bukan apa, kerana kak lin pun ada kembar juga, tadi saya ada ternampak beliau berjalan kesana-sini melayan tetamu dan sebagainya. Bagaimanakah perasaannya nanti bila tiba masa saya? haha kita tunggu sahajalah,jika dimurahkan rezeki oleh allah untuk sempat membina keluarga sebelum ajal menjemput tiba.Moga-moga kita sempat gembirakan ibubapa kita dengan cucu yang comel belaka, dan sempat sediakan askar pembela agama agar cita-cita ustaziatul alam tercapai.amin.. :)

nah belanja gambar. Lepas walimah melencong ke KLCC kemudian pekena cendol Borhan pastu baru balik Uia.hee

trademark bergambar stuff,luls

singgah taman KLCC sat

barakallah kak lin dan Dr yazid




Tuesday, November 24, 2015

Sukarelawan Melahirkan Pemimpin Mapan

  

   Sukarelawan didefinisikan menurut kamus dewan edisi ke-4 ialah orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela: ~ yang ingin memberikan khidmat mereka kepada golongan ini tidak diperlukan kelayakan tertentu; kesukarelawanan segala hal (sifat, kegiatan dan sebagainya) yang berkaitan dengan sukarelawan. Melihat kepada definisi ini, di dalam konteks mahasiswa di universiti, peluang-peluang untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan sangat banyak terhidang. Malah tidak salah jika saya masukkan sekali aktiviti berpersatuan di dalam konteks kesukarelawanan. Kerana apa? Kerana majoriti kelab dan persatuan di bawah naungan universiti tidak berasaskan pada keuntungan. Tetapi kewujudan kelab-kelab ini lebih untuk memupuk dan mengasah bakat mahasiswa di dalam pengurusan diri dan soft skils. Jadi, bagaimana dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan boleh menjadikan kita pemimpin yang lebih baik? Mari kita bincangkan.
   Pertama, antara aspek utama sebagai sukarelawan adalah kesediaan untuk berkorban. berkorban di sini boleh dipandang dari segi masa, tenaga, emosi malah harta kita. Sebagai contoh, apabila kita menawarkan diri untuk menjadi seorang sukarelawan, secara tidak langsung kita harus menetapkan fikiran kita untuk memberi yang terbaik. Malahan, kerja-kerja yang akan kita lakukan langsung tidak akan memberi keuntungan dari segi wang ringgit. Tetapi apa yang mendorong para sukarelawan untuk mencuba dan menghabiskan kerja mereka dengan sehabis baik?. Ia adalah perasaan puas apabila melihat orang lain bahagia. Kebahagian dan kegembiraan pada wajah insan yang menerima hasil titik peluh kita itu yang membuatkan segala penat dan lelah pada seorang sukarelawan hilang begitu sahaja. Sifat beginilah yang kita inginkan ada pada seorang pemimpin. Apabila seorang pemimpin sedar akan kesengsaraan atau kesusahan yang di alami oleh rakyat di bawah jagaannya, pasti beliau akan mencuba sehabis baik untuk membantu mereka. Walaupun mungkin insentif yang diterima sangat sedikit atau mungkin tiada. Tetapi sifat inilah yang akan melahirkan pemimpin yang lebih baik daripada yang sedia ada. Contoh yang paling mudah, lihat sahaja pada kesediaan dan keikhlasan YM Sultan Muhammad, Sultan Negeri Kelantan ketika negeri Kelantan dilanda banjir besar pada tahun 2014 yang lalu. Sifat sukarelawan dan ringan tulang baginda turun membantu rakyat memikat hati marhaen untuk menyayangi baginda.

   Kedua, pemimpin yang baik juga mampu dihasilkan melalui latihan pengurusan masa dan prioriti kerja yang dilalui para sukarelawan. Sebagai seorang sukarelawan, saya pernah turun sendiri ke bumi Kelantan selama seminggu bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir besar tahun 2014.Ketika itu, cuti semester baru sahaja bermula dan sudah pasti mahasiswa tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke pangkuan ibu bapa di rumah masing-masing. Namun apa yang menyentuh hati saya adalah apabila hampir 250 mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) sanggup mengorbankan seminggu daripada 3 minggu cuti mereka untuk datang ke bumi Kelantan. Mereka datang bukan untuk melancong atau menikmati hidangan masakan negeri che siti wan kembang, tetapi mereka hadir untuk bermandi selut dan tanah, untuk mengerah tulang empat kerat tanpa balasan dan bayaran. Inilah salah satu contoh bagaimana seorang mahasiswa yang kelak bakal menjadi pemimpin negara tahu membezakan prioriti dan mengurus masa mereka. Benar, jika dikatakan keluarga antara faktor penting dalam kehidupan seseorang, tetapi ummah ini lebih memerlukan kita. Saudara senegara yang ditimpa musibah dan kesusahan perlu kita utamakan. Saya juga merasa bangga dan terharu kerana ada sebilangan besar pelajar antarabangsa yang menuntut di UIAM turut sama turun membantu di negeri Kelantan. Kerana pada mereka, kebajikan sosial lebih utama dari kebajikan individual. Jelaslah bahawa dengan latihan dalam mengurus masa dan memilih prioriti yang dilalui oleh sukarelawan akan menghasilkan pemimpin yang lebih baik dan berkualiti.

