Monday, November 27, 2017

Ucapan President agm 2017 STUFF IIUM

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis, saudara rushdeen dan saudari deana.

Bismilahirrahmanirrahim,

                Assalamualaikum wbt. Yang berbahagia, Dr Ros Aniza bt Mohd Shariff, Penasihat kelab STUFF IIUM, yang berusaha bertungkus-lumus menjalankan mesyuarat agung pada malam ini, Saudara Muhammad Syamim zubir, barisan mainboard yang dikasihi lagi dekat dihati, para alumni di belakang sana yang sudi datang memberi sokongan sehingga ke hari ini, dan seterusnya semua ahli kelab stuff yang hadir memenuhi dewan pada malam ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir pada malam ini, yakni majlis Annual Grand Meeting(AGM) yang bertujuan untuk mengumumkan barisan pucuk pimpinan baharu bagi kelab STUFF sesi 2017/2018.  Setahun sudah berlalu, saya dan barisan mainboard 2016/2017 memegang tampuk pimpinan. Jika pantai ada surutnya, jika malam ada silih gantinya dengan siang, jika cinta ada hasilnya, jika hidup ada kematian, dan sudah pasti setiap pertemuan akan ada perpisahan.

Jika disebut sahaja nama kelab stuff iium, umum masyarakat uiam memandang hormat ahli kelab kita kerana kita melahirkan ramai ahli bahkan pemimin yang berkualiti dan boleh memimpin orang lain. Seharusnya kita semua merasa bangga dan berusaha menjaga penghormatan yang telah diberikan ini. Di awal masa kenaikkan saya setahun yang lalu, matlamat utama saya adalah untuk menyusun semula sistem pengurusan kelab dan membawa kelab lebih dekat dengan nature ataupun tujuan asal penubuhan kelab kita. Kini dengan ahli kita mencapai 450 orang, setiap biro dianggotai 80 orang dan hanya dijaga oleh dua orang head dan assistant head. Sesungguhnya ia tidak mudah dan merupakan cabaran kepada mereka. Jadi saya mohon semua berikan tepukan kepada head dan assistant head biro anda. Seterusnya barisan setiausaha dan bendahari saya yang bekerja siang dan malam memastikan segala hal ehwal surat, proposal, procedure dan kewangan kelab berjalan lancar dan tersusun. Mereka inilah yang menjadikan sistem itu bergerak dan berfungsi dengan baiknya. Berikan tepukan kepada mereka. Kemudian, 3 orang pendamping setia saya.. tidak, saya tiada payung emas nak diberi kepada mereka. Kepada 3 orang teman vice president saya, terima kasih saya ucapkan atas segala sokongan, dorongan dan teguran yang membantu saya memimpin kelab ini sebaiknya. Tidak lupa juga kepada Dr Ros Aniza, seorang penasihat yang sangat aktif menyokong aktiviti-aktiviti kelab dan sangat mudah didekati oleh ahli-ahli stuff. Dan sudah pasti, doa ibubapa yang sentiasa mengiringi perjalanan kita di Menara gading ini.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada setiap insan yang berhubungan dengan kelab ini secara langsung atau tidak langsung. Kelab STUFF banyak membantu dalam membentuk  saya menjadi manusia yang lebih bersifat kemanusiaaan. Kerana mungkin jika saya tidak beranikan diri mendaftar pada empat tahun yang lepas, saya akan melepaskan peluang berkenalan dengan kalian semua. Saya akui, kelab ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Terima kasih diatas 4 tahun yang manis,pahit, suka, duka dan bermakna.

Pepatah cina ada mengatakan, Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini.

Kepada pucuk pimpinan baharu, jadilah bunga-bunga yang akan terus menghiasi dan mengindahi keluarga besar ini. Jagalah kelab ini dengan sepenuh hatimu, pelihara kebajikkan ahli-ahli kelab kita, dan berusahalah memberikan yang terbaik. Di sepanjang perjalanan nanti akan ada manis dan pahitnya, telanlah semua dan lindungkan rasa duka, kerna kita tidak punya banyak masa atas dunia, hargailah semua dan sebarkan cinta sesama keluarga, kita. Ambilah yang jernih daripada pimpinan kami, tetapi jangan dibuang yang keruh, kerna kadang yang keruh juga menjadi peneguh kepada hati yang luluh.

Akhir sekali, saya mewakili pucuk pimpinan stuff 2016/2017 ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap disepanjang tempoh pimpinan kami. Sesungguhnya kami telah mencuba yang terbaik dalam memastikan setiap daripada kita mendapat manfaat daripada kelab ini. Semoga segala apa yang kita lakukan di dalam kelab ini, allah terima sebagai amal soleh kita di akhirat kelak. Selamat maju jaya, sayang semua. Assalamualaikum wbt.



Friday, October 20, 2017

sakit


Sakit. Satu perkataan yang membawa makna yang cukup membekas apabila ditangkap oleh telinga. Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan melawat seorang ibu kepada sahabat yang terlantar di hospital. Beliau disahkan menghidapi kanser lymphoma setelah sekian lama kanser tersebut wujud di dalam tubuh badannya.

   Melawati orang sakit mengingatkan kita kepada pelbagai perkara. Tentang nikmat kesihatan apabila tiada, tentang nikmat berjalan ketika sudah tidak bisa berdiri, dan semestinya nikmat untuk masih menghirup udara di atas bumi ciptaan tuhan, sebelum paru-paru berhenti menapis udara kelak. Ziarah yang saya ikuti ini juga memberi satu pengajaran yang sukar didapati di tempat lain tetapi hanya di hospital. Apa yang ingin saya maksudkan ialah kesabaran dan ketabahan menjaga orang sakit.

   Wanita awal 50-an itu merenung kami satu persatu usai diperkenalkan nama kami kepadanya. Sempat ia berseloroh sebelum kembali mencari nafas. Matanya redup, memerhati anak-anak muda yang sihat tubuh badannya di kemuncak kehidupan. Seakan-akan terbayang akan dirinya di saat remaja dahulu berdiri seiiring dengan kami.. Dengan berat nafas ia membuka bicara.

"Tak senang menjaga orang sakit ni dik..Acik ni bersyukur sangat ada yang sanggup menjaga makan minum semua di sini." dia berhenti mencuri nafas. "Kamu nanti kalau mak ayah ke, keluarga ke sakit, jagalah mereka elok-elok,,kena banyak bersabar,jangan cepat marah bila disergah.. Masa ni kamu masih muda, masih ada kudrat dan tenaga. Gunalah elok-elok, buat benda baik, belajar agama..nanti dah tua tak larat!' ujarnya sambil menghela nafas panjang..Kami diam mendengar. Menghormati nasihat dan kata-katanya sambil minda mencipta situasi sendiri kelak.

   Kipas di syiling pegun. Tidak dihidupkan kerana udara di wad pesakit telah nyaman dan selesa dikawal oleh pendingin hawa. Agak lama suasana sepi tanpa bicara. Katil hujung ini dikerumuni 11 anak muda. Terkadang penghuni lain di wad 8C menjeling ke katil hujung ini. Mungkin kerana gelak tawa kami yang cuba menghidupkan suasana sepi disini.

"Aihh cakapla, kenapa semuanya senyap?" getus wanita itu sambil menjeling anaknya,diikuti kami sebaris.

serentak kami tertawa. Masing terasa lawak dengan kejanggalan sendiri yang diam seakan-akan bisu.

   Disini, tika saat ini, aku tenggelam dalam fikiran yang jauh di dalam kalbu. Bertapa kini aku berdiri menghadap makhluk tuhan yang persis sepertiku, bezanya hanyalah di dalam jasad itu ia sedang berjuang untuk terus hidup menatap matahari pada hari mendatang. Dan aku, juga berjuang namun di dalam medanku yang tersendiri. Di rumah sakit ini juga membuat aku termenung tentang dua pengakhiran. kehidupan ataupun kematian. Jika ditanya kepada semua manusia, pasti kesemuanya akan menjawab mereka mahu hidup. Hidup untuk mengejar cita-cita, ingin hidup untuk memenuhi impian, dan tidak kurang juga untuk membantu jiwa-jiwa yang hampir mati tidak bertuhan kembali mencari-Nya. Tiada siapa pun yang menginginkan kematian, melainkan jiwa mereka telah dibunuh oleh kezaliman mereka yang sebangsa dengannya. Namun, semua manusia akur benar bahawa satu ketika nanti mereka tetap akan mati. Iya benar, kita semua akan mati juga. Namun dengan cara yang bagaimana? dengan keadaan yang bagaimana? itu semua berada di tangan kita untuk menentukannya. Husnul khatimah, impian setiap yang bergelar muslim.

   Di penghujung ziarah itu,kami nenitipkan doa dan kata-semangat buat wanita itu agar terus kekal kuat dan berjuang. Tidak lupa juga bekalan doa dan tiupan semangat kepada sang anak yang menyemai pahala menjaga ibunya. Anak itu sedar tidak sedar sebenarnya sedang membina rumahnya di syurga sana. Rumah yang akan didiami mereka sekeluarga kelak di akhirat nanti, ameen. Melangkah perlahan meninggalkan perkarangan hospital, aku tersenyum sendirian.

