Sunday, July 31, 2016

Minyak Wangi


Setiap hari sewaktu aku menyembur haruman pada tubuh,mesti akan terbayang macam 
ada efek super saiya pada keliling badan. Korang mesti pernah tengok Dragon ball kan, bila Goku dh jadi super saiya tu ada efek2 keliling dia pastu rambut kuning. Masalahnya,setiap 
kali selisih dengan sisters mesti haruman dia lagi power. seolah-olah tenggelam bau minyak wangi aku. kadang2 dah berjarak 6 meter pun haruman depa bau lagi. Asal power sangat perfume korang? Sekali pakai 10 kali sembur ke? Jeles aku

Wednesday, July 27, 2016

syawalina 2016 !


Assalamualaikum w.b.t..

   Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan ! masih belum terlambatkan ? aherher... Hari ini sudah syawal ke 23 tidak silap saya, tapi apa salahnya. Melayukan #rayasebulan. gelak. Persiapan aidilfitri tahun ini meskipun ringkas dan sedikit pada pandangan saya namun ia berbaloi. Tiada pembaziran inshallah dan semuanya sekadar mencukupi. Perlahan-lahan konsep qanaah dan syukur telah mula mekar dalam kalangan rakyat Malaysia dan keluarga kami khususnya, alhamdulillah ala kulli hamd. Ceritera lebaran pada tahun ini ialah pada tanggal 19 dan 20 syawal tahun ini berjaya saya penuhi dengan aktiviti baraan sekitar nilai-bangi-putrajaya dan ke kuala pilah. Tapi di Kuala Pilah sebenarnya menghadiri majlis walimah rakan seperjuangan kelab Comrade, yakni acap jawa.

   Awal pagi sabtu 23 julai 2016 saya dan rakan-rakan Comrade memecut kereta menghala ke Kuala Pilah bagi menghadiri majlis walimah acap. Alahamdulillah acap dan zaujahnya, nisa diijabkabulkan pagi itu juga dan seterusnya majlis makan-makan di waktu tengaharinya. Perjalanan ke sana sahaja hampir 3 jam lamanya dari Uia gombak. Lauk sedap sangat lagi-lagi daging masak lemak! daging yang digunakan telah terlebih dahulu disalai, itu yang sedapnya lain macam,haha.. Seterusnya kami berlepas semula ke arah Kuala Lumpur bagi menghadiri rumah terbuka Izyan dan Fatin Nabilah. Rumah Izyan terletak di kawasan Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita, saya baru sahaja menapak masuk ke pagar rumah Izyan dah nampak wajah yang sangat familiar. Siapa sangka boleh terjumpa Mdm Khairani pula disini,gelak. Madam Khairani meruapakan senior counselor di CFS IIUM semasa zaman foundation saya di kampus Petaling Jaya dahulu. Jadi memang kami rapat dan kenal satu sama lain. Sebenarnya sahaja acah-acah terkejut sebab dah tahu pun Madam Khairani ni mak cik Izyan, so tak pelik lah kalau beliau ada di rumah terbuka Izyan. Kami tiba kira-kira jam 6 petang di rumah Izyan, kerna perjalanan pergi balik ke Kuala Pilah mengambil masa yang lama. Ditambah pula kebergantungan kami kepada Waze yang menghampakan jugalah, jalan ntah mana-mana yang diberinya.

   Rumah seterusnya ialah rumah Fatin nabilah...Malangnya tiada jodoh saya untuk kesana kerna perlu bergegas pulang ke Nilai. Takut lambat sangat nanti tiada train lagi ke arah Nilai. Alhamdulillah untuk a day well spent dengan geng Comrade walaupun tak ramai yang dapat join cuti short sem. Terima kasih driver saga manual padu, Rembo, co-driver yang kelakar Mus, radio manusia yang kadang bercakap kadang diam membisu Azli dan Naim. Sebuah kereta lagi pula dipandu Rasyid ditemani gegadis,..Mida, Has, Dayah dan Shu jemah. Seronok trip dengan korang!

