Sunday, October 19, 2025

Life Update: Fast Forward 2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Salam perkenalan dan salam pertemuan, buat yang baru hadir disini juga mereka yang setia melawati blog ini setelah sekian lamanya.

Sudah 4 tahun berlalu sejak kali terakhir saya mengemaskini catatan di dalam blog ini.

Berbagai cerita dan kisah juga telah berlaku dalam hidup saya sejak tarikh itu.


Tahun 2020 hingga 2023 berlalu dengan sangat pantas. Bencana wabak Covid-19 menghantui kita dan tidak kurang ramai yang terkesan dengannya. Kini, kita telah belajar untuk hidup dengan Covid-19. Begitulah perjalanan hidup kita di dunia yang sementara ini. Tidak ada yang kekal, yang pasti hanya di akhirat nanti sahaja yang kekal.

Okay, setakat ini sahaja coretan kali ini.

JUMPA LAGI !

Wednesday, March 25, 2020

Beli dron DJI Spark !

Hello all ! assalamualaikum wbt semua, senyum*

   Disebabkan aku ada masa lapang, jadi aku buat keputusan untuk menulis semula. Seperti yang korang baca kat atas, tajuk entry kali ini tentang aku beli dron DJI Spark. Tahu tak dron tu apa ? buat yang tidak tahu, dron adalah "unmanned aircraft". Dron kebiasaannya terbang secara sendiri berpandukan GPS dan sensor yang memberi maklumat kepada processor di dalam dron. Dron juga boleh dikawal oleh manusia melalui alat kawalan tertentu. Dron DJI Spark yang aku beli ini adalah dron kelas pertengahan bagi siri dron keluaran syarikat Da Jiang Innovations (DJI), China.

   Sebelum aku ceritakan spesifikasi dron dan sebagaimana, tujuan aku beli dron ni sebenarnya sebab suka-suka sahaja dan kerana geram nak memilikinya! haha. Iyelah, aku ni dari keluarga yang berpendapatan sederhana tambah pula abah dan emak memang tidak memanjakan kami adik-beradik dengan permainan konsol, permainan komputer apatah lagi gajet sebegini. Jadi, bila kau dah mula kerja, dengan duit hasil titik peluh aku kerja 7 eleven dan Flumen, aku beli dron pertama aku. Rasa puas gila !

  Dron pertama yang aku beli adalah DJI RYZE Tello. Selalo rang panggil Tello sahaja. Saiz sangat kecil dan mudah nak bawa kemana-mana. Harga pun tak lah mahal sangat, sekitar RM 500 sahaja. Ryze Tello ni aku pakai sekejap je, lebih kurang sebulan aje kut. Aku rasa tak paus sebab dia kecil, resolusi video hanya 720 dan mampu terbang tinggi 30 meter keatas dan maksimum 200 meter mendatar sahaja. Jadi, aku terus usha market nak upgrade ke dron yang lebih besar ! hahah nafsu!!

DJI RYZE TELLO


   Jadi, penamatnya aku beli DJI Spark Fly More Combo(FMC) dengan harga 1800 second hand. Pakej fly more combo ni datang dengan 3 biji battery, remote controller, manfrotto bag, landing pad, dan bermacam-macam lagi goodies berbanding basic pakej. Buat pengetahuan korang, dron-dron keluaran DJI kebanyakkannya menggunakan smartphone kita sebagai antara muka untuk kawal dron. Remote controller yang dibekalkan adalah sebagai input method manakala smartphone akan paparkan suapan kamera daripada dron. Nak dijadikan cerita, seminggu jugak aku dok memujuk isteri untuk benarkan beli dron harga ribu2 nih,haha..Waktu itu belum berkahwin lagi, itu yang sennag sikit nak kuar modal lebih sikit untuk benda kita nak ni. Isteri siap letak syarat lagi, "INI LAST BUY EH, AFTER THIS NO MORE". allahu gian punya pasal nak fly tinggi dan jauh, kita anggukan je dulu. gelak sambil menangis*

DJI SPARK

   Selama tiga bulan aku pakai Spark ini, memang puas dapat terbang tinggi-tinggi dan jauh. Paling tinggi 1500 meter, dan paling jauh lebih kurang 1.5km je sebab sejuk tangan takut dia jatuh ke burung langgar ke apa,huhu. Lagipun aku bukan beli untuk buat bisnes atau yang menjana pendapatan semula kepada aku, so kena lah hati-hati main dia. Sempat la juga aku shoot beberapa siri video di Bandar Gemas (tempat kerja lama), Nilai (rumah), UIAM Aeon nilai sebelum dia buka(masa construction) dan juga di Stadium Bukit Jalil (masa game Harimau malaya). Kalau korang nak tengok boleh singgah ke channel Youtube saya .!

  Selain daripada meneroka sendiri potensi dalam Spark, saya juga ada sertai gorup-group pemilik DJI spark di Telegram, Facebook dan Whatsapp. Ramai otai-otai dalam ini akan kongsi tips nak shooting, penjagaan dan tidak kurang juga yang akan meracun korang untuk upgrade dron ! ini yang paliong merbahaya ni,haha. Setakat ini saya masih berpuas hati dengan Spark dan ada juga berjira-kira nak upgrade ke Mavic Air takpun Mavic Mini. Siri Mavic Pro dan Phantom terlalu mahal dan lebih sesuai untuk mereka yang buat bisnes dengan dron ni. Buat masa ini saya masih dalam kelas hobi suka-suka, jadi cukuplah dengan apa yang saya ada sahaja dulu.


   Sekarang tahun 2020, Spark dah jual sebab nak belanja duit kahwin dan untuk memulakan hidup berkeluarga. Tetapi inshallah jika dimurahkan rezeki, nak upgrade lagi ! Kali ini aku nak angkat Mavic mini atau Mavic Air inshallah. Kalau korang ada nak tolak model-model ni harga second hand kondisi cun melecun, roger la eh ! hahaha.  Dan untuk model Spark satu kekurangan dia adalah flight time yang singkat(10-15 minit) dan juga 2 axis gimbal. 2 axis gimbal ni maknanya kamera korang kekurangan 1 axis yakni jaw axis. Korang boleh baca berkenaan gimbal axis disini .


   Okay, sebelum aku tamatkan entry kali ini, kalau korang berminat nak beli dron-dron diatas, boleh rujuk sini okay !

DJI RYZE TELLO

DJI SPARK

bye semua, hewww





Monday, April 01, 2019

Recap 2018


Assalamualaikum wbt. Hai! 

   Sudah lama tidak kita bersua malahan blog ni dah semakin berhabuk ya, gelak tersipu malu. Kadang saya ada juga datang semangat nak menulis semula, tapi lepastu ia terbang dibawa angin lalu. Sesungguhnya telah banyak yang berlaku dan boleh tahan banyak juga cerita-cerita yang ingin saya kongsikan, namun keterbatasan waktu (factor kecil) dan kemalasan menaip(faktor utama) menyebabkan blog ini sunyi sepi. Namun, INSHALLAH (doakan saya please) bermula bulan APRIL 2019 saya akan mula menulis semula ! yes! *sorakan dan tepukan pembaca.
Saya akan cuba untuk menulis sekurang-kurangnya, paling cikai la ni kan, satu entri bagi setiap bulan. Dan inshallah setiap daripadanya mungkin bukan kejadian semasa ataupun perkara yang baru berlaku, tetapi mesej utama yang ingin saya sampaikan daripada peristiwa tersebut yang lebih penting.

   Baik untuk entri kali ini saya bercadang untuk berkongsi rangkuman perjalanan hidup saya setelah hampir 1 tahun 2 bulan saya selesai pengajian di UIAM. Walaupun baru 1 tahun tetapi banyak juga yang telah berlaku. Daripada perkembangan diri, pembentukan karier dan bermacam perkara lagi, semuanya berubah dan mekar dengan jayanya.

   Saya percaya sebelum ini saya telah berkongsi tentang kerja pertama saya yakni sebagai Assistant Shop Manager di premis 7 Eleven sekitar bandar Putra Nilai. Alhamdulillah saya berkerja selama 2 minggu Bersama 711 sebelum saya ditawarkan kerja tetap di sebuah syarikat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Walaupun jawatan yang ditawarkan agak menyimpang sedikit daripada kelulusan saya namun saya terima dengan niat untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu sambil mencari-cari juga jika ada kekosongan di tempat lain. Selama hampir 10 bulan saya bekerja sebagai IT Support dibawah syarikat Flumen Technologies SDN BHD, akhirnya pada bulan December 2018 saya ditawarkan pula kerja di daerah Rawang, Selangor.

