Pertamanya,
amalan termudah sekali dalam menzahirkan kesyukuran yang selalu saya praktikkan
ialah melalui lisan. Dengan melafazkan kalimah tahmid diatas segala kurniaannya
ke atas saya. Contoh mudah, lidah akan kebiasaannya secara automatik akan
menuturkan lafaz Alhamdulillah sebaik sahaja kita menerima sesuatu khabar
berita gembira. Tika lafaz ini terucap hati terasa nyaman dan lapang
mengenangkan kurniaan tuhan. Di dalam surah Ibrahim ayat ke-7, Allah berfirman “Jika
kamu bersyukur dengan nikmat Ku, Nescaya akan Aku tambah lagi nikmat kepada mu”.
Subhanallah, indah bukan? Pabila kita mensyukuri nikmat yang telah allah beri,
Allah akan gandakan lagi nikmat tersebut dan tidak dikuranginya!
Kedua,
penzahiran kesyukuran juga dilakukan dengan menahan diri daripada berbuat maksiat.
Dengan segala nikmat tubuh badan, udara dan masa yang telah allah beri kepada kita,
maka menahan diri daripada kemaksiatan juga merupakan salah satu wasilah
melahirkan perasaan syukur kepada ilahi. Tambahan pula, sambungan kepada ayat
ke-7 Surah Ibrahim Allah berfirman “Jika kamu ingkar dengan nikmat yang telah
Aku berikan,sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Ini merupakan satu amaran
daripada Allah bahawasanya kita sebagai hamba-hambanya harus bersyukur dan
mengelakkan daripada membuat maksiat dengan nikmat yang telah Dia berikan.
Kesimpulannya,
cara melahirkan syukur bagi setiap insan mungkin berbeza namun semunya mempunyai
matlamat yang sama. Maka terpulanglah kepada setiap individual bagaimana untuk
memanifestasikan perasaan syukur tersebut. Pejam mata dan helakan nafas lembut sambil
bibir menutur lembut,Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment