Showing posts with label Comrade Iium. Show all posts
Showing posts with label Comrade Iium. Show all posts

Saturday, February 17, 2018

Sayonara uiam


Assalamualaikum wbt.

Memasuki hari ini, sudah hampir seminggu saya selamat meninggalkan bumi UIAM. Tapi masih lagi terasa seakan-akan mimpi sahaja. Perjalanan 4 tahun pengajian sarjana muda ditambah satu tahun setengah peringkat asasi kini telah tamat. Kesemuanya kini telah menjadi masa lalu, yang tidak mungkin berulang kembali. Secara rasminya, kami pelajar-pelajar tahun akhir kuliyyah kejuruteraan uiam tamat pengajian pada tanggal 25 Januari 2018, yakni setelah kami menghantar laporan akhir bagi projek tahun akhir mahasiswa kejuruteraan. Namun saya meneruskan khidmat di dalam ahli jawatankuasa Taaruf Week sejurus menghantar laporan projek. Dengan itu hayat berbakti sebagai mahasiswa saya diteruskan sehingga ke 5 haribulan Februari 2018.

Detik-detik akhir di universiti ini diwarnai dengan pelbagai rasa. Ada perasaan gembira di dada tatkala mengenangkan segala penat lelah menuntut ilmu kini akan berakhir. Ada rasa yang tidak terungkap dengan kata-kata melihat senyuman dan gelak tawa abah emak ketika mendengar perkhabaran anak yang bakal tamat pembelajaran kelak. Dan ada juga perasaan sedih kerana akan meninggalkan tempat yang mengajar seribu satu pengalaman dan didikan. Kerna akan berjauhan dengan rakan taulan, kerna akan berubahlah rutin harian, dan akan berpisah akhirnya dengan sesuatu yang telah menjadi sebahagian daripada diri ini.

Bermula dengan aktiviti-aktiviti akhir bersama rakan-rakan sepengajian, makan malam bersama gang Communication dan CIE, meneroka laluan denai di belakang UIA yang selama ini hanya dengan bebudak STUFF tetapi kali ini dengan gang CIECOMMU, dan juga sembang-sembang kosong bergelak gelak tawa hingga saat mengikat janji tidak akan terputus hubungan kelak. Semuanya memberi jiwa dan rasa yang tersendiri.

Benarlah kata orang, zaman remaja dan lebih khusus lagi zaman di pengajian di universiti akan menentukan sejauh mana kita akan berkembang di dalam kehidupan kelak. Mempunyai jaringan persahabatan yang luas akan memberi banyak manfaat pada kita dari segi mencari pekerjaan, atau sekadar ziarah-ziarah di hari raya nanti. Tidak akan terlayan semuanya, namun pasti ada segelintir yang benar-benar terikat hati kita, untuk saling berhubung dan bersahabat hingga ke hari tua.

Dengan ini, bermula lah fasa perubahan hidup daripada fasa pelajar kepada fasa dewasa bekerjaya. Meremang juga bulu roma bila terfikirkan keadaan diri yang masih mentah di dunia luar ini. Tetapi apalah gunanya segala yang telah dipelajari di universiti jika tidak digunakan di dunia baharu ini. Semoga diri kita akan kekal istiqamah dengan ilmu yang telah ada di dada, dan menyumbang semula kepada masyarakat ini mengikut kemampuan kita.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di Kuliyyah Kejuruteraan IIUM Gombak, diatas segala tunjuk ajar dan markah peperiksaan sepanjang 4 tahun menadah ilmu kejuruteraan. Seterusnya, Madam Khairani, Mdm Aniza, Bro Najaa dan Bro Amir yang bertugas di Guidance and Counseling unit (GCU) CFS IIUM Petaling Jaya. Di kelab PEERS lah saya menemui identiti diri, membina keyakinan diri dan membuka diri untuk dunia luar. Para sahabat keluarga PEERS yang masih lagi berhubungan sehingga kini, meski kini jauh namun masih terbayang di mata diri ini kemeriahan dan keseronokkan bersama kalian. Melangkah ke pengajian sarjana di IIUM Gombak, kemeriahan dan jiwa kekeluargaan ketika bersama PEERS dikongsi dan diluaskan jajahan bersama keluarga tersayang kelab STUFF IIUM. STUFF IIUM meneruskan lagi perkembangan diri saya daripada pelbagai sudut dan ruang. Bermula daripada seorang yang kurang keyakinan diri, pendiam dan hambar sehingga kini saya lebih berkeyakinan, berani meluahkan pendapat, kelakar dan masih hambar(kata mereka). Tidak lupa juga sahabat-sahabat ketika bersama kelab CARING meskipun jodoh kita terhenti selepas setahun, namun tidak pernah putus diluar meski saya bukan lagi ahli rasmi. Sesungguhnya pengalaman berbakti di rumah Anbu Ilam dan Jaring Outreach ke Kelantan pasti akan saya kenangkan sehingga tua nanti. Tidak ketinggalan kelab COMRADE kerana mengajar erti hidup pada memberi, di dalam ekspedisi-ekspedisi amal ke Kg Lebir, Kg Teji, Abu, Senangkar dan Kg Susu. Kesemua ekspedisi ini mengajar saya erti dan nikamt islam itu sendiri. Juga menenangkan jiwa setelah terlalu sesak disumbat teknologi dan peradaban moden hingga terlupa keindahan kehidupan sederhana yang dijalani aber, amek, nak dan jajak di perkampungan orang asli. Bersama kalian juga saya menyedari potensi diri untuk berdakwah, dan hidup meski dalam keadaan tiada teknologi dan kemudahan harian. Program paling berbekas di jiwa? semestinya ketika IPTA Lebir 2016 dan juga Distex Kg Susu. Selain daripada kelab dan persatuan, terima kasih juga kepada batch CIE COMMU, sahabat sekelas daripada tahun pertama hingga ke tahun akhir. Walaupun bonding sesama kita tidak begitu kuat seperti majoring lain, namun kita berjaya cantikkan pengakhirannya. Mungkin juga kerana bilangan kita yang terlalu ramai, sebab tu macam susah nak kumpulkan semua orang, gelak.

Fuh rasa macam beremosi betul entry kali ini,haha..Siapa tak akan emosi kena berpisah dengan entiti yang telah lama membekas di hati dan jasad, kan? . Selama empat tahun saya mendiami bumi Gombak, mulanya menaiki basikal ke kelas, kemudian lebih suka berjalan kaki. Oh ye kegemaran saya berjalan kaki ke kuliyyah pada awal pagi jam 8 pagi. Waktu ini sangat nyaman kerna udara masih bersih dan dingin. Bunyi-bunyi kenderaan juga masih jarang kecuali jam 8.10 minit pabila semakin banyak motorsikal dan kereta berkejar mencari kawasan parkir. Tempat kegemaran saya? melintasi bangunan kuliyyah ekonomi dan juga kawasan parkir kereta kuliyyah ilmu wahyu. Setiap pagi jam 8 pasti mak cik Daya Bersih sudah ada disitu menyapu dan melonggokkan daun-daun kering. Terasa satu kepuasan bagi saya melihat jalan tar yang hitam dan bersih kemas selepas daun-daun yang berselerakkan disapu mak cik Daya Bersih. Kadang-kadang saya hadiahkan senyuman jika mak cik berpaling pada saya, menandakan ucapan terima kasih saya dan menghormati pekerjaan mulia mereka. Mak cik mesti akan senyum semula, ye benar senyuman kita sahaja mampu menceriakan permulaan hari sesama manusia. Memasuki tahun keempat, saya masih berjalan kaki cuma bila balik dari kuliyyah ke mahallah kebiasaannya menaiki mereka kawan sekelas. Lagipun semasa semester akhir kelas saya hanya sekali atau dua kali sahaja sehari. Maka masa saya lebih banyak diluangkan diluar kelas dan mahallah, yakni di kafe HS, Edu dan juga kadang-kadang di Photonic lab, ruang kerja FYP saya.

Jika hendak saya luahkan segala rasa di dada ini, past semakin berjela-jela lagi tulisan ini. Cukuplah rasanya saya pendam dan hayati seorang, memori-memori pahit manis ketika di zaman universiti. Kepada kalian yang masih di dalam pengajian, nikmati dan penuhilah masa kalian dengan aktiviti-aktiviti dan perbuatan yang mampu kalian kenangkan dan menungkan kelak. Kerana kesemua saat-saat ini tidak akan berulang kembali, perasaan apabila sudah tidak di dalam universiti lain benar, begitu juga jika menyambung master, suasana dan keadaannya tidak akan sama seperti degree. Saya juga ingin megambil kesempatan ini memohon ampun maaf diatas segala salah silap saya sepanjang 5 tahun setengah bersama-sama dengan anda semua warga universiti islam antarabangsa malaysia. Segala tingkah laku, tutur kata atau apa sahaja yang pernah menyakitkan, ampun dan maaf saya pinta dari kalian.. Jika ada hutang yang belum dilangsaikan, hubungi lah saya okayh? hihi..

