Sunday, May 17, 2015

STUDY WEEK dan HUJAN

 

Yellow River UIA. kah!

   Hujan, gelap dan sejuk.Itulah senario-nya sejak bermula study week 2 hari yang lepas. Nak tidur jee boleh tak? malas lah nak study,hihi ..Sungguh pantas masa berlalu.pejam celik-pejam celik dah sampai ke penghujung semester.Alhamdulillah berkat pertolongan allah,doa mak n abah,kawan-kawan serta semangat tuan punya badan,masih lagi bergelar pelajar kejuruteraan komunikasi atau elektrikal lah senang cerita.Tamat sahaja semester ni,cukuplah 1.5 pengajian aku dalam bidang engineering.Still a long way to go..
 
   Bezanya kali ini,mungkin kerna ada tugas-tugas lain yang dipikul di bahu,dijinjing di tangan dan dikepit di ketiak,sebab tu rasa masa berlalu dengan sangat cepat ibarat buih meletup.Dan sekarang dah masuk study week.Ada sesetengah orang,study week boleh jadi holiday week kalau tak kena caranya,haha..Apapun,semester kali ini membawa erti yang berbeza.Pelbagai ragam dan pengalaman baru ditimba sambil kisah hidup terus dilakar dan digarap dengan cermat.Ada waktu yang suka dan duka,tak kurang juga ada waktu yang tak tahu nak buat apa.blur..Lol.

   Hakikatnya inilah kehidupan,akan sentiasa ada naik dan turunnya,dan semua manusia tak sama jalan hidupnya hatta kembar sekalipun.Kepelbagaian ini lah yang menjadikan kita unik dan gembira bila berkumpul bersama-sama.meminjam kata-kata Buya Hamka,

   "Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau bekerja sekadar bekerja,kera juga bekerja "

   Tapi konteks yang ingin saya tekankan disini adalah dalam mengaji,menuntut ilmu, atau pun menimba pengetahuan.Dihantar untuk belajar di UIA,eh bukan! Memilih untuk menyambung pelajaran di UIA sememangnya adalah pilihan diri sendiri tanpa ada paksaan mana-mana pihak,Entahlah,memang selesai jawab paper akhir time SPM tu,mata ni dah aim UIA dah,macam dalam filem Sniper. Muncung senapang 51 Kaliber dah hala tepat ke kepala musuh,nafas sang penembak hendap tenang diatur agar posisi yang dah cantik tidak terganggu.Setiap perincian telah dikira,kelajuan angin,jenis peluru dan ketumpatannya,kekuatan daya tolakan senapang dan timing untuk impak maksima telah disimpan kemas di kepala.Hanya tinggal bidikan di jari sahaja untuk melepaskan si durjana kecil yang berkuasa mengubah sejarah.Dalam proses menimba ilmu inilah seharusnya kita mengguna segala kesempatan dan ruang yang ada untuk memperbaiki dan menambah nilai diri.Pada saya,rugi jika hanya sekadar belajar engineering sahaja sedangkan banyak lagi ilmu boleh diambil luar dari bilik kuliyyah.Ilmu agama,ilmu pengurusan hatta tips-tips menjaga kucing! haha.


   Alhamdulillah,di bumi bertuah taman ilmu dan budi ini,pelbagai ilmu dan ragam manusia dapat saya rakamkan dalam kamus hidup saya.Indah aturan Allah bukan?. Itupun,masih terlalu banyak lagi yang boleh dipelajari dan dicari,cuma badan ni kena rajin sikitlah.haha..

   Banyak pulak menulisnya,padahal tengah bosan ni study DLD, gelak besar.Papepun,selamat berjuang dan berusahalah sehabis baik dalam menghadapi peperiksaan akhir semester kali ini.Segala salah dan silap saya mohon dimaafkan dan ketahuilah saya telah maafkan apa sahaja yang mungkin telah anda lakukan terhadap jasad ini,jika ada,heee...

All the best! Bittaufiq wannajjah! semoga berjaya!

