Showing posts with label INSYIRAH. Show all posts
Showing posts with label INSYIRAH. Show all posts

Sunday, September 18, 2016

I dreamed of you


We were on the bus traveling from Penang back to Gombak. This is our first trip together as a married couple. Since both of us are still considered as fresh graduate, we do not own a car as we prefer to focus on owning a house rather than a car. Etty shows great understanding towards my idea when I suggest we need to save our salaries and avoid making unnecessary transactions.

Being in an express bus, we sat on a couple seat. As I was about to sleep, suddenly I felt a smooth, warm and kind of shaking object on my chest. It was Hayati head, resting on my chest. Time froze. I'm really in a big shock. For the rest of my life, never ever a women place her head on my chest. But this time around I can feel the surge of happiness inside myself. It is as if you are standing in the middle of Keukenhof field watching all the tulips getting swayed by the wind. Amazing.

Then I poked her head,

"eehh janganla camni, segan ahh..tak biasa" silently whispering to etty.
Hayati chuckled to herself while still resting her head, even closer that I could hear her breathe.

Oo my Lord, thank you for this beautiful gift :')

Wednesday, July 13, 2016

Insyirah III

   

   Cawan putih seramik bercorakkan bunga matahari kuning raja digoyang perlahan. Gula yang berbaki di dasar cawan menari-nari dek kerana pusaran air. Haruman teh o strawberi yang dibeli ibunya ketika bercuti di Cameron Highlands menyerbu masuk ke rongga hidung Hayati. Khalid suka buat suprise tau, dan selalunya benda yang dia buat tu memang kita takkan terfikir langsung. Etty bermonolog sambil mata merenung bendera Malaysia yang berkibar di halaman rumah bapanya. Sejak zaman sekolah lagi,  ramai kawan-kawannya berseloroh dengan "semangat patriotik" keluarga mereka. Ini semua dek kerana tiang-tiang mengibarkan bendera yang terpacak di hadapan rumah mereka itu. Ada bendera Malaysia dan Wilayah persekutuan yang megah beralun ditiup angin. Tetapi Etty tak ambil hati pun, baginya ia sesuatu yang unik kerana rumah-rumah lain tiada. "Rumah kau ada ke?" balasnya dengan senyum sindir kebiasaannya sebelum diiringi gelak-tawa. Perkara yang membuatkan Hayati termenung adalah kerna drama awal pagi tadi selepas subuh. Manakan tidaknya, Khals pulang ke rumah dengan sejambak bunga rose carnation half bloom dihiasi senyum manis!

 "Gila ke apa mana you dapat bunga rose tengah-tengah pagi macam ni??" Hayati keliru bercampur terharu dengan pemberian suaminya.

" rahcieww la" balas khalid sebelum laju bibirnya singgah di telinga Hayati, "pour toi mon amour". Etty kaget. Terkejut dengan reaksi spontan Khalid ditambah dengan bahasa asing yang ntahpapalah maksudnya tu.

"Khals, ibu tu ada kat sini..ee jaga sikit kut ye pun."
Puan Salmah hanya tersenyum kecil sebelum menggeleng perlahan. 

   Hayati duduk mengisi waktu paginya kali ini dengan mencari idea bagi menulis catatan di dalam buku rancangan pembelajaran hariannya. Buku rancangan pembelajaran harian ini memang wajib bagi setiap insan yang bergelar guru. Melalui buku ini segala perkembangan dan jadual pembelajaran dapat dikawal agar seiiring dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasilnya, para guru akan lebih cakna dan cekap dalam mengendalikan kelas mereka. Tetapi hakikatnya bukan semua orang suka menulis laporan ini setiap hari, termasuklah dirinya. Sebab itu kebiasaannya di hujung minggulah baru dipulunnya menulis segala laporan kelas dan tak lupa juga aktiviti persatuan yang berada di bawah bimbingan Hayati. Namun hari ini fikirannya melayang jauh. Jauh ke dalam celah otaknya merenung dan mengambil ibrah daripada apa yang diceritakan oleh Khals pagi tadi.

