Tuesday, January 14, 2014

Menjadi Duta sehaibat Mus'ab r.a



  Meh kita mulakan dengan satu sosok tubuh yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Madinah.Insan yang telah berjaya membuka kota Madinah bagi umat islam.Yang membawa madinah ke arah cahaya,pusat bagi agama yang agung ini.

Ini bukan cerita biasa.

Ini bukan kisah dongeng picisan,

ini kisah insan yang mulia,

duta islam yang pertama.

Biizdnillah..

Ini kisah seorang lejen.


Ini Mus'ab bin Umair.

      Siapa tidak kenal lelaki yang paling hensem di kota Mekah ketika itu.Mus'ab b. Umair datang dengan pakej yang serba lengkap.Hensem,kaya,pakaiannya semua up to date lah katakan.Kalau nak diambil contoh zaman sekarang,bayangkan seorang jejaka tampan,bawak Ferrari,minyak wangi Hugo Boss dan baju stok2 Polo dan Burberry gituh..Wah.

Gadis mana tak sangkut en?hatta Mak Jah janda baik tu pun sangkut kat jejaka-jejaka yang full package cenggini uols~ ok,hiperbola sangat.

        Begitulah hidup Mus'ab b Umair.Anak golongan atasan dan kayawan di kota Mekah.Beliau juga seorang yang amat popular dan cerdas,bermacam masalah mampu diselesaikannya.Setiap kali ada pertemuan atau high tea kemenda,memang beliau yang menjadi tumpuan masyarakat.Orang bangsawan la katakan.Seperti juga penduduk Mekah yang lainya,Mus'ab kenal dan peka dengan kisah-kisah seorang lelaki yang bernama Muhammad.Lelaki ini juga digelar sebagai Al-amin dalam kalangan masyarakat Mekah waktu itu.Masakan tidak,beliau terkenal dengan sifat jujur dan merendah diri.

       Pada suatu hari,Mus'ab terdengar perbualan orang ramai tentang si Al-amin itu mengaku sebagai seorang nabi dan utusan Tuhan.malah si Al-amin itu mengajak semua manusia menyembah Tuhannya yang satu dan meninggalkan semua berhala-berhala dan tuhan-tuhan lain yang mereka percaya dan sembah selama ini.

Mus'ab bingung.
"Eh?, takkanlah dia gebang kut,kalau tak dia takkan dapat gelaran Al-amin tu en".herm..

         Mus'ab berpikir panjang,lalu dia membuat keputusan untuk menyiasat sendiri masalah tersebut.Ala-ala Sherlock Holmes gitu,Mus'ab mengekori salah seorang pengikut Muhammad yang sedang dalam perjalanan ke rumah Al-arqam.Umumnya masyarakat Mekah sudah tahu rumah Al-arqam adalah pusat pertemuan Muhammad dan pengikutnya.Di rumah itulah Rasulullah bertemu para sahabat,mengajar mereka tentang islam,mengajar ayat-ayat Al-quran dan melaksanakan solat.

          Mus'ab duduk di satu sudut ruangan.Kewujudannya disitu tidak ditolak atau dipulau,malah dia diraikan.Disinilah bermulanya satu perubahan.Apabila cahaya iman mula menerangi seorang rijal.Ayat-ayat suci yang berada di dada Nabi s.a.w bergema di bibir baginda nabi.Kalimah-kalimah yang agung dan haibat ini meresap ke telinga-telinga yang setia mendengar.Masuk ke dalam dada mereka dan mekar di tubuh mereka.Mus'ab terpampan.terkedu.Sungguh! dia terlena,terpesona,melayang entah ke mana dengan kalimah-kalimah yang dituturkan baginda nabi.Dada Mus'ab b Umair bergelojak dan panas.Memerhatu dan memahami kondisinya,dengan perlahan Rasulullah menghampirinya dan mengusap dadanya lembut,kembali tenang dan damai,seperti samudera yang dalam.

           Setelah itu,dengan masa yang singkat,menjadilah beliau salah seorang penegak agama yang mulia ini.Setia mengikuti kelas-kelas yang diadakan baginda nabi.Namun,keislamannya masih dirahsiakan.Beliau tidak takut untuk mengumumkannya.Hatta jika seluruh penduduk mekah dijadikan satu kekuatan untuk menentangnya,Mus'ab tak goyang.tapi ada satu yang ia risaukan.Ibunya,Khunas binti Malik.

          Khunas bt Malik,bonda kepada Mus'ab b Umair.beliau sememangnya seorang wanita yang digeruni dan disegani di Mekah.Maka,oleh sebab itu,Mus'ab cuak kat bondanya sahaja.Tapi dia sedar,satu hari nanti dia mesti berhadapan dengan bondanya juga.