  Sebagai seorang pemimpin, antara ciri-ciri yang amat disukai oleh rakyat dalam memandang pemimpin mereka adalah sikap bagaimana pemimpin itu menunjukkan perasaan mereka kepada rakyat. Yakni bagaimana pemimpin yang selalunya duduk di banglo besar dan kereta mewah mampu meletakkan diri mereka dalam kasut rakyat. Meletakkan diri mereka di dalam kasut rakyat di sini bermaksud seorang pemimpin yang dapat merasai apa yang dirasakan oleh rakyatnya. Sebagai contoh, mustahil untuk seorang pemimpin yang tidak pernah turun melihat gelandagan dan mendengar kisah hidup mereka menasihati dan memaksa gelandangan ini untuk mencari kerja dan tidak hidup merempat di bangunan-bangunan di kota Kuala Lumpur. Tetapi, aktivis sukarelawan merasai sendiri pengalaman di tempat pertama, makna kata di dalam kasut si penderita. Alhamdulillah, kini lebih ramai individu yang menganjurkan program-program menyantuni para gelandangan dan golongan miskin di kota Kuala Lumpur misalnya. Melalui program ini, mereka berpeluang mendengar kisah dan perjalanan hidup gelandangan malah mengambil nasihat dan pengajaran dari situasi tersebut. Saidina Ali r.a salah seorang sahabat pada zaman Nabi Muhammad s.a.w menyatakan,
“pandanglah pada apa yang dikata,dan bukan pada yang berkata”.
Kata-kata beliau ini memberi kalayakan bahawa kita harus menerima apa sahaja nasihat dan ajaran daripada sesiapa tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, berjaya atau seorang penagih dadah mungkin. Kerana setiap dari mereka ada kisah hidup tersendiri dan berbeza. Mungkin sesetengah dari mereka tidak bernasib baik kerana menempuh dugaan hidup yang amat tinggi, tapi dari sinilah kita belajar untuk saling melengkapi dan memahami. Hasilnya, pemimpin yang telah merasai dan mendengar cerita-cerita ini akan berusaha lebih lagi untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukankah ini satu perkara yang positif?.
   Kesimpulannya, aktiviti sukarelawan mampu menghasilkan pemimpin yang mampan dan berkualiti. Kita tidak ingin pemimpin yang bekerja kerana ingin menambah figur kosong di dalam penyata gaji mereka, mahupun yang mengidamkan sanjungan. Tetapi sebagai seorang rakyat biasa kita inginkan tanah air kita ini diterajui oleh pemimpin yang cinta akan negaranya, yang cinta akan rakyatnya dan yang sedar menjadi pemimpin bukan satu kesenangan tetapi satu beban amanah yang sangat besar. Saidina Abu bakar ketika dilantik menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w telah berkata,
“wahai manusia sesungguhnya aku telah dilantik untuk menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.”

Lihatlah bagaimana satu susuk tubuh yang hebat ini mempamerkan dirinya pada orang bawahannya. Beliau menyatakan kesediaannya untuk dibetulkan jika salah dan menyeru mereka menyokongnya jika tindakannya benar. Inilah apa yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti sukarelawan. Seperti yang tercatat dalam sejarah, Sayidina Abu Bakar terkenal dengan sikap pemurah dan kesediaannya membantu insan lain. Moga lebih ramai pemimpin yang hebat akan dilahirkan hasil dari aktiviti sukarelawan, dan moga dunia yang kita diami ini akan lebih bahagia.

