Wednesday, December 31, 2014

2014 BUKAN tahun terburuk






2014.Bukan TAHUN terburuk Malaysia.

Eh seriuslah! ada yang lagi buruk ke?

 Tak ke tahun ini kita diuji dengan bermacam-macam ujian.Bermula dengan kehilangan pesawat MH 370 yang sedang dalam perjalanan dari Malaysia ke Beijing.Hingga kini masih belum ditemui.Apa nasib mereka,entah hidup entah tidak.Kalau hidup dimana?kalau meninggal,mana jasadnya??.
Seterusnya kemarau yang melanda negara sehingga bekalan air perlu dicatu.Tidakkah ini semua jelas menunjukkan kita benar-benar ditimpa musibah pada tahun ini?
Kemana hilangnya MH370?
kredit
Tak cukup lagi,sewaktu kita sedang berpesta ibadah di bulan ramadhan yang mulia,sebuah lagi pesawat MAS ditimpa nahas.MH17 khabarnya ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.


Abderrahman anak copilot MH 17 didukung rakan sekerja ayahnya.
kredit

Apa salah mereka? 

kenapa mereka?

kenapa kita?

kenapa Malaysia?!


"ISTIGHFAR bro,jangan cakap macam tu"


 Dah tu benda betul,kau expect aku nak cakap apa lagi?Tak cukup dengan tu,pantaui timur pulak dibadai bah.Banjir yang dikatakan terburuk dalam sejarah Malaysia.Ratusan ribu terputus hubungan dan bekalan makanan.Negara kita seakan-akan lumpuh.Kau tak rasa macam tu ke?

  Dan akhirnya,tika kita menghitung hari dan detik untuk melangkah ke tahun 2015,dengan harapan dan impian agar semuanya akan pulih,akan lebih baik,Nah!.kapal terbang Air Asia pulak hilang di lautan jawa.Sungguh pada aku ni semua dah terlebih cukup untuk katakan yang tahun 2014 adalah yang terburuk,paling sedih,tragik sekali dalam hidup aku.



"habis dah?"balas Razif sambil tersenyum nipis.

Naim hanya menjuir kan bibirnya seolah-olah bersetuju tapi dengan gaya sarkastik.

 "Bro,aku setuju dengan semua point kau.Betul tahun ni kita diuji dengan bermacam-macam musibah.Bukan takat kita,negara-negara lain pun sama.Palestin juga diuji hebat tahun ini.Tapi en,pada aku tak wajar kita sebagai hamba yang kerdil hina dihadapan Allah untuk cakap macam tu.Sebab apa??

 Razif cuba memancing Naim untuk masuk dalam fikirannya,tapi Naim tak menunjukkan tanda bersetuju atau membantah.Dia berlagak seperti tunggul mendengar kata-kata Razif.

"sebab Allah berfirman dalam surah Ibrahim,

"Jika kamu bersyukur dengan nikmat ku,nescaya akan aku TAMBAH lagi(nikmat) untuk mu,tapi jika kamu ingkar dengan nikmat-Ku,maka ketahuilah bahawa azab-Ku sangat pedih"-Ibrahim(ayat 7)"


  Allah tak tarik nikmat yang dia dah bagi bila kita ingkar arahan dia bro,tapi allah cuma ingatkan yang azab dia pedih,Malah kalau kita bersyukur,Allah akan tambah nikmat tu lagi.Kau tak rasa yang tuhan tu maha pengasih? Berapa banyak nikmat yang kau dah dapat tapi kau bersyukur sepanjang tahun 2014 nih?Nikmat dapat masuk universiti,dapat phone baru,dapat makan sedap-sedap,dapat kerja,dapat jumpa pasangan hidup kita,dapat gaji pertama,dapat anak pertama,dapat pergi haji,dapat merasa lagi taraweh dan moreh di bulan ramadhan.Maka nikmat tuhan mu yang mana yang engkau dustakan bro?.


Nastaghfirullah...

Siapa kita untuk mengata ketentuan Tuhan.Terimalah ia.walau perit,walau dada ini sayu,sebak menahan luka,tapi Allah masih ada, Allah masih ada.

Moga tahun 2015 kita lebih dekat dengan Nya.

Terimalah taubat kami ya allah,jangan engkau pesongkan kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami.Beri kami kekuatan untuk teruskan hidup ya allah.Hanya pada mu aku bergantung harap ya allah,hanya pada mu tempat aku bersandar dan merintih mengadu masalah.
Kerna engkaulah Tuhan ku!

Saturday, November 22, 2014

Memperguna Dunia demi Akhirat









 Nak ceritanya, semalam berborak panjang dengan ikhwah,tajuk yang abam naqib bawa berkenaan tawazun.Yakni seimbang,wasatiyyah atau balance dalam bahasa kampung ana.Lepas 15 minit introduction dari bang naqib,beliau mula masuk ke isi utama.Tawazun dalam kehidupan.Dalam melayari hidup ni kene tawazun katanya.

    "Ikhwah,tawazun yang ana nak tekankan malam ini adalah macam mana kita nak seimbangkan kehidupan kita di dunia dan juga untuk akhirat kita. Sering kita dengar ada orang tersalah tafsir dengan hidup di dunia sebagai ladang bercucuk tanam untuk akhirat. Benar dunia ini tempat bercucuk tanam dan hasilnya kita tuai di akhirat nanti,tapi adakah itu bermakna kita kena duduk bertapa 24 jam sehari dalam masjid? berzikir dan beribadah sehingga meninggalkan hak-hak kita kepada insan lain?
suami tak cari nafkah buat keluarga, isteri tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai domestic engineer (surirumah)? anak-anak tak pi belajar,? ini silap ikhwah"

 "Tapi bang  ada orang kata takke semua tu duniawi? redha Allah yang kita cari."

tanya Raziq.
Bang naqib tersenyum kecil.Janggut sejemputnya dibelai-belai sebelum bibir membuka kata.

 "Siapa ada jawapan?"

sengaja bang naqib menduga ahli usrah yang lain supaya masuk sama dalam topik agar tidak jadi pemerhati sahaja.

 "Herm,pada pendapat aku la en,eh ana!,hihihi" Pijol membuka bicara,
"Hidup kat dunia ni memang tempat kita nak beribadah kepada Allah dan of course lah akhirat tujuan yang utama,so..kalau kita usha balik kat ayat quran,tapi ni dulu ustaz Emran pernah cakap la,ana share je.."

"takpe share ajelah!,hahaha"

serentak bang naqib,raziq dan daus bersuara,memberi sokongan pada pijol.


"ustaz Emran suruh usha Surah Ar-Rum,ayat 64,


"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan seseungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" 


"Jadi base on ayat ni,kehidupan dunia ni kene kita balancekan dengan amal ibadah kita untuk kehidupan akhirat nanti.Ana pernah dengar orang quote ayat ni,tapi tak ingat siapa yang cakap tu,



"Letaklah dunia di atas tapak tangan kita,bila perlu kan ia,kita genggam dunia ini,bila tak perlu kita lepaskan ia.Makna kata,ada masa kita perlu libatkan diri dengan hal-hal dunia,dan ada masanya kita perlu lepaskan untuk fokus pada akhirat"



Lebih kurang macam tu lah.Tapi ini pendapat ana je"
Pijol menutup kata.

"Boleh terima tak jawapan tu ziq? tanya bang naqib sopan".

Raziq menyatukan ibu jari dan jari telunjuknya,Simbol okay terbentuk ditemani senyuman segaris.

   Kehidupan dunia ni tak kekal.tahu,,ayat cliche sangat kan,,tapi itulah hakikatnya.Kalau nak dianalogikan dalam bentuk nombor, kehidupan kita di dunia ni diibaratkan sebagai kosong.Dan kehidupan di akhirat nanti yang kekal abadi tuh,kita anggap sebagai infiniti.Okay,sekarang letakkan kosong tu dengan infiniti sebelah-menyebelah.Nampak tak jurang perbezaan dia.Nak senang,buat equation nih,

0 bahagi dengan infiniti = 0.

