Thursday, December 29, 2016

Train to Gombak II


   Seluruh penjuru dan kawasan di dalam lingkungan pandangannya diteliti. Bibir mula membilang nombor sambil degup jantung semakin berantakkan. Sunyi dan tiada gangguan, inilah saatnya yang paling sesuai. Hayati membuka langkah, di dalam genggaman tangannya ada rahsia yang ia simpan, untuk disampaikan.

   Perlahan-lahan, Etty menghampiri meja 96 yang penghuninya baru sahaja hilang dari pandangan. Segala buku dan kertas nota serta kertas latihan ditinggalkan pemiliknya, hanya barang berharga sahaja mungkin dibawanya. Susuk tubuh yang duduk di meja ini memang telah lama Etty perhatikan. Tidak salah lagi, memang dia lah yang dicari! Dengan gerakan sepantas ninja di bawah bayangan, Etty menyelesaikan misinya dan beredar pergi. Tiada saksi dan tiada sebarang bukti ditinggalkan. Misi berjaya!

Dia tersenyum sinis.

Perpustakaan pada petang itu masih seperti hari-hari semalam, tiada yang luar biasa. Namun ada dua insan yang merasa ada perubahan, Hayati dan penghuni meja 96.

Sticky notes merah hati bertukar tuan. Membawa sebuah harapan perkenalan.

Tuesday, December 27, 2016

Train to Gombak I

 
kredit
   Langit semakin gelap mencurahkan air matanya dengan galak.sesekali ia bercahaya terang-benderang diikuti tempik nyaring bagaikan hendak hancur telinga yang mendengar dan mata yang melihat. Gerabak Kereta Api tanah melayu yang sebanyak 6 koc itu menyusur laju diatas laluannya. Setiap selekoh,tiap dakian dan tiap perubahannya mengikut ketentuan yang telah ditentukan oleh penggeraknya. Semakin ia laju membelah hujan dan laluan,deruan bunyinya juga semakin meninggi. Deretan pepohon,rumah,bangunan, taman,ladang dan pemandangan mengiringinya di kiri dan kanan. Seolah-olah semuanya melambai ke dalam isi perut sang kereta api.

   Dari dalam gerabak tiga, Khalid termenung dengan dagu bertongkatkan lengan. Takjub dengan segala yang ada di  hadapan. Tiap segalanya telah dicipta dan diperintah oleh tuhan, untuk sentiasa berada di dalam turutan dan susunan. Matahari,bulan,pohon-pohon, haiwan, bangunan hatta hujan yang sedang mengila kini semuanya telah ditentukan oleh Tuhan. Dan tidak pernah ia lari dari tujuannya.

Suatu persoalan mengetuk fikiran,

"maka apakah tujuan penciptaan aku? Apa hanya hidup untuk makan, bekerja, membina keluarga dan seterusnya menunggu hari dibalut kain kafan? Apa ada benda rahasia lain yang tidak aku tahukan tentang kejadian aku ini?"

Khalid semakin jauh dibawa tangan-tangan persoalan.

Definiteness of purpose is the starting point of all achievement. –W. Clement Stone

Kata-kata itu yang ditulis diatas sticky notes merah hati masih tersemat di dalam buku notanya. Yang membawa kepada wujudnya sidang berfikir tika ini saat insan lain di dalam gerabak ini lena dan leka dengan dunia masing-masing. Setiap kita hidup diatas satu bumi yang sama namun kita punya kehidupan dan dunia tersendiri. Dan jam ini dunia Khalid sedang dilanda persoalan hanya kerna sehelai sticky notes merah hati itu. Entah bila dan dimana ia mula wujud. Tidak teringat olehnya jika kata-kata itu ditulisnya sendiri. Atau mungkinkah siapa yang meletakannya...

"definiteness of purpose"

purpose of study? Work? Life?

Dan Khalid terus tenggelam dalam persoalan.


Tuesday, December 20, 2016

insecurities


am i doing the right thing?

is it too soon?

is it the right time now?

oh allah..

💦💦💦

what if i'm wrong?

what if i didn't ready yet?

what if i it is never meant for me?

what if...


Saturday, December 17, 2016

IDP dan kerja2 penghujung semester

Sudah lama rasanya saya tak menulis. Bukan apa tapi sebab sibuk dengan assignment yang bertimbun-bertimbun ditambah pula project lagi, case study lagi.. Penat betul sem ni, terasa sangat macam budak universiti,haha..

Cerita pasal projek, subjek Integrated Design Project adalah subjek elective bagi kami pelajar-pelajar engineering di UIAM. Projek ini memerlukan kami sesebuah kumpulan untuk come out dengan satu produk at the end of the semester. Pelbagai tajuk dan produk boleh dilakukan asal ada usaha dan semangat. Tentang projek pasukan kami, kami membangunkan sebuah perisian yang berfungsi mengesan dan menetapkan posisi sesebuah kapal di lautan. Projek ini memerlukan gabungan antara hardware dan software bagi menjayakan ia. Dengan menggunakan Digital video broadcasting-television (DVBT) stick yang telah diprogram semula dan antenna, kami berupaya menyedut frekuensi yang dipancarkan oleh setiap kapal dalam lingkungan jarak 30KM dari posisi kami.

 Kemudian, radio frekuensi ini akan diesktrak ke dalam data berformatkan National Marine Electronic Association(NMEA). Di dalam bentuk ini, ia adalah huruf yang boleh difahami manusia human readable. kemudian, data ini akan melalui proses decoding sekali lagi untuk kami memperoleh latitud dan longitud kapal tersebut. Semua ini memerlukan coding yang rumit dan panjang berjela-jela bak hang.huhu..Akhirnya, setelah kami memperoleh data yang kami mahu, barulah kami akan bina software bagi menunjukkan posisi-posisi kapal ini diatas peta yang kami paparkan.
Mudahkan? mudah sangat sarcastic tone

Alhamdulillah, semalam 16 december 2016 projek kami selamat dipersembahkan dan ditayangkan kepada examiner dan supervisor kami. Walau hanya 50 peratus sahaja yang bisa kami siapkan, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami mencuba dan berjaya. Banyak sangat yang kami pelajari dari segi new coding language, pelbagai tools and software, tak kurang juga pengalaman dibahan,dicemuh,dileter dan diperli oleh pensyarah sendiri.gelak, muka sedih.

Moga apa yang kami bangunkan ini dapat disambung oleh orang lain, dan direalisasikan kelak. Tapaknya telah ada, akarnya telah menjalar, menunggu pohon dan buahnya muncul selepas ini.
Nanti saya kongsikan mengenai projek ini dengan lebih details ya. Hiks!