Tuesday, June 30, 2015

kalau sekali kebetulan,dua kali adakah suratan?

  
 Surau ansar.Pagi yang tenang dan dingin menyambut jiwa-jiwa yang masih segar menghadap tuhannya tika manusia lain masih terlena.Sahur sudah,kini subuh pula menjenguk tiba.Solat subuh kali ini diimami oleh satu sosok tubuh yang amat hebat.Suara,lenggok bacaan imam begitu merdu,penuh penghayatan dan pengharapan.Seolah-olah ada aura luar biasa yang mengalir keluar bersama setiap patah alunan kalamullah yang diucapkan oleh bibir sang imam.Walaupun ilmu bahasa arab aku tidaklah mendalam jauh lagi mencapai tahap fasih,namun ada patah-patah perkataan yang aku faham dan hadam maksudnya.Surah yang dibaca oleh sang imam benar-benar masuk ke dada pada pagi ini.Sungguh,terdetik di hati nak google,baca semula maksud-maksudnya.

   Namun,bila bermulanya hari hajat itu pudar dan hilang.Aduhai manusia.Tapi nak ceritanya,mungkin allah nak aku benar-benar menunaikan hajat itu dan dikongsikan ibrah atau pengajarannya pada insan lain.Ditakdirkan,imam solat terawih di masjid UIA pada malam hari tu membaca surah yang sama.Ayat yang sama.Aku kaget.terkejut dan terasa sedih,rindu.Terasa bahawa allah memang benar-benar mahu ayat ini aku buka semula dan cuba fahaminya.Surah dan ayat yang dimaksudkan ini ialah dari surah Hud,ayat 40 hingga ke ayat 48.Berikut petikan ayat dari surah tersebut.

Hingga apabila perintah kami datang dan tanur(dapur) telah memancarkan air,kami berfirman, Muatkanlah ke dalamnya (kapal) itu dari masing-masing (haiwan) sepasang( jantan dan betina), dan (juga) keluargamu kecuali orang yang terkena ketetapan terdahulu dan (muatkan pula) orang yang beriman".Ternyata orang-orang beriman yang bersama dengan Nuh hanya sedikit.-40

Dan dia berkata"Naiklah kamu semua ke dalamnya(kapal) dengan(menyebut) nama Allah pada waktu berlayar dan berlabuhnya.Sesungguhnya TuhanKu yang maha Pengampun,maha Penyayang".-41

   Waktu sampai kat ayat nilah agak sedih dan terasa sangat.Macam terbayang je situasi masa tu yang hiruk-pikuk,gegak-gempita dengan air bergelombang gergasi dan langit yang tak henti-henti  mencurahkan air.Laungan  ayah yang kasihkan anaknya mengharap agar Kan'an kembali kepada Allah dan bersama-sama orang yang beriman dijawab dengan jawapan yang menghiris jiwa. 

Dan kapal itu berlayar membawa mereka ke dalam gelombang laksana gunung-gunung.Dan Nuh memanggil anaknya, ketika dia(anaknya) itu berada di tempat yang jauh terpencil, "wahai anakku! naiklah (ke kapal) bersama kami dan jangan engkau bersama orang yang kafir".-42

Dia (anaknya) menjawab, "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menghindarkan aku dari air bah!" (Nuh) berkata, "Tidak ada yang melindungi dari siksaan allah pada hari ini selain Allah yang maha penyayang".Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka dia (anak itu) termasuk orang yang tenggelam.-43

Sungguh,Kan'an menyangka dengan  lari naik ke gunung-gunung yang ada dia akan selamat,namun azab allah terlalu dahsyat dan mustahil dapat dielakkan lagi.Sebak.