   Kini alhamdulillah saya telah pun mula bertugas di Rawang, dalam sebuah kilang pengeluar kereta nasional. Saya juga hanya mula bekerja pada awal bulan Februari 2019 kerana menghabiskan notis 2 bulan daripada agreement bersama syarikat lama. Inshallah dimasa akan datang akan saya kongsikan dengan lebih teliti lagi pengalaman kerja saya bersama FLUMEN TECHNOLOGIES dan cara-cara saya bertukar kerja. senyum*

   Begitulah sedikit sebanyak perkembangan hidup saya semenjak berjaya menamatkan pengajian di UIAM Gombak. Jelas, ingin saya tekankan kepada graduan yang baru habis belajar untuk tidak terlalu memilih kerja dan berasa malu untuk bekerja dibawah kelayakkan kita. Bukanlah maksud saya untuk kita menerima sahaja bayaran yang rendah berbanding kelayakkan kita, namun sementara mendapat kerja dan bayaran yang setimpal itu eloklah kita berkerja berbanding duduk sahaja. Zaman sekarang nak pergi temuduga pun dah memakan kos puluhan ringgit dari segi persediaan diri kita, kos pengangkutan dan perjalanan tak termasuk makan minum serta pakaian lagi. Jadi, kerjalah apa sahaja asalkan halal dan kita punyai punca pendapatan untuk diri kita. Sekadar ini sahaja coretan saya untuk kali ini, berjumpa lagi kita dalam entri yang seterusnya, inshallah.

Assalamualaikum wbt.


Gambar-gambar
Hari terakhir di 7 Eleven

kerja shif malam
Rakan daripada Pusat Olah Perang TD

Diberi peluang menembak menggunakan senjata M4

Rakan sekerja Technical Department

Saturday, August 25, 2018

Kerja 7 Eleven

   Alhamdulillah, sejurus sahaja tamat pengajian saya di UIAM saya hanya menganggur selama sebulan sahaja. Benarlah rezeki tu memang daripada ALLAH, dan setiap orang mempunyai jalan rezeki yang berbeza. Ada orang rezekinya murah didalam bentuk kewangan, ada yang di dalam bentuk kesenangan hidup dan ada juga di dalam bentuk mudah memahami apa yang dipelajari. Seharusnya kita semua bersyukur dengan rezeki masing-masing dan berusaha menggunakannya ke arah yang membuahkan pahala.

   Jadi, sebenarnya saya awal lagi sebelum tamat semester akhir telah mula menetapkan objektif dan jangkaan apa yang hendak saya lakukan setelah tamat pengajian. Pada waktu itu saya telah menetapkan untuk hanya berehat di rumah sepanjang-panjangnya hanyalah sebulan. Usai sebulan, saya harus mendapatkan sumber pendapatan sendiri walau berkerja dibawah kelayakkan. Jadi, saya mula menghantar resume dan memohon kerja di pelbagai syarikat dan perusahaan. Antara syarikat-syarikat yang saya minta ialah fast food chain, stesen minyak dan juga kedai runcit seperti 7eleven dan Speedmart. Akhirnya saya diterima bekerja sebagai trainee untuk position store manager di 711 cawangan Sport Kompleks, Nilai. Bermulalah cerita dunia pekerjaan saya!.

   Bekerja di 711, memberi saya gambaran sebenar bagaiman penatnya melayan pelbagai karenah dan ragam manusia. Daripada melayu,cina, india dan pak arab serta pelbagai jenis dan bangsa manusia lagi semuanya datang ke premis ini. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang baru lepas bersukan seperti badminton dan gym yg terletak di tingkat atas premis ini. Tidak kurang juga pengunjung-pungunjung pusat bowling bersebelahan dengan premis 711 ini. Dua hari pertama saya disini sudah dikira mencabar bagi saya. Hari pertama saya masih belajar ntuk membiasakan diri dengan sistem dan mesin kira-kira wang yang digunakan. Saya juga diajar untuk melakukan stok chcek terutamanyan rak rokok selepas abis setiap syif. Semua ini mudah sahaja dan tidak mendatangkan masalah, tetapi dia jadi kelam-kabut bila tengah separuh jalan kira stok rokok, lepastu ada orang datang beli rokok. kalau kita perasaan takpa, noleh rujuk semula rokok apa yg dia beli dan update pada borang, tapi kalau tk perasan memang jenuh lah nak mengira semula.

   Tiba hari kedua, pada asalnya saya masuk jam 2 petang dan dijadualkan tamat jam 10 malam. Jadi saya pun masuk lah seperti biasa di premis saya. Lebih kurang jam 2.30 macam tu, store manager panggil saya, dia minta saya pergi ke premis di INTI College dan bertugas disana kerana premis sana kekurangan staff. awak ni dah la baru hari kedua, dah diminta pula jaga berseorangan diri dari jam 3 sampai 11 malam di premis lain, tanpa ada senior. Kalau jadi apa-apa masala nanti macam mana? aya nak rujuk siapa? persoalan-persoalan ini bermain di minda saya. tetapi akhirnya saya bersetuju untuk kesana dan kalau ada apa-apa masalah, saya call sahajalah Store manager. Baik, segalanya berjalan dengan lancar di premis tersebut sehinggalha datang seorang perempuan cina yang ingin membayar bil internet dia. Untu urusan pembayaran bil-bil dan tambah nilai telefon, kita akan gunakan mesin e-pay yanf korang selalu nampak tu. So saya pun memandaikan diri meneruskan transaksi tersebut. Hari sebelumnya saya telah diajar untuk menggunakan mesi tersebut untuk urusan tambah nilai telefon tetapi tidak untuk pembayaran bil. Jadi mengikut kiraan saya,mudah sahaja prosesnya kerana hanya perlu tekan button yang perlu dan amnil wang daripada pelanggan. Nak dijadikan cerita, perempuan tersebut ingin membayar menggunakan Alipay. AliPay ni sejenis pembayaran atas talian yang diperkenalkan oleh Ali Baba, syarikat besar berasal dari negara China. Masalahnya sekarang ialah mesin E-pay tidak menerima pembayaran bil menggunakan AliPay. Saya pula sudah menekan butang yang patut, maka transaksi telah dikira berlaku dan dimasukkan di dalam rekod jual beli harian. Mahu atau tidak mahu, pelanggan tersebut harus membayar dengan wang fizikal supaya saya tak kena bayar. banyak tu RM 150 !, hahahha...menggaru kepala saya dibuatnya. Akhirnya setelah bebrapa ketika, pelanggan tersebut datang semula dengan cash money dan bayar  bil dia. Selesai!

Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi berani mengambil pelanggan yang ingin membayar bil, malas dan leceh. hahaha..minggu seterusnya, saya bekerja selama 5 hari syif malam. Untuk syif malam akan masuk jam 11 malam dan pulang pada 7 pagi keesokkan harinya. Syif malam ni yang seronoknya tak ramai orang dan tenang. tetapi yang tak seronoknya mengantuk dan terdedah dengan ancaman rompakan.Alhadulillah disepajang saya bertugas, tiada cubaab rompakan atau samun yang berlaku, yang ada hanya beberapa pramugari menyamun hati saya, eh? abaikan. Bekerja pada syif malam juga bermakna saya perlu menerima stok roti dan surat khabar pada awal pagi. Kebiasaannya pada jam 5 pagi lori yang membawa roti seperti Gardenia, 7Days, dan sebagainya akan datang dan menghantar roti segar daripada kilang. Brother2 despatch surat khabar juga datang pada waktu-waktu ini. Maka, dapatlah saya membaca surat khabar lebih awal daripada orang lain sambil menikmati roti segar hangat di awal pagi. fuh nikmat!

   Selepas hanya 2 minggu bekerja di 7 Eleven, saya memohon untuk berhenti. Bukan sebab tak suka ataupun penat, tetapi kerana saya sudah mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan dan bertepatan dengan kelayakkan saya. Apapun, pada saya semua yang baik dan buruk sepanjang saya bekerja di 7 Eleven akan saya simpan sebagai pengalaman dan memori saya. Ada je masalah dengan SM dan sebagainya, tetapi malas saya nak taipkan disini, lagipun sudah hampir 6 bulan saya tidak menaip dan tiada entry baharu.hahaha..Jemari saya masih kaku dan otak tidak ligan menyusun kata. Tunggu saya cari semual rentak menulis, dan kita bersua lagi ye! hiks
*kepada sesiapa yang ada persoalan tentang bekerja dia 7 Eleven, boleh ajukan di ruangan komen dibawah, inshallah akan saya balas sebaiknya. senyum




Saturday, February 17, 2018

pertemuan

Beberapa hari yang lalu saya bertemu dengan seorang gadis. Matanya hijau kebiruan seakan-akan kacukan anak inggeris. Kulit putih gadis tersebut jelas terpancar di wajah yang berkerudung biru langit. Sedikit colekan blusher sudah menaikkan rona merah di pipi beliau. Indah.. Perlahan ia berjalan mendatangi saya yang sedang duduk di meja makan restoran Subway, Messa Mall.
Terasa debar dihati, benarkah gadis ini menyebut nama ku tadi?

