Sunday, July 27, 2014

Aku,Dia dan Ramadhan





 Usai solat teraweh,aku melangkah malas ke bahagian belakang masjid.Mata meliar memerhati insan-insan tua,warga emas yang turut sama menapak ke meja makan.Pihak masjid sediakan moreh setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini.Juadah kebiasaannya bihun goreng,mee goreng tak pun nasi goreng.Bila semua dah pancit semayang 20 rakaat,tambah pulak witir 3 rakaat,tekak ni telan je apa yang ada.Tawar tak tawar.Pahit tak pahit.semua aku telan je.Hari ini,hari terakhir bagi ramadhan tahun ini,Terasa betul sekejapnya masa berlalu.Bertapa aku sendiri pun tak puas lagi nak menikmati nikmatnya beribadah dalam bulan yang mulia ini.

  Karipap berintikan kari ayam kusuap perlahan ke dalam mulut.sedap,walaupun kebanyakkannya karipap angin.”haishh,,mencari rezeki pun ada jugak orang yang sanggup menipu demi keuntungan lebih”.Tapi bukan isu karipap angin ni yang buat aku berpikir panjang,tapi sebab pak cik,atau lebih mesra atok sebelah aku ni yang menarik perhatian aku.Dari tadi aku perhati sahaja beliau melalui ekor mataku.Kopi pekat hitam di tangannya masih tak luak,karipap pun hanya dikemut sedikit demi sedikit.Mukanya keruh.
"Mungkin memikir anak-anak yang tak pulang beraya kut"getus hati aku.Aku cuba beramah mesra,iyelah,,bab-bab perasaan ni bila dikongsi,akan terasa lebih lapang dan senang hati.

"Sedap karipapnya cik?" aku berbasa-basi,melempar mata kail.
Soalan ku dibalas dengan pandangan matanya yang redup diiringi dengan segaris senyuman.Senyuman yang dihiasi gigi yang sudah berselang-seli ghaib dan kedut yang jelas merekah.Mendamaikan.
"boleh la dik,pak cik ni dah tua,,idok le merasa ape dah kuih-kuih ni,semua nya sama aje pak cik raso," ujarnya sambil tersenyum kecil.umpan dah kena.
aku teruskan perbualan,
"ate,ngapanye muka acik kelat aje ni cik,anok-anoknye idok balik beraye ke?" sengaja aku test power guna loghat perak meraikan pak cik ni.Buruk benar bunyiknya!

Pak cik masih lagi mengemut keripap di tangannya.tekun betul dia.
"idok le dik oi,anak-anak pak cik semuanya balik.Hok di kuala lumpor,pahang,johor semuanya ada.Bukan itu yang pak cik keluhkan."

"ohh,semuanya ada la ye cik,dah kahwin semuanya cik? kusambung bicara.
 "alhamdulillah.rezeki tuhan nak bagi,semuanya dah kahwin,cucu pak cik aje dah ada 12 orang.4 orang duduk dengan mak bapaknya di kuala lumpor,si along,yang nombor dua,lima orang anaknya duduk di johor.haa,yang nombor tiga duduk di pahang,anaknya tiga.Bolehlah..."
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.

"kamu ni asal mana? duduk di sini ke?" pak cik balas servis.
sambil tersenyum,
"ahhaa,saya ni asal selangor cik,,tinggal kat sini,negari sembilan.mak ngan abah kerja sini."
balasku.

"oh,asalnya selangor".Pak cik merenung seketika,mungkin cuba membayangkan negeri selangor.
aku masuk topik balik,"kenapa mukanya keruh semacam aje cik?,haha".soalan ku saja diiringkan dengan tawa agar tak nampak serius sangat.busy body benor kata orang!.

"tidaklah dik oi,,acik ni dah tua.entah sempat entah tidak merasa ramadhan lagi tahun depan.itu yang pak cik dok termenung tu.tahun ni dah habis.terase kejap benornya puasanya."

Aku terdiam.dalam,memang dalam dan sentap apa yang pak cik ni cakapkan.Iye,memang lah logik dikatakan jika pak cik dengan usianya yang mungkin sudah menjangkau 70-an ini tidak akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,tapi..Mati tidak mengenal usia dan kesihatan.semuanya tetapan Tuhan.Orang muda pun boleh mati.


Ramadhan 1435H.Sempat lagikah kita bertemu pada Ramadhan yang akan datang?. Masih adakah pelunag untuk kita merasai nikmat dan syahdunya beribadah dalam bulan yang mulia ini?.allahurobbi..sedih bila memikirkannya.Moga semua amal kita diterima disisi Allah.Taqaballahu minna wa minkum.

Tuesday, July 15, 2014

Siapa?! Oh Gaza lagi








Bumi itu sekali lagi bermandi darah,

lembap dek kerna air mata yang mencurah,

yang tidak pernah kalah menahan perih,

kerana memikul tanggungjawab ummah,



Bumi itu penduduknya tidak pernah kenal erti kalah,

tidak pernah kenal erti penat dan lelah,

kerna bagi mereka ini hanya mehnah,

sebelum di syurga kelak melepas lelah.



Hati mereka telah terikat pada Tuhan-Nya,

badan mereka telah diinfaq diatas jalan-Nya,

letusan senjata dirasa sekelumit hanya,

jika dibanding perasaan cinta pada-Nya.




Itu kisah mereka,

Gaza yang tidak pernah leka,

bagaimana kita?,

yang terus lena dibuai dunia.



Dimana pembela-pembela ummah,

yang sekian lama bersembunyi disebalik rumah,

dimana pencanang-pencanang kebangkitan ummah,

yang selama ini hanya bersuara di khutbah,



hakikatnya ummat ini lemah tidak berdaya,

hanya pandai berkata tidak menggaya,

sambil diri terus dimakan usia,

kelak menghadap Tuhan yang esa.




Maka bangkitlah wahai ummah!,maju berlari,

kerana kita penyambung tugas nabi,

menyeru manusia mentauhidkan sang ilahi,

sebelum disoal di mahsyar nanti.


10.08 am,15/7/2014
UIAM
#operasibadar
#bukuconteng