         Selang beberapa ketika,akhirnya berita keislamannya sampai ke telinga ibunya.Saat ini,Mus'ab berhadapan dengan ibunya,kaum kerabatnya serta para pembesar mekah.Pemuda yang dulunya dijulang-julang sebagai "Putera Mekah" kini telah bersama dengan Muhammad dan agama barunya itu.Musibah apakah ini?
Mus'ab direnung dengan pandangan yang tajam,seolah-olah ingat membelahnya.potong.kerat.
Namun,dengan tenang dan bersahaja,Mus'ab membaca ayat-ayat al-quran di hadapan mereka,kalimah-kalimah yang telah membersihkan hatinya.yang menghilangkan semua karat-karat jahiliyah dalam dirinya.

         Khunas bt malik ketika itu mengangkat tangannya untuk melempang wajah anak kesayangannya itu,belum pun sampai ke wajah Mus'ab ia terkulai layu.Wajah itu berseri-seri,bercahaya,jika dahulunya ia memang sudah berseri,kini ia semakin bercahaya!cahaya yang menenangkan dan mendamaikan.Kerana sifat keibuannya ia tidak jadi memukul Mus'ab.Mus;ab dikurung di dalam biliknya.Ia tidak dibenarkan keluar sama sekali.Kemudian ia terdengar akan rombongan ke Habsyah.dengan sedikit strategi dan helah,beliau berjaya meloloskan diri ke untuk hijrah bersama ke Habsyah.

         Di mekah atau di Habsyah,keimanan Mus'ab semakin bertambah dan bercambah.Kini,di bukan lagi Mus'ab yang dahulu.Semua kemewahan dan pemberian kepadanya telah disekat oleh ibunya.Pakaiannya kini bukan lagi termahal,hanya jubah usang yang bertampal-tampal.Melihat penampilan beliau,sahabat menundukkan pandangan,ada yang menangis.Sedangkan masih segar ingatan mereka tentang penampilan dan gayanya sebelum memeluk islam.Melihat keadaanya,Rasulullah tersenyum dan bersabda,

"Segala puji bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya sebelum ini,aku melihat Mus'ab seorang pemuda yang hidup mewah di sisi ayah dan ibunya, tetapi dia meninggalkan itu semua kerana cintanya kepada Allah dan Rasulnya."




        Sekarang,beliau terpilih untuk melakukan salah satu tugas yang amat penting.Tugas yang amat besar impaknya pada ummah islam kelak.Mus'ab b. Umair telah diutus menjadi duta pertama islam ke Madinah al-munawarah.Beliau akan menyebarkan islam di sana dan mengajarnya kepada 12 orang yang telah berbaiah kepada nabi dalam perjanjian aqabah yang pertama.Dengan kecerdasan dan kepintarannya,Mus'ab telah membuktikan bahawa baginda nabi tidak salah dalam memilihnya.Mus'ab benar-benar memahami tugasnya.Menyeru manusia ke arah mentauhidkan allah.Buktinya,pada musim haji seterusnya, 70 orang penduduk Madinah datang berbaiah dalam perjanjian aqabah yang kedua.Rahang jatuh.
dan mereka dipimpin oleh,siapa lagi? Mus'ab b Umair!!

        Strategi dan teknik yang digunakan Mus'ab dalam berdakwah di Madinah penuh dengan hikmah.Dengan masuknya tiga tokoh di Madinah iaitu Usaid b Hudhair,Saad b. Ubadah dan Saad b. Muadz ke dalam agama islam,masyarakat Madinah datang berbondong bak bah di sungai pahang demi menyatakan keislaman mereka!.Salute."Jika Usaid b. Hudhair,Saad b. Muadz dan Saad b. Ubadah telah masuk islam,apalagi yang kita tunggu? mari kita bertemu Mus'ab menyatakan keislaman kita!."Kata orang,"kebenaran itu jelas terpancar dari setiap kata-katanya".

Allahurabbi,hebatnya dikau Mus'ab b. Umair.

       Semasa peperangan uhud, Mus'ab merupakan orang yang diamanahkan oleh Rasulullah saw untuk memegang panji-panji Islam.Peringkat kedua peperangan bagaimanapun menyaksikan tentera islam mengalami kekalahan di tangan orang musyrikin.Ini kerana pemanah yang ditugaskan baginda nabi telah mengabaikan tugas mereka  dek kerana mata mereka telah terpaku pada harta-harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh orang musyrikin.Khalid al-walid nampak akan peluang ini,bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal dan selimut,ia menyerbu laju bersama pasukan kuda musyrikin mengocar-kacirkan barisan tentera muslimin.Apabila sedar akan keadaan itu,Mus'ab segera bertempur dengan lebih hebat.Tika itu,hampir kesemua muncung anak panah dan pedang yang ada hanya mencari satu sasaran sahaja.Sasarannya ialah susuk tubuh nabi yang mulia,Nabi Muhammad saw.Mus'ab berjuang,ia maju,menerjang,menabas kesana-kemari dan melibas pedangnya.Ia ingin mengalihkan tumpuan musuh daripada menyerang baginda nabi saw.Mus'ab menyerang sendirian,namun kelihatan seolah-olah satu angkatan tentera yang terlatih dan cekap.

