Thursday, October 31, 2013

Bro, Aku Ketagih

"Kau ape weh? ketagih?gian? biar betul hang ni weh!.Nauzubillah!! "

"Weh rilek la,tak abes cakap lagi ni,jangan fikir2 bukan.Aku bukannya ketagih dadah,jauh lagi porno bagai.. tapi aku rasa addict kat satu benda ni.."

"Dah tu ketagih menda? ayat tu pun dah buat luruh jantung aku!"

"Ketagih society..."
 diam.

"What???!"







Society.Persatuan.Perkumpulan.Gerakan.Saf.Jemaah.
Macam-macam gelaran kita boleh bagi.Klau nak cerita pasal society ni,secara amnya society ni lebih femes dikalangan pelajar-pelajar Universiti.
"society kat skolah pun ada la!"
Err,itu kelab. Eheh.

Ok,ok.. Apa pentingnya hidup ber'society' ni? Jom kita buat survey tentang kefahaman masyarakat malaysia soal hidup berpesatuan.

Saudara steve Kerja:

"Ala, aku tak join society pun survive je kat Uni tu,komputer kan ada! Mac Book Air uolls~"
Gamers.

Saudari Katty Perli:

"Society? nak buat apa,kacau study je"
Nerdys. hehe

Encik Rasionul:

"Pada pendapat saya,Berpesatuan adalah salah satu jalan untuk kita memanfaatkan masa kita di Universiti.Malah  ia mampu mengasah bakat-bakat atau soft skill dalam diri kita."
nota kaki:Ahli aktif kelab debat.Padanlah

Pak Lebai Mail:

"Argh.ini semua agenda Freemason! mereka nak pesongkan ummat islam!!!"
Gulp..

Mas karno:

"Mas rasa masuk dalam kelab-kelab ni bagus.Bisa saja daripada budak2 muda ni masuk kelab malam,Iye dak?.kalau mas tak pa la... Dah besaq panjang..kehkehkeh.."

Mak cik Leha:

"Mak cik memang selalu nasihatkan anak mak cik tu masuk persatuan.Iya lah, kat situ lah nak cari jodoh kan..Kamu setuju?"
Er..

Itu antara sebahagian jawapan yang dapat kita simpulkan.Kenapa kita kena hidup berjemaah? apa kepentingannya.karana dengan jemaah,kita kan lebih kuat dan terjaga.Dengan jemaah kita akan lebih mudah bergerak,dengan jemaah kita dapat bantuan dan pertolongan dari segenap sudut.contohnya,kalau kita lemah,akan ada yang bantu menguatkan,kalau kita dalam kesusahan,akan ada tangan-tangan menghulurkan bantuan.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya".(Ali-Imran:103)

Nah.sudah terang bersuluh lampu lagi dijelaskan pentingnya hidup berjemaah.Kalau kita tengok dan baca semula sirah perjalanan perkembangan islam,ia bermula dari satu kelompok yang kecil dan semakin berkembang.

Ok.balik pada soal hari nie.Ketagih society.Nak berpesatuan boleh,tapi kena berpada jua.Kita berjuang demi kebenaran betul, namun jika wasilahnya salah,boleh membawa padah.Maka, ada garis panduan yang perlu kita ikut.

Satu
Niat.Kita mesti jelas dengan matlamat atau misi kita menjoinkan diri  dalam society.Untuk kepentingan apa,atas dasar apa dan kenapa.Kenapa anda pilih society A lebih daripada B? haa.. cuba review balik.

Dua
Gerak kerja.tidak dinafikan berlambak-lambak society yang anda buleh join di Uni ni.Ada kelab pencinta alam,kelab kitar semula,politik bagai,dan macam-macam lagi.Tapi,anda kena lihat semula bagaimana gerak kerja society tu.Menjaga ikhtilat ka? patuh syariah ka,atau bebas tanpa pagar?

Tiga
Impak society pada diri anda.Jika sebab society pelajaran anda merosot,maka anda kena buat adjusment.Mungkin dengan mengurangkan keterlibatan anda,tak bermaksud tinggal terus.En.

Empat
Pergi society sebab nak tengok sister@brother@berlainan jantina.
Jatuh gaung.Pengsan...Ini tak betul,serius.kalau ini apa yang anda alami,cepat-cepatlah jauhkan diri anda dari society tersebut.Beri masa untuk cooldown,jika tidak anda akan mengutip dosa instead of mencari pahala.jujur.Bila dah tersedar nanti,baru masuk semula.okeh?

Lima
Objektif society.Kita kena bijak dalam memilih society yang kita sertai.Objektif yang dibawa juga mesti mendatangkan manfaat pada kita dan ummah.Takkan anda mahu menyertai society yang memperjuangkan LGBT?mintak jauh.. Yang berjuang menegakkan ustaziatul alam,itu saya sokong!!

Dalam hal ini Allah berfirman: 

"Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembang dan menyebarkan Islam), menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya." (ali Imran: 104).




"Ok bro,dah paham dah skarang.."

"Dapat? sebab tu dalam society ni ada kelebihan dan kekurangan dia.. kite kena la bijak pilih mana yang sesuai.en?"


"betul,betul!.haha...tapi next time kalau aku ada masalah lagi,nak tanya kau buleh?"


"Buleh je,mana yang aku buleh tolong aku tolong,ukhuwah fillah tak gitu?haha"


"Terbaek lah.. hehe..der,lapar la~"

"Heh,mula la tu..roti canai!"



Hidup bersociety,biar ada niat yang ikhlas,agar matlamatnya jelas,matlamat nak satukan hati,baru macam family.Eheh.

-Q-

#bukuconteng



No comments:

Post a Comment