18 JANUARI 2016
Bantuan vitamin dan pemeriksaan kesihatan
|
terima kasih! |
Pada hari ini, kami telah dilawati oleh delegasi penaja bagi program IPTA pos lebir pada kali ini. Antara yang hadir adalah wakil daripada Ladang Rakyat dan Hidayah Centre. Alhamdulillah, penduduk kampung selamat menerima pemeriksaan kesihatan percuma daripada pihak klinik yang telah kami jemput bagi menjayakan misi hari ini. Selain daripada pemeriksaan kesihatan, mereka juga diajar serba sedikit tentang kepentingan menjaga kebersihan agar tidak mudah ditimpa penyakit. Namun kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakal, selebihnya kita serahkan pada Allah untuk menentukan. Pihak kami juga amat berbesar hati menerima sumbangan ubat-ubatan dan vitamin daripada pihak ANSARA Malaysia. Sumbangan daripada pihak ANSARA melalui program ANSARA Kasih adalah dengan bersyarat salah seorang daripada ahli jawatankuasa adalah bekas anak saraan MARA. Dalam bahasa mudahnya, beliau mesti bekas pelajar yang pernah menuntut di mana-mana institusi kendalian MARA. Dua orang daripada kami merupakan ahli Ansara dari maktab masing-masing, maka kami layak menerima sumbangan kali ini. Pada petang harinya, kami melakukan ziarah ke-5 sepanjang berada disini. Tujuannya untuk mengajak penduduk kampung menghadiri program teori dan amali sembelihan pada esok hari. Program seembelihan ini diadakan khusus buat menunjukkan cara sebenar orang islam dalam menyantuni binatang sembelihan yang akan disembelih. Terhibur melihat betapa gembiranya anak-anak disini mendapat vitamin, macam gula-gula dibuatnya. Sebab sedap en. huhu
Amali sembelihan
|
Team gali lubang sembelih ayam |
|
kelas teori sembelihan |
Pagi indah 19 Januari dimulakan dengan persiapan kami untuk menganjurkan kursus sembelihan. Seawal jam 7 pagi kami telah bergerak melawat kawasan sekitar kampung Pasir Linggi dan Machang bagi mengajak penduduk kampung ke program kami. Gementar jugalah apabila berjalan sambil disisi jalan ada anjing-anjing peliharaan mereka. Namun syukur alhamdulillah anjing-anjing ini telah biasa dengan manusia, maka ia tidak mengganggu kami. Kami juga menghormati keberadaan mereka dan tidak melakukan
provocative actions.
kene kejaq memang tak cukup tanah woih lari. Alhamdulillah, jam 10 pagi acara kami bermula dengan kelas teori kendalian saudara Lubir, nama panggilan beliau. Nama betul cheq lupa,haha.. Setelah hampir sejam kelas teori, kami bergerak ke padang di hadapan balai raya bagi amali sembelihan. Sebanyak 20 ekor ayam jika tidak silap saya telah berjaya kami sembelih. Alhamdulillah apak-apak dan nak yang mencuba juga semua
pass. Tak ketinggalan ada juga anak-anak UIA yang mencuba nasib. Alhamdulillah semua
pass, semua halal untuk dimakan. Menjelang tengahari, pihak katering kami telah mula memasak buat makan besar malam ini. Segala persiapan untuk malam terakhir kami disini juga mula dijalankan seawal jam 2 petang.
Saya,bersama Farhan dan rakan-rakan biro preptech ditugaskan untuk menyediakan tapak
cultural night malam ini dengan lampu,sistem audio dan tidak lupa
screen untuk
projector. Tapak perhimpunan sekolah yang terletak bersebelahan dengan parkir kereta guru-guru telah kami jadikan tapak kawasan untuk acara besar pada malam ini. Alhamdulillah, walau pada awalnya kami menghadapi berbagai kesulitan, namun akhirnya kami berjaya menyediakan tapak buat
cultural night malam ini seperti yang dikehendaki.
