Monday, November 18, 2013

Sok Sek Sana-Sini





  Suasana di kafe Khall's hingar-bingar dengan students yang baru habis kelas.Pukul 10 pagi.Semua sibuk nak isi perut lepas berjuang habis-habisan waktu kelas pagi tadi.Tak terkecuali Dia.Fira masih menikmati nasi lemaknya sambil mata kadang-kadang menjeling juga ke meja dihujung sudut kanannya itu.Puas rasanya dapat pekena nasi lemak lepas terpaksa telan Calculus pagi-pagi seawal jam lapan."Sir Imran ni pun kalau nak buat kelas ganti,jangan la buat awal pagi,haishh..
tapi,ada benda lain yang menangkap pandanganya
"Ouh,hari nie pakai baju hijau,match la baju kite",bicara tapi tersekat dalam dada.

"Weh Fira!usha ape tu oi? haha"
Anis sedar dengan gerak laku membernya yang seorang tu.Kalau dah berselisih atau terserempak,memang si Fira ni akan stalk mamat tu.Bila tanya,tak nak mengaku.Eheh.Soalan tu masih tak bersambut.Malas si Fira nak layan.

"dah tau lagi mau tanya"

"Fira..kau,,minat kat dia ke?"sepatah-sepatah Anis menuturkan.

"kalau aku kata ye,aku nak buat suami aku,kau nak jawab apa?"
gelak sinis.

"Oiyoo..bersungguh betul kau nie..tapikan,aku dengar citer dia tu dulu bukannya baik sangat kut!kau tak cuak ker"

"Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi setiap pencela,yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya,"

"Kata je lah kau jeles,haha..aku tengok dia tu stok budak-budak masjid kut.jalan pun kepala tunduk,tu yang cair tuh"Fira membalas sedas.

"Iye lah,tapi tu sekarang,mana tau dia cuma berlakon je ke? haa"

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

Dan tahukah kamu apa itu Huthamah??"

"Ala,mana tau dia dah berubah..kau nie.support la aku sikit!"




 Fullsetop!!.Nokhtah.
pernah kah anda berada dalam situasi diatas?

kadang-kadang..

jarang-jarang...

kuis kaki,errr,selalu..

Allahurabbi~Okeh,tenang-tenang ya semuanya.

Surah Al-humazah.
Surah ini menggambarkan salah satu daripada pemandangan sebenar di zaman permulaan dakwah islam.Namun scene ini adalah satu contoh yang akan terus berulang-ulang di setiap masyarakat dan suasana.Itulah pemandangan yang hina, bermakna seseorang yang diberi kekayaan lalu menggunakannya untuk menzalimi orang lain- sehinggalah dia tidak dapat menguasai dirinya sendiri.(Petikan tulisan Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilalil Quran)

Balik pada topik tumpuan kita hari  nie.Pengumpat.Pencela.Kaki tikam belakang.Backbitting.
Berbagai gelaran boleh diberikan dan ada wakil dari hampir setiap lapisan umur.Apa sebenarnya mengumpat ni?boleh ke tidak?halal ke haram? "HARAM...HARAM...HRAM..TIPU..TIPU...!".Eh?.


Dalam Surah Al-Humazah diatas.diceritakan tentang orang-orang yang suka mengumpat.erti kata lain,mereka itu ialah orang mempersendakan orang, mengaib, mengumpat, menghina dan mencaci orang, sama ada dengan kata-kata, gerak geri, tangan, kaki. mata, kening dan sebagainya.  Perkataan al-humazah dan al-lumazah adalah dua perkatan yang membawa makna “sangat ..”.Al-Humazah dikatakan kepada orang yang sangat sukamengaib, mengumpat atau menjatuhkan kehormatan orang lain. Al-Lumazah ialah orang yang sangat suka membicarakan keaiban seseorang dan mendedahkannya kepada umum. Ada tafsiran menyatakan al-humazah ialah orang yang suka mengumpat dan al-lumazah ialah orang yang suka mengaibkan orang.

