Wednesday, January 21, 2015

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 1

Travelog ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis selama 4 hari 3 malam bermusafir ke negeri Kelantan,atas kapasiti sebagai salah seorang sukarelawan program pasca banjir iium 2015.

Jumaat,9 Januari 2015

   Pagi jumaat yang segar itu diisi dengan rutin-rutin biasa.Saya baru pulang ke rumah kelmarin selepas tamat peperiksaan akhir semester di uia gombak.Alhamdulillah,begitu pantas masa berlalu bila mengenangkan saya telah berjaya menamatkan tahun pertama di uiam.Menjadi  seorang pelajar kejuruteraan tak menyekat niat saya untuk belajar ilmu-ilmu lain.kalau boleh saya nak belajar semua ilmu,dan antara yang paling  diminati adalah berkaitan manusia,atau lebih mudah dipanggil sains kemanusiaan.Oleh sebab itu,3 minggu lepas ketika tawaran untuk menjadi sukarelawan program pasca banjir dibuka,tanpa teragak-agak saya terus isi nama.Masa tu tak fikir pasal member sangat,asalkan dapat join.Sebab saya memang dah lama nak join program-program macam ni.


   Jam 4 petang,setelah usai solat jumaat di masjid bandar baru Nilai,saya memulakan perjalanan ke uiam gombak.Ini kerana bas kami yang akan membawa kami ke Kelantan akan bertolak pada jam 10 malam nanti,maka sengaja saya bertolak lewat dari rumah.Emak dan Abah sudah pun merestui pemergian saya,'Jaga diri baik2,jangan lupa pakai mask masa buat kerja ,kat sana banyak habuk",dialog wajib semu amak bapak kat dunia.Pesanan menjaga diri lah en..Abah pun dah dua kali ke Kelantan sebelum ni dengan misi bantuaan banjir anjuran tempat kerjanya.Perjalanan ke gombak mengambil masa kira-kira 2 jam jika menggunakan pengangkutan awam.Ini kerana saya terpaksa transit beberapa kali.Pertamanya dari Nilai saya akan menaiki kereta api tanah melayu,KTM hingga ke KL sentral.kemudiannya dari nadi negara malaysia itu saya akan menaiki LRT untuk ke stesen Putra di gombak sebelum menaiki bas rapid U231 menghala ke dalam uiam. Begitulah flow dia,dah masak sangat dah,sampai kalau tidur pun automatik terjaga kalau dah nak sampai stesen tu,ahahaha..Alhamdulillah,tepat jam 7 malam sampai di uiam,kerna kunci bilik dah dipulangkan kepada mahallah office.maka terpaksa lah saya menumpang di bilik rakan, Si Fawwaz yang kebetulan belum pulang kerna masih belum habis exam,haha..Dia ni budak HS,human science kat Gombak,sek kelate jugok ni.

   Selang waktu antara maghrib ke waktu perlepasan kami ke Kelantan saya isi dengan berborak santai bersama Fawwaz.Malah beliau juga sepatutnya dapat menyertai kami ke Kelantan,namun takdir allah mendahului beliau tidak dapat bersama-sama dengan kami ke sana. Sewaktu makan malam, sempat juga kami berbincang keadaan di negeri Kelantan dan tempat lain yang terjejas kerna banjir yang melanda tahun ini. Kata fawwaz lagi,banjir tahun ini adalah yang terburuk dalam sejarah negeri Kelantan,Takkanlah dia nak gebang sebab fawwaz sendiri adalah orang Kelantan. Disini dapat aku simpulkan bahawa jika belia sekarang gagal untuk melibatkan diri mereka dalam kancah permasalahan negara,maka negara itu pasti akan menghadapi masalah kelak. Sebagai seorang mahasiswa,kita perlu ambil tahu hal-hal semasa dan isu yang sedang dibincangkan dalam negara. Seorang mahasiswa tidak seharusnya hanya memikirkan tentang urusan pelajarannya semata, jika tidak begaimana anda boleh expect generasi pemimpin pada masa hadapan yang lebih baik jika hidupnya hanya diisi dengan kuliah,katil dan kafe, Kita perlu lebih daripada itu.




   Menjelang  jam 10 malam,para peserta telah pun berkumpul di sekitar tangga besar yang cukup popular dalam kalangan warga uia itu. Disini kami mendaftarkan diri dan diberi sedikit taklimat mengenai program serta diberi pil antibiotik sebagai langkah awal untuk mengelakkan jangkitan penyakit atau sebarang masalah kesihatan disana. Seperti yang kita maklum,keadaan udara dan air disana masih kurang bersih kerna sisa-sisa sampah dan najis yang ditinggalkan hasil bawaan air banjir yang tinggi. Sudah tentu jika nak sakit tu akan sakit juga,tapi bukankah islam mengajar kita untuk berusaha dahulu sebelum bertawakal.

Diceritakan Rasulullah saw pernah berkata kepada salah seorang sahabah yang kurang jelas dengan erti tawakal ketika itu.Sabda baginda."tambatlah unta mu kemudian bertawakal kepada Allah".Ini adalah kerana sahabah tersebut beranggapan bahawa beliau tidak perlu menambat untanya apabila berhenti kerna cukup dengan bertawakal kepada Allah untuk menjaga untanya.Konsep ini salah dan perlu diperbetulkan.Sebelum kita bertawakal kepada Allah,kena ada usaha, kena ada actions,barulah kita berserah pada Allah.haa gituh..

   Tepat jam 10.30 malam,rombongan kami mula bergerak. Dua biji bas dengan kekuatan hampir 60 orang gabungan sister and brother berlepas ke Negeri Kelantan. Rombongan yang membawa satu misi dan tekad,demi ummah dan kemanusiaan. Kelantan,kami datang!

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 1
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 2
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 3
Tenggelamnya Serambi Mekah: Epilogue

No comments:

Post a Comment