Monday, October 09, 2017

Kasihan Si Pensyarah



Kasihan si pensyarah,

Berdiri dia menahan lelah,

Tenang dan lancar menutur madah,

Berharap sampai segala hikmah.

Namun tidak si penuntut ilmu,

Wajahnya tekun manatap buku,

Tetapi dikhianati matanya itu,

telefon pintar selesa diatas buku.

Pensyarah masih gigih menerangkan,

Penuntut ilmu leka bersama teman-teman,

Pensyarah  sedar dia diendahkn,

Pahit itu biarlah dia telan.

Tamatlah sudah satu jam setengah,

Ke kamar lemah pensyarah melangkah,

Sedang penuntut ilmu masih berdekah,

Kasihan pensyarah

Umpire

   Assalamualaikum semua. sudah lama tidak kita bersua! hehe Jadi entry kali ini nak bercerita tentang pengalaman menjadi umpire ataupun di dalam bahasa melayu nya pengadil. Pada 8 Oktober yang lalu saya dan rakan, Ameer wafiq telah menggendong tugas selaku umpire bagi pertandingan bola tampar sempena karnival sukan mahallah safiyyah,uiam.

   Pada mulanya, kami agak ragu-ragu dan takut-takut kerana kedua kami tidak pernah terlibat secara langsung dalam dunia pengadilan sukan bola tampar. Namun, berbekalkan inspirasi Tony Stark yang mampu menguasai thermal nuclear astrophysics dalam masa satu malam. Kami tekad menerima tawaran secara sukarela.

kredit


   Alhamdulillah, berkat menonton anime Haikyu! sebanyak 63 episode di dalam 3 season berbeza, saya lebih yakin menjadi umpire kali ini. Terima kasih juga buat video-video hand signal di YouTube yang banyak membantu. Apapun, pengalaman kali ini mengajar saya bahawa tiada yang dapt menghalang kita jika kita berusaha. Dugaan sentiasa ada,tetapi yang penting cara kita berhadapan dengan dugaan-dugaan tersebut. Program kali ini juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendalami sukan bola tampar! 

  Okay sekian entry kali ini, Assalamualaikum!

sesi bergambar bersama principal dan peserta karnival sukan safiyyah

Bersama sahabat kami, merangkap MRC Safiyyah, Ayuulan

Umpire volleyball

Sunday, September 17, 2017

Syukur


Syukur. Satu perkataan yang hanya mempunyai 5 abjad namun pengertiannya lebih daripada itu. Ia merupakan suatu bentuk penzahiran ke atas sesuatu nikmat, dan boleh juga diatas sesuatu musibah. Hairan bukan? Bagaimana sesebuah musibah juga boleh dijadikan sebab untuk kita bersyukur. Masyarakat biasa menzahirkan kesyukuran ke atas sesuatu yang menggembirakan mereka. Sebagai contoh seorang pelajar bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, seorang pekerja bersyukur dengan kenaikkan gaji dan sepasang suami isteri bersyukur dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Persoalannya, bagaimana perasaan syukur yang mendiami hati itu boleh dizahirkan atau diluahkan. Bagaimanakah cara sebaiknya untuk kita melahirkan perasaan syukur kepada ilahi diatas sesuatu yang kita perolehi. Jadi, dengan izin tuhan yang Maha Pemurah akan saya kongsikan bagaimana cara saya menzahirkan rasa kesyukuran ke atas Tuhan pemilik alam ini.
Pertamanya, amalan termudah sekali dalam menzahirkan kesyukuran yang selalu saya praktikkan ialah melalui lisan. Dengan melafazkan kalimah tahmid diatas segala kurniaannya ke atas saya. Contoh mudah, lidah akan kebiasaannya secara automatik akan menuturkan lafaz Alhamdulillah sebaik sahaja kita menerima sesuatu khabar berita gembira. Tika lafaz ini terucap hati terasa nyaman dan lapang mengenangkan kurniaan tuhan. Di dalam surah Ibrahim ayat ke-7, Allah berfirman “Jika kamu bersyukur dengan nikmat Ku, Nescaya akan Aku tambah lagi nikmat kepada mu”. Subhanallah, indah bukan? Pabila kita mensyukuri nikmat yang telah allah beri, Allah akan gandakan lagi nikmat tersebut dan tidak dikuranginya!

Kedua, penzahiran kesyukuran juga dilakukan dengan menahan diri daripada berbuat maksiat. Dengan segala nikmat tubuh badan, udara dan masa yang telah allah beri kepada kita, maka menahan diri daripada kemaksiatan juga merupakan salah satu wasilah melahirkan perasaan syukur kepada ilahi. Tambahan pula, sambungan kepada ayat ke-7 Surah Ibrahim Allah berfirman “Jika kamu ingkar dengan nikmat yang telah Aku berikan,sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Ini merupakan satu amaran daripada Allah bahawasanya kita sebagai hamba-hambanya harus bersyukur dan mengelakkan daripada membuat maksiat dengan nikmat yang telah Dia berikan.

Kesimpulannya, cara melahirkan syukur bagi setiap insan mungkin berbeza namun semunya mempunyai matlamat yang sama. Maka terpulanglah kepada setiap individual bagaimana untuk memanifestasikan perasaan syukur tersebut. Pejam mata dan helakan nafas lembut sambil bibir menutur lembut,Alhamdulillah.

Thursday, August 03, 2017

train to gombak III


Jam telah menunjukkan pukul 7.00 pagi tatkala matahari mula melimpahkan cahaya bahagia.

"allah lambat dah, lambat..sudahlah masak nak jawab nanti.." Hayati monolog sambil bergegas masuk ke perut Toyota camry hybrid. Haruman di dalam kereta itu masih sama. Haruman dari seseorang yang amat dia rindui.

"wak,tolong wak..tak laratlah.."

Khalid menjuih bibirnya ke arah tangan yang sedang menggenggam tuil gear kereta.

"mengada-ngadanya"
 etty menggumam dibawah nafas,namun digerakkan juga tangannya ke arah tuil gear tersebut. Dua tapak tangan, bertindih atas dan bawah menolak tuil gear daripada posisi P ke D. Hangat pipi etty menahan malu. Khalid sengih melafaz basmallah sebelum mula memandu, rutin mereka.

"wak,,bila awak nak balik.."

hampir 3 bulan sudah pesawat Khalid hilang, dan hayati masih gigih memanjat doa.

Wednesday, August 02, 2017

6 PERKARA anak muda yang baru bekerja perlu lakukan

   
   Anda merupakan seorang fresh graduates ataupun graduan dari sebuah universiti? Sudah berjaya mendapatkan kerja pertama anda? Jika benar, tahniah!, Pada yang masih belum secure kerja pertama, teruskan mencari dan jangan berhenti menebalkan muka menghadiri temuduga disana-sini. Rezeki itu pasti ada dengan izin tuhan. Baiklah, apa langkah seterusnya yang perlu anda lakukan jika sudah diterima untuk sesuatu pekerjaan? Ini persoalan yang sering menerjah fikiran kesemua entry level employee.

   Perancangan kewangan sejurus memulakan hari pertama anda bekerja amat penting demi kelangsungan hidup pada tahun-tahun mendatang. Jadi pada entri kali ini saya menyimpulkan semula perancangan kewangan idea dan cadangan daripada thread saudara Faiz Wahab di Twitter. Selamat membaca dan selamat mencuba!.

 TABUNG KECEMASAN

   Tabung kecemasan dikhaskan untuk kegunaan pada masa-masa kecemasan seperti namanya. Antara contoh kecemasan seperti kemalangan, kereta atau motosikal rosak,baiki rumah dan mungkin juga baiki laptop. Kemalangan boleh jadi pada bila-bila masa sahaja tanpa kita tahu, jadi duit dari tabung ini boleh digunakan untuk keperluan tersebut. Kereta rosak atau laptop rosak jika ia mengganggu prestasi kerja anda juga dikategorikan dibawah kecemasan. Tapi tukar sport rim kereta bukan kecemasan, itu melemaskan. Tahu dan mampu bezakan situasi kecemasan dan biasa-biasa, itu kunci dalam menggunakan wang tabung kecemasan. Bagi tabung ini, ambil jumlah gaji anda dan darabkan dengan 3 hingga 6 bulan bagi tempoh satu tahun. Atau lebih mudah dengan mengasingkan 10% gaji bulanan. Jumlah minimum bagi tabung kecemasan perlu sekurang-kurangnya menyamai jumlah gaji 6 bulan anda bekerja. Kerana boleh jadi jika anda ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan kos operasi, anda ada bekalan duit gaji 6 bulan sementara mencari pekerjaan baharu. Formula tabung kecemasan,

Ambil contoh gaji RM 3K sebulan,
3K X 3 = RM9K

   Nampak terlalu banyak bukan? Sekarang cuba simpan 10% gaji anda setiap bulan dan anda mampu capai RM9K dalam masa 30 bulan (dengan harapan tiada kecemasan yang mendesak).
Jangan runsing atau gusar, tahun pertama dan kedua akan terasa begitu membebankan namun memasuki tahun ketiga anda akan sangat bersyukur dengan hasil simpanan kecemasan anda. Perlu juga diingatkan bahwa dana untuk emas pelaburan dan tabung kecemasan jangan dicampurkan. Tetapkan bahawa duit tabung kecemasan jangan diganggu.