[Esei ini telah dihantar bagi pertandingan Maybank Foundation Perdana Leadership Essay competition. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali dan merupakan sebahagian daripada inisiatif public outreach foundations terbabit, terutamanya untuk mendekati generasi muda. Doakan saya menang! keputusan hujung November ini, heee]

Tuesday, November 17, 2015

Antara Paris dan Raqqa

   
   Ketika saat saya mendapat perkabaran mengenai kejadian siri serangan di bandar romantik dunia,kota Paris saya merasa terkelu.pegun. Dan perkara pertama yang pantas muncul di minda ibarat sambaran petir yang maha kuat dan silau itu ialah pihak yang akan dipertanggungjawabkan adalah muslim. Benar, ummat kita tentu akan dijadikan kambing hitam lagi,lagi,lagi dan lagi.Sedih. Sebagai seorang manusia normal,kita berkongsi satu anugerah dan hubungan yang sangat istimewa sesama kita. Hubungan ini yang dinamakan kemanusiaan dikongsi merentasi sempadan,merentasi bangsa dan agama.Namun apa yang berlaku hari ini jelas menampakkan bahawa sesama manusia itu sudah tidak ada belas ehsan,sudah tidak ada perasan kasih dan sayang, kemanusiaan telah hilang.

   Selaku seorang muslim,dan lebih lagi sebagai makhluk yang digelar manusia, saya mengutuk dan tidak bersetuju dengan tragedi serangan di Kota Paris ini.Sesungguhnya ini adalah satu pengkhianatan seorang hamba kepada penciptanya, Siapa kita untuk menentukan hidup matinya seseorang ? lebih-lebih lagi jika anda menggunakan faktor agama untuk menjustifikasikan perbuatan anda. Sungguh jika benarlah perbuatan ini didalangi oleh insan yang sujud 5 kali sehari menghadap tuhan,yang menutur kalimah basmalah sebelum makan, yang menutur alhamdulillah selepas segala nikmat yang diberikan, anda telah melanggar apa yang agama langit ini bawakan. Islam tidak pernah mengarahkan penganutnya melakukan keganasaan. Bahkan islam itu sendiri bermaksud selamat,sentosa atau kedamaian. Lihat sahaja firman allah dalam kitab agungnya al-quran, Surah Al-Baqarah ayat 83,

"Dan ingatlah ketika kami mengambil perjanjian dari bani Israil, " janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. Dan berbicaralah dengan tutur kata yang baik sesama manusia, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat." tetapi kemudian kamu berpaling (mengingkari) , kecuali sebahagian kecil dari kamu, dan kamu (masih) menjadi pembangkang. "

   Banyak lagi bukti yang jelas menunjukkan islam tidak mempromosikan keganasan. Lihatlah dengan mata hati dan rajinlah mencari, agar kita tidak menjadi lembu dengan hidung bergari, mengikut apa sahaja yang diberi.

  Pasca serangan di Kota Paris, Kerajaan Perancis mengambil tindakan terburu-buru dan menyedihkan untuk dilihat dan diterima bagi saya. 10 buah jet pejuang dihantar pada malam 16 november ke Kota Raqqa di Syria. Lebih kurang 20 pengeboman dijayakan dengan ledakan perasaan amarah dan tidak berperikemanusiaan. Tindakan mereka ini tidak ubah seperti serangan yang dilakukan di Paris,nyawa manusia yang terkorban disana pasti lebih banyak. Bertapa banyak jiwa-jiwa yang tidak bersalah menghadap tuhan atas perbuatan pihak lain. Inilah dunia kita, dunia menuju akhir zaman, dimana nyawa manusia telah menjadi pertaruhan, nyawa insan telah tidak mempunyai harga dan hilang keistimewaan. Bangkitlah rakan-rakan dan taulan, walau kita hanya mampu menadah tangan, namun kuasa doa itu melangkau jangkaan, teruslah berdoa pada tuhan, agar ada sinar buat kemanusiaan, agar dunia mampu berjalan berpimpinan tangan, bergerak seiringan di bawah payungan rahmat tuhan. Menuju dunia yang harmoni dan aman.

*Titipan khas tentang kejadian serangan di Kota Paris dan tindakan ketenteraan Perancis pasca tragedi tersebut. Takziah dan al-fatihah buat yang terkorban, moga mereka diterima disisi tuhan, dan moga kita menyusul dengan pengakhiran yang baik kemudian nanti. Al-fatihah. #prayforparis #raqqa #islam

Wednesday, November 11, 2015

"Hijrah" To a better me



Tajuk: Hijrah, to a better me
Penceramah: Ustaz Zamri Zainuldin
Tempat: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,UIAM
Masa: 8.30 malam -11.00 mlm

   Ceramah pada malam ini adalah dibawah anjuran masjid Sultan Haji Ahmad Shah dengan kerjasama IIUM Immaratul masjid group bersempena dengan sambutan bulan muharram.Alhamdulillah,kini kita telah melangkah ke tahun 1437 Hijrah.Semoga segala amal kita pada tahun lepas diterima dan segala dosa kita diampunkan.Amin..

