Showing posts with label Stuffiium. Show all posts
Showing posts with label Stuffiium. Show all posts

Saturday, February 17, 2018

Sayonara uiam


Assalamualaikum wbt.

Memasuki hari ini, sudah hampir seminggu saya selamat meninggalkan bumi UIAM. Tapi masih lagi terasa seakan-akan mimpi sahaja. Perjalanan 4 tahun pengajian sarjana muda ditambah satu tahun setengah peringkat asasi kini telah tamat. Kesemuanya kini telah menjadi masa lalu, yang tidak mungkin berulang kembali. Secara rasminya, kami pelajar-pelajar tahun akhir kuliyyah kejuruteraan uiam tamat pengajian pada tanggal 25 Januari 2018, yakni setelah kami menghantar laporan akhir bagi projek tahun akhir mahasiswa kejuruteraan. Namun saya meneruskan khidmat di dalam ahli jawatankuasa Taaruf Week sejurus menghantar laporan projek. Dengan itu hayat berbakti sebagai mahasiswa saya diteruskan sehingga ke 5 haribulan Februari 2018.

Detik-detik akhir di universiti ini diwarnai dengan pelbagai rasa. Ada perasaan gembira di dada tatkala mengenangkan segala penat lelah menuntut ilmu kini akan berakhir. Ada rasa yang tidak terungkap dengan kata-kata melihat senyuman dan gelak tawa abah emak ketika mendengar perkhabaran anak yang bakal tamat pembelajaran kelak. Dan ada juga perasaan sedih kerana akan meninggalkan tempat yang mengajar seribu satu pengalaman dan didikan. Kerna akan berjauhan dengan rakan taulan, kerna akan berubahlah rutin harian, dan akan berpisah akhirnya dengan sesuatu yang telah menjadi sebahagian daripada diri ini.

Bermula dengan aktiviti-aktiviti akhir bersama rakan-rakan sepengajian, makan malam bersama gang Communication dan CIE, meneroka laluan denai di belakang UIA yang selama ini hanya dengan bebudak STUFF tetapi kali ini dengan gang CIECOMMU, dan juga sembang-sembang kosong bergelak gelak tawa hingga saat mengikat janji tidak akan terputus hubungan kelak. Semuanya memberi jiwa dan rasa yang tersendiri.

Benarlah kata orang, zaman remaja dan lebih khusus lagi zaman di pengajian di universiti akan menentukan sejauh mana kita akan berkembang di dalam kehidupan kelak. Mempunyai jaringan persahabatan yang luas akan memberi banyak manfaat pada kita dari segi mencari pekerjaan, atau sekadar ziarah-ziarah di hari raya nanti. Tidak akan terlayan semuanya, namun pasti ada segelintir yang benar-benar terikat hati kita, untuk saling berhubung dan bersahabat hingga ke hari tua.

Dengan ini, bermula lah fasa perubahan hidup daripada fasa pelajar kepada fasa dewasa bekerjaya. Meremang juga bulu roma bila terfikirkan keadaan diri yang masih mentah di dunia luar ini. Tetapi apalah gunanya segala yang telah dipelajari di universiti jika tidak digunakan di dunia baharu ini. Semoga diri kita akan kekal istiqamah dengan ilmu yang telah ada di dada, dan menyumbang semula kepada masyarakat ini mengikut kemampuan kita.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah di Kuliyyah Kejuruteraan IIUM Gombak, diatas segala tunjuk ajar dan markah peperiksaan sepanjang 4 tahun menadah ilmu kejuruteraan. Seterusnya, Madam Khairani, Mdm Aniza, Bro Najaa dan Bro Amir yang bertugas di Guidance and Counseling unit (GCU) CFS IIUM Petaling Jaya. Di kelab PEERS lah saya menemui identiti diri, membina keyakinan diri dan membuka diri untuk dunia luar. Para sahabat keluarga PEERS yang masih lagi berhubungan sehingga kini, meski kini jauh namun masih terbayang di mata diri ini kemeriahan dan keseronokkan bersama kalian. Melangkah ke pengajian sarjana di IIUM Gombak, kemeriahan dan jiwa kekeluargaan ketika bersama PEERS dikongsi dan diluaskan jajahan bersama keluarga tersayang kelab STUFF IIUM. STUFF IIUM meneruskan lagi perkembangan diri saya daripada pelbagai sudut dan ruang. Bermula daripada seorang yang kurang keyakinan diri, pendiam dan hambar sehingga kini saya lebih berkeyakinan, berani meluahkan pendapat, kelakar dan masih hambar(kata mereka). Tidak lupa juga sahabat-sahabat ketika bersama kelab CARING meskipun jodoh kita terhenti selepas setahun, namun tidak pernah putus diluar meski saya bukan lagi ahli rasmi. Sesungguhnya pengalaman berbakti di rumah Anbu Ilam dan Jaring Outreach ke Kelantan pasti akan saya kenangkan sehingga tua nanti. Tidak ketinggalan kelab COMRADE kerana mengajar erti hidup pada memberi, di dalam ekspedisi-ekspedisi amal ke Kg Lebir, Kg Teji, Abu, Senangkar dan Kg Susu. Kesemua ekspedisi ini mengajar saya erti dan nikamt islam itu sendiri. Juga menenangkan jiwa setelah terlalu sesak disumbat teknologi dan peradaban moden hingga terlupa keindahan kehidupan sederhana yang dijalani aber, amek, nak dan jajak di perkampungan orang asli. Bersama kalian juga saya menyedari potensi diri untuk berdakwah, dan hidup meski dalam keadaan tiada teknologi dan kemudahan harian. Program paling berbekas di jiwa? semestinya ketika IPTA Lebir 2016 dan juga Distex Kg Susu. Selain daripada kelab dan persatuan, terima kasih juga kepada batch CIE COMMU, sahabat sekelas daripada tahun pertama hingga ke tahun akhir. Walaupun bonding sesama kita tidak begitu kuat seperti majoring lain, namun kita berjaya cantikkan pengakhirannya. Mungkin juga kerana bilangan kita yang terlalu ramai, sebab tu macam susah nak kumpulkan semua orang, gelak.