TABUNG KAHWIN

   Sebagai seorang manusia, sudah menjadi fitrah kita untuk hidup berpasangan bukan? Maka isu perkahwinan merupakan salah satu topik hangat dalam kalangan lepasan universiti tidak kurang juga mereka yang telah lama bekerja. Namun, berbicara perihal perkahwinan, bab mempunyai calon aau tidak adalah perkara kedua, tetapi yang pertama ialah kesediaan dan kemampuan dalam mengadakan majlis perkahwinan dan perbelanjaan awal usia perkahwinan. Rata-rata belia menyasarkan untuk membina rumah tangga pada lingkungan usia 23-28 tahun tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi, sejauh mana idea atau impian ini boleh dicapai secara realistiknya? Adakah ia sesuatu yang mustahil atau mampu digapai dengan perancangan dan plan yang mantap? Baiklah, Ini cadangan tabung simpanan bagi pasangan yang ingin membina masjid diluar sana. Tabung ini menyasarkan untuk menyimpan RM 30K dia dalam tempoh 5 tahun. Jadi bagaimana anda mampu menjana RM 30K dalam masa 5 tahun? 
   
   Caranya adalah dengan mula menyimpan di dalam satu instrument pelaburan pada kadar dividen 7% (sebulan RM510). Di dalam kiraan yang lebih mudah, disiplinkan diri anda, makan ini boleh dicapai dengan menyimpan RM17.00 sehari. Terdapat pelbagai skim pelaburan yang boleh anda ceburi, antara yang popular ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASNB) yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad. Ada juga yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain seperti Kenanga Syariah Growth Fund, PMB Shariah Aggresive Fund dan EastSpring Investment Dana Al-ilham. Pilihannya di tangan anda, menjana keuntungan pasif disamping pendapatan bulanan.

TABUNG HAJI

   Ibadah haji merupakan salah satu rukun islam bagi semua orang muslim. Namun ada kelonggaran disini dengan hanya orang yang berkemampuan sahaja yang akan menunaikan ibadah haji. Tetapi saya percaya setiap mukmin pasti ada menyimpan impian untuk ke kota masjidil haram bukan? Untuk berdiri dan sujud dihadapan kaabah tanpa ada halangan, merasai nikmat di tempat paling diberkahi atas bumi ciptaan tuhan ini. Untuk itu, cadangan bagi tabung haji pula adalah dengan mengasingkan RM3.30 setiap hari di dalam tempoh 10 tahun, dengan ini anda mampu mengutip sehingga RM12K. Terasa lama? Tidak tuan-tuan dan puan-puan, 10 tahun itu sebentar sahaja seperti cepatnya anda melihat anak-anak anda membesar.

  Selain daripada itu, anda boleh juga menyimpan RM 100 sebulan dgn kadar dividen ASB 7.25%, dan dengan anggaran bahawa kadar Inflasi 3% setahun. Tetapi jika anda ingin menggunakan skim Tabung Haji, dengan menyimpan RM 100 sebulan untuk  tempoh 108 bulan, dan juga anggaran annual interest rate 6%, inshallah impian haji anda boleh  tercapai di dalam masa 10 tahun (letakkan sasaran pergi sebelum usia 40 tahun!)

TABUNG RUMAH

   Pemilikan rumah juga kini semakin sukar dengan harga hartanah yang semakin lama semakin naik. Pelbagai skim ditawarkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri dalam membantu anak-anak muda untuk memiliki rumah mereka sendiri. Kebanyakkan skim ini memfokuskan kepada pemilikkan rumah pertama sahaja. Antara contoh skim pemilikan rumah yang ada ialah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Rumah Selangorku di bawah kerajaan negeri Selangor dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Ada pelbagai lagi skim boleh didapati di negeri masing-masing, anda hanya perlu rajin sedikit untuk membuat pencarian.Orang kata “do the homework”.

   Jadi langkah seterusnya adalah mempersiapkan dana kewangan setelah anda memilih rumah yang anda inginkan. Untuk anda memiliki sesebuah rumah itu, anggaran jumlah wang yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah tersebut. Dengan cara ini anda boleh kurangkan pinjaman yang dibuat daripada bank, dan mungkin tidak perlu membuat pinjaman langsung! Kata kuncinya terletak pada disiplin anda dalam mengurus keluar-masuk wang pada setiap bulan. Untuk lebih banyak maklumat dan pertanyaan, boleh follow figura-figura ini di laman sosial Twitter dan Facebook. azizulazliahamad @twthartanah @kewangangraduan

TABUNG PERSARAAN

   Apa yang hendak ditekankan di sini, kita tak pasti masa depan kita macam mana. Maka adalah lebih baik jika kita bersedia. Ramai orang tak buat persediaan untuk persaraan. Ingat boleh kerja sampai mati ke? Kasarkan. Memasuki golongan pesara, hanya ada dua cara untuk anda terus kekal dengan cara hidup sekarang iaitu satu mengharapkan sumbangan orang ramai, dan dua membebankan anak-anak. Bagi point kedua, benar tanggungjawab anak-anak untuk membalas budi ibubapa dengan menjaga mereka pula, namun perlu diingatkan dengan kos sara hidup yang kian meningkat, mereka juga ada bebanan sendiri yang perlu ditanggung. Jadi apa salahnya kita kurangkan sedikit bebanan itu dengan tabung persaraan hasil simpanan kita sendiri. Sebagai contoh, Gaji sekarang ialah RM3000 dan target bersara pada umur 60. Letakkan anggaran kadar purata inflasi 3%, ini graf nya



   Jika anda berusia 25 tahun dan ingin kekalkan gaya hidup seperti sekarang bila sudah bersara nanti, anda perlukan pendapatan berjumlah RM8441 sebulan. Jika berusia 35 tahun pula, dan target nak bersara pada umur 60 tahun, kena ada pendapatan RM6281 sebulan untuk maintain hidup seperti sekarang. Total fund yang anda perlukan adalah berjumlah RM 2,718,300 jika berumur 25 tahun dan bersara 60 dengan jangka hayat 80. Gaji pula tetapkan pada RM3000. Gunakan retirement calculator ini untuk merancang tabung anda.


   Persoalannya, bagaimana nak simpan hingga RM 2,718,300 sebelum memasuki usia persaraan? Ha macam ni. Pilih salah satu instrument pelaburan contohnya ASB. Untuk ada fund RM2,718,300 anda kena menyimpan bermula pada usia 25 tahun dengan kadar bulanan RM1638. Ini juga berdasarkan Kadar purata dividen ASB sebanyak 7%. Skim unit amanah ASB sememangnya dikenali dan popular kerana telah memberi pulangan dividen tidak kurang dari 8.5% setakat ini. Boleh rujuk disini untuk melihat sejarah pemulangan semula dividen ASB.

TABUNG TRAVEL

Do the math yourself, hiks..
takkan nak suap semua,hehe

   Kesimpulannya, zaman belajar bukan perihal assignments, lecturer, kelab, kelas, kafe dan kawan-kawan sahaja yang perlu anda fikirkan. Guna dan kerahkan minda dan tenaga untuk merancang maa hadapan anda. Tidak ada salahnya and yang masih belum bekerja untuk memulakan tabung-tabung dia atas. Tetapi buat yang telah bekerja boleh jatuh hukum WAJIB!. Ayuh, bersama kita menuju kebebasan kewangan. Untuk lebih banyak info boleh la follow figura-figura yang telah saya sebutkan.




Monday, July 24, 2017

Internship. The first month

   Assalamualaikum wbt. Sudah terlalu lama saya tidak menulis. Mungkin salah satu sebabnya kerana sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal. Justeru masa yang ada sangat terhad,yakni malam hari sahaja yang lapang. Itupun terkadang perasaan malas sangat menebal (maafkan saya) hingga tidak terkarang-karang entri baharu. Okay, berbalik kepada tajuk asal entri. Sememangnya entri kali ini ingin saya dedikasikan untuk berkongsi kerja-kerja dan aktiviti seharian saya di dalam latihan industri ini.

   Saya memulakan latihan industri (lebih selesa dipanggil intern) kira-kira sebulan yang lalu, yakni pada tanggal 13 jun 2017. Dan minggu lepas genaplah sebulan tempoh internship saya. Disepanjang tempoh ini pelbagai perkara telah saya pelajari baik secara formal, informal dan juga secara dibawah tidak sedar. Jadi, saya akan huraikan mengikut susunan minggu pertama hingga minggu keempat,inshallah.

