Pagi mendung dingin
mengiringi perjalanan saya ke pejabat pada hari ini. Sebelum ini saya hanya
memandu kereta untuk pergi dan pulang dari pejabat. Tetapi harini ini sahaja nak
cuba menggunakan pengangkutan awam. Persiapan awal telah saya selesai saya
lakukan, dengan mengambil kira anggaran masa dan perbelanjaan tiket. Jam 6.30
meluncur meninggalkan UIAM Gombak dan tiba di stesen LRT Gombak jam 6.45.
Alhamdulillah sampai-sampai sahaja dah ada train menunggu. Pada saya kekerapan
perjalanan LRT amat memuaskan kerna kita tidak perlu tunggu lama. Jam 7.15
minit pagi saya selamat tiba di Stesen KL Sentral. Namun ada sesuatu yang
menarik perhatian saya ketika berada di dalam gerabak KTM tadi. Memang diakui
saya sejenis manusia yang suka memerhati dan tidak terkecuali menjustifikasikan
orang..ok ini tabiat kurang baik. Di dalam pemerhatian saya sepanjang
perjalanan tadi, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Suasana. Ya suasana
di dalam gerabak itu sendiri. Normalnya, setiap orang akan menghabiskan masa
mereka dengan bermain dengan telefon pintar mereka. Ada yang bermain permainan
video, menonton video dan tidak kurang juga yang mengemas kini status di laman sosial.
Satu yang menarik pemerhatian saya ialah tiga daripada 8 orang yang sedang
menggunakan telefon bimbit mereka sedang merenung telefon mereka seakan-akan
tembus hingga ke lantai. Bibir mereka terkumat-kamit dan sesekali kening
berkerut( tersilap la tu). Tenang dan damai. Entah tidak tahu mengapa begitu
terasa di jiwa pabila melihat tiga orang itu. Lamunan tersentak pabila terlihat
tangan sendiri. Alangkah lucunya, setiap insan di dalam gerabak ini diberi masa
yang sama. Dan tiga orang insan disekeliling saya telah menggunakannya dengan
sebaiknya. Perlahan screen lock dinyahaktif dengan swioe up dan perisian
Al-quran dicari. BOOM! Telefon mati. Dah meragam balik dah dia.. Jam 7.45 saya
selamat sampai di stesen kereta api Kg Dato Harun. Sambil kaki melangkah 1.8 KM
menuju pejabat, hati menelan scebis pahit cemburu, cemburu mereka yang
menggunakan masa sebaiknya. Selamat bekerja, semua.
KAhFi guys~
Kemon2
No comments:
Post a Comment