   Yup!kosong.takde makna.Begitulah kehidupan kita kat atas dunia ni.Selama ini ana belajar calculus dalam kelas tak pernah terpikir tentang equation nih.Rupanya equation kat atas tu yang ana dok tenung,solved dalam kelas membawa maksud yang tersangatlah  deep jika kita kaitkn dengan hidup kita.Kesimpulannya,seimbangkanlah kehidupan di dunia dan bekalan untuk akhirat kelak.Jangan berat sebelah,buruk padahnya nanti.Harapnya apa yang ana kongsikan ni sampai maksudnya kepada entum.Sebab rasa rugi sangat kalau tak share,tutup mata ajelah dengan cara penyampaian yang tak berapa nak seronok,tapi terima dan genggamlah isinya.okeh?! :)

Allah.
rasa macam nak nanges jek.

Monday, November 10, 2014

Mahasiswa lembu





        Dicucuk hidung,dipaksa percaya,stereotaip..kehidupan manusia kini ibarat robot mekanikal.Kosong tanpa perasaan dan emosi.Dari saat mata terbuka hingga terlelap,selepas sepanjang hari keringat diperah mengikut jadual dan susunan,kering.Belajar-makan-kerja-mati.Cycle ini akan terus berterusan tanpa henti seakan-akan Infinite Loop di dalam bahasa C,atau mungkin infinite tsukuyomi rekaan Uchiha Madara yang mengawal jiwa dan perasaan manusia..itukah yang anda mahu??

       Di kampus anak-anak muda dilarang berpolitik kerna politik dianggap kotor,tapi seawal usia sudah 21 sudah layak mengundi.nak undi siapa? kalau tak de ilmu dan pendedahan,siapa yang perlu diundi? apa rasionalnya mengundi calon tersebut?.Kesudahannya amanah yang sebenarnya amat besar itu dilunaskan dengan sambil lewa.Hanya mengikut jari telunjuk tertentu agar comfort zone itu tidak terganggu.Ironinya,letusan mahasiswa yang baru keluar daripada universiti ini jugalah yang ditagih-tagih khidmatnya agar berpolitik secara matang,bersih.Namun segala hak-hak dan kebebasan mahasiswa untuk meraih pendedahan,penjelasan dan ketelusan dalam berpolitik yang seharusnya dituntut di universiti dikengkang,disekat.Majlis-majlis ilmu,intelek,bual bicara membuka minda ditahan.Apa rasionalnya?

         Hakikatnya,mahasiswa yang lahir adalah mahasiswa lembu,yang bermazhabkan taqlid buta.Ya,tiada istilah lain yang lebih sesuai.bunyinya kasar dan biadab,tetapi itulah realitinya.Dicucuk hidung seakan-akan lembu,hanya mengukit arahan dan saranan.tidak berani mengambil tindakan sendiri demi kebaikkan dan kemaslahatan semua.



                                    "WRONG is wrong even everyone is doing it,
                                               RIGHT is right even you are the only one doing it."
                                                                                                              -Hlovate


       Universiti dibina untuk mahasiswa,jika mahasiswa disekat dan dikawal pemikirannya, apa fungsi universiti? kandang menternak manusia menjadi hamba kerja,hamba dunia.
Maka ana mohon, matanglah sikit,rasional dan berintelek dalam berhujah.Jika terus dibiarkan,cycle ni takkan habis dan berhenti,kesudahannya negara semakin mundur,tiada pencapaian,pembangunan,pegun.Sebagaimana FAM dan FAS,,ha macam tulah jadinya..

        Suara anak muda diperlekeh,yang tua-tua tak reti nak terima teguran dan cadangan kerana merasa diri superior.Akhirnya ummah masih derita,tiada yg mampu bangun mempertahankan ummah,semuanya rebah,punah.bertelagah sesama sendri mencari kesalahan sambil saku terus penuh diisi harta.


     "The reality have been controlled by various power,someone need to rebel against them"
                                                                                            -Lelouch vi Britania,Code Geass


     Kasihan ummah ini,tiada pengislah,tiada pembaharu,tiada figur yang mampu memberi buah fikir yang membuka minda.Sampai bila nak dibiarkan terus bernanah?sampai dunia dah musnah?..

sembang.

        Hakikatnya islam sendri ada sistem politiknya,yang adil,saksama,tak pilih kasih,takde kroni,telus dan sistematik.Tapi semua tu cuma ada dalam silibus SPM.tak diaplikasikan langsung.Rugi skor staright A's,masuk uni dapat 4 flat,bila keluar,kerja hanya menjadi pak turut.Makan gaji.



       "Dari ibnu Umar ra sabda Rasulullah saw: " Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya. Seorang raja memimpin rakyatnya akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak-anaknya akan ditanya mengenai pimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan akan ditanya mengenai pimpinannya. Ingatlah semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya."
                                                                                               -Riwayat Bukhari dan Muslim

   

        Sudahlah,penat bermadah dan berkata,sapalah kita nak mencabar depa.Kita student je,ijazah pun tak dak laghi.Depa top management,org besar.biaq lah dia buat keje,kan dapat dah BR1M,PTPTN,PR1MA dan banyak lagi.,syukurlah anak muda,jgn merungut.

Mari mereput beramai2.

Friday, October 31, 2014

Ragam Saya di media Sosial

 
*Kena mengaku post tittle terlalu formal!.bhahaha*

Bismillah,





      Mengapa kadang-kadang kita dah usaha,dah doa,dah rajin gegiler,dah push tahap gaban,tapi apa yang kita harapkan masih tak kunjung tiba?.Sampai satu tahap kita ter-mengeluh kat Allah,

"Ya allah,aku dah solat,aku baca quran tiap-tiap hari,solat dhuha seminggu 2 kali,baca mathurat,tapi masih apa yang aku doakan tak kunjung tiba?apa berat sangatkah permintaan ku ini ya tuhan?"

Allah,allah,allah..

     Sering sangat dengar member dan manusia meragam bila apa yang diminta tak kunjung tiba kan?,
kita minta macam-macam dekat Allah,

"saya nak straight A's SPM,makbulkn doa saya ini ya allah.."

"Ya Tuhan,Aku nak berhenti merokok,tolong tuhan,bantu aku,tahan nafsu aku nk rokok..duit banyak habis kat sini je,,tolong aku tuhan"

"Ya Allah,jika dia jodoh-ku,maka satukanlah kami dengan tali ikatan yang sah ya Allah..lembutkanlah hati ibu bapa-ku dan kedua ibu bapanya untuk menerima dan membenarkan kami mengikat tali pernikahan ini ya Allah.Jika dia bukan jodohku,,engkau pesongknlah hatinya suapaya suka kepada ku juga ya allah,,tolong ya Allah, Engkaulah yang maha mendengar lagi maha melihat,yang memberi rezeki,"

*Ok yang no tiga tu tulih sungguh-sungguh.hihi*

     Terkadang kita terlalu banyak meminta tapi sangat sedikit memberi.IYA,memberi semula kepada Allah.

"Eh?Allah tak perlukan kita lah akhi,kita yang perlu kat Allah,so nk guna ayat memberi pada Allah tu macam tak tepat je bro?"