Monday, May 04, 2015

88 KALI SEHARI


   Mata redup Farhan merenung wajah Iman yang putih bak salji.Wajah yang menjadi peneman hidupnya sejak 5 tahun yang lalu,wajah yang mengejutnya bangkit subuh dan kadang qiam bersama walau sesibuk mana pun ia.Senyum manis di bibirnya kini telah lenyap,ditelan kepekatan malam dan bau gasolin hangat.

--------------------------------------------------------------------------------

"Abang sayang iman?"


Farhan meraih jemari iman dan merapatkan wajahnya ke wajah permata hatinya itu.Deruan nafas tenang iman terasa di hidung farhan.


"If it takes 88 times for me tell you that i love you every single day, i'll say it for thousands times just for you"


Rona-rona merah mula timbul di pipi Iman.


"eee,overdosed! orang tanya sikit je"


Iman menolak hidung farhan dengan jari telunjuknya.


  Pertemuan Farhan dan Iman tidaklah seperti mana-mana kisah cinta picisan seperti di televisyen,jauh sekali mereka mula dengan berkapel.Pertemuan mereka adalah takdir tuhan,yang menentukan segala peraturannya dengan indah sekali.


   Peluh dan terik mentari membakar tubuh Farhan tatkala kaki melangkah keluar dari bangunan PWTC selepas seharian meredah lautan manusia.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,acara tahunan itu memang sudah ditanda didalam kalendar hidupnya.Setiap tahun mesti tak miss punyalah!.Tangkapan hari ni,buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal Jamil dan the one and only penulis novel yang dia layan,Hlovate.Hobi Paan memang membaca,semuanya sebab abah paksa dia baca buku seawal usia 9 tahun.Buku pertama abah belanja, The Saint of Dragon,gile lah bahasa inggeris.Abah memang,dia nak anak-anak dia kuasai bahasa inggeris kerna dia sedar kepentingan bahasa tersebut kelak,emak pula guru bahasa melayu,jadi seimbanglah kut,haha.


   Dalam kesesakan dan padatnya manusia ituah tersimpannya rahsia allah yang manusia memang tak mampu nak sedar.Perjalanan Paan dari stesen Putra ke Nilai mengambil masa kira-kira 1 jam setengah.Keadaan dalam tren terlalu padat sehingga paan terpaksa berdiri.Dia akur walau dia sendiri kepenatan namun lebih ramai yang memerlukan tempat duduk.Paan mengambil posisi untuk bersandar di sebelah pintu keluar masuk.Beg galas berisi laptop dan beg plastik mengandungi buku-buku dibelinya tadi diletak dibawah sambil dijaga dengan kakinya.Hendak dilelapkan mata,risau beg dicuri orang,dia membuang pandangan keluar tingkap.


   Sedang asyik memerhati pemandangan hutan konkrit Kuala Lumpur,matanya bertembung dengan anak mata hitam keperangan itu.Pantas si dia melarikan pandangannya,kantoi!.Paan juga melarikan pandangannya,tapi ekor matanya cuba mencari semula sepasang mata yang melihatnya tadi.Mata mereka bertemu bukan secara direct,tapi melalui pantulan pada kaca pintu tren.


"Oh,,ni ke yang terbetembung mata tadi?"Paan membuat tanggapan sendiri.Disebalik celahan manusia itu duduk dua orang muslimah yang rancak berbual.Indah. Pakaian keduanya sempurna mengikut peraturan agama langit.Malah salah seorangnya berpurdah."Ni mesti budak-budak USIM" 
getus hati Paan.Paan malas ambil pusing,mungkin tadi rezekinya.

   Sampai di stesen Nilai,Paan segera ke surau kerna waktu asar telah menghampiri penghujungnya. Jam 6.30 petang,langit telah mula gelap tanda-tanda hari nak hujan.Perlahan menapak ke kedai 7-Eleven,Sony Experia  C209 ditarik keluar dari poket seluar snails putih yang dipadan dengan vans dark blue.15 minit berlalu,Puan Harlina tiba menaiki Perodua Myvi hitam.Paan membuka pintu hadapan.wajah bonda tersenyum melihat anankanda pulang setelah lama tidak bersua.Tangan puan Harlina disalami paan sebelum satu kucupan singgah di dahi Paan.Tenang.Kasih sayang sesama mereka tak pernah pudar meski usia paan telah menjejak 23 tahun.