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, sayonara~

PEERS induction day

Mainboard STUFF 2015/2016
new year 2018 celebration mb 17 dan mb 18

Mainboard STUFF 2017/2018
sambutan hari raya aidilfitri 2017 stuff iium

walimah ex-pres Stuff, Balqini dan Hikmah

Intership di Theta Technologies sdn bhd

meraikan konvokasi kak Tengku Ain

support stuffians yang menjadi komiti stanex 2017

stuffians di Stanex 2017

GB study group ciecommu 




Sunday, May 21, 2017

Rindu


RINDU

   Satu perkataan yang membawa pengertian yang sangat besar. Ada yang berpendapat perasaan rindu hanya ekspresi kepada ibu dan bapa, kepada ahli keluarga, kepada isteri atau suami, dan tak kurang juga kepada kucing. Rindu juga sering digunakan dalam meluahkan perasaan kehilang kepada sesuatu suasana. Contohnya, rindu zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan tanpa perlu risau tentang apa-apa. Rindu zaman persekolahan yang penuh dengan perangai-perangai nakal dan baru mula mengenal dunia bersama sahabat handai. Dan juga rindu zaman di kolej dan universiti. Berjaga hingga jam tiga pagi menelaah pelajaran bersama rakan kerna peperiksaan akhir semester yang berderet menimpa. Semuanya menimbulkan perasaan rindu.

Dan di sini aku, merindui detik-detik waktu di dalam perkampungan orang asli.

Rindu senyuman amek tika menyambut kedatangan kami ke rumah.

Rindu haruman rokok gulung aber yang disumbat dengan tembakau, kayu manis dan rempah lain-lainnya.

Rindu gelak tawa anak-anak kecil berlari kesana-sini tanpa bercapal.

Rindu keriuhan hutan didiami segala binatang ciptaan tuhan

Rindu kebersamaan setiap dariapada kita dalam mengajar tentang agama tuhan ini.

Rindu tentang pembelajaran kita daripada insan-insan terpilih itu, ilmu hutan, ilmu hidup dan tak kurang juga ilmu rumahtangga.

Rindu diri sendiri.

Sudah beberapa purnama aku tidak menjejak kaki ke tanah bertuah itu. Menanbur budi serta mengaut berjuta ilmu daripada mereka. Seperti kata-katanya Saidina Ali, (rahmat Allah buatnya)

"Lihatlah pada apa yang diperkatakan, bukan pada siapa yang memperkatakannya"

Semoga kelak dapat daku menjejak kaki semula ke sana. Tanah berkat berlangitkan rahmat.

Friday, October 28, 2016

LAST PROGRAMME

"Kita akan lebih menghargai masa, bila kita sedar kita tidak punya masa"

   Begitulah yang saya rasa semasa first half semester 1,2016/2107 ini. Empat minggu berturut-turut berprogram yang menuntut komitmen penuh serta pengurusan masa yang efektif. Tipulah kalau kata saya dapat memEnuhi sEmua hak mereka dengan sepenuhnya. Tetapi saya cuba, sebaiknya. Jadi buat menghargai dan menunjukkan rasa terima kasih saya diatas kesudian mereka menerima khidmat dan tenaga diri yang tidak seberapa ini, akan digabungkan ke semua event ini di dalam satu appreciation entry. Dan.. Ini adalah entry yang ke SERATUS, 100, One hundred ! masyaallah, subhanallah tak sangka dah cecah 3 angka entry dalam blog ni,hahaha, senyum terharu berair mata.

ENGITEX16


   Engitex merupakan program pertama anjuran kulliyyah yang saya sertai. Secara jujurnya sejak dari tahun pertama hingga lah sekarang dah nak masuk final year saya tak pernah pun join program dibawah kendalian kulliyyah.haha..Jadi, demi nak memenuhkan wishlist serta nak bagi resume cantik, saya pun join lah program kali ini. Alhamdulillah itupun sebab diajak oleh classmate sendiri, Sarahmimah sebagai komiti untuk sub-program GENERIC yang sedang kekurangan komiti baca committee lelaki. Makanya dengan rela terima la tawaran dia dan dimasukkan di dalam biro Program Coordinator. First program join dah kena jadi program coordinator,fuh..redah sahaja.gelak

   GENERIC ini akronim untuk GENERATION ENGINEER and ECO RACE CHALLENGE. Ia adalah program khas buat murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Generation Engineer ataupun akronimya GENE merupakan program untuk murid-murid sekolah menengah. Dengan bertemakan hydraulic arm, para peserta diminta mereka dan menghasilkan sebuah prototaip yang menggunakan prinsip pascal untuk merealisasikan hydraulic arm mereka. Contoh prototaip telah dihantar ke sekolah yang bertanding dan mereka dikehendaki membina prototaip tersebut sebelum hari pertandingan. Sewaktu hari pertandingan, prototaip mereka diuji dari segi kemampuan dan kecekapan pengendalian prototaip tersebut. Alhamdulillah juga pertandingan ini disertai hampir sepuluh buah sekolah dengan penyertaan paling jauh diterima dari MRSM Kubang pasu,Kedah.

   Eco Race Challenge, ERIC pula merupakan program inovasi dan rekacipta khas buat murid-murid sekolah rendah. Para peserta diminta untuk membina sebuah kereta lumba daripada bahan-bahan terpakai yang disediakan. Mereka juga mesti memenuhi syarat utama pertandingan, yakni kenderaan mereka dikuasakan dengan kuasa getah. Pelik pula bunyinya dalam bahasa melayu,haha. Rubberband powered car, ha gituh.. Sebelum mereka bertanding juga, kami telah mengadakan sesi module dimana kami membuat demonstrasi sains dan reka cipta menggunakan arduino dan sebagainya bagi menarik minat mereka di dalam bidang kejuruteraan. Seronok betul adik-adik ni, tak lupa juga
komiti! senyum

sarah and jida
   Diberikan amanah sebagai Head Programme Coordinator, banyak yang saya belajar daripada program ini, terutamanya pengurusan serta gerak kerja di dalam program dibawah seliaan kulliyyah. Selama ini semua program yang saya sertai adalah dibawah kelolaan kelab dan persatuan, ia berbeza sedikitlah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga buat dua orang tulang belakang dan orang kuat yang sentiasa bersama saya dalam mengendalikan program ini. Dua insan tersebut ialah Sarah dan Azida.. Mereka berdua ni memang sangat komited dan sungguh bersemangat dalam Generic, dan saya? nasi tambah sahaja..haha gurau je. Terima kasih juga anip dan tirah kerana beri peluang untuk saya menyertai program kali ini. Kepada semua mainboard lain dan head,assistant head biro-biro lain serta semua komiti GENERIC, Tahniah dan korang memang terbaikkkk~ Moga ukhuwah yang terbina juga berkekalan.. Ialah ini kali pertama saya dapat bekerjasama dan kenal lebih rapat dengan rakan-rakan sekuliyyah. Sebelum ini setakat berjumpa di kelas sahaja.senyum. Terima kasih sekali lagi.

GB mainboard GENERIC


STUFFFEST 3.0


committees
   Seminggu sahaja setelah tamatnya GENERIC, bermulalah antara program terbesar anjuran kelab STUFFIIUM, yakni STUFF Festival edisi ke-tiga. Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjurannya dan juga tahun ketiga saya menjadi komiti. Idea penganjuran STUFFFEST muncul ketika saya di tahun pertama di Uia Gombak ketika itu. STUFFFEST merupakan hasil idea Acad dan Kak farah, masing-masing vice president dan secretary general stuff buat tenure ke 14 dalam usaha mencari dana buat program-program kelab. Secara jujurnya, dana daripada UIA memang tidak akan cukup, ditambah pula dengan lambakan program STUFF..Maka inilah salah satu usaha nak menaikkan dana kelab. Edisi yang pertama, kami mengadakan STUFFFEST di HS Square, bangunan kulliyyah of Human Science and Islamic Reveal Knowledge. Walaupun tika itu idea ini menerima kecaman dan tentangan hebat namun ia diluluskan oleh presiden kelab yakni saudara Rahman.

sterk, luqman, adib dan sadiq
Kemudiannya edisi kedua penganjurannya diadakan di foyer 1 cultural and art(CAC)  hall. Ketika ini perlahan-lahan nama STUFFFEST telah mula bermain di bibir masyarakat uiam ditambah pula dengan penampilan Tasha Manshahar dan Radin ERA di dalam salah satu slot bual bicara yang kami anjurkan. Dan tahun ini, edisi ketiga ia tampil lebih besar dan hebat dengan penganjurannya bertempat di Convest hill. Buat pengetahuan semua, bukan calang-calang program boleh diadakan di convest hill. Bukan kerana ia tapak yang mahal ataupun berprestige!, tetapi kerana lokasinya yang terlalu jauh daripada kawasan laluan dan tumpuan pelajar. Makanya risiko penganjuran program disini amat tinggi terutamanya dari segi untuk menarik masyarakat uia kesini. Alhamdulillah team stufffest kali ini yang diketuai Halim labong dan Tasya menyahut cabaran ini dan membuktikan yang kami sebuah kelab juga mampu menganjurkan event dengan kapasiti sebegini besar.allahu..