     Herm,memberi disini bermakna adalah memberi ketaatan kita kepada Allah bro,memberi hati dan jiwa kita kepada Allah.Bila mana kita serahkan hidup kita,apa yang berlaku dalam hidup kita hanya, kepada ALLAH.Pernah tak rasa apa yang kita buat,apa yang kita cakap,apa yang kita comment,apa ya kita Tweet,semua,semua tu sebenarnya akan mempengaruhi hubungan kita dengan Allah?tak en??,mesti tak pernah terfikir.Sebab menda-menda macam ni nampak sangaat kecil dimata kita,tapi sebenarnya dia memainkan peranan yang sangat besar.Kita solat sehari  5 kali,,baca Quran paling koman 2 page sehari,,solat nawafil pun tak pernah tinggal,tapi takdapat jugak apa yang kita nak?
 kerna mungkin lidah kita ada sakitkan hati orang kut?.Kerna mungkin tweet kita yang hanya maximum 160 character kat twitter tu ada mengguris hati orang? kita sebarkan fitnah hanya dengan retweet dan share gambo,kata-kata dan kengkadang video.Pernah terfikir?

     Menda-menda kecik macam ni lah yang selalunya kite terlepas pandang.Siapa sangka,dengan hanya keyboard dan mouse pun dah boleh porak-perandakan manusia.Banyak sangat contohnya,Team siber Kerajaan lawan team siber Pembangkang, Hackers Palestin VS Israel Defense Force,, paling dekat, baca lah komen-komen dekat IIUM online,bhahaha.Kita terlalu senang menaip dan mengkritik sehingga kita lupa setiap enter dan like serta share itu sebenarnya menyumbang kepada dosa dan pahala kita.Ibarat Carry mark tuh,kalau banyak negatif je,sikit ler pahala nya,dosanya yang banyok,en?.

     So,nak nasihat diri sendiri dan awak-awak yang tengah bace dengan muka hambar ni,sama-samalh kita menjaga adab dan percakapan,perlakuan kita baik di dunia siber ataupun dunia bese nih.Tiap kali nak tweet,nk share,nk comment,nk like,pikir dulu betul ke salah,baik je buruk? hokeh?.jangan sampai kat akhirat nanti kita jadi orang yang muflis,tau dok sapo?


 "Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat menjawab: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta". Lalu Nabi saw bersabda:'Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat,pahala puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan,menuduh si fulan, memakan harta si fulan,menumpahkan darah si fulan,dan pernah memukul si fulan.Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikkan orang tadi dan begitu pula seterusnya kepada orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikkan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka"
(Hadis Riwayat Muslim)


 Selain mandi untuk sucikan jasad kita,jangan terlupa sucikan juga hati kita ea? .Senyum XD

Sunday, October 26, 2014

Welcoming Muharram,the Sacred Month

        



        In seventh century Arabia, a messenger was given a divine message.The message was the Quran,the revealed scripture of Islam,and from it flowed,like an immense system of tributaries, a body of laws and spiritual practices, a worldview and patterns of behaviour that have imprinted countless generations of people from western Africa to Indonesia, a flowering of sciences and arts that became crowning achievements of a great civilizations,and above all from it reminds every soul that there is other world and dimensions of existence awaits after the joys and difficulties of this life are finished.This is Islam.The divine religion.

          With the sighting of the new moon the Islamic new year is ushered in. The first month muharram,is a month of great reward and virtue.Muharram itself means ‘sacred’ and is from those months which have been mentioned as sacred in the holy Quran.There are four month that is ‘sacred’ in Islamic calendar which is Muharram,Zul-qaedah,Zul-hijjah and Rajab.Almighty Allah states in the holy quran,
          “The number of months in the sight of Allah is twelve(in a year)- so ordained by Him the day He created the heavens and the earth, of them four are sacred: that is the straight usage. So wrong yourselves therein, and fight the Pagans all together as they fight you all together.But know that Allah is with those who restrain themselves.(at-taubah:36)


          Abu Bakar(May Allah be pleased with him) reported that the prophet (peace and blessing of Allah upon him) said:”The year is twelve months of which four are sacred,the three consecutive months of Zul-qaedah,zul hijjah and muharram,and rajab mudar which comes between jumadah and sha’ban”[Reported by al-bukhari, 2958]

Muharram is so called because it is a sacred(muharram) month and to confirm its sanctity.Allah’s words(interpretation of the meaning):”..so wrong not yourself therein…” mean do not wrong yourselves in this sacred months, because sin in these months is much worse than in the other months.So,sin in these months is more serious and good deed brings a greater reward.





Virtues

          From out of the four scared months,Muharram has been blessed with certain specific virtues:-The holy prophet Muhammad saw said: “The best of fast besides the month of Ramadhan is the fasting of Allah’s month of Muharram.”(Muslim).The phrase “Allah’s month” connecting the name of the month to the name of allah in a genitive grammatical structure,signifies the importance of the month.Al-Qari said:” The apparent meaning is all of the month of muharram.”But it was proven that the prophet never fasted any whole month apart from Ramadhan,so this hadith is probably meant to encourage increasing one’s fasting during muharram,without meaning that one should fast for the entire month.

           The Day of Ashura.Although the month of muharram is a sacred month as a whole,the 10th of Muharram is the most sacred among all its day.It is one of the most important and blessed days of Allah in the Islamic calendar.According to Ibnu Abbas ra,when he holy prophet migrated to Madinah,he found that the jews of Madinah used to fast on the 10th day of Muharram.they said that it was the day on which the holy prophet Musa as and his followers crossed the Red sea miraculously,and the pharaoh was drowned in its water.On hearing this,The holy prophet saw said   ” We are more closely related to Musa than you  ”.So the prophet saw directed the muslims to fast on the day of Ashura.(Abu Dawood)

          According to other hadith,it is more advisable that the fast off Ashura should be either preceeded or suceded by an additional fast.It means that one should fast two days: 9th and 10th of muharram or the 10th and 11th og Muharram.The reason of this additional fast is that the jews used to fast on the day of Ashura alone,and the holy prophet want to distinguish the islamic way of fasting from that of the jews.Therefore,He advised muslims to add another fast to the day of Ashura.




Innovations common on Ashura

          However there are some legends and misconceptions regarding the day of Ashura.Majority of  it does not have authentic islamic sources to support it.Among it is:

1)The day the prophet Adam AS was created.

2)This is the day when prophet Ibrahim AS was born.

3)This is the day when Allah accepted the repentance of prophet Adam AS.

4)This is the day when doomsday will take place.

          All these and other similar whims and fancies are baseless and the traditions referred to in this respect  are not worthy of any credit.Some people take it as sunnah to prepare a particular type of meal on the day of Ashura.This practice,too,has no any authentic islamic sources.Meanwhile,some other people relates the day of Ashura with the martyrdom of Sayidina Husayn ra.No doubt,the martyrdom of Saidina husayn is one of the most tragic episode in islamic history.Yet,the sanctity of Ashura cannot be ascribed to this event for the simple reason that the sanctity of Ashura was established during the days of the prophet much earlier than the birth of Al-Husayn.On the contrary,it is one of the merits of Al-Husayn that his martyrdom took place on this blessed day.



Wrong practices in celebrating the month of Muharram

          
          Another wrong practices related to this holy month is to hold the lamentation and mourning ceremonies in the memory of martyrdom of Sayidina Husayn ra. Plus,the people of pre-islamic ignorance era used to mourn over their deceased through loud lamentations,by tearing their clothes and by beating their cheecks and chests.The prophet saw prevented muslims from doing so and directed them to observe patience by saying “Inna lillahi wa inna ilayhi raaji’un”(To Allah we belong,and to him is our return).A numbers of authentic narrations are available on the subject.


          As a conclusion,muslims should celebrates the month of Muharram with the right and approved practices by the syari’a.Furthermore,as Muharram is the first month in the islamic calendar,we should try our best to keep the momentums of our good deeds throughout the whole year by starting brightly in the month of Muharram.May Allah give us the strength and passions to take the most benefits out of this holy month.

