Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, October 09, 2017

Kasihan Si Pensyarah



Kasihan si pensyarah,

Berdiri dia menahan lelah,

Tenang dan lancar menutur madah,

Berharap sampai segala hikmah.

Namun tidak si penuntut ilmu,

Wajahnya tekun manatap buku,

Tetapi dikhianati matanya itu,

telefon pintar selesa diatas buku.

Pensyarah masih gigih menerangkan,

Penuntut ilmu leka bersama teman-teman,

Pensyarah  sedar dia diendahkn,

Pahit itu biarlah dia telan.

Tamatlah sudah satu jam setengah,

Ke kamar lemah pensyarah melangkah,

Sedang penuntut ilmu masih berdekah,

Kasihan pensyarah

Tuesday, June 07, 2016

Di Bawah Langit Gelap Kuala Lumpur

Di bawah langit gelap kuala lumpur,
Menari rancak pepohon pinang,
Dibadai angin yang bertiup kencang.

Di bawah langit gelap,
Lelaki bertuksedo berlari liar,
Mencari teduhan mengelak basahan.

Di bawah langit gelap,
Si pengemis kudung gagah menggenggam cawan,
Mengharap rezeki tuhan dari sekalian insan.

Di bawah langit gelap,
Pemuda-pemudi tersengih bergelak sakan,
Entah apa yang menjadi bahan.

Di bawah langit gelap,
Perajurit tua menghela pandangan,
Menikmati indah hasil kemerdekaan.

Di bawah langit gelap,
Puluhan pencakar langit menggapai awan,
Bergemerlapan di dilindungi suram langit.

Di bawah langit gelap Kuala Lumpur,
Persona enak dibuai angin dingin lrt,
Dalam perjalanan berjumpa ayah bonda,
Menunggu ramadhan yang bakal tiba,
Dengan harapan ditemukan jua.


Salam ramadhan 1437 H. Ramadhan kareem wallahu akram.

5.00 petang 3 JUN 2016 Lrt Gombak-Kl sentral

Friday, May 06, 2016

taubat


Mata bundar itu merenung langit gelap,
Sama macam hatinya yang kini senyap,
Diam dari menutur nama Tuhan yg bersifat takkan lenyap,
Mata bundar itu menangis tersembap,
Pinta doa dimakbul pada waktu mustajab,
Agar tubuh tidak dibakar api yang gelap,
Bila sampai saat menghadap 
KAhfi guys~ kemon2

Tuesday, October 20, 2015

menangis


Dia menangis,

teruk,

Seumur hidupnya ini kali pertama dia menangis,

tangisan yang bersungguh-sungguh dan mendalam,

helaian-helaian kertas menadah curahan air matanya,

sehingga kertas itu semakin lembut hari demi hari,

semuanya nampak berpinar,berpusing-pusing,

huruf-huruf itu seolah-olah bergerak-gerak mentertawakannya,


Tolong lah ya allah,

aku , aku, aku,

aku jahil,hina,bodoh,sombong!

selama ini aku selalu ingkar dan buat tak endah,

tapi kali ini aku benar-benar nak,

aku mahu berubah


tangannya menggigil,gigi mengetap menahan esak,

badannya terhincut-terhincut menahan sendu,

dia termenung lama,

merenung kalimah-kalimah Tuhannya,

hatinya merintih agar dipermudahkan.


Lidah yang keras dan kaku itu dipaksa,

22 tahun jarang sekali melantun kalimah-kalimah dari langit di bibirnya,

tapi dia tidak lelah mencuba,

memaksa diri merangkak menyebut satu demi satu huruf tersebut,

biarlah al-quran ini menjadi saksi mujahadahnya,

menjadi saksi peritnya dia berusaha,

menjadi saksi kembalinya seorang hamba,

menjadi teman di tempat persemadiannya,

menjadi hujah di hadapan tuhannya.



Allah,aku ingin pulang,

aku ingin membaca kalam-kalam mu dengan lancang,

baru aku merasa tenang,

menyedari erti hidup sebagai hamba kepada Yang Maha Penyayang.

Tuesday, June 02, 2015

The Guy




Bila ada masalah atau runsing aku suka tengok langit,
sebab pada langit ada jutaan cerita,yang selalu membawa aku hanyut memikirkan realiti dunia.

Kita selalu lupa bahawa tuhan itu ada,
sering kita berlagak gamaknya dunia ini kita yang punya,
hingga selalu melangkah mendabik dada,
berbekalkan saham muka dan pointer empat rata.