      Pada ketika itu,seorang tentara berkuda quraisy yang bernama Ibnu Qamiah telah meluru ke arah Mus'ab dan telah melibaskan pedangnya sehingga terputus tangan kanan Mus'ab yang memegang panji-panji islam.Mus'ab tenang,ketika itu keluarlah kata-kata ini dari bibirnya,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Mus'ab menyambut panji tersebut dengan tangan kirinya pula dan terus mengulang-ulang seruan tersebut.Ibnu Qamiah semakin marah dan naik hangin,dia melibas tangan kiri Mus'ab hingga kudunglah beliau.Namun,Mus'ab mendakap panji yang dipegangnya dan dipeluk erat di dadanya.Bibirnya masih melafazkan,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Pada masa itu,musuh menghujam tombak ke dadanya.Gugurlah ia.
Bintang yang menyinari hati-hati penduduk Madinah semasa kedatangan islam,yang berjuang demi Allah dan Rasulnya.Beliau meninggalkan kemewahan,kekayaan,populariti dan dunia demi cintanya pada Sang pencipta dan utusannya.

Allah.mata gatal. T_T

       Mus'ab gusar jika ia gugur,musuh akan berjaya melukakan baginda nabi saw.Kerana itu,ia menghiburkan hatinya tiap kali menghayun pedangnya,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Kata-kata inilah yang ia ulangi,yang akhirnya menjadi sebahagian dari al-quran yang dibaca oleh umat islam hingga ke hari ini.



       Setelah pertempuran selesai,Rasulullah dan para sahabat mengitari medan pertempuran untuk mengucapkan salam perpisahan kepada para syuhada.Ketika sampai di tempat gugurnya Mus'ab,air mata mulia baginda berderai turun.sayu.Duta pertamanya telah pergi menghadap ilahi.Wajahnya terlingkup ke tanah dan digenangi darahnya yang bersih.Mus'ab malu dan takut.Ia malu kerana ia telah gagal dalam mempertahankan baginda nabi,ia takut untuk melihat sesuatu yang buruk berlaku ke atas kekasihnya,Rasulullah saw.

        Mus'ab,engkau telah terbang menemui tuhanmu!dalam keadaan yang amat kami impi-impikan.Diceritakan bahawa pada ketika itu tidak ada kain yang bisa dipakai untuk mengkafaninya.Jika ditutup dari kepalanya,akan kelihatanlah kakinya.Jika ditutup dari kakinya,akan kelihatanlah kepalanya.Bayangkan.dahulunya seorang yang kaya,mewah,bergaya..namun,akhirnya ketika ia meninggal dunia,tiada kain yang bisa menutupi dirinya.Mus'ab telah menjual dunia demi cintanya pada Allah dan Rasulnya.Maka Rasulullah saw mengarahkan agar kain itu ditutup dari kepalanya dan kakinya ditutup dengan rumput kering.Allah..T_T..Ketika itu,Rasulullah membaca firman Allah,

"Di antara orang-orang mukmin tedapat orang-orang yang telah menepati janji mereka kepada Allah." (Al-Ahzab: 23)

mata masuk habuk.pfuhhh...

       Begitulah agungnya pengorbanan dan cinta para sahabat.Mampukah kita menandingi mereka?ah!,sekadar untuk menyamai pun ana rasa mustahil..Pengorbanan mereka bukan biasa-biasa,tapi luar biasa!,buka hangat-hangat suam,tapi panas menggelegak dan membara!Namun kita masih punya peluang dan masa,gunakanlah ia sebaiknya.Cer tanya pada diri kita sendiri,pada usia kita kini apa yang telah kita lakukan demi agama ini?apa yang telah kita sumbangkan pada agama ini?Tinggalkan lah apa yang cuba melambatkan kita,drama-drama korea,Fifa atau Dota,tinggalkanlah mereka.Walaupun sukar,ana akuinya,kita kena cuba dulu.betul tak?.Sebab apa?,tika ini kita masih di puncak prestasi,semuanya telah tersedia,hanya menuggu kita turun ke lapangan dakwah.Sepertimana  Akhi Ahmad Ammar yang telah mendahului kita.

"Aku rindu pada pemuda-pemuda yang tidak tidur pada waktu malam kerana memikirkan masalah ummah."
Iman Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin.

       Moga kisah Mus'ab b Umair kali ini mampu memberi impak pada diri kita.Walau hanya sekelumit cuma,ia cukup daripada tak dak habuk langsung.Ayuh pemuda,ayuh pemudi,masanya telah tiba!!

*sekarang bulan apa?hehe..Banyakkan berselawat~ :)

#bukuconteng