Saturday, August 25, 2018

Kerja 7 Eleven

   Alhamdulillah, sejurus sahaja tamat pengajian saya di UIAM saya hanya menganggur selama sebulan sahaja. Benarlah rezeki tu memang daripada ALLAH, dan setiap orang mempunyai jalan rezeki yang berbeza. Ada orang rezekinya murah didalam bentuk kewangan, ada yang di dalam bentuk kesenangan hidup dan ada juga di dalam bentuk mudah memahami apa yang dipelajari. Seharusnya kita semua bersyukur dengan rezeki masing-masing dan berusaha menggunakannya ke arah yang membuahkan pahala.

   Jadi, sebenarnya saya awal lagi sebelum tamat semester akhir telah mula menetapkan objektif dan jangkaan apa yang hendak saya lakukan setelah tamat pengajian. Pada waktu itu saya telah menetapkan untuk hanya berehat di rumah sepanjang-panjangnya hanyalah sebulan. Usai sebulan, saya harus mendapatkan sumber pendapatan sendiri walau berkerja dibawah kelayakkan. Jadi, saya mula menghantar resume dan memohon kerja di pelbagai syarikat dan perusahaan. Antara syarikat-syarikat yang saya minta ialah fast food chain, stesen minyak dan juga kedai runcit seperti 7eleven dan Speedmart. Akhirnya saya diterima bekerja sebagai trainee untuk position store manager di 711 cawangan Sport Kompleks, Nilai. Bermulalah cerita dunia pekerjaan saya!.

   Bekerja di 711, memberi saya gambaran sebenar bagaiman penatnya melayan pelbagai karenah dan ragam manusia. Daripada melayu,cina, india dan pak arab serta pelbagai jenis dan bangsa manusia lagi semuanya datang ke premis ini. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang baru lepas bersukan seperti badminton dan gym yg terletak di tingkat atas premis ini. Tidak kurang juga pengunjung-pungunjung pusat bowling bersebelahan dengan premis 711 ini. Dua hari pertama saya disini sudah dikira mencabar bagi saya. Hari pertama saya masih belajar ntuk membiasakan diri dengan sistem dan mesin kira-kira wang yang digunakan. Saya juga diajar untuk melakukan stok chcek terutamanyan rak rokok selepas abis setiap syif. Semua ini mudah sahaja dan tidak mendatangkan masalah, tetapi dia jadi kelam-kabut bila tengah separuh jalan kira stok rokok, lepastu ada orang datang beli rokok. kalau kita perasaan takpa, noleh rujuk semula rokok apa yg dia beli dan update pada borang, tapi kalau tk perasan memang jenuh lah nak mengira semula.

   Tiba hari kedua, pada asalnya saya masuk jam 2 petang dan dijadualkan tamat jam 10 malam. Jadi saya pun masuk lah seperti biasa di premis saya. Lebih kurang jam 2.30 macam tu, store manager panggil saya, dia minta saya pergi ke premis di INTI College dan bertugas disana kerana premis sana kekurangan staff. awak ni dah la baru hari kedua, dah diminta pula jaga berseorangan diri dari jam 3 sampai 11 malam di premis lain, tanpa ada senior. Kalau jadi apa-apa masala nanti macam mana? aya nak rujuk siapa? persoalan-persoalan ini bermain di minda saya. tetapi akhirnya saya bersetuju untuk kesana dan kalau ada apa-apa masalah, saya call sahajalah Store manager. Baik, segalanya berjalan dengan lancar di premis tersebut sehinggalha datang seorang perempuan cina yang ingin membayar bil internet dia. Untu urusan pembayaran bil-bil dan tambah nilai telefon, kita akan gunakan mesin e-pay yanf korang selalu nampak tu. So saya pun memandaikan diri meneruskan transaksi tersebut. Hari sebelumnya saya telah diajar untuk menggunakan mesi tersebut untuk urusan tambah nilai telefon tetapi tidak untuk pembayaran bil. Jadi mengikut kiraan saya,mudah sahaja prosesnya kerana hanya perlu tekan button yang perlu dan amnil wang daripada pelanggan. Nak dijadikan cerita, perempuan tersebut ingin membayar menggunakan Alipay. AliPay ni sejenis pembayaran atas talian yang diperkenalkan oleh Ali Baba, syarikat besar berasal dari negara China. Masalahnya sekarang ialah mesin E-pay tidak menerima pembayaran bil menggunakan AliPay. Saya pula sudah menekan butang yang patut, maka transaksi telah dikira berlaku dan dimasukkan di dalam rekod jual beli harian. Mahu atau tidak mahu, pelanggan tersebut harus membayar dengan wang fizikal supaya saya tak kena bayar. banyak tu RM 150 !, hahahha...menggaru kepala saya dibuatnya. Akhirnya setelah bebrapa ketika, pelanggan tersebut datang semula dengan cash money dan bayar  bil dia. Selesai!

Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi berani mengambil pelanggan yang ingin membayar bil, malas dan leceh. hahaha..minggu seterusnya, saya bekerja selama 5 hari syif malam. Untuk syif malam akan masuk jam 11 malam dan pulang pada 7 pagi keesokkan harinya. Syif malam ni yang seronoknya tak ramai orang dan tenang. tetapi yang tak seronoknya mengantuk dan terdedah dengan ancaman rompakan.Alhadulillah disepajang saya bertugas, tiada cubaab rompakan atau samun yang berlaku, yang ada hanya beberapa pramugari menyamun hati saya, eh? abaikan. Bekerja pada syif malam juga bermakna saya perlu menerima stok roti dan surat khabar pada awal pagi. Kebiasaannya pada jam 5 pagi lori yang membawa roti seperti Gardenia, 7Days, dan sebagainya akan datang dan menghantar roti segar daripada kilang. Brother2 despatch surat khabar juga datang pada waktu-waktu ini. Maka, dapatlah saya membaca surat khabar lebih awal daripada orang lain sambil menikmati roti segar hangat di awal pagi. fuh nikmat!

   Selepas hanya 2 minggu bekerja di 7 Eleven, saya memohon untuk berhenti. Bukan sebab tak suka ataupun penat, tetai kerana saya sudah mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan dan bertepatan dengan kelayakkan saya. Apapun, pada saya semua yang baik dan buruk sepanjang saya bekerja di 7 Eleven akan saya simpan sebagai pengalaman dan memori saya. Ada je masalah dengan SM dan sebagainya, tetapi malas saya nak taipkan disini, lagipun sudah hampir 6 bulan saya tidak menaip dan tiada entry baharu.hahaha..Jemari saya masih kaku dan otak tidak ligan menyusun kata. Tunggu saya cari semual rentak menulis, dan kita bersua lagi ye! hiks
*kepada sesiapa yang ada persoalan tentang bekerja dia 7 Eleven, boleh ajukan di ruangan komen dibawah, inshallah akan saya balas sebaiknya. senyum




66 comments:

  1. Macam mana nak berhenti kerja 7E? Kalau 2 minggu je kerja, dia bayar gaji ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dpt tak gaji kalau krja 2 mggu je???

      Delete
    2. dapat tapi ikut gaji advance tk silap 300-400 gitu je. ikutlah,kalau berhenti tarikh cantik dptlah awal

      Delete
    3. Kenapa bila berhenti gaji tk dapat pon even keje seminggu? Lpstu tanya dorg ckp gaji tu dorg bagi lagi 2 or 3 bulan. Can someone just bagi tau knpe sistem 7e mcm ni or ade something wrong?

