Thursday, December 29, 2016

Train to Gombak II


   Seluruh penjuru dan kawasan di dalam lingkungan pandangannya diteliti. Bibir mula membilang nombor sambil degup jantung semakin berantakkan. Sunyi dan tiada gangguan, inilah saatnya yang paling sesuai. Hayati membuka langkah, di dalam genggaman tangannya ada rahsia yang ia simpan, untuk disampaikan.

   Perlahan-lahan, Etty menghampiri meja 96 yang penghuninya baru sahaja hilang dari pandangan. Segala buku dan kertas nota serta kertas latihan ditinggalkan pemiliknya, hanya barang berharga sahaja mungkin dibawanya. Susuk tubuh yang duduk di meja ini memang telah lama Etty perhatikan. Tidak salah lagi, memang dia lah yang dicari! Dengan gerakan sepantas ninja di bawah bayangan, Etty menyelesaikan misinya dan beredar pergi. Tiada saksi dan tiada sebarang bukti ditinggalkan. Misi berjaya!

Dia tersenyum sinis.

Perpustakaan pada petang itu masih seperti hari-hari semalam, tiada yang luar biasa. Namun ada dua insan yang merasa ada perubahan, Hayati dan penghuni meja 96.

Sticky notes merah hati bertukar tuan. Membawa sebuah harapan perkenalan.

No comments:

Post a Comment