 Di dalam edisi ketiga ini juga tetamu-tetamu jemputannya boleh tahan besar dan gah nama mereka. Antara mereka yang hadir adalah Heliza Helmi dan Sterk Production. Menariknya lagi, ada slot bersama dengan kelab-kelab seni terkemuka di uiam seperti Juragan Pentas yang popular dengan teater-teater anjuran mereka serta pasukan IIUM Nafas Tari dan Nasyid daripada CITRA IIUM. Sesungguhnya kehadiran-kehadiran mereka ini memeriahkan suasana di kawasan festival dan berjaya menarik minat pengunjung. Dan, sudah semestinya ada gerai makanan paling popular dan dikunjungi ramai, yakni pau cendawan viral Putrajaya! mashallah sedap sangat pau cendawan dia,huhuhu

Alhamdulillah diatas kejayaan penganjuran stufffest 3.0. Berada sejak edisi sulung hinggalah kali ketiga ini, saya menyaksikan sendiri evolusi dan pembesaran serta penambahbaikkan yang program ini lalui. Jika diambil analoginya sebagai seorang manusia, bermula dari ia mula dilahirkan dan belajar meniarap, kini ia telah melepasi fasa merangkak dan telah pun bertatih. Saya belum mahu mengatakan ia telah mampu berjalan apatah lagi berlari. Stufffest masih lagi bertatih dan banyak lagi yang perlu ia perbaiki sebelum layak ia berjalan seterusnya berlari. Terkadang terasa sendu juga bila fikirkan ia, sebab ia membesar seiiring dengan saya. Dan tahun hadapan merupakan tahun akhir saya, dan inshallah tahun keempat penganjurannya. Mungkin inilah kali terakhir penyertaan saya kerana tahu depan dah sibuk dengan final year project (fyp). Semoga komiti bagi stufffest di tahun-tahun mendatang akan menambah baik dan menganjurkan stufffest dengan lebih hebat lagi. senyum



OAW16

OAW merupakan akronim kepada Orphanage Awareness Week, anjuran  Caring Club IIUM. kelab Caring merupakan salah satu kelab yang saya sertai sebagai ahli pasif. senyum kelat. Pada hemat saya, saya adalah seorang yang layak digelar one club man. Jika saya dah menyertai sesebuah kelab, itulah satu-satunya kelab yang akan saya beri perhatian dan komitmen sepenuhnya. Namun ketika di semester 4 tahun kedua disini, saya membuat keputusan untuk menyertai sebuah lagi kelab atas sebab tertentu. Demi memperluas jaringan persahabatan dan menimba pengalaman daripada kelab yang berbeza nature dengan stuff, saya menyertai kelab Caring. Aktiviti-aktiviti kelab Caring adalah berfokus kepada rumah anak yatim disekitar kawasan Gombak dan Selayang. Dan saya telah dimasukkan ke dalam komiti rumah anbu illam. Anbu Illam di dalam bahasa tamil apabila diterjemahkan ke bahasa melayu bermaksud rumah penuh kecintaan. Dalam bahasa mudahnya House of love. Kebiasaannya kami akan ke rumah ini sekali sebulan bagi sesi mentoring bersama adik-adik. Kesemua sekali hampir ada lima buah rumah dibawah jagaan kelab Caring di sekitar lembah klang ini.

 OAW dianjurkan dengan objektf untuk mengutip dana buat anak-anak di rumah yang terbabit. Walaupun kelab kami menerima tajaan dan sumbangan daripada pelbagai pihak dan tidak lupa uiam, namun tetap amaunnya tidaklah terlalu banyak. Sehubungan dengan itu konsep bazaar dan minggu kesedaran ini dianjurkan agar besar harapannya dapatlah kami mengutip seberapa banyak sumbangan yang ada. Sedari umum telah maklum, kebanyakkan pengunjung adalah pelajar juga maka mereka tidak punya sumber kewangan yang banyak untuk membantu kami. Jadi, kesedaran mereka tentang kewujudan golongan-golongan memerlukan ini lebih saya utamakan. Apabila telah ada kesedaran, mereka pasti akan mencari inisiatif dan cara tersendiri untuk membantu anak-anak ini. Sekurang-kurangnya kami telah memberikan batu loncatan untuk mereka mengorak langkah seterusnya.

Meskipun dihujani dengan pelbagai masalah dan dugaan program ini berjaya kami jalankan. BAYANGKANLAH ketika itu hampir sahaja program kami dibatalkan tiga hari sebelum hari kejadian oleh kerana kekeliruan pihak Uia dan kami tentang tapak festival. Kami yang pada asalnya ingin menganjurkan festival ini di sepanjang koridor kuliyyah of engineering tiba-tiba dihalang dan tidak dibenarkan oleh pihak atasan. Waktu tu allah sahaja yang tahu serabutnya akal fikir bagaimana nak jalankan program ini lebih-lebih lagi programme manager, Athir dan asssitantnya, Aida. Namun alhamdulillah OAW berjaya dianjurkan meskipun kami terpaksa berpindah dan bergabung dengan event lain di Convest Hill. Tetapi sungguhlah betapa allah nak tunjuk kat kita yang perancanganya lebih baik, event kami yang digabungkan dengan Dakwah Carnival anjuran Maaruf club berjalan dengan lancar. Malah jalinan ukhuwah antara dua buah kelab ini juga tercipta dan inshallah akan berkekalan. Made new friends and gain new experiences, worth it? right..

Terima kasih semua komiti OAW dan Dakwah Carnival!

tayangan filem

ADORANA

haiii
  Admiring Orang Asli Through Nature (ADORANA) merupakan program berbentuk family day anjuran kelab Comrade iium. Program ini diadakan di Dungun, Terengganu! jauh en?haha.. Pada asalnya saya menolak dan keberatan untuk menyertai program ini dek kerana ia dianjurkan pada waktu cuti pertengahan semester. Tapi akhirnya setelah dipujuk rayu programme manager, Fahim Purwandi dan disokong oleh orang-orang kuatnya, join juga akhirnya.. Dan tak menyesal!gelak terharu. Diberi amanat mengendalikan biro module bersama dua orang Nina amalina basir dan akmanina kahar sebagai pembantu, saya teruskan juga niat berfamily day dengan ahli-ahli comrade.
Kelab comrade merupakan kelab kedua yang saya sertai selain stuff dengan harapan yang sama, merasai naturenya yang berinteraksi dengan masyarakat orang asli.

   Perjalanan selama enam jam kami daripada uiam ke Dungun saya hiasi dengan tidur dan termenung panjang. Duduk seorang diri diatas kerusi yang diperuntukkan untuk dua orang azalinya, saya
merenung belukar dan hutan di sepanjang lebuhraya LPT. Pemandangan kiri dan kanan jalan mengingatkan saya kepada kekuasan tuhan, Allah yang satu. Langit yang tergantung tanpa tiang dan tumbuhan yang hidup tanpa perlu disiram, menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah taala. Kagum dan sebak bercampur baur di dalam dada. allahu terasa kerdil diri ini.

   Kami tiba di SMS Dungun pada jam 11 malam. Pada asalnya kami mahu berkhemah di tapak perkhemahan yang ada di dalam kawasan sekolah. Namun menjejak jam 12 tengah malam, hujan ribut melanda dan terpaksalah kami berlencun mengangkat khemah masuk ke dalam dewan sekolah. Nasib baik ada dewan kecil yang boleh kami gunakan unutk menginap. Meskipun hasrat berkhemah di luar tidak kesampaian dek kerana cuaca hujan ribut yang sedang bermusim kini, dapatlah kami merasa pengalaman mangsa-mangsa banjir tidur di dalam khemah di pusat penempatan sementara.senyum. Belajar dengan merasai sendiri situasi tersebut, barulah akan lebih memahami perasaan mereka.

   Hari kedua family day kami berkampung pantai Teluk Bidara. Dari jam 9 pagi hinggalah jam 6.30 petang kami beraktiviti di kawasan pantai, sunburn dia ya allah jangan tanya gelap macam mana,haha.. Dimulakan dengan sesi ice breaking, kemudian free activity untuk mandi-manda sebelum diakhiri dengan explorace di sekitar kawasan pantai, penat teruks. Pulang sahaja ke tempat penginapan, berbarbeque sambil dihiasi slot pengisian oleh alumni Comrade iium. Antara yang berkongsi ialah abang Hadi dan kak Ira. Dapat saya rasakan keikhlasan mereka dalam berbakti demi masyarakat orang asli. Mereka ini tidak pernah berkira dalam hal-hal berkait dengan masyarakat asli. Semuanya dibuat atas nama dakwah dan kasih seorang saudara sesama islam. Semoga allah membalas kerja-kerja mereka ini dengan syurganya. Dan semoga kami juga ahli comrade dikurniakan perasaan dan semangat sebegitu rupa. Jika bukan kita saudara seislam yang membantu sesama orang islam, siapa lagi? allahu..Moga allah tetapkan kami diatas jalan ini dan moga Dia terima segala amal kami. ameen..