Ahad 24 julai 2016

   Awal pagi dah kena bangun mengemas rumah walau letih semalam masih belum hilang. Ditambah pula kaum hawa semuanya tiada di rumah, terpaksalah kami yang lelaki ini buat segala yang mampu. Menyapu lantai, vacuum, lap kabinet, refill kuih hatta menebar roti jala. Pagi ini sepatutnya saya follow kembara raya BBST baraan di rumah cikgu-cikgu kami dahulu. Kembara raya bbst terdiri daripada budak-budak batch kami ketika zaman sekolah menengah di SMK Bandar Baru Salak Tinggi dahulu. Tapi memadangkan rumah saya antara yang bakal diziarahi, tak dapat la join deme. Kalau join deme siapa nak kemas rumah ni semua kan? haa..

   Alhamdulillah jam 12.30 konvoi budak BBST sampai ke rumah. Adalah dalam 12-15 orang juga yang hadir. Terima kasih sudi datang rumah kami cikgu Hamizah, saya dan kembar. Agak lama juga lepaknya, ialah dah lama tidak bersua kan, semestinya banyak cerita dikongsi bersama. Selesai sahaja saya escort kereta terakhir yakni Amir hatin dan Zulhelmi, terus sahabat dari MRSM Serting sampai. Siapa lagi tak lain tak bukan Abu Hasif bekas presiden Librarian Council ( LC) tahun 2011.. Bersembang dengan Abu berbagai perkara, maklumlah orang hebat macam dia banyak ilmu dapat dikaut, huhu..Selesai hantar Abu ke keretanya, whatsapp message dari Ash menghiasi skrin Xperia C2305. " Dah sampai. kat surau perumahan." Ya allah tak cukup tanah aku lari pi solat zuhur dulu, sebab dah pukul 3.30 masa ni..

   Selesai melayan depa ni, saya ikut sekali geng budak-budak stuff baraan di rumah yang seterusya. Alang-alang dah sertai mereka, dapat balik gombak sekaligus,haa. Sebelum rumah saya, geng Stuff terlebih dahulu sudah ke rumah terbuka Tasha dan ziarah rumah Syazwani aka cikud. Kes cikud ni sama macam sayalah, diziarahi kemudian menziarahi sebelum terus pulang ke gombak yang disayangi.senyum. Rumah seterusnya ialah rumah setiausaha ketiga STUFFIIUM, rumah Izzati di Putrajaya. Sedap makanannya alhamdulillah. Kami tidak lama disini kerna perlu untuk bergegas ke rumah seterusnya,dah lewat petang. Di rumah Izzati juga kami bergabung dengan sebahagian lagi budak-budak Stuff yang telah ada disitu. Tepat jam 6.10 minit petang, meluncur kami ke Bandar Seri Putra. Kali ini ialah rumah timbalan presiden 2 STUFFIIUM, saudari Hazuwani atau lebih mesra dengan panggilan Wawa comel. Rumah wawa ibarat istana gais, besar dan lapang sangat. Walaupun makanan dah banyak habis sewaktu kami sampai,bukan makanan yang kita kejar tetapi eratan tali persahabatan itu yang kita mahu. Auchhh sweet gituh. Thanks wawa, brownies dap ngat!

   Selepas solat maghrib berjemaah di rumah Wawa kami menghala ke haluan masing-masing. Kami penumpang pesawat Alza meneruskan baraan ke rumah Peqa di Bandar Seri Putra juga, hanya enam minit dari rumah Wawa. Di rumah peqa sempat merasa laksa hasil air tangan mak dia, sedap tapi tak larat nak makan sebab dah banyak sangat makan. tengok gamba tu makin sihat kan? haha.. Sembang-sembang bergurau sikit dengan mak peqa, kami bergerak ke Bangi untuk rumah terakhir yakni rumah Wafiy Harith. Mak peqa punya gurau dia suruh aku telan cawan, fuh janji saya tak sakat anak mak cik dah lepas ni, haha..

   Masing-masing sewaktu sampai dirumah Wafiy dah mengantuk. Jam waktu tu dah pukul 9.45 malam. Pada asalnya kami serba salah nak mai sebab dah lewat sangat, tapi emak Wafiy kata makanan semua dah ada, allahu.. makanya kami singgah juga, syukur memang rezeki kami dapat satay kajang! makan lagi.. Terima kasih juga emak Wafiy serve nescaffe, kurang mengantuk saya nak drive. Dan semestinya sayang lebih ayah dia sebab dapat duit raya,haha.. Kira-kira jam 10.30 malam kami bergerak pulang ke Uia Gombak. Walau tersangkut dalam kesesakan jalan raya selepas Tol Sg Besi dan penat yang masih berbaki, saya akui saya gembira. Weekend well spend bersama sahabat-sahabat dari berbagai background dan kerenah. Setiap satu dari mereka yang saya ketemu sepanjang dua hari ini mempunyai warna unik tersendiri yang mewarnai hidup pudar saya. Terima kasih semua!


walimah #acapnisa tahniah !
rumah terbuka Izyan Nasuha

madam Khairani gais ~
geng sekolah BBST
Rumah terbuka Izzati

budak2 Stuff jejak rumahku
rumah wawa vp2
crash rumah Peqa

rumah terakhir, teratak Wafiy


Tuesday, July 26, 2016

The last hello


It was 9.00 in the morning when she received the text message.