      Delete
    4. yup gaji saya pon awal awal dulu masuk kerja dekat 2 bulan baru dapat.time tu fikir nak selesaikan short counter lagi

      Delete
    5. Hi salam nak tnya..saya masuk hritu 24/8 lpstu and saya nak berhenti 15/10 ni..gaji 7E masuk 15hb dgn akhir bulan. Manger saya ckp saya akan dpt gaji akhir bulan ni tpi tk full dlm 700 cmtu dan dpt full 15/10 nnti... Klau nak ikutkan dah sebulan lebih saya keje tpi baru dpt gaji sebyk tu.. Betul ke cari kira gaji saya.. Kalau ade ape2 masalah gaji saya boleh buat aduan dekat siape.. Terima kasih sgt kalau ade siape2 yng dpt bantu saya.

      Delete
  2. Kalau dapat surat warning dari 7 eleven tentang payslip , mcm mana ye

    ReplyDelete
  3. Mcm mne berhenti? Hantar notis 2 mingvu awal ke atau 24 hours?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar notis sebulan atau selewatnya 2 minggu

      Delete
  4. berapa lama nk tunggu pnggiln interview ye?

    ReplyDelete
  5. ujurlah saya nak cakap. Kalau boleh budak2 muda lepasan spm ni, takyah lah kerja 7e. 7e sekarang buat pekerja macam sampah je. Sbb apa? Sebab 7e ada bekalan pekerja yg tak putus2. Gaji kena potong tanpa sbb, ot takleh claim, shift kerja tunggang langgang.

    Jawapan dr pihak atasan bila pekerja mengadu "taknak kerja, berhenti..ramai lagi nk kerja". Dan bila berhenti, akan ada masalah pembayaran gaji pula. Ada yg tk dapat gaji(alasan dh bayar), ada yg lewat & ada kena potong sikit.

    Adik2 cari kerja lainlah...selagi permintaan kerja banyak, selagi tu lah 7e pijak kepala pekerja. Ramai dah bekas pekerja terkena. Buat aduan kt pejabat buruh pon tak jadi apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul,saya sekarang kerja 7e.dah lama nak resign tapi fikir susah cari kerja lain since pkp ni saya stay. penat dia takleh cakap bila kerja sorang2. tapi buat semua kerja. kau jugak stocku barang. kau jugak jaga counter. kau jugak cleaning. kau jugakla nak facing jaga kekemasan kedai. mana mampu nak buat semua sendiri. dahla cust tak putus2 masuk. FM datang tiap minggu complain manjanh store tak okay. dahtu kerja sorang lagumanalah nak buat semua.

      Delete
    2. saya masih bertahan di 7e. dah hantar notice sebulan. last bulan.ni saya bekerja. sekarang stor tinggal 3 org staff masuk manager 1. setiap.shift akan ada 1 org jaga kedai, sama la keadaan. FM datang nak complaint ja tau. dia tak keadaan kita
      kat kedai mcm mana. semua kena buat.

      Delete
    3. Ohh kalau store ada ramai staff..kiranya setiap shift Ade 2 org la kan

      Delete
  6. Sye nk tnye klau brkerja selama 2 minggu pastu brhenti dpt tak gaji
    ...dan gaji akn dibyr bile....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pihak hq diorang kata walaupun beberapa jam bekerja, diorang tetap kena bayar. Tapi berhenti kena la dengan cara elok, kerja di 7e ni seronok bila satu kedai semua bagi kerjasama dan yang paling mainkan peranan sekali sm kalau sm pandai manage memang gaji sikit pun orang kerja. Kalau nak kerja boleh je masuk di 7e

      Delete
  7. Replies
    1. harus membuka acc bank utk bekerja kt mana2 pun. kecuali gaji bayar hari😂

      Delete
  8. Kalau kerja Bru 2 bulan Dan sya nak resign 24 jam kena denda ka??? SM sya kata kena denda 3k... Betul ke???