Waktu terasa seakan-akan terhenti tatkala nama ku dilafaz sekali lagi,
"Encik Aizzat ?"

 Aku kaget. Sambil membetulkan letak tubuh dan mengalihkan pandangan ke wajahnya, aku menyahut dengan nada semesra mungkin. Meski ada kedengaran debar dan keliru.

"Ye saya.. dan awak ialah ? "

Gadis itu memberikan segaris senyuman nipis, sebelum membuka bicara.

"Anisa"





Sayonara uiam


Assalamualaikum wbt.

Memasuki hari ini, sudah hampir seminggu saya selamat meninggalkan bumi UIAM. Tapi masih lagi terasa seakan-akan mimpi sahaja. Perjalanan 4 tahun pengajian sarjana muda ditambah satu tahun setengah peringkat asasi kini telah tamat. Kesemuanya kini telah menjadi masa lalu, yang tidak mungkin berulang kembali. Secara rasminya, kami pelajar-pelajar tahun akhir kuliyyah kejuruteraan uiam tamat pengajian pada tanggal 25 Januari 2018, yakni setelah kami menghantar laporan akhir bagi projek tahun akhir mahasiswa kejuruteraan. Namun saya meneruskan khidmat di dalam ahli jawatankuasa Taaruf Week sejurus menghantar laporan projek. Dengan itu hayat berbakti sebagai mahasiswa saya diteruskan sehingga ke 5 haribulan Februari 2018.

Detik-detik akhir di universiti ini diwarnai dengan pelbagai rasa. Ada perasaan gembira di dada tatkala mengenangkan segala penat lelah menuntut ilmu kini akan berakhir. Ada rasa yang tidak terungkap dengan kata-kata melihat senyuman dan gelak tawa abah emak ketika mendengar perkhabaran anak yang bakal tamat pembelajaran kelak. Dan ada juga perasaan sedih kerana akan meninggalkan tempat yang mengajar seribu satu pengalaman dan didikan. Kerna akan berjauhan dengan rakan taulan, kerna akan berubahlah rutin harian, dan akan berpisah akhirnya dengan sesuatu yang telah menjadi sebahagian daripada diri ini.

Bermula dengan aktiviti-aktiviti akhir bersama rakan-rakan sepengajian, makan malam bersama gang Communication dan CIE, meneroka laluan denai di belakang UIA yang selama ini hanya dengan bebudak STUFF tetapi kali ini dengan gang CIECOMMU, dan juga sembang-sembang kosong bergelak gelak tawa hingga saat mengikat janji tidak akan terputus hubungan kelak. Semuanya memberi jiwa dan rasa yang tersendiri.

Benarlah kata orang, zaman remaja dan lebih khusus lagi zaman di pengajian di universiti akan menentukan sejauh mana kita akan berkembang di dalam kehidupan kelak. Mempunyai jaringan persahabatan yang luas akan memberi banyak manfaat pada kita dari segi mencari pekerjaan, atau sekadar ziarah-ziarah di hari raya nanti. Tidak akan terlayan semuanya, namun pasti ada segelintir yang benar-benar terikat hati kita, untuk saling berhubung dan bersahabat hingga ke hari tua.

Dengan ini, bermula lah fasa perubahan hidup daripada fasa pelajar kepada fasa dewasa bekerjaya. Meremang juga bulu roma bila terfikirkan keadaan diri yang masih mentah di dunia luar ini. Tetapi apalah gunanya segala yang telah dipelajari di universiti jika tidak digunakan di dunia baharu ini. Semoga diri kita akan kekal istiqamah dengan ilmu yang telah ada di dada, dan menyumbang semula kepada masyarakat ini mengikut kemampuan kita.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di Kuliyyah Kejuruteraan IIUM Gombak, diatas segala tunjuk ajar dan markah peperiksaan sepanjang 4 tahun menadah ilmu kejuruteraan. Seterusnya, Madam Khairani, Mdm Aniza, Bro Najaa dan Bro Amir yang bertugas di Guidance and Counseling unit (GCU) CFS IIUM Petaling Jaya. Di kelab PEERS lah saya menemui identiti diri, membina keyakinan diri dan membuka diri untuk dunia luar. Para sahabat keluarga PEERS yang masih lagi berhubungan sehingga kini, meski kini jauh namun masih terbayang di mata diri ini kemeriahan dan keseronokkan bersama kalian. Melangkah ke pengajian sarjana di IIUM Gombak, kemeriahan dan jiwa kekeluargaan ketika bersama PEERS dikongsi dan diluaskan jajahan bersama keluarga tersayang kelab STUFF IIUM. STUFF IIUM meneruskan lagi perkembangan diri saya daripada pelbagai sudut dan ruang. Bermula daripada seorang yang kurang keyakinan diri, pendiam dan hambar sehingga kini saya lebih berkeyakinan, berani meluahkan pendapat, kelakar dan masih hambar(kata mereka). Tidak lupa juga sahabat-sahabat ketika bersama kelab CARING meskipun jodoh kita terhenti selepas setahun, namun tidak pernah putus diluar meski saya bukan lagi ahli rasmi. Sesungguhnya pengalaman berbakti di rumah Anbu Ilam dan Jaring Outreach ke Kelantan pasti akan saya kenangkan sehingga tua nanti. Tidak ketinggalan kelab COMRADE kerana mengajar erti hidup pada memberi, di dalam ekspedisi-ekspedisi amal ke Kg Lebir, Kg Teji, Abu, Senangkar dan Kg Susu. Kesemua ekspedisi ini mengajar saya erti dan nikamt islam itu sendiri. Juga menenangkan jiwa setelah terlalu sesak disumbat teknologi dan peradaban moden hingga terlupa keindahan kehidupan sederhana yang dijalani aber, amek, nak dan jajak di perkampungan orang asli. Bersama kalian juga saya menyedari potensi diri untuk berdakwah, dan hidup meski dalam keadaan tiada teknologi dan kemudahan harian. Program paling berbekas di jiwa? semestinya ketika IPTA Lebir 2016 dan juga Distex Kg Susu. Selain daripada kelab dan persatuan, terima kasih juga kepada batch CIE COMMU, sahabat sekelas daripada tahun pertama hingga ke tahun akhir. Walaupun bonding sesama kita tidak begitu kuat seperti majoring lain, namun kita berjaya cantikkan pengakhirannya. Mungkin juga kerana bilangan kita yang terlalu ramai, sebab tu macam susah nak kumpulkan semua orang, gelak.

Fuh rasa macam beremosi betul entry kali ini,haha..Siapa tak akan emosi kena berpisah dengan entiti yang telah lama membekas di hati dan jasad, kan? . Selama empat tahun saya mendiami bumi Gombak, mulanya menaiki basikal ke kelas, kemudian lebih suka berjalan kaki. Oh ye kegemaran saya berjalan kaki ke kuliyyah pada awal pagi jam 8 pagi. Waktu ini sangat nyaman kerna udara masih bersih dan dingin. Bunyi-bunyi kenderaan juga masih jarang kecuali jam 8.10 minit pabila semakin banyak motorsikal dan kereta berkejar mencari kawasan parkir. Tempat kegemaran saya? melintasi bangunan kuliyyah ekonomi dan juga kawasan parkir kereta kuliyyah ilmu wahyu. Setiap pagi jam 8 pasti mak cik Daya Bersih sudah ada disitu menyapu dan melonggokkan daun-daun kering. Terasa satu kepuasan bagi saya melihat jalan tar yang hitam dan bersih kemas selepas daun-daun yang berselerakkan disapu mak cik Daya Bersih. Kadang-kadang saya hadiahkan senyuman jika mak cik berpaling pada saya, menandakan ucapan terima kasih saya dan menghormati pekerjaan mulia mereka. Mak cik mesti akan senyum semula, ye benar senyuman kita sahaja mampu menceriakan permulaan hari sesama manusia. Memasuki tahun keempat, saya masih berjalan kaki cuma bila balik dari kuliyyah ke mahallah kebiasaannya menaiki mereka kawan sekelas. Lagipun semasa semester akhir kelas saya hanya sekali atau dua kali sahaja sehari. Maka masa saya lebih banyak diluangkan diluar kelas dan mahallah, yakni di kafe HS, Edu dan juga kadang-kadang di Photonic lab, ruang kerja FYP saya.