Hari terakhir sebelum kami bertolak pulang ke uiam, sempatlah juga singgah di sebuah kedai keropok lekor. Orang kata tak sah la kalau ke Terengganu jika tidak membeli kepok lekor,ye dok?? hiks!
Perjalanan hampir 6 jam saya isi dengan perbualan dan berteka-teki dengan rakan-rakan se-bas. Ada juga sebahagian daripada kami yang berasal dari pantai timur terus pulang ke negeri masing-masing. Mereka menaiki bas daripada stesen bas Dungun menuju teratak tercinta. Dan,, achievement unlocked jugalah saya tak tidur langsung selama enam jam atas bas,haha.. Terima kasih semua diatas memori indah ini,dan juga sunburn ini.gelak

family

Rehat

   Alhamdulillah, fasa paling sibuk buat semester ini telah berjaya saya lalui. Meskipun dihujani timbunan meeting dan program, pelajaran tidak saya abaikan sepenuhnya. sikitlah,sikit. Tapi sehabis baik cuba saya seimbangkan antara pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah. Naik cuti pertengahan semester ini juga telah saya kosongkan jadual saya. Ingin fokus pada pelajaran pula. Segala tawaran program terpaksa saya tolak, hanya tawaran kahwin sahaja akan dterima, eh? gelak. Sesungguhnya kesibukkan berprogram ini sebenarnya lebih saya suka berbanding duduk tanpa berbuat apa-apa selain daripada pergi ke kelas. Dengan mengisi masa terluang ini, saya akan lebih memghargai masa yang saya ada. Namun setiap insan berbeza. Ada yang boleh buat pelbagai kerja dalam satu-satu masa,dan ada juga yang lebih gemar fokus pada satu benda sahaja. Terpulanglah pada diri anda, asalkan apabila kita sudah bergraduasi nanti, pencapaian akademik dan kokurikulum itu seimbang. Seperti saya, saya sedia maklum akademik saya tidak seberapa cemerlang. Boleh dikatakan average sahaja dan bukan high achiever. Jadi, saya mesti lengkapkan diri saya dengan nilai-nilai tambah agar resume saya tidak tenggelam didalam pemburuan mencari kerja nanti. Dan, semua nilai tambah ini bukan demi kerjaya semata-mata, tetapi untuk membentuk saya menjadi manusia yang wujud di dalam masyrakat. Ia pahit dan benar, tidak semua lulusan universiti wujud di dalam masyarakat. Graduan universiti yang diharapkan menyumbang semula kepada masyarakat hanya memikirkan keuntungan diri sendiri seharusnya tidak berlaku. Kita selaku insan yang melalui sistem pendidikan formal perlu kembali kepada masyarakat. Sumbanglah dengan apa cara sekalipun, jangan kita tinggalkan masyarakat terumbang-ambing.

   Seiring dengan bertambahnya usia dan tahun pengajian, perlahan-lahan mungkin saya akan kurangkan aktiviti-aktiviti ini. Perlu fokus untuk menghabiskan sisa perjuangan di universiti ini. Namun bibir bisa menipu tetapi hati takkan mampu menipu. Jiwa ini lebih senang hidup berpersatuan daripada hidup berkiblatkan kelas-katil-kafe.. Lafaz last programme dicanang sana-sini, hakikatnya join aje lagi,haha.. Alhamdulillah, tamatlah sudah kisah kesibukkan kali ini. Moga Allah terima segala amal yang dilakukan dan ampunkan dosa maksiat yang terlanjur.

100

   Entry kali ini juga cukup istimewa kerana ia merupakan entry ke-100!. Dan alhamdulillah ia dapat diisi dengan gabungan empat organisasi yang berbeza. Berlaku adil orang kata,huhu. Saya juga tidak sangka akhirnya blog ini mampu mencecah 3 angka dalam bilangan entry-nya. Moga semua yang telah saya tulis dan publish menjadi bahan bacaan yang baik-baik sahaja. Harapannya apabila saya telah tiada nanti, orang bisa mengenali saya melalui penulisan saya, dan moga adalah bekalan pahala daripada blog ini buat saya di dalam kubur kelak.allahu. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog ini. Maaf jika ada banyak kekurangan, senyum.

Thursday, September 22, 2016

Discovering the excitement of Qurban (DistexQ)

   

   Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan hari raya aidiladha pada tahun 1437 Hijrah ini. senyum. Jadi buat kedua kalinya saya tidak menyambut raya korban dengan keluarga di rumah. Pertama kali sewaktu tingkatan lima dahulu, acah-acah nak fokus belajar untuk SPM la katakan. Last-last berjalan jugak raya rumah cecikgu kat taman perumahan di sebelah maktab. Tapi memang kebiasaannya sambutan raya aidiladha dalam keluarga kami tidak seberapa meriah seperti hari raya aidilfitri. Balik daripada solat sunat hari raya, pergi tolong tengok orang sembelih lepas tu duduk baring tengok tv, main-main dengan sepupu yang kecik-kecik belaka tuh. Namun alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan dan kesihatan tubuh badan untuk menyertai program berhari raya korban di perkampungan orang asli. Maka, kampung mana pula kali ini?! haaa.. Kali ini program ibadah korban diadakan di Kampung Susu, Cameron Highland. Malahan, program kali ini adalah jalinan dua buah kelab yang memang terkenal dengan aktiviti-aktiviti menyantuni masyarakat orang asli, yakni kelab Comrade iium dan Jasa iium. Kalau di dalam comrade orang bertanya saya berasal dari mana, jawapannya adalah Kampung Lebir !, kerna inilah kampung pertama yang saya mula-mula masuk sewaktu menyertai comrade dahulu. Dan yang terbaharu di Kg susu, bermakna telah hampir 5 kampung berjaya saya jejakkan kaki. alhamdulillah ala kulli.

   Seperti yang telah saya suarakan di dalam entri raya di teji abu senangkar dahulu, jiwa saya dahulu yang hanya mahu mencari pengalaman kini telah bertukar menjadi satu keperluan ketika menyertai program-program sebegini. Merasakan adanya keperluan untuk turun ke medan masyarakat dan menyumbang apa yang termampu selagi masih punya masa dan kudrat. Kerna ini juga meruapakan antara wasilah terbaik untuk berdakwah justeru mencari bekal pahala buat manfaat di mahsyar kelak. Ok kembali kepada program Discovering the Excitement of Qurban (DistexQ) kali ini, syukur ke hadrat ilahi dengan kekuatan hampir 80 orang peserta terdiri daripada ahli kelab comrade, jasa dan orang awam, kami selamat menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Kampung Susu. Untuk entry kali ini akan cuba saya ringkaskan sebab ada orang kata terlalu panjang, penat nak baca. gelak. Maaflah tapi memang apa yang saya tulis itu adalah apa yang saya rasa, so kalau terpanjang tu maksudnya terlalau banyak nak disampaikan la,haha. saya cubalah pendekkan mana bahagian yang tak perlu, hiks!.

Bismillahirrahmannirrahim

   Jumaat, 9 september 2016. Para peserta diwajibkan menghadiri kelas korban dikendalikan oleh ustaz Ramadan Subky, imam masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak. Malangnya saya tak dapat serta bersama kerna ada kelas IDP. Jadi sesi final touch sahaja dapat disertai jam 5 petang di foyer masjid shah's. Seterusnya, cuba bayangkan ada pulak sesi bonding dan taaruf pada jam 11 malam. gelak menangis. Bukan apa, tetapi disebabkan kami akan bertolak pada jam 2 pagi dari Uia, sebab tu sesi taaruf diadakan lewat malam itu juga. Tapi harus saya akui, sesi bonding sangat penting kerna ia merapatkan kami lebih-lebih lagi bila kita akan duduk bersama dan bekerja selama 4 hari di kampung nanti. Sesi ini yang dikendalikan oleh biro module berjalan dengan lancar dan seronok sangat. Bertemu dengan banyak muka-muka yang familiar dan tidak kurang juga mencipta rakan-rakan baharu. Sesi bonding tamat kira-kira jam 1 pagi, kemudian kami berehat di sekitar kawasan center sementara menunggu ketibaan bas. Tepat jam 2.30 pagi, doa dibaca, ear phone di telinga, baju sejuk ditarik rapat ke tubuh. Selamat tinggal uia!, jumpa lagi selasa hadapan.

