Thursday, March 24, 2016

Walimah ex-Vp1 StuffIium

 Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Barakallahulakum to my senior, Kak syahirah Shamsul aka Anak Pak Ali and her husband for their beautiful marriage. May allah grants you guys a beautiful journey ahead and keep the bond till jannah.. May your life now will be more colourful with the addition of Bro adli in your family. Feels so happy for you sis! :') 


Bersama Pengantin



Le girls


Pengantin bergambar bersama zauj-zauj pilihan sister uia


  anddd, weouls rombongan budak-budak Stuff dari Gombak sempat menapak ke kawasan tarikan pelancong di sekitar Setiawan dan Manjung. Tapi tak semua, haha.. Okay tiga buah kereta melancong di Telok Batik, 2 buah kereta di Teluk Senangin dan satu lagi lone ranger di Menara condong! Terima kasih semua :)



dinner gais


Antara sunnah nabi yang paling sukar nak buat



Melayari lautan sebeum melayari cinta kita


last sebelum pecut balik ke Uia


Wednesday, March 23, 2016

Perosak Dunia

[Siri Pengeboman]

   5 bulan yang lalu dunia dikejutkan dengan pengeboman di kota Paris. Masa tu semua pihak berduyun-duyun nyatakan sokongan pada mangsa dan tidak lupa juga kritikan buat sang pembunuh. Kini bumi Ankara pula bermandi darah. Sudah 3 pengeboman berlaku tapi berapa pihak sahaja yang ambil tahu? tak perlu tunding jari pada masyarakat barat. Berapa ramai dari kalangan umat islam sendiri yang cakna dengan perkara ini? sedih. Kalau anda rasa dengan sebarkan isu ini pada kawan-kawan lain sebagai sesuatu benda yang bermanafaat, silakan. i'm not gonna bash you as an ignorant just because you dont post pictures or hashtag of ‪#‎PrayForAnkara‬ or‪#‎StayStrongTurkey . Ini isu kemanusiaan, bukan isu umat islam. 

  Kurang seminggu daripada tragedi berdarah Ankara, Brussels di Belgium pula bermandi darah. Senarionya sama seperti Paris dan Ankara, media barat bersikap memilih. Namun kita nyatakan juga kekesalan dan kritikan atas serangan ini. Biarlah ia di negara islam atau bukan, nyawa tetap nyawa. Apa nyawa manusia terlalu murah ketika ini? Allah selamatkan kami.

#PrayForAnkara #PrayForBrussel #PrayForABetterWorld

Monday, March 14, 2016

Jalan Pulang: Pos Lebir Epilogue

20 JANUARI 2016

Titik Permulaan

posing walau pun panas terik

 Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Kelantan, segalanya terasa berat untuk dilakukan. Setelah seminggu menempuh pelbagai dugaan mencipta kenangan, berat pula rasanya untuk melepaskan. Dada langit cerah agung disinari mentari, pohon hijau masih berembun tatkala kami menyelusuri kawasan kampung. Ziarah wida' yakni ziarah perpisahan. Buat ziarah yang terakhir ini, kami membawa barang ration seperti nasi, minyak, gula, dan apa sahaja yang boleh disumbangkan kepada keluarga angkat masing-masing. Malah, segala barang mentah dapur Comrade yang tidak terguna oleh kami diedarkan juga buat penduduk kampung. Selain daripada barang-barang mentah, ada juga bahan-bahan sumbangan seperti pakaian dan buku yang dapat kami berikan kepada mereka.

ceria je, siapa kata penat?! haha
  Tiba sahaja di rumah keluarga angkat kami, allah mudahkan urusan kami dengan semua "nak" berkumpul di satu rumah yang sama. Nak Limah, Nak Nora semuanya ada meeting pagi katanya di rumah Nak Limah. Alhamdulillah, panjang juga borak kami pada pagi ini. Selain daripada bergurau senda dan bertukar cerita, kami juga membawa misi untuk menerangkan tentang rukun islam dan rukun iman kepada mereka. Module ini dilaksanakan dengan bercerita kepada penduduk kampung tentang kepentingan beriman dengan kedua-dua rukun ini. Berbekalkan dua helai kertas A4, kami menerangkan dalam bahasa yang mudah dan difahami oleh mereka. Contoh-contohnya juga kami ambil yang mudah dipraktikkan bagi mereka. Kita tidak mahu paksa mereka sehingga mereka rasa terbeban dengan pelbagai ajakan dan lebih-lebih lagi ancaman. Cuba bayang kalau kita ancam dengan siksaan azab api neraka dan kubur, semestinya depa takut. Kita pun takut!. Namun agama ini mengutamakan kasih sayang dan konsep kemaafan. Jadi kami basahi hati mereka dan diri kami sendiri dengan cerita-cerita nikmat di syurga. Maka ia nampak lebih lembut dan mengiurkan. sesuai ke perkataan tu? ok abaikan.