Jika hendak saya luahkan segala rasa di dada ini, past semakin berjela-jela lagi tulisan ini. Cukuplah rasanya saya pendam dan hayati seorang, memori-memori pahit manis ketika di zaman universiti. Kepada kalian yang masih di dalam pengajian, nikmati dan penuhilah masa kalian dengan aktiviti-aktiviti dan perbuatan yang mampu kalian kenangkan dan menungkan kelak. Kerana kesemua saat-saat ini tidak akan berulang kembali, perasaan apabila sudah tidak di dalam universiti lain benar, begitu juga jika menyambung master, suasana dan keadaannya tidak akan sama seperti degree. Saya juga ingin megambil kesempatan ini memohon ampun maaf diatas segala salah silap saya sepanjang 5 tahun setengah bersama-sama dengan anda semua warga universiti islam antarabangsa malaysia. Segala tingkah laku, tutur kata atau apa sahaja yang pernah menyakitkan, ampun dan maaf saya pinta dari kalian.. Jika ada hutang yang belum dilangsaikan, hubungi lah saya okayh? hihi..

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, sayonara~

PEERS induction day

Mainboard STUFF 2015/2016
new year 2018 celebration mb 17 dan mb 18

Mainboard STUFF 2017/2018
sambutan hari raya aidilfitri 2017 stuff iium

walimah ex-pres Stuff, Balqini dan Hikmah

Intership di Theta Technologies sdn bhd

meraikan konvokasi kak Tengku Ain

support stuffians yang menjadi komiti stanex 2017

stuffians di Stanex 2017

GB study group ciecommu 




Monday, November 27, 2017

Ucapan President agm 2017 STUFF IIUM

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis, saudara rushdeen dan saudari deana.

Bismilahirrahmanirrahim,

                Assalamualaikum wbt. Yang berbahagia, Dr Ros Aniza bt Mohd Shariff, Penasihat kelab STUFF IIUM, yang berusaha bertungkus-lumus menjalankan mesyuarat agung pada malam ini, Saudara Muhammad Syamim zubir, barisan mainboard yang dikasihi lagi dekat dihati, para alumni di belakang sana yang sudi datang memberi sokongan sehingga ke hari ini, dan seterusnya semua ahli kelab stuff yang hadir memenuhi dewan pada malam ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir pada malam ini, yakni majlis Annual Grand Meeting(AGM) yang bertujuan untuk mengumumkan barisan pucuk pimpinan baharu bagi kelab STUFF sesi 2017/2018.  Setahun sudah berlalu, saya dan barisan mainboard 2016/2017 memegang tampuk pimpinan. Jika pantai ada surutnya, jika malam ada silih gantinya dengan siang, jika cinta ada hasilnya, jika hidup ada kematian, dan sudah pasti setiap pertemuan akan ada perpisahan.

Jika disebut sahaja nama kelab stuff iium, umum masyarakat uiam memandang hormat ahli kelab kita kerana kita melahirkan ramai ahli bahkan pemimin yang berkualiti dan boleh memimpin orang lain. Seharusnya kita semua merasa bangga dan berusaha menjaga penghormatan yang telah diberikan ini. Di awal masa kenaikkan saya setahun yang lalu, matlamat utama saya adalah untuk menyusun semula sistem pengurusan kelab dan membawa kelab lebih dekat dengan nature ataupun tujuan asal penubuhan kelab kita. Kini dengan ahli kita mencapai 450 orang, setiap biro dianggotai 80 orang dan hanya dijaga oleh dua orang head dan assistant head. Sesungguhnya ia tidak mudah dan merupakan cabaran kepada mereka. Jadi saya mohon semua berikan tepukan kepada head dan assistant head biro anda. Seterusnya barisan setiausaha dan bendahari saya yang bekerja siang dan malam memastikan segala hal ehwal surat, proposal, procedure dan kewangan kelab berjalan lancar dan tersusun. Mereka inilah yang menjadikan sistem itu bergerak dan berfungsi dengan baiknya. Berikan tepukan kepada mereka. Kemudian, 3 orang pendamping setia saya.. tidak, saya tiada payung emas nak diberi kepada mereka. Kepada 3 orang teman vice president saya, terima kasih saya ucapkan atas segala sokongan, dorongan dan teguran yang membantu saya memimpin kelab ini sebaiknya. Tidak lupa juga kepada Dr Ros Aniza, seorang penasihat yang sangat aktif menyokong aktiviti-aktiviti kelab dan sangat mudah didekati oleh ahli-ahli stuff. Dan sudah pasti, doa ibubapa yang sentiasa mengiringi perjalanan kita di Menara gading ini.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada setiap insan yang berhubungan dengan kelab ini secara langsung atau tidak langsung. Kelab STUFF banyak membantu dalam membentuk  saya menjadi manusia yang lebih bersifat kemanusiaaan. Kerana mungkin jika saya tidak beranikan diri mendaftar pada empat tahun yang lepas, saya akan melepaskan peluang berkenalan dengan kalian semua. Saya akui, kelab ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Terima kasih diatas 4 tahun yang manis,pahit, suka, duka dan bermakna.

Pepatah cina ada mengatakan, Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini.

Kepada pucuk pimpinan baharu, jadilah bunga-bunga yang akan terus menghiasi dan mengindahi keluarga besar ini. Jagalah kelab ini dengan sepenuh hatimu, pelihara kebajikkan ahli-ahli kelab kita, dan berusahalah memberikan yang terbaik. Di sepanjang perjalanan nanti akan ada manis dan pahitnya, telanlah semua dan lindungkan rasa duka, kerna kita tidak punya banyak masa atas dunia, hargailah semua dan sebarkan cinta sesama keluarga, kita. Ambilah yang jernih daripada pimpinan kami, tetapi jangan dibuang yang keruh, kerna kadang yang keruh juga menjadi peneguh kepada hati yang luluh.

Akhir sekali, saya mewakili pucuk pimpinan stuff 2016/2017 ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap disepanjang tempoh pimpinan kami. Sesungguhnya kami telah mencuba yang terbaik dalam memastikan setiap daripada kita mendapat manfaat daripada kelab ini. Semoga segala apa yang kita lakukan di dalam kelab ini, allah terima sebagai amal soleh kita di akhirat kelak. Selamat maju jaya, sayang semua. Assalamualaikum wbt.



Friday, October 20, 2017

sakit


Sakit. Satu perkataan yang membawa makna yang cukup membekas apabila ditangkap oleh telinga. Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan melawat seorang ibu kepada sahabat yang terlantar di hospital. Beliau disahkan menghidapi kanser lymphoma setelah sekian lama kanser tersebut wujud di dalam tubuh badannya.

   Melawati orang sakit mengingatkan kita kepada pelbagai perkara. Tentang nikmat kesihatan apabila tiada, tentang nikmat berjalan ketika sudah tidak bisa berdiri, dan semestinya nikmat untuk masih menghirup udara di atas bumi ciptaan tuhan, sebelum paru-paru berhenti menapis udara kelak. Ziarah yang saya ikuti ini juga memberi satu pengajaran yang sukar didapati di tempat lain tetapi hanya di hospital. Apa yang ingin saya maksudkan ialah kesabaran dan ketabahan menjaga orang sakit.

   Wanita awal 50-an itu merenung kami satu persatu usai diperkenalkan nama kami kepadanya. Sempat ia berseloroh sebelum kembali mencari nafas. Matanya redup, memerhati anak-anak muda yang sihat tubuh badannya di kemuncak kehidupan. Seakan-akan terbayang akan dirinya di saat remaja dahulu berdiri seiiring dengan kami.. Dengan berat nafas ia membuka bicara.

"Tak senang menjaga orang sakit ni dik..Acik ni bersyukur sangat ada yang sanggup menjaga makan minum semua di sini." dia berhenti mencuri nafas. "Kamu nanti kalau mak ayah ke, keluarga ke sakit, jagalah mereka elok-elok,,kena banyak bersabar,jangan cepat marah bila disergah.. Masa ni kamu masih muda, masih ada kudrat dan tenaga. Gunalah elok-elok, buat benda baik, belajar agama..nanti dah tua tak larat!' ujarnya sambil menghela nafas panjang..Kami diam mendengar. Menghormati nasihat dan kata-katanya sambil minda mencipta situasi sendiri kelak.

