Saturday, December 28, 2013

Saranghae!! otousan,okasan..






Kasih sayang.sesuatu yang amat mahal dan begitu sukar untuk diperolehi.Masakan bisa orang yang tidak mengasihani orang lain akan mendapat kasih sayang daripada insan lain..Kasih sayang sesama zauj dan zaujah,ibu bapa terhadap anak-anaknya,sahabat handai,dan sudah tentu sekali perasaan kasih dan Cinta pada Rabbul alamin dan Rasulnya.Itu yang terutama dan teragung.


Namun,selama ini aku sudah lali dan imun dengan drama-drama dan filem melayu yang mengetengahkan unsur kasih sayang antara ibu dan anak-anaknya,atau antara abah dan anak-anaknya.Niatnya baik,ingin mendidik para penonton menghargai ibu dan abah sebagaimana yang memang diketengahkan oleh islam.


    "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun [1181]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu."
                                                                                                               ( Luqman: 14 )

[1181] Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur dua tahun.       

Kita juga dituntut untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita,

         Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
                                   ( Ibrahim : 41 )       


Niat Q tulis post kali ini sebenarnya hendak berkongsi detik bagaimana sebuah anime berjaya menyentuh hati ini.Menarik semula Q untuk sedar akan besar dan haibatnya jasa dan pengorbanan mak dan abah selama ini kepada Q.Seperti yang Q nyatakan kat atas,selama ini apabila Q menonton drama-drama di tv atau filem ia masih gagal meninggalkan kesan yang benar-benar dalam di hati.Eat deep.baca makan dalam.Tapi,apa yang menariknya, salah satu daripada episod dalam anime Naruto shipudden telah berjaya menyetuh hati Q.Bertapa peringatan dari Allah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Jom story-mory meh!


Cerita dia macam ni.Pada hari kejadian,usai solat subuh di masjid,Q balik dorm dan macam biasa buat rutin harian.Dimulakan dengan bekalan al-mathurat untuk menjadi tembok kukuh hingga ke petang dan tilawah quran.Nak dijadikan cerita,my roommates melayan Naruto shippuden episode 249. Dan episode inilah yang telah berjaya menyentuh hati Q.Selama ni tengok real life movie pun tak pernah nanges,tapi episode ni telah berjaya.Siyesli,I cry. a lot.tapi cover la jugak,takut rummates nampak,huhu..



In the dying moment,Kushina(mak naruto) dan Minato(abah naruto) telah menyampaikan beberapa pesanan dan amanat terakhir kepada anak mereka yang masih bayi.Nak tonjolkan disini,sehingga ke saat terakhir pun,ibu dan bapa kita masih akan membela dan melindungi kita.Kalau nak tengok,boleh usha kat sini,





Maka,kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk cuba membalas jasa mereka,walau perkara itu memang mustahil.Contohnya,ibu dan bapa kita meletakkan harapan yang tinggi  untuk kita berjaya dan menjadi insan yang berguna kelak,jadi balas kepercayaan itu dengan sebaik mungkin.Apakah anda sangggup melihat wajah hampa mereka?setelah semua yang telah mereka lakukan.Betul,jika ditanya,pasti ibubapa kita kata "mak dan abah tak harapkan apa-apa balasan pun dari kamu,kami cuma nak tengok kamu gembira,bahagia".Tapi,jangan kita ambil mudah bila mereka kata  begitu kerna sebenarnya jauh di sudut hati,ada yang mereka pendam dan harapkan.


Di bawah renungan mata yang redup itu,

tersimpan beribu harapan,

tersimpan jutaan impian,

terbuku infiniti doa,

tersusun  jua nasihat dan pesanan,

yang akan diberi mengikut masa dan turutan,

tersembunyi juga penah lelah dan penderitaan,

tersembunyi juga keluhan,

namun,

mata itu juga yang sentiasa memberi sinar harapan,

di saat diri tersungkur di tengah perjalanan,

agar kita bangkit membelah lautan,

dalam perjalanan mencari erti kehidupan,

dalam perjalanan menuju  Tuhan,

sentiasa berdoa agar dipertemukan,

di syorga kelak dibawah lindungan pohon-pohon.


gosok mata.gatal pulak.Eheh


Dalam al-quran juga banyak kisah-kisah mengenai kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak mereka.contohnya ketika ibu Nabi Musa  a.s ditimpa perasaan yang tersangat takut tatkala Firaun mengeluarkan arahan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel dijalankan.


        " Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul(7). Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Hamman beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah(8).Dan berkatalah isteri Fir'aun: "(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfa'at kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak", sedang mereka tiada menyedari(9).Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa[1115]. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hati- nya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah).(10)"                                                                                       
                                                                                                                           (Al-Qasas:7-10)

[1115] Setelah ibu Musa menghanyutkan Musa di sungai Nil, maka timbullah penyesalan dan kesangsian hatinya lantaran kekhawatiran atas keselamatan Musa bahkan hampir-hampir ia berteriak meminta tolong kepada orang untuk mengambil anaknya itu kembali, yang akan mengakibatkan terbukanya rahasia bahwa Musa adalah anaknya sendiri.



Dan akhirnya bonda baginda Nabi Musa a.s disatukan semula dengan Nabi Musa a.s.

"dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusui(nya) sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa: "Mau- kah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?"(12).Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.(13)"

                                                                                                                         (Al-Qasas: 12-13) 
 Allahurobbi..nampak tak?islam telah mendahului peradaban dalam mendidik manusia untuk menghargai dan menonjolkan kasih sayang sesama ahli keluarga.Tak cukup laghi? cuba usha kisah Nabi Yusuf dan bapanya,pesanan-pesanan lejen Luqman al-hakim kepada anaknya dan banyak lagi contoh-contoh menunggu.untuk dibaca,dicari.bukan tunggu datang berguling-guling seperti bebola salji kearah anda.


"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
                                                                                                                     (Al-Ankabut: 8)
Selaghi kudrat masih ada,selagi roh masih ada,biar pun dimamah usia,teruslah berbakti pada ibu bapa kita..
saya.anda.kita.jom!!


"Saya saaaaayang mak abah saya!"

eheh.terlepas.

senyum~


#bukuconteng

No comments:

Post a Comment