Thursday, August 28, 2014

Contengan Jalanan



  The first time i encountered with Hlovate was when i'm reading Tunas by Hlovate.Since then,i've been collecting Hlovates novels and keep on updating his/her new masterpiece.Hlovate, kept closed his/her identity,that's why i dont know whether to called he or she,,HAHA..but the thing is,Hlovate novels and style of writings really goes into me.I just love the way Hlovate plotted the story and how Hlovate elaborate the characters.As if the all the characters were alive i could imagine meeting them somewhere at Tesco Ipoh or maybe Kl sentral,hahaha..

  So regarding about this review,the novel that i want like to highlight is "Contengan Jalanan", which was published by Jemari Seni on 2011.The novel is about two teenager,university students who were on their quest to find the meaning of life.The novel is divide into two part.The first part is about Fend,and the second part is about Ku kamaruzzaman, or known as "k2",(pronounced it as KSQUARED)..Both of them is siblings and persuing their studies in arts.And both,are immersed in musics.

  Fend's life started to change when he accidentally met with Lia.A girl he met when he is doing coverage  for the X-Games event.Starting from there,the plots expands and gets more interesting when Chad,yet one of his siblings entered the story line.Then they went to Aussie and things start to be clear to Fend.But,if i wrote it all here,what's the point about you plannning to buy it right? so i'll leave the rest to you explored it later.Then,the second part of the novel is about k2.It's normal,when peoples arounds you change,you gonna feel it too.Same does to k2.Being friends with fend for a along time,he noticed the changes on fend.Sometimes it looks bad,someetimes it looks good.What's happening actually? is this really Fend?,or has he switched body with an alien from some planet out from the space?.

  Both the plots and conflicts in fend and k2 stories will really play with your emotions.This novel,which i really,absolutely,totally suggest to those who wants to change,to those who on the brink of making that decisions.Whether to go for a new life,start a new chapter,or stay on the same pool as where you were now.Contengan Jalanan is a must read book if you have bored in living your life without the feel that you have Lord,god that is watching you,protecting you,testing you all of your life.For sure,those who had once live in jahiliyyah state(ignoring the religion),will find that it is a good novel.This is just my opinions,so feel free to take it,or leave it.But if you are on that time,on making the one time life changer desicions,you really need to read this! haha

One of the quotes that really goes into me from this novel is,

   " The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th " 

Enjoy reading it fellas!



*kali pertama entry bahasa omputeh.Den raso ni yang pertamo dan terakhir ea,,takdo dah lepas nih,berbolit-bolit lidah den nyobutnya haa..Serius.Lepas ni mungkin review dalam bahasa melayu sahaja.Baru sampai apa yang nak disampaikan.Aku memang suggest dan galakkan sangat korang baca novel nih.Tak ada unsur-unsur cinta-cintun,lovey dovey apa semua tuh.Bukan semua novel pasal cinta aje,tapi ini novel yang bawak kau kenal semula kat Tuhan,yang bawak kau sedar yang kita ni hidup bertuhan,dan buat kita sedar yang kita hanya hamba.Hanya ciptaan.Aku dah pernah hidup dalam jahiliyyah,dan sekarang aku rasa hangatnya hidayah,bila kau dah mula kembali pada tuhan,semua kebaikkan yang kau lakukan tak rasa lelah.Percayalah.
*Maaf atas kesalahan tatabahasa yang banyak di atas,aku pun sedang belajar,nak-nak pulak bahasa utama uni den,yu yai ea ialah bahasa inggeris.kalau salah tegur lah ye,diterima dengan hati terbuka.

#bukuconteng

Friday, August 22, 2014

Bila nak makbul?





Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.fuh,fuh,dah lama tak post new entry ni.Makin lama ditangguh,makin hilang idea nak menulis,haha.Jadi lepas ni masuk idea kena la terus tulis,tak kang lupa balik.Maka,Topik kali ini nak cerita pasal DOA.

Doa.Permintaan.Permohonan.Pergantungan.

Dalam bab berdoa ni,macam-macam kes kita boleh jumpa.Pernah tak jumpa orang yang dia berdoa hampir setiap hari,setiap masa,tapi masih tak dapat lagi apa yang dia doakan?mesti pernah en.Ada jugak yang doa sekali je,pui!,terus dapat,Haa,kes macam ni pun ada jugak.

Makanya,kenapa lain orang lain kesannya?lain nasibnya?.Bila kita berdoa,tapi still Allah tak makbulkan doa kita,adakah itu tanda Allah murka pada kita? ke tu tanda Alah langsung tak pandang kita? naudzubillah.
Mohon semorang jauhkan diri dari berfikiran negatif macam ni.Mohon.

ok.renggangkan otot-otot anda.

Perihal mengenai makbul atau terima dan tidak diterimanya doa seseorang itu berada dalam pengetahuan pencipta kita,Allah.Allah yang Maha mengetahui,Al-Alim.Daaan,,kita sebagai manusia langsung tidak layak untuk menjustifikasikan atau menentukan sama ada doa seseorang itu diterima oleh Allah atau tidak.Bagaimana tergamaknya kita menuduh seorang pendosa bahawa doanya tidak diterima oleh Allah?sedangkan kita juga pendosa tegar.Muka sama,tangan sama tapi hati dan iman kita berbeza.

Allah tidak melihat kepada rupa paras kita,harta kita,kereta apa kita pakai,jurusan apa yang kita belajar mahupun bangsa kita.Tak kisah lah hang melayu ke,arab ke,india ke,bidayuh ke,hanya satu je yang allah nilai dan perhatikan,Iman kita.taqwa dan hati kita.Apakah benar-benar berpaksi kepadanya atau berpaksi pada dunia.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim)


Ok.Selesai bab judge orang,kita sambung masuk adab-adab dalam berdoa.Ini antara yang boleh aku kongsikan,sebenarnya banyak lagi adab dan garis panduan yang disarankan oleh baginda saw,para sahabat radiallahuanhum dan ulama-ulama kita.Terpulang pada korang sama ada rajin atau malas nak buat research.
Bismillah;

1)Pastikan diri dan pakaian kita bersih,suci daripada najis atau benda-benda yang kotor.Dan kalau boleh,pakai lah wangi-wangian.Tak kisah lah perfume apa,Adidas ke,Hugo boss ke,Polo ke,minyak attar Mydin pun boleh je.hahaha

2)Sebaik-baiknya hadap kan badan dan wajah ke arah kiblat.Ini sebaiknya lah,kira afdal..tapi tak salah pun kalau tak hadap kiblat.Doa tu boleh buat kat mana-mana,ngadap mana-mana.Sebab apa?, sebab Allah wujud tanpa tempat..Maka,boleh terpesong tau aqidah kita kalau kita anggap Allah itu ada di Kaabah sahaja,di Makkah sahaja,sedangkan Allah itu wujud tanpa tempat.

3)Rendahkan suara dan minta lah dengan cara yang baik.Kita nak minta pada Tuahn kita nih,bukan kawan kita,member kita.Jadi,mintaklah dengan penuh adab dan sopan.Contoh Skrip yang perlu dielakkan dan siapa buat memang tak makan saman, "Ya Allah,macam biasa ya Allah,macam semalam ea!"
Allahurobbi,,mana pergi kesungguhan kita dalam berdoa? kalau kita nak mintak duit kat parents pun kemain lagi memuji,bodek,ngayat semua,takkan dengan Pencipta kita,kita buat sambil lewa je? kann...

4)Mohon dengan ikhlas dan cuba gambarkan apa yang kita mohon daripada Allah.Contoh,sambil kita berdoa agar dimurahkan rezeki dan diberkati usia,bayangkan keadaan keluarga anda,hidup kita yang serba cukup ni jika nak dibandingkan dengan mereka yang daif dan kurang bernasib baik.Kat sini kadang-kadang baru kita sedar bertapa banyaknya rezeki yang telah Allah bagi kat kita.Cuma kita je yang tak nampak dan tak bersyukur,manusia.Biasalah tu.