   Kipas di syiling pegun. Tidak dihidupkan kerana udara di wad pesakit telah nyaman dan selesa dikawal oleh pendingin hawa. Agak lama suasana sepi tanpa bicara. Katil hujung ini dikerumuni 11 anak muda. Terkadang penghuni lain di wad 8C menjeling ke katil hujung ini. Mungkin kerana gelak tawa kami yang cuba menghidupkan suasana sepi disini.

"Aihh cakapla, kenapa semuanya senyap?" getus wanita itu sambil menjeling anaknya,diikuti kami sebaris.

serentak kami tertawa. Masing terasa lawak dengan kejanggalan sendiri yang diam seakan-akan bisu.

   Disini, tika saat ini, aku tenggelam dalam fikiran yang jauh di dalam kalbu. Bertapa kini aku berdiri menghadap makhluk tuhan yang persis sepertiku, bezanya hanyalah di dalam jasad itu ia sedang berjuang untuk terus hidup menatap matahari pada hari mendatang. Dan aku, juga berjuang namun di dalam medanku yang tersendiri. Di rumah sakit ini juga membuat aku termenung tentang dua pengakhiran. kehidupan ataupun kematian. Jika ditanya kepada semua manusia, pasti kesemuanya akan menjawab mereka mahu hidup. Hidup untuk mengejar cita-cita, ingin hidup untuk memenuhi impian, dan tidak kurang juga untuk membantu jiwa-jiwa yang hampir mati tidak bertuhan kembali mencari-Nya. Tiada siapa pun yang menginginkan kematian, melainkan jiwa mereka telah dibunuh oleh kezaliman mereka yang sebangsa dengannya. Namun, semua manusia akur benar bahawa satu ketika nanti mereka tetap akan mati. Iya benar, kita semua akan mati juga. Namun dengan cara yang bagaimana? dengan keadaan yang bagaimana? itu semua berada di tangan kita untuk menentukannya. Husnul khatimah, impian setiap yang bergelar muslim.

   Di penghujung ziarah itu,kami nenitipkan doa dan kata-semangat buat wanita itu agar terus kekal kuat dan berjuang. Tidak lupa juga bekalan doa dan tiupan semangat kepada sang anak yang menyemai pahala menjaga ibunya. Anak itu sedar tidak sedar sebenarnya sedang membina rumahnya di syurga sana. Rumah yang akan didiami mereka sekeluarga kelak di akhirat nanti, ameen. Melangkah perlahan meninggalkan perkarangan hospital, aku tersenyum sendirian.

Monday, October 09, 2017

Kasihan Si Pensyarah



Kasihan si pensyarah,

Berdiri dia menahan lelah,

Tenang dan lancar menutur madah,

Berharap sampai segala hikmah.

Namun tidak si penuntut ilmu,

Wajahnya tekun manatap buku,

Tetapi dikhianati matanya itu,

telefon pintar selesa diatas buku.

Pensyarah masih gigih menerangkan,

Penuntut ilmu leka bersama teman-teman,

Pensyarah  sedar dia diendahkn,

Pahit itu biarlah dia telan.

Tamatlah sudah satu jam setengah,

Ke kamar lemah pensyarah melangkah,

Sedang penuntut ilmu masih berdekah,

Kasihan pensyarah

Umpire

   Assalamualaikum semua. sudah lama tidak kita bersua! hehe Jadi entry kali ini nak bercerita tentang pengalaman menjadi umpire ataupun di dalam bahasa melayu nya pengadil. Pada 8 Oktober yang lalu saya dan rakan, Ameer wafiq telah menggendong tugas selaku umpire bagi pertandingan bola tampar sempena karnival sukan mahallah safiyyah,uiam.

   Pada mulanya, kami agak ragu-ragu dan takut-takut kerana kedua kami tidak pernah terlibat secara langsung dalam dunia pengadilan sukan bola tampar. Namun, berbekalkan inspirasi Tony Stark yang mampu menguasai thermal nuclear astrophysics dalam masa satu malam. Kami tekad menerima tawaran secara sukarela.

kredit


   Alhamdulillah, berkat menonton anime Haikyu! sebanyak 63 episode di dalam 3 season berbeza, saya lebih yakin menjadi umpire kali ini. Terima kasih juga buat video-video hand signal di YouTube yang banyak membantu. Apapun, pengalaman kali ini mengajar saya bahawa tiada yang dapt menghalang kita jika kita berusaha. Dugaan sentiasa ada,tetapi yang penting cara kita berhadapan dengan dugaan-dugaan tersebut. Program kali ini juga membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendalami sukan bola tampar! 

  Okay sekian entry kali ini, Assalamualaikum!

sesi bergambar bersama principal dan peserta karnival sukan safiyyah

Bersama sahabat kami, merangkap MRC Safiyyah, Ayuulan

Umpire volleyball

Sunday, September 17, 2017

Syukur


Syukur. Satu perkataan yang hanya mempunyai 5 abjad namun pengertiannya lebih daripada itu. Ia merupakan suatu bentuk penzahiran ke atas sesuatu nikmat, dan boleh juga diatas sesuatu musibah. Hairan bukan? Bagaimana sesebuah musibah juga boleh dijadikan sebab untuk kita bersyukur. Masyarakat biasa menzahirkan kesyukuran ke atas sesuatu yang menggembirakan mereka. Sebagai contoh seorang pelajar bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, seorang pekerja bersyukur dengan kenaikkan gaji dan sepasang suami isteri bersyukur dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Persoalannya, bagaimana perasaan syukur yang mendiami hati itu boleh dizahirkan atau diluahkan. Bagaimanakah cara sebaiknya untuk kita melahirkan perasaan syukur kepada ilahi diatas sesuatu yang kita perolehi. Jadi, dengan izin tuhan yang Maha Pemurah akan saya kongsikan bagaimana cara saya menzahirkan rasa kesyukuran ke atas Tuhan pemilik alam ini.
Pertamanya, amalan termudah sekali dalam menzahirkan kesyukuran yang selalu saya praktikkan ialah melalui lisan. Dengan melafazkan kalimah tahmid diatas segala kurniaannya ke atas saya. Contoh mudah, lidah akan kebiasaannya secara automatik akan menuturkan lafaz Alhamdulillah sebaik sahaja kita menerima sesuatu khabar berita gembira. Tika lafaz ini terucap hati terasa nyaman dan lapang mengenangkan kurniaan tuhan. Di dalam surah Ibrahim ayat ke-7, Allah berfirman “Jika kamu bersyukur dengan nikmat Ku, Nescaya akan Aku tambah lagi nikmat kepada mu”. Subhanallah, indah bukan? Pabila kita mensyukuri nikmat yang telah allah beri, Allah akan gandakan lagi nikmat tersebut dan tidak dikuranginya!

Kedua, penzahiran kesyukuran juga dilakukan dengan menahan diri daripada berbuat maksiat. Dengan segala nikmat tubuh badan, udara dan masa yang telah allah beri kepada kita, maka menahan diri daripada kemaksiatan juga merupakan salah satu wasilah melahirkan perasaan syukur kepada ilahi. Tambahan pula, sambungan kepada ayat ke-7 Surah Ibrahim Allah berfirman “Jika kamu ingkar dengan nikmat yang telah Aku berikan,sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Ini merupakan satu amaran daripada Allah bahawasanya kita sebagai hamba-hambanya harus bersyukur dan mengelakkan daripada membuat maksiat dengan nikmat yang telah Dia berikan.

Kesimpulannya, cara melahirkan syukur bagi setiap insan mungkin berbeza namun semunya mempunyai matlamat yang sama. Maka terpulanglah kepada setiap individual bagaimana untuk memanifestasikan perasaan syukur tersebut. Pejam mata dan helakan nafas lembut sambil bibir menutur lembut,Alhamdulillah.

Thursday, August 03, 2017

train to gombak III


Jam telah menunjukkan pukul 7.00 pagi tatkala matahari mula melimpahkan cahaya bahagia.

"allah lambat dah, lambat..sudahlah masak nak jawab nanti.." Hayati monolog sambil bergegas masuk ke perut Toyota camry hybrid. Haruman di dalam kereta itu masih sama. Haruman dari seseorang yang amat dia rindui.

"wak,tolong wak..tak laratlah.."

Khalid menjuih bibirnya ke arah tangan yang sedang menggenggam tuil gear kereta.

