Tuesday, June 02, 2015

The Guy




Bila ada masalah atau runsing aku suka tengok langit,
sebab pada langit ada jutaan cerita,yang selalu membawa aku hanyut memikirkan realiti dunia.

Kita selalu lupa bahawa tuhan itu ada,
sering kita berlagak gamaknya dunia ini kita yang punya,
hingga selalu melangkah mendabik dada,
berbekalkan saham muka dan pointer empat rata.

Tapi apa yang kita jarang ambik pandang,
bila tiba satu masa kita rebah dan tumbang,
saat itu walau seluruh dunia menyumbang,
sakit dan pedihnya tetap tak hilang.

Dan bila kita sedar hakikat yang sebenar,
berbondong-bondong hamba menghadap pemilik an-Narr,
merangkak hina mohon dibawa kejalan yang benar,
berharap azab jahanam tidak ditemui agar.

Syukurlah jika waktu itu pintu kemaafan masih terbuka,
tapi bila nyawa sudah di kerongkong cuma,
bila dunia hingar kerna bingitnya sangkakala,
sedarlah bahawa kita telah binasa.

Taubat yang diharapkan berkecai,
jasad yang dihuni akan bersepai,
tika itu baru di akal tercapai,
bahawa aku hamba yang gagal.

Namun Tuhan sentiasa ada,
Dia tidak lupa dan tidak leka,
menjaga hambanya walau dibalas derhaka,
kasihnya pencipta pada si hamba yang hina.

Beruntungkan kita?
siapa sangka seorang pembunuh boleh jadi ahli ibadah,
siapa sangka seorang pelacur boleh jadi hafizah,
siapa sangka kita juga boleh berubah?

Tuhan itu maha Pemurah,
Dia takkan biar hambanya berjalan tanpa arah,
berhenti berbuih kata nak tunggu mak cik hidayah,
tapi berusahalah agar tidak kalah,
berhentilah manis di bibir,pandai bermain lidah,
kerna perjalanan kita tak  mudah,
moga dapat bertemu di syurga nan indah,
melepak di bawah pohon-pohon rendah,
sambil menghirup minuman kafur tak sudah.

No comments:

Post a Comment