5)Selepas berdoa,jangan berhenti memohon dan berharap kepada Allah swt.Jangan,dan jangan pernah putus  asa atau menyerah bila apa yang kita doa-doakan tu masih tak kunjung tiba.Kerna apa,kerna bukan Allah tak makbulkan,tapi mungkin Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik,atau mungkin Allah simpan ganjarannya untuk diterima sewaktu di mahsyar kelak.

Okay,nak tulih panjang-panjang,banyak-banyak pun,cliche sangat.Korang google ajelah,banyak lagi korang boleh dapat.Tapi bergantung pada satu perkataan,USAHA.kalau kita sendiri tak usaha nak cari,mana lah nak dapatkan.Dan,sebaik-baiknya,afdalnya,sebaguih-baguihnya,pi lah tanya pada tuan-tuan guru,para masyaeikh,para asatizah,mereka semuaaa tahu lebih banyak dan bertauliah nak borak panjang pasal bab ni.Den ni,cucuk jarum sikit ja.hihi

Insyaallah,moga dengan apa yang dapat ana kongsikan ini dapat diterima dan sama-sama kita amalkan.Tak dapat semua,dapat buat sikit pun jadilah en,daripada tak buat langsung,lagi lah rugi woo!~

Ana juga dengan penuh rasa hiba dan sedih,turut bersama dengan para ahli keluarga dan krew penerbangan MH17.Moga dosa-dosa kita dan mereka akan diampunkan,dan dipertemukan semula di Jannah kelak.Buat semua ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa,teruskanlah dan jangan berhenti berdoa,kerna doa kita pasti sampai kepada mereka.Moga mereka aman disana.

*masih berharap dan bersabar menanti kepulangan MH370,dengan izin Tuhan,kita akan bertemu jua!

#bukuconteng

Sunday, July 27, 2014

Aku,Dia dan Ramadhan





 Usai solat teraweh,aku melangkah malas ke bahagian belakang masjid.Mata meliar memerhati insan-insan tua,warga emas yang turut sama menapak ke meja makan.Pihak masjid sediakan moreh setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini.Juadah kebiasaannya bihun goreng,mee goreng tak pun nasi goreng.Bila semua dah pancit semayang 20 rakaat,tambah pulak witir 3 rakaat,tekak ni telan je apa yang ada.Tawar tak tawar.Pahit tak pahit.semua aku telan je.Hari ini,hari terakhir bagi ramadhan tahun ini,Terasa betul sekejapnya masa berlalu.Bertapa aku sendiri pun tak puas lagi nak menikmati nikmatnya beribadah dalam bulan yang mulia ini.

  Karipap berintikan kari ayam kusuap perlahan ke dalam mulut.sedap,walaupun kebanyakkannya karipap angin.”haishh,,mencari rezeki pun ada jugak orang yang sanggup menipu demi keuntungan lebih”.Tapi bukan isu karipap angin ni yang buat aku berpikir panjang,tapi sebab pak cik,atau lebih mesra atok sebelah aku ni yang menarik perhatian aku.Dari tadi aku perhati sahaja beliau melalui ekor mataku.Kopi pekat hitam di tangannya masih tak luak,karipap pun hanya dikemut sedikit demi sedikit.Mukanya keruh.
"Mungkin memikir anak-anak yang tak pulang beraya kut"getus hati aku.Aku cuba beramah mesra,iyelah,,bab-bab perasaan ni bila dikongsi,akan terasa lebih lapang dan senang hati.

"Sedap karipapnya cik?" aku berbasa-basi,melempar mata kail.
Soalan ku dibalas dengan pandangan matanya yang redup diiringi dengan segaris senyuman.Senyuman yang dihiasi gigi yang sudah berselang-seli ghaib dan kedut yang jelas merekah.Mendamaikan.
"boleh la dik,pak cik ni dah tua,,idok le merasa ape dah kuih-kuih ni,semua nya sama aje pak cik raso," ujarnya sambil tersenyum kecil.umpan dah kena.
aku teruskan perbualan,
"ate,ngapanye muka acik kelat aje ni cik,anok-anoknye idok balik beraye ke?" sengaja aku test power guna loghat perak meraikan pak cik ni.Buruk benar bunyiknya!

Pak cik masih lagi mengemut keripap di tangannya.tekun betul dia.
"idok le dik oi,anak-anak pak cik semuanya balik.Hok di kuala lumpor,pahang,johor semuanya ada.Bukan itu yang pak cik keluhkan."

"ohh,semuanya ada la ye cik,dah kahwin semuanya cik? kusambung bicara.
 "alhamdulillah.rezeki tuhan nak bagi,semuanya dah kahwin,cucu pak cik aje dah ada 12 orang.4 orang duduk dengan mak bapaknya di kuala lumpor,si along,yang nombor dua,lima orang anaknya duduk di johor.haa,yang nombor tiga duduk di pahang,anaknya tiga.Bolehlah..."
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.

"kamu ni asal mana? duduk di sini ke?" pak cik balas servis.
sambil tersenyum,
"ahhaa,saya ni asal selangor cik,,tinggal kat sini,negari sembilan.mak ngan abah kerja sini."
balasku.

"oh,asalnya selangor".Pak cik merenung seketika,mungkin cuba membayangkan negeri selangor.
aku masuk topik balik,"kenapa mukanya keruh semacam aje cik?,haha".soalan ku saja diiringkan dengan tawa agar tak nampak serius sangat.busy body benor kata orang!.

"tidaklah dik oi,,acik ni dah tua.entah sempat entah tidak merasa ramadhan lagi tahun depan.itu yang pak cik dok termenung tu.tahun ni dah habis.terase kejap benornya puasanya."

Aku terdiam.dalam,memang dalam dan sentap apa yang pak cik ni cakapkan.Iye,memang lah logik dikatakan jika pak cik dengan usianya yang mungkin sudah menjangkau 70-an ini tidak akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,tapi..Mati tidak mengenal usia dan kesihatan.semuanya tetapan Tuhan.Orang muda pun boleh mati.


Ramadhan 1435H.Sempat lagikah kita bertemu pada Ramadhan yang akan datang?. Masih adakah pelunag untuk kita merasai nikmat dan syahdunya beribadah dalam bulan yang mulia ini?.allahurobbi..sedih bila memikirkannya.Moga semua amal kita diterima disisi Allah.Taqaballahu minna wa minkum.

Tuesday, July 15, 2014

Siapa?! Oh Gaza lagi








Bumi itu sekali lagi bermandi darah,

lembap dek kerna air mata yang mencurah,

yang tidak pernah kalah menahan perih,

kerana memikul tanggungjawab ummah,



Bumi itu penduduknya tidak pernah kenal erti kalah,

tidak pernah kenal erti penat dan lelah,

kerna bagi mereka ini hanya mehnah,

sebelum di syurga kelak melepas lelah.



Hati mereka telah terikat pada Tuhan-Nya,

badan mereka telah diinfaq diatas jalan-Nya,

letusan senjata dirasa sekelumit hanya,

jika dibanding perasaan cinta pada-Nya.




Itu kisah mereka,

Gaza yang tidak pernah leka,

bagaimana kita?,

yang terus lena dibuai dunia.



Dimana pembela-pembela ummah,

yang sekian lama bersembunyi disebalik rumah,

dimana pencanang-pencanang kebangkitan ummah,

yang selama ini hanya bersuara di khutbah,



hakikatnya ummat ini lemah tidak berdaya,

hanya pandai berkata tidak menggaya,

sambil diri terus dimakan usia,

kelak menghadap Tuhan yang esa.




Maka bangkitlah wahai ummah!,maju berlari,

kerana kita penyambung tugas nabi,

menyeru manusia mentauhidkan sang ilahi,

sebelum disoal di mahsyar nanti.