Dan difirmankan. "Wahai bumi! Telanlah air mu dan wahai langit(hujan!) berhentilah". Dan air pun disurutkan, dan perintah pun diselesaikan dan kapal itu pun berlabuh diatas gunung Judi, dan dikatakan "Binasalah orang-orang yang zalim".-44


   Begitulah terasanya tika membaca ayat-ayat ini.Walid,ayah,abi, papa,daddy,abah atau apa sahaja panggilannya,sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.Benar,walau selalu sangat kita kecewa dengan apak sebab tak faham perasaan kita,taknak fullfill kemahuan kita,tapi sebenarnya semuanya bersebab.Ayah jarang tunjukkan kasih sayangnya tehadap anak-anak lagi2 melalui lisan.Tapi sebenarnya perasaan itu ditonjolkan melalui perlakuannya.Jika anda masih ada ibu dan bapa,hargailah mereka,sayangilah mereka dan cuba jangan selalu sangat keras kepala melawan kata,sebab memang kadang-kadang terlepas jugak degil tu,haha.Pada yang telah pergi meninggalkan kita,banyakkan lah menghantar doa buat mereka dan berbuat baiklah kepada rakan-rakan mereka.Moga apa yang hendak disampaikan ini,sampai lah hendaknya,huhu.

Sudah masuk fasa kedua ramadhan.teruskan ibadah,Kipidap!
:)

Sunday, June 14, 2015

Ramadhan Tiba

   Ramadhan tiba.ramadhan tiba,ramadhan tiba~

Gamba tahun 2010,kasi can lah..

   Suara nyaring dan ceria Opick memecah kesunyian Felda Serting tatkala langit petang beransur-ansur bertukar merah keemasan.Syahdu.tenang.Itulah yang dapat saya gambarkan perasaan yang ada di dalam hati.Sungguh,ini ramadhan yang benar-benar membekas di hati.17 tahun bernafas di muka bumi,16 ramadhan telah dilalui.Tapi yang ini,betul-betul berbeza.Orang kata "ramadhan ada ummpph",haha..Buat pertama kali dalam hidup,saya rasa inilah ramadhan yang paling bernilai dalam hidup saya.

   Tanggal 1 Ramadhan disambut meriah diseluruh dunia.Umat islam berseri-seri wajah kerna bertemu lagi dengan bulan pesta.Pesta ibadah.Tak kurang juga ada yang mencuka,kena paksa berpuasa,haha..Begitulah juga keadaannya bagi warga maktab rendah sains mara Serting,negeri sembilan.Tempat jatuh bangun aku sepanjang menghabiskan sisa zaman sekolah di tingkatan 4 dan 5.Aku duduk membuang pandang ke court futsal di sebelah surau.Burung-burung mula terbang pulang kesarang,ayam belaan orang kampung berkokok sayup-sayup kedengaran.Mungkin mereka juga sedang bersedia untuk menyambut malam pertama bulan yang penuh rahmat ini.Di tengah court,budak-budak form 5 masih ligat mengelecek bola,lincah kesana kemari.Mungkin nak main sepuas-puasnya sebelum masuk ramadhan esok.Tak kurang juga pelajar aspuri yang duduk melepak di tepi blok asrama AAB.Almaklumlah waktu riadah kena clear block,mananya nak riadah budak-budak tu,riadah mulut ajelah kut,hahaha..

   Menariknya ramadhan kali ini,kami satu maktab kena ikut peraturan baru,undang-undang yang pada awalnya memang culture shock lah kami nak ikut,wahaha.Semuanya hasil usaha dan titik peluh Ustaz Najib,penggerak kepada jawatakuasa program Ihya Ramadhan 2011.Seakan diberi kuasa veto oleh tuan pengetua,Ustaz Najib disokong dan dibantu oleh batallion Perpim mula mengatur langkah.Langkah pertamanya,mewujudkan suasana merindui dan menyambut Ramadhan.Itu yang sampai nak tercabut speaker surau tiap hari dok menyanyi lagu Opick tu.HAHA.Tapi aku suka step first ni,pada aku best dan benda ni berjaya menyuntik semangat warga maktab untuk setidak-tidaknya aware yang ramadhan dah dekat.Selesai misi pertama,langkah kedua terus dijalankan.