"mengada-ngadanya"
 etty menggumam dibawah nafas,namun digerakkan juga tangannya ke arah tuil gear tersebut. Dua tapak tangan, bertindih atas dan bawah menolak tuil gear daripada posisi P ke D. Hangat pipi etty menahan malu. Khalid sengih melafaz basmallah sebelum mula memandu, rutin mereka.

"wak,,bila awak nak balik.."

hampir 3 bulan sudah pesawat Khalid hilang, dan hayati masih gigih memanjat doa.

Wednesday, August 02, 2017

6 PERKARA anak muda yang baru bekerja perlu lakukan

   
   Anda merupakan seorang fresh graduates ataupun graduan dari sebuah universiti? Sudah berjaya mendapatkan kerja pertama anda? Jika benar, tahniah!, Pada yang masih belum secure kerja pertama, teruskan mencari dan jangan berhenti menebalkan muka menghadiri temuduga disana-sini. Rezeki itu pasti ada dengan izin tuhan. Baiklah, apa langkah seterusnya yang perlu anda lakukan jika sudah diterima untuk sesuatu pekerjaan? Ini persoalan yang sering menerjah fikiran kesemua entry level employee.

   Perancangan kewangan sejurus memulakan hari pertama anda bekerja amat penting demi kelangsungan hidup pada tahun-tahun mendatang. Jadi pada entri kali ini saya menyimpulkan semula perancangan kewangan idea dan cadangan daripada thread saudara Faiz Wahab di Twitter. Selamat membaca dan selamat mencuba!.

 TABUNG KECEMASAN

   Tabung kecemasan dikhaskan untuk kegunaan pada masa-masa kecemasan seperti namanya. Antara contoh kecemasan seperti kemalangan, kereta atau motosikal rosak,baiki rumah dan mungkin juga baiki laptop. Kemalangan boleh jadi pada bila-bila masa sahaja tanpa kita tahu, jadi duit dari tabung ini boleh digunakan untuk keperluan tersebut. Kereta rosak atau laptop rosak jika ia mengganggu prestasi kerja anda juga dikategorikan dibawah kecemasan. Tapi tukar sport rim kereta bukan kecemasan, itu melemaskan. Tahu dan mampu bezakan situasi kecemasan dan biasa-biasa, itu kunci dalam menggunakan wang tabung kecemasan. Bagi tabung ini, ambil jumlah gaji anda dan darabkan dengan 3 hingga 6 bulan bagi tempoh satu tahun. Atau lebih mudah dengan mengasingkan 10% gaji bulanan. Jumlah minimum bagi tabung kecemasan perlu sekurang-kurangnya menyamai jumlah gaji 6 bulan anda bekerja. Kerana boleh jadi jika anda ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan kos operasi, anda ada bekalan duit gaji 6 bulan sementara mencari pekerjaan baharu. Formula tabung kecemasan,

Ambil contoh gaji RM 3K sebulan,
3K X 3 = RM9K

   Nampak terlalu banyak bukan? Sekarang cuba simpan 10% gaji anda setiap bulan dan anda mampu capai RM9K dalam masa 30 bulan (dengan harapan tiada kecemasan yang mendesak).
Jangan runsing atau gusar, tahun pertama dan kedua akan terasa begitu membebankan namun memasuki tahun ketiga anda akan sangat bersyukur dengan hasil simpanan kecemasan anda. Perlu juga diingatkan bahwa dana untuk emas pelaburan dan tabung kecemasan jangan dicampurkan. Tetapkan bahawa duit tabung kecemasan jangan diganggu.

TABUNG KAHWIN

   Sebagai seorang manusia, sudah menjadi fitrah kita untuk hidup berpasangan bukan? Maka isu perkahwinan merupakan salah satu topik hangat dalam kalangan lepasan universiti tidak kurang juga mereka yang telah lama bekerja. Namun, berbicara perihal perkahwinan, bab mempunyai calon aau tidak adalah perkara kedua, tetapi yang pertama ialah kesediaan dan kemampuan dalam mengadakan majlis perkahwinan dan perbelanjaan awal usia perkahwinan. Rata-rata belia menyasarkan untuk membina rumah tangga pada lingkungan usia 23-28 tahun tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi, sejauh mana idea atau impian ini boleh dicapai secara realistiknya? Adakah ia sesuatu yang mustahil atau mampu digapai dengan perancangan dan plan yang mantap? Baiklah, Ini cadangan tabung simpanan bagi pasangan yang ingin membina masjid diluar sana. Tabung ini menyasarkan untuk menyimpan RM 30K dia dalam tempoh 5 tahun. Jadi bagaimana anda mampu menjana RM 30K dalam masa 5 tahun? 
   
   Caranya adalah dengan mula menyimpan di dalam satu instrument pelaburan pada kadar dividen 7% (sebulan RM510). Di dalam kiraan yang lebih mudah, disiplinkan diri anda, makan ini boleh dicapai dengan menyimpan RM17.00 sehari. Terdapat pelbagai skim pelaburan yang boleh anda ceburi, antara yang popular ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASNB) yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad. Ada juga yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain seperti Kenanga Syariah Growth Fund, PMB Shariah Aggresive Fund dan EastSpring Investment Dana Al-ilham. Pilihannya di tangan anda, menjana keuntungan pasif disamping pendapatan bulanan.

TABUNG HAJI

   Ibadah haji merupakan salah satu rukun islam bagi semua orang muslim. Namun ada kelonggaran disini dengan hanya orang yang berkemampuan sahaja yang akan menunaikan ibadah haji. Tetapi saya percaya setiap mukmin pasti ada menyimpan impian untuk ke kota masjidil haram bukan? Untuk berdiri dan sujud dihadapan kaabah tanpa ada halangan, merasai nikmat di tempat paling diberkahi atas bumi ciptaan tuhan ini. Untuk itu, cadangan bagi tabung haji pula adalah dengan mengasingkan RM3.30 setiap hari di dalam tempoh 10 tahun, dengan ini anda mampu mengutip sehingga RM12K. Terasa lama? Tidak tuan-tuan dan puan-puan, 10 tahun itu sebentar sahaja seperti cepatnya anda melihat anak-anak anda membesar.

  Selain daripada itu, anda boleh juga menyimpan RM 100 sebulan dgn kadar dividen ASB 7.25%, dan dengan anggaran bahawa kadar Inflasi 3% setahun. Tetapi jika anda ingin menggunakan skim Tabung Haji, dengan menyimpan RM 100 sebulan untuk  tempoh 108 bulan, dan juga anggaran annual interest rate 6%, inshallah impian haji anda boleh  tercapai di dalam masa 10 tahun (letakkan sasaran pergi sebelum usia 40 tahun!)

TABUNG RUMAH

   Pemilikan rumah juga kini semakin sukar dengan harga hartanah yang semakin lama semakin naik. Pelbagai skim ditawarkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri dalam membantu anak-anak muda untuk memiliki rumah mereka sendiri. Kebanyakkan skim ini memfokuskan kepada pemilikkan rumah pertama sahaja. Antara contoh skim pemilikan rumah yang ada ialah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Rumah Selangorku di bawah kerajaan negeri Selangor dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Ada pelbagai lagi skim boleh didapati di negeri masing-masing, anda hanya perlu rajin sedikit untuk membuat pencarian.Orang kata “do the homework”.

   Jadi langkah seterusnya adalah mempersiapkan dana kewangan setelah anda memilih rumah yang anda inginkan. Untuk anda memiliki sesebuah rumah itu, anggaran jumlah wang yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah tersebut. Dengan cara ini anda boleh kurangkan pinjaman yang dibuat daripada bank, dan mungkin tidak perlu membuat pinjaman langsung! Kata kuncinya terletak pada disiplin anda dalam mengurus keluar-masuk wang pada setiap bulan. Untuk lebih banyak maklumat dan pertanyaan, boleh follow figura-figura ini di laman sosial Twitter dan Facebook. azizulazliahamad @twthartanah @kewangangraduan

TABUNG PERSARAAN

   Apa yang hendak ditekankan di sini, kita tak pasti masa depan kita macam mana. Maka adalah lebih baik jika kita bersedia. Ramai orang tak buat persediaan untuk persaraan. Ingat boleh kerja sampai mati ke? Kasarkan. Memasuki golongan pesara, hanya ada dua cara untuk anda terus kekal dengan cara hidup sekarang iaitu satu mengharapkan sumbangan orang ramai, dan dua membebankan anak-anak. Bagi point kedua, benar tanggungjawab anak-anak untuk membalas budi ibubapa dengan menjaga mereka pula, namun perlu diingatkan dengan kos sara hidup yang kian meningkat, mereka juga ada bebanan sendiri yang perlu ditanggung. Jadi apa salahnya kita kurangkan sedikit bebanan itu dengan tabung persaraan hasil simpanan kita sendiri. Sebagai contoh, Gaji sekarang ialah RM3000 dan target bersara pada umur 60. Letakkan anggaran kadar purata inflasi 3%, ini graf nya



   Jika anda berusia 25 tahun dan ingin kekalkan gaya hidup seperti sekarang bila sudah bersara nanti, anda perlukan pendapatan berjumlah RM8441 sebulan. Jika berusia 35 tahun pula, dan target nak bersara pada umur 60 tahun, kena ada pendapatan RM6281 sebulan untuk maintain hidup seperti sekarang. Total fund yang anda perlukan adalah berjumlah RM 2,718,300 jika berumur 25 tahun dan bersara 60 dengan jangka hayat 80. Gaji pula tetapkan pada RM3000. Gunakan retirement calculator ini untuk merancang tabung anda.