Tapi apa yang kita jarang ambik pandang,
bila tiba satu masa kita rebah dan tumbang,
saat itu walau seluruh dunia menyumbang,
sakit dan pedihnya tetap tak hilang.

Dan bila kita sedar hakikat yang sebenar,
berbondong-bondong hamba menghadap pemilik an-Narr,
merangkak hina mohon dibawa kejalan yang benar,
berharap azab jahanam tidak ditemui agar.

Syukurlah jika waktu itu pintu kemaafan masih terbuka,
tapi bila nyawa sudah di kerongkong cuma,
bila dunia hingar kerna bingitnya sangkakala,
sedarlah bahawa kita telah binasa.

Taubat yang diharapkan berkecai,
jasad yang dihuni akan bersepai,
tika itu baru di akal tercapai,
bahawa aku hamba yang gagal.

Namun Tuhan sentiasa ada,
Dia tidak lupa dan tidak leka,
menjaga hambanya walau dibalas derhaka,
kasihnya pencipta pada si hamba yang hina.

Beruntungkan kita?
siapa sangka seorang pembunuh boleh jadi ahli ibadah,
siapa sangka seorang pelacur boleh jadi hafizah,
siapa sangka kita juga boleh berubah?

Tuhan itu maha Pemurah,
Dia takkan biar hambanya berjalan tanpa arah,
berhenti berbuih kata nak tunggu mak cik hidayah,
tapi berusahalah agar tidak kalah,
berhentilah manis di bibir,pandai bermain lidah,
kerna perjalanan kita tak  mudah,
moga dapat bertemu di syurga nan indah,
melepak di bawah pohon-pohon rendah,
sambil menghirup minuman kafur tak sudah.

Tuesday, March 24, 2015

Geram saya tengok (GST)

GST,GST,GST,,

Tak habis -habis dok cakap pasal GST,
Apa nak kisah,kau kan student,
apa kaitan student dengan gst?

Dari kau dok sibuk sembang pasal gst,
nak guling sana-sini,
demo sana-sini,turun jalan buat kecoh,
baik kau risaukan CGPA engkau tu dik.

Duit kau belajar tu semua duit rakyat,
dari kau darjah satu sampailah masuk uni,
kau tak reti nak bersyukur apa?

Tu highway simpang-siur,
duit rakyat jugak,engkau tahu apa?
Gst membantu pertumbuhan negara,
kau tak dengar Sofi jikan cakap ke?

Orang suruh masuk universiti supaya keluar nanti kau boleh pimpin negara,
kami nak didik kau jadi orang yang berjaya,
yang kau dok terkinja-kinja berdemo bagai apahal?
ada kami ajar begitu di universiti?

Sudahlah dik,
kau buat semua benda ni sia-sia je,
kang silap hari bulan biasiswa kau kena tarik,
tahu pulak nak melalak sana-sini

Dah pergi,
duduk diam-diam dalam kuliah,
keluar nanti ganti tempat pak menteri,
dan teruskan cycle bodoh ini tanpa henti.


apa yang anda perlu tahu tentang gst,jangan baca.

apa itu gst
Gst dan kesannya pada kita

Tuesday, July 15, 2014

Siapa?! Oh Gaza lagi








Bumi itu sekali lagi bermandi darah,

lembap dek kerna air mata yang mencurah,

yang tidak pernah kalah menahan perih,

kerana memikul tanggungjawab ummah,



Bumi itu penduduknya tidak pernah kenal erti kalah,

tidak pernah kenal erti penat dan lelah,

kerna bagi mereka ini hanya mehnah,

sebelum di syurga kelak melepas lelah.



Hati mereka telah terikat pada Tuhan-Nya,

badan mereka telah diinfaq diatas jalan-Nya,

letusan senjata dirasa sekelumit hanya,

jika dibanding perasaan cinta pada-Nya.




Itu kisah mereka,

Gaza yang tidak pernah leka,

bagaimana kita?,

yang terus lena dibuai dunia.



Dimana pembela-pembela ummah,

yang sekian lama bersembunyi disebalik rumah,

dimana pencanang-pencanang kebangkitan ummah,

yang selama ini hanya bersuara di khutbah,



hakikatnya ummat ini lemah tidak berdaya,

hanya pandai berkata tidak menggaya,

sambil diri terus dimakan usia,

kelak menghadap Tuhan yang esa.




Maka bangkitlah wahai ummah!,maju berlari,

kerana kita penyambung tugas nabi,

menyeru manusia mentauhidkan sang ilahi,

sebelum disoal di mahsyar nanti.


10.08 am,15/7/2014
UIAM
#operasibadar
#bukuconteng