Tangan diatas lebih baik dari tangan yang dibawah
|
UMK Kota Bharu |
Pagi 11 januari 2015. Hari ketiga kami di bumi Kelantan. Pancaran matahari yang terik tidak terasa kerna angin dan hawa dingin membuai lembut. Langit juga cerah hari ini, tidak menggambarkan kedatangan hujan sambil awan putih berselerakan di dada langit. Indah. Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi sebagai peringatan menunjukkan kekuasaannya. Sarapan kami pagi ni mee goreng dan segelas ayor teh o. Ketika sarapan tadi juga sempat bertegur sapa dengan pelajar-pelajar islam dari Thailand yang turut serta ke Kelantan. Sebelum ni tak perasaan kehadiran mereka kerna jadual kami tak sama, sebab tu tak bersua. Tapi pagi ini kami ditemukan. Rasa bangga dan gembira dapat bertemu rakan seakidah. Yang lelaki ada yang berkopiah dengan janggut sejemput, typical look untuk orang siam yang duduk di sempadan negeri Kelantan dan siam. Pelajar perempuan mereka pula kebanyakkannya bertudung labuh dan berniqab, so tak tau sangat wajahnya.Lebih kurang macam orang kelantan kut,haha..
|
Timbunan air mineral |
Tepat jam 9 pagi kami berlepas ke IPD Kota Bharu untuk misi seterusnya.Menariknya,disini giliran kami pula membantu proses penyusunan dan pembahagian bantuan buat mangsa yang terjejas banjir. Kami dimaklumkan bahawa IPD ini telah dijadikan pusat pengumpulan bantuan buat keluarga para warga polis yang terjejas dengan banjir di seluruh negeri Kelantan. Sedih juga mendengarkan cerita pegawai polis yang bertungkus lumus menolong orang awam sehingga rumah mereka sendiri dinaiki air namun mereka tiada disana. Pegawai yang berurusan dengan kami, Tuan Adi,tak silap saya, sori tak ingat nama tuan,hihi. Beliau menceritakan bahwa sebaik pulang sahaja ke rumah,air telah naik hingga ke tingkat dua.tak sempat nak selamatkan apa-apa katanya. Kata beliau, sehingga kini sudah hampir rm 11 ribu dibelanjakannya untuk membaiki kereta dan rumahnya. Itu pun masih belum cukup dan hanya sedikit sahaja yang dapat diperbaiki.Allah, moga mereka dikurniakan kekuatan dan semangat untuk terus bekerja demi orang awam. Rata-rata barang bantuan disini berupa pakaian,makanan seperti beras,mee segera,gula,tepung dan biskut.Susunan air mineral setinggi hampir 8 kaki tersergam di depan stor simpanan. Dewan yang ada di IPD ini dijadikan stor simpanan dan pembungkusan bantuan. Antara kerja kami pada pagi ni hingga ke tengahari adalah menyusun susun atur bantuan sebab ada bantuan lain yang akan tiba. Selain itu,kami juga menolong proses pembahagian dan pembungkusan bantuan. Setiap isi rumah akan dapat satu beg plastik yang makanannya inshallah cukup untuk 2 minggu. Bantuan ini akan terus diberikan sehingga keluarga yang terlibat mampu menjana ekonomi rumah mereka semula.