Fuh rasa macam beremosi betul entry kali ini,haha..Siapa tak akan emosi kena berpisah dengan entiti yang telah lama membekas di hati dan jasad, kan? . Selama empat tahun saya mendiami bumi Gombak, mulanya menaiki basikal ke kelas, kemudian lebih suka berjalan kaki. Oh ye kegemaran saya berjalan kaki ke kuliyyah pada awal pagi jam 8 pagi. Waktu ini sangat nyaman kerna udara masih bersih dan dingin. Bunyi-bunyi kenderaan juga masih jarang kecuali jam 8.10 minit pabila semakin banyak motorsikal dan kereta berkejar mencari kawasan parkir. Tempat kegemaran saya? melintasi bangunan kuliyyah ekonomi dan juga kawasan parkir kereta kuliyyah ilmu wahyu. Setiap pagi jam 8 pasti mak cik Daya Bersih sudah ada disitu menyapu dan melonggokkan daun-daun kering. Terasa satu kepuasan bagi saya melihat jalan tar yang hitam dan bersih kemas selepas daun-daun yang berselerakkan disapu mak cik Daya Bersih. Kadang-kadang saya hadiahkan senyuman jika mak cik berpaling pada saya, menandakan ucapan terima kasih saya dan menghormati pekerjaan mulia mereka. Mak cik mesti akan senyum semula, ye benar senyuman kita sahaja mampu menceriakan permulaan hari sesama manusia. Memasuki tahun keempat, saya masih berjalan kaki cuma bila balik dari kuliyyah ke mahallah kebiasaannya menaiki mereka kawan sekelas. Lagipun semasa semester akhir kelas saya hanya sekali atau dua kali sahaja sehari. Maka masa saya lebih banyak diluangkan diluar kelas dan mahallah, yakni di kafe HS, Edu dan juga kadang-kadang di Photonic lab, ruang kerja FYP saya.

Jika hendak saya luahkan segala rasa di dada ini, past semakin berjela-jela lagi tulisan ini. Cukuplah rasanya saya pendam dan hayati seorang, memori-memori pahit manis ketika di zaman universiti. Kepada kalian yang masih di dalam pengajian, nikmati dan penuhilah masa kalian dengan aktiviti-aktiviti dan perbuatan yang mampu kalian kenangkan dan menungkan kelak. Kerana kesemua saat-saat ini tidak akan berulang kembali, perasaan apabila sudah tidak di dalam universiti lain benar, begitu juga jika menyambung master, suasana dan keadaannya tidak akan sama seperti degree. Saya juga ingin megambil kesempatan ini memohon ampun maaf diatas segala salah silap saya sepanjang 5 tahun setengah bersama-sama dengan anda semua warga universiti islam antarabangsa malaysia. Segala tingkah laku, tutur kata atau apa sahaja yang pernah menyakitkan, ampun dan maaf saya pinta dari kalian.. Jika ada hutang yang belum dilangsaikan, hubungi lah saya okayh? hihi..

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, sayonara~

PEERS induction day

Mainboard STUFF 2015/2016
new year 2018 celebration mb 17 dan mb 18

Mainboard STUFF 2017/2018
sambutan hari raya aidilfitri 2017 stuff iium

walimah ex-pres Stuff, Balqini dan Hikmah

Intership di Theta Technologies sdn bhd

meraikan konvokasi kak Tengku Ain

support stuffians yang menjadi komiti stanex 2017

stuffians di Stanex 2017

GB study group ciecommu 




Monday, November 27, 2017

Ucapan President agm 2017 STUFF IIUM

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis, saudara rushdeen dan saudari deana.

Bismilahirrahmanirrahim,

                Assalamualaikum wbt. Yang berbahagia, Dr Ros Aniza bt Mohd Shariff, Penasihat kelab STUFF IIUM, yang berusaha bertungkus-lumus menjalankan mesyuarat agung pada malam ini, Saudara Muhammad Syamim zubir, barisan mainboard yang dikasihi lagi dekat dihati, para alumni di belakang sana yang sudi datang memberi sokongan sehingga ke hari ini, dan seterusnya semua ahli kelab stuff yang hadir memenuhi dewan pada malam ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir pada malam ini, yakni majlis Annual Grand Meeting(AGM) yang bertujuan untuk mengumumkan barisan pucuk pimpinan baharu bagi kelab STUFF sesi 2017/2018.  Setahun sudah berlalu, saya dan barisan mainboard 2016/2017 memegang tampuk pimpinan. Jika pantai ada surutnya, jika malam ada silih gantinya dengan siang, jika cinta ada hasilnya, jika hidup ada kematian, dan sudah pasti setiap pertemuan akan ada perpisahan.

Jika disebut sahaja nama kelab stuff iium, umum masyarakat uiam memandang hormat ahli kelab kita kerana kita melahirkan ramai ahli bahkan pemimin yang berkualiti dan boleh memimpin orang lain. Seharusnya kita semua merasa bangga dan berusaha menjaga penghormatan yang telah diberikan ini. Di awal masa kenaikkan saya setahun yang lalu, matlamat utama saya adalah untuk menyusun semula sistem pengurusan kelab dan membawa kelab lebih dekat dengan nature ataupun tujuan asal penubuhan kelab kita. Kini dengan ahli kita mencapai 450 orang, setiap biro dianggotai 80 orang dan hanya dijaga oleh dua orang head dan assistant head. Sesungguhnya ia tidak mudah dan merupakan cabaran kepada mereka. Jadi saya mohon semua berikan tepukan kepada head dan assistant head biro anda. Seterusnya barisan setiausaha dan bendahari saya yang bekerja siang dan malam memastikan segala hal ehwal surat, proposal, procedure dan kewangan kelab berjalan lancar dan tersusun. Mereka inilah yang menjadikan sistem itu bergerak dan berfungsi dengan baiknya. Berikan tepukan kepada mereka. Kemudian, 3 orang pendamping setia saya.. tidak, saya tiada payung emas nak diberi kepada mereka. Kepada 3 orang teman vice president saya, terima kasih saya ucapkan atas segala sokongan, dorongan dan teguran yang membantu saya memimpin kelab ini sebaiknya. Tidak lupa juga kepada Dr Ros Aniza, seorang penasihat yang sangat aktif menyokong aktiviti-aktiviti kelab dan sangat mudah didekati oleh ahli-ahli stuff. Dan sudah pasti, doa ibubapa yang sentiasa mengiringi perjalanan kita di Menara gading ini.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada setiap insan yang berhubungan dengan kelab ini secara langsung atau tidak langsung. Kelab STUFF banyak membantu dalam membentuk  saya menjadi manusia yang lebih bersifat kemanusiaaan. Kerana mungkin jika saya tidak beranikan diri mendaftar pada empat tahun yang lepas, saya akan melepaskan peluang berkenalan dengan kalian semua. Saya akui, kelab ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Terima kasih diatas 4 tahun yang manis,pahit, suka, duka dan bermakna.

Pepatah cina ada mengatakan, Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini.