   Subuh dingin di masjid Sg Koyan menyambut kehadiran kami. Turun sahaja daripada bas, menggigil ha amik wudhuk lepas tu solat subuh berjemaah. Masjid baharu Sg Koyan ini sememangnya akan menjadi tempat persinggahan kami setiap kali masuk dan keluar dari kampung-kampung di cameron highland. Tambah pula gerai makanan yang terletak berhadapan dengan masjid ini, sehinggakan mak cik tu dah kenali anak-anak Uia yang selalu singgah makan disana. Harganya juga amat berpatutan, kawasan desa kan, makanya harga tidak terlalu mahal dan seimbang dengan kepuasan makanan.

   Kira-kira jam 10 pagi kami tiba di Kampung Susu. Dengan pancaran suria pagi yang masih belum terik, kami bergerak masuk ke kampung dan terus mendirikan tapak centre. Di centre ini terhimpunnya temat penginapan, dapur katering dan operation room (OR). Seperti yang semua sedia maklum, kebiasaannya hampir semua kerja-kerja memasang kanvas, pendawaian elektrik dan dapur memasak kami sendiri yang sediakan. Namun alhamdullilah di Kampung susu ini bekalan elektrik dan air bersih ada sepanjang masa. Makanya berkurang sedikit kerja kami untuk menyediakan keperluan asas tersebut. Alhamdulillah setelah segalanya selamat disiapkan, taklimat program disampaikan oleh Program coordinator berserta pembantunya, Fitri aka boom dan nadrah.

Ziarah Iftitah

   Kali ini saya di adik-beradikkan dengan tiga orang lagi sahabat yang memang saya kenal akibat menyertai Comrade dahulu,haha. Yang pertama lejen comrade, Farhan liyana atau lebih selesa digelar Paan, kemudiannya Farehah yang dikenali sewaktu di Pos Lebir dahulu. Dan yang terakhir sekali Wan Haziq yang saya kenali sewaktu masuk ke kampung Teji, abu dan senangkar dahulu. Berada dengan mereka ini terasa kerdil benar, kerana semuanya hebat-hebat belaka dan telah biasa masuk ke perkampungan orang asli. Semangat dakwah dan ingin membantu sesama muslim menebal di dalam setiap titik darah mereka. Moga saya juga dikurniakan perasaan dan keinginan sebegitu rupa. Ini lah antara perkara yang menarik saya untuk bersama dengan mereka. Baik dariapada kelab Comrade mahupun Jasa, kedua-duanya mempunyai matlamat dan niat yang sama. Cuma yang berbezanya wasilah dan pembawakan. Moga allah mudahkan urusan kalian yang ikhlas membantu ummah dan moga diterima segala amal kita ini, ameen.

   Ziarah iftitah kami bermula dengan hanya sebuah rumah sahaja yang berjaya kami ziarahi. Ini kerana dua buah rumah lagi tiada penghuninya. Makanya dua jam yang diperuntukkan buat kami menziarahi ini dihabiskan di rumah jajak Sarimah. Jajak Sarimah ini peramah orangnya, gurauan pun boleh tahan juga. Alhamdullillah beliau menerima kedatangan kami dengan lapang hati. Katanya suka bila ada anak-anak Uia datang ke kampung.Meriah. Disebabkan dah habis modal berborak dengan jajak Sarimah, kami bernasur pula melawat rumah-rumah lain. Ditemukan pula dengan jajak aminah dan suaminya, apak Aziz yang peramah dan melawak sahaja kerjanya. Seronok bertambah kerana disebalik gurauan itu diselitkan dengan nasihat dan pandangan daripada mereka mengenai kehidupan. Mereka ini orang-orang lama, yang terlebih dahulu makan garam daripada kami, maka nasihat mereka amat kami hormati dan cuba hadami. Dan sebagai nak balas servis, kami berkongsi pula tentang hari raya korban dan perkara-perkara asas seorang islam. Siap test lagitu  bacaan fatihah jajak, alhamdulillah jajak hafal surah al-fatihah meski sebutannya ada yang kurang betul. Namun beginilah cara yang terbaik bagi saya untuk kita menghampiri dan menyantuni mereka di dalam misi dakwah ini. Di dalam perbualan dan pergaulan diselitkan permata-permata hikmah. Barulah terasa mesra di dalam dakapan tuhan, allahu.

Insan-Insan Hebat

   Sepanjang empat hari tiga malam, saya dikelilingi oleh-oleh insan yang hebat. Tidak pernah terjangka dapat bersua dan berkenalan dengan mereka-mereka ini yang layak digelar "The torchbearer of ummah". Kerana apa? kerana kesanggupan dan kegigihan mereka dalam menyumbang kembali kepada masyrakat. Rupa-rupanya ramai di kalangan mereka ini memegang jawatan-jawatan yang besar di UIAM. Sungguh bertuah saya dapat bersama dengan mereka, dan secara peribadinya saya suka bergaul dan bertukar idea dengan mereka. Berkongsi pandangan dalam hal-hal kelab, berita semasa yang hangat di uiam dan tidak kurang juga jodoh bersilang kelab.herm. Pad hari kedua kami disini jug telah diadakan slot helwani khusus buat amek-amek yang ada di Kampung susu. Di dalam slot ini sisters uia berkongsi rahsia kesihatan dan kecantikkan diri bersama dengan amek khabarnya. Tidak tertinggal juga sesi bergaya dengan ikatan tudung dan shawl yang berbagai itu. Bab yang ini memang anak-anak lelaki Uia undur dirilah, gelak.

 Syukur juga ke atas hadrat ilahi, selepas waktu maghrib berjaya kami jejaki sebuah lagi rumah yang menjadi keluarga angkat kami. Rumah tersebut didiami sis Suria dan suaminya, apak robbin. Nak tau kenapa saya gelar sis Suria, dan bukan amek Suria? haa.. Sebab Suria ni usianya baru 21 tahun!, namun telah berkahwin dan beranak satu, yakni Rozairi. gelak besar. Memang tidak terpanggillah oleh kami kepada beliau dengan gelaran amek, kerna gelaran amek ini ini bermaksud ibu ataupun emak.haha. Paan lagilah, tua dua tahun daripada Suria,memang tak lah cerita dia. Penerimaan mereka kepada kami baik cuma pada waktu siang mereka tiada di rumah. Apak Robin bekerja dengan Jabtan Kesihatan, maka dia selalu tiada dirumah kerana meronda-ronda di kampung lain. Dibawah jagaannya sahaja ada 11 buah kampung! penat kan,haaa. Sis Suria pula menjaga kebun durian di Kampung Teji, oleh sebab itu mereka tiada di siang hari dan hanya boleh diziarahi  pada waktu malam. Walaupun ada kekangan dari segi masa, kami bersyukur kerna masih dapat berjumpa dengan mereka. Dan penamat hari kedua kami disini dengan taklimat dan persediaan kami untuk menyambt hari raya korban pada hari esok!

   Laungan takbir raya mula bergema usai kami solat maghrib di dataran hadapan centre. Allahu, terasa hiba dan sendunya bila terkenangkan mak dan abah serta ahli keluarga dirumah. Bagaimana persiapan rayanya, balik kampung mana dan berbagai lagi. Sahaja juga saya matikan telefon bimbit di kampung ini meskipun ada line coverage disini. Pada saya biarlah dinikmati benar-benar saat ini, kerna di Uia tak pernah lengkang dengan telefon. Bukannya ketagih sangat, namun segala nota, jadual harian, planner dan perhubungan ada di dalam peranti canggih itu. Makanya bagaimana harus disiakan ciptaan berguna ini? acece alasan. Mesej ucapan selamat hari raya juga telah saya titipkan awal lagi sebelum memasuki kampung, yakni pada hari sabtu pagi semalam. Gaya perantau betul,gelak.

Khutbah Raya dan Lemang 

   Tahun ini juga salah satu daripada wishlist saya telah tercapai!. Semenjak membaca buku Secangkir Teh Pengubat Letih tulisan Ustaz Hasrizal, saya telah memasang niat untuk sekurang-kurangnya sekali di dalam seumur hidup ini untuk cuba memberikan khutbah. Di dalam buku tersebut, Ustaz Saiful islam menegaskan bahwa kebanyakkan khaytib pada masa ini membaca khutbah dan bukan memberi khutbah. Apabila mereka membaca teks yang diberikan, pada say aia secara tidak lagsung mematikan roh yang ada di dalam khutbah tersebut. Kerana apa? kerana ada perbezaan perkataan yang kita lafazkan apabila ia datang daripada hati dan jika ia datang dari pembacaan semata-mata. Selama ini juga selalu saya perhatikan khatib-khatib ketika solat jumaat di dalam memberi khutbah jumaat. Jika di UIA, saya lebih suka dengan khutbah di dalam bahasa inggeris, diikuti bahasa arab walaupun tidak faham, dan seterusnya bahasa melayu. Bukan tidak sayang dengan bahasa lidah ibunda kita ini, namun harus saya akui saya suka sangat khutbah di dalam bahasa. Tidak tahu mengapa sebabnya. Baik berbalik kepada cerita khutbah raya di kampung susu, alhamdulillah saya diberikan amanah untuk menjadi khatib buat solat sunat hari raya aidiladha disini. Tipulah kalau tak gementar ataupun cuak, namun saya ambil ia sebagai satu cabaran. Sasaran ialah tiada jemaah yang tidur ketika saya berkhutbah,haha. inshallah tiada rasanya kerna khutbahnya hanya 15 minit sahaja! gelak. Pengisian khutbah juga banyak yang saya ringkaskan dan ubah agar sesuai dengan tahap kefahaman agama penduduk disini. Isi utama khutbah ialah pensyariatan ibadah korban dan diserikan dengan contoh-contoh mudah bekorban jika tidak mampu untuk bekorban sembelihan. Contoh yang lebih dekat dengan penduduk kampung lebih saya huraikan agar mereka tidak terasa bahawa agama ini memaksa mereka bekorban dengan hanya menyembelih al-anam. Namun korban itu sendiri lebih besar skop meskipun yang dianjurkan bagi hari raya aidiladha ini adalah sembelihan. Inshallah, moga apa yang cuba disampaikan itu sampai dan tidak terpesong, allahu.