   Pencemarah pada malam ini adalah Ustaz Zamri mantop yang sering keudara di saluran TV 9. Gelagat, telatah dan gaya penyampaian ustaz kena dengan situasi semasa dan audiens. Berikut antara isi-isi yang sempat saya catat dan ingin dikongsikan bersama.Untuk kabaikkan kita bersama,hiks :)

1) Pada zaman khalifah Umar Al-Khatab, beliau memperkenalkan pelbagai sistem dan jabatan baru. Dan antaranya ialah permulaan tahun baru, atau kalendar islam. Disinilah bermulanya bulan Muharram sebagai kepala tahun.

2) Pemilihan bulan Muharram sebagai kepala tahun disekalikan dengan peristiwa hijrah untuk menaikkan semangat umat islam. Kerana apa ? kebiasaannya awal tahun dianggap sebagai permulaan kepada sesuatu. Jadi kita perlu semangat tang tinggi dalam menyambutnya,justeru peristiwa hijrah dikaitkan dengan bulan Muharram seterusnya menyuntik semangta ummat islam untuk menyambutnya.

3) Menyingkap kisah-kisah yang dialami baginda nabi dan para sahabat sebelum peristiwa hijrah, mereka diseksa dan dizalimi orang kafir di Mekah. Sebagai contoh, kisah khabab yang diseksa sehinggakan beliau bertanya kepada baginda nabi saw bilakah pertolongan allah akan tiba? ini kerana teruknya dan seksa penderitaan yang beliau alami daripada orang kafir quraish. kemudian baginda nabi menjawab, seseungguhnya orang-orang sebelum mereka yang beriman kepada Allah telah diseksa dengan lebih dahsyat berbanding mereka. Diceritakan ada dalam kalangan mereka yang disikat dengan sikat besi yang amat besar dan panas sehingga luruh daging dari tubuh mereka!

4) Apakah kita sedar dengan kisah -kisah mereka ini ? apa punca ataupun rahsia kekuatan mereka sehingga mampu bertahan walau diseksa sebegitu rupa?. Hal ini adalah kerana mereka telah jelas,yakin dan percaya tentang apa yang akan mereka kecapi di akhirat kelak. Kefahaman dan kepercayaan mereka kepada Allah crystal clear kata kau.

5) Dunia ini untuk kita nikmati dan kongsi bersama dengan orang lain. Segala anugerah dan kesenangan yang dikurniakan disini cukup untuk semua makhluk ciptaan Allah. Namun sedarlah bahawa segala yang ada di dunia ini hanya 1 peratus sahaja dari nikmat yang Allah berikan pada ciptaannya. 99 peratus lagi disimpan oleh Allah di syurganya.

   Ustaz Zamri juga membangkitkan persoalan tentang apa sebenarnya yang kita kejar di dunia ini. Beliau menekankan bahawa sepatutnya redha Allah yang kita cari dan bukan pengiktirafan daripada manusia. Ustaz juga menyentuh mengenai kerja-kerja pembaikkan yang harus dilakukan oleh ummat islam.

6) Kerja-kerja islam adalah satu proses yang lam dan perlahan. Disebabkan itu selalu kita lihat ada pejuang-pejuang yang gugur dari gerabak tarbiyyah kerana hebatnya godaan dunia. Cara yang diterapkan islam dalam menangani sesuatu masalah adalah bermula daripada punca masalah itu sendiri. Jika kita dapat tanam kefahaman tentang akhirat di dalam diri setiap muslim, inshallah masalah akan dapat diselesaikan. Seseorang yang mempunyai kesedaran akhirat takkan berbuat dosa kerna dia sedar dengan hukuman di akhirat kelak. betul tak ?

7) Kehidupan di dalam kubur kita menentukan kehidupan kita di akhirat kelak. Manakala kehidupan di dalam kubur kita ditentukan oleh khusnul khatimah atau suul khatimah kita. Khatimah kita ditentukan oleh gaya hidup kita, sama ada gaya hidup mengikut agama islam atau sebaliknya. Dan terakhir sekali gaya hidup kita ditentukan oleh istiqamahnya kita dalam menjaga hak-hak allah dalam hidup kita.