" good morning ! "

just a two simple short word but it made her day... But she was too arrogance. She wanted to let it unreplied. Because she doesn't want the conversation to end early. She want it to be keep hanging, just like how the sun is hanging on the sky, just as how the stars sparkles without any pole holding it.


little that she know that was the last time he texted her. That is the last word she heard from him.

she regretted not replying the text.

Thursday, July 21, 2016

Syawal dibumi TAS


Assalamualaikum w.b.t. SELAMAT HARI RAYA ! alhamdulillah bersua lagi kita setelah sebulan berpuasa. Jadi macam mana sambutan aidilfitri korang tahun ni? meriah tak? happening tak? haha.. Semoga kemeriahan syawal ini setimpal dengan usaha dan penat lelah kita beribadah di bulan ramadan yang lalu. Dan mintak jauh la dari buat maksiat ke hape yang akan menipiskan semula pahala yang penat kita kejar dahulu.

Alhamdulillah, setelah kejayaan IPTA ramadan yang lalu, kami diberi kesempatan untuk pergi menziarahi amek dan aber di kampung bagi meraikan syawal bersama. Walaupun ini bukanlah program rasmi dan hanya dalam skala yang kecil, ragam dan dramanya boleh tahan juga.haha

16 Julai 2016

5.15 am: Tersedar dari lena meski dah set alarm sejak pukul 4 lagi. Janji pukul 5 nak kumpul kat tangga besar. Memang tak cukup tanah berkejar mandi kemas beg semua. Alhamdulillah sempat siap tapi termenung pulak menunggu member lagi satu belum bangun. Akhirnya kami solat subuh di Uia juga, plan asalnya nak subuh di Genting Sempah.

6.48 am: Alhamdulillah cukup 6 kereta beserta barang-barang dah load, kami berlepas membelah lebuhraya karak. 3 Proton saga, dan sebiji masing-masing daripada Toyota Vios, Nissan Sentra dan Mitsubishi Storm.

7.30 am: Tiba di hentian Genting Sempah. Drama pertama, separuh pi sarapan pagi, separuh lagi melepak sebab keras kepala nak sarapan di Sg Koyan nanti. Dan budak lelaki lah yang duduk melepak kat kereta tak pi makan, mahai makan kat RnR. Akhirnya lepas hampir setengah jam kami bergerak semula menghala ke Sg Koyan.

10.30 am: Nasi lemak ditemani teh ais selamat menuruni anak tekak. Keadaan di Sg Koyan ni bahang terik dia tu ya allah, orang kedah kata berlemuih badan dibuatnya. Selain daripada menikmati sarapan dan sisa akhir internet disini, sebahagian sisters sibuk membeli belah barang-barang basah untuk dimasak di kampung nanti. Pada awalnya, kami hanya merancang untuk ziarah dan masak di rumah keluarga angkat masing-masing, tapi nanti apa pula kata amek-amek yang anak angkatnya tidak dapat hadir. Makanya, kami bersetuju untuk memasak untuk ketiga-tiga buah kampung berpusat di Kampung Abu. Syukur juga kerna kak Rehan iron lady kata di Kampung Abu masih ada bihun yang telah diberi kepada Tok batin untuk sambutan raya. Dan bihun tersebut masih belum dimasak oleh orang kampung disana, di Kampung Teji dah selamat dimasak. Selesai semua hal, jam 11.15 kami meneruskan perjalanan semula. Bismillah