"Tu kawan a'an ke?" 

 emak bertanya perlahan sambil matanya memerhati keadaan sekeliling.Langit dah gelap dan tak ramai orang disekitar stesen KTM tersebut.Hailah.. mak ni jangan nak pakai harung pulak ajak budak berdua tu naik sekali,pengsan aku!. "Entahlah mak,tak kenal..budak-budak USIM kut.."Paan membalas tanpa rasa,tapi sebenarnya hati bergelora.Puan Harlina diam sejenak sebelum tiba-tiba membuka pintu kereta dan menapak ke arah dua ornag sister tadi. i am so dead!


     Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja dari stesen KTM ke rumah terasa seperti sejam lamanya.Suara Siti Suriani mengendali radio IKIM berselang dengan suara emak bersembang dengan dua orang sister tadi.Walaupun mereka menolak pada awalnya,tapi mak berkeras nak hantar jugak diorang ke USIM.Dua-dua amik kos sarjana muda pengajian quran dan sunnah dengan kepujian.Berbelit lidah aku sebut nama kos depa,apalah panjang-panjang.Tapi ni serius bukan calang-calang punya orang ni.Paan senyap sahaja,segan nak join sekali.Cuma tadi mak  ada kenalkan dia,Farhan Redza, engineering, uiam.tangan diangkat sambil jari telunjuk dan jari hantu dibiarkan tegak membentuk simbol peace. Perkenalan singkat dan formal.  

  Siapa sangka setahun lepas tu mak sendiri yang kenenkan dia dengan sister tadi.Rupanya mak diam-diam still in contact dengan diorang.Dan alhamdulillah,seminggu lepas grad dari UIA terus terima satu lagi skrol.Skrol bertulis sijil akuan  pernikahan.Nur Iman Syumaila binti Abdul Rahman selamat menjadi isterinya yang sah.Ingatkan dia lagi tua,rupa-rupanya sebaya! dan hari ni merupakan hari ulang tahun keempat perkahwinan mereka.Paan dan Iman menyambutnya dengan sama-sama pergi ke tempat pertama mereka bertemu,Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.  

 Tapi sekarang Iman yang berada dihadapan Paan diam membisu.Tiada lagi gelak tawa dan senyum manis di wajahnya.Tiada lagi gurauan-gurauan manja dan rengekkan mengada.Iman sudah tiada.Sewaktu pulang dari usrah di USIM,kereta Iman dilanggar dari belakang mengakibatkan Iman tercampak keluar dari Hyundai Jetz yang dipandunya.Langgar dan lari.Paan tidak terdaya menahan air mata sambil tangan menumbuk-numbuk tanah.Mujur Iman masih mampu mendail nombor Paan saat jasadnya sudah lemah dan tidak terdaya.Namun telah tertulis di lauh mahfuz, Nur Iman Syumaila bt Abdul Rahman dipanggil menghadap Tuhannya saat ia sedang bahagia bersama suami tercinta.Saat ia pulang dari perjuangannya menyelamatkan ummah.


Tiada lagi orang nak kejut Paan untuk qiam sama-sama,


tiada lagi orang yang sibuk menyiapkan bekal untuknya di pagi hari,


tiada lagi orang yang suka membebel bila Paan tak gantung semula tuala selepas mandi,


Tiada lagi teman mengasapkan dapur dirumah,


takde orang nak dengar cerita paan dari pejabat bila dia pulang keletihan,


tiada lagi insan yang boleh disakat Paan,


tiada lagi geng mengaji dan karaoke bersama,


tiada lagi insan yang selalu bercerita tentang hari-harinya dengan Paan,


tiada lagi kasih seorang ibu buat Aishah Humaira,


Tiada lagi seorang Iman Syumaila untuk Farhan Redza.


"If it takes 88 times for me tell you that i love you every single day, i'll say it for thousands times just for you"