    ReplyDelete
  9. takdelah. kalau resign 24jam kena tatatertib tapi kalau sebab munasabah takda pape kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy exstaff 711 mcm mana yer klu sy nk dptkn payslip tuk bln 10&11 sbb lepas je sy resign 15/11 harituh terus die stop hntr email payslip

      Delete
  10. Saya baru kerja 7e dan kena jadi cashier. Assistant manager ambik AL. Masa tutup kedai, duit cukup dan dalam envelope pun semua cukup. Tiba2 assistant kata duit tak cukup RM29. Adeh macam mana nak tahu duit tu cukup atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tau short ke tak tu kena selalu tengok pos jugak, kalau pos tunjuk suruh cashdrop tapi dlm drower tak cukup mean rm300 dlm situ maksudnya ade short tu.

      Delete
  11. Kalau berhenti kerja selepas sebulan. Org ckp 7e bagi duit kira gaji akhir kita sbb komitmen time kerja dulu betul ke?

    ReplyDelete
  12. Saya tk tahan keje 7e baru masuk dua tiga hari okay lagi bila dh cukup seminggu nmpk la perangai masing ii yg sm bagi keje last minit,dah tutup kedai dia suruh ubah harga tukar itu tukar ini, keje membawang dengan staff lama, paling sakit hati baru sehari keje dah ajar cashier lpstu esk cust nk cancel sbb dia nk bayar pakai card tng. time ni outlet tu tk boleh bayar pakai tng sbb line tk kuat. Masa tu dh terscand dah barang cust lps bgi tau tk boleh bayar pakai card tng terus cust tu cabut. Tanya sm dia boleh ckp "pepandai kau la" saya pon mcm hello dah la awak tk ajar habis lpstu bila kita tanya boleh pulak buat mcm tu panas je last ii tk tahan keje situ seminggu je tu pon tak tau gaji dorg bayar ke tak sbb dah 15hb still tk masuk acc😂 tpi berhenti bagi notice 24 jam la kejam tk kejam dorg lagi kejam hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak,mcm mana tu brhenti bgi notice 24jam tu ye? hahah saya bru nak start keje 7e ni seram la plk huhu

      Delete
    2. Tgk rmai yg komen keje 7e ni teruk hahah. Takut plk nak apply yela lepasan spm result xdpt lg. Mcm ii keje dh apply tp satu pn xdpt lg.

      Delete
    3. aku baru 5hari keje kt 711 sm dgn store crew aku tk berngam dorang sllu pijak kepala aku ,aku dh la part time keje 711 pastu sm ajar pun sangkut2 mna la org nak pandai kan ? kalau nk ajar kena la ajar bagus2 kalau dia sm yg baik dia tk buat staff baru stress ..mcm nk berhenti hantar notice sebulan

      Delete
    4. Nak berhenti kena bagi notis sebulan ke?

      Delete
  13. Saya dapat panggilan interview isnin ni tapi saya takut sbb saya rasa macam susah

    ReplyDelete
  14. Tadi bru je lps interview, pstu akak tu kata dlm 3 hari dia akan call. So tk confirm dpt lgi kn?

    ReplyDelete
  15. Hi boleh saya Tanya tentang pembayaran gaji 7e ..saya start masuk 6/10/2021.. sampai sekarang ni. Saya baru kerja dh Ada ot .Gaji ni mereka Kira Mcm mana ya Mohon penjelasan drpd abg2 Dan kakak2 semua.

    ReplyDelete
  16. Notis berhenti 7E selalunya berapa lama? ada yg kata berhenti lepas 2 minggu bekerja, yg tu bagi notis 24 jam ke?

    ReplyDelete
  17. Hai saya nak Tanya, saya baru sahaja berhenti kerja 7e , saya berhenti secara 24 jam, Adakah gaji saya Akan Di bayar?

    ReplyDelete
  18. Kalau baru 3 minggu kerja lepastu berhenti, kena bayar denda ataupun kena tindakan ke?

    ReplyDelete
  19. Nak tnya time interview tu dia ckp bahasa inggeris or Melayu??

    ReplyDelete
  20. Aku baru ambik borang nak apply kerja 7e... Tgk komen ramai kata 7e teruk huhuhu... Harap² francais yang kat sini staff² ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try sahaja dulu, pengalaman setiap org berbeza2.. goodluck

      Delete