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

   Ungkapan itu terus bermain-main di minda Etty. Kini dia sedar, bahwa semua mehnah dan benda yang terjadi ini sebenarnya satu nikmat! ahh gila apa dugaan sehebat ini yang menganggu hidupnya berbulan-bulan dianggap nikmat?! Benar, ia nikmat yang hanya dirasai oleh orang yang melaluinya, a blessing in disguise. Nikmat merasa cintanya tuhan pada hambanya. Ujian yang diberikan adalah untuk melihat tahap kebergantungan seorang hamba kepada tuhannya. Dan selama ini Etty tewas, tewas dengan perasaan dan akalnya. Seorang Hayati kini telah sedar dari tidur yang lena, dari lamunan mimpi yang panjang.


 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan 

mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum 

diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


   Buku rancangan pembelajaran harian kini tersadai diatas meja. Buaian besi di bawah garaj kereta sesekali bergoyang ditiup angin yang bertiup nyaman. Kelibat Hayati telah hilang daripada pandangan. Pergi menghadap tuhan yang esa, sujud mengucup bumi tanda kesyukuran. Begitulah manusia, bilamana dugaan tuhan datang, kita terlalu cepat melatah. Amat jarang sekali kita melihat kebaikkan yang datang seiiringan dengannya. Moga kita selalu redha dengan ujian dia atas muka bumi ini demi kenikmatan di syurgawi nanti.


Wednesday, May 25, 2016

Insyirah II

 -----
   Tiga bulan Etty ditemani air mata dan duka. Wajahnya yang dahulu sangat murah dengan senyuman kini hanya terkadang tersenyum. Kebanyakkan masanya dia lebih gemar berdiam dan merenung jauh, seolah-olah berfikir tentang sesuatu. Hinggakan pernah sekali Khalid bercerita tentang kliennya di pejabat, tetapi Etty hanya senyap. Tiada respon, tiada gelak tawa mahupun mengiakan apa yang dicerita Khalid. Khalid buntu. Dahulu dia sangat suka mendengar cerita-cerita Khalid. Memberi pandangan dan kadang sekaki mengata perangai klien yang ntahpapa. Itulah Hayati yang Khalid rindui, supportive dan bahagia melihatnya. Telah bermacam cara dan ikhtiar diusahakannya untuk mengembalikan zaujahnya seperti yang dahulu. Sudah diminta mertuanya bercakap dengan Etty, tapi itulah sekejap sahaja kesannya, kemudian Etty kembali senyap. " Ya allah bantulah hamba mu ni ya allah. kembalikan cahaya dalam rumah kami ya allah, kembalikan penyejuk hatiku ya allah.. berikanlah kekuatan kepada kami dalam saat-saat kesukaran ini ya allah".. Rintih Khalid dalam sujudnya. lama.. Suasana di masjid Sultan Zainal Abidin tika itu masih sunyi. Masih ada kira-kira setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh. Minggu ini mereka berdua pulang ke rumah ibu dan ayah Etty di Putrajaya. Hayati rindu pada ibu katanya., biarlah Etty menenangkan dirinya dahulu. Khalid mengambil kesempatan untuk beriktikaf dan solat malam di masjid besi yang terkenal ini. Terasa kerdil benar diri bila bangkit menghadap sang Pencipta di tengah malam. Angin malam mengusir lembut pipi Khalid. Rekaan masjid Sultan Zainal Abidin sememangnya amat unik. Angin malam bertiup masuk melalui gerbang-gerbang besar disekeliling bangunan masjid memberi kenikmatan alam semula jadi ciptaan tuhan.

   Usai solat subuh sambil menunggu matahari keluar menyinari bumi, Khalid duduk tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan imam yang bertugas. " kalau kita tahu apa yang allah sediakan untuk kita di akhirat, maka kamu akan minta untuk hidup dalam keadaan miskin dalam keadaan lapar agar supaya manusia itu  bilamana ia menghadapi masalah dalam kehidupan, ia tidak akan melihat kepada masalah.." Khalid menggosok janggut sejemputnya sambil mata memerhati wajah sang pentazkirah. bersih dan tenang. 