10.08 am,15/7/2014
UIAM
#operasibadar
#bukuconteng


Thursday, June 19, 2014

Piala Dunia vs Piala Akhirat









  "Perlawanan memasuki minit ke 90,Brazil masih lagi menguasai perlawanan meskipun diserang bertali arus oleh Croatia.Jika kita lihat perlawanan pembukaan pada malam ini sememangnya penuh dengan drama dan kontroversi ya zainal."Suara pengulas Astro Arena memenuhi ruang biliknya.Bola berada di kaki pemain Croatia,menggelecek lembut,Pemain brazil,Ramirez melakukan takcle,dapat rampas bola,Yeay!.

   Piala dunia.Empat tahun sekali,dimana dunia manusia seakan-akan terhenti dek kerana sebiji bola.Ramirez melakukan hantaran pendek kepada Oscar.Dan disebalik kejohanan yang dianggap sebagai pertandingan paling bersejarah dan ditunggu penduduk dunia,ada derita dan duka yang masih berlaku di sebelah dunia arab.Oscar sprint melepasi dua orang defender croatia, dan...."Goal!!!,gollazo!!",suara pengulas perlawanan meletus.

   Realitinya,bukan hanya dunia Arab yang sedang bergolak,tapi di negara tuan rumah sendiri.Di Brazil meski kejohanan Piala telah bermula.mogok dan himpunan rakyat meminta hak mereka terus berlangsung.Okay,back to the mainpoint.Tatkala kita seghonok layan bola,tengok bola,layan highlights,ngadap rancangan-rancangan mcm Fourfourtwo,Eurozone,Formasi Ekstra atau paling koman pun Rio To Malaysia di RTM,cakna ke kita isu-isu ummah di muka bumi sekarang?




Palestin...........







Syria...........







Mesir.............



dan senarai ni akan terus bersambung.tak da noktahnya.
Mata rasa panas,tapi segan nak ngaku..

   Sanggupkah anda menebalkan telinga dan membutakan mata dengan berita-berita kehancuran ummah?.Dimana kita tatkala ummat memerlukan kita?apa sumbangan kita?apa yang telah kita lakukan untuk ummah? allahurobbi~
Potong bawang bak kata Inche Gabbana.

Tepuk dada,tanya hati,apa sumbangan kita?.Jom nangis sama-sama.

#RoadtoRamadhan


#bukuconteng

Monday, June 16, 2014

Seluar 3 Suku




 "Gila"

   Sepatah ayat tu dah cukup dah nak menggambarkan betapa terkejutnya Kimi bila dengar cerita yang baru Sapek sampaikan.Lepas tu meletus gelak antara kedua-dua orang sahabat tu.Sapek masih dengan sisa tawanya waktu Kimi bertanya semula,
"Weh,kau explain lagi sekali,apasal budak-budak tu selamba oren je ejek kau mak cik sapiah lah,mek peah lah?".
Kali ini memang dia nak jawapan yang lebih serius berbanding tadi.Syafiq membetulkan posisi duduknya sambil tangan masih menguis-nguis kerepek pisang yang berbaki di dalam bekas tin lama.Kerepek Tok wan memang terbaik!,kalau tak memang takkan sampai ke Leicester sana dibawaknya sem lepas.Mahu tak haru pegawai imigresen tu check ada kerepek pisang,dia ingat aku seludup nachos apa.

   Setelah selesa letak duduknya,Syafiq membuka hikayat.cerita seminggu lepas,memang kecoh satu kampung pasal kejadian tu.Dari tok imam sampai lah ke bebudak sekolah,semua kenal dia sekarang.

"aku cerita ni,kau jangan tuduh aku macam-macam pulak?"..Sapek buat muka serius.Soalannya dibalas anggukan oleh Kimi.Sapek dah buat gaya macam Rizal Hashim kat Astro Arena dah.

"Ok,macam ni cita dia,minggu lepas waktu aku keluar ngan korang tu,aku pakai seluar Bilabong hitam tu en,yang 3 quarter tu?,ingat?",dijelingnya Kimi sekilas.

Kimi gosok janggut  kambingnya,Sunnah en bela janggut."Ingat,tu kan seluar feveret kau."
balas Kimi sambil mulut penuh menguyah kerepek pisang.betul-betul sedap kerepek Tok wan nih.

"So,nak dibuat ceritanya,balik dari lepak tu dah masuk waktu asar,kebetulan aku lalu depan surau perumahan,baik berhenti solat terus en?.Makanya,puas aku round dalam surau tu,tak jumpa-jumpa jugak kain pelikat.Bilal dah nak iqamah dah,so aku redah je lah pakai Bilabong hitam tu solat sesama diorang". Kimi dah tersengih.

"Sekali habis solat,terkejut pak cik -pak cik tu tengok aku solat selambe dek je pakai 3-quarter".Sambil menahan sengih,syafiq menyambung cerita,"Bagi kita,macam biasa lah en,Pak arab kat Uni kita tu rilek je.Nak kata aku pakai seluar pendek,lepas syarat kut seluar aku!".Kimi dah tak boleh tahan nak gelak.

"Tapi,yang lain-lain mcam buat muka pelik je.Aku ingat dah selamat,sekali Pak Jalil panggil aku",
bala.Mata Kimi dah membesar tahap bola pingpong dah,silap-silap lagi besar!

"Kena jugak lah dua tiga das dengan dia,lepas tu tiba-tiba pak Jalil bangun,geledah sana-sini,tak jumpa juga kain pelikat,dia bagi aku kain sarung telekung yang ada dalam surau tu" Tawa meletus kuat.

 "Eh?!,nak buat apa kain ni pak cik?"Syafiq masih tercengang lepas disergah Pak Jalil tadi.Pak jalil ni memang,dengan misai kumis ala-ala Hitler tu,mana tak cuak budak-budak kampung ni kalau dia menegur.

"nah,pakai ni,semayang balik."

Tiga patah perkataan  ditambah dengan mata tak ada emosi dia tu.Macam tenggelam dalam iceberg.

"The rest is history" Sapek angkat tangan.

"Sengal lah kau!"bahu syafiq ditolak Kimi sambil dia sendiri terhinjut-hinjut menahan gelak."Dah yang kau pegi redah solat pakai 3 quarter tu buat apa.

"Ala,masa tu,option yang ada tu je."

   Tapi dalam hati dia,syafiq tahu tindakannya hari tu ada baik dan buruknya.Baiknya,dia dapat tunjukkan bahawa islam tu mudah,cuma kadang-kadang kita sendiri yang buat dia nampak macam susah dan rumit.Benda yang sebenarnya mudah dan tidak membebankan disusahkan dek kerana budaya dan adat.Contohnya,bab solat pakai seluar three quarter.Kalau nak diikutkan pada hukum,yang wajibnya adalah menutup aurat.Dan bagi lelaki,part yang kena ditutup adalah dari kepala lutut hingga ke pusat.Dan ada juga pendapat yang mewajibkan bahu kita dilapik dengan sekurang-kurangnya sehelai kain.Daaaan,buruknya,bila masyarakat sendiri kurang jelas dan mudah menuduh si pesalah tanpa usul periksa.Masyarakat kita terlalu terikat dengan adat dan budaya.Namun,bukan nak kata salah,cuma kadangkala kita merumitkan atau membebankan benda-benda yang sebenarnya mudah dan ringan.Contohnya,bila cerita bab nikah,mesti menelan kos-kos yang tinggi bahkan mencapai ratusan ribu ringgit.Kerna apa? kerna adat dan juga rasa tercabar sesama manusia.Kesudahannya,pasangan pengantin yang terpaksa tanggung hutang sana-sini.Eh?!,jauhnya melencong,haha.



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."( Al-Baqarah: 208)
   

   Bila fikir dua kali,sebenarnya orang yang ada ilmu sikit-sikit macam aku ni, dan yang sememangnya berilmu juga harus sedar dengan tahap ilmu mad'u atau golongan sasaran dakwah yang didekati.Bila kita berborak atau sembang dengan seseorang,kita mesti peka dengan tahap ilmu dia.Bukan nak kata kita ni bayak sangat ilmu,atau Terar lah sangat,tapi supaya kita tak mencetuskan kekeliruan dan membuatkan mad'u tu pening.

