Tuesday, October 01, 2013

FUTUR. Apa tu?

FUTUR


Satu perkataan ynag mampu membuat anda dan Q tidak senang duduk.Eh, ape ni Q? ntum yang tulis takkan tak tahu maksud dia kut.ok.sabar-sabar.

  Futur tu apa? Garu kepala.Jari menari atas touchpad.

Futur adalah satu penyakit  yang melanda sebahagian dari ummat islam tak terkecuali kita.Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Juga boleh memberi erti malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh-sungguh.Ok.

Tapi,ada lagi.hehe.Futur juga adalah virus yang bisa menghancurkan sahsiah muslim.Ia mampu mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan.Mangsanya? ahha orang-orang yang punya waktu terluang yang melimpah-ruah!.Daripada penganggur,student cuti semester,lepasan SPM hinggalah kepada pak Ali yang berborak sakan di kedai kopi membincangkan Bajet 2014.Eheh.Dan yang paling kronik ialah para pelajar universiti.

Pandai2 je Q tuduh kitorang,mana ada.

Ouh ye ke? Buleh anda senaraikan berapa movie yang telah anda tonton? tambah tolak Runningman dan  drama2 Korea anda.Lagi hebat,yang mampu besengkang mata membaca novel daripada membaca Al-Quran.Apatah lagi peminat COD,DOTA dan yang terbaru,GTA 5.Alamak!cukup2 la tembak kami,dah peluh besar dah ni.

Maka,jom kita sama-sama gali puncanya.

QALBI.

Yup!hati kita lah tempat ia bermula.Semua yang kita lakukan bermula dari hati.Sebab dari hati akan lahirnya niat,en?.


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."(Al-Arbain al-nawawiah)



Arakian,dalam setiap perbuatan kita mesti ada matlamat yang jelas,mesti ada niat yang ikhlas,agar meraih pahala dari Allah azza wa jalla yang tidak terbatas.

Surah Hajj, Ayat yang ke 11 yang berbunyi:


“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat dan itulah kerugian yang nyata”.


Bagaimana merawat futur?

Ahha!.Kat sini Q akan kongsikan sedikit bingkisan yang insyaallah mampu membantu kita menepis serangan-serangan futur.

  • Mutabaah Amal(jadual harian)
Memang tak dapat dinafikan mutabaah amal banyak membantu kita dalam menangkis peluru2 futur.Hiperbola sungguh.Seharusnya,setiap muslim WAJIB ada mutabaah amal(ma) mereka sendiri.Sebab dalam MA ini akan membantu kita untuk melihat sendiri amal yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.Kat sini la peluang nak upgrade diri.

Tapi,saya tak ada MA la Q.

 Sonang ae,anda buleh minta Tolong Inche Google dan mak cik Youtube.banyak contoh-contoh ada.Cuma terpulang pada kita nak atau tidak.Gulp.

  • Jauhi maksiat yang kecil,apatah lagi yang besar!
Err.kitorang tau la Q,takkan lah sampai macam tu skali kut. Anda,syaitan tu pandai,memang kita takkan terasa bila kita tengah buat maksiat.Sebab apa?sebab kita tahu zon hitam dan zon putih.Tapi,, musuh kita syaitan laknatullah telah mencipta satu zon baru.Zon kelabu.Naam.Zon kelabu yang kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah melangkah masuk.Contohnya,bila anda berborak mesra dengan ukhti/akhi di mukabuku, atau mungkin berkicau-kicau di Twitter.

Eh,kitorang mengikat tali ukhuwah.

Err, ukhuwah sesama gender atau berlainan yang lebih penting?
luruskan hatimu,ukhuwah,ukhuwah juga,jangan sampai jadi fitnah.
Seeloknya,utamakanlah sahabat sesama gender dahulu.

  • Memenuhi masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Ini,terlalu mudah dikata,tapi amat susah dilaksana.Apa lah salahnya jika anda sendiri meringankan tulang menyidai,melipat pakaian di rumah.Menyapu rumah,mengelap perabot dan cermin yang bersepah2 di rumah anda.

Tapi,saya lelaki la Q,itu kerja orang perempuan.

Oh,maaf.Pada Q inilah nilai tambah yang ada pada seorang ikhwah.Untung la isteri dia dapat suami yang rajin membantu.

Ok dah rajin.Hehe

  • Menghadam buku-buku fikrah
Berlambak buku-buku fikrah di luar sana,percayalah.Terpulang pada ntum untuk mencarinya.Nak cari kat mana? Semestinya di Jalan Masjid India,Jalan Tunku Abdurrahman,Wisma Yakin dan kawasan sekitarnya.

nak yang santai?

majalah JOM menepati citarasa anda!!.Eceh promote.

  • Membaca Sirah
Naam..Sirah nabawiyah banyak membantu anda memenuhi masa lapang anda yang tidak pernah habis itu.Banyak karya-karya ulama' yang boleh anda pilih.Contohnya, Ar-Raheeq Al- Makhtum tulisan Safiyurrahman Mubarakfury atau mungkin Dr Mustafa As-Sibai', judulnya 
Al-Sirah Al-Nabawiah:Durus wa I'bar..
Kitab sirah kontemporari namun penuh dengan pemikiran.

Herm, saya tak tahu baca arab.

Eheh,Versi yang sudah diterjemah pun ada.Mungkin juga anda buleh mula dengan membaca biografi Rasulullah s.a.w.
Biografi Agung Rasulullah




  • Memperbaiki bacaan Al-quran.
Carilah ustaz atau ustazah untuk menyemak bacaan anda.Buleh juga minta tolong pada rakan-rakan yang anda yakin dan tsiqah dengan ilmu Qurannya.

Nak lagi lejen?

Paksa diri anda untuk menghafal surah-surah yang sederhana panjang.
Atau mungkin Al-Baqarah?hehe.

Takkan lah bila dah kahwin duk mengulang 3 Qul sahaja ketika menjadi imam.Variasikan bacaan anda agar solat menjadi  lebih menarik dan memberi kesan yang mendalam.Hayati maksudnya.



Konklusinya

Ada beribu lagi cara untuk anda mengatsi masalah futur.Namun,mesti ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi untuk menghindarinya.Hoyeah!.Dan setiap apa yang kita lakukan itu mestilah disandarkan pada Allah.Kerana Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan dan mengadu domba masalah kita.


"Dan Tuhanmu berfirman,'BERDOALAH kepada Ku,nescaya akan Ku perkenankan bagimu..."(Al-Ghafir:60)

Nah,apa yang kita tunggu lagi..? Kemenangan itu sudah terlalu dekat! Dan kemenangan itu bukanlah milik mereka yang malas apatah lagi culas, teruk lagi lembap dan gemok!

Ayuh kita perangi futur! HoyeAH!!

#bukuconteng





No comments:

Post a Comment