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali sampai kepada allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya ) kepada orang-ornag berusaha supaya baik amalnya" Al-Hajj : 37

   Nak dijadikan cerita, pada malam raya kami semua bekerjasama dengan penduduk kampung menyediakan lenag buat juadah kenduri hari raya keesokkan hari. Hampir 40 batang lemang berjaya dibakar, dengan ada yang berjaga sehingga ke subuh demi menjaga api dan lemang. Geng preptech yang diketuai rasyid juga boleh tahan berjaga mengasah segala pisau, kapak dan parang yang ada buat ibadah sembelihan esok. Sisters tak cukup tangan mengisi buluh dengan beras dan santan untuk dibakar. Boleh tahan meriah juga sesi gotong-royong kami ini, gelak. Hari raya pertama selamat disambut dengan tiga ekor lembu dan dua ekor kambing berjaya kami tumbangkan. Alhamdullillah kesemua daging ini dapat kami edarkan ke hampir 7 buah kampung, atau lebih. Moga diterima oleh allah ibadah korban kami ini.

Jamuan Aidiladha

   Malam terakhir kami disini telah diadakan jamuan bersempena dengan sambutan hari raya korban. Segala jenis lauk yang ada berasaskan daging. Daripada sup daging, daging masak kicap sehinggalah ke daging kambing bakar, subhanallah sedapnya!. Team katering memang padu dengan masakan mereka yang dihidangkan pada malam ini. Majlis turut diserikan dengan pantun dan gurauan sesama orang kampung bersama anak-anak UIA. Tidak terlupa sesi kuiz bertemakan hari raya haji dan pengetahuan agama yang dijalankan menjadikan majlis ini berisi dan bukan hanya makan sembang sahaja. Kehadiran penduduk kampung juga memberangsangkan meski ada sesetengah daripada mereka tidak makan daging lembu lebih lagi kambing. Ini kerana ada pantang dan adat yang mereka pegang bahawasanya tidak boleh makan daging. Makanya lemanglah yang menjadi santapan mereka pada malam ini. Kami juga tidak memaksa mereka dan hanya meraikan ia dengan cara yang terbaik.

   Kemeriahan kenduri disambung semula selepas orang kampung pulang dengan kami menikmati lambakan buah-buahan kampung hasil pemberian orang kampung. Ada juga beberapa biji durian yang dibeli untuk menampung keinginan kami yang seramai 80 orang ini, huhu. Sesungguhnya buah durian yang ada disini amat berbeza rasanya dengan yang dijual disekitar kawasan Gombak dan Raub. Kata sis Suria, mereka tidak menabur baja disini, semuanya asli dan bergantung kepada alam sekitar sahaja. Padanlah sedap semacam,senyum.

Selamat Jalan Kampung Susu

  Alhamdulillah empat hari tiga malam disini mengajar saya pelbagai perkara baharu. Bertambahnya jaringan persahabatan dan ilmu khususnya di dalam ibadah sembelihan, pengurusan daging korban dan tidak lupa berkhutbah. Tidak lupa juga pesan dan nasihat kehidupan daripada amek, apak, jajak, tatak dan jug adik-adik disini. Barisan kenalan baik daripada Comrade, Jasa mahupun participants yang menceriakan keberadaan kami sepanjang disini. Semalam juga sempat kami melawat sis Suria selepas waktu maghrib. Meluangkan masa dengannya kerana pada pagi hari terakhir kami disini beliau tiada kerana urusan kerja. Awal pagi juga sebelum majlis penutup telah kami santuni jajak Sarimah dengan ziarah wida'. Sedikit barang-barang ration dan pesan jangan tinggal makan, solat dapat kami titipkan pada jajak. Mohon doa juga agar suami jajak Sarimah yakni tatak diberikan kesembuhan agar dapat beribadah dengan mudah. Tatak sakit, tapi degil taknak pergi ke hospital kerana tidak suka katanya. Moga dilembutkan hatinya untuk pergi juga berubat sebelum terlambat.

   Majlis penutup dihadiri ramai penduduk kampung menyebabkan centre kami sesak. Terharu sangat dengan sambutan dan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dalam beraktiviti dengan kami. Inilah sumber kekuatan buat kami untuk terus menganjurkan program-program sebegini. Sejujurnya bukan kami sahaja yang memberi, kami juga banyak menerima dan belajar daripada mereka. Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menyantuni masyarakat asli, sertailah kami! saya akhiri entry kali ini dengan pantun hasil lafaz tatak Aziz. senyum

Kiri jalan kanan jalan,
Tengah-tengah batang mengkudu,
Kirim jangan pesan jangan,
sama-sama merindu.


pink for lyfe

after solat

post solat raya

ohana! amek duya turun Kg Susu gais!


Thursday, July 21, 2016

Syawal dibumi TAS


Assalamualaikum w.b.t. SELAMAT HARI RAYA ! alhamdulillah bersua lagi kita setelah sebulan berpuasa. Jadi macam mana sambutan aidilfitri korang tahun ni? meriah tak? happening tak? haha.. Semoga kemeriahan syawal ini setimpal dengan usaha dan penat lelah kita beribadah di bulan ramadan yang lalu. Dan mintak jauh la dari buat maksiat ke hape yang akan menipiskan semula pahala yang penat kita kejar dahulu.

Alhamdulillah, setelah kejayaan IPTA ramadan yang lalu, kami diberi kesempatan untuk pergi menziarahi amek dan aber di kampung bagi meraikan syawal bersama. Walaupun ini bukanlah program rasmi dan hanya dalam skala yang kecil, ragam dan dramanya boleh tahan juga.haha

16 Julai 2016

5.15 am: Tersedar dari lena meski dah set alarm sejak pukul 4 lagi. Janji pukul 5 nak kumpul kat tangga besar. Memang tak cukup tanah berkejar mandi kemas beg semua. Alhamdulillah sempat siap tapi termenung pulak menunggu member lagi satu belum bangun. Akhirnya kami solat subuh di Uia juga, plan asalnya nak subuh di Genting Sempah.

6.48 am: Alhamdulillah cukup 6 kereta beserta barang-barang dah load, kami berlepas membelah lebuhraya karak. 3 Proton saga, dan sebiji masing-masing daripada Toyota Vios, Nissan Sentra dan Mitsubishi Storm.

7.30 am: Tiba di hentian Genting Sempah. Drama pertama, separuh pi sarapan pagi, separuh lagi melepak sebab keras kepala nak sarapan di Sg Koyan nanti. Dan budak lelaki lah yang duduk melepak kat kereta tak pi makan, mahai makan kat RnR. Akhirnya lepas hampir setengah jam kami bergerak semula menghala ke Sg Koyan.

10.30 am: Nasi lemak ditemani teh ais selamat menuruni anak tekak. Keadaan di Sg Koyan ni bahang terik dia tu ya allah, orang kedah kata berlemuih badan dibuatnya. Selain daripada menikmati sarapan dan sisa akhir internet disini, sebahagian sisters sibuk membeli belah barang-barang basah untuk dimasak di kampung nanti. Pada awalnya, kami hanya merancang untuk ziarah dan masak di rumah keluarga angkat masing-masing, tapi nanti apa pula kata amek-amek yang anak angkatnya tidak dapat hadir. Makanya, kami bersetuju untuk memasak untuk ketiga-tiga buah kampung berpusat di Kampung Abu. Syukur juga kerna kak Rehan iron lady kata di Kampung Abu masih ada bihun yang telah diberi kepada Tok batin untuk sambutan raya. Dan bihun tersebut masih belum dimasak oleh orang kampung disana, di Kampung Teji dah selamat dimasak. Selesai semua hal, jam 11.15 kami meneruskan perjalanan semula. Bismillah

12.00 pm: Enam biji kereta memenuhi kawasan lapang Kampung Abu. Tak sangka baru sebulan yang lalu meninggalkan kampung ini, telah ada perubahan landskap yang ketara. Ada lebih kurang dua buah rumah yang telah lesap dari pandangan. Terkejut juga sebenarnya, mana pula perginya rumah-rumah tersebut. Rupa-rupanya rezeki buat penduduk kampung Abu apabila mereka dihadiahkan dengan 7 buah rumah batu sumbangan pihak luar. Menariknya disini ialah kebijaksanaan tok batin dalam membahagikan hadiah rumah batu ini. Kampung Abu dan Senangkar berkongsi tok batin yakni Tok batin Johari, 5 daripada projek rumah itu diberikan kepada penduduk Kampung Abu manakala bakinya kepada Kampung Senangkar. Tindakan ini sangat bernas bagi mengelakkan perselisihan faham mahupun rasa iri hati. Syabas Aber Johari.