   "Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".(Al-Nahl:125)



Rujuk pada ayat diatas,dapatlah kita simpulkan bahawa dalam berdakwah ada wasilah atau caranya.Seharusnya kita sentiasa cube untuk upgrade diri kita dari masa ke masa.Tidak dinafikan keperluan dakwah kepada ummah dan masyarakat,tapi tarbiyyah dzatiyah perlu selalu dijaga dan dipenuhi.Supaya apa? supaya kita tak menjadi Daie yang Mati.Yang hanya tahu mengajak dan mendorong insan lain menuju Tuhan.Hakikatnya kita sendiri yang tergelincir dari gerabak menuju sorganya.Naudzubillah.


*Cuba untuk catch up balik 5 bulan punya post.Semester yg padat!,cuti ni baru dapat bernafas.
kahkah.


#bukuconteng



Tuesday, January 14, 2014

Menjadi Duta sehaibat Mus'ab r.a



  Meh kita mulakan dengan satu sosok tubuh yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Madinah.Insan yang telah berjaya membuka kota Madinah bagi umat islam.Yang membawa madinah ke arah cahaya,pusat bagi agama yang agung ini.

Ini bukan cerita biasa.

Ini bukan kisah dongeng picisan,

ini kisah insan yang mulia,

duta islam yang pertama.

Biizdnillah..

Ini kisah seorang lejen.


Ini Mus'ab bin Umair.

      Siapa tidak kenal lelaki yang paling hensem di kota Mekah ketika itu.Mus'ab b. Umair datang dengan pakej yang serba lengkap.Hensem,kaya,pakaiannya semua up to date lah katakan.Kalau nak diambil contoh zaman sekarang,bayangkan seorang jejaka tampan,bawak Ferrari,minyak wangi Hugo Boss dan baju stok2 Polo dan Burberry gituh..Wah.

Gadis mana tak sangkut en?hatta Mak Jah janda baik tu pun sangkut kat jejaka-jejaka yang full package cenggini uols~ ok,hiperbola sangat.

        Begitulah hidup Mus'ab b Umair.Anak golongan atasan dan kayawan di kota Mekah.Beliau juga seorang yang amat popular dan cerdas,bermacam masalah mampu diselesaikannya.Setiap kali ada pertemuan atau high tea kemenda,memang beliau yang menjadi tumpuan masyarakat.Orang bangsawan la katakan.Seperti juga penduduk Mekah yang lainya,Mus'ab kenal dan peka dengan kisah-kisah seorang lelaki yang bernama Muhammad.Lelaki ini juga digelar sebagai Al-amin dalam kalangan masyarakat Mekah waktu itu.Masakan tidak,beliau terkenal dengan sifat jujur dan merendah diri.

       Pada suatu hari,Mus'ab terdengar perbualan orang ramai tentang si Al-amin itu mengaku sebagai seorang nabi dan utusan Tuhan.malah si Al-amin itu mengajak semua manusia menyembah Tuhannya yang satu dan meninggalkan semua berhala-berhala dan tuhan-tuhan lain yang mereka percaya dan sembah selama ini.

Mus'ab bingung.
"Eh?, takkanlah dia gebang kut,kalau tak dia takkan dapat gelaran Al-amin tu en".herm..

         Mus'ab berpikir panjang,lalu dia membuat keputusan untuk menyiasat sendiri masalah tersebut.Ala-ala Sherlock Holmes gitu,Mus'ab mengekori salah seorang pengikut Muhammad yang sedang dalam perjalanan ke rumah Al-arqam.Umumnya masyarakat Mekah sudah tahu rumah Al-arqam adalah pusat pertemuan Muhammad dan pengikutnya.Di rumah itulah Rasulullah bertemu para sahabat,mengajar mereka tentang islam,mengajar ayat-ayat Al-quran dan melaksanakan solat.

          Mus'ab duduk di satu sudut ruangan.Kewujudannya disitu tidak ditolak atau dipulau,malah dia diraikan.Disinilah bermulanya satu perubahan.Apabila cahaya iman mula menerangi seorang rijal.Ayat-ayat suci yang berada di dada Nabi s.a.w bergema di bibir baginda nabi.Kalimah-kalimah yang agung dan haibat ini meresap ke telinga-telinga yang setia mendengar.Masuk ke dalam dada mereka dan mekar di tubuh mereka.Mus'ab terpampan.terkedu.Sungguh! dia terlena,terpesona,melayang entah ke mana dengan kalimah-kalimah yang dituturkan baginda nabi.Dada Mus'ab b Umair bergelojak dan panas.Memerhatu dan memahami kondisinya,dengan perlahan Rasulullah menghampirinya dan mengusap dadanya lembut,kembali tenang dan damai,seperti samudera yang dalam.

           Setelah itu,dengan masa yang singkat,menjadilah beliau salah seorang penegak agama yang mulia ini.Setia mengikuti kelas-kelas yang diadakan baginda nabi.Namun,keislamannya masih dirahsiakan.Beliau tidak takut untuk mengumumkannya.Hatta jika seluruh penduduk mekah dijadikan satu kekuatan untuk menentangnya,Mus'ab tak goyang.tapi ada satu yang ia risaukan.Ibunya,Khunas binti Malik.

          Khunas bt Malik,bonda kepada Mus'ab b Umair.beliau sememangnya seorang wanita yang digeruni dan disegani di Mekah.Maka,oleh sebab itu,Mus'ab cuak kat bondanya sahaja.Tapi dia sedar,satu hari nanti dia mesti berhadapan dengan bondanya juga.

         Selang beberapa ketika,akhirnya berita keislamannya sampai ke telinga ibunya.Saat ini,Mus'ab berhadapan dengan ibunya,kaum kerabatnya serta para pembesar mekah.Pemuda yang dulunya dijulang-julang sebagai "Putera Mekah" kini telah bersama dengan Muhammad dan agama barunya itu.Musibah apakah ini?
Mus'ab direnung dengan pandangan yang tajam,seolah-olah ingat membelahnya.potong.kerat.
Namun,dengan tenang dan bersahaja,Mus'ab membaca ayat-ayat al-quran di hadapan mereka,kalimah-kalimah yang telah membersihkan hatinya.yang menghilangkan semua karat-karat jahiliyah dalam dirinya.

         Khunas bt malik ketika itu mengangkat tangannya untuk melempang wajah anak kesayangannya itu,belum pun sampai ke wajah Mus'ab ia terkulai layu.Wajah itu berseri-seri,bercahaya,jika dahulunya ia memang sudah berseri,kini ia semakin bercahaya!cahaya yang menenangkan dan mendamaikan.Kerana sifat keibuannya ia tidak jadi memukul Mus'ab.Mus;ab dikurung di dalam biliknya.Ia tidak dibenarkan keluar sama sekali.Kemudian ia terdengar akan rombongan ke Habsyah.dengan sedikit strategi dan helah,beliau berjaya meloloskan diri ke untuk hijrah bersama ke Habsyah.

         Di mekah atau di Habsyah,keimanan Mus'ab semakin bertambah dan bercambah.Kini,di bukan lagi Mus'ab yang dahulu.Semua kemewahan dan pemberian kepadanya telah disekat oleh ibunya.Pakaiannya kini bukan lagi termahal,hanya jubah usang yang bertampal-tampal.Melihat penampilan beliau,sahabat menundukkan pandangan,ada yang menangis.Sedangkan masih segar ingatan mereka tentang penampilan dan gayanya sebelum memeluk islam.Melihat keadaanya,Rasulullah tersenyum dan bersabda,

"Segala puji bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya sebelum ini,aku melihat Mus'ab seorang pemuda yang hidup mewah di sisi ayah dan ibunya, tetapi dia meninggalkan itu semua kerana cintanya kepada Allah dan Rasulnya."