   " Nabi tak ajar kita untuk lihat kepada masalah itu sahaja, tetapi lihatla kebaikkan disebalik masalah yang anda hadapi. Oleh itu kalau kamu tahu apa yang allah nak bagi dalam kesusahan kamu sekarang, yakni apa yang allah sediakan di akhirat yang kita tak nampak, kita akan bersabar dan tidak resah bila diuji.. Anda bilamana menghadapi masalah yang disimpan oleh Allah disebalik masalah yang anda hadapi yang anda bersabar , anda akan mengharapkan kalau boleh saya bermasalah sahaja dalam hidup, kerena yang disimpannya lebih besar". jeda

" Kalau permintaan kamu yang kamu minta pada allah tak kunjung tiba, maka hendaklah kamu merasa selesa, Kerana yang disimpan oleh allah itu adalah perkara yang lebih baik. Dengan kamu tidak diberi apa yang kamu pinta, tersimpan segala rahsia yang terbesar allah nak beri kepada kamu. Padu. Khalid tergamam, kali ini dia rasa benar-benar allah sedang berbicara dengannya, dengan Etty, tentang ujian yang mereka hadapi kini. 

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

  Khalid termenung panjang. Setiap patah perkataan yang diucapkan imam tadi seolah-olah anak peluru yang tepat menuju ke arah sasarannya. Sungguh, apa yang didengarnya tadi benar-benar memberi khalid satu sentakan yang maha dahsyat. Dengan allah tarik nikmat mereka hendak hidup bertiga kerana yang disimpannya jauh lebih besar dari yang kami sangka. Mungkin aku dan Etty masih belum sedia untuk menyambut kelahiran khalifah kecil itu. Mungkin masih ada kesalahan dan kekurangan dari kami sendiri yang menyebabkan allah delay nikmat indahnya hidup bertiga. allahu, sungguh indah perancangan-Mu.. Memang tidak dinafikan sejak peristiwa keguguran Etty, Khalid lebih banyak termenung memikirkan tentang hubungnanya dengan Al-Khaliq. Bertapa selama ini hablu minnallah dan hablu minna nas masih belum pada tahap yang terbaik. Tika ini Etty masih rapuh. Jiwanya masih lemah dan berada di dalam keadaan memberontak. State of denial. Hayati sedar bahawa tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengembalikan bayi yang telah pergi, tapi itulah kadangkala disalahkan dirinya sendiri kerana cuai hingga terjatuh. Sepertinya dia tidak menerima dengan hati terbuka pemergian zuriat pertama yang amat mereka nanti-nantikan itu. Khalid meraut wajahnya, menggosok perlahan mata. Berkaca. Selama ini rupanya mereka masih belum bersedia, kerna itu Allah simpan dan akan berikan yang lebih baik kelak. Khalid percaya inilah solusi dan jawapan yang terbaik untuk dikongsi dengan isterinya. 
  
   Sinar suria mula menerangi kawasan pentadbiran Putrajaya. Limpahan cahaya yang masuk melalui lohong-lohong masjid Sultan Zainal Abidin membiaskan jaluran cahaya yang maha indah. Bertapa hebat pun ciptaan manusia, tetap maha hebat lagi ciptaan allah. Iyelah, idea manusia pun sebenarnya datang datang dari allah kan? senyum. 

   IPhone 6 plus berwarna putih bergetar dari dalam poket jubah Khalid. Ditariknya keluar sebelum hanya dijeling pada notification bar.

My querida Etty
  Khals,, you breakfast luar ke kat umah..ibu dengan I dah siapkan makanan ni.

Khalid merenung screen telefon bimbitnya sebelum tersenyum lebar. "Hayati, i dah jumpa jawapan yang selama ini kita cari. I dah tau apa yang sebenarnya kita kurang selama ini. Ya allah bantu daku untuk sampaikan pada Etty. Terima kasih ya allah, terima kasih ya allah , alhamdulillah!"

Tetingkap whatsapp dibuka, jemari Khalid pantas menaip sambil doa dipanjat di dalam hati. Terima kasih ya allah!

" Baby, I breakfast kat rumah.. i ada berita gembira ni, you tunggu tau!" mesej ringkas diakhiri dengan emoji smiley senyum lebar.



sama-sama kembali kepada Tuhan

Saturday, May 21, 2016

Insyirah I

   

   Khalid masih bersila diatas katil. Matanya kecil dibuka merenung sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi. Comforter yang membaluti tubuh itu membataskan pandangan khalid hanya pada wajahnya. Bagi Khalid itu sudah lebih daripada cukup, jiwanya terasa tenang,bahagia merenung wajah tersebut. Diamatinya bibir nipis itu,merah. tak lupa juga hidung paruh burung kegemarannya itu. Setiap pagi akan dipicitnya sebelum pergi mencari rezeki di ibu kota. Wajah yang telah lama bertapak di hatinya semenjak zaman universiti dahulu. Siapa sangka akhirnya allah satukan mereka dengan ikatan yang suci, perkahwinan yang beliau sendiri hanya anggap sebagai satu mimpi tetapi akhirnya menjadi realiti.. Siapa je yang tak gembira bila orang yang kita suka, suka kat kita balik? senyum sampai telinga.