Kepada pucuk pimpinan baharu, jadilah bunga-bunga yang akan terus menghiasi dan mengindahi keluarga besar ini. Jagalah kelab ini dengan sepenuh hatimu, pelihara kebajikkan ahli-ahli kelab kita, dan berusahalah memberikan yang terbaik. Di sepanjang perjalanan nanti akan ada manis dan pahitnya, telanlah semua dan lindungkan rasa duka, kerna kita tidak punya banyak masa atas dunia, hargailah semua dan sebarkan cinta sesama keluarga, kita. Ambilah yang jernih daripada pimpinan kami, tetapi jangan dibuang yang keruh, kerna kadang yang keruh juga menjadi peneguh kepada hati yang luluh.

Akhir sekali, saya mewakili pucuk pimpinan stuff 2016/2017 ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap disepanjang tempoh pimpinan kami. Sesungguhnya kami telah mencuba yang terbaik dalam memastikan setiap daripada kita mendapat manfaat daripada kelab ini. Semoga segala apa yang kita lakukan di dalam kelab ini, allah terima sebagai amal soleh kita di akhirat kelak. Selamat maju jaya, sayang semua. Assalamualaikum wbt.



Saturday, November 26, 2016

Menaiki tangga

28  January 2014-Hari pertama mendaftar di kampus utama UIAM, cawangan Gombak.

Tahun pertama di UIAM. Dengan harapan untuk tidak menjadi pelajar 3K, yakni kuliyyah,kelas dan kafe makanya saya menyertai kelab STUFF IIUM. Dan juga atas dasar ajakan sahabat dan pengaruh senior. Kebetulan majoriti ahli PEERS CFSIIUM (kelab di zaman asasi dahulu ) menyertai STUFF. Jadi saya pun join ajelah. nampak tak sifat followers kat situ?. Di dalam STUFF saya dicampakkkan ke dalam biro GROUP MODULE(GM). Semasa ini senior saya di CFS dahulu, kak Tengku Ain yang menjadi assistant head bagi biro ini. jadi rasa macam selesa la sebab ada orang kita kenalkan, tak kurang juga ada member sewaktu menjadi mainboard peers dahulu yang bersama di dalam biro GM  ini jugak.huhu..

Program pertama sudah semestinya mass gathering. Malam tu habis sahaja mass gath terus rasa nak left STUFF, nak tinggalkan sebab rasa tak kena dengan nature. Perasaan sama juga dirasai salah seorang sahabat saya, siap pesan lagi "weh kalau nak keluar ajak aku sekali".. tapi ada terselit juga, "weh nanti kalau aku berubah dan jadi yang lain daripada aku yang kau kenal, tegur lah..kalau aku buat salah tegur".. Dan malam itu saya termenung panjang ketika berjalan kaki pulang ke mahallah. Waktu ini Azra belum ada lagi di sisi.

24 April 2014- program sekolah biro GM

  Program kali ni bertempat di SMKA JOHOR BAHRU. Inilah program sekolah pertama saya dengan kelab STUFF. alhamdulillah banyak sangat belajar benda kat sini. Juga dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan ahli-ahli biro Group Module. PERLAHAN-LAHAN dah mula rasa sayang dengan biro GM.

Hari berganti hari, masih tetap ada dalam kelab STUFF. Entah la sebab apa tak tahu. sebab kawan-kawan ramai dalam tu dan rasa terisi sedikit masa kut. Kemudiannya, saya menyertai program sekolah kedua, program kem ibadah bersama SK PARIT MELANA bertempat di Uiam dan Janda baik. Sewaktu program ini, tak sangka rupanya majoriti fasilitator dan komiti dia adalah barisan mainboard STUFF, masa tu tak amik port sangat pun dengan siapa mainboard tu semua. Cuma kenal Presiden dengan head and assistant biro sahaja,huhu..

September 2014- semester kedua di UIAM.

 Kali ini masih lagi bersama dengan stuff. Sebab dah rasa macam family. dah rasa bahagianya dengan mereka. LONG STORY CUT SHORT, training mingguan tak missed, program-program semua join la senang cerita.

18 November 2014- appointment message

 Menerima amanah  untuk menjadi assistant head biro GM bagi sesi 2015. Masa tu rasa macam tak layak juga, ditambah pula nanti kena berinteraksi dan jaga kebajikkan ahli biro yang ada juga lebih tua daripada saya. Bonda, kak Tengku Ain dan Ayahanda, Muadz dah turun tenure masa ni. Jadi naiklah saya dan Shuk sebagai pengganti. Dengan lafaz basmallah, Audi A engineering menjadi saksi kami memegang amanah head dan assistant head.

January 2015- second year

 Tahun kedua di UIAM Gombak saya diisi dengan kerja-kerja menjaga biro dan komitmen kepada pelajaran selain daripada kelab. Masa ini tak terfikir nak join kelab lain sebab saya memang "one man club". Saya takut nak beri komitmen yang terlalu banyak pada kelab-kelab lain, jadi saya suka untuk kekal dengan satu kelab sahaja.

   Berada dibawah pemerintahan presiden Qassim, saya merupakan antara ahli mainboard yang termuda. Yang lain semuanya abang dan kakak. Semasa ini jugalah saya mengasah bakat dan kemahiran dibawah bimbinngan mereka semua.. Cara nak buat program di dalam UIAM, cara handle module, seni bercakap dan memimpin, tidak kurang juga seni berurusan dengan orang yang lebih tua.

12 April 2015- program sekolah biro GM

 Tahun ini biro GM mengadakan program sekolah bertempat di SMKA Tanjong karang, Selangor. Nak sangat join masa ini, tapi sebab tarikh ni adalah tarikh kelahiran saya, kembar dan ibu kami..relakan hati saya juga untuk pulang kerumah.Nak sambut birthday dengan mak la katakan,huuhu..

5 September 2015- Stufffest 2.0

Semasa ini juga saya menghadapi salah satu cabaran paling getir dalam hidup bila program stufffest 2.0 yang dirancang tertunggak approvalnya hampir TIGA BULAN. 3 bulan saya dan asst program manager tidak kurang juga secretary kami naik turun office STADD semata-mata nak yakinkan pegawai di Student Development Division untuk meluluskan program kami. Alhamdulillah, akhirnya seminggu sebelum hari kejadian, program kami diberikan kelulusan. Sungguhlah masa tu rasa dah teruk sangat dah diri ini, rasa malu sangat kalau jadi program pertama STUFF yang cancel.huhu

13 November 2015- FAMSTRAP

Inilah kali pertama menyertai program Family Day and Facilitating Skills Training (FAMSTRAP). Semasa saya di tahun pertama tiada peluang nak merasai famstrap sebab masa tu memang tiada famstrap. Ketika tenure ini baharu ia diadakan semula. Tahun ini, ia dijalankan di Kuala Kubu Bharu. Alhamdulillah seronok sangat dan nampak keeratan ukhuwah ahli-ahli STUFF walau berbeza biro dan kuliyyah..