12.30 pm: Sisters ligan menyediakan segala jenis bahan untuk masakan dan makanan yang akan disediakan. Haa sabar dulu,jangan pakat tuduh terus. Ada sahaja brothers yang tolong, mana ada kami lepas tangan macam tu,ish2.. Tetapi saya awal lagi dah lari pi main dengan anak-anak Kampung Abu. Bukan apa, orang kata too many hands spoils the soup, ha gituh.. Tapi ada je tolong basuh ayam. sekejap. pastu nampak surau, sejadah, sunyi. qailullah dulu!

3.00 pm: Menu kami ringkas dan senang sahaja. Bihun goreng, bakso sponsored by Ain Subainah, nugget dan french fries sedikit. Adalah juga cocktail untuk kami dan penduduk kampung Abu. Makanan untuk penduduk kampung Teji dan Senangkar kami bungkus siap-siap beserta beras bagi setiap isi rumah. Penduduk Kampung Abu pula makan bersama dengan anak-anak UIA di khemah.

4.30 pm: Langit mula gelap menandakan hujan akan turun. Makanan masih belum siap dimasak, jadi saya menapak ke rumah Aber johari. Disana Kak Zu, anak aber Johari sedang menjaga api memasak ayam buluh. Haa mesti anda nak tahu apa ayam buluh tu kan? hiks!. Ayam buluh ialah ayam yang dimasak di dalam buluh, sama macam bakar lemang. Tapi bahan-bahan rempahnya berbezalah dengan buat lemang, takdak pakai santan. Sesambil tu bersembang dengan Kak Zu dan Aber perihal kampung dan berseloroh sana-sini. Rupa-rupanya umur Kak Zu baru 23 tapi dah ada dua anak, beza setahun je dengan aku,haha. okay takda point

ayam buluh nyum-nyum

6.00 pm: Hujan lebat membasahi bumi Cameron highland. Tika ini makanan telah siap dimasak dan dalam proses pembungkusan. Saya merenung jauh ke langit, dah hampir separuh hari disini dan masih tak jejak kaki lagi di Teji, nak jumpa amek Duya..Pastu nak tengok amek Khamisah dengan baby boy barunya. Baby baru lahir haritu diakhir  bulan ramadhan. Yang saya tahu jantinanya lelaki melalui perbualan telefon dengan amek Duya tempoh hari. Yeay nak jumpa baby!

6.30 pm: Kami berpecah kepada tiga kumpulan, Teji, Abu dan Senangkar. Walau langit gelap dan bumi basah dek hujan lebat yang tiada gaya nak berhenti, digigihkan juga hati-hati ini menapak ke setiap rumah berziarah dan memberi juadah dinner. Saya dan Sue sempat solat maghrib berjemaah di rumah amek Duya sebelum kami pulang ke Kampung Abu. Dan semestinya dapat jumpa baby boy Aiman namanya! comel anak amek Khamisah ni. Syukur juga dapat bersua dengan amek Maimun ibu kepada Kak Liza dan amek Khamisah. Sewaktu IPTA Ramadhan yang lalu tak dan nak jumpa sebab beliau bekerja sepanjang hari di Mansun.

9.00 pm: Mesyuarat tidak rasmi bersepah disana-sini bila timbul isu nak tidur di kampung atau tidur carry on bak kata Rembo. Yang mula jadi dramanya bila Kak Zu cerita yang jalan Sg Koyan-Cameron Highland tu malam-malam bahaya.
dinner di rumah kak Zu
di Ringlet. Pada mulanya sangkaan saya kami akan tidur di kampung. Lepastu ada pula ura-ura nak tidur di Ringlet. Mana-mana pun saya okay sahaja,
Selain daripada ancaman makhluk hat tak nampak tu, kejadian rompak dan bunuh juga dikatakan ada berlaku kebelakangan ini. Aahh sudah berbelah bahagi kami dibuatnya, perkara melibatkan nyawa ni jangan dibuat main kata Azli. Tapi masa ni saya tak amik pusing sangat, sibuk mengadap makanan tambah pula dijamu dengan ayam buluh. Fuh kelazatannya tiada bandingan!




9.30 pm: Badan sejuk dek kerana tak sempat nak mandi lepas meredah hujan petang tadi. Ditambah pula ketiadaan sumber cahaya yang mamadai, kami hanya disinari sebiji mentol dibawah khemah besar sumbangan datuk G. Palanivel. Separuh melantak makan dan sebahagian lagi pergi ziarah di sekitar kampung Abu. Masih tiada kata sepakat tentang bermalam di mana.

10.20 pm: Akhirnya kata sepakat dicapai untuk kesemua kami menghala dan bermalam di Ringlet. Namun dua buah kereta, Acap dan Izham nak shoot terus ke Gombak malam ini juga kerna ada hal esok. Walau dah penat kami pujuk kata bahaya jalan malam-malam begini, tambah pula mereka hanya dua krereta sahaja, tak lut juga kat depa. Tinggi betul iltizam mereka ni, degil nak shoot ke Uia jugak, peh..

11.45 pm: Selamat tiba di masjid An-Nur Ringlet. Lawaknya, berpusing juga cari jalan masuk ke masjid sampaikan guna Waze. Sedangkan  waktu tu jarak tinggal lagi 500 meter sahaja dari masjid, tapi tak jumpa jalan masuk,haha..Allahu kena hijab ke apa ni mata kami ni..gelak.
Dan akhirnya hanya kereta Izham sahaja yang shoot ke UIA sebab kereta acap minyak dah tinggal 1 bar. Malahan semua stesen minyak disini hingga ke Sungai Koyan memang dah tutup jam begini. Makanya bermalamlah kami di dalam pelukkan dinginnya udara Ringlet dan indahnya purnama mid july. 

17 Julai 2016

5.30 am: Sejuk mencengkam tulang ya allah!. Subuh berjemaah di imamkan oleh seorang pemuda disini. Bacaannya lembut dan sedap didengar. Qunut pun boleh tahan banyak tambah macam-macam bukan qunut biasa. Tapi masa tu memang menggigil-gigil badan fikir bila nak habis solat je,haha sejuknya tuh..Usai solat subuh sambung tidoq, tapi dahsyatnya sisters deme boleh pergi mandi!. Mandi dalam cuaca dingin begini, hebat.

antara jemaah subuh masjid An-Nur, Ringlet

7.30 am: Menikmati breakfast di Tanah Rata. Dah lama tak naik hingga ke sini, rasanya kali terakhir berkunjung ke sini kira-kira seminggu yang lepas.senyum. Sambil menikmati sarapan, kami berbincang mengenai hala tuju perjalanan selepas ini. Acap dan penumpang keretanya cadang nak pergi ke Cameron Valley melakonkan semula babak popular filem Ombak Rindu. hailah budak-budak ni. Saya pula sebagai acting driver kepada kereta kak Lily akan follow sahaja deme yang nak shopping sayur-sayuran di Brincang. Kereta Storm yang dinaiki Fahim, Rembo, Shu, Sue dan Pipah khabarnya akan terus menghala ke Kampung pisang setelah shopping di Brincang. Mereka nak melawat kampung Pisang, sebuah lagi kampung orang asli di Perak. Sungguh hebat mereka ini, moga selamat pergi dan pulang.

8.30 am: Suasana pagi di tanah tinggi Cameron Highland sememangnya tenang dan dingin. Dapat la juga merasa seronok macam budak-budak bila bercakap keluar kabus,asap daripada mulut. Masing-masing teruja macam oversea. Bila difikirkan semula sejuk yang begini pun dah tak tahan, apalagi jika belajar di luar negara. Kawan-kawan hat yang mengaji di negara empat musim mesti tiada masalah punya setakat tahap sejuk Cameron ni,haha..

10.01 am: Kami selamat tiba di pasar basah Brincang. Jejak sahaja kaki ke tanah dalam masa lima minit hilang dah kelibat kak Lily, kak Raihan jr dan Ain. Kak Raihan sr pun sama ajelah tu dengan Dayah shi dan Hasnida. Ligan masing-masing masuk ke pasar. Tinggal yang lelaki saya dan naim pusing-pusing di kawasan pintu masuk pasar. Tommy ikut kak Rehan, jadi tempat pegang barang.haha.. Melihatkan berbagai jenis makanan dan produk yang dijual disini rambang mata juga dibuatnya. Tapi saya tak tahu nak beli apa.. Beli sayur untuk mak memang tak dan nak bagi nanti, beli strawberi tahan sehari sahaja paling lama pun. Kalau nak beli key chain ataupun fridge magnet tu dah berlambak sangat kat rumah. Tapi ada satu benda yang wajib beli, strawberi celup cokelat!