Minggu Pertama

   Minggu pertama sejujurnya memang takda buat apa-apa kerja. Orang kata datang berlenggang sahaja. Memerhati sekeliling kawasan pejabat dan berlagak sibuk dengan menatap skrin komputer riba.gelak. Bukannya saya tidak minta, bila diminta kerja daripada supervisor saya, katanya duduk dahulu nanti saya datang bagi kerja. Wah,,.. kesudahannya dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang saya duduk sahaja. Maklumlah, ketika ini masih di bulan Ramadhan jadi waktu pejabat dipotong dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang kepada 4.30 petang. Kesudahannya, minggu pertama tamat dengan berjayanya.

Minggu Kedua

   Umum telah maklum, minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan dan hari raya Aidilfitri akan disambut pada hujung minggu kelak. Oleh sebab itu, kebanyakan staff telah mengambil cuti seawal hari rabu lagi. Memasuki minggu kedua disini, saya telah mula diberi kepercayaan untuk mengemas kini tracker bill of quantities dan dibawa melihat salah satu antenna pole site di Flat Impian Baiduri, Petaling jaya. Berada di site, saya diperkenalkan dan diberi penerangan tentang komponen-komponen dan sistem yang digunakan di dalam teknologi Wimax dan LTE oleh Huawei dan ZTE. Kedua-dua syarikat yang berasal dari Tanah besar China ini memanipulasi pembekalan peranti buat sistem jaringan komunikasi tanpa wayar di Asia dan Malaysia secara khususnya. Ini kerana ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan boleh dipercayai prestasinya. Buat yang tidak mengetahui, secara mudahnya LTE dan WIMAX adalah dua standard operasi yang diperkenalkan untuk sistem komunikasi tanpa wayar. Namun kini lebih banyak syarikat menggunakan LTE (LONG TERM EVOLUTION) berbanding WIMAX (Worldwide Interoperability for Microwave Access).Ini kerana mereka memerlukan spesifikasi yang tinggi bagi menampung sitem 4G dan 5G yang dijangka akan mula beroperasi dalam 5-6 tahun akan datang.
 
di atas flat impian baiduri
Minggu ketiga

   Minggu ini merupakan minggu pertama di bulan syawal dan hampir 90 peratus staff bercuti. Hanya beberapa orang sahaja yang hadir seperti Chia dan Saravanan. Walaupun mereka masuk kerja, kesemua operasi telah dihentikan buat sementara waktu kerana semua syarikat dan pihak lain juga bercuti. Kami selaku pelatih disini diberi pilihan sama ada untuk bercuti atau bekerja. Jika kami memilih untuk bercuti, elaun kami akan dipotong mengikut bilangan cuti tersebut. Kesudahannya, buat cuti sendiri, allahu jangan tiru.hahaha

Minggu keempat
   
   Inilah minggu yang paling sibuk sepanjang saya berada disini. Saya dan rakan pelatih, Mohsien ditugaskan untuk berada di dalam team proposal bagi membida projek dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia Malaysia. Projek ini merupakan rancangan SKMM bagi meluaskan jaringan hubungan di Malaysia bagi tempat-tempat yang terpencil serta bagi menambah baik capaian komunikasi di kawasan sedia ada. Terdapat 150 pencawang atau Menara telekomunikasi yang dirancang untuk dibina dengan setiap daripadanya dipecahkan kepada dalam 1 cluster. Sebagai contoh, di negeri Sembilan ada 9 buah Menara telekomunikasi yang diletakkan sebagai cluster 5.    

   Saya telah ditugaskan untuk menyediakn technical proposal bagi cluster 6 dan cluster 7, kedua-duanya adalah kawasan di dalam negeri Pahang. Technical proposal tidak mempunyai satu standard yang mutlak atau perlu dipatuhi oleh semua syarikat. Kesemua kontraktor ataupun syarikat yang ingin memenangi tender pembinaan Menara komunikasi ini bebas untuk mempersembahkan data dan hasil dapatan kajian mereka di dalam technical proposal tersebut. Baiklah saya akan terangkan sedikit tentang isi kandungan sesebuah technical proposal.

contoh cover page technical proposal

   Pertamanya, setiap satu cluster akan mempunyai executive summary. Executive summary merupakan penerangan secara jelas dan ringkas tentang keupayaan menara yang dibina, posisi-posisi mereka serta jarak kawasan capaian yang dapat diliputi. Bahasa mudahnya, sebesar mana coverage yang dapat disediakan. Kemudiannya diikuti dengan summary of financial proposal. Summary of financial proposal mengandungi kesemua perbelanjaan dalam membina sesebuah menara telekomunikasi tersebut. Ini termasuk kos pengangkutan bagi membawa bahan-bahan pembinaan seperti lokasi di atas pulau yang memerlukan kapal atau bot. Selain daripada itu, kos bagi membayar sub-kontraktor juga diselitkan sekali.

  Bermula daripada jam 3 petang pada hari ahad yang damai, kami mula menyediakan dan melengkapkan kesemua cluster yang ada. Akhirnya setelah berpenat Lelah dan bersnegakang mata hingga jam 5 pagi di pagi isnin, kami pulang ke rumah masing-masing. Sesungguhnya ini antara pengalaman pertama dan luar biasa bagi saya, haha..


   Kesimpulannya, bulan pertama internship di Konsortium Jaya Sdn Bhd dihiasi dengan duduk termenung dan kerja berlonggokan secara tiba-tiba. Tetapi disini, banyak perkara boleh saya belajar meski graf pembelajarannya boleh dikatakan perlahan. Inshallah, lebih banyak lagi akan diterokai pada 2 bulan yang akan datang, doakan !. Adios 

Thursday, July 13, 2017

Mendung

   Pagi mendung dingin mengiringi perjalanan saya ke pejabat pada hari ini. Sebelum ini saya hanya memandu kereta untuk pergi dan pulang dari pejabat. Tetapi harini ini sahaja nak cuba menggunakan pengangkutan awam. Persiapan awal telah saya selesai saya lakukan, dengan mengambil kira anggaran masa dan perbelanjaan tiket. Jam 6.30 meluncur meninggalkan UIAM Gombak dan tiba di stesen LRT Gombak jam 6.45. Alhamdulillah sampai-sampai sahaja dah ada train menunggu. Pada saya kekerapan perjalanan LRT amat memuaskan kerna kita tidak perlu tunggu lama. Jam 7.15 minit pagi saya selamat tiba di Stesen KL Sentral. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya ketika berada di dalam gerabak KTM tadi. Memang diakui saya sejenis manusia yang suka memerhati dan tidak terkecuali menjustifikasikan orang..ok ini tabiat kurang baik. Di dalam pemerhatian saya sepanjang perjalanan tadi, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Suasana. Ya suasana di dalam gerabak itu sendiri. Normalnya, setiap orang akan menghabiskan masa mereka dengan bermain dengan telefon pintar mereka. Ada yang bermain permainan video, menonton video dan tidak kurang juga yang mengemas kini status di laman sosial. Satu yang menarik pemerhatian saya ialah tiga daripada 8 orang yang sedang menggunakan telefon bimbit mereka sedang merenung telefon mereka seakan-akan tembus hingga ke lantai. Bibir mereka terkumat-kamit dan sesekali kening berkerut( tersilap la tu). Tenang dan damai. Entah tidak tahu mengapa begitu terasa di jiwa pabila melihat tiga orang itu. Lamunan tersentak pabila terlihat tangan sendiri. Alangkah lucunya, setiap insan di dalam gerabak ini diberi masa yang sama. Dan tiga orang insan disekeliling saya telah menggunakannya dengan sebaiknya. Perlahan screen lock dinyahaktif dengan swioe up dan perisian Al-quran dicari. BOOM! Telefon mati. Dah meragam balik dah dia.. Jam 7.45 saya selamat sampai di stesen kereta api Kg Dato Harun. Sambil kaki melangkah 1.8 KM menuju pejabat, hati menelan scebis pahit cemburu, cemburu mereka yang menggunakan masa sebaiknya. Selamat bekerja, semua.

KAhFi guys~
Kemon2




Sunday, May 21, 2017

Rindu


RINDU

   Satu perkataan yang membawa pengertian yang sangat besar. Ada yang berpendapat perasaan rindu hanya ekspresi kepada ibu dan bapa, kepada ahli keluarga, kepada isteri atau suami, dan tak kurang juga kepada kucing. Rindu juga sering digunakan dalam meluahkan perasaan kehilang kepada sesuatu suasana. Contohnya, rindu zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan tanpa perlu risau tentang apa-apa. Rindu zaman persekolahan yang penuh dengan perangai-perangai nakal dan baru mula mengenal dunia bersama sahabat handai. Dan juga rindu zaman di kolej dan universiti. Berjaga hingga jam tiga pagi menelaah pelajaran bersama rakan kerna peperiksaan akhir semester yang berderet menimpa. Semuanya menimbulkan perasaan rindu.

Dan di sini aku, merindui detik-detik waktu di dalam perkampungan orang asli.

Rindu senyuman amek tika menyambut kedatangan kami ke rumah.

Rindu haruman rokok gulung aber yang disumbat dengan tembakau, kayu manis dan rempah lain-lainnya.

Rindu gelak tawa anak-anak kecil berlari kesana-sini tanpa bercapal.