8) Masalah ummat islam khususnya para pemuda-pemudi nya ialah "kekuatan kami terletak pada last minute". Generasi muda islam kini gemar melakukan perkara pada hujung waktu, atau bahasa mudahnya kerja last minute. Perkara ini salah dan merugikan diri kita sendiri, huhu.. Apa salahnya jika kita bersusah dahulu dan bersenang-senang kemudian nanti? bukankah begitu lebih baik.

  Penutupnya, ustaz Zamri juga ada mengingatkan kebergantungan kita kepada Allah adalah  perkara yang harus diutamakan dalam setiap urusan. Lihat sahaja contohnya ketika peristiwa hijrah yang dilalui baginda nabi saw bersama saidina Abu Bakar. Perancangan baginda nabi sangat teliti dan terperinci, namun akhirnya tetap juga beliau dan saidina nabi hampir-hampir ditemui oleh orang-orang kafir ketika bersembunyi di gua thur. Ujar ustaz, tika saat itu jika orang kafir tunduk sedikit sahaja sudah pasti mereka ternampak kaki yang terjulur keluar dari gua thur. Disini ibrahnya ialah sehebat mana strategi dan perancangan kita, perancangan Allah jauh lebih hebat. Dengan bantuan Allah jugalah baginda nabi saw terselamat bersama dengan saidina Abu Bakar.

   Ini sahaja yang dapat saya kongsikan hasil dari nota catatan saya. Teks ini ukanlah 100 peratus apa yang diungkapkan oleh Ustaz Zamri, telah ada sedikit pengolahan dan penambahan. Namun, pengolahan itu inshallah tidak lari daripada makna dan tujuan asal yang disampaikan penceramah. Sememangnya hobi saya mencatat jika ada pen dan kertas di tangan. Anda pun kena cuba!

Wednesday, October 28, 2015

Superpower

   

   Bayangkan dunia yang dipenuhi dengan ramai adiwira, i mean superheroes.Dikala pihak polis bersusah payah mengejar penjenayah yang licik muncul batman datang membantu.Dengan gajet serba canggih dan peralatan berteknologi tinggi, kerja pihak polis mudah dapat diselesaikan. Bayangkan pula disuatu sudut dunia yang lain Dr Charles Xavier  mengetuai sekumpulan manusia luar biasa membuat kajian tentang menambah baik taraf kesihatan manusia.Anggota tubuh yang rosak atau cacat boleh di regenerasi semula.Hebat bukan? atau mungkin dengan tahap IQ luar biasa yang dimiliki Cik Lucy akan membantu kemajuan tamadun manusia dan seterusnya melangkah ke dunia yang lebih tinggi,yakni membuat hubungan komunikasi dengan makhluk selain manusia yang wujud di alam ciptaan allah yang maha misteri ini.wahhhh,Bayangkan...

Persoalannya, Jika anda diberi peluang untuk memilih superpower,apa superpower yang anda inginkan?

 Anda impikan mata byakugan seperti Hyuga Neji yang mampu melihat aliran darah manusia? sudah pasti anda akan menjadi doktor terhebat pernah dikenali sejarah.Atau seorang genius seperti Tony stark atau mungkin kekuatan fizikal segagah Captain America?.

Tapi kalau saya,saya nakkk,herm..

   Saya idamkan kebolehan untuk  bertutur dalam semua bahasa diatas dunia ini! cool kan? tidak kiralah kemana sahaja kaki ini membawa saya menapak,inshallah tiada  masalah untuk saya mencari arah.Walau tercampak jauh hatta ke ceruk tok kun pun,jika ada manusia disitu,pasti saya boleh berbicara dengan mereka.Selain itu dapatlah saya menambah bilangan kawan saya dan seterusnya mebuka jaringan persahabatan yang lebih luas! seronok kan?!hoho


"Language exerts hidden power, like the moon on the tides."
                                                               (Rita Mae Brown)

   Dan sekarang bayangkan pula jika kuasa itu dibesarkan lagi kapasitinya dengan memahami bahasa dan pertuturan haiwan,makhluk selain manusia atau mungkin tumbuh-tumbuhan? pasti diluar jangkaan kita,Namun hanya ada satu hamba allah yang diberi kenikmatan oleh allah dengan kebolehannya memahami dan berkomunikasi dengan makhluk selain manusia.Itulah dia nabi Sulaiman as.

