Pagi rabu 13 januari 2016, gigih kaki saya melangkah keluar dari rumah seawal jam 6.30 pagi kerana perlu ke stesen KTM Nilai dengan segera. Waktu pagi di bumi Nilai dingin dan dihiasi dengam pohon-pohon yang masih berembun. Pancaran-pancaran emas matahari masih belum kelihatan di dada langit, namun burung telah mula terbang keluar mencari makan. Indah dan mendamaikan. Usai bersalaman dengan mak, abah menghantar saya ke stesen KTM sebelum memecut ke tempat kerjanya. Kaunter tiket pada waktu begini hanya dipenuhi oleh orang ramai yang kebiasaannya bekerja di sekitar Bangi, Kajang dan Serdang namun menetap di Bandar Baru Nilai. Kebanyakkan penduduk tetap di Nilai bekerja di Kuala Lumpur, KLIA, Putrajaya dan kawasan yang saya sebutkan diatas. Mereka lebih gemar tinggal di kawasan yang masih membangun dan tidak sesak. Memang diakui bandar Nilai adalah kawasan perindustrian, namun ia masih belum sesibuk atau sesak seperti Kajang,Bangi dan jauh sekali Petaling Jaya. Oleh kerana itu ramai yang memilih untuk menetap disini dan mengambil pengangkutan awam untuk ke tempat kerja mereka. Jaringan pengangkutan awam disini juga amat bagus dengan adanya terminal bas dan stesen KTM. Malah, stesen ERL juga yang ada di Bandar Baru Salak Tinggi,BBST memudahkan perjalanan penduduk disini. Jika dari Nilai hendak ke BBST, ia hanya mengambil masa kurang dari 15 minit. Saya mengambil keputusan untuk keluar pada awal pagi kerna pada jam 11 pagi nanti saya perlu untuk ke Pejabat Anak-anak Saraan Mara, ANSARA di Ampang. Disana, saya diamanahkan untuk membawa sedikit sumbangan ubat-ubatan dan vitamin daripada pihak Ansara buat penduduk orang asli di Kelantan nanti. Pihak Ansara amat berbesar hati untuk sponsor barang-barang seperti ini jika ada bekas pelajar MRSM yang terlibat di dalam program tersebut. Saranan saya, jika anda adalah ex-MRSM dan ada menyertai program-program khidmat komuniti dan kemasyarakatan, jangan lupa untuk memohon sumbangan dari mereka. Ini kerana pihak Ansara sendiri ada program ANSARA Kasih dimana ini adalah salah satu daripada Corporate Social Responsibility, CSR mereka.
Tiba di UIAM Gombak pada jam 10 pagi, saya telah terlebih dahulu menyewa sebuah kereta untuk ke Ampang. Sambil ditemani rakan saya Muhaimin, kami meluncur laju menuju ke Ampang. Dapat pula kereta Perodua Myvi Baharu,yang Facelift tu, pergh memang sedaplah bawak sampai tersalah jalan.aduh.. Daripada mampu ikut jalan yang tiada bayaran tol kami terpaksa juga lalu lebuhraya Duke dan akhirnya kene bayar tol,luls.. Kebetulan saya baru sahaja topup kad TouchNgo kelmarin, fuh nasib baik. Sampai di Ampang point kami bergegas mengambil ubat sebelum pulang ke kampus UIA semula. Sempat juga kami berkenalan dengan brother Fathuddin, pegawai yang berurusan hal berkaitan ubat dan vitamin tersebut,peramah orangnya. Alhamdulillah, selesai lunch dan zuhur, kami mengikuti slot Induction yang dikendalikan oleh ahli-ahli Comrade. Sejujurnya sambutan yang mereka berikan agak dingin dan hambar, namun saya hargai usaha mereka yang bersusah-payah mengadakan Induction buat kami yang first timer ini. Mungkin mereka terlalu sibuk dan terlepas pandang adab dalam melayan tetamu, tetapi tidaklah saya rasa melenting sangat. Saya sendiri pun kadang terlepas pandang dalam hal-hal sebegini. Untuk mengatasi masalah ini, saya sendiri cuba menceriakan diri dan memulakan perbualan dengan mereka. Dan Alhamdulilllah ia berjalan dengan baik, slowly but surely the bond will be created, and the ice will melts. Ini pegangan saya.
Malam hari, kami bertungkus-lumus menyusun barang bantuan dan segala alatan yang perlu dibawa pergi kesana. Segala jenis benda daripada Tong gas,barang dapur hinggalah ke PA system dan barang-barang module dikemas dan disusun untuk dibawa naik ke dalam bas dan van pada esok hari. Sebelum menutup mata dan berlayar ke alam mimpi, saya memasang niat dan harapan. Niat untuk menjadikan perjalanan kali ini bukan sekadar perjalanan sia-sia dan mengisi masa cuti semester yang panjang ini. Tetapi untuk menjadikan perjalanan kali ini perjalanan penuh erti dan membawa saya kembali kepada Ilahi. Sebuah perjalanan yang ingin saya jadikan Jalan Pulang ke sisi Tuhan setelah kerap lalai dalam hidup bertuhan. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, moga program kali ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, tutur saya di dalam hati.