   Persoalannya, bagaimana nak simpan hingga RM 2,718,300 sebelum memasuki usia persaraan? Ha macam ni. Pilih salah satu instrument pelaburan contohnya ASB. Untuk ada fund RM2,718,300 anda kena menyimpan bermula pada usia 25 tahun dengan kadar bulanan RM1638. Ini juga berdasarkan Kadar purata dividen ASB sebanyak 7%. Skim unit amanah ASB sememangnya dikenali dan popular kerana telah memberi pulangan dividen tidak kurang dari 8.5% setakat ini. Boleh rujuk disini untuk melihat sejarah pemulangan semula dividen ASB.

TABUNG TRAVEL

Do the math yourself, hiks..
takkan nak suap semua,hehe

   Kesimpulannya, zaman belajar bukan perihal assignments, lecturer, kelab, kelas, kafe dan kawan-kawan sahaja yang perlu anda fikirkan. Guna dan kerahkan minda dan tenaga untuk merancang maa hadapan anda. Tidak ada salahnya and yang masih belum bekerja untuk memulakan tabung-tabung dia atas. Tetapi buat yang telah bekerja boleh jatuh hukum WAJIB!. Ayuh, bersama kita menuju kebebasan kewangan. Untuk lebih banyak info boleh la follow figura-figura yang telah saya sebutkan.




Monday, July 24, 2017

Internship. The first month

   Assalamualaikum wbt. Sudah terlalu lama saya tidak menulis. Mungkin salah satu sebabnya kerana sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal. Justeru masa yang ada sangat terhad,yakni malam hari sahaja yang lapang. Itupun terkadang perasaan malas sangat menebal (maafkan saya) hingga tidak terkarang-karang entri baharu. Okay, berbalik kepada tajuk asal entri. Sememangnya entri kali ini ingin saya dedikasikan untuk berkongsi kerja-kerja dan aktiviti seharian saya di dalam latihan industri ini.

   Saya memulakan latihan industri (lebih selesa dipanggil intern) kira-kira sebulan yang lalu, yakni pada tanggal 13 jun 2017. Dan minggu lepas genaplah sebulan tempoh internship saya. Disepanjang tempoh ini pelbagai perkara telah saya pelajari baik secara formal, informal dan juga secara dibawah tidak sedar. Jadi, saya akan huraikan mengikut susunan minggu pertama hingga minggu keempat,inshallah.

Minggu Pertama

   Minggu pertama sejujurnya memang takda buat apa-apa kerja. Orang kata datang berlenggang sahaja. Memerhati sekeliling kawasan pejabat dan berlagak sibuk dengan menatap skrin komputer riba.gelak. Bukannya saya tidak minta, bila diminta kerja daripada supervisor saya, katanya duduk dahulu nanti saya datang bagi kerja. Wah,,.. kesudahannya dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang saya duduk sahaja. Maklumlah, ketika ini masih di bulan Ramadhan jadi waktu pejabat dipotong dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang kepada 4.30 petang. Kesudahannya, minggu pertama tamat dengan berjayanya.

Minggu Kedua

   Umum telah maklum, minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadhan dan hari raya Aidilfitri akan disambut pada hujung minggu kelak. Oleh sebab itu, kebanyakan staff telah mengambil cuti seawal hari rabu lagi. Memasuki minggu kedua disini, saya telah mula diberi kepercayaan untuk mengemas kini tracker bill of quantities dan dibawa melihat salah satu antenna pole site di Flat Impian Baiduri, Petaling jaya. Berada di site, saya diperkenalkan dan diberi penerangan tentang komponen-komponen dan sistem yang digunakan di dalam teknologi Wimax dan LTE oleh Huawei dan ZTE. Kedua-dua syarikat yang berasal dari Tanah besar China ini memanipulasi pembekalan peranti buat sistem jaringan komunikasi tanpa wayar di Asia dan Malaysia secara khususnya. Ini kerana ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan boleh dipercayai prestasinya. Buat yang tidak mengetahui, secara mudahnya LTE dan WIMAX adalah dua standard operasi yang diperkenalkan untuk sistem komunikasi tanpa wayar. Namun kini lebih banyak syarikat menggunakan LTE (LONG TERM EVOLUTION) berbanding WIMAX (Worldwide Interoperability for Microwave Access).Ini kerana mereka memerlukan spesifikasi yang tinggi bagi menampung sitem 4G dan 5G yang dijangka akan mula beroperasi dalam 5-6 tahun akan datang.
 
di atas flat impian baiduri
Minggu ketiga

   Minggu ini merupakan minggu pertama di bulan syawal dan hampir 90 peratus staff bercuti. Hanya beberapa orang sahaja yang hadir seperti Chia dan Saravanan. Walaupun mereka masuk kerja, kesemua operasi telah dihentikan buat sementara waktu kerana semua syarikat dan pihak lain juga bercuti. Kami selaku pelatih disini diberi pilihan sama ada untuk bercuti atau bekerja. Jika kami memilih untuk bercuti, elaun kami akan dipotong mengikut bilangan cuti tersebut. Kesudahannya, buat cuti sendiri, allahu jangan tiru.hahaha

Minggu keempat
   
   Inilah minggu yang paling sibuk sepanjang saya berada disini. Saya dan rakan pelatih, Mohsien ditugaskan untuk berada di dalam team proposal bagi membida projek dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia Malaysia. Projek ini merupakan rancangan SKMM bagi meluaskan jaringan hubungan di Malaysia bagi tempat-tempat yang terpencil serta bagi menambah baik capaian komunikasi di kawasan sedia ada. Terdapat 150 pencawang atau Menara telekomunikasi yang dirancang untuk dibina dengan setiap daripadanya dipecahkan kepada dalam 1 cluster. Sebagai contoh, di negeri Sembilan ada 9 buah Menara telekomunikasi yang diletakkan sebagai cluster 5.    

   Saya telah ditugaskan untuk menyediakn technical proposal bagi cluster 6 dan cluster 7, kedua-duanya adalah kawasan di dalam negeri Pahang. Technical proposal tidak mempunyai satu standard yang mutlak atau perlu dipatuhi oleh semua syarikat. Kesemua kontraktor ataupun syarikat yang ingin memenangi tender pembinaan Menara komunikasi ini bebas untuk mempersembahkan data dan hasil dapatan kajian mereka di dalam technical proposal tersebut. Baiklah saya akan terangkan sedikit tentang isi kandungan sesebuah technical proposal.

contoh cover page technical proposal

   Pertamanya, setiap satu cluster akan mempunyai executive summary. Executive summary merupakan penerangan secara jelas dan ringkas tentang keupayaan menara yang dibina, posisi-posisi mereka serta jarak kawasan capaian yang dapat diliputi. Bahasa mudahnya, sebesar mana coverage yang dapat disediakan. Kemudiannya diikuti dengan summary of financial proposal. Summary of financial proposal mengandungi kesemua perbelanjaan dalam membina sesebuah menara telekomunikasi tersebut. Ini termasuk kos pengangkutan bagi membawa bahan-bahan pembinaan seperti lokasi di atas pulau yang memerlukan kapal atau bot. Selain daripada itu, kos bagi membayar sub-kontraktor juga diselitkan sekali.

  Bermula daripada jam 3 petang pada hari ahad yang damai, kami mula menyediakan dan melengkapkan kesemua cluster yang ada. Akhirnya setelah berpenat Lelah dan bersnegakang mata hingga jam 5 pagi di pagi isnin, kami pulang ke rumah masing-masing. Sesungguhnya ini antara pengalaman pertama dan luar biasa bagi saya, haha..