Ibnu Abbas menafsirkan dua kalimah ini,katanya:

هُمُ الْمَشَّاؤونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَينَ الأحِبَّةِ


[1]النَّاعِتُونَ لِلنَّاسِ بِالعَيبِ

Terjemahan:"Orang yang giat menaburkan fitnah,melaga-lagakan diantara kawan yang saling berkasih-sayang dan orang yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah"


شِرَارُ عِبَادِ اللَّهِ الْمَشَّاؤُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَيْنَ


[2]الْأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ الْبُرَآءَ الْعَنَتَ

Terjemahan:"Paling buruk di antara hamba-hamba Allah ialah orang yang giat menabur fitnah, melaga-laga di antara rakan-rakan yang berkasih sayang dan orang yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah"

Ayat ini dengan tegas mengharamkan orang mukmin dari mengumpat atau menyebut keburukkan mukmin lain.Tidak kira secara terang-terangan mahupun bawah selimut dalam bilik gelap,sindiran, dengan bahasa isyarat,secara lisan,tulisan mahupun lakaran kartun hendaknya.Tak boleh.begitu juga dengan hal-hal dunia atau agama, menyentuh akhlak atau peribadi, semuanya jatuh dibawah perkataan mengumpat.

Sabda Nabi s.a.w,

 [5]مَنْ سَتَرَ عَلَى مُؤْمِنٍ عَوْرَةً سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Terjemahan: "Sesiapa menutup aurat seseorang mukmin, nescaya Allah menutup auratnya pada hari kiamat"

Sabdanya lagi,


مَنْ عَلِمَ مِنْ أَخِيهِ سَيِّئَةً ، فَسَتَرَهَا سَتَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ


[4]بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Terjemahan: "Sesiapa mengetahui sesuatu keburukkan pada saudaranya lalu ditutupnya, Allah akan menutupkan keburukkannya pada hari kiamat"

Tapi,benda tu macam habit la Q,susah bebenor nak elakkan.. hehe
Allahurabbi.Pengsan.terkilan.

Anda,Biasakan yang betul,betulkan yang biasa.

Biarlah ana tutup post kali ini dengan sepotong ayat al-quran:


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya." (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Al-Hujurat : 12)

Macam mana? masih mahu bersok sek lagi? Nampak tak Allah tu tersangat-sangat la baik kan?!

"Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha mengasihani."

Jom! kita sama-sama berubah!


senyum lebar :)


#bukuconteng



Sunday, November 10, 2013

Manifestasi CINTA: Pada Siapa?


"Man"

"Awatnya?"

"Kau rasa salah ke apa yang aku buat nie?"
nada yang berbunyi penyataan bukan pertanyaan. 

Aiman menjeling sekilas kawannya yang seorang tu.Bukan dia tak tahu,setiap kali ada masalah,memang dia la tempat Khai nak spill semua problem bagai.Sejak dari zaman sekolah lagi,bermula dari sekelas masa form 1 hinggalah sama-sama tercampak ke tengah-tengah London  ni.

 "Kau rasa?"

 Leh,aku tanya,dia pi tanya aku balik.
"ntah la.. aq rasa macam guilty pulak"
ujarnya dalam nafas yang perlahan.dengar tak dengar di telinga. 

"Khai... khai..... kalau kau dah decide macam tu, teguh aje lah..lagipun kita dah musyawarah kan.Maybe ini yang terbaik untuk kau.dan dia.secara jujurnya aku kata. Aiman dan Khai dulu satu sekolah.satu kelas,roomate.sebab tu diorang memang rapat.Dan kini,mungkin kerana itu juga aiman senang nak meminta nasihat darinya.Dari  ceruk noghori kek pekan Jempol tu  hinggalah ke Aberdeen ni,memang kalau budak tu sakit ke,pengsan ke,apa ke,dia la tempat pertama nak dirujuk. 