Rindu keriuhan hutan didiami segala binatang ciptaan tuhan

Rindu kebersamaan setiap dariapada kita dalam mengajar tentang agama tuhan ini.

Rindu tentang pembelajaran kita daripada insan-insan terpilih itu, ilmu hutan, ilmu hidup dan tak kurang juga ilmu rumahtangga.

Rindu diri sendiri.

Sudah beberapa purnama aku tidak menjejak kaki ke tanah bertuah itu. Menanbur budi serta mengaut berjuta ilmu daripada mereka. Seperti kata-katanya Saidina Ali, (rahmat Allah buatnya)

"Lihatlah pada apa yang diperkatakan, bukan pada siapa yang memperkatakannya"

Semoga kelak dapat daku menjejak kaki semula ke sana. Tanah berkat berlangitkan rahmat.

Friday, May 12, 2017

Tahun akhir ?

Assalamualaikum  wbt.

   Meniup habuk sambil tangan sibuk menolak dan mengelap habuk yang menebal di sekitar blog. Sesawang yang menerawang di sekeliling skrin di sauk meggunakan penyapu. Acap kali mata terkebil menahan debu dan habuk yang menyinggah lalu. "ah, sudah lama benar engkau berdiam diri ya" getus hati. Sesekali ibu jari dan jari telunjuk menekan kuat hidung agar tiada debu yang menerjah masuk. Hakikatnya hidung sudah gatal dek kerana debu dan habuk yang mula berkumpul di celahan penapis pernafasan semula jadi pemberian ilahi. "Benar, sudah lama tidak bercerita blog ini ya"..

   Meniti bulan-bulan terakhir bergelar "brother" di universiti tercinta ini, begitu saya cuba menyibukkan diri agar tiap saat ini dinikmati sepenuhnya. Namun ternyata saya berbuat zalim juga kepada sang buku di sini. Kerja-kerja dan tanggunjawab menuntut ilmu serta menguruskan persatuan sedikit sebanyak menyumbang kepada hilangnya pena dari berdiri diatas buku ini. Menulis, mencoret, melakar dan menerjemah jiwa dan perasaan nampaknya terhenti seketika. Tetapi hakikatnya saya akui banyak juga masa saya luangkan bersama rakan-rakan berbanding memerah otak menulis disini. Maafkan daku buku conteng .

   Sedari kini hayatku sebagai mahasiswa di UIAM hanya berbaki kira-kira 7 sahaja lagi. Ini selepas ditolak tempoh latihan industri ayang akan dilalui bermula bulan Jun sehingga bulan September kelak. Sungguh, pantas benar pusingan waktu. Pejam celik pejam celik, perjalanan 4 tahun dunia seorang penuntut kuliyyah kejuruteraan yang ku sangkakan perit dahulu kini hanya sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan. Gembira? ah siapa yang tidak bergembira tatkala berjaya menghabiskan pengajiaannya?. Satu setengah tahun di zaman asasi dan seterusnya 4 tahun berjuang, bermujahadah, bertarung nyawa di zaman ijazah, pasti penamatnya ingin sekali lintasi dengan jaya!. Dihiasi senyum lebar dan riuh rendah keluarga sahabat handai tika scroll gradusi dijulang tinggi dan jubah sang sarjana berlalun ditiup angin. Indah.. Namun, jauh disudut hati ada juga perasaan rindu, kasih dan ketidakrelaan untuk meninggalkan tanah ini. Kenapa? saya pun runsing dan buntu memikirkannya. Tetapi ia ada, dan ia wujud.

   Inshaallah ketika waktu latihan industri saya cuba cover semula entry-entry yang seharusnya diberikan. Hak tetap hak, dan hak anda untuk saya penuhi sebagai penulis blog ini, macamlah ada orang baca sangat,haha. Apapun, bermula minggu hadapan akan bermula la peperiksaan akhir semester buat penuntut-penuntut UIAM, titipan doa saya mohon agar dimudahkan menjawab segala kertas soalan, permasalahan, persoalan termasuk persoalan siapa pemilik rusuk kiri yang dicari-cari ini,eh? kahkah. Ampun maaf dipinta dan selamat menjawab peperiksaan buat semua sahabat yang akan menduduki final exam semester ini. Semoga kejayaan milik kita. Kejayaan ini kita niatkan buat ummah dan agama, keluarga dan negara kita. aamin.

terus kuat jalani perjuangan,kehkeh

   

Friday, April 07, 2017

Dialog ALB: Keselamatan atau kelecehan ?


Dewan Senat, 6 April 2017- Pada jam 5.30 petang telah berlangsungnya sesi dialog di antara Rektor Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof Dato Dr Zaleha, Deputy Dean of Student Affairs, Prof. Datuk Dr. Mizan bin Hitam, dan Tuan Zulkifli, Director Office of Security management (OSem) bersama pelajar-pelajar UIAM berhubung dengan isu Automatic lane barrier (ALB) yang telah dikuatkuasakan bermula 1 April yang lalu. Sesi ini diadakan setelah ketegangan kian memuncak dalam kalangan komuniti UIAM setelah implimentasi sistem ini mengakibatkan pelbagai masalah.

   Sesi ini berlangsung selama 1 jam 45 minit dengan ucapan pembukaan daripada Bonda sendiri yang menyentuh aspek adab dan akhlak sepanjang sesi dialog nanti. Beliau juga mengetengahkan elemen kekeluargaan kepada semua pihak di dalam dewan. Dengan harapan isu ini adalah isu kita bersama, dan beliau tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak serta jelas bonda tidak mahu pelajar dan Osem berbalah antara satu sama lain. Kemudiannya, giliran Tuan Zulkifli sebagai Director Osem menyampaikan ucapan beliau. Disini dapat saya catit sedikit isi-isi ucapan dan pembentangan beliau.

   Sistem ALB telah dikuatkuasakan setelah Tuan Zulkifli sendiri yang membawa usul ini di dalam mesyuarat University Management Council (UMC). Perkara ini telah dibahaskan dan dipersetujui penguatkuasaannya oleh pihak UMC. Dua objektif utama sistem ini ialah:

1) Membanteras kes kecurian di dalam kampus

Tuan Zulkifli menunjukkan kepada hadirin di dalam dewan tentang rekod kes-kes kecurian kenderaan yang berlaku di dalam UIAM sepanjang tahun 2015 hingga tahun 2017. Daripada data yang ditayangkan, jelas masalah kecurian amat merisaukan dengan minimum 10 kes setiap tahun. Tidak terkecuali juga dua buah kenderaan milik universiti, yakni Proton Perdana milik OCCM dan Suzuki Vitara turut hilang dicuri. Terbaru, sebuah motorsikal curi telah dijumpai di kawasan perpustakaan Al-Hikmah setelah pencuri gagal membawa ia keluar kerana sistem ALB. Ini adalah antara pencapaian positif hasil sistem ALB, ujar beliau.

2) Mengatasi masalah trafik di dalam kampus

   Dengan berkuatkuasanya sistem ini, bilangan kenderaan di dalam uiam dapat dikurangkan dan akhirnya mengatasi masalah trafik sesak di dalam kampus. Ini adalah kerana hanya pelajar tahun akhir dan yang mempunyai masalah kesihatan sahaja dibenarkan membawa kereta. Manakala selain daripada kategori diatas mereka hanya dibenarkan membawa motorsikal. Selain daripada itu, hasil siasatan pihak Osem juga mendedahkan bahawa orang awam menggunakan Uiam sebagai jalan pintas mereka. Sebagai contoh, ada ibu bapa yang masuk menggunakan pintu tiga uiam dan keluar melalui pintu dua untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah di kawasan pintu dua UIAM. Dengan penerangan ini jelas menampakkan rasionalnya sistem ALB ini bagi mengatasi masalah traffik di dalam kampus


   Selepas ucapan dan taklimat ringkas Tuan Zulkifli, sesi soal jawab berlangsung selama hampir 45 minit dengan deretan luahan, tembakan soalan serta cadangan penambahbaikkan daripada pelajar tidak lupa juga pensyarah UIAM sendiri. Disini saya simpulkan soalan-soalan yang ditanya serta jawapan daripada pihak Osem dan juga daripada bonda sendiri.