   Mutabaah amal.Setiap hari setiap murid wajib solat berjemaah di surau.Wajib solat Dhuha.Wajib baca mathurat pagi dan petang.Wajib baca Quran at least 2 page.Wajib zikrullah yang lima tu,setiap satu dalam bilangan 30.Pergh!? masak kitorang satu maktab,haha..Mana taknya,first time dalam hidup kena hadap benda macam ni.Mungkin anda akan kata,kalau tak buat pun takpa kan?apadahal en?.

You are totally wrong.

"Barangsiapa yang tak lengkap mutabaahnya,kita akan denda".haha,amik kau.Setiap hari lepas isyak kene beratur dalam surau,ha masa tu siap sedia lah kertas kad mutabaah tu,ustaz nak check.Siapa yang tak lengkap,akan disoal siasat.Soalan dia pun boleh tahan gak,gaya macam polis interogate penjenayah je.Nampak kejam en?tapi ada banyak hikmahnya.Ada banyak ibrah dan pengajaran daripada pelaksanaan menda alah ni.Dengan adanya mutabaah ini,pengisian ramadhan lebih mantap,setiap waktu yang terluang pasti akan dimanfaat setiap pelajar.Ada je mulut yang dok ngata "sia-sia je pahala sebab buat amal dipaksa","Apa faedah kalau kita buat ibadah sebab takut manusia?".Biasalah mulut manusia,tapi aku lebih suka pegang ayat cikgu kimia lejen Serting,
"Kadang-kadang kita kena berpura-pura sebelum benda tu jadi kebiasaan." Inilah apa yang cikgu Zaid cakap yang aku pegang sampai sekarang.Kita terpaksa hipokrit pada awalnya sebelum kita boleh benar-benar lakukannya dengan kerelaan sepenuh hati.

   kenangan ramadhan ni tak berakhir disini,adalagi,haha..Bagi menaikkan semangat dan menanam rasa ingin beribadah sehebatnya dalam bulan ramadhan ni,setiap kelas dalam maktab telah dibekalkan dengan sebuah buku.Tajuk dia saya tak ingat sangat tapi berkaitan dengan ramadhan.Each day,compulsory for class rep(representative) baca satu story dari buku ni.Buku ni memang dah dibahagi ke dalam bentuk cerita-cerita dan setiap satu ada ibrah yang berbeza.Makanya,bergilirlah kami membaca buku ni setiap hari,baca kat depan supaya satu kelas dengar.Macam biasalah,awal-awalnya semangat je kitorang buat,last-last buku tu tersadai atas meja guru,haha.

   Sungguhlah,walau dalam keadaan terpaksa dan hipokrit,saya rasa inilah ramadhan pertama yang benar-benar berisi dalam hidup saya.Sebab tu sampai sekarang ni bila nak masuk bulan ramadhan je,cecepat buat mutabaah lawa-lawa kasi semangatlah sikit,dan alhamdulillah benda ni berkekekalan dan telah pun jadi amalan bulanan saya.Bukan setakat dalam bulan ramadhan je ustaz,sekarang setiap bulan saya ada mutabaah tersendiri.hihi

   Benarlah firman Allah dalam surah al-qashah ayat ke-56,

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."

   Bahawasanya hidayah allah tu datang melalui perantaraan ustaz Najib dan batalion Perpim Serting.Bahawa ramadhan 1431 hijrah telah memutar hidup saya 361 darjah.Dari bulan tarbiyyah ini,saya belajar baca quran sehari at least 2 page,belajar buat dan amalkan solat dhuha tak lupa juga mathurat.Tapi tipulah kalau nak kata tak pernah miss langsung,ada je cheat day.eh days.muahaha..Iman,memang ada tikanya naik dan tikanya turun,yazaid wa yanquz orang kata,tapi alhamdulillah saya syukur sangat sebab dipilih oleh Allah untuk merasa pengalaman tersebut.Sesungguhnya,hanya allah sahaja dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah ustaz Najib dan geng jawatankuasa Ihya Ramadhannya lakukan.Moga kalian dibalas dengan kebaikkan di dunia dan akhirat kelak.

