Monday, July 27, 2015

Hati Pandora




Kadang-kadang bila kita terlihat seseorang terus terasa bahawa dia lah yang selama ini dicari-cari.


"I think she's the one."ececeh..


Boleh jadi juga sebenarnya anda tenggelam di dalam mainan perasaan sendiri. Kerana cinta yang ikhlas dan tarikan sementara ada perbezaannya. Dan majoriti dari kita sebenarnya hanya mengalami simptom tarikan sementara. Senyum.


   Tidak mustahil jika saya katakan bahwa perkara ini berlaku kepada setiap orang. Tipulah kalau masa sekolah menengah dulu anda takda crush atau pasang impian nak kahwin bagai dengan orang yang anda minat itu. Namun, hari berganti hari, bulan berganti bulan, anda sedar bahwa ia hanya tarikan sementara. Keinginan untuk memiliki dan memenuhi trend semasa menjadikan kita buta pantang larang agama. Inilah yang dimaksudkan dengan tarikan sementara. The feelings doesn't last long. It fills up your heart, but for a short period of time. Then it dissapeared. again. Memang lumrah budak-budak sekolah couple sana-sini hatta sekolah agama. Bertudung labuh pasangannya songkok tinggi enam kaki. Cinta enta-enti katanya.heh,


  Makanya, berhati-hatilah dalam menjaga hati dan perasaan kita. Fitrah manusia dijadikan berpasang-pasangan, namun kita perlu mengawal dan menghalakan ia ke jalan yang halal dan menguntungkan. Bayangkan zaman sebelum ada Whatsapp dulu ramai antara kita belanja top-up nya sahaja mencecah puluhan ringgit setiap bulan. Semuanya untuk benda yang tidak pasti. Kelakar kan?


   Orang kata, dalam memberi nasihat yang terbaik ialah orang yang pernah duduk dalam kasut tu sendiri. Atau bahasa mudahnya, dia sudah terlebih dahulu berada di dalam situasi tersebut. Contohnya, hanya seorang bekas perokok mampu inspire perokok tegar lain untuk berhenti. Ataupun hanya orang yang sudah berkahwin lebih didengari nasihatnya berbanding orang yang belum kahwin. benar?


  Saja random pilih topik ini sebab kadang terkilan tengok ramai sahabat dan junior yang terjerat dengan jerat perasaan. Akhirnya tidak membawa kemana.Nak suka boleh, tapi pepandai lah urus perasaan dan nafsu tu. Memang SUSAH i know, semua nak hidup berpasangan tapi bila dah dapat "The RIGHT person at the RIGHT time", then you realise that the wait worth it en. Studies, parents, careers, future life etc. Ada 10001 perkara lagi yang kau boleh fokus dan raih kebahagiaan dengannya.


Luaskan pandangan anda,baru nampak bahwa dunia ni luas.Selamat menjaga hati.

x

10 comments:

  1. Replies
    1. Pandangan sekilas itu yang terasa setahun lamanya.hihi

      Delete
  2. kuat penangan entry kembara cinta dlm dimensi-ain semalam eh.haha.

    ReplyDelete
  3. nice, but pendek sangat. tak puas baca haha.

    ReplyDelete
  4. panjang takut orang bosan.haha,inshallah lain kali panjang pula.thanks :)

    ReplyDelete
  5. Eh dah masuk iium confession ahhh... Izzat punyaa stori ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh? yeke..dah kenapa ke situ, haha

      Delete
    2. Aahhh samaa haha yg tuu→→ http://www.iiumc.com/ich-liebe-dich/

      Delete