1) Pelaksanaan sistem ALB telah mengakibatkan kesesakkan lalu-lintas terutamanya ketika waktu puncak "peak hour". Sistem ini telah menyebabkan keadaan traffik jammed di dalam dan luar pagar uia. Selain daripada itu, pelaksanaannya yang kurang jelas mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, seorang pelajar mengatakan beliau terpaksa menunggu selama 20 minit untuk masuk ke dalam Uia sahaja. Itupun setelah pihak keselamatan secara tiba-tiba membenarkan kenderaan masuk tanpa menggunakan touch card. Kata beliau, mungkin keadaan telah terlalu sesak ketika itu, justeru pihak keselamatan membenarkan kenderaan masuk tanpa melalui ALB. Jika ini yang berlaku, jelas menunjukkan sistem ALB mengakibatkan keadaan traffik yang lebih teruk berbanding sebelum kewujudannya. Malah, ia membuktikan pelaksanaan yang tidak jelas kerana dengan membenarkan kenderaan masuk sebegitu sahaja, sudah pasti ada pihak yang berniat jahat dapat meloloskan diri mereka. Maka jelaslah ia sudah lari dari matlamat asal sistem ini, yakni menyekat anasir-anasir luar yang berniat jahat untuk masuk ke dalam Taman Ilmu dan Budi. Pada saya, respon yang diberikan oleh Tuan Zulkifli amat mengecewakan. Beliau dengan tenang mengatakan bahawa punca kesesakan bukanlah daripada sistem ALB namun keadaan jalanraya yang teruk bermula daripada traffic light simpang dari highway Karak itu sebagai puncanya. Beliau mengeluarkan hujah ini dan katanya beliau sendiri ada di tempat kejadian memantau pergerakkan trafik semasa. Jenaka apakah ini? riuh dewan senat dengan jawapan beliau. Suasana dewan bertukar sarkastik seketika dengan jawapan beliau. Malah ada seorang pelajar international membantah jawapan Tuan Zulkifli dan menceritakan pengalamannya sendiri yang tersangkut di dalam kesesakkan tersebut. Keadaan segera diredakan oleh Saudara Afif Rahman selaku pengacara majlis dengan mengingatkan tujuan utama sesi petang ini serta akhlak kami selaku orang islam. Berkenaan dengan pelaksanaan dan tiada penjelasan yang jelas dan komprehensif berkenaan sistem ALB, pihak Osem mendakwa mereka telah mengadakan ceramah dan briefing tentang sistem tersebut. Namun pelajar sendiri yang tidak hadir di dalam program tersebut. Selain daripada itu, pihak Osem dan bonda sendiri gagal menjawab soalan saudara Yazid yang meminta agar kos pembinaan dan penyelenggaraan sistem ini didedahkan kepada komuniti Uiam. Mungkin ia adalah perkara sulit dan rahsia pada mereka tetapi pada pandangan saya ia wajar didedahkan kerana kami juga antara penyumbang kepada universiti ini. Konsepnya begini, penyumbang ingin tahu ke mana perginya duit mereka yang telah diberikan kepada pihak yang diamanahkan untuk membelanjakannya. Mudah bukan? sesi kemudiannya bersambung setelah semua soalan dijawab namun ada beberapa tidak diendahkan.

2) Seterusnya, saudara Ismail membangkitkan persoalan bahawa collection of data daripada pihak universiti dan Osem tidak mencukupi dalam pelaksanaan sistem ini. Disebabkan kurangnya data, maka banyak adjusment serta improvement terpaksa dilakukan meski sistem ini baru berusia 6 hari sejak dikuatkuasakan secara penuh. Malahan, segala penambahbaikkan ini akan menambah lagi perbelanjaan dalam mengendalikan sistem ini. Saudara Ismail juga menyelitkan agar suara dan cadangan daripada IIUM Student Leaders Assembly (ISLA) diambil serius oleh pihak pengurusan universiti. Ini adalah kerana ISLA adalah medan berkumpulnya kesemua pemimpin kelab dan pelajar di dalam UIAM. Beliau menuntut agar ISLA diiktiraf kedudukannya di dalam universiti. Selesai beberapa lagi soalan, bonda sendiri menjawab soalan suadara Ismail dengan menyatakan bahawa pihak universiti melalui Kuliyyah of Architecture telah melakukan study dan kajian tentang pelaksanaan sistem ini sejak empat tahun yang lalu. Bukan minggu lepas, bukan dua minggu lepas dan bukan bulan lepas. Kajian telah lama dijalankan maka pelaksanaan sistem ini adalah berpandukan data-data tersebut. Maka, mereka telah mempunyai data yang cukup untuk membuat keputusan dalam mengimplimentasikan sistem ALB. Walaubagaimanapun, gesaan agar ISLA diiktiraf kedudukan dan kuasanya tidak mendapat respon daripada bonda sendiri.

3) Menuju ke akhir sesi, dewan kembali hangat dengan soalan dan kenyataan daripada saudara fakhrul. Beliau memperkenalkan diri sebagai pelajar uiam, tahun tiga, mempunyai lesen kenderaan serta menjalankan binses di dalam uiam dibawah seliaan EDC. Persoalan yang dibangkitkan ialah apabila beliau ditahan oleh polis bantuan kerana memandu kereta di dalam uiam. Beliau menegaskan bahawa kereta yang digunakan adalah pinjaman daripada sahabatnya daripada tahun 4 dan mempunyai sticker yang sah. Maka ia tidak melanggar peraturan uiam yang melarang pelajar selain tahun 4 untuk membawa kereta ke kampus. Persoalannya sekarang ialah beliau dengan lesen yang sah, kereta yang halal telah ditahan dan dileter kerana memandu di dalam kampus. Beliau juga mendakwa ada seorang pelajar telah disaman kerana berbuat sama seperti beliau. Tuan Zulkifli kemudiannya kelihatan berang dalam menjawab persoalan tersebut. Malahan bonda sendiri saya kira keliru dan tidak mengetahui berkenaan undang-undang tersebut. Reaksi mereka jelas menafsirkan tanggapan saya. Setelah beberapa pertukaran soalan dan penjelasan, Prof Zaleha menggunakan kuasanya selaku Rektor mengarahkan agar saman kesalahan diangkat buat masa sebulan bermula hari ini sehingga 6 Mei 2017. Di dalam tempoh masa sebulan ini, kajian akan dilaksanakan berkenaan undang-undang tersebut serta tiada surat saman dikeluarkan, hanya surat amaran sahaja yang akan dikeluarkan. Pada pandangan saya, undang-undang berkenaan larangan memandu walau dengan kereta yang halal ini terlalu ekstrem. Pelbagai kes boleh berlaku seperti keadaan kecemasan yang memerlukan pelajar meminjam kereta rakan mereka perlu dipertimbangkan. Selain daripada itu, saudara Fakhrul mencadangkan agar Osem mengguna pakai sistem kad seperti yang dilaksanakan di perpustakaan Al-Hikmah. Dengan sistem ini, semua pelajar boleh mengaktifkan kad mereka dan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai kenderaan sahaja seperti sekarang.

4) Beberapa cadangan penambahbaikkan turut disuarakan ketika sesi dialog semalam. Kesemuanya adalah dari pelajar dan staff sendiri yang menggunakan sistem ini. Antaranya ialah:

a) Lorong bagi kereta dan motorsikal diasingkan kerana ia akan melancarkan lagi aliran trafik serta menghindarkan masalah kereta yang masuk dengan menggunakan pas motorsikal.

b) Pihak universiti meletakkan papan tanda yang besar berkenaan penggunaan pintu masuk dan sistem ini dihadapan pintu pagar 1 uiam agar pihak pelawat dan ibubapa ambil cakna sistem ini. Hal ini kerana ada ibubapa yang dilayan seperti bola kerana diarah untuk beralih ke pintu masuk tiga setelah menunggu hampir 30 minit untuk masuk melalui pintu pagar 1. Bonda sendiri mengarahkan Tuan Zulkifli untuk mengambil berat dan siasatan berkenaan perkara tersebut.

c) Unjuran agar abang-abang dan kakak-kakak Osem lebih murah senyuman dan berbudi bahasa.

d) Penganjuran lebih banyak briefing dan pengumuman tentang pelaksanaan sistem ALB. Meski kita faham ada pihak yang bersikap ignorant dengan tidak mahu mengambil tahu, pihak Osem perlu lebih agresif dalam memberikan maklumat berkenaan ALB. Namun saya hargai usaha-usaha mereka sendiri dan kasihan dengan golongan ignorant itu sendiri.

e) Pihak universiti juga sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pelajar selain tahun 4 untuk membawa kereta ke kampus. Namun dengan syarat mereka meletakkan kereta di kawasan Convest Hill. Hal ini masih lagi didalam perbincangan dan akan ditentukan kemudian hari.

f) Standard Operation Procedure (SOP) sistem ini dilihat semula secara teliti dan dikaji untuk penambahbaikkan.

g) Satu jawatankuasa khas diwujudkan untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem ALB. Jawatakuasa ini harus dibarisi oleh wakil daripada OSem, Universiti, pelajar dan pihak-pihak berkepentingan.

   Sesi pada petang ini ditutup dengan sedikit penggulungan daripada bonda. Bonda menekan kan bahawa kita adalah sebuah keluarga dan "the fact that everyone that come today shows that you concern about the university". Beliau hargai kehadiran kesemua pihak yang sudi datang berbincang pada petang ini. Beliau juga berkata akan terus berhubung dengan SRC untuk mendengar feedback daripada pelajar berkenaan isu ini. Sebelum majlis ditutup, seorang wakil Student Representative Council (SRC) bangun dan menyampaikan tuntutan SRC17. Antaranya ialah:

 i) Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada petang ini dan sokongan anda terhadap tahap kelestarian universiti kita.

ii) Pihak Osem perlu lebih kmprehensif dalam menyampaikan pengumuman berkenaan sistem ALB. Hal ini kerana SRC ditekan oleh pelajar untuk meminta jawapan tetapi mereka sendiri tidak mempunyai jawapan ataupun maklumat yang cukup untuk menjawab persoalan tersebut. Meski beberapa perjumpaan telah diadakan antara SRC dan OSem tetapi ia tidak mencukupi.

iii) Pihak UMC melihat dan mengambil serius 5 tuntutan yang telah dikeluarkan hasil perdebatan di dalam ISLA. Ini adalah bukti suara pelajar dengan 98 undian daripada pemimpin-pemimpin pelajar mempersetujui tuntutan ini.