   Sebelum kita tutup throwback ni,meh saya kongsi satu perkara yang lucu.Dalam mutabaah tu ada dalam checklist yang hujung tertulis membaca surah Kahfi.Disebabkan semangat nak isi kotak-kotak checklist yang ada,pada suatu malam yang hening lepas habis prep dan minum malam,saya lepak di surau dan buat pertama kalinya cuba menghabiskan surah Al-kahfi malam tu jugak.Nak dibuat cerita,tak pernah-pernah orang baca al-kahfi sekali harung,sejam jugaklah aku berpeluh menghabiskan kahfi yang panjang ni,haha.Dahlah waktu tu elok je ketua Badar Aiman syazwan tengah gosok baju dalam surau gak.Oh ye,kami prefer gosok baju kat surau sebab kat blok asrama kompem penuh and tak cukup plug,maka ke surau lah kita.Tak tahulah apa yang ada dalam kepala aiman waktu dia tengok aku struggle nak habiskan Kahfi malam tu,haha..

   Nah,ramadhan tahun ini juga telah dekat,masakan kita nak melepak buat-buat rilek lagi?jom buat persiapan sebelum melangkah ke bulan pesta ibadah ni!.Selamat menyambut ramadhan al-mubarak moga-moga ia membersihkan hati dan diri kita.amin.

"Allahumma bariklana fi sya'ban,wa balighna ramandhan!"


*Notes:
AAB- Asma Abu Bakar,nama salah sebuah asrama puteri.
MUTABAAH- Membawa makna pengawasan.dalam konteks ini,satu senarai checklist ibadah sepanjang bulan ramadhan.
PERPIM- Persatuan Pelajar Islam Maktab.Nama ini kemudiannya ditukar kepada BADAR.
BADAR- Badan Dakwah dan Rohani

 

Tuesday, June 02, 2015

The Guy




Bila ada masalah atau runsing aku suka tengok langit,
sebab pada langit ada jutaan cerita,yang selalu membawa aku hanyut memikirkan realiti dunia.

Kita selalu lupa bahawa tuhan itu ada,
sering kita berlagak gamaknya dunia ini kita yang punya,
hingga selalu melangkah mendabik dada,
berbekalkan saham muka dan pointer empat rata.

Tapi apa yang kita jarang ambik pandang,
bila tiba satu masa kita rebah dan tumbang,
saat itu walau seluruh dunia menyumbang,
sakit dan pedihnya tetap tak hilang.

Dan bila kita sedar hakikat yang sebenar,
berbondong-bondong hamba menghadap pemilik an-Narr,
merangkak hina mohon dibawa kejalan yang benar,
berharap azab jahanam tidak ditemui agar.

Syukurlah jika waktu itu pintu kemaafan masih terbuka,
tapi bila nyawa sudah di kerongkong cuma,
bila dunia hingar kerna bingitnya sangkakala,
sedarlah bahawa kita telah binasa.

Taubat yang diharapkan berkecai,
jasad yang dihuni akan bersepai,
tika itu baru di akal tercapai,
bahawa aku hamba yang gagal.

Namun Tuhan sentiasa ada,
Dia tidak lupa dan tidak leka,
menjaga hambanya walau dibalas derhaka,
kasihnya pencipta pada si hamba yang hina.

Beruntungkan kita?
siapa sangka seorang pembunuh boleh jadi ahli ibadah,
siapa sangka seorang pelacur boleh jadi hafizah,
siapa sangka kita juga boleh berubah?

Tuhan itu maha Pemurah,
Dia takkan biar hambanya berjalan tanpa arah,
berhenti berbuih kata nak tunggu mak cik hidayah,
tapi berusahalah agar tidak kalah,
berhentilah manis di bibir,pandai bermain lidah,
kerna perjalanan kita tak  mudah,
moga dapat bertemu di syurga nan indah,
melepak di bawah pohon-pohon rendah,
sambil menghirup minuman kafur tak sudah.