12.00 pm: Enam biji kereta memenuhi kawasan lapang Kampung Abu. Tak sangka baru sebulan yang lalu meninggalkan kampung ini, telah ada perubahan landskap yang ketara. Ada lebih kurang dua buah rumah yang telah lesap dari pandangan. Terkejut juga sebenarnya, mana pula perginya rumah-rumah tersebut. Rupa-rupanya rezeki buat penduduk kampung Abu apabila mereka dihadiahkan dengan 7 buah rumah batu sumbangan pihak luar. Menariknya disini ialah kebijaksanaan tok batin dalam membahagikan hadiah rumah batu ini. Kampung Abu dan Senangkar berkongsi tok batin yakni Tok batin Johari, 5 daripada projek rumah itu diberikan kepada penduduk Kampung Abu manakala bakinya kepada Kampung Senangkar. Tindakan ini sangat bernas bagi mengelakkan perselisihan faham mahupun rasa iri hati. Syabas Aber Johari.

12.30 pm: Sisters ligan menyediakan segala jenis bahan untuk masakan dan makanan yang akan disediakan. Haa sabar dulu,jangan pakat tuduh terus. Ada sahaja brothers yang tolong, mana ada kami lepas tangan macam tu,ish2.. Tetapi saya awal lagi dah lari pi main dengan anak-anak Kampung Abu. Bukan apa, orang kata too many hands spoils the soup, ha gituh.. Tapi ada je tolong basuh ayam. sekejap. pastu nampak surau, sejadah, sunyi. qailullah dulu!

3.00 pm: Menu kami ringkas dan senang sahaja. Bihun goreng, bakso sponsored by Ain Subainah, nugget dan french fries sedikit. Adalah juga cocktail untuk kami dan penduduk kampung Abu. Makanan untuk penduduk kampung Teji dan Senangkar kami bungkus siap-siap beserta beras bagi setiap isi rumah. Penduduk Kampung Abu pula makan bersama dengan anak-anak UIA di khemah.

4.30 pm: Langit mula gelap menandakan hujan akan turun. Makanan masih belum siap dimasak, jadi saya menapak ke rumah Aber johari. Disana Kak Zu, anak aber Johari sedang menjaga api memasak ayam buluh. Haa mesti anda nak tahu apa ayam buluh tu kan? hiks!. Ayam buluh ialah ayam yang dimasak di dalam buluh, sama macam bakar lemang. Tapi bahan-bahan rempahnya berbezalah dengan buat lemang, takdak pakai santan. Sesambil tu bersembang dengan Kak Zu dan Aber perihal kampung dan berseloroh sana-sini. Rupa-rupanya umur Kak Zu baru 23 tapi dah ada dua anak, beza setahun je dengan aku,haha. okay takda point

ayam buluh nyum-nyum

6.00 pm: Hujan lebat membasahi bumi Cameron highland. Tika ini makanan telah siap dimasak dan dalam proses pembungkusan. Saya merenung jauh ke langit, dah hampir separuh hari disini dan masih tak jejak kaki lagi di Teji, nak jumpa amek Duya..Pastu nak tengok amek Khamisah dengan baby boy barunya. Baby baru lahir haritu diakhir  bulan ramadhan. Yang saya tahu jantinanya lelaki melalui perbualan telefon dengan amek Duya tempoh hari. Yeay nak jumpa baby!

6.30 pm: Kami berpecah kepada tiga kumpulan, Teji, Abu dan Senangkar. Walau langit gelap dan bumi basah dek hujan lebat yang tiada gaya nak berhenti, digigihkan juga hati-hati ini menapak ke setiap rumah berziarah dan memberi juadah dinner. Saya dan Sue sempat solat maghrib berjemaah di rumah amek Duya sebelum kami pulang ke Kampung Abu. Dan semestinya dapat jumpa baby boy Aiman namanya! comel anak amek Khamisah ni. Syukur juga dapat bersua dengan amek Maimun ibu kepada Kak Liza dan amek Khamisah. Sewaktu IPTA Ramadhan yang lalu tak dan nak jumpa sebab beliau bekerja sepanjang hari di Mansun.

9.00 pm: Mesyuarat tidak rasmi bersepah disana-sini bila timbul isu nak tidur di kampung atau tidur carry on bak kata Rembo. Yang mula jadi dramanya bila Kak Zu cerita yang jalan Sg Koyan-Cameron Highland tu malam-malam bahaya.
dinner di rumah kak Zu
di Ringlet. Pada mulanya sangkaan saya kami akan tidur di kampung. Lepastu ada pula ura-ura nak tidur di Ringlet. Mana-mana pun saya okay sahaja,
Selain daripada ancaman makhluk hat tak nampak tu, kejadian rompak dan bunuh juga dikatakan ada berlaku kebelakangan ini. Aahh sudah berbelah bahagi kami dibuatnya, perkara melibatkan nyawa ni jangan dibuat main kata Azli. Tapi masa ni saya tak amik pusing sangat, sibuk mengadap makanan tambah pula dijamu dengan ayam buluh. Fuh kelazatannya tiada bandingan!