 

   Majlis tamat pada jam 6.45 minit petang dan semua hadirin bersurai. Baiklah, ini adalah pandangan peribadi saya selaku pemerhati bagi sesi dialog semalam. Pada saya, sesi dialog semalam tidak mencukupi dan masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Pelbagai persoalan masih tidak terjawab dan secara keseluruhannya isu ALB ini tidak selesai. Benar, perkara sebegini tidak boleh diselesaikan dengan satu perjumpaan ringkas berdurasi 1 jam 45 minit sahaja. Seharusnya ada perjanjian komitmen untuk pertemuan-pertemuan akan datang. Malahan, suasana dan masa yang dipilih untuk sesi perbincangan kurang sesuai kerana pada waktu petang sebegitu manusia telah berada di dalam keadaan emosi dan fizikal yang penat, lemah. Hal ini menyebabkan banyaknya pertanyaan dan jawapan yang disuarakan dengan keadaan emosi yang kurang stabil dan penuh perasaan. Cadangan saya, agar diadakan perbincangan pada masa yang sesuai, dengan peruntukkan masa yang mencukupi serta kesediaan kedua-dua belah pihak untuk berunding. Jika tidak, hasilnya hanya pertukaran soalan dan jawapan yang tidak membawa sebarang penyelesaian. Namun, harus kita hargai usaha dan komitmen semua pihak yang sudi hadir demi membincangkan isu ini. Harapan saya, segala cadangan dan persoalan yang telah dilontarkan oleh pelajar didengari pihak universiti. Dan juga pelajar menerima sistem ini sebagai langkah menjaga keselamatan mereka di dalam kampus. Saya secara peribadi menyokong sistem ini namun pelaksanaannya perlu dikaji dan diperbaiki lagi. Masih banyak ruang untuk penambahbaikkan boleh dilakukan.

   Akhir kata, universiti ini milik kita bersama, kepunyaan kita dan kesayangan kita. Maka sama-sama lah kita menjaganya dan memeliharanya.

*disklaimer: Penulis adalah pemerhati dan hanya menulis semula isi-isi perbincangan yang sempat dicatit ketika sesi dialog terbuka berkenaan. Jika ada kesalahan maklumat, boleh segera maklumkan agar dapat diperbaiki. Maklumat rasmi dan penuh mungkin akan dikeluarkan pihak SRC ataupun IIUM Today kelak. Terima kasih

Saturday, January 28, 2017

Ke TAWE Riang

Assalamualaikum wbt.
   Apa khabar semua? Sihat? Senyum. Kurang lebih 3 hari sahaja lagi sebelum bebudak uia masuk semula ke semester yang baharu. Allahu, rasa sekejap sangat cuti kali ini,tambah pulak sebab jadi committee(komiti) taaruf week, itu yang cuti tiga minggu hanya berbaki seminggu sahaja di rumah. Tapi saya tak pernah menyesal. Sebab bila kita buat benda yang kita suka,penat macam mana pun kita tetap rasa puas. Betul tak?

   Hikayat taaruf week(TAWE) kali ini memang berbeza dengan semester lepas. Walau bidang kerjanya sama dan kebanyakkannya wajah-wajah yang serupa namun skripnya berbeza. Betul lah orang kata, different TAWE,different experience. Untuk intake kali ini, serius pelbagai dugaan dan tidak lupa juga memori manis disulam bersama. Tipulah kalau tak koyak atau penat,tapi itukan lumrah dalam berprogram..lebih-lebih lagi jika kita sebagai komiti program itu sendiri.. Kali ini,keluarga special task(speta) bertukar wajah ahlinya. Ada yang tak dapat join maka masuklah beberapa muka baharu. Alhamdulillah, walau preparation day kami hanya 4 hari,namun ikatan sesama kami berjaya disimpul rapi. Secara jujurnya, Tawe kali ini yang hanya berdurasi 4 hari benar-benar mencabar dan memenatkan!. Bayangkan lah kami terpaksa menguruskan hampir 2000+ orang pelajar setiap masa. 2000+ insan dengan 2000+ karenah dan pelbagai, 2000+ hati untuk dijaga.allahu.. Sesungguhnya hanya dengan izin dan pertolongan allah sahaja tawe ini berjaya kami habiskan dan lunaskan amanah yang telah diberikan.

   Disebabkan pada entry terdahulu telah saya huraikan satu per satu bidang kerja dan functionality setiap biro,maka izinkan saya untuk hanya berbicara tentang keluarga SpetayAAAA pada entry kali ini. Bukan bias tapi blog kita,sukati kitelah..eh? Gurau2,hahaha..malas sebonarnya. Baik, sepanjang empat hari yang lalu kami mengerah tenaga dan mengejar masa menghabiskan tilawah proficiency test(tpt), fundamental knowledge test(fkt) dan smartcard photography session buat 2000+ pelajar. Sumpah penat gila! Dan semua ini ditunjangi oleh kami biro special task dengan kekuatan 16 orang ahli. Alhamdulillah dan terima kasih juga diatas bantuan daripada biro-biro lain se seperti biro catering,registration,welfare and welcoming,preparation and technical, discipline and ibadah, program coordinator dan tidak lupa juga barisan mainboard taaruf week semester 2,16/17.. Kalian adalah insan-insan yang tabah dan kuat,moga allah mudahkan hidup kita di dunia dan akhirat.ameen

   Berbalik semula tentang speta, sesi pertama kami dengan pelajar-pelajar baharu adalah ketika sesi penggambaran smartcard di hari pertama taaruf week. Tika itu,jadual yang telah pejabat STADD keluarkan adalah sesi pendaftaran mahallah digabungkan dengan sesi penggambaran smartcard. Kedua-duanya digabungkan dalam satu masa yang sama yakni dari jam 8.30 pagi hingga 1 petang. Subhanallah, sewaktu preparation day lagi kami dah kering otak ni diperah untuk bagaimana mahu memastikan kesemua 2000+ orang pelajar ini dapat melalui kedua-dua sesi ini dengan berjaya. Secara logiknya,pelajar akan selesai mendaftar di mahallah masing-masing paling awal pun jam 10.. Iyelah,dah dapat kunci bilik,nanti nak bersihkan dahulu,sapu lantai, pasang cadar, letak alas lapik dalam loker bagai. Jadi normalnya jam 10 pagi deme selesai kerja-kerja diatas. Makanya, pada jam 10 inilah akan berduyun-duyun pelajar ini datang ke dewan international cultural centre(ICC) nama baharu buat Cultural and Arts Centre(CAC) bagi sesi penggambaran smardcard. Sistem yang diguna pakai oleh oleh pihak koperasi uiam juga sebenarnya kurang efisyien bagi saya. Mereka menggunakan sistem instant printing. Sistem ini yang dicanang-canangkan hanya mengambil masa purata 4 minit bagi setiap card hanyalah manis di bibir menyedap rasa. Benar, smardcard mampu disiapkan ketika itu juga...Namun dengan hanya kekuatan 3 printing machine dan 4 kadang 3 sahaja kamera yang berfungsi, mana mampu nak selesaikan 2000+ orang pelajar dalam masa satu pagi? Kan?.. Kisahnya, kami jugalah komiti yang dibahan,dileter,tidak kurang juga dicerca pelajar dan ada juga ibubapa..tebal telinga,tebal muka dan tebal senyum ajelah pagi itu..Kami redha, dan hadapkan sahaja. Inilah lumrah berprogram.

   Tetapi disebalik kekalutan dan ketegangan suasana itu saya menemui keindahan. Indahnya ciptaan tuhan hingga mampu menyejuk bara kemarahan di jiwa yang tidak tertahan. Bertapa indahnya melihat kasih anak dan ibubapa membuatkan hati saya sayu dan tenang. Melihatkan gigihnya ayah dan ibu pelajar ini memastikan anak-anak mereka diselesaikan semua urusannya. Senyum dan tawa mereka melihat anak yang kecil dahulu itu kini telah melangkah ke alam universiti. Anak yang dimata mereka masih tidak cukup lagi masa bersama kini akan duduk berjauhan dari pandangan. Anak yang akan memikul seribu harapan dan impian. Anak itu kini akan mula meniti hari-hari pendewasaan. Saya sebak. Ditemani hujan yang membasahi bumi Gombak, kaki yang telah dipaksa berdiri selama lima jam kesana-sini menbantu yang termampu tidak dihiraukan lagi. Moga anak-anak ini kelak memenuhi harapan dan impian ibu dan bapa. Teringat juga sewaktu hari pendaftaran saya dahulu... Belajarlah dan jangan pernah putus asa adik-adik..kerna selama 4 tahun anda disini pelbagai dugaan lagi akan datang, namun ingatlah bahawa akan sentiasa ada tangisan untuk menyeimbangkan kegembiraan. Anda mempunyai pilihan untuk berduka atau terima dan bersuka. Pilihannya dia tangan mu.