muka dah sunburn masing2
   Salam bertukar tangan, jiwa sebak namun senyum manis ditampal pada wajah. Sungguh, seminggu kami disini telah membuka mata kami tentang salah satu nikmat yang amat jarang kita hargai. Nikmat kasih sayang sesama umat islam.. Iya benar, mungkin di luar dari kawasan kampung ini kita lihat tahap ilmu agama sesama kita sama, sekurang-kurangnya yang asas. Namun berada disini dan melihat kesugguhan mereka mendalami islam membuatkan kita yang ada akses penuh kepada ilmu agama ini malu jika tidak digunakan sebaiknya. Bersyukurkah kita selama ini dilahirkan sebagai seorang muslim? saat lahir telah didendangkan dengan kalimah puji-pujian pada Allah yang maha esa. Lagi nikmat pula bila yang membisikkan di telinga kita itu adalah bapa yang tercinta. allahu.. Pelukan erat tanda perpisahan terlerai sudah, lambaian selamat tinggal dihayun lemah. Moga Allah murahkan rezeki kita untuk berjumpa lagi. Terima kasih atas segala layanannya, maaf jika ada terkasar bahasa mahupun terkasar laku. Moga kita semua sama-sama dikurniakan tempat di syurga oleh Allah. Jumpa lagi apak, nak, adik-adik!


  Pengalaman yang sangat bermakna buat saya khususnya, dan kepada semua yang menyertai misi kali ini secara amnya. Terima kasih buat kelab COMRADE iium, disini telah saya temui Jalan Pulang saya.. Pulang kepada yang maha esa. :')

kami adik-beradik!

Saturday, March 05, 2016

Jalan Pulang: Pos Lebir Part 4

18 JANUARI 2016

Bantuan vitamin dan pemeriksaan kesihatan

terima kasih!
  Pada hari ini, kami telah dilawati oleh delegasi penaja bagi program IPTA pos lebir pada kali ini. Antara yang hadir adalah wakil daripada Ladang Rakyat dan Hidayah Centre. Alhamdulillah, penduduk kampung selamat menerima pemeriksaan kesihatan percuma daripada pihak klinik yang telah kami jemput bagi menjayakan misi hari ini. Selain daripada pemeriksaan kesihatan, mereka juga diajar serba sedikit tentang kepentingan menjaga kebersihan agar tidak mudah ditimpa penyakit. Namun kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal, selebihnya kita serahkan pada Allah untuk menentukan. Pihak kami juga amat berbesar hati menerima sumbangan ubat-ubatan dan vitamin daripada pihak ANSARA Malaysia. Sumbangan daripada pihak ANSARA melalui program ANSARA Kasih adalah dengan bersyarat salah seorang daripada ahli jawatankuasa adalah bekas anak saraan MARA. Dalam bahasa mudahnya, beliau mesti bekas pelajar yang pernah menuntut di mana-mana institusi kendalian MARA. Dua orang daripada kami merupakan ahli Ansara dari maktab masing-masing, maka kami layak menerima sumbangan kali ini. Pada petang harinya, kami melakukan ziarah ke-5 sepanjang berada disini. Tujuannya untuk mengajak penduduk kampung menghadiri program teori dan amali sembelihan pada esok hari. Program seembelihan ini diadakan khusus buat menunjukkan cara sebenar orang islam dalam menyantuni binatang sembelihan yang akan disembelih. Terhibur melihat betapa gembiranya anak-anak disini mendapat vitamin, macam gula-gula dibuatnya. Sebab sedap en. huhu

Amali sembelihan

Team gali lubang sembelih ayam

kelas teori sembelihan
   Pagi indah 19 Januari dimulakan dengan persiapan kami untuk menganjurkan kursus sembelihan. Seawal jam 7 pagi kami telah bergerak melawat kawasan sekitar kampung Pasir Linggi dan Machang bagi mengajak penduduk kampung ke program kami. Gementar jugalah apabila berjalan sambil disisi jalan ada anjing-anjing peliharaan mereka. Namun syukur alhamdulillah anjing-anjing ini telah biasa dengan manusia, maka ia tidak mengganggu kami. Kami juga menghormati keberadaan mereka dan tidak melakukan provocative actions.kene kejaq memang tak cukup tanah woih lari. Alhamdulillah, jam 10 pagi acara kami bermula dengan kelas teori kendalian saudara Lubir, nama panggilan beliau. Nama betul cheq lupa,haha.. Setelah hampir sejam kelas teori, kami bergerak ke padang di hadapan balai raya bagi amali sembelihan. Sebanyak 20 ekor ayam jika tidak silap saya telah berjaya kami sembelih. Alhamdulillah apak-apak dan nak yang mencuba juga semua pass. Tak ketinggalan ada juga anak-anak UIA yang mencuba nasib. Alhamdulillah semua pass, semua halal untuk dimakan. Menjelang tengahari, pihak katering kami telah mula memasak buat makan besar malam ini. Segala persiapan untuk malam terakhir kami disini juga mula dijalankan seawal jam 2 petang.