        Sekarang,beliau terpilih untuk melakukan salah satu tugas yang amat penting.Tugas yang amat besar impaknya pada ummah islam kelak.Mus'ab b. Umair telah diutus menjadi duta pertama islam ke Madinah al-munawarah.Beliau akan menyebarkan islam di sana dan mengajarnya kepada 12 orang yang telah berbaiah kepada nabi dalam perjanjian aqabah yang pertama.Dengan kecerdasan dan kepintarannya,Mus'ab telah membuktikan bahawa baginda nabi tidak salah dalam memilihnya.Mus'ab benar-benar memahami tugasnya.Menyeru manusia ke arah mentauhidkan allah.Buktinya,pada musim haji seterusnya, 70 orang penduduk Madinah datang berbaiah dalam perjanjian aqabah yang kedua.Rahang jatuh.
dan mereka dipimpin oleh,siapa lagi? Mus'ab b Umair!!

        Strategi dan teknik yang digunakan Mus'ab dalam berdakwah di Madinah penuh dengan hikmah.Dengan masuknya tiga tokoh di Madinah iaitu Usaid b Hudhair,Saad b. Ubadah dan Saad b. Muadz ke dalam agama islam,masyarakat Madinah datang berbondong bak bah di sungai pahang demi menyatakan keislaman mereka!.Salute."Jika Usaid b. Hudhair,Saad b. Muadz dan Saad b. Ubadah telah masuk islam,apalagi yang kita tunggu? mari kita bertemu Mus'ab menyatakan keislaman kita!."Kata orang,"kebenaran itu jelas terpancar dari setiap kata-katanya".

Allahurabbi,hebatnya dikau Mus'ab b. Umair.

       Semasa peperangan uhud, Mus'ab merupakan orang yang diamanahkan oleh Rasulullah saw untuk memegang panji-panji Islam.Peringkat kedua peperangan bagaimanapun menyaksikan tentera islam mengalami kekalahan di tangan orang musyrikin.Ini kerana pemanah yang ditugaskan baginda nabi telah mengabaikan tugas mereka  dek kerana mata mereka telah terpaku pada harta-harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh orang musyrikin.Khalid al-walid nampak akan peluang ini,bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal dan selimut,ia menyerbu laju bersama pasukan kuda musyrikin mengocar-kacirkan barisan tentera muslimin.Apabila sedar akan keadaan itu,Mus'ab segera bertempur dengan lebih hebat.Tika itu,hampir kesemua muncung anak panah dan pedang yang ada hanya mencari satu sasaran sahaja.Sasarannya ialah susuk tubuh nabi yang mulia,Nabi Muhammad saw.Mus'ab berjuang,ia maju,menerjang,menabas kesana-kemari dan melibas pedangnya.Ia ingin mengalihkan tumpuan musuh daripada menyerang baginda nabi saw.Mus'ab menyerang sendirian,namun kelihatan seolah-olah satu angkatan tentera yang terlatih dan cekap.

      Pada ketika itu,seorang tentara berkuda quraisy yang bernama Ibnu Qamiah telah meluru ke arah Mus'ab dan telah melibaskan pedangnya sehingga terputus tangan kanan Mus'ab yang memegang panji-panji islam.Mus'ab tenang,ketika itu keluarlah kata-kata ini dari bibirnya,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Mus'ab menyambut panji tersebut dengan tangan kirinya pula dan terus mengulang-ulang seruan tersebut.Ibnu Qamiah semakin marah dan naik hangin,dia melibas tangan kiri Mus'ab hingga kudunglah beliau.Namun,Mus'ab mendakap panji yang dipegangnya dan dipeluk erat di dadanya.Bibirnya masih melafazkan,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Pada masa itu,musuh menghujam tombak ke dadanya.Gugurlah ia.
Bintang yang menyinari hati-hati penduduk Madinah semasa kedatangan islam,yang berjuang demi Allah dan Rasulnya.Beliau meninggalkan kemewahan,kekayaan,populariti dan dunia demi cintanya pada Sang pencipta dan utusannya.

Allah.mata gatal. T_T

       Mus'ab gusar jika ia gugur,musuh akan berjaya melukakan baginda nabi saw.Kerana itu,ia menghiburkan hatinya tiap kali menghayun pedangnya,"Muhammad ialah seorang Rasul dan telah banyak Rasul yang diutus sebelumnya".Kata-kata inilah yang ia ulangi,yang akhirnya menjadi sebahagian dari al-quran yang dibaca oleh umat islam hingga ke hari ini.



       Setelah pertempuran selesai,Rasulullah dan para sahabat mengitari medan pertempuran untuk mengucapkan salam perpisahan kepada para syuhada.Ketika sampai di tempat gugurnya Mus'ab,air mata mulia baginda berderai turun.sayu.Duta pertamanya telah pergi menghadap ilahi.Wajahnya terlingkup ke tanah dan digenangi darahnya yang bersih.Mus'ab malu dan takut.Ia malu kerana ia telah gagal dalam mempertahankan baginda nabi,ia takut untuk melihat sesuatu yang buruk berlaku ke atas kekasihnya,Rasulullah saw.

        Mus'ab,engkau telah terbang menemui tuhanmu!dalam keadaan yang amat kami impi-impikan.Diceritakan bahawa pada ketika itu tidak ada kain yang bisa dipakai untuk mengkafaninya.Jika ditutup dari kepalanya,akan kelihatanlah kakinya.Jika ditutup dari kakinya,akan kelihatanlah kepalanya.Bayangkan.dahulunya seorang yang kaya,mewah,bergaya..namun,akhirnya ketika ia meninggal dunia,tiada kain yang bisa menutupi dirinya.Mus'ab telah menjual dunia demi cintanya pada Allah dan Rasulnya.Maka Rasulullah saw mengarahkan agar kain itu ditutup dari kepalanya dan kakinya ditutup dengan rumput kering.Allah..T_T..Ketika itu,Rasulullah membaca firman Allah,

"Di antara orang-orang mukmin tedapat orang-orang yang telah menepati janji mereka kepada Allah." (Al-Ahzab: 23)

mata masuk habuk.pfuhhh...

       Begitulah agungnya pengorbanan dan cinta para sahabat.Mampukah kita menandingi mereka?ah!,sekadar untuk menyamai pun ana rasa mustahil..Pengorbanan mereka bukan biasa-biasa,tapi luar biasa!,buka hangat-hangat suam,tapi panas menggelegak dan membara!Namun kita masih punya peluang dan masa,gunakanlah ia sebaiknya.Cer tanya pada diri kita sendiri,pada usia kita kini apa yang telah kita lakukan demi agama ini?apa yang telah kita sumbangkan pada agama ini?Tinggalkan lah apa yang cuba melambatkan kita,drama-drama korea,Fifa atau Dota,tinggalkanlah mereka.Walaupun sukar,ana akuinya,kita kena cuba dulu.betul tak?.Sebab apa?,tika ini kita masih di puncak prestasi,semuanya telah tersedia,hanya menuggu kita turun ke lapangan dakwah.Sepertimana  Akhi Ahmad Ammar yang telah mendahului kita.

"Aku rindu pada pemuda-pemuda yang tidak tidur pada waktu malam kerana memikirkan masalah ummah."
Iman Hassan Al-Banna,pengasas Ikhwanul Muslimin.

       Moga kisah Mus'ab b Umair kali ini mampu memberi impak pada diri kita.Walau hanya sekelumit cuma,ia cukup daripada tak dak habuk langsung.Ayuh pemuda,ayuh pemudi,masanya telah tiba!!

*sekarang bulan apa?hehe..Banyakkan berselawat~ :)

#bukuconteng