Akhir November 2015, saya dilamar oleh kak Syira selaku Vice President 1 STUFF ketika itu untuk mengambil dan mengganti tempat beliau,. Pada mula rasa gelisah dan tak mampu, namun setelah diyakinkan oleh bakal presiden beserta barisan pengurusan yang lain, saya terima amanah ini dengan hati yang terbuka. Kali ini, Lecture Theather 2 Kuliyyah of Economics menjadi saksi pertabalan kami selaku barisan baharu mainboard kelab STUFF IIUM. 

15 January 2016- Booth and SUIT

Program pertama selaku VP1 stuff ialah recruitment booth for new member dan seterusnya Stuff Ukhuwah and Induction (SUIT) bagi semester 2 2015/2016. Alhamdulillah seronok bekerja dengan barisan mainboard kali ini yang rata-ratanya usia hanya berbeza setahun atas dan bawah sahaja. Tahun ini juga disebabkan FAMSTRAP di bawah jagaan saya, makanya kami bersetuju untuk menganjurkannya sebanyak dua kali. Pada bulan march dan bulan november. Ini adalah dengan harapan dapat menampung permintaan daripada ahli-ahli STUFF yang kini bilangannya mencecah 400 orang. fuh!.

8 April 2016- FAMSTRAP pertama

 Program kali ini diadakan di kuliyyah of education (KOED) dan di Putrajaya. Alhamdulillah semuanya  berjalan lancar dan baik. Ketika ini jalinan ukhuwah sesama mainboard semakin erat kerana kami yang menjadi ahli jawatankuasa pelaksana famstrap. Terima kasih juga apm saya, Izzati yang berjaya menguruskan family day di Putrajaya ketika itu. Saya hanya mampu hadir separuh hari kerana perlu ke Setiawangsa bagi meraikan majlis perkahwinan ayong saya di rumah suaminya, abang afif.. Sedih juga tak dapat bersama-sama menghabiskan famstrap dengan para peserta dan komiti. Tapi gembira dengan perkahwinan ayong!

 September 2016- semester 6 di uiam

 Semester kali ini merupakan semester yang paling sibuk sekali. Saya terlibat dengan aktiviti 3 buah kelab yang berderet-deret..salah diri sendiri jugak sebab tak susun jadual betul-betul,haha.. Ini juga merupakan sem akhir saya sebagai vice president 1 STUFF. Dalam otak dan hati memang dah set,tahun hadapan dah final year. Tak sangka perjalanan dah sejauh ini.. Dahulu semasa di tahun pertama saya tidak pernah sangka boleh habiskan course engineering. Pernah jugalah terfikir nak tukar kos pengajian,huhu..Namun allah dah susun baik punya, dan kini saya memasuki tahun akhir.

Di tahun akhir, kebiasaaanya pelajar kejuruteraan akan sibuk dengan Final Year Project(FYP).. Makanya saya merancang untuk berhenti daripada terlibat dengan semua kelab dan fokus pada pelajaran sahaja.

Takdir dan ketetapan allah mendahului, saya telah dihasut,diyakinkan dan terperangkap dengan tipu helah ABD untuk menjadi pengganti beliau. Maka pada tanggal 17 November 2016, saya bersetuju memegang amanah selaku Presiden kelab STUFF bagi tahun 2017. Sesungguhnya amat berat sekali nak buat keputusan untuk menerima amanah ini ketika itu. Hampir 3 hari saya seen dan bluetick sahaja mesej lamaran Abd.haha.. Namun atas nasihat dan galakkan daripada rakan seperjuangan, senior dan alumni STUFF, saya terima juga tugas berat ini.

Tak sangka, sudah lengkap tiga tahun saya bersama dengan kelab STUFF IIUM. Dahulunya yang tidak diminati,kini amat disayangi dan dicintai. Dan kini inshallah akan mengakhiri zaman ijazah disini bersama-sama dengannya. Perasaan ingin membantu orang lain dan memperbaiki diri sendirilah yang mendorong saya untuk terus bersama dengan STUFF. Kebanyakkan daripada mereka ini perangainya gila-gila dan kecoh, namun bila dibicara dengan hal agama dan peringatan mereka suka dan tunduk. Keluarga ini terdiri daripada mereka yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik, dan kami memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk ke arah itu. Dalam sukanya ada nasihat, dalam guraunya ada teguran, dan dalam diam ada sayang ingin melangkah ke syurga, bersama.


Friday, October 28, 2016

LAST PROGRAMME

"Kita akan lebih menghargai masa, bila kita sedar kita tidak punya masa"

   Begitulah yang saya rasa semasa first half semester 1,2016/2107 ini. Empat minggu berturut-turut berprogram yang menuntut komitmen penuh serta pengurusan masa yang efektif. Tipulah kalau kata saya dapat memEnuhi sEmua hak mereka dengan sepenuhnya. Tetapi saya cuba, sebaiknya. Jadi buat menghargai dan menunjukkan rasa terima kasih saya diatas kesudian mereka menerima khidmat dan tenaga diri yang tidak seberapa ini, akan digabungkan ke semua event ini di dalam satu appreciation entry. Dan.. Ini adalah entry yang ke SERATUS, 100, One hundred ! masyaallah, subhanallah tak sangka dah cecah 3 angka entry dalam blog ni,hahaha, senyum terharu berair mata.

ENGITEX16


   Engitex merupakan program pertama anjuran kulliyyah yang saya sertai. Secara jujurnya sejak dari tahun pertama hingga lah sekarang dah nak masuk final year saya tak pernah pun join program dibawah kendalian kulliyyah.haha..Jadi, demi nak memenuhkan wishlist serta nak bagi resume cantik, saya pun join lah program kali ini. Alhamdulillah itupun sebab diajak oleh classmate sendiri, Sarahmimah sebagai komiti untuk sub-program GENERIC yang sedang kekurangan komiti baca committee lelaki. Makanya dengan rela terima la tawaran dia dan dimasukkan di dalam biro Program Coordinator. First program join dah kena jadi program coordinator,fuh..redah sahaja.gelak

   GENERIC ini akronim untuk GENERATION ENGINEER and ECO RACE CHALLENGE. Ia adalah program khas buat murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Generation Engineer ataupun akronimya GENE merupakan program untuk murid-murid sekolah menengah. Dengan bertemakan hydraulic arm, para peserta diminta mereka dan menghasilkan sebuah prototaip yang menggunakan prinsip pascal untuk merealisasikan hydraulic arm mereka. Contoh prototaip telah dihantar ke sekolah yang bertanding dan mereka dikehendaki membina prototaip tersebut sebelum hari pertandingan. Sewaktu hari pertandingan, prototaip mereka diuji dari segi kemampuan dan kecekapan pengendalian prototaip tersebut. Alhamdulillah juga pertandingan ini disertai hampir sepuluh buah sekolah dengan penyertaan paling jauh diterima dari MRSM Kubang pasu,Kedah.

