" Kami hayati pagi ini ya Allah di mana pagi ini kerajaan alam ini ditanganMu. Pujian untuk Allah, tidak ada sekutu baginya. Tidak ada tuhan sebenarnya melainkan Dia, kepadanya kami bakal dihimpunkan "
Paduan suara anak-anak UIA menutur al-Mathurat mengisi pagi hari di bumi Pasir Linggi. Al-mathurat memang sudah menjadi rutin bagi kami sepanjang seminggu disini. Setiap pagi dan petang akan dibaca secara berjemaah. Alhamdulillah, nikmat sebegini amat sukar dicari. Hari ini juga merupakan kali pertama kami akan bersua muka dengan keluarga angkat masing-masing. Terlebih dahulu, kami telah dipecahkan ke dalam adik-beradik angkat terdiri daripada peserta perempuan dan lelaki. Seperti yang dimaklumkan, setiap kumpulan akan digabungkan peserta yang sudah berpengalaman dan first timers. Dan disinilah saya ditemukan dengan 3 orang adik-beradik yang telah lama terpisah, luls. Kami berempat dan hanya saya seorang lelaki,
Matahari telah mula membakar pada jam 10 pagi. Kebiasaannya rata-rata kita sedang mengerjakan solat sunat Dhuha tika ini,
"Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat segala kecacatan) sedang ia pula dalam berkeadaan lemah lesu(kerana habis tenaga dengan sia-sia)" al-Mulk ayat 4
Mata terpaku menyaksikan kekuasaan ilahi, hati berdebar untuk bersua nanti, biidznillah.
anak-anak Uia bersama dengan apak angkat |
Setengah jam bertempur di sungai, kami pulang ke rumah amek dengan kejayaan. Seekor ikan berjaya dipancing RS, boleh tahanlah buat orang yang kali pertama. Nak Limah juga tidak segan-silu melayan telatah kami di sungai tadi. Halimah, itulah nama nak. Oh ye, maaf kerana saya tak jelaskan di awal cerita tadi. Disini lelaki dewasa digelar "apak" manakala wanita dipanggil dengan gelaran "amek" ataupun "nak". Mahu lebih mesra, panggilah "nak" yang bermaksud ibu, amek pula bermaksud mak cik. Antara yang sempat kami borakkan dengan Nak Limah adalah tentang tujuan kami ke sini, peristiwa banjir besar tahun lepas dan tidak kurang juga tutorial menanam benih pokok tomato. Yup, misi kami buat ziarah pertama ini adalah untuk mencipta bonding dan mengajar keluarga angkat kami cara-cara menyemai benih sayur-sayuran dan buah-buahan. Kami sedia maklum ada dalam kalangan mereka yang lebih arif daripada kami, tapi apalah salahnya berkongsi ilmu bukan?. Dalam rancaknya kami bersembang, terlihat kelibat amek keluar bersama anak-anaknya dari rumah pertama yang kami kunjungi tadi. Senyum lebar. Tanpa membuang masa, kami meminta izin daripada Nak Limah untuk mengundur diri sebelum terus ke rumah keluarga angkat kami yang pertama. Hampir setengah jam juga masa kami luangkan untuk mengenali nak Nora. Suaminya apak Ghani merupakan ustaz yang berkhidmat di kampung ini, namun sewaktu kedatangan kami apak keluar bekerja. Katanya melombong emas di Kuala Koh. Selesai dua buah rumah, kami bergerak pulang ke OR kerana waktu zuhur telah berkunjung tiba.
Kisah kawasan perkuburan Pasir Linggi
Sebelah petang hari kedua kami diisi dengan aktiviti bergotong-royong. Sememangnya antara aktiviti wajib ketika berkunjung ke dalam perkampungan orang asli adalah untuk membersihkan dan menambah baik kawasan persekitaran mereka. Kami dibahagikan kepada dua buah kumpulan, lelaki dan perempuan. Semua pelajar perempuan dikerahkan untuk membersihkan kawasan surau kampung Machang manakala kami peserta lelaki menyinsing lengan membersihkan kawasan kubur. Semasa ziarah pada pagi tadi, kami ada juga mewar-warkan kepada penduduk kedua-dua belah kampung tentang aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan pada petang hari. Mereka menyambut baik cadangan kami malah ada yang sanggup meminjamkan peralatan dan perkakas buat aktiviti petang ini. Namun, para penduduk kampung tidak mahu serta dalam aktiviti membersih kawasan kubur. Kata mereka, beberapa bulan yang lepas salah seorang dari penduduk kampung telah meninggal dunia dan dikuburkan disitu. Tetapi setelah itu mereka telah diganggu oleh si mati sehingga menyebabkan mereka ketakutan. Disebabkan peristiwa ini, mereka enggan menolong kami peserta lelaki disini. Fuh
membersihkan kawasan surau |
Usai solat asar, saya dan rakan-rakan lelaki turun ke padang bermain bola sepak dengan anak-anak orang asli. Benarlah kata orang, bolasepak menyatukan kita tidak mengira bangsa, bahasa dan negara. Galak sungguh bermain dengan mereka hingga menghampiri waktu maghrib. Meski hidup jauh dari kemudahan menonton La Liga, English Premier league mahupun Liga Super Malaysia, kebolehan dan bakat-bakat muda disini harus dibanggakan. Mungkin Dato Vida dan team Kelantan boleh datang ke sini dan buka peluang untuk anak-anak disini mencuba nasib. Rezeki di tangan tuhan, siapa sangka jika muncul Santiago Munez dari Pasir Linggi? atau mungkin Piya kapten marvel dari kampung Machang? ahaha
riadhah petang |
Disebabkan isu seperti inilah saya amat mengkagumi usaha-usaha dari kelab seperti Comrade, Jasa dan Titian asli yang selalu turun menyantuni masyarakat orang asli. Sungguh apa yang mereka lakukan ini amat besar nilainya disisi tuhan. Semoga allah terima segala amal yang kami lakukan sepanjang berada disini. Malam kami diteruskan dengan post-mortem harian dan briefing untuk Sports Carnival yang akan dijalankan pada hari esok.
Sebelum menutup mata dan berlayar di alam mimpi, saya merenung dan mengingati bahasa batik yang sempat saya pelajari sebentar tadi. selamat malam dunia!
Kamus batik-melayu
yek- saya
jebit- Huduh
Kedah- Lawa,cantik
Jemagat- Kacak
Tom- Sungai
links:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Epilogue
No comments:
Post a Comment