9.30 pm: Badan sejuk dek kerana tak sempat nak mandi lepas meredah hujan petang tadi. Ditambah pula ketiadaan sumber cahaya yang mamadai, kami hanya disinari sebiji mentol dibawah khemah besar sumbangan datuk G. Palanivel. Separuh melantak makan dan sebahagian lagi pergi ziarah di sekitar kampung Abu. Masih tiada kata sepakat tentang bermalam di mana.

10.20 pm: Akhirnya kata sepakat dicapai untuk kesemua kami menghala dan bermalam di Ringlet. Namun dua buah kereta, Acap dan Izham nak shoot terus ke Gombak malam ini juga kerna ada hal esok. Walau dah penat kami pujuk kata bahaya jalan malam-malam begini, tambah pula mereka hanya dua krereta sahaja, tak lut juga kat depa. Tinggi betul iltizam mereka ni, degil nak shoot ke Uia jugak, peh..

11.45 pm: Selamat tiba di masjid An-Nur Ringlet. Lawaknya, berpusing juga cari jalan masuk ke masjid sampaikan guna Waze. Sedangkan  waktu tu jarak tinggal lagi 500 meter sahaja dari masjid, tapi tak jumpa jalan masuk,haha..Allahu kena hijab ke apa ni mata kami ni..gelak.
Dan akhirnya hanya kereta Izham sahaja yang shoot ke UIA sebab kereta acap minyak dah tinggal 1 bar. Malahan semua stesen minyak disini hingga ke Sungai Koyan memang dah tutup jam begini. Makanya bermalamlah kami di dalam pelukkan dinginnya udara Ringlet dan indahnya purnama mid july. 

17 Julai 2016

5.30 am: Sejuk mencengkam tulang ya allah!. Subuh berjemaah di imamkan oleh seorang pemuda disini. Bacaannya lembut dan sedap didengar. Qunut pun boleh tahan banyak tambah macam-macam bukan qunut biasa. Tapi masa tu memang menggigil-gigil badan fikir bila nak habis solat je,haha sejuknya tuh..Usai solat subuh sambung tidoq, tapi dahsyatnya sisters deme boleh pergi mandi!. Mandi dalam cuaca dingin begini, hebat.

antara jemaah subuh masjid An-Nur, Ringlet

7.30 am: Menikmati breakfast di Tanah Rata. Dah lama tak naik hingga ke sini, rasanya kali terakhir berkunjung ke sini kira-kira seminggu yang lepas.senyum. Sambil menikmati sarapan, kami berbincang mengenai hala tuju perjalanan selepas ini. Acap dan penumpang keretanya cadang nak pergi ke Cameron Valley melakonkan semula babak popular filem Ombak Rindu. hailah budak-budak ni. Saya pula sebagai acting driver kepada kereta kak Lily akan follow sahaja deme yang nak shopping sayur-sayuran di Brincang. Kereta Storm yang dinaiki Fahim, Rembo, Shu, Sue dan Pipah khabarnya akan terus menghala ke Kampung pisang setelah shopping di Brincang. Mereka nak melawat kampung Pisang, sebuah lagi kampung orang asli di Perak. Sungguh hebat mereka ini, moga selamat pergi dan pulang.

8.30 am: Suasana pagi di tanah tinggi Cameron Highland sememangnya tenang dan dingin. Dapat la juga merasa seronok macam budak-budak bila bercakap keluar kabus,asap daripada mulut. Masing-masing teruja macam oversea. Bila difikirkan semula sejuk yang begini pun dah tak tahan, apalagi jika belajar di luar negara. Kawan-kawan hat yang mengaji di negara empat musim mesti tiada masalah punya setakat tahap sejuk Cameron ni,haha..