   Ceritera kedua berkisar tentang tilawah proficiency test(tpt) test. Namun secara ringkasnya dalam masa satu pagi sahaja kami perlu memastikan 2000+ pelajar mengambil ujian ini tidak termasuk pelajar kuliyah ISLAMIC REVEAL KNOWLEDGE(IRK) dan BACHELOR OF ARABIC(BAR). Cabarannya adalah sesi ini digabungkan dengan sesi taklimat di main hall ICC.. Untuk memastikan pergerakkan mereka daripada dewan ke foyer masjid tanpa mengggangu sesi taklimat dan pada masa yang sama agar asatizah tidak kebosanan menunggu kedatangan mereka amat rumit dan memerlukan sistem yang mantap. Itu belum dikira lagi adik-adik yang curi-curi melarikan diri selepas mengambil tpt test. Sedarlah dik, semua taklimat ini untuk kebaikkan awak juga di kemudian hari. Alhamdulillah dengan pertolongan allah, kesemua pelajar harapnyalah berjaya menduduki tpt test. Tak dilupakan juga bantuan dariada biro-biro lain seperti PC, registration, dan welwel yang amat kami hargai sepenuh hati. Kerana kita semua adalah keluarga komiti TAWE, susah dan senang ini kita hadapi bersama :')

   Jika hendak diluahkan segalanya disini saya kira akan berjela-jela lagi madahnya. Cukuplah yang lain itu tersemat di hati, tersimpan rapi di memori. Biar ia jadi kenangan indah peneman di hari sepi, bualan rancak di hari tua nanti. Sesungguhnya taaruf week kali ini mengajar saya seribu satu perkara. Mendidik kesabaran dan mendewasakan. Kepada ahli keluarga special task yang dikasihi,kalian lah asbab diri ini terus kuat menjalani hari-hari ini. Kepada Akmal, Ayu dan Nash yang baru pertama kali merasai suasana ini, you guys learn it the hard way. But never mind, we all learn something from this, it's up to us to look it from the bright side or vice versa..senyum. Kepada husni dan Huda,terima kasih kerana menjadi head dan assistant yang sangat berdedikasi dan awesome. Sungguh jika kami penat, korang dua kali ganda lebih penat daripada kami. Tawe kali amat bermakna dengan gelagat labong bersama lawaknya, senyuman dan aura positif Nadiah, karenah dan perwatakkan Anis dan pekqah yang menceriakan, qilah dengan kecomelan yang hanya yang mengenalinya mengerti. Lynn yang sebaya tapi dah macam kakak,gelak. Balqis serta shidaa yang happy selalu tapi seram gua bila tengok deme tengah koyak,haha.. kematangan dan kadang blur seorang zaty, dan akhir sekali gelak tawa seorang yana.. Setiap satu daripada anda punya perwatakkan tersendiri yang menghiburkan dan memenuhi memori-memori ini. Moga allah terima amal
Kita ini dan mudahkan segala urusan di kemudian hari. Kepada sahabat daripada biro-biro lain, catering "catatouile" yang menyediakan makanan buat kami, registration "registrakluuu" yang sporting dan ajaq pakaikan robe untuk baiah, preparation & technical "preptechOkJer" yang memang okay je bila request meja kerusi bagai,gelak.. Multimedia "MMelahap" yang buat video cool sangat!, gamba dan nametag yang lawa, welcoming & welfare "welwelLanjee" jaga kesihatan fizikal dan hati kami, eh dan terakhir sekali mainboard Amin, Keknis, Shafiq dan Kak Yana yang professional serta amat memahami. TERIMA KASIH dan TAHNIAH kerana kita berjaya melakukan semua ini.!

   Kepada adik-adik baharu, selamat menjalani kehidupan di alam universiti. Kehidupan disini berbeza dengan kehidupan di zaman asasi. Jadi pastikan anda buat keputusan yang sebaiknya dalam setiap perkara. Kalau tak tahu apa-apa, kami senior sentiasa ada untuk menjawab dan membantu..Jadi elakkan besar kepala dan berlagak sombong eh,nanti orang pun malas nak tolong awak. Tapi senior UIA ni baik-baik, awak pijak kepala deme pun deme tolong, sebab sayang..kan? Senyum. Semoga kita semua baik junior, senior, pelajar, staff dan warga uiam sentiasa dipayungi rahmat tuhan dan dibuai kasih sayangNya. Khusus buat adik-adik yang membaca coretan cincai ini, tajdid niat dan tetapkan ia sejak hari pertama kelas anda bermula disini. Moga ia tetap kita genggam hingga hari terakhir kita bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) tercinta. Kalau ada selisih selepas ini, sapa-sapa lah ye! Hiks.

   Akhirul kalam, ampun maaf dipinta kepada semua yang mengenali diri ini. Terima kasih kerna hadir dalam hidup saya, walau kita hanya bertentang mata buat seketika. Salam sayang :') muntah hijau



Special task

SpetayAAAA! 

Saturday, January 21, 2017

DIA


Dia mudah digauli. Senyumannya bisa menerang bilik yang kelam dan suaranya membangkit suasana suram. Itulah kelebihan yang ada pada beliau. Peribadi yang merendah diri dan gemar mendahulukan insan lain itu membuatkan ramai yang senang dengannya. Tidaklah dia ibarat resmi jagung, semakin berisi semakin jegang, namun beliau persis resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Itulah nilai insani yang amat dirindui, yang semakin hilang ditelan modenisasi. Apa masih ada peribadi penuh erti ini?

aku rindu kau

Thursday, January 19, 2017

Kahfi 005

A stepper motor is a motor controlled by a series of electromagnetic coils. The motor rotates each time it received a digital pulse...
motor..electric..motor..pink..
fikiran khalid yang sedang merangka ayat menjelaskan operasi stepper motor terganggu selepas perkataan motor berulang kali dilafaznya..

jam telah menunjukkan pukul 11.45 minit malam. malam itu cuaca agak sejuk ditemani hujan renyai yang turun tanda rahmat tuhan pada makluk ciptaannya. Usai 2 jam berkampung di library demi menyiapkan assignmentnya, Khlaid menapak ingin pulang ke kolej kediaman. Dalam kesamaran malam dan percikan hujan renyai, dua susuk tubuh kelihatan sedang bergelut untuk menghidupkan motor mereka. Dari jauh telah sedari seperti ada yang tidak kena dengan dua orang manusia tersebut.

"kenapa ni sis?" soal Khalid dengan nada nadang bercampur ingin tahu.

kedua-dua orang sister itu seakan-akan telah menantikan khalid untuk bertanya. Tak dilafazkan namun boleh dibaca dari gerak tubuh dan reaksi mereka.

"ni motor ni takleh nak start, brother tolong tengokkan boleh? penat dah kitorang try nak start tapi tak hidup jugak!"
jawab salah seorang dari mereka. senafas. nampak sangat dah gelabah, cuak apa semua.. gelak.

"Oh yeke,jap ehh.." berbekalkan ilmu skill automotof yang dipelajari dan disokong kukuh rasa hensem menolong sisters, Khalid cuba menghidupkan motor tersebut. bebagai cara dicubanya. tetapi gagal.

allah, awat tak hidup ni..getus hati kecil Khalid.
hampir 10 kali dah ditujalnya kick starter Demak X90 pink itu.

"erm, apa kata sister pinjam aje motor saya dulu, esok pulang balik? sebab dah lewat malam ni. Takpa motor tinggal sini je, esok datang la check balik.." ujar Khalid selepas buntu.

"Eh takpelah, nanti brother nak balik macam mana..takpelah kitorang jalan je."

Khalid merenung semula kunci motornya yang telah dikeluarkan dari poket. " betul taknak ni? kang menyesal.. takpa saya balik naik motor member"

Kedua-dua orang sister itu berpandangan sebelum berbisik-bisik. Entah apa yang dibisikkannya Khal pun tak tahu.

"Okaylah brother, kitorang pinjam dulu eh, sorry sangat susahkan"

selepas mengunci motor mereka dan ditunjukkan khalid arah motorsikalnya diletakkan, kedua-dua sisters itu beredar. Sebelum itu mereka telah bertukar nombor, untuk memudahkan urusan memulangkan motor Khalid esok.

"nama apa?" soal Khalid.

lama gadis itu terdiam sebelum laju dia membalas,
"Kahfi !" seraya senyum plastik.

Mana datang nama kahfi tetiba sister ni? biar betul nama dia Kahfi? Khalid kaget namun tidak diekspresikan di wajahnya,hanya di hati.

Dan malam itu Khalid menapak pulang ke kolej kediaman. Motor member? member mana la kau goreng tadi Khals~

kAhFi guys~
kemon3