   Eco Race Challenge, ERIC pula merupakan program inovasi dan rekacipta khas buat murid-murid sekolah rendah. Para peserta diminta untuk membina sebuah kereta lumba daripada bahan-bahan terpakai yang disediakan. Mereka juga mesti memenuhi syarat utama pertandingan, yakni kenderaan mereka dikuasakan dengan kuasa getah. Pelik pula bunyinya dalam bahasa melayu,haha. Rubberband powered car, ha gituh.. Sebelum mereka bertanding juga, kami telah mengadakan sesi module dimana kami membuat demonstrasi sains dan reka cipta menggunakan arduino dan sebagainya bagi menarik minat mereka di dalam bidang kejuruteraan. Seronok betul adik-adik ni, tak lupa juga
komiti! senyum

sarah and jida
   Diberikan amanah sebagai Head Programme Coordinator, banyak yang saya belajar daripada program ini, terutamanya pengurusan serta gerak kerja di dalam program dibawah seliaan kulliyyah. Selama ini semua program yang saya sertai adalah dibawah kelolaan kelab dan persatuan, ia berbeza sedikitlah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga buat dua orang tulang belakang dan orang kuat yang sentiasa bersama saya dalam mengendalikan program ini. Dua insan tersebut ialah Sarah dan Azida.. Mereka berdua ni memang sangat komited dan sungguh bersemangat dalam Generic, dan saya? nasi tambah sahaja..haha gurau je. Terima kasih juga anip dan tirah kerana beri peluang untuk saya menyertai program kali ini. Kepada semua mainboard lain dan head,assistant head biro-biro lain serta semua komiti GENERIC, Tahniah dan korang memang terbaikkkk~ Moga ukhuwah yang terbina juga berkekalan.. Ialah ini kali pertama saya dapat bekerjasama dan kenal lebih rapat dengan rakan-rakan sekuliyyah. Sebelum ini setakat berjumpa di kelas sahaja.senyum. Terima kasih sekali lagi.

GB mainboard GENERIC


STUFFFEST 3.0


committees
   Seminggu sahaja setelah tamatnya GENERIC, bermulalah antara program terbesar anjuran kelab STUFFIIUM, yakni STUFF Festival edisi ke-tiga. Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjurannya dan juga tahun ketiga saya menjadi komiti. Idea penganjuran STUFFFEST muncul ketika saya di tahun pertama di Uia Gombak ketika itu. STUFFFEST merupakan hasil idea Acad dan Kak farah, masing-masing vice president dan secretary general stuff buat tenure ke 14 dalam usaha mencari dana buat program-program kelab. Secara jujurnya, dana daripada UIA memang tidak akan cukup, ditambah pula dengan lambakan program STUFF..Maka inilah salah satu usaha nak menaikkan dana kelab. Edisi yang pertama, kami mengadakan STUFFFEST di HS Square, bangunan kulliyyah of Human Science and Islamic Reveal Knowledge. Walaupun tika itu idea ini menerima kecaman dan tentangan hebat namun ia diluluskan oleh presiden kelab yakni saudara Rahman.

sterk, luqman, adib dan sadiq
Kemudiannya edisi kedua penganjurannya diadakan di foyer 1 cultural and art(CAC)  hall. Ketika ini perlahan-lahan nama STUFFFEST telah mula bermain di bibir masyarakat uiam ditambah pula dengan penampilan Tasha Manshahar dan Radin ERA di dalam salah satu slot bual bicara yang kami anjurkan. Dan tahun ini, edisi ketiga ia tampil lebih besar dan hebat dengan penganjurannya bertempat di Convest hill. Buat pengetahuan semua, bukan calang-calang program boleh diadakan di convest hill. Bukan kerana ia tapak yang mahal ataupun berprestige!, tetapi kerana lokasinya yang terlalu jauh daripada kawasan laluan dan tumpuan pelajar. Makanya risiko penganjuran program disini amat tinggi terutamanya dari segi untuk menarik masyarakat uia kesini. Alhamdulillah team stufffest kali ini yang diketuai Halim labong dan Tasya menyahut cabaran ini dan membuktikan yang kami sebuah kelab juga mampu menganjurkan event dengan kapasiti sebegini besar.allahu..

 Di dalam edisi ketiga ini juga tetamu-tetamu jemputannya boleh tahan besar dan gah nama mereka. Antara mereka yang hadir adalah Heliza Helmi dan Sterk Production. Menariknya lagi, ada slot bersama dengan kelab-kelab seni terkemuka di uiam seperti Juragan Pentas yang popular dengan teater-teater anjuran mereka serta pasukan IIUM Nafas Tari dan Nasyid daripada CITRA IIUM. Sesungguhnya kehadiran-kehadiran mereka ini memeriahkan suasana di kawasan festival dan berjaya menarik minat pengunjung. Dan, sudah semestinya ada gerai makanan paling popular dan dikunjungi ramai, yakni pau cendawan viral Putrajaya! mashallah sedap sangat pau cendawan dia,huhuhu

Alhamdulillah diatas kejayaan penganjuran stufffest 3.0. Berada sejak edisi sulung hinggalah kali ketiga ini, saya menyaksikan sendiri evolusi dan pembesaran serta penambahbaikkan yang program ini lalui. Jika diambil analoginya sebagai seorang manusia, bermula dari ia mula dilahirkan dan belajar meniarap, kini ia telah melepasi fasa merangkak dan telah pun bertatih. Saya belum mahu mengatakan ia telah mampu berjalan apatah lagi berlari. Stufffest masih lagi bertatih dan banyak lagi yang perlu ia perbaiki sebelum layak ia berjalan seterusnya berlari. Terkadang terasa sendu juga bila fikirkan ia, sebab ia membesar seiiring dengan saya. Dan tahun hadapan merupakan tahun akhir saya, dan inshallah tahun keempat penganjurannya. Mungkin inilah kali terakhir penyertaan saya kerana tahu depan dah sibuk dengan final year project (fyp). Semoga komiti bagi stufffest di tahun-tahun mendatang akan menambah baik dan menganjurkan stufffest dengan lebih hebat lagi. senyum