Derita penduduk Gaza
|
Department maggi ^-^ |
Seronoknya berkerja bila semorang ceria dan bersemangat sahaja waktu buat kerja. Ada pulak tetiba wujud department beras, department maggi, biskut dan paling tak menahan department kotak, muahaha. Kerja department kotak adalah membuka kotak-kotak yang dah tak digunakan dan akan dilipat sebelum dijual kepada lori recycle tu. Lawak betullah bekerja dengan mereka ni, sampai tak terasa penatnya. Ketika sibuk menyusun kotak yang telah dilipat, sempat saya berborak dengan Falah, salah seorang pelajar dari Palestine yang turut serta bersama kami. Waktu tu takda kotak lagi nak dilipat maka kami mengambil rehat sebentar sambil makan kurma. Terdetik di hati untuk bertanya pada Falah adakah situasi yang sama berlaku di Gaza sewaktu pembahagian barang bantuan kepada mereka. Falah membuka cerita, katanya dia tak pernah ke semenanjung Gaza, kerna rumahnya di Tebing Barat, malah nak cross area Israel pun mereka tak dibenarkan. Sungguh kejam Israel runggutnya. Namun yang lebih meyakitkan dan geram sangat dengar,bila Falah kata berdasarkan apa yang didengarnya dari rakan-rakan di palestin, bantuan yang diberi oleh masyarakat dunia tak sampai terus kepada penduduk Gaza kerna ia disekat oleh Israel. Sudahlah disekat,mereka juga bertindak menjual barangan tersebut kepada warga palestin. Siapa nak, kena beli, kalau tak,tak dapat. Antara lain ialah Israel mewajibkan warga palestin beli dahulu produk mereka, baru bantuan tersebut akan dilepaskan untuk masuk kedalam Palestin. Sungguh tidak berperikemanusiaan. Terkilan saya mendengar cerita dari Falah, betapa hebatnya dugaan yang ditempuh warga Palestin.
|
Menyusun barang bantuan |
Untuk mengubah tajuk dan menceriakan keadaan,sengaja saya bertanya tentang briged Al-qassam kepada Falah. Wajahnya berubah ceria dan
teruja baca excited. Falah begitu bersemangat bercerita tentang briged Izzuddin al-qassam. Katanya, hanya mereka yang terbaik dapat masuk briged al-qassam. Malah ahli al-qassam sangat menjaga solat,quran dan betul-betul mengikuti ajaran Rasulullah saw ujarnya. Falah juga menambah bahawa al-qassam tidak pernah mencenderai wanita dan anak-anak kecil ketika berperang. Hatta pokok-pokok dan tumbuhan juga mereka akan cuba sedaya upaya agar tidak merosakkannya. Semua ini sama seperti ajaran baginda nabi yang melarang tentera islam dari menganggu wanita,kanak-kanak dan tumbuh-tumbuhan sewaktu perang. Sungguh kagum dengan warga Palestin, moga allah bantu mereka dan jaga mereka sehingga saat kemenangan umat islam tiba.
Kerja kami di IPD tamat pada waktu zuhur. Alhamdulillah,hampir 400 bungkusan sempat kami siapkan. Mengikut pegawai polis yang bertugas menguruskan bantuan tersebut, kami gelar beliau dengan gelaran "kak long". Bukan melawak tapi kerna lagaknya memberi arahan dan perwatakannya, lawak sungguh namun rasa hormat kami tetap ada, sengaja berseloroh. Ujar beliau, jika mereka sahaja yang bekerja hanya dapat selesaikan 200 bungkusan sehari. Itupun dengan kekuatan 10 orang pegawai wanita. Sungguh hebat pengorbanan mereka, moga dipermudahkan setiap urusan titipan doa dari kami. Mereka amat berterima kasih dengan kehadiran dan bantuan kami. Tak tau lah kami yang perasan atau memang mak cik's tu semua gembira,haha. Zuhur dan makan tengahari di UMK sebelum misi seterunsya!.
Nikah muda,pasangan muda
Hari ini, dari petang hingga ke malam kami akan berkampung di UMK cawangan Bachok.
Tugasnya? ha...kami akan membantu UMK, yang ditugaskan untuk
key-in data mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan. Bayangkanlah, seluruh negeri Kelantan kut. Datanya meliputi nama keluarga, alamat, ic number dan berbagai lagi.Allah,,banyak sungguh kerjanya. Disinilah "King of typist" akan muncul,haha. Tiba di Bachok jam 4 petang, kami mula bekerja sebelum berhenti pada waktu maghrib. Kampus ini sungguh cantik dan kemas, tapi nampak macam terbiar. Mungkin kerana semua pelajarnya sedang bercuti. Disepanjang jalan masuknya juga ada deretan kandang haiwan seperti rusa, burung kasawari dan lain-lain.