   Sedari Etty telah hampir 15 minit dirinya diperhatikan. Selepas mengejut Khalid tadi sengaja dia baring semula. Badannya penat mungkin, minggu ini terlalu sibuk dengan aktviti-aktiviti di sekolah. Bermula dengan persediaan peperiksaan pertengahan tahun buat pelajar-pelajar darjah enam, ditambah pula dengan tugasnya sebagai guru pembimbing bagi pasukan Choral Speaking sekolah. Meskipun dia sendiri akui penat dan kadang-kadang stress dengan segala sistem dan kerja yang perlu dilunaskan, Etty tidak pernah menyesal mengambil profession perguruan sebagai kerjayanya. Menjadi guru bahasa inggeris sememangnya mencabar lebih-lebih lagi di sekolah di pinggir bandar. Tetapi bila melihat anak-anak didiknya gigih untuk cuba bercakap dan menggunakan bahasa inggeris, segala penat lelah dan lesunya terasa hilang ditiup angin. Semua masalahnya yang seakan-akan pasir di pantai berubah tatkala dilanggar ombak.bahagia sungguh.

"khals, kenapa you stare I dari tadi, you okay tak ni?"
suara serak basah etty perlahan kedengaran dalam sorotan malap lampu tidur biik mereka. Khalid tersentak! allah tak tidur rupanya wife aku ni. Beliau sendiri tidak sedar perlakuannya yang merenung wajah etty sejak dari tadi. aduh kantoi busuk-busuk je. getus hati khalid.

"tarapapalah I okay je.. saja nak tengok muka wife I yang satu ni, rindu" senyum nipis.

Etty mengurut pelipis dahinya sambil membiarkan rambutnya menutupi sebahagian dari wajahnya.
eee..mabuk apa suami aku ni, tak pasal kita malu sorang-sorang pagi buta ni. Dalam malapnya suasana bilik masih ternampak rona merah di pipi etty naik 3 tona.

   "ouh wife you yang satu ni kee,, kenapa satu? ada yang nombor 2 dengan 3 yang I tak kenal ke?" sengaja etty membalas dengan soalan maut sikit , nak cover malu yang tengah menebal dalam diri bila dipuji tadi. Khalid tergelak kecil. Sempat lagi tu, budak sorang ni memang susah bila nak diajak masuk mood jiwang karat romantik semua ni, ada je helahnya nak menyimpang. Kadang-kadang terasa jugalah bila dia try hard nak romantik tapi etty balas dengan buat selamber jek.ceh. Hidung paruh burung etty dipicitnya sambil mulut mengungkap " kang allah makbulkan doa tu nanti jangan menyesal you bila I bukak cawangan lain..waktu mustajab berdoa nih." matanya mengerling pada jam dinding yang menunjukkan waktu pukul 4.30 pagi. Etty menolak jemari Khalid dari hidungnya "sakitlah, ee taknaklah macam tu" gumamnya rendah tapi dapat ditangkap telinga Khalid. Hidungnya digosok perlahan sebelum dihentikan jemari khalid.

"sinilah meh I tolong, tulah mintak bukan-bukan lagi.. Tau pun sayang, ingatkan tak sayang kat bunga pengarang jantung hati you ni" Khalid masih tersenyum menyakat Etty. Bukan senang dapat manja macam ni, wife dia ni memang jenis kasar diluar tapi sebenarnya lembut, fragile di dalam. Masalahnya degil sangat taknak tunjuk. Sejak kenal di universiti lagi dia dah usha seorang Hayati, tapi tak pernah nak tunjuk perasaaannya saat itu. Malu je beria nak anak dara orang tapi life tak established lagi.

   Hayati mencebik sebelum membaling bantal ke muka Khalid. geram tapi suka, haa macam mana tu? hailah susahnya bila nak masuk mood jiwang menjiwang ni. " Dah la pi solat la you. Tu pencipta kita tu kena lebih kita hargai dan sayangi. Penat orang kejut tapi main-main pulak dia. ish ". Etty menarik semula comforter membaluti tubuhnya, malas nak layan Khals yang sengih tak habis menyakatnya.