“Aku Cuma takut dia akan ignore aku lepas ni.Iyelah,dulu ok je aku layan dia.Tapi sejak dah dilanggar oleh mak cik hidayah hari tu, kau pun sedar kan perubahan aku,.Lagipun sekarang ni aku moving into a better  me kan?so,aku tak nak hilang apa yang aku dah dapat ni.Aku sayang.At the same time aku tak nak jejaskan tali persahabatan kitorang.cumanya dia tak leh terima stand aku.”

memang tak dinafikan,kalau dulu dia adalah seorang yang kurang menjaga solat.solat tu solat,tapi selamber  je dia jamak sekali zuhur dengan asar,dah nak dekat asar baru dia solat zuhur.Dulu,tak pernah dibuatnya pagi petang baca al-mathurat,tapi kini itulah amalannya seharian.Dulu,jangan harap nak solat dhuha,tapi sekarang dah bisa diamalkan hampir setiap hari.Dulu,berjuang habis-habisan macam askar Vietnam lawan tentera amerika untuk bangun qiam,tapi sekarang alhamdulillah dah berjaya dilazimi benda tu seminggu dua kali.Dulu,Quran tu mungkin diselaknya seminggu sekali,tu pun sebab hari khamis malam Jumaat abah suruh baca surah yaasin.Tapi sekarang,kalau sehari tak baca,hatinya rasa kering.tak basah dan hidup jiwanya kalau tak dibacakan ayat-ayat cinta dari Penciptanya.Sungguh.Dia tak nak semua benda yang dia dah rasa sekarang ni hilang macam tu je. 

“Khai,setiap benda yang berlaku tu ada hikmahnya.Sebab memang Allah akan uji hamba-hambanya sesuai dengan kesanggupan mereka.Apa yang berlaku sekarang ni,mungkin salah satu cara Allah nak uji korang berdua.So,kau kena la cari jalan yang terbaik untuk jelaskan benda ni kat dia.Jalan tu sentiasa ada,Cuma kita yang terkadangnya tak nampak.”

Khai mengeluh perlahan.
Fikirannya masih terganggu dengan kata-kata dan wajah yang ditujukan kepadanya semalam.Masa tu di café,lepas solat zuhur.dia saja nak jumpa Iffah untuk jelaskan pendiriannya itu.Malam sebelumnya Khai dah sampaikan standnya melalui panggilan telefon,namun lain yang diharap lain pula yang jadi.Haru dia dibuatnya bila si Iffah mula titikkan air mata..Dan hari ni,pada mulanya Iffah menolak,tapi secara paksarela Khai suruh Ain convincekan Iffah untuk jumpa dia.Dia nak tamatkan segala-galanya di sini.sekarang juga. 


“Iffah.. Awak dengar tak ni?”


Mukanya masih tak ada riak.Dingin.Masih menanti lanjutan dari soalan tadi.

“Macam ni la Iffah,awak pun dah tahu tujuan saya ajak jumpa hari ni kan.I think we need to put a stop in this.Lepas ni saya tak kisah awak nak kata apa pun saya,tapi saya dah nekad.Apa yang kita buat selama ni salah,saya sedar saya bukanlah orang yang baik eventhough sekarang ni saya dalam perjalanan ke sana.Dan untuk itu,segala karat-karat jahiliyah perlu saya kikis,perlu dibuang.jadi saya harap awak faham keadaan saya.”

Sepi.masih tiada reaksi dari wajah gadis itu.

“Tapi kalau awak masih sanggup tunggu saya lagi 3 tahun,saya kan terima dengan..”

“saya sanggup” Iffah bersuara senafas.
Iffah memotong kata-katanya.

