Wednesday, October 28, 2015

Superpower

   

   Bayangkan dunia yang dipenuhi dengan ramai adiwira, i mean superheroes.Dikala pihak polis bersusah payah mengejar penjenayah yang licik muncul batman datang membantu.Dengan gajet serba canggih dan peralatan berteknologi tinggi, kerja pihak polis mudah dapat diselesaikan. Bayangkan pula disuatu sudut dunia yang lain Dr Charles Xavier  mengetuai sekumpulan manusia luar biasa membuat kajian tentang menambah baik taraf kesihatan manusia.Anggota tubuh yang rosak atau cacat boleh di regenerasi semula.Hebat bukan? atau mungkin dengan tahap IQ luar biasa yang dimiliki Cik Lucy akan membantu kemajuan tamadun manusia dan seterusnya melangkah ke dunia yang lebih tinggi,yakni membuat hubungan komunikasi dengan makhluk selain manusia yang wujud di alam ciptaan allah yang maha misteri ini.wahhhh,Bayangkan...

Persoalannya, Jika anda diberi peluang untuk memilih superpower,apa superpower yang anda inginkan?

 Anda impikan mata byakugan seperti Hyuga Neji yang mampu melihat aliran darah manusia? sudah pasti anda akan menjadi doktor terhebat pernah dikenali sejarah.Atau seorang genius seperti Tony stark atau mungkin kekuatan fizikal segagah Captain America?.

Tapi kalau saya,saya nakkk,herm..

   Saya idamkan kebolehan untuk  bertutur dalam semua bahasa diatas dunia ini! cool kan? tidak kiralah kemana sahaja kaki ini membawa saya menapak,inshallah tiada  masalah untuk saya mencari arah.Walau tercampak jauh hatta ke ceruk tok kun pun,jika ada manusia disitu,pasti saya boleh berbicara dengan mereka.Selain itu dapatlah saya menambah bilangan kawan saya dan seterusnya mebuka jaringan persahabatan yang lebih luas! seronok kan?!hoho


"Language exerts hidden power, like the moon on the tides."
                                                               (Rita Mae Brown)

   Dan sekarang bayangkan pula jika kuasa itu dibesarkan lagi kapasitinya dengan memahami bahasa dan pertuturan haiwan,makhluk selain manusia atau mungkin tumbuh-tumbuhan? pasti diluar jangkaan kita,Namun hanya ada satu hamba allah yang diberi kenikmatan oleh allah dengan kebolehannya memahami dan berkomunikasi dengan makhluk selain manusia.Itulah dia nabi Sulaiman as.

   Jadi apa superpower yang anda inginkan? dan kenapa?..Inshallah jika didunia kita tak dapat rasa kuasa tu di syurga kelak pasti boleh! so kenelah berusaha sunguh-sungguh nak masuk syurga,dan jangan masuk sorang,bawa saya sekali please? heeeee..

3 comments:

  1. i need Doraemon. Just Doraemon. haha,, dengan Doraemon anda boleh pergi ke ceruk tok kun (bahasa apa ni izzat??) guna pintu suka hati. kalau nak tahu semua bahasa? Boleh mintak dekat doraemon Jelly penterjemah.. haha. Doraemon maniac would be like..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceruk tok kum tanya org utara,haha..fine ada doraemon bolehlah

      Delete