Tuesday, March 24, 2015

Geram saya tengok (GST)

GST,GST,GST,,

Tak habis -habis dok cakap pasal GST,
Apa nak kisah,kau kan student,
apa kaitan student dengan gst?

Dari kau dok sibuk sembang pasal gst,
nak guling sana-sini,
demo sana-sini,turun jalan buat kecoh,
baik kau risaukan CGPA engkau tu dik.

Duit kau belajar tu semua duit rakyat,
dari kau darjah satu sampailah masuk uni,
kau tak reti nak bersyukur apa?

Tu highway simpang-siur,
duit rakyat jugak,engkau tahu apa?
Gst membantu pertumbuhan negara,
kau tak dengar Sofi jikan cakap ke?

Orang suruh masuk universiti supaya keluar nanti kau boleh pimpin negara,
kami nak didik kau jadi orang yang berjaya,
yang kau dok terkinja-kinja berdemo bagai apahal?
ada kami ajar begitu di universiti?

Sudahlah dik,
kau buat semua benda ni sia-sia je,
kang silap hari bulan biasiswa kau kena tarik,
tahu pulak nak melalak sana-sini

Dah pergi,
duduk diam-diam dalam kuliah,
keluar nanti ganti tempat pak menteri,
dan teruskan cycle bodoh ini tanpa henti.


apa yang anda perlu tahu tentang gst,jangan baca.

apa itu gst
Gst dan kesannya pada kita

Friday, March 06, 2015

Universiti ini sarat dengan cinta


kredit

 Universiti ini penuh dan sarat dengan cinta. Cinta apa?

 Aku berjalan pantas ke bangunan kuliyyah sambil mata merenung skrin telefon bimbit membaca jadual kelas,tiba-tiba tanpa aku sedari satu kelibat manusia melintas dihadapan.Gedebuk! sah dah langgar!.Seorang siswi.Buku-buku jatuh bergelimpangan dan kertas-kertas terbang berselerakan,angin berhembus lembut sambil dedaun gugur perlahan ibarat waktu terhenti.Saat itu dua pasang mata bertenung sambil getaran mula terasa di hati.Apakah ini?

"Lain kali jalan jalan pandang depan,bukan tengok fon!" senafas je dia cakap sambil kaki mengorak langkah meninggalkan aku"

"so that's how i meet your mother kids"

Hahaha tapi maaf,bukan ini kisah yang ingin saya sampaikan.Kisah cinta di universiti ini jauh lebih menarik berbanding drama picisan yang biasa anda lihat seperti diatas.Kisah ini lebih menyentuh dan tersentuh.

Kagum dan pelik.

Itu yang dapat saya gambarkan sejak menjadi sebahagian daripada komuniti keluarga besar uiam Gombak.Mungkin tak ramai yang tahu tentang perangai dan ragam sebenar masyarakat disini,dengan itu mari saya bongkarkan satu persatu supaya satu Malaysia tahu.Gelak besar.

1-Berniaga

     Antara benda yang awal-awal lagi dah menarik perhatian saya sejak masuk UIA ialah budaya berniaga yang unik.Pergilah kat blok mana-mana pun,mahallah ke,bangunan akademik ke,bank atau kaki lima mesti ada rak-rak tersusun jual air minuman atau makanan.Menariknya tak ada orang jaga pun.Semua pakat tinggal tabung je untuk orang bayar.Trust level damn high!

2-Solat


Alhamdulillah,biah baca surrounding dalam UIA ni sangat solehah dan terjaga.Tiap kali azan,mesti berpusu-pusu orang datang surau atau sejid.Bukan waktu solat fardhu pun mesti ada students yang dok melepak dalam masjid SHAH'S..Rasa tenang je bila lepak baring-baring dalam masjid.Nak pula sem ni dah ada kipas baru dalam ruang solat masjid.Apa yang menariknya pasal kipas sampai nak cerita kat sini kan?? haa sebab kipas dia besar tahap gaban.Bilah dia mau 10-12 kaki panjang,sekali bukak pergh,angin kuat sangat!. :) Surau kat kuliyyah pun full jugak kalau lunch hour.So,macam takde alasan kalau kata tak sempat nak solat berjemaah sebab tak ada orang,haha.
Pastu en,lagi syiok dia bila you see peoples from different races and nations comes together and solat sama-sama.Masa ni akan terasa unite sangat umat islam ni.Serius!.Tapi jangan terkejut kalau subuh jarang baca qunut,sebab kalau foreigner imam,besenya deme ni tak baca doa qunut.hihi

