Friday, September 04, 2015

Secangkir Teh Pengubat Letih

   Assalamualaikum..hai!! lama dah tak jumpa dalam ruangan ini,haha.Inshallah kali ini saya cuba kongsikan manfaat daripada buku yang telah saya baca.Buku ini saya telah baca sewaktu selepas SPM dulu.Iye,semasa cuti 3 bulan yang tersangatlah lama dan menggemukkan itu.haha.Jadi inilah dia,buku bertajuk,

 "Secangkir Teh Pengubat Letih"



okay,bismillah...

   Buku ini adalah karya pertama daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang saya baca.Bertitik tolak daripada buku ini,saya terus terpikat dengan gaya penulisan dan lenggok bahasa yang digunakan oleh ustaz Hasrizal.Menariknya,saya tak beli pun buku ini,tapi milik kakak sulong saya!.ok,tak menarik,haha

   Sesuai dengan tajuk buku ini,ia sebenarnya adalah travelog kehidupan Ustaz Hasrizal yang sering ke negara Turki.Menurut pembacaan saya,buku ini kaya dengan maklumat-maklumat sejarah mengenai negara Turki dan juga keadaan di sana.Penulis juga pandai menggarap suasana di Turki untuk dibandingkan dengan negara kita, Malaysia.Selain itu,kisah persahabatan antara penulis dengan rakannya di Turki,Fatih amat menyentuh perasaaan.Hasil bentuk penceritaan penulis yang santai dan menarik menyebabkan saya teruja untuk berkenalan dengan Fatih!.

   Buku ini juga diisi dengan idea-idea dan pandangan peribadi penulis terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung,ia sangat merangsang otak saya untuk berfikir.tidakkk,lol.
Secangkir Teh Pengubat Letih juga menyunting semangat saya untuk berkelana ke negara yang pernah digelar The Sickman Of Europe. Saya ingin merasai sendiri islam disini,sebuah negara bekas tadbiran khalifah yang runtuh lalu diperintah dengan fahaman sekularis.Saya ingin melihat wajah-wajah masyarakat disini,gaya hidup mereka,percakapan mereka dan merasai makanan mereka,huhu.Inshallah.Harap-harap dapatlah menjejakkan  kaki ke bumi khilafah uthmaniyah ini kelak.amin.

   Secara keseluruhannya,buku ini sangat bagus untuk dibaca oleh semua peringkat umur,lebih-lebih lagi yang sudah menginjak ke tahap remaja dan belia.Isi kandungannya membina dan sangat bermanfaat.Sejak membaca buku ini,saya tidak pernah terlepas mengikuti karya-karya dan hasil penulisan ustaz Hasrizal.Anda juga boleh mengunjungi blog ustaz disini ..Masih lagi tak kenal Ustaz Hasrizal? beliau lah penulis buku best seller "Aku terima nikahnya",huhu..hat ni saya tak baca lagi.
heeee~

sekian itu sahaja.Jangan malas membaca,sebab ada kajian mengatakan bahawa,

*saya suka membaca,eh.
 

3 comments:

  1. Alahai,baru je cakap pasal Turkey tadi. Ni Kena baca buku nih *semangat membara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca2,, best sebab cara berfikir ustaz hasrizal menarik dan lari dri kebiasaan. :)

      Delete
  2. Alahai,baru je cakap pasal Turkey tadi. Ni Kena baca buku nih *semangat membara.

    ReplyDelete