OAW16

OAW merupakan akronim kepada Orphanage Awareness Week, anjuran  Caring Club IIUM. kelab Caring merupakan salah satu kelab yang saya sertai sebagai ahli pasif. senyum kelat. Pada hemat saya, saya adalah seorang yang layak digelar one club man. Jika saya dah menyertai sesebuah kelab, itulah satu-satunya kelab yang akan saya beri perhatian dan komitmen sepenuhnya. Namun ketika di semester 4 tahun kedua disini, saya membuat keputusan untuk menyertai sebuah lagi kelab atas sebab tertentu. Demi memperluas jaringan persahabatan dan menimba pengalaman daripada kelab yang berbeza nature dengan stuff, saya menyertai kelab Caring. Aktiviti-aktiviti kelab Caring adalah berfokus kepada rumah anak yatim disekitar kawasan Gombak dan Selayang. Dan saya telah dimasukkan ke dalam komiti rumah anbu illam. Anbu Illam di dalam bahasa tamil apabila diterjemahkan ke bahasa melayu bermaksud rumah penuh kecintaan. Dalam bahasa mudahnya House of love. Kebiasaannya kami akan ke rumah ini sekali sebulan bagi sesi mentoring bersama adik-adik. Kesemua sekali hampir ada lima buah rumah dibawah jagaan kelab Caring di sekitar lembah klang ini.

 OAW dianjurkan dengan objektf untuk mengutip dana buat anak-anak di rumah yang terbabit. Walaupun kelab kami menerima tajaan dan sumbangan daripada pelbagai pihak dan tidak lupa uiam, namun tetap amaunnya tidaklah terlalu banyak. Sehubungan dengan itu konsep bazaar dan minggu kesedaran ini dianjurkan agar besar harapannya dapatlah kami mengutip seberapa banyak sumbangan yang ada. Sedari umum telah maklum, kebanyakkan pengunjung adalah pelajar juga maka mereka tidak punya sumber kewangan yang banyak untuk membantu kami. Jadi, kesedaran mereka tentang kewujudan golongan-golongan memerlukan ini lebih saya utamakan. Apabila telah ada kesedaran, mereka pasti akan mencari inisiatif dan cara tersendiri untuk membantu anak-anak ini. Sekurang-kurangnya kami telah memberikan batu loncatan untuk mereka mengorak langkah seterusnya.

Meskipun dihujani dengan pelbagai masalah dan dugaan program ini berjaya kami jalankan. BAYANGKANLAH ketika itu hampir sahaja program kami dibatalkan tiga hari sebelum hari kejadian oleh kerana kekeliruan pihak Uia dan kami tentang tapak festival. Kami yang pada asalnya ingin menganjurkan festival ini di sepanjang koridor kuliyyah of engineering tiba-tiba dihalang dan tidak dibenarkan oleh pihak atasan. Waktu tu allah sahaja yang tahu serabutnya akal fikir bagaimana nak jalankan program ini lebih-lebih lagi programme manager, Athir dan asssitantnya, Aida. Namun alhamdulillah OAW berjaya dianjurkan meskipun kami terpaksa berpindah dan bergabung dengan event lain di Convest Hill. Tetapi sungguhlah betapa allah nak tunjuk kat kita yang perancanganya lebih baik, event kami yang digabungkan dengan Dakwah Carnival anjuran Maaruf club berjalan dengan lancar. Malah jalinan ukhuwah antara dua buah kelab ini juga tercipta dan inshallah akan berkekalan. Made new friends and gain new experiences, worth it? right..

Terima kasih semua komiti OAW dan Dakwah Carnival!

tayangan filem

ADORANA

haiii
  Admiring Orang Asli Through Nature (ADORANA) merupakan program berbentuk family day anjuran kelab Comrade iium. Program ini diadakan di Dungun, Terengganu! jauh en?haha.. Pada asalnya saya menolak dan keberatan untuk menyertai program ini dek kerana ia dianjurkan pada waktu cuti pertengahan semester. Tapi akhirnya setelah dipujuk rayu programme manager, Fahim Purwandi dan disokong oleh orang-orang kuatnya, join juga akhirnya.. Dan tak menyesal!gelak terharu. Diberi amanat mengendalikan biro module bersama dua orang Nina amalina basir dan akmanina kahar sebagai pembantu, saya teruskan juga niat berfamily day dengan ahli-ahli comrade.
Kelab comrade merupakan kelab kedua yang saya sertai selain stuff dengan harapan yang sama, merasai naturenya yang berinteraksi dengan masyarakat orang asli.

   Perjalanan selama enam jam kami daripada uiam ke Dungun saya hiasi dengan tidur dan termenung panjang. Duduk seorang diri diatas kerusi yang diperuntukkan untuk dua orang azalinya, saya
merenung belukar dan hutan di sepanjang lebuhraya LPT. Pemandangan kiri dan kanan jalan mengingatkan saya kepada kekuasan tuhan, Allah yang satu. Langit yang tergantung tanpa tiang dan tumbuhan yang hidup tanpa perlu disiram, menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah taala. Kagum dan sebak bercampur baur di dalam dada. allahu terasa kerdil diri ini.

   Kami tiba di SMS Dungun pada jam 11 malam. Pada asalnya kami mahu berkhemah di tapak perkhemahan yang ada di dalam kawasan sekolah. Namun menjejak jam 12 tengah malam, hujan ribut melanda dan terpaksalah kami berlencun mengangkat khemah masuk ke dalam dewan sekolah. Nasib baik ada dewan kecil yang boleh kami gunakan unutk menginap. Meskipun hasrat berkhemah di luar tidak kesampaian dek kerana cuaca hujan ribut yang sedang bermusim kini, dapatlah kami merasa pengalaman mangsa-mangsa banjir tidur di dalam khemah di pusat penempatan sementara.senyum. Belajar dengan merasai sendiri situasi tersebut, barulah akan lebih memahami perasaan mereka.

   Hari kedua family day kami berkampung pantai Teluk Bidara. Dari jam 9 pagi hinggalah jam 6.30 petang kami beraktiviti di kawasan pantai, sunburn dia ya allah jangan tanya gelap macam mana,haha.. Dimulakan dengan sesi ice breaking, kemudian free activity untuk mandi-manda sebelum diakhiri dengan explorace di sekitar kawasan pantai, penat teruks. Pulang sahaja ke tempat penginapan, berbarbeque sambil dihiasi slot pengisian oleh alumni Comrade iium. Antara yang berkongsi ialah abang Hadi dan kak Ira. Dapat saya rasakan keikhlasan mereka dalam berbakti demi masyarakat orang asli. Mereka ini tidak pernah berkira dalam hal-hal berkait dengan masyarakat asli. Semuanya dibuat atas nama dakwah dan kasih seorang saudara sesama islam. Semoga allah membalas kerja-kerja mereka ini dengan syurganya. Dan semoga kami juga ahli comrade dikurniakan perasaan dan semangat sebegitu rupa. Jika bukan kita saudara seislam yang membantu sesama orang islam, siapa lagi? allahu..Moga allah tetapkan kami diatas jalan ini dan moga Dia terima segala amal kami. ameen..

