Sunday, April 26, 2015

zayn

    
  Zayn berusia 19 tahun sewaktu dia mula-mula menerima kehadiran Alissa,bayi yang tidak pernah diminta lagi tidak diharapkan.Pada usia yang sangat muda,menjaga seorang alissa merupakan satu beban dan penyeksaan buat Zayn.Tak pernah dia memikirkan hal ini sewaktu seronok menikmati zaman remajanya.Alissa membunuh keseronokkan hari-hari Zayn.Itu pandangan semua orang.Pada mereka budak seperti Zayn sampah dan merosakkan masyarakat.Tapi mereka tak pernah mendengar kisah dari mulut zayn.Kisah tentang siapa Alissa dan kenapa dia hadir dalam hidup Zayn.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Cuti semester kali ini digunakan sepenuhnya Zayn untuk berada dirumah mak toknya.Dari pagi tadi hingga ke tengahari dia sibuk mengerjakan kebun sayur atoknya.Atuk ambik MC hari ni,sebab cucu ada katanya,opah pulak back up atuk,mengenakan aku,heh.. Nafas Zayn mencungap-cungap sambil dadanya berombak laju,matanya melilau mencari tempat berlindung.Jantung berhenti berdegup.Zayn memasang telinga sambil menampar-nampar pipinya,Kompem tak salah dengar! dia dengar suara bayi..Segenap alam dipandangnya mencari punca suara itu,titis hujan yang tidak menunjukkan tanda berhenti diendahkannya.Zayn seolah-olah terpukau dengan rengekan tersebut.Perlahan-lahan di turun ke bawah jambatan balak tersebut.Jambatan ini dibina Pak Haji Leman sebagai jalan masuk ke kebun pisang miliknya.Tapi sejak kematian isterinya yang mengidap kanser,Pak haji leman dah jarang turun ke kebun,selalunya beliau mengupah budak-budak kampung untuk mengutip pisang-pisang yang telah masak.Usianya yang sudah lanjut juga mengehadkan pergerakan Pak haji leman.

   "Ya Allah!" terpacul laju dari mulut Zayn.Seorang bayi yang sedang kesejukkan mengigil sambil wajahnya hampir biru.Dengan hanya berbalut kain batik lusuh,insan kedil ini ditinggalkan berseorangan.Zayn melihat kesekeliling kawasan tersebut,tiada tanda-tanda kehadiran ornag lain.Badan baby yang masih merah dan berlendir menguatkan telahannya bahawa baby ini baru sahaja keluar dari perut ibunya.Masalahnya,mana ibu dia?? tanpa berfikir panjang Zayn mengangkat bayi tersebut dan dibawa bersamanya.

The rest is history.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   Langit gelap membuta dan sesekali dihuni pancaran kilat menyilau.Hujan yang turun mencurah-curah ibarat teh yang keluar dari teko membasahi bumi semahu-mahunya.Dalam keadaan kalut sebegitu,Sally mengerang kesakitan.Sakit di perutnya ibarat ditusuk-tusuk dengan pedang,tombak,parang dan segala apa sahaja yang tajam.Kesakitan yang berakar di perutnya seolah-olah ingin meragut nyawa sally.Sally pasrah,segala kesakitan dan penderitaan ini perlu ditamatkan segera!Dia sudah tidak mampu mengendong bonjolan perut yang besar di badannya ini.Semuanya perlu ditamatkan.Dibawah jambatan dari susunan balak dan hiruk-pikuk langit,rengekan seorang bayi kedengaran merintih sambil diselang dengan deru nafas yang lemah.Sally selamat melahirkan seorang bayi perempuan.Dia terlalu lemah untuk bergerak,darah masih tidak henti mengalir dari badannya.Paras air di tali air itu semakin meninggi,bayi dalam dakapan Sally menggigil kesejukan,wajahnya membiru.Sally panik namun dia kira jika bayi ini mati pun ada baiknya,tidak perlu ia menambah beban dalam hidupnya.Settle masalah.


 

Kini Zayn telah selamat bernikah dengan zaujah pilihan hatinya.Lebih tepat lagi melalui perantaraan murabbinya.Barakallahulakum, Zayn dan Solehah.

Wednesday, April 15, 2015

Hari Guru 2011


 Hari Guru MRSM Serting 2011.Tahun terakhir aku di bangku sekolah.Tahun penamat zaman memakai uniform ke sekolah dan bersuka ria di kantin sekolah.Nostalgic yet tragic.

Gelak besar.

   Diberikan amanah untuk memberikan ucapan hari guru, konon-konon buat gimik gituhlah untuk sambutan hari guru tahun tersebut.Bersama dengan rakan sejawatan yang putus fius jugak,we decided to make a video.An adventure of a group of student from all over malaysia,bringing the voices of gratitudes and wishes for the beloved teachers from the student.Tapi yang lawaknya,idea luor alam aku ni budak-budak ni pakai rembat je dan ON dengan tanpa segan wa silunya.hahaha.

   Berbekalkan kamera kompak Sony,botol ayaq biru dan semangat ingin menjual saham,kami memulakan penggambaran.tak sangka kering jugak aku bab-bab mencapap(cari publisiti) ni dulu,kahkah.Storyline dia, Abdullah dan Faisal datang dari Kuala Lumpur dengan membawa barang amanat,yakni ucapan selamat hari guru yang kononnya datang dari semua pelajar di Malaysia buat guru-guru mereka.Makanya,bermula dari headquarters MARA di jalan Raja Laut,abdullah dan faisal turun ke Seremban sebelum bertemu rakan mereka,Abu yang menyambut mereka di Terminal One,Seremban.Sorang lagi,Zamir pula datang dari negeri Johor acah-acah makan mee bandung sebelum turut serta bersama menuju ke maktab.

   Gimiknya,kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke maktab,dan macam semuaaaaa sekolah pernah buat,our video will be synchronized with live action,wahahah.Dahlah dewan tengah penuh dengan cikgu-cikgu dan budak-budak maktab.Lepas hari kejadian,saham naik menggunung weh!
gelak guling-guling.

   Inilah pengalaman,salah satunya yang takkan aku lupa.Walau kini semua dah busy dan hanya contact kat whatsapps je,tapi aku rindu nak jumpa korang lagi.Pastu kita acah-acah buat video gila-gila putus fius tak menyegan lagi nak? haha.

Guys~where ever you are,know that i always remember you

potong kaki terlebih gula.

Muka muda-muda seh!