Selepas hampir 8 jam perjalanan,kami tiba di Kota Bharu pada jam 6 pagi. Elok-elok je sempat singgah solat subuh di masjid Ayesha,Kok lanas. Sedap betul nama masjid ni,first time jumpa masjid yang namanya agak moden lah jugak. Nak kata rezeki Allah tu ada dimana-mana,usai solat subuh ada pak cik belanja makan mee goreng. Sedekah jariah mungkin kerna hampir 40 pack juga yang dibawanya. Orang dah bagi takkan kita nak menolak en?hihi. Solat sudah,breakfast pun sudah, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan dan penempatan, kira macam headquarters untuk team UIA la,di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Kota Bharu. Tiba sahaja disana,hujan lebat menyambut ketibaan kami.Allah..Kawasan sekitar kampus juga dinaiki air,tapi takat buku lali je certain area, tak semua. Kesan air banjir yang naik tinggi pada hari krismas lepas jelas kelihatan di dinding-dinding kawasan kampus. Bayangkanlah,bila kitorang ukur,paras dada kut tinggi dia, serius tinggi. Pokok-pokok pun ada yang dah mati, kekuningan disalut selut coklat kerna ditenggelami air banjir. Kami berada tidak lama disini dan tak sempat pun nak offload luggage ke tempat penginapan, dah kena bergerak ke Balai Polis Kota Bharu kerna ada kerja disana. Pergh,tak nyempat nak rehat dah kena jump into actions..muahaha
Hujan masih belum reda ketika kami tiba di Balai Polis KB. Disini,kami ditugaskan untuk membantu pihak polis membersihkan kawasan sekitar balai mereka. Sebenarnya kitorang ingat main lumpur tu best, sekali sampai sini,allah je tahu bertapa penat dan lecehnya nak hilangkan kesan lumpur nih. Dalam proses gotong-royong di balai polis ini, kami turut bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Bomba, RELA, Polis pelatih dan warga balai polis KB sendiri. Disini jelas terpampar semangat gotong-royong dan kesedaran sosial antara para sukarelawan dan semua yang terlibat. Terkadang sedih dengan masyarakat sekarang yang semakin hilang nilai-nilai kerja kemasyarakatan dan hubungan sesama manusia. Nak disalahkan teknologi,manusia sendiri yang mencipta teknologi demi kemudahan mereka. Maka terletak pada kita untuk guna teknologi dan segala kemudahan dengan betul. Ramai juga anggota polis disini yang asalnya bekerja luar dari negeri Kelantan, kemudian pulang kesini semula. Jadi, tak adalah kami ada masalah nak berborak dengan mereka, ialah sesetengahnya kecek kelate pekat sangat,tak berapa nak faham,ahaha..
Optimus Prime!haha |
Makanya,merasalah melantak maggi cup panas asap berkepul-kepul dibawah hujan rintik-rintik. Nikmat dia,pergh..haha..Sungguh, walau aktiviti pagi ini nampak seperti santai dan gembira sahaja, tapi banyak yang kami dapat. Nilai-nilai masyarakat melayu di disini masih tidak pudar seperti di kebanyakkan bandar-bandar besar. Moga ia terus terpelihara dan diteruskan generasi akan datang, kita.
Kampung Pendek,Kota Bharu
Sore pertama di Kelantan kami berlepas ke Kampung Pendek bagi membantu membersihkan sebuah surau yang masih diselimuti selut dan sisa banjir. Pertama kali menjejak kaki ke ruang dalam dalam surau,lantainya coklat sambil dinding masih kuning kesan air banjir. Bahagian luar surau tidak kurang teruknya, selut di longkang juga sedalam 1 kaki.Surau ini juga masih tak dibersihkan kerana orang-orang kampung masih lagi membersihkan kawasan rumah mereka. Saya memilih bekerja untuk membersihkan kawasan luar,sebab kerjanya berat sedikit berbanding di dalam. Biarlah sisters settlekan bahagian dalam,sambil ada segelintir brothers yang menolong mengangkat almari dan perkakas lain yang ada untuk dibasuh. Dugaan pertama,bekalan air bersih tiada. Kerajaan negeri Kelantan telah mencatu air menyebabkan bekalan air terputus,tangki air surau pun dah habis.Hanya sempat digunakan untuk menembak air tadi. Kami termenung..takkan hendak ditinggalkan kerja separuh jalan.sedih melihat keadaan surau yang masih kotor dan tidak sesuai digunakan. Alhamdulillah,Allah maha melihat dan mengabulkan doa hamba-hambanya. Pakcik yang menetap di sebelah surau menawarkan kami sumber air dari peringinya,inshallah cukup katanya. Namun kami diuji lagi bila kekuatan daripada Water jet tidak cukup kuat untuk menyedut air dari dalam perigi. Bemacam cara juga dicadangkan,antaranya nak guna metode tradisional dimana kita cuba sedut air dengan menggunakan mulut,tapi tak berjaya. Permukaan air terlalu jauh dari mulut perigi,kompem semput nak sedut!ahaha
ruang solat surau |
Malam ini kami diberi waktu untuk berehat. Kerja tak semegah pun tapi dah berehat,ahaha..Sempat juga berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan bersebelahan dengan UMK, kebetulan ada pasar malam,hihi. Tapi sebab kitorang ni jenis ikut peraturan, kami tak beli kerna dilarang sebab takut makanan yang dimasak kurang bersih,yelah faktor bekalan air bersih dan tanaman yang ditenggelami air banjir. Solusinya,pergi 7E ajelah.haha. Menghampiri jam 11 malam, geng2 brothers melepak ngeteh sambil bonding tengok game Chelsea lawan Newcastle di warung berhadapan dengan UMK. Dalam bas kata takkan beli makanan luar, sembang lebat semua! teh tarik dan laksa ditelan cukup berselera, hahaha. Walau baru berjumpa dan takat kenal muka sahaja, bila masuk bab tengok bola, sembang bola semua sekepala! Alhamdulillah buat hari pertama di bumi Kelantan. Mengharapkan agar esok diberi kekuatan untuk bangun awal sebab malam ni lepak lama sampai tiduq jam 1 lebih,wahaha.
kawasan luar surau |
para sukarelawan |
No comments:
Post a Comment