Wednesday, February 17, 2016

Walimah Ayong

   Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Barakallahulakum to my beloved sister, Ayong and her husband for their beautiful marriage. May allah grants you guys a beautiful journey ahead and keeps you till jannah.. May our life now will be more colourful with the addition of abang afif @ Along in our family. Feels so happy for you sis! :')

New face among familiar faces


Siblings united



Emak, Ayong and her friend

Abah menabur amanah dan nasihat

Cousins

Thursday, February 11, 2016

Jalan Pulang: Pos Lebir Part 3

16 Januari 2016

Sukan wadah penyatuan tanpa bahasa


   Terik sang suria mula menyelimuti muka bumi tatkala kami berjalan menziarahi rumah penduduk kampung satu demi satu. Ziarah pada pagi ini adalah salah satu daripada ziarah ekspress kami dengan berbekalkan satu misi. Yakni mengajak dan menjemput seisi kampung  untuk turun ke kawasan balai raya bagi memeriahkan Sports Carnival yang akan dijalankan oleh anak-anak UIA. Rata-rata penduduk disini seawal jam 7 telah pun keluar mencari rezeki, terutamanya apak-apak. Mujur telah kami sampaikan semalam tentang penganjuran Sports Carnival ini, sekurang-kurangnya ada apak yang telah mengosongkan jadual mereka. Ziarah pagi ini pula hanya untuk menyuntik mood dan menggalakkan mereka datang.

  Segala persiapan sukan yang akan dijalankan telah selamat dirancang dan diterangkan oleh biro Sports yang diketuai saudara Arif Afdzal. Ada tiga kategori yang akan dibuka yakni untuk anak-anak, nak, dan juga apak. Setiap daripada kategori sudah ada rumah sukan mereka yang tersendiri mengikut warna, persis di zaman sekolah kita. Disini terserlah semangat kesukanan dan keeratan talian persahabatan mereka tatkala masing-masing bersaing demi kejuaraan rumah masing-masing. Kemuncak acara pada hari ini ialah pertandingan tarik tali antara antara anak-anak UIA dan penduduk kampung. Nak dijadikan cerita, bagi acara tarik tali sisters, teruk anak-anak Uia dikalahkan angkatan belia dan wanita penduduk kampung,haha.. Alhamdulillah brothers Uia bijak untuk bergabung dengan pemuda kampung dan dipisahkan kepada dua kumpulan. Tiadalah nampak macam anak-anak Uia menentang penduduk kampung, play safe kata orang. gelak besar. Sports Carnival yang dijalankan sepenuh hari dari jam 10 pagi ini berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Seharian berjemur dalam dakapan cahaya matahari, kulit sunburn habis semua orang!.

  Alhamdulillah, segala perancangan dan pelaksanaan Sports Carnival berjalan dengan lancar. Terima kasih juga buat biro katering yang bertungkus-lumus menyediakan air tatkala kami kehausan di tengah padang. Benarlah sukan boleh dijadikan medan bagi mengeratkan hubungan sesama kita. Walau kadang berbeza bahasa, sukan mempunyai bahasa tersendiri yang mampu membina persefahaman dan penyatuan. Tidak hairan jika kita lihat semangat setia kawan dan kesatuan amat tinggi dalam kalangan atlit-atlit berpasukan. Baginda nabi juga menyarankan kita melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tiga jenis sukan yang digalakkan oleh nabi Muhammad saw ialah memanah, berkuda dan berenang. Ketiga-tiga sukan ini boleh dianggap ekstrim dan setiap satu daripadanya membina nilai yang khusus dalam diri kita. Cuba anda fikirkan dan keluar dengan satu statement apa kelebihan yang boleh kita kecapi dengan menyertai sukan yang disebutkan. Saya tinggalkan anda untuk menjawabnya. dah besar kan? hiks

17 Januari 2016 Hari keempat

Hebatnya warga pendidik

   Hebatnya warga pendidik. Itu yang terluah di bibir saya pabila melihat gigihnya guru-guru disini mendidik dan melayan anak-anak kecil disini semasa waktu persekolahan mereka. Mengapa saya menggunakan perkataan didik dan bukan ajar? kerna ada perbezaan diantara kedua frasa ini. Pensyarah Kanan Program Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Isya Awang, berkata ada perbezaan konsep mendidik dan mengajar dalam ilmu pendidikan. Beliau berkata, mengajar lebih berbentuk fizikal manakala mendidik sebagai 'sentuhan' emosi dan kasih sayang guru kepada pelajar.
Pada pandangan saya, proses mengajar lebih memfokuskan pada dua perkara. Mengajar adalah proses penyampaian ilmu pengetahuan daripada guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual. Manakala mendidik bertujuan membentuk sahsiah dan akhlak pelajar dan ia memerlukan sentuhan emosi dalam tempoh masa yang lama.

