Saturday, October 26, 2013

Ouh masa!


                                                                       
klik pada gambar untuk ke laman asal
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman,sedangkan mereka belum diuji? "
(Al-Ankabut: 2-3 ) 

Bacaan Aman terhenti di situ.

Bunyi jeritan elektrik membingit,orang ramai berpusu-pusu berkumpul di tepi platform.

Heh,tipikal malaysian. Kereta api belum berhenti kita sudah berhimpit nak masuk.
Aman pegun,malas  untuk bersaing dan bersesak-sesak di tengah sana.Beliau sedar dengan qudwah yang harus ditonjolkannya.

Ya,seharusnya kita memberi peluang dan ruang kepada mereka yang ingin turun dari koc tersebut dahulu.

Jam telah menunjukkan pukul 5.00 petang.Sore yang dingin.Tingkap-tingkap yang memberi pemandangan di badan koc basah disimbah hujan gerimis.Sejuk.

Mata Aman meneliti kawasan sekitarnya.Syukur,tidak perlu berhimpit dek kerana dia mendapat koc khas untuk kaumnya.


"Subhanallah! comelnya budak tu",Getus hatinya.
Seorang wanita separuh umur,mungkin di early 40's,berbangsa cina sedang mendodoi anaknya.Bertapa kasih seorang ibu itu tidak mengenal tempat.

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman : 14)


 Rata-rata penumpang yang menaiki tren ini terdiri daripada orang yang bekerja.Pelbagai ragam dapat dilihatnya.Ada yang khusyuk membaca, mendengar lagu bertemankan earphones tidak kurang juga headphones Beats yang besar gedabak itu.heh.
"Itu lah aman,kalau kau lewat lagi tadi, mesti dah sesak dah train ni,alhamdulillah sempat!".Petang hari kerja memang selalu begini,lagi-lagi hari isnin cenggini.Tapi Aman tak ambil pusing,janji sampai rumah!

 Perjalanan dari Kuala lumpur ke Nilai biasanya tidak mengambil masa yang lama.kira-kira 1 jam 15 minit cenggitu.Tapi,kali ni rasa macam lama pulak.Sudah puas dibeleknya majalah JOM yang dibeli semalam.Mula-mula nak buat bekal duduk dalam tren konon, tapi habis satu malam je khatam semalam!. Antara isu yang berjaya membuatnya tak senang duduk dari semalam adalah tentang masa.Bertapa masa itu sesuatu yang amat bernilai dan tidak dapat diganti.Terutamanya Masa Muda.

 Bergema suara kak Nisa' dalam kepalanya.Otak teringat akan kupasan tentang masa dalam sesi usrah minggu lepas.Kak Nisa' kata,"Dalam dunia ada dua benda yang kita kena jaaaga sangat2!, nak tau apa benda?" 
"ape dia kak nisa'?? ,bgtau la cepat!",Najah memotong.
"Uish,semangat sungguh!,ni yang akak suka nih",hehe..
maka keluarlah butir-butir indah ini,

“Dua nikmat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa yang terluang.” (HR Bukhari)

Sungguh, dua nikmat ni benar-benar menguji setiap insan yang hidup di muka bumi ini.Tiada yang terkecuali.Tiada kompromi. Lagi-lagi generasi muda.Eheh,kena hidung sendiri balik.Pas tu.Kak Nisa' sambung balik.

"Sebab itu kita kena guna dan hargai setiap masa yang kita ada.tapi benda ni jugalah yang paling sukar kita nak buat en?.ok,ana bagi contoh, katakanlah,pada awalnya kita on lappy sebab nak research bahan untuk study,niat dah betul dah ni.Tup,tup,tup, bukak Facebook kejap lah,dah lama tak menjenguk.Nak eratkan ukhuwah la katekan..

Tweet2~

Twitter pula memanggil.

tweet~

"Salam. :) amanina!!, sihat?, tengah buat apa?"

tweet~

" sihat alhamdulillah, ngah buat research tuk study"

tweet~

"ouh,eh amik kos apa ye?,hehe, ganggu ke?"

tweet

"Engineering,Ika sekarang study kat mana?.Eh tarapapa lah!, tak ganggu pun".




Long story make short,research entah ke mana, kicau2 dan mukabuku menjadi peneman.betul tak? benda-benda macam ni lah yang kita selalu terlepas pandang,hatta seorang daie pun bisa rebah jika tidak berjaga.So,kita kene ada prinsip untuk pastikan semua masa kita digunakan untuk benda yang berfaedah.Dont,ever let a time goes by without doing nothing,okeh?" senyum sinis. 
Kak Nisa' ni kalau dah masuk mood perli dia tu,senyum dia lagi seram dari topeng Vendetta tu.

"Insyallah" serentak kami menutur.

ketawa pecah.itulah ukhuwah.Indah bila berlandaskan cinta pada-Nya.Saling mengingatkan dan bertanya khabar tentang iman,menggengam impian untuk bersama-sama berlari di dalam surga.


Lamunan Aman hilang apabila Sony Experia z nya berdering. freedoom nyanyian Maher zain menyapa telinga diiringi getaran.zip messenger bag dibuka.

"assalamualaikum! aman,kat ne dah??"

"Waalaikumussalam.Kita dah sampai kat ktm batang benar.Abang datang amik ke?"
Aman cam suara di hujung talian.Abang abdullah.

"yUP!..sat gi dah nak sampai miss call ea, abg on the way nie."

"maalish~"

Salam bersambut.

"Ada lagi 10 minit sebelum sampai,manfaatkan masamu aman!".

Messenger bag Bodyglove dibuka.Senaskah Al-mathurat dibawa keluar.agak lusuh,namun itu la penemannya pagi dan petang.

"Bismillah ~"



Percubaan pertama berkarya.Mungkin agak keras kut,komen dari entum amat ditagih.
hehe..Doakan kami dikurniakan ilham untuk terus menulis.

-shawarma-

#bukuconteng









2 comments:

  1. Nak cari benda lain, terbaca blog ni. Acano kira ni? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoo sheikh...ini tahun 2013 punyaaaaa...hahaha
      moga bermanafaat

      Delete