   Saya,bersama Farhan dan rakan-rakan biro preptech ditugaskan untuk menyediakan tapak cultural night malam ini dengan lampu,sistem audio dan tidak lupa screen untuk projector. Tapak perhimpunan sekolah yang terletak bersebelahan dengan parkir kereta guru-guru telah kami jadikan tapak kawasan untuk acara besar pada malam ini. Alhamdulillah, walau pada awalnya kami menghadapi berbagai kesulitan, namun akhirnya kami berjaya menyediakan tapak buat cultural night malam ini seperti yang dikehendaki.

Dikir barat menyentuh jiwa

Gulai ayam
   Bermula waktu maghrib, kami telah mula diserbu penduduk kampung bagi acara cultural night pada malam ini. Menu utama malam ini? gulai ayam yang disembelih pagi tadi.omnomnom. Sehebat mana kita merancang, hebat lagi perancangan allah. Ditakdirkan allah, nasi yang dimasak siang tadi habis dengan pantas, ayam pula kurang rasa.tawar. Alhamdulillah penduduk kampung mengerti masalah kami dan tiada masalah untuk menunggu nasi baru dimasak semula. Acara pada malam ini juga menampilkan persembahan daripada anak-anak UIA dan kumpulan dikir barat penduduk kampung disini. Walaupun persiapan kami anak-anak putra UIA hanya cukup-cukup makan, namun sambutannya tidak kurang hebat juga. Terima kasih juga buat anak-anak putri UIA yang memberi sokongan hingga nampak tak hambar persembahan kami. Kemuncak persembahan pada malam ini adalah dikir barat daripada kumpulan dikir barat kampung Pasir Linggi. Sungguh, mendengar paluan gong dan detakan canang, membangkitkan kerinduan saya pada pasukan dikir barat yang pernah saya sertai selama tiga tahun ketika di zaman menengah rendah dahulu. Pada waktu itu kami berjaya mara sebanyak dua tahun berturut-turut mewakili daerah Sepang bagi Karnival Kesenian Jauhi Dadah (KESEJADAH) peringkat negeri Selangor. Bertapa indahnya saat-saat itu.melalut. Namun, pada malam ini saya amat tersentuh dengan lirik yang dinyanyikan oleh Tok Juara dan Tukang Karut. disini saya nukilkan sedikit daripada lirik yang sempat saya salin.

"Apa erti kemerdeka'e, bagi umat melayu kito,
toksey terima perubahe, anak cucu berputih mato,
oghe lain rebut peluwe, sanggupkah tengok sajo,
masa tetap berjale, sesaat tak tunggu kito,
dilemo..3x
dilemo melayu kito.

Bangso lain hidup bersatu, kita baloh samo sekampung,
bangso lain koho maju, bangso kita masih mundur,
oghe kecek cayo selalu, hangguk palo mace Jepun,
Ikut stail dulu-dulu, jadi katok bawah tepurung,
dilemo..3x
dilemo Melayu kito..."

   Sejujurnya, lirik lagu ini membawa makna yang sangat mendalam. Ia jelas menunjukkan kedudukkan dan sikap masyarakat kita yang masih bermalas-malasan dan banyak memberi alasan. Sesuai dengan tema utamanya dilema melayu, di dalam lagu ini dibandingkan keadaan masyarakat melayu berbanding bangsa lain di Malaysia. Namun di dalam konteks mereka, lagu ini ditujukan khas buat kaum tua orang asli yang kurang senang menerima perubahan demi keselesaan dan masa hadapan anak-anak mereka. Secara zahirnya terpapar wajah ceria dan gembira di wajah anak-anak kecil disini, tetapi di wajah-wajah kaum dewasa jelas terpancar kerut berfikir mereka dalam menghayati bait-bait di dalam lagu ini.

penonton cultural night


  Alhamdulillah, cultural night kami berakhir kira-kira jam 11 malam.Usai penduduk kampung beredar, kami mula mengemas kawasan sekitar dan membasuh segala periuk belanga,pinggan dan cawan yang telah digunakan. DAN, malam ni takdak post mortem! gelak kecil. Boleh tidur puas-puas dengan lenanya. Pejam celik, pejam celik, inilah malam terakhir kami di bumi bertuah Kelantan. Enam hari yang telah ditempuhi terasa sekejap sungguh. Rasa rindu dan sayang mula membuku di dada." alaa dah nak balik UIA, tapi nak balik UIA.." getus hati kecilku..Malam semakin gelap dan kami terus lena didakap angin sejuk, didodoi cengkerik hutan.

links:
part 1
part 2
part 3
part 4
Epilogue