10.01 am: Kami selamat tiba di pasar basah Brincang. Jejak sahaja kaki ke tanah dalam masa lima minit hilang dah kelibat kak Lily, kak Raihan jr dan Ain. Kak Raihan sr pun sama ajelah tu dengan Dayah shi dan Hasnida. Ligan masing-masing masuk ke pasar. Tinggal yang lelaki saya dan naim pusing-pusing di kawasan pintu masuk pasar. Tommy ikut kak Rehan, jadi tempat pegang barang.haha.. Melihatkan berbagai jenis makanan dan produk yang dijual disini rambang mata juga dibuatnya. Tapi saya tak tahu nak beli apa.. Beli sayur untuk mak memang tak dan nak bagi nanti, beli strawberi tahan sehari sahaja paling lama pun. Kalau nak beli key chain ataupun fridge magnet tu dah berlambak sangat kat rumah. Tapi ada satu benda yang wajib beli, strawberi celup cokelat!

10.55 am: Selesai shopping sayur-sayuran segar dan buah strawberi obviously. Me being me, beli dua kotak gegula untuk makan kat bilik plus 4 kotak strawberi segar. Satu buat roommates, sekotak lagi untuk jiran sebelah, sekotak lagi untuk budak-budak stuff yang amik shosem dan kotak yang terakhir untuk awak. eh siapa awak? untuk diri sendirilah.

12.45 pm: Perjalanan kami dari Brincang ke Sg Koyan sunyi dan sepi. Di dalam kereta yang tinggal berjaga hanya Naim sebagai driver dan saya co-driver. Baki penumpang pesawat AGQ Saga Hijau dah lena tidur. Senarionya sama sahaja, masa mula-mula bergerak boleh tahan bersembangnya, lepastu bila dah habis idea semua senyap. Nak main phone, internet takda. Buka radio pun tiada siaran, melayan cd sahajalah. Yang pastinya pemandangan di sekitar jalan Cameron-Sg Koyan sungguh indah. Benarlah kata-kata allah dalam quranul karim,

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

kemudian di sambung lagi dengan ayat ke-empat Surah al-Mulk

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Jujur, berpuluh-puluh kali tengok pun saya masih terpesona. Selamat tiba di Sg Koyan, kami makan tengahari di kedai yang sama disinggahi semalam. Kata sepakat dicapai untuk solat di masjid Bentong, maka menderu enjin dua buah Saga menuju ke Bentong. Kak Rehan bawak laju gila.senyum

2.00 pm: Selamat tiba di masjid Bentong. Disepanjang perjalanan tadi saya usha sahaja satu demi satu rumah ahli keluarga belah Pahang yang sememangnya menetap disini. Rumah lama arwah opah di Batu Malim, rumah ayah nyah hanip, rumah achik Sabri dengan Acu di Taman Amalina Perdana, kemudiannya gugusan rumah mak Yang, andak Ae tak reti nak taip dan rumah achik Mayed. Memang saudara-mara sebelah mak ramai yang menetap di sekitar sini. Kami solat dan berehat sebentar di masjid Bentong. Sahaja saya dan Naim baring melepas penat dahulu sebelum bergerak pergi, rupa-rupanya deme semua dah tunggu dalam kereta.. nasiblah,haha

3.00 pm: Kami bertolak daripada masjid Bentong ke UIA. Tak rushing dan tiada singgah di mana-mana. alhamdulillah jam 4.02 pm selamat tiba di bumi bertuah UIAM. Jazakillah khairan kasir kak Lily sebab duit minyak dia makan pahala sorang-sorang. Moga allah murahkan rezeki, bahagia cepat kawen dunia dan akhirat.

Alhamdulillah ala kulli hal, segala perancangan kami telah  berjaya dijalankan walaupun persiapannya agak huru-hara dengan keterhadan masa yang ada. Moga objektif ziarah kali ini tercapai dan memberi manfaat kepada kedua-kedua belah pihak. Moga ukhuwah yang erat ini akan terus perkasa menjadi wacana penduduk kampung menerima islam dengan lebih mudah dan juga sebagai peringatan kepada diri kami sendiri. Rugi jika buat program hanya untuk suka-suka dan gelak tawa. Perlu diselitkan juga dengan ilmu dan dakwah agar nampak cantik lagi program tu. Antara ilmu baharu yang saya dapat daripada ziarah kali ini ialah sunnah nabi untuk mengadakan majlis walimah di bulan syawal. Serius baru tahu! Dan akhir sekali, buat yang tidak dapat hadir bersama itu, jangan risau di lain masa kalian boleh datang inshallah. Bak kata imam dalam cerpen Insyirah ,

