Saturday, August 01, 2015

ROMBAKAN



    Juan Mata adalah salah seorang pemain terkemuka pasukan kebangsaan Sepanyol.Sewaktu musim 12/13  Liga Perdana Inggeris(EPL),beliau memenangi anugerah "player of the year" bagi kelab Chelsea.Beliau amat digemari dan disayangi peminat-peminat The Blues.Namun kehadiran semula " The Special One" Jose Mourinho sebagai pengurus Chelsea telah menggugat kedudukan beliau dalam starting eleven chelsea.Walaupun beliau pemain paling digemari dan banyak berjasa,mourinho melakukan rombakan dan menggugurkan beliau.Kerana apa? Kerana Mata gagal mengikut arahan taktikal yang ingin Special One laksanakan.Sikapnya mengganggu prestasi pasukan dan menyebabkan akhirnya beliau dijual kepada seteru utama Chelsea,Manchester United.

   Begitulah juga senarionya di negara kita kini.Oleh kerana kegagalan melaksanakan aspirasi pergerakan,maka individu itu digugurkan dari pasukan.Kekuatan sesuatu pasukan bergantung kepada kesepakatan ahli2nya.Jadi Rombakan adalah perkara biasa.Kita sebagai rakyat hanya mampu bersuara dan melihat sahaja.Sama seperti sedihnya hati peminat The Blues apabila melihat kelibat Mata berbaju merah united.Pedih.

    Namun kita masih punya kuasa,kuasa untuk memilih.Pilihan kita menentukan masa hadapan kita.Memang benar jasa silam mereka amat banyak dan cemerlang.Tetapi kita perlu lihat pada kerelevanan dan objektif semasa,ADAKAH mereka masih berpegang pada matlamat asal atau telah terpesong?.Jika hendak bercerita mengenai kegemilangan silam,baiklah duduk semeja dengan peminat Liverpool.Puak2 YNWA memang terar bab2 kegemilangan silam.

    Hakikatnya sama sahaja buat setiap pergerakan.Akan ada rombakan demi kebaikkan mereka.Cuma kita ini,dah berjaya tamatkan sebulan ramadhan,adakah kita semakin baik atau sama sahaja?lagi sedih jika makin teruk!.
Mari lakukan rombakan hati.

kAhfi Guys~
kemon2

Tulisan ini adalah pandangan peribadi saya sendiri.Tidak memihak kepada mana-mana pihak kerana saya percaya pada kebebasan meluahkan suara dan pandangan yang diamalkan di negara demokrasi berpelembagaan ini. #neutralist

No comments:

Post a Comment