   "eh Puan Hayati taknak join sekali ke? jom ah teman I. Please-please " ajak Khalid. Semenjak peristiwa hitam yang mereka lalui setahun yang lalu, mereka berdua lebih tekun dan sedar bahwa menjadi muslim bukan hanya pada nama dan solat lima waktu sehari semalam sahaja. Sesungguhnya ia lebih daripada itu. Benarlah firman Allah, dalam setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan selepasnya. Dua kali allah nyatakan dalam surah al-insyirah. Peristiwa pahit yang mereka hadapi setahun yang lalu telah membawa mereka kembali kepada islam yang sebenar. Kini hampir setiap malam akan diisi dengan solat malam, paling-paling pun dua rakaat bila penat sangat. Bacaan al-mathurat juga mula jadi rutin selepas terakhir kali diamalkan masa di sekolah dahulu. Itupun sebab masing-masing tinggal di asrama, kalau tak idok lah rajinnya nak baca. Biarlah nak berubah sikit-sikit, asalkan ada usaha dan ada progress. perlahan tapi istiqamah.

" maaf encik Khalid, I cuti harini " balas Etty dengan senyum segaris. Khalid mengangguk perlahan, mengangkat tangannya sambil  ibu jari dan jari telunjuk ditemukan.Sepi. Khalid membuka langkah ke arah bilik air. sahaja aku solat sunat...


-----

" Hello, Adakah saya sedang bercakap dengan Encik Khalid? "

" Ye saya Khalid disini, siapa ya? "

" Ok Encik Khalid, saya Asyikin jururawat dari Hospital Sg Buloh. Encik suami kepada puan Hayati betul?, buat pengetahuan encik, Puan Hayati baru sahaja dimasukkan ke dalam wad kecemasan sebentar tadi. Harap bersabar ya encik "

Etty terjatuh. dalam tandas hospital. keguguran.

   Khalid duduk di tepi katil Hayati sambil tangannya meraut jemari mulus Etty. Sudah hampir 6 jam dia duduk sahaja merenung jasad Etty yang terkadang senyap tidak bergerak, kadang-kadang terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak. Khalid tahu Hayati menangis, khalid sedar hayati tahan perasaannya dan berpura-pura semuanya ok sahaja. khalid tahu. Tapi Hayati begitu degil untuk meluahkan perasaannya, dia senyum dan menidakkan perasaan sedihnya. Sepasang bayi dalam kandungannya yang telah mencecah usia 7 bulan kini telah tiada. " khallls...baby..baby kita..
Etty menggumam perlahan sambil matanya menatap mata Khalid. Anak mata Khalid berkaca setiap kali Hayati mengungkapkan ayat tersebut. Dia berasa begitu lemah kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk memenuhkan hasrat isterinya itu. Selain daripada kata-kata penguat semangat dan senyum tampal, hanya sentuhan seorang suami yang dapat ia berikan. Tetapi nanti tiba-tiba Hayati pula yang tersenyum dan cuba menenangkan Khalid. Sungguh kuat seorang wanita. Tatkala Khals dan Etty sedang rancak membuat persediaan menyambut zuriat pertama mereka, allah tarik nikmat tersebut. Segalanya telah hampir disiapkan. Baju dan seluar sejenis telah siap dibeli, botol susu sampai 4 ha, kelambu tidur, set mitten yang comel-comel dan tak lupa juga angan-angan mereka untuk memberi nama kepada si kembar yang akan lahir ke dunia. Namun perancangan allah jauh lebih hebat. Allah takdirkan masanya belum tiba buat Khals dan Etty untuk merasa hidup bersama zuriat mereka. Allah takdirkan baby kembar mereka untuk pergi menghadapNya ketika mereka masih di dalam kandungan lagi. Khalid dan Etty nyata masih sukar untuk menerima ketentuan takdir ini, mengapa sebegini hebat dugaan mu ya Allah? mampukah kami melaluinya dengan berjaya? Sorotan mata Khalid suluh berganti antara merenung wajah sugul Etty dan dinding pudar hospital. Tak tahu mana yang lebih pudar, dinding atau hatinya kini.
-----
Insyirah II
Insyirah III