14 JANUARI 2016 HARI PERTAMA
Pagi yang indah dan terang menghiasi kawasan bukit batu kapur daerah Gombak. Selesai segala kerja mengangkat barang-barang ke dalam bas dan van, kami bertolak dari UIAM Gombak pada kira-kira jam 8.30 pagi. Breakfast sekadar roti dan air sahaja yang tersempat nak telan pagi tadi. Di dalam bas, kami diberi dua biji pil untuk mengelakkan demam malaria. Pil ini persis seperti yang saya telan ketika menyertai trip bantauan banjir pada tahun lepas,juga di negeri Kelantan. Sungguh kuat betul jodoh dengan negeri Kelantan, dengan orang Kelantan? ermm.. Bas yang kami naiki serius laju sangat, tak tahu lah pak cik ni power sangat rasa macam terbang atas angin sahaja dia bawak. Alhamdulillah lebih kurang jam 12 tengahari kami dah menapak di Hentian Gua Musang. Nostalgik, teringat lagi setahun yang lepas ketika singgah disini. Usai mengisi perut dengan makanan yang sedap-sedap buat kali terakhir, kami meneruskan perjalanan.Sejam sahaja perjalanan dari Hentian Gua musang dan akhirnya kami tiba di pintu masuk ke Pos Lebir, Gua Musang. Perjalanan kami menaiki bas Dataran Pintar 68 dan 67 berakhir disini kerana seterusnya yang menanti ialah 3 buah trak Toyota Hilux dan 3 buah lori pikap. Bersedia semua? gelak besar. Dengan menaiki 6 jentera ini, kami membelah masuk ke dalam hutan belantara yang mengambil masa kira-kira 25 minit. Dua buah lori pikap dipenuhi dengan peserta lelaki dan perempuan. Sebuah dinaiki oleh 40 peserta perempuan dan sebuah lagi lori diisi dengan peserta lelaki. Segala peralatan, beg pakaian dan barang bantuan agihan telah disusun diatas dua buah Hilux dan berbaki sebuah lori pikap.
Selesai offload barang2 dari bas |
Mari membelah belantara! hoyeah |
brothers |
Tiba di Pos Lebir, saya agak kagum dan terkejut dengan fasiliti yang ada disini. Sebuah sekolah rendah tersergam indah di tengah belantara. Sekolah Rendah Pasir Linggi sebenarnya telah lama didirikan disini dan telah beberapa kali berubah wajah dek kerana musnah dilanda banjir. Dan yang terbaru adalah kejadian banjir besar di Negeri Kelantan pada tahun 2015 yang lalu. Walaupun bangunan dan kelas-kelas disini telah pulih semula seperti biasa, namun bekalan air dan elektrik masih belum sempurna. Kami telah menjadikan surau sekolah sebagai pusat operasi kami,OR dan juga dapur buat biro katering. Peserta perempuan tidur di asrama perempuan manakala peserta lelaki menginap di surau merangkap OR program. Pada awalnya sukar buat kami peserta lelaki menerima hakikat tempat kami tidur dan menyalin pakaian adalah di OR dimana semua orang berkumpul, namun sedikit demi sedikit kami nampak hikmahnya.Nak tahu apa hikmahnya? nanti akan saya ceritakan.gelak kecil.
depa kata dah rupa pemerdagangan manusia, haha |
Biro Persediaan dan Teknikal (PREPTECH)
Sebelum bertolak ke POS Lebir, kami terlebih dahulu telah dibahagi kepada beberapa biro. Sistem ini bagi memudahkan urusan kami disini selain lebih sistematik dan tersusun. Antara biro yang ada ialah Catering, Sponsor, Module, Sport, Research and Development (RnD), Dakwah and Ibadah (DnI), dan juga Preparation and Technical (Preptech). Saya telah ditugaskan untuk berkhidmat didalam biro Preptech. Antara tugas kami diawal ketibaan disini ialah memasang kanvas dan persediaan dapur buat biro katering. Selain itu ialah memeriksa bekalan air dan tandas yang boleh diakses oleh para peserta disepanjang program ini. Alhamdulillah menjelang maghrib, semua barang-barang dan urusan penginapan telah berjaya diselesaikan. Walaupun ini kali pertama saya disini dan diberi tugasan lagi sebagai biro preptech, saya bersyukur kerana ada sebahagian ahli lama Comrade yang memberi tunjuk ajar tentang apa yang perlu kami lakukan.
Malam pertama kami di POS Lebir diisi dengan slot taaruf dan briefing mengenai perjalanan program pada esok hari. Didalam sesi taaruf, kami dikehendaki menulis soalan diatas kertas sebelum direnyuk dan dicampak kepada orang lain. Soalan-soalan ini adalah bebas dan berkisar tentang pengalaman manis, pahit, membina dan tidak kurang juga yang menyentuh jiwa dan perasaan. Kami membentuk bulatan raksasa dan seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka sambil menjawab soalan yang mereka terima dari insan lain. Modulnya ringkas, namun pada saya ia menelan masa yang terlalu lama kerana setiap orang hebat sangat jawab soalan panjang lebar,haha..
Selesai dengan sesi taaruf, kami diberi penerangan tentang perjalanan program pada hari esok.
Sesi Taaruf |
Tak sabar nak mulakan hari esok! laila saidah
links:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Epilogue
Nice entry. Keep it up. U hav 6 days to go.
ReplyDeleteNice entry. Keep it up. U hav 6 days to go.
ReplyDeletethanks.. gila banyak nak tulis, luls
DeletePatut senyap je. Pergi join COMRADE rupanya. Ingatkan under ANSARA.. eh,kalau nak mintk sumbangan dr ANSARA mcm mana eh?
ReplyDeletePatut senyap je. Pergi join COMRADE rupanya. Ingatkan under ANSARA.. eh,kalau nak mintk sumbangan dr ANSARA mcm mana eh?
ReplyDeletehaah.. boleh je apply, contact pejabat ANSARA, pastu cerita lah sikit details program. convince depa. hoho
DeleteOwh.orait.eh.ada join sukan ANSARA? Kawan2 mrsm ada inform.tp sistur ni tak pandai sukan.haha
Deletekarnival Syoknya Ansara kan? haha aku tak join pun..
Delete