Hari terakhir sebelum kami bertolak pulang ke uiam, sempatlah juga singgah di sebuah kedai keropok lekor. Orang kata tak sah la kalau ke Terengganu jika tidak membeli kepok lekor,ye dok?? hiks!
Perjalanan hampir 6 jam saya isi dengan perbualan dan berteka-teki dengan rakan-rakan se-bas. Ada juga sebahagian daripada kami yang berasal dari pantai timur terus pulang ke negeri masing-masing. Mereka menaiki bas daripada stesen bas Dungun menuju teratak tercinta. Dan,, achievement unlocked jugalah saya tak tidur langsung selama enam jam atas bas,haha.. Terima kasih semua diatas memori indah ini,dan juga sunburn ini.gelak

family

Rehat

   Alhamdulillah, fasa paling sibuk buat semester ini telah berjaya saya lalui. Meskipun dihujani timbunan meeting dan program, pelajaran tidak saya abaikan sepenuhnya. sikitlah,sikit. Tapi sehabis baik cuba saya seimbangkan antara pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah. Naik cuti pertengahan semester ini juga telah saya kosongkan jadual saya. Ingin fokus pada pelajaran pula. Segala tawaran program terpaksa saya tolak, hanya tawaran kahwin sahaja akan dterima, eh? gelak. Sesungguhnya kesibukkan berprogram ini sebenarnya lebih saya suka berbanding duduk tanpa berbuat apa-apa selain daripada pergi ke kelas. Dengan mengisi masa terluang ini, saya akan lebih memghargai masa yang saya ada. Namun setiap insan berbeza. Ada yang boleh buat pelbagai kerja dalam satu-satu masa,dan ada juga yang lebih gemar fokus pada satu benda sahaja. Terpulanglah pada diri anda, asalkan apabila kita sudah bergraduasi nanti, pencapaian akademik dan kokurikulum itu seimbang. Seperti saya, saya sedia maklum akademik saya tidak seberapa cemerlang. Boleh dikatakan average sahaja dan bukan high achiever. Jadi, saya mesti lengkapkan diri saya dengan nilai-nilai tambah agar resume saya tidak tenggelam didalam pemburuan mencari kerja nanti. Dan, semua nilai tambah ini bukan demi kerjaya semata-mata, tetapi untuk membentuk saya menjadi manusia yang wujud di dalam masyrakat. Ia pahit dan benar, tidak semua lulusan universiti wujud di dalam masyarakat. Graduan universiti yang diharapkan menyumbang semula kepada masyarakat hanya memikirkan keuntungan diri sendiri seharusnya tidak berlaku. Kita selaku insan yang melalui sistem pendidikan formal perlu kembali kepada masyarakat. Sumbanglah dengan apa cara sekalipun, jangan kita tinggalkan masyarakat terumbang-ambing.

   Seiring dengan bertambahnya usia dan tahun pengajian, perlahan-lahan mungkin saya akan kurangkan aktiviti-aktiviti ini. Perlu fokus untuk menghabiskan sisa perjuangan di universiti ini. Namun bibir bisa menipu tetapi hati takkan mampu menipu. Jiwa ini lebih senang hidup berpersatuan daripada hidup berkiblatkan kelas-katil-kafe.. Lafaz last programme dicanang sana-sini, hakikatnya join aje lagi,haha.. Alhamdulillah, tamatlah sudah kisah kesibukkan kali ini. Moga Allah terima segala amal yang dilakukan dan ampunkan dosa maksiat yang terlanjur.

100

   Entry kali ini juga cukup istimewa kerana ia merupakan entry ke-100!. Dan alhamdulillah ia dapat diisi dengan gabungan empat organisasi yang berbeza. Berlaku adil orang kata,huhu. Saya juga tidak sangka akhirnya blog ini mampu mencecah 3 angka dalam bilangan entry-nya. Moga semua yang telah saya tulis dan publish menjadi bahan bacaan yang baik-baik sahaja. Harapannya apabila saya telah tiada nanti, orang bisa mengenali saya melalui penulisan saya, dan moga adalah bekalan pahala daripada blog ini buat saya di dalam kubur kelak.allahu. Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog ini. Maaf jika ada banyak kekurangan, senyum.

Friday, September 30, 2016

Seloka STUFFFEST 3.0


saudara saudari hendak kemana tu,
marilah kesini duduk dahulu,
dengarkan ini angan ceritaku.
bentar sahaja ibarat angin berlalu,

Ku kira hampir setahun berlalu,
telah lama dipendam rasa rindu,
akhirnya dikau muncul di depanku,
inilah STUFFFEST yg ditunggu-tunggu.

HS square tempat pertama bertemu,
memori di CAC terpasak di kalbu,
tahun ketiga engkau semakin padu,
kini Convest Hill tempat terbaru.

beraneka juadah pelbagai menu,
tak lupa minuman sesejuk salju,
hampir semuanya ada hatta baju,
kosonglah wallet tak berpenunggu.

sabar saudara jangan bangun dahulu,
ada lagi perkara yg perlu kau tahu,
sambil membeli dengar nasyid dahulu,
kami hidangkan juara IMCW.

lembut tutur indah bicaranya,
akhlak terpuji seiring perwatakannya,
saksikan heliza helmi di hadapan mata,
bual bicara perihal pelajar berniaga.

Tak lupa buat kelab STUFF tercinta,
genap 15 tahun kini telah bernyawa,
sukacita kami ingin meraikannya,
jemput singgah pameran jejak hidupnya.

Jangan lupa tegur viners terkemuka,
juga peluang bersua barisan artis CITRA,
Eh kejap rumah hantu pun ada,
malah cake baking bersama Giatmara.

kini dah tiada modal nk dicerita,
izinkan saya menyusun kata,
jemputlah semua kita meriahkan bersama,
STUFFFEST 3.0 menanti tuan hamba.

hampir sahaja hamba terlupa,
perihal tarikh dan juga masa,
dari tanggal 3 hingga 7 oktober,
bermula 4 ptg hingga 10.30 mlm sahaja

terima kasih tuan luangkan masa,
membaca cita ku yang tidak seberapa,
namun di stufffest nanti harap bersua,
murahkan senyuman kita bermesra.