3-Humanity

  Tak dinafikan,pelajar Uia ni sangat mengambil berat dan kisah antara satu sama lain walaupun tak kenal dan tak pernah bersua.Serius weh,macam-macam contoh dah aku jumpa.Salah satu contohnya ada sister yang drive kereta sanggup berhenti untuk tumpangkan sisters yang berjalan kaki.Tahap panas tu ibarat berjalan dibawah sinaran mentari membahang seperti bersinarnya wajahku melihat senyuman mu,eh..Brothers pun selalu je kasi tumpang naik motor diorang kalau nampak pejalan kaki tegar yang baru balik dari kelas.Tapi kena usha kat kawasan tu ada pak guard ke tak,kalau tak nanti kena saman sebab tak pakai helmet!.Dan yang terbaru ialah bila ada pelajar confess yang dia terpaksa ikat perut sebab takdak duit nak makan,komuniti yang sarat dengan cinta ini segera membantu!


Kisah student kelaparan








4-Kahwin 

   Dalam banyak-banyak topik yang dibincangkan,aku rasa ni yang paling selalu diperkatakan.Asal UIA je kahwin awal,asal kahwin awal je UIA.,ahahaha.Bukanlah aku kata masuk uia ni semua otak pikir nak kahwin je,tapi niat yang suci murni tu kalau betul serius dan ikhlas,buat apa kita nak halang en?daripada buat dosa free couple sana-sini baik nikah terus.Pandang muka pasangan pun boleh dapat pahala,tak ke peluang menambah amal tu.Contoh pasangannya ramai,hanpa boleh search sendiri.Yang penting sebelum hang nak nikah tu,buat reality check dulu kay?,settlekan hal dengan Allah,parents,family dan akademik,kalau dah ok semua ni ha nikahlah.

Nak nikah jangan lupa apply marriage loan.Ada hokay.heee

5-Majlis ilmu

majlis di masjid shah

Antara syurga untuk para pencinta ilmu ialah bumi UIA.Bukan nak banggakan atau riak dengan suasana dalam nih,tapi kalau nak pergi semua majlis ilmu,program bual bicara sembang ilmiah bla bla bla memang tak cukup tanah lah nak jejak.Setiap minggu ada je talk yang best-best,seronok kebabom dengan speakers yang awesome sangat!medium bahasa pun terbuka luas.Ada yang dalam bahasa melayu,ada yang bahasa inggeris dan ada jugak arab,terpulang pada hanpa je nak pergi ke tidak.Selain dari bacaan kitab dan majlis talaqqi,pergerakan-pergerakan usrah dan halaqah juga subur kat sini.Pilihlah nak masuk yang mana pun,walau berbeza fikrah dan metode namun cita-citanya sama,menegakkan agama islam di alam ini.Makanya,buat pilihan yang anda selesa dan jangan gaduh-gaduh ea? senyum

6-Makanan

Syurga makanan.

Dua patah ayat ni dah cukup untuk saya gambarkan lambakan dan ledakan makanan yang sangat banyak pilihannya.Sampai satu tahap,kita boleh buat jadual nak makan kat mana.Contoh en,isnin makan makanan melayu,selasa masakan arab,rabu bollywood sikit dengan masakan india pakistan,khamis menapak mee tarik cina tanah besar,jumaat makan western,pastu mana lagi ye?ahahah..Terlalu banyak pilihan,tapi kewangan kena jaga jugaklah sebab haritu kitorang makan nasik arab kene 8 hinggit sorang!padan muka.



Tak banyak yang dapat saya kongsikan kali ini,sebab baru teaser,haha.Insahallah nanti bila ada kesempatan dan ruang masa yang lebih besar,banyak lagi yang akan saya kongsikan tentang universiti terlebih cinta ni.gelak kecil.Bukanlah niat saya untuk menjustifikasikan yang UIA ini baik-baik semuanya,pijak semut tak mati atau kentut tak berbunyi tapi wangi(ini silent killer nama dia),sudah tentu ada sisi buruknya juga,ada kelemahannya juga,tapi tak salahkan kalau kita berkongsi apa yang baik dan sesuai dijadikan contoh? Inilah rumah saya,inilah tempat saya belajar erti cinta dan cita-cita,kehidupan disini benar-benar membuka mata saya bahawa hidup tak semestinya bergantung pada segulung kertas dipanggil ijazah,tapi hidup perlu ada cinta dan perasaan.Cinta pada Tuhan dan Rasulnya,sesama manusia,sesama haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta pada diri kita sendiri.Sungguh,aku taknak waktu-waktu ini berlalu dengan cepat,nanti rindu!

tapi taknak lah extend pengajian,haha