Excited betul budak-budak ni macam masuk zoo. Sekitar jam 6 petang, sempat saya dan rakan berjalan di sekitar kawasan kampus, reka bentuknya cantik dan kemas. Disebelah belakang kawasan kampus kerja-kerja pembinaan masih berjalan, mungkin blok baru untuk kampus kut.
|
makmal komputer |
Selesai solat jama' qasar maghrib isya', kami sedia di dalam makmal komputer untuk kerja
key-in data. Selesa yang amat makmal komputer ni,dengan kerusi empuk, pendingin hawa dan headphone besar gedabak. Tambah pula ada internet, memang semorang suka lah en,hihi. Namun,langit tak selalunya cerah.
bajet sedih je. Sister yang uruskan kami, juga salah seorang pelajar UMK meminta 5 orang dari kami untuk
volunteer ke Fakulti veterinar UMK,di jalan Padang Tembak. Katanya, mereka kekurangan tenaga manusia di sana untuk key-in data. Dengan paksa rela,saya ikut sahaja geng yang dah ngajak kesana. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 45 minit. Fakulti veterinar ini lebih dekat dengan Kota Bharu, dan nanti waktu geng sukarelawan dari Bachok ni balik, mereka akan berhenti dan ambil kami disini.
Sampai sahaja di fakulti veterinar, kami diberi simple briefing dan terus ke kerusi masing-masing. Disini kami berserta dengan pelajar-pelajar UMK bertungkus-lumus key-in data sebab sasarannya hari ini adalah untuk key-in 5000 isi rumah bagi pusat ini sahaja. Allah,lepas satu-satu saya key-in sehinggalah sampai ke sehelai kertas yang menarik perhatian saya,eh kami! huhu..Pasangan yang termuda sekali saya
key-in datanya ialah sepasang zauj dan zaujah berusia 18 tahun dan 17 tahun masing-masing.Sebelum ni ada je yang usia 20 dan 21 yang dah kahwin kami key-in,tapi yang ini belum 20 lagi kut,haha.Dengan usia yang muda dan ada anak seorang, saya terbayang juga bagaimana lah kehidupan mereka. Namun rezeki mereka,Allah jodohkan dan tetapkan mereka membina keluarga pada usia yang sangat muda.UNTUNGLAH.hahaha. Tak disembunyikan perasaan ingin membina keluarga dan bersama dengan zaujah juga, tapi saya putuskan untuk kejar prioriti yang lebih utama. Berkahwin dan hidup berkeluarga bukanlah objektif utama buat masa ini.
Kami bekerja sehingga jam 12 tengah malam.15 minit menghampiri jam 12 malam sister yang uruskan kami tu dah call beritahu yang mereka dah bergerak dari Bachok dan akan tiba dalam 45 minit lagi. Tak sempat nak tahu namanya, hanya nombor sahaja yang saya tahu untuk tujuan komunikasi. Maka kami berlima putuskan untuk berhenti jam 12 malam dan berjalan di sekitar kawasan fakulti veterinar tersebut. Mengambil udara malam dan melihat ragam masyarakat di waktu malam.
Jam 12.30 malam kami berlepas pulang ke Kota Bharu. Sister tadi pun dah selamat balik dengan rombongan pihak UMK. Alhamdulillah,sampai di tempat penginapan semua terus lelap. Tak nyempat nak mandi,haha. Esok merupakan hari terakhir sebelum kami berlepas pulang ke UIA semula. sedih ada, tapi gembira pun ada, sikit. Syukur kerana diberi peluang dan ruang untuk berbakti kepada masyarakat disini. Moga esok lebih baik.
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 1
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 2
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 3
Tenggelamya Serambi Mekah: Epilogue
No comments:
Post a Comment