Thursday, March 24, 2016

Walimah ex-Vp1 StuffIium

 Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Barakallahulakum to my senior, Kak syahirah Shamsul aka Anak Pak Ali and her husband for their beautiful marriage. May allah grants you guys a beautiful journey ahead and keep the bond till jannah.. May your life now will be more colourful with the addition of Bro adli in your family. Feels so happy for you sis! :') 


Bersama Pengantin



Le girls


Pengantin bergambar bersama zauj-zauj pilihan sister uia


  anddd, weouls rombongan budak-budak Stuff dari Gombak sempat menapak ke kawasan tarikan pelancong di sekitar Setiawan dan Manjung. Tapi tak semua, haha.. Okay tiga buah kereta melancong di Telok Batik, 2 buah kereta di Teluk Senangin dan satu lagi lone ranger di Menara condong! Terima kasih semua :)



dinner gais


Antara sunnah nabi yang paling sukar nak buat



Melayari lautan sebeum melayari cinta kita


last sebelum pecut balik ke Uia


Sunday, November 29, 2015

Wedding Ex-Vp2 StuffIium

  Pada tarikh keramat 28 November 2015, menangis syaitan bertempiaran apabila seorang anak adam selamat diijabkabulkan dengan hawanya. Diberi peluang untuk menghadiri walimah kak Nur adlin hanisah atau lebih dikenali sebagai kak Lin merupakan pengalaman yang sesuatu buat saya.Kak Lin adalah mantan vice presiden 2 kelab Student Facilitating Front (STUFF) iium yang saya sertai di kampus UIAM Gombak ini. Kelab ini berdiri tegak dengan asasnya untuk melahirkan fasilitator dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat. Saya mula menyertai kelab ini semenjak semester pertama di sini.Itu pun atas dasar ajakan rakan,tetapi lama kelamaan saya jatuh cinta dengan kelab ini.

   Ok back to story, kisahnya kak lin ni nikah dengan lecturer dia, Dr Yazid Zul. Dan suami kak lin ni bukan calang-calang orang,power orangnya!.bukan ada superpower,erm, no, no...tapi sebenarnya kalau dilihat pada laman facebook milik beliau,sekali dia post berduyun-duyun orang komen dan like. Sebab apa? sebab apa yang Dr tulis dan share tu bermanfaat dan sangat jarang nak jumpa orang yang ada pemikiran seperti dia.haha.. Kak lin pulak memang power,kalau tak takkanlah naik jadi VP kut,jadi memang sepadan lah mereka ini.

   Antara tujuan utama saya mengigihkan diri tulih juga entry kali ini adalah sebab saya tertarik dengan konsep dan cara pembawakkan majlis walimah depa berdua ni. Ada beberapa faktor dan perkara yang ingin saya kongsikan berdasarkan pandangan mata saya yang lemah ini. Pertamanya, tempat yang dipilih untuk mengadakan majlis ini sungguh cantik dan bertepatan dengan matlamatnya. Majlis ini dilangsungkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Kenapa saya katakan masjid adalah tempat yang sesuai? kerana kita nak bina masjid kenelah tengok design masjid yang sedia ada,hahahahambar. okay takpa.
duduk tegak,betulkan kolar.
 Pada pandangan saya masjid adalah antara tempat yang sesuai untuk mengadakan walimah kerana ia dapat memberi kesan secara tidak langsung kepada majlis tersebut. Bila berada di dalam masjid, amat mudah untuk pengantin dan orang ramai mengerjakan solat pabila tiba waktunya. Tak perlu risau jika tiada tempat untuk solat dan tempat wudhuk kerana anda berada di dalam masjid,kemon lah.hoho. Jadi disini salah satu tuntutan utama seorang muslim telah berjaya kita laksanakan dengan mudah.

   Perkara kedua yang saya suka ialah tahap sensitiviti yang tinggi ditonjolkan oleh pihak keluarga pengantin.Kebiasaannya, ketika menghadiri majlis perkahwinan kita akan dihidangkan dengan dua lauk utama yakni masakan berasaskan ayam dan daging. Dan saya tertarik dengan konsep letak 3 jenis lauk teruih, iaitu ayam, ikan dan daging. Sebab ada sesetengah orang takleh makan sesetengah lauk, macam alergik gitu lah. Jadi pada saya ini adalah tindakan yang baik dan wajar dicontohi. Tapi kalau anda takda bajet, tidak mengapalah, ini hanya cadangan sahaja. Iyalah, bukan kita tahu pun setiap yang datang tu ada alergik pada makanan apa,mestilah susah nak puaskan hati semua orang kan,haa.. Maka terpulanglah pada kita yang merancang,ada duit lebih boleh kita jalankan, kalau tiada kita berilah apa yang mampu. Hat yang datang melawat menziarah ni pula janganlah demand pula nak makan ayam masak merahlah,ikan masam manis atau daging salai. Terima sahaja apa yang diberi oleh tuan rumah  kerana itu kan pemberian daripada Allah, tak gitu? haa.. Bab-bab alergik makanan ni kita boleh brain lagi,tapi tak tahulah kalau ada yang alergik dengan manusia,herm.

   Dan yang terakhir sekali ialah rasa bahagia bila semua orang menjaga aurat dan adab di dalam majlis ini. Aurat yang saya maksudkan ialah kebiasaanya ada tetamu wanita yang tidak bertudung atau tetamu lelaki yang berseluar pendek, namun di majlis ini tiada. Dan salah satu faktornya mungkin kerana majlis ini diadakan di masjid, Hebat bukan? bernikah sambil berdakwah,hoho. Ini boleh kita kira sebagai indirect dakwah,Iyelah,kalau dia nak mai dan menyertai majlis yang ada dalam masjid ni, for sure lah kena tutup aurat kan, haa..Tidakkah indah bila kita menjaga aurat kita? allah..

   Menarikya,sewaktu termenung menunggu giliran kami untuk bergambar dengan kedua mempelai tadi saya terbayang suasana dan perasaannya bila kembar saya nikah nanti.luls. Agak-agaknya kalau kami tak kahwin serentak, apa perasaan yang lagi sorang ek,hilang member? haha. Bukan apa, kerana kak lin pun ada kembar juga, tadi saya ada ternampak beliau berjalan kesana-sini melayan tetamu dan sebagainya. Bagaimanakah perasaannya nanti bila tiba masa saya? haha kita tunggu sahajalah,jika dimurahkan rezeki oleh allah untuk sempat membina keluarga sebelum ajal menjemput tiba.Moga-moga kita sempat gembirakan ibubapa kita dengan cucu yang comel belaka, dan sempat sediakan askar pembela agama agar cita-cita ustaziatul alam tercapai.amin.. :)

nah belanja gambar. Lepas walimah melencong ke KLCC kemudian pekena cendol Borhan pastu baru balik Uia.hee

trademark bergambar stuff,luls

singgah taman KLCC sat

barakallah kak lin dan Dr yazid