   Kesimpulannya, bulan pertama internship di Konsortium Jaya Sdn Bhd dihiasi dengan duduk termenung dan kerja berlonggokan secara tiba-tiba. Tetapi disini, banyak perkara boleh saya belajar meski graf pembelajarannya boleh dikatakan perlahan. Inshallah, lebih banyak lagi akan diterokai pada 2 bulan yang akan datang, doakan !. Adios 

Thursday, July 13, 2017

Mendung

   Pagi mendung dingin mengiringi perjalanan saya ke pejabat pada hari ini. Sebelum ini saya hanya memandu kereta untuk pergi dan pulang dari pejabat. Tetapi harini ini sahaja nak cuba menggunakan pengangkutan awam. Persiapan awal telah saya selesai saya lakukan, dengan mengambil kira anggaran masa dan perbelanjaan tiket. Jam 6.30 meluncur meninggalkan UIAM Gombak dan tiba di stesen LRT Gombak jam 6.45. Alhamdulillah sampai-sampai sahaja dah ada train menunggu. Pada saya kekerapan perjalanan LRT amat memuaskan kerna kita tidak perlu tunggu lama. Jam 7.15 minit pagi saya selamat tiba di Stesen KL Sentral. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya ketika berada di dalam gerabak KTM tadi. Memang diakui saya sejenis manusia yang suka memerhati dan tidak terkecuali menjustifikasikan orang..ok ini tabiat kurang baik. Di dalam pemerhatian saya sepanjang perjalanan tadi, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Suasana. Ya suasana di dalam gerabak itu sendiri. Normalnya, setiap orang akan menghabiskan masa mereka dengan bermain dengan telefon pintar mereka. Ada yang bermain permainan video, menonton video dan tidak kurang juga yang mengemas kini status di laman sosial. Satu yang menarik pemerhatian saya ialah tiga daripada 8 orang yang sedang menggunakan telefon bimbit mereka sedang merenung telefon mereka seakan-akan tembus hingga ke lantai. Bibir mereka terkumat-kamit dan sesekali kening berkerut( tersilap la tu). Tenang dan damai. Entah tidak tahu mengapa begitu terasa di jiwa pabila melihat tiga orang itu. Lamunan tersentak pabila terlihat tangan sendiri. Alangkah lucunya, setiap insan di dalam gerabak ini diberi masa yang sama. Dan tiga orang insan disekeliling saya telah menggunakannya dengan sebaiknya. Perlahan screen lock dinyahaktif dengan swioe up dan perisian Al-quran dicari. BOOM! Telefon mati. Dah meragam balik dah dia.. Jam 7.45 saya selamat sampai di stesen kereta api Kg Dato Harun. Sambil kaki melangkah 1.8 KM menuju pejabat, hati menelan scebis pahit cemburu, cemburu mereka yang menggunakan masa sebaiknya. Selamat bekerja, semua.

KAhFi guys~
Kemon2




Sunday, May 21, 2017

Rindu


RINDU

   Satu perkataan yang membawa pengertian yang sangat besar. Ada yang berpendapat perasaan rindu hanya ekspresi kepada ibu dan bapa, kepada ahli keluarga, kepada isteri atau suami, dan tak kurang juga kepada kucing. Rindu juga sering digunakan dalam meluahkan perasaan kehilang kepada sesuatu suasana. Contohnya, rindu zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan tanpa perlu risau tentang apa-apa. Rindu zaman persekolahan yang penuh dengan perangai-perangai nakal dan baru mula mengenal dunia bersama sahabat handai. Dan juga rindu zaman di kolej dan universiti. Berjaga hingga jam tiga pagi menelaah pelajaran bersama rakan kerna peperiksaan akhir semester yang berderet menimpa. Semuanya menimbulkan perasaan rindu.

Dan di sini aku, merindui detik-detik waktu di dalam perkampungan orang asli.

Rindu senyuman amek tika menyambut kedatangan kami ke rumah.

Rindu haruman rokok gulung aber yang disumbat dengan tembakau, kayu manis dan rempah lain-lainnya.

Rindu gelak tawa anak-anak kecil berlari kesana-sini tanpa bercapal.

Rindu keriuhan hutan didiami segala binatang ciptaan tuhan

Rindu kebersamaan setiap dariapada kita dalam mengajar tentang agama tuhan ini.

Rindu tentang pembelajaran kita daripada insan-insan terpilih itu, ilmu hutan, ilmu hidup dan tak kurang juga ilmu rumahtangga.

Rindu diri sendiri.

Sudah beberapa purnama aku tidak menjejak kaki ke tanah bertuah itu. Menanbur budi serta mengaut berjuta ilmu daripada mereka. Seperti kata-katanya Saidina Ali, (rahmat Allah buatnya)

"Lihatlah pada apa yang diperkatakan, bukan pada siapa yang memperkatakannya"

Semoga kelak dapat daku menjejak kaki semula ke sana. Tanah berkat berlangitkan rahmat.

Friday, May 12, 2017

Tahun akhir ?

Assalamualaikum  wbt.

   Meniup habuk sambil tangan sibuk menolak dan mengelap habuk yang menebal di sekitar blog. Sesawang yang menerawang di sekeliling skrin di sauk meggunakan penyapu. Acap kali mata terkebil menahan debu dan habuk yang menyinggah lalu. "ah, sudah lama benar engkau berdiam diri ya" getus hati. Sesekali ibu jari dan jari telunjuk menekan kuat hidung agar tiada debu yang menerjah masuk. Hakikatnya hidung sudah gatal dek kerana debu dan habuk yang mula berkumpul di celahan penapis pernafasan semula jadi pemberian ilahi. "Benar, sudah lama tidak bercerita blog ini ya"..

   Meniti bulan-bulan terakhir bergelar "brother" di universiti tercinta ini, begitu saya cuba menyibukkan diri agar tiap saat ini dinikmati sepenuhnya. Namun ternyata saya berbuat zalim juga kepada sang buku di sini. Kerja-kerja dan tanggunjawab menuntut ilmu serta menguruskan persatuan sedikit sebanyak menyumbang kepada hilangnya pena dari berdiri diatas buku ini. Menulis, mencoret, melakar dan menerjemah jiwa dan perasaan nampaknya terhenti seketika. Tetapi hakikatnya saya akui banyak juga masa saya luangkan bersama rakan-rakan berbanding memerah otak menulis disini. Maafkan daku buku conteng .

   Sedari kini hayatku sebagai mahasiswa di UIAM hanya berbaki kira-kira 7 sahaja lagi. Ini selepas ditolak tempoh latihan industri ayang akan dilalui bermula bulan Jun sehingga bulan September kelak. Sungguh, pantas benar pusingan waktu. Pejam celik pejam celik, perjalanan 4 tahun dunia seorang penuntut kuliyyah kejuruteraan yang ku sangkakan perit dahulu kini hanya sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan. Gembira? ah siapa yang tidak bergembira tatkala berjaya menghabiskan pengajiaannya?. Satu setengah tahun di zaman asasi dan seterusnya 4 tahun berjuang, bermujahadah, bertarung nyawa di zaman ijazah, pasti penamatnya ingin sekali lintasi dengan jaya!. Dihiasi senyum lebar dan riuh rendah keluarga sahabat handai tika scroll gradusi dijulang tinggi dan jubah sang sarjana berlalun ditiup angin. Indah.. Namun, jauh disudut hati ada juga perasaan rindu, kasih dan ketidakrelaan untuk meninggalkan tanah ini. Kenapa? saya pun runsing dan buntu memikirkannya. Tetapi ia ada, dan ia wujud.

   Inshaallah ketika waktu latihan industri saya cuba cover semula entry-entry yang seharusnya diberikan. Hak tetap hak, dan hak anda untuk saya penuhi sebagai penulis blog ini, macamlah ada orang baca sangat,haha. Apapun, bermula minggu hadapan akan bermula la peperiksaan akhir semester buat penuntut-penuntut UIAM, titipan doa saya mohon agar dimudahkan menjawab segala kertas soalan, permasalahan, persoalan termasuk persoalan siapa pemilik rusuk kiri yang dicari-cari ini,eh? kahkah. Ampun maaf dipinta dan selamat menjawab peperiksaan buat semua sahabat yang akan menduduki final exam semester ini. Semoga kejayaan milik kita. Kejayaan ini kita niatkan buat ummah dan agama, keluarga dan negara kita. aamin.

terus kuat jalani perjuangan,kehkeh