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

skuad tangkap muat
Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. senyum manis





Wednesday, July 13, 2016

Insyirah III

   

   Cawan putih seramik bercorakkan bunga matahari kuning raja digoyang perlahan. Gula yang berbaki di dasar cawan menari-nari dek kerana pusaran air. Haruman teh o strawberi yang dibeli ibunya ketika bercuti di Cameron Highlands menyerbu masuk ke rongga hidung Hayati. Khalid suka buat suprise tau, dan selalunya benda yang dia buat tu memang kita takkan terfikir langsung. Etty bermonolog sambil mata merenung bendera Malaysia yang berkibar di halaman rumah bapanya. Sejak zaman sekolah lagi,  ramai kawan-kawannya berseloroh dengan "semangat patriotik" keluarga mereka. Ini semua dek kerana tiang-tiang mengibarkan bendera yang terpacak di hadapan rumah mereka itu. Ada bendera Malaysia dan Wilayah persekutuan yang megah beralun ditiup angin. Tetapi Etty tak ambil hati pun, baginya ia sesuatu yang unik kerana rumah-rumah lain tiada. "Rumah kau ada ke?" balasnya dengan senyum sindir kebiasaannya sebelum diiringi gelak-tawa. Perkara yang membuatkan Hayati termenung adalah kerna drama awal pagi tadi selepas subuh. Manakan tidaknya, Khals pulang ke rumah dengan sejambak bunga rose carnation half bloom dihiasi senyum manis!

 "Gila ke apa mana you dapat bunga rose tengah-tengah pagi macam ni??" Hayati keliru bercampur terharu dengan pemberian suaminya.

" rahcieww la" balas khalid sebelum laju bibirnya singgah di telinga Hayati, "pour toi mon amour". Etty kaget. Terkejut dengan reaksi spontan Khalid ditambah dengan bahasa asing yang ntahpapalah maksudnya tu.

"Khals, ibu tu ada kat sini..ee jaga sikit kut ye pun."
Puan Salmah hanya tersenyum kecil sebelum menggeleng perlahan. 

   Hayati duduk mengisi waktu paginya kali ini dengan mencari idea bagi menulis catatan di dalam buku rancangan pembelajaran hariannya. Buku rancangan pembelajaran harian ini memang wajib bagi setiap insan yang bergelar guru. Melalui buku ini segala perkembangan dan jadual pembelajaran dapat dikawal agar seiiring dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasilnya, para guru akan lebih cakna dan cekap dalam mengendalikan kelas mereka. Tetapi hakikatnya bukan semua orang suka menulis laporan ini setiap hari, termasuklah dirinya. Sebab itu kebiasaannya di hujung minggulah baru dipulunnya menulis segala laporan kelas dan tak lupa juga aktiviti persatuan yang berada di bawah bimbingan Hayati. Namun hari ini fikirannya melayang jauh. Jauh ke dalam celah otaknya merenung dan mengambil ibrah daripada apa yang diceritakan oleh Khals pagi tadi.

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

   Ungkapan itu terus bermain-main di minda Etty. Kini dia sedar, bahwa semua mehnah dan benda yang terjadi ini sebenarnya satu nikmat! ahh gila apa dugaan sehebat ini yang menganggu hidupnya berbulan-bulan dianggap nikmat?! Benar, ia nikmat yang hanya dirasai oleh orang yang melaluinya, a blessing in disguise. Nikmat merasa cintanya tuhan pada hambanya. Ujian yang diberikan adalah untuk melihat tahap kebergantungan seorang hamba kepada tuhannya. Dan selama ini Etty tewas, tewas dengan perasaan dan akalnya. Seorang Hayati kini telah sedar dari tidur yang lena, dari lamunan mimpi yang panjang.


 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan 

mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum 

diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


   Buku rancangan pembelajaran harian kini tersadai diatas meja. Buaian besi di bawah garaj kereta sesekali bergoyang ditiup angin yang bertiup nyaman. Kelibat Hayati telah hilang daripada pandangan. Pergi menghadap tuhan yang esa, sujud mengucup bumi tanda kesyukuran. Begitulah manusia, bilamana dugaan tuhan datang, kita terlalu cepat melatah. Amat jarang sekali kita melihat kebaikkan yang datang seiiringan dengannya. Moga kita selalu redha dengan ujian dia atas muka bumi ini demi kenikmatan di syurgawi nanti.