Monday, March 14, 2016

Jalan Pulang: Pos Lebir Epilogue

20 JANUARI 2016

Titik Permulaan

posing walau pun panas terik

 Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Kelantan, segalanya terasa berat untuk dilakukan. Setelah seminggu menempuh pelbagai dugaan mencipta kenangan, berat pula rasanya untuk melepaskan. Dada langit cerah agung disinari mentari, pohon hijau masih berembun tatkala kami menyelusuri kawasan kampung. Ziarah wida' yakni ziarah perpisahan. Buat ziarah yang terakhir ini, kami membawa barang ration seperti nasi, minyak, gula, dan apa sahaja yang boleh disumbangkan kepada keluarga angkat masing-masing. Malah, segala barang mentah dapur Comrade yang tidak terguna oleh kami diedarkan juga buat penduduk kampung. Selain daripada barang-barang mentah, ada juga bahan-bahan sumbangan seperti pakaian dan buku yang dapat kami berikan kepada mereka.

ceria je, siapa kata penat?! haha
  Tiba sahaja di rumah keluarga angkat kami, allah mudahkan urusan kami dengan semua "nak" berkumpul di satu rumah yang sama. Nak Limah, Nak Nora semuanya ada meeting pagi katanya di rumah Nak Limah. Alhamdulillah, panjang juga borak kami pada pagi ini. Selain daripada bergurau senda dan bertukar cerita, kami juga membawa misi untuk menerangkan tentang rukun islam dan rukun iman kepada mereka. Module ini dilaksanakan dengan bercerita kepada penduduk kampung tentang kepentingan beriman dengan kedua-dua rukun ini. Berbekalkan dua helai kertas A4, kami menerangkan dalam bahasa yang mudah dan difahami oleh mereka. Contoh-contohnya juga kami ambil yang mudah dipraktikkan bagi mereka. Kita tidak mahu paksa mereka sehingga mereka rasa terbeban dengan pelbagai ajakan dan lebih-lebih lagi ancaman. Cuba bayang kalau kita ancam dengan siksaan azab api neraka dan kubur, semestinya depa takut. Kita pun takut!. Namun agama ini mengutamakan kasih sayang dan konsep kemaafan. Jadi kami basahi hati mereka dan diri kami sendiri dengan cerita-cerita nikmat di syurga. Maka ia nampak lebih lembut dan mengiurkan. sesuai ke perkataan tu? ok abaikan.

muka dah sunburn masing2
   Salam bertukar tangan, jiwa sebak namun senyum manis ditampal pada wajah. Sungguh, seminggu kami disini telah membuka mata kami tentang salah satu nikmat yang amat jarang kita hargai. Nikmat kasih sayang sesama umat islam.. Iya benar, mungkin di luar dari kawasan kampung ini kita lihat tahap ilmu agama sesama kita sama, sekurang-kurangnya yang asas. Namun berada disini dan melihat kesugguhan mereka mendalami islam membuatkan kita yang ada akses penuh kepada ilmu agama ini malu jika tidak digunakan sebaiknya. Bersyukurkah kita selama ini dilahirkan sebagai seorang muslim? saat lahir telah didendangkan dengan kalimah puji-pujian pada Allah yang maha esa. Lagi nikmat pula bila yang membisikkan di telinga kita itu adalah bapa yang tercinta. allahu.. Pelukan erat tanda perpisahan terlerai sudah, lambaian selamat tinggal dihayun lemah. Moga Allah murahkan rezeki kita untuk berjumpa lagi. Terima kasih atas segala layanannya, maaf jika ada terkasar bahasa mahupun terkasar laku. Moga kita semua sama-sama dikurniakan tempat di syurga oleh Allah. Jumpa lagi apak, nak, adik-adik!


  Pengalaman yang sangat bermakna buat saya khususnya, dan kepada semua yang menyertai misi kali ini secara amnya. Terima kasih buat kelab COMRADE iium, disini telah saya temui Jalan Pulang saya.. Pulang kepada yang maha esa. :')

kami adik-beradik!

3 comments:

  1. Fuhhh.habis akhirnyaa baca :') .... Thanks sudi join Comrade.. nanti jgn segan silu join prog kami ...
    Once Comrade forever Comradean 😊

    ReplyDelete