   Jadi apa superpower yang anda inginkan? dan kenapa?..Inshallah jika didunia kita tak dapat rasa kuasa tu di syurga kelak pasti boleh! so kenelah berusaha sunguh-sungguh nak masuk syurga,dan jangan masuk sorang,bawa saya sekali please? heeeee..

Tuesday, October 20, 2015

menangis


Dia menangis,

teruk,

Seumur hidupnya ini kali pertama dia menangis,

tangisan yang bersungguh-sungguh dan mendalam,

helaian-helaian kertas menadah curahan air matanya,

sehingga kertas itu semakin lembut hari demi hari,

semuanya nampak berpinar,berpusing-pusing,

huruf-huruf itu seolah-olah bergerak-gerak mentertawakannya,


Tolong lah ya allah,

aku , aku, aku,

aku jahil,hina,bodoh,sombong!

selama ini aku selalu ingkar dan buat tak endah,

tapi kali ini aku benar-benar nak,

aku mahu berubah


tangannya menggigil,gigi mengetap menahan esak,

badannya terhincut-terhincut menahan sendu,

dia termenung lama,

merenung kalimah-kalimah Tuhannya,

hatinya merintih agar dipermudahkan.


Lidah yang keras dan kaku itu dipaksa,

22 tahun jarang sekali melantun kalimah-kalimah dari langit di bibirnya,

tapi dia tidak lelah mencuba,

memaksa diri merangkak menyebut satu demi satu huruf tersebut,

biarlah al-quran ini menjadi saksi mujahadahnya,

menjadi saksi peritnya dia berusaha,

menjadi saksi kembalinya seorang hamba,

menjadi teman di tempat persemadiannya,

menjadi hujah di hadapan tuhannya.



Allah,aku ingin pulang,

aku ingin membaca kalam-kalam mu dengan lancang,

baru aku merasa tenang,

menyedari erti hidup sebagai hamba kepada Yang Maha Penyayang.

Monday, October 12, 2015

The Tree House




   Less than a week before abi moved to our house, we were doing some chores at Abi's crib. We were sorting things that would be bring to Damansara as Abi agreed to moved to our house. We asked Abi to stay with us as his diabetes is getting worse and needed extra attentions. Here, me and my husband could always took care of him as both of us work in our own company. So there is no problem of not going to office as we are the main man,lol... Labeling, packaging and arranging the items is one of my favorite part so does little aishah, kiddo enjoyed helping her grandpa. While packaging some of the old albums,  Aisha accidentally pull out a piece of picture. A picture of me, abi and ummi sat on a balcony of a tree house. At first she seems a bit confuse. Her forehead frowned as she stared at the picture. Then  she ran towards her grandpa and asked, "is that you grandpa?" with a crystal eyes. She inherited those chocolate eyes from me obviously..lol.

   Abi looked a bit shocked before smiling while his hand reach for Aishah's head.He rubs Aishah's head smoothly before grinning towards me. "Do you want to listen to a beautiful story?" ask him slowly to little Aishah. Past memory began to flash on my head as Aisha jump unto her grandpa lap and hold the picture on her tiny munchkin fingers.

   About 40 years ago, there is a guy who love to read and write. According to Stereotype, guys does not write especially on feelings and emotions, but for him it is some kind of therapy. A kind of way to express himself. The guy is a student at a university just outskirt of  Kuala Lumpur. He was taking engineering course but for him engineering was never his passion, he loves biology more than mathematics. But he did not hesitate nor sulking over it. He pulled himself together and pass the course barely. And the interesting part about this lucky guy, he falls in love with a girl that he never met before. But he knows his heart were unto her. Abi's opening was a bit fast and simple i guess for little Aishah."Boys will always be boys,daa~" I mumbled, hubby is busy loading bags of clothes into the car.

   "How come he loves someone if he never met him grandpa?" asked Aishah. Abi turns his gaze right to Aishah's face. You could see all those wrinkles around his face after he passed his sixties. Physically it may change, but the calmness that comes with his gaze never dissappears. "Li taskunu ilaiha".
When you see his face,your heart becomes ease, serene.

"Sometimes, you follow your heart more than your brain. The feelings is so strong that you could not ignore it".. He take a deep breath before continuing, "eee cucu abi ni,,listen first honey, i know it's a little bit confusing. nanti Ecah fahamlah, ok?
little Aishah nodded.