10.55 am: Selesai shopping sayur-sayuran segar dan buah strawberi obviously. Me being me, beli dua kotak gegula untuk makan kat bilik plus 4 kotak strawberi segar. Satu buat roommates, sekotak lagi untuk jiran sebelah, sekotak lagi untuk budak-budak stuff yang amik shosem dan kotak yang terakhir untuk awak. eh siapa awak? untuk diri sendirilah.

12.45 pm: Perjalanan kami dari Brincang ke Sg Koyan sunyi dan sepi. Di dalam kereta yang tinggal berjaga hanya Naim sebagai driver dan saya co-driver. Baki penumpang pesawat AGQ Saga Hijau dah lena tidur. Senarionya sama sahaja, masa mula-mula bergerak boleh tahan bersembangnya, lepastu bila dah habis idea semua senyap. Nak main phone, internet takda. Buka radio pun tiada siaran, melayan cd sahajalah. Yang pastinya pemandangan di sekitar jalan Cameron-Sg Koyan sungguh indah. Benarlah kata-kata allah dalam quranul karim,

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

kemudian di sambung lagi dengan ayat ke-empat Surah al-Mulk

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Jujur, berpuluh-puluh kali tengok pun saya masih terpesona. Selamat tiba di Sg Koyan, kami makan tengahari di kedai yang sama disinggahi semalam. Kata sepakat dicapai untuk solat di masjid Bentong, maka menderu enjin dua buah Saga menuju ke Bentong. Kak Rehan bawak laju gila.senyum

2.00 pm: Selamat tiba di masjid Bentong. Disepanjang perjalanan tadi saya usha sahaja satu demi satu rumah ahli keluarga belah Pahang yang sememangnya menetap disini. Rumah lama arwah opah di Batu Malim, rumah ayah nyah hanip, rumah achik Sabri dengan Acu di Taman Amalina Perdana, kemudiannya gugusan rumah mak Yang, andak Ae tak reti nak taip dan rumah achik Mayed. Memang saudara-mara sebelah mak ramai yang menetap di sekitar sini. Kami solat dan berehat sebentar di masjid Bentong. Sahaja saya dan Naim baring melepas penat dahulu sebelum bergerak pergi, rupa-rupanya deme semua dah tunggu dalam kereta.. nasiblah,haha

3.00 pm: Kami bertolak daripada masjid Bentong ke UIA. Tak rushing dan tiada singgah di mana-mana. alhamdulillah jam 4.02 pm selamat tiba di bumi bertuah UIAM. Jazakillah khairan kasir kak Lily sebab duit minyak dia makan pahala sorang-sorang. Moga allah murahkan rezeki, bahagia cepat kawen dunia dan akhirat.

Alhamdulillah ala kulli hal, segala perancangan kami telah  berjaya dijalankan walaupun persiapannya agak huru-hara dengan keterhadan masa yang ada. Moga objektif ziarah kali ini tercapai dan memberi manfaat kepada kedua-kedua belah pihak. Moga ukhuwah yang erat ini akan terus perkasa menjadi wacana penduduk kampung menerima islam dengan lebih mudah dan juga sebagai peringatan kepada diri kami sendiri. Rugi jika buat program hanya untuk suka-suka dan gelak tawa. Perlu diselitkan juga dengan ilmu dan dakwah agar nampak cantik lagi program tu. Antara ilmu baharu yang saya dapat daripada ziarah kali ini ialah sunnah nabi untuk mengadakan majlis walimah di bulan syawal. Serius baru tahu! Dan akhir sekali, buat yang tidak dapat hadir bersama itu, jangan risau di lain masa kalian boleh datang inshallah. Bak kata imam dalam cerpen Insyirah ,

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

skuad tangkap muat
Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. senyum manis





Tuesday, June 28, 2016

Teji Abu Senangkar (TAS) Epilogue


  Pagi dingin 13 Jun 2016 ditemani suara-suara hamba dhaif membaca kalam-kalam Tuhannya. Usai solat subuh secara berjemaah, aktiviti pagi kami diisi dengan majlis khatam al-quran. Sepanjang berada disini setiap adik-beradik angkat telah diberikan portion tadarus untuk mereka habiskan sebelum majlis pagi ini. Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia ini dapat kami meriahkan ia dengan bacaan al-quran hampir setiap hari. Walaupun misi peribadi saya dengan al-quran agak terbantut sepanjang berada disini, inshallah akan di cover semula sebaik sahaja habis program disini. Majlis pagi ini diketuai oleh Lutfi dan tamat kira-kira jam 7 pagi. Hebatnya anugerah Allah di bulan yang mulia ini adalah sesuatu amal itu boleh dilipat gandakan pahalanya daripada gandaan satu hingga ke tujuh ratus! allahu bertapa pemurahnya dan sayangnya allah pada kita. Semoga ramadhan yang berbaki beberapa hari ini dapat kita isi dengan sebaiknya. Tika entri ini ditulis dah masuk 23 ramadhan tak silap saya.



Ziarah Wida'

   Tepat jam 9 pagi kami semua mula bergerak ke rumah keluarga angkat masing-masing. Terdahulu kami diberikan bermacam barangan berupa makanan, pakaian dan alatan mandi daripada team welfare. Barang-barang ini akan diagihkan kepada setiap isi rumah. Semua pemberian ini bukan bermakna penduduk disini tidak mampu dan memerlukannya, bahkan mereka mampu mendapatkannya sendiri. Namun segala sumbangan ini adalah lebih kepada untuk meringankan beban mereka dan sebagai hadiah tanda terima kasih atas kesudian mereka menerima kedatangan kami. Walaupun hanya seminggu bergaul dan menjalani hidup disini, perasaan untuk berpisah dengan mereka pergi terasa berat di dada. Melepaskanmu, bukan mudah baiku untuk melakukan semua ini. Di rumah kak Liza sahaja sejam kami berborak sakan. Alhamdulillah amek khamisah lepak bersama kat rumah kak liza, dah jimat masa dan tenaga tak perlu pergi dua rumah sekaligus. Ada juga kami cuba galakkan kak Liza bekerja. Rugi jika skill menjahitnya tak dimanfaatkan sebaiknya. Abang Azizam juga harapnya selepas ini diberi kekuatan untuk bekerja kerana sumber kewangan mereka adalah dari duit pencen arwah aber dan gaji amek Maimun di ladang. Apa salahnya cari duit lebih kan?.  Inshaalah moga allah mudahkan apa sahaja yang mereka lakukan.


   Dua jam yang diperuntukkan untuk sesi ziarah wida' kami tamatkan dengan menyantuni amek Duya dan kakaknya. Selesai di rumah kak Liza, terus kami ke rumah amek Duya. Puaslah bagi salam tak berbalas, siap check rumah. Rupa-rupanya amek Duya lepak di rumah adik-beradiknya, amek Suhaila dan amek Aida. Tapi rumah mereka bersebelahan sahaja tiadalah jauh kami berjalan nak mencarinya,haha.. Amek kata sejam dia tunggu lama sangat anak-anak dia ni, itu yang dia angkat kaki ke rumah sebelah. Alahai amek ni, comellah merajuk.. Budak-budak semuanya tiada sebab cuti sekolah dah habis. Makanya tinggallah amek-amek dan kami sahaja bersembang sakan.

   Riuh-rendah rumah amek Suhaila sebab ada hampir 10 orang anak-anak UIA melepak bersama. Entah macam mana sampai termasuk topik pertemuan pertama kali amek dan aber pun saya tak tahu. Tersipu-sipu malu amek bercerita. Bahagia. Itulah saya kira perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan tika itu. Inshaallah syawal nanti cuba kami usahakan untuk kesini lagi ye amek, hiks.

Titik tolak

   Sungguh ramadhan di bumi Cameron kali ini akan saya jadikan titik-tolak untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Kesanggupan menyertai program-program sebegini bukan lagi atas dasar mencari pengalaman mahupun sebagai satu persiaran. Namun saya sedar ia adalah amanah, dan tanggungjawab kita untuk berkongsi rahsia dan nikmatnya hidup dalam dakapan islam. Sinar islam di Teji, Abu dan Senangkar semakin gemerlap dan menampakkan cahayanya. Bermula daripada percikan kecil hasil sentuhan para da'i terdahulu, kini ia semakin terang dan kukuh di hati penghuni bumi bertuah ini. Moga sinar ini juga singgah dan menyalakan hati-hati kami yang sering lalai dan lupa tujuan penciptaan diri ini. Sayonara Teji, Abu dan Senangkar. senyum.


habis ~ yeayy!
hayati sunrise gayanya
Fahim perform



LINKS
TAS I
TAS II
TAS III