   Kanak-kanak disini istimewa jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak biasa diluar dari kawasan kampung ini. Perangai mereka, ragamnya, semuanya memerlukan kemahiran tertentu untuk disantuni. Perbezaan cara pemikiran dan persepsi mereka dalam sesuatu perkara juga memerlukan kemahiran untuk disantuni. Pada hari ini, kami menjalankan slot School attack dimana kami sendiri berada di dalam kasut seorang guru disini. Sungguhlah sangat mencabar! Saya sendiri diberi amanah untuk memimpin enam orang pelajar tahap satu yakni terdiri daripada pelajar darjah satu hingga tiga, allah tak cukup tanah nak melayannya ha.. Bila kita beri tumpuan pada yang seorang, toleh-toleh dah hilang berdua hat yang kecil berkejaran di belakang kelas, allahu.. Pada sesi pagi kami bahagikan pelajar tahap satu dan dua sebelum digabungkan selepas waktu zohor. Saya bersama dengan 3 lagi kumpulan lain diketuai Shol, Atikah dan Adam, memang tak menang tangan kami nak menyantuni mereka. Walau slot pagi hanya diisi dengan aktiviti membaca dan melukis serta mewarna, bagi saya ia memerlukan kesabaran dan toleransi yang amat tinggi. Anak-anak ini juga gemar sesi pembelajaran yang melibatkan muzik dan pergerakkan. Mereka amat sukar fokus jika diberi tugasan yang memerlukan mereka untuk duduk statik dan fokus. Amat benarlah kata guru besar SK Pasir Linggi bahawa disekolah ini mereka menerapkan pembelajaran melalui muzik dan permainan. Pada saya ia sangat efektif melihatkan kepada kondisi mereka disini. Sungguhlah hebat guru-guru disini. Terima kasih cikgu!

  Sesi petang bagi slot school attack ini kami isi dengan nyanyian dan tarian mengambil ibrah daripada slot pagi sambil penyampaian pentingnya menghargai jasa guru. Rata-rata anak disini kurang menghormati guru-guru mereka, maka nilai sayang dan hormat pada guru inilah yang kami cuba kami terapkan dalam diri mereka. Antara metode yang kami gunakan adalah dengan mengajak mereka menyanyikan lagu Guruku Tersayang beserta gayanya yang dipimpin rakan kami, Nina. Ah!,
sungguh comel sekali gerak tari mereka. Petang ini juga slot kami disertai oleh ustaz dan ustazah yang mengajar fardhu ain kepada anak-anak ini. Berkaca kata mereka tatkala anak-anak ini menyanyikan lagu Guruku tersayang khusus buat mereka. Moga allah mudahkan segala urusan guru-guru yang berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak kampung disini.

  Sewaktu post-mortem bagi hari ini, terima kasih yang tidak terhingga saya ungkapkan pada biro module yang diketuai Kak Anet diatas slot yang pada saya amat bagus dan menarik untuk dijalankan ini. Terungkap di hati saja tetapi dizahirkan dengan senyuman di bibir,hee.. Sebelum sesi port mortem tadi juga kami habiskan slot school attack dengan tuisyen bagi anak-anak asli ini. Subjek
yang ditekankan dan diajar ialah matematik dan bahasa melayu tidak silap saya. Moga apa yang kami lakukan ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat mereka untuk menuntut ilmu.





 Hari ini juga sebenarnya berlangsung Hari Amek, khusus buat kaum wanita penduduk kampung Pasir Linggi dan Machang. Slot ini dikendalikan sepenuhnya oleh sisters uia dan ada pertunjukan fesyen show katanya. Tidak dapatlah saya berkongsi banyak tentang ia kerna saya sendiri sibuk dengan slot school attack. Namun mengikut feedbacknya slot tersebut berjaya dan tahniah saya ucapkan. Berdakwah pun boleh dari segi pemakaian, tidakkah begitu? senyum kecil. Sedar tidak sedar, telah genap empat hari kami berkampung disini. Perlahan-lahan ukhuwah telah tercipta, cinta telah berpasak, ah pasti rindu bila berpisah nanti!

"berpisah di dunia, bertemu di syurga"
kata belahan hati

Links:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Epilogue