   Carry on, the guy went to a forum at Putrajaya back then,"do you know where Putrajaya is Aishah?" asked Abi. "A place where you could see Monument alaf baru that was inspired by Tun Dr Mahathir, our 4th prime minister!.."The one who asked is the one who answered,lol...Abi loves to share about histories, just like when he told me the story about how Tasik Dayang Bunting got its name when I was in my thirteen."Abi,,Aishah is still young lah,dia mana kenal Dr Mahathir,," I sneaked into the conversation. He just laughed and continues his story.
 
   So during the event, the guy met various type of people from different background. It was actually a religious talk, that gathers audiences from all over of Malaysia. And here, is where all of it began. As the guy was strolling down the hall, greetings others and exchanging smiles, suddenly he was mesmerized by a girl. Her gaze and smiles brighten the whole room. Peoples around her seems happy and energetic. That was the time the guy decide that she is the one. He does not think it is just a short term attraction or something else. Because she has been wandering in his head for 2 months since the event have ended. Thank god he knows the girl name. So he did a little research on it and at least he managed to know where she studied.

   Half a year after the guy graduated and fully employed, he began his first step. By approaching the girl colleagues and stalking her on social media,lol.. to know her status. She has a strong character and independent.Also,she is a celebrity or more to an icon of change. Of hijrah from a good person to a better person.

   "So did the guy get her? did they get married grandpa? " little aisha asked inpatiently. Abi smile as he always does, and then he nooded with a big smile that he used to. At first it was a really huge task for the guy to approach the girl. Could you imagine, you never met him before, you never know him, you never heard anything about him and plus you dont even know if he exist or not!.So how on earth can a girl accepted a guy, a total stranger proposal was quite amazing. Daa~ actually it was planned. A smooth plan and well organised by the guy to approached the girl. Beginning from forming a bonding with her friends and then with her parents, everything was planned. The guy also did acted as a newspaper distributor jual surat khabar atas motor just to get along with the girl father. Because he knows the girl's father loves to read newspaper in the morning outside of his banglo. This is what we called as a plan, a man with vision.ceh.

   "They did get married,and they lived happily. There is their their little princess" he pointed to me. I was sinked in emotions. Mixed between memories and reality. Abi must be longing for ummi presence, poor Abi. He did not get the chance to say goodbye to ummi. Abi was at Dubai when she left us, in a time that we needed her the most. In a time when abi and ummi were still in their middle years of marriage. And the only thing that left apart from memories of ummi in Abi's heart was this tree house. This tree house carries a big emotions and feelings to abi. Why so? because it was always ummi's dream to live in a tree house. Since knowing her dream from her colleague, abi has started to earn money and find a suitable place to built the tree house. But he never told ummi untill the 4th year of their marriage. The grand surprise that had been prepared 6 years earlier. I was still a child back then,but i remember how ummi love to sings and walk around the tree house.I missed ummi,so much. 

Saturday, September 19, 2015

Potret

 

   Hari demi hari,kemajuan sains dan teknologi telah banyak memudahkan kehidupan manusia,tidak terkecuali di dalam bidang komunikasi.Jika kita imbau semula beberapa puluh ribu tahun yang terdahulu,manusia hanya dapat berkomunikasi dalam jarak yang sangat dekat dan sederhana.Sebagai contoh,mustahil bagi seseorang di benua Asia menghubungi kenalannya di benua Eropah tanpa wujudnya telefon.Bermula dari isyarat asap,pantulan cermin dan ketukan gong,sistem komunikasi manusia berevolusi masa demi masa.

   Kini,ledakan ciptaan laman sosial memenuhi kehendak bersosial manusia.Contohnya amat banyak seperti Facebook,Twitter,Instagram dan lama dahulu Myspace dan friendster.Tipulah kalau anda tak ingat zaman kita ber"YM" di Yahoo Messenger sebelum kini hanya berbual di whatsapp dan Telegram.Namun kita kecikkan sedikit skop perbualan kita boleh?.Yakni kita menjurus terus kepada laman sosial.Okay? hiks..Dan dari sini juga boleh kita bincangkan satu perkara,yakni bagaimana kita mempamerkan diri kita didalam media sosial.