“Tapi ini soal hati Iffah.Saya tak nak awak putus harapan andai apa yang  awak harapkan tak dapat.Lagipun,zina hati ni bahaya,saya tak nak hidup saya atau awak musnah disebabkan benda jahiliyyah ni.Saya tidak minta awak buang saya jauh-jauh dari hidup awak,saya cuma minta pengertian dan kefahaman awak tentang situasi kita sekarang.Mungkin saya bukan orang yang terbaik nak quote ni,tapi saya cuba Iffah,

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."

senafas dan tenang Khai membaca terjemahan surah an-nur ayat ke 26 itu.

Untuk itu,kita berdua perlu lakukan sesuatu terhadap diri kita.Kerna kita bukanlah dalam golongan yang kedua dalam ayat tersebut.Tapi,insyaalah jika ada rezeki kita pasti akan dipertemukan lagi.ok?

Degup jantungnya yang laju seperti berlari 100 meter tadi sudah semakin perlahan.tenang.semua  yang terbuku di hati telah diluahkan.Khai harap Iffah faham dan mengerti.Dia juga tidak pernah lupa berdoa untuk Iffah sama-sama mengambil jalan yang sama sepertinya. Menyertai gerabak dakwah dan tarbiyyah.


“Khairul..doakan  yang terbaik untuk saya.”Ujar Iffah sebelum berlalu pergi.

Itulah kali terakhir dia bersua,bercakap dan bercakap dengan Iffah.Selepas itu masing-masing membawa haluan sendiri.






“Jauh melamun Khai?” bahunya ditepuk Aiman..

“Hrmm….”

“Tak dapat nak compute lagi ke dengan action kau?”Aiman menduga keputusannya.

“Aku rasa..itu yang terbaik buat kitorang berdua.Serius.sekarang pun walau terasa berat,namun aku tahu,bila kita di atas jalan ni,semua perkara kan diambil kira.Hatta sebesar kuman pun.So,aku tak nak ambik risiko yang lebih besar.Aku Cuma anggap ini ujian dari Allah untuk aku tabah dalam hijrah ni.”

Aiman mengangguk.Dia faham dengan pendirian sahabatnya itu.Kerana dia juga sama-sama dengan Khai masa join gerabak ni.Gerabak yang membawa mereka lebih dekat dengan tuhan.lebih dekat dengan agama.Syukur.

"Khai, tau tak apa yang kau buat ni sebenarnya Allah ada sebut dalam quran?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.(Al-baqarah:208)

Aiman menuturkan sambil merenung pada HTC One X miliknya.

Khai masih termenung panjang.Matanya dihalakan pada dada langit yang mula dipancari sinar merah dan emas.Sudah hampir maghrib.Kena balik mandi ni,nak pi masjid sat gi.

“Man,kau rasa dia sanggup tak tunggu aku nnt?”

Khai,khai….

“We’ll wait and see bro..Insyaalllah with Allah wills”.

#bukuconteng
 

Saturday, November 09, 2013

Random





“Selawat dan restu-Mu untuk junjungan kami Muhammad SAW,Nabi yang mulia dan kepada keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya”.Amin ya Rabbal allamin.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Humaira mengaminkan doa suaminya..selesai sudah solat asar.Alhamdulillah..
syukur teramat apabila dilamar hari tu.Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal,selimut, dengan teddy bear..Eheh.Over..Allah menjadi saksi bahawa dia teramat gembira menjadi permaisuri seorang Abdullah Umar.

"Sayang,?do me a favour please?"lembut Umar bertanya.

Soalan dibalas anggukkan..

"Jom jenjalan kat taman petang nie?"

"Ok."

“best jugak idea pak cik nie,baca mathurat kat outdoor..Tenang.Damai.” 
Humaira mengomel sendirian. 

Umar tersengih.”Heard that”

Mereka berdua sama-sama tergelak. serentak.. 
"Abang,Grow old with me?"

”Sure do”

Suka nmpak?!. Eh.mana tau?.haha,the main point here,just nak ajak baca Al-mathurat.Walaupun belum dapat baca sambil ada org teman.OpsS. :)

Apa salahnya baca sorang en?.JOM! 

#bukuconteng