Dikir barat menyentuh jiwa
|
Gulai ayam |
Bermula waktu maghrib, kami telah mula diserbu penduduk kampung bagi acara
cultural night pada malam ini. Menu utama malam ini? gulai ayam yang disembelih pagi tadi.omnomnom. Sehebat mana kita merancang, hebat lagi perancangan allah. Ditakdirkan allah, nasi yang dimasak siang tadi habis dengan pantas, ayam pula kurang rasa.
tawar. Alhamdulillah penduduk kampung mengerti masalah kami dan tiada masalah untuk menunggu nasi baru dimasak semula. Acara pada malam ini juga menampilkan persembahan daripada anak-anak UIA dan kumpulan dikir barat penduduk kampung disini. Walaupun persiapan kami anak-anak putra UIA hanya cukup-cukup makan, namun sambutannya tidak kurang hebat juga. Terima kasih juga buat anak-anak putri UIA yang memberi sokongan hingga nampak tak hambar persembahan kami. Kemuncak persembahan pada malam ini adalah dikir barat daripada kumpulan dikir barat kampung Pasir Linggi. Sungguh, mendengar paluan gong dan detakan canang, membangkitkan kerinduan saya pada pasukan dikir barat yang pernah saya sertai selama tiga tahun ketika di zaman menengah rendah dahulu. Pada waktu itu kami berjaya mara sebanyak dua tahun berturut-turut mewakili daerah Sepang bagi Karnival Kesenian Jauhi Dadah (KESEJADAH) peringkat negeri Selangor. Bertapa indahnya saat-saat itu.
melalut. Namun, pada malam ini saya amat tersentuh dengan lirik yang dinyanyikan oleh Tok Juara dan Tukang Karut. disini saya nukilkan sedikit daripada lirik yang sempat saya salin.
"Apa erti kemerdeka'e, bagi umat melayu kito,
toksey terima perubahe, anak cucu berputih mato,
oghe lain rebut peluwe, sanggupkah tengok sajo,
masa tetap berjale, sesaat tak tunggu kito,
dilemo..3x
dilemo melayu kito.
Bangso lain hidup bersatu, kita baloh samo sekampung,
bangso lain koho maju, bangso kita masih mundur,
oghe kecek cayo selalu, hangguk palo mace Jepun,
Ikut stail dulu-dulu, jadi katok bawah tepurung,
dilemo..3x
dilemo Melayu kito..."
Sejujurnya, lirik lagu ini membawa makna yang sangat mendalam. Ia jelas menunjukkan kedudukkan dan sikap masyarakat kita yang masih bermalas-malasan dan banyak memberi alasan. Sesuai dengan tema utamanya dilema melayu, di dalam lagu ini dibandingkan keadaan masyarakat melayu berbanding bangsa lain di Malaysia. Namun di dalam konteks mereka, lagu ini ditujukan khas buat kaum tua orang asli yang kurang senang menerima perubahan demi keselesaan dan masa hadapan anak-anak mereka. Secara zahirnya terpapar wajah ceria dan gembira di wajah anak-anak kecil disini, tetapi di wajah-wajah kaum dewasa jelas terpancar kerut berfikir mereka dalam menghayati bait-bait di dalam lagu ini.
|
penonton cultural night |
Alhamdulillah,
cultural night kami berakhir kira-kira jam 11 malam.Usai penduduk kampung beredar, kami mula mengemas kawasan sekitar dan membasuh segala periuk belanga,pinggan dan cawan yang telah digunakan. DAN, malam ni takdak post mortem!
gelak kecil. Boleh tidur puas-puas dengan lenanya. Pejam celik, pejam celik, inilah malam terakhir kami di bumi bertuah Kelantan. Enam hari yang telah ditempuhi terasa sekejap sungguh. Rasa rindu dan sayang mula membuku di dada." alaa dah nak balik UIA, tapi nak balik UIA.." getus hati kecilku..Malam semakin gelap dan kami terus lena didakap angin sejuk, didodoi cengkerik hutan.
links:
part 1
part 2
part 3
part 4
Epilogue
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePergi under ape jat? jasa?
ReplyDeletepergi under Comrade. Sesaja try harituh.
Deleteizzat, ada tanya tak, kenapa masyarakat orang asli terutama warga2 emas ni, kurang selesa untuk berubah kepada what we called "kemajuan" maybe ada historical story ke, or apa ke?
ReplyDeleteaku pun tak berapa pasti sebab baru pertama kali join. Tapi drpda borak-borak sesama kitorang, antara sebabnya adalah diorang dah selesa dengan hidup mereka sekarang.Contohnya, bila kita tanya berminat tak nak dalami islam lebih lagi? depa akan kata ya, tapi bila kita ajak pi kelas2 agama dia menolak.Katanya dah tua, tapi depa sanggup dan akn suruh anak2 dia pi. Makanya semua terletak pada bahu anak-anak mereka. :)
DeleteNice story :)
ReplyDeletethanks :)
Delete