   Setiap hari,hampir 4 jam ni yang normal rasanya masa yang kita luangkan dengan scroll timeline laman-laman sosial.Atau ada yang lebih parah,lebih daripada itu masa yang digunakan. Daripada aktiviti ini,kita dapat lihat stalk berbagai jenis manusia dan personaliti,beragai ragam dan karenah.Namun apa yang kadang menarik perhatian saya adalah bagaimana seseorang mempamerkan dirinya di laman media sosial.Ada satu contoh,tapi mungkin yang kurang manis sikit ialah semakin ramai ahkawat,sister atau gegadis yang berpakaian kemas,lengkap menutup aurat tetapi amat gemar berbicara mengenai membina masjid,zauj impian dan baiti jannati mawaddah wa rahmah katanya.Alhamdulillah,benar kita bersyukur kerana wanita-wanita islam kini lebih menjaga pemakaian mereka,namun pemikiran kita tidak seharusnya sempit dan terhad hanya kepada sesuatu perkara.Waluapun jumlahnya minoriti tapi jika trend ini tidak dibetulkan niatnya,akn membawa kepada wabak yang lebih besar.

   Bayangkan,belia-belia islam yang kita harapkan untuk memimpin dunia gemar berbicara mengenai membina rumah tangga berbanding isu-isu lain yang lebih aula baca prioriti.Contohnya,amat jarang kita berjumpa dengan belia yang rajin dalam memberi pandangan berkaitan isu semasa seperti nilai ringgit,isu kemanusiaan dan bermacam lagi.Tidak saya sangkal bahawa ilmu kita mungkin cetek untuk berbicara mengenai perkara tersebut,tapi apa salahnya kita bertanya pada yang mengetahui dan kita kongsikan hasil dapatan kita.kan?

"Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-oramg yang tahu atau pakar ) jika kamu tidak mengetahui keadaan sesuatu perkara"  Al-Nahl, 43

   Jadi secara tidak langsung kita telah mempamerkan sesuatu yang baik buat diri kita.Namun haruslah kita sedar dan tidak berlebih-lebihan.sebab apa? kerna kita takut jika kita termasuk dalam golongan orang yang bermuka-muka atau hipokrit..Kadangkala ada juga terdengar cerita bagaimana begitu indah dan baiknya seseorang itu mempotretkan dirinya di laman sosial,tetapi realitinya amat berbeza.Benda inilah perlu kita elakkan daripada berlaku.Sedih bila tengok gambarnya di facebook kemas menutup aurat dan menjaga percakapan namun bila berhadapan tuan badan,tidak seperti apa yang digambarkan.Moga kita diselamatkan allah dari berpelakuan seperti ini.

   Apa dan bagaimana kita potretkan diri kita di laman sosial juga menentukan jaringan pergaulan dan persahabatan kita.Jika yang kita kawan dan ikuti baik-baik orangnya,penuh dengan nasihat dan ajakan berbuat baik,maka aura positifnya pasti tempias kepada diri kita.Tapi jika sebaliknya,ia akan membuka pintu-pintu ke arah perkara yang negatif.Seperti mana hadis nabi yang menerangkan mengenai berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi,

 "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli wangi-wangian daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak" (Riwayat Abu Daud)

   Suka juga saya berkongsi mengenai trend para majikan kini dalam mencari pekerja-pekerja baru buat syarikat mereka.Jangan terkejut jika saya katakan sewaktu anda ditemuduga,pihak penemuduga telah pun stalk awak di laman sosial!jangan terkejut dulu,adalagi ni..Ada juga syarikat yang sanggup follow personal account Twitter senarai pendek calon-calon yang berjaya untuk melihat bagaimana karenah dan perangai bakal pekerja mereka.Dari sini,mereka boleh membuat assumption bagaimana anda bertindak terhadap sesuatu isu yang datang menimpa diri awak.Menarik bukan?. Sebab itu kita kena menjaga setiap apa yang kita tulis dan kita luah di laman sosial.Orang kata apa,jika tak mampu luah di hadapan manusia,luah kan di tikar sejadah.

   Akhir kalam.tidaklah saya menulis ini sebab saya baik orangnya atau lebih tahu dari anda yang membaca,tapi sebab suka saya berpegang pada satu kata-kata seorang ulama.Katanya,
"Masyarakat kini nampak rosak dan bermasalah bukan kerana ramainya orang jahat,tapi kerana orang yang baik-baik diam dan tidak membuat bising"..
Maaf,ini mungkin seakan-akan apa yang diucapkannya kerna saya tak ingat yang penuh,haha.Namun yang penting adalah isinya.Bilamana orang yang positif tidak berbicara dan menegur yang negatif,maka keadaan itu akan bertambah buruk.Jadi,sama-samalah kita menjaga diri kita dalam mempamerkan diri kita baik di laman sosial mahupun di alam realiti.Harusnya diantara keduanya ada perkaitan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan islam.Inshallah moga allah bantu kita semua dalam menjaga diri kita. senyum sikit? :)