Assalamualaikum wbt. Sudah terlalu lama saya tidak menulis.
Mungkin salah satu sebabnya kerana sekarang saya sedang menjalani latihan
praktikal. Justeru masa yang ada sangat terhad,yakni malam hari sahaja yang
lapang. Itupun terkadang perasaan malas sangat menebal (maafkan saya) hingga
tidak terkarang-karang entri baharu. Okay, berbalik kepada tajuk asal entri.
Sememangnya entri kali ini ingin saya dedikasikan untuk berkongsi kerja-kerja
dan aktiviti seharian saya di dalam latihan industri ini.
Saya memulakan latihan industri (lebih selesa dipanggil
intern) kira-kira sebulan yang lalu, yakni pada tanggal 13 jun 2017. Dan minggu
lepas genaplah sebulan tempoh internship saya. Disepanjang tempoh ini pelbagai
perkara telah saya pelajari baik secara formal, informal dan juga secara
dibawah tidak sedar. Jadi, saya akan huraikan mengikut susunan minggu pertama
hingga minggu keempat,inshallah.
Minggu Pertama
Minggu pertama sejujurnya memang takda buat apa-apa kerja.
Orang kata datang berlenggang sahaja. Memerhati sekeliling kawasan pejabat dan
berlagak sibuk dengan menatap skrin komputer riba.gelak. Bukannya saya tidak
minta, bila diminta kerja daripada supervisor saya, katanya duduk dahulu nanti
saya datang bagi kerja. Wah,,.. kesudahannya dari jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang saya duduk sahaja. Maklumlah, ketika ini masih di bulan Ramadhan jadi
waktu pejabat dipotong dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang kepada 4.30
petang. Kesudahannya, minggu pertama tamat dengan berjayanya.
Minggu Kedua
Umum telah maklum, minggu ini adalah minggu terakhir bulan
Ramadhan dan hari raya Aidilfitri akan disambut pada hujung minggu kelak. Oleh
sebab itu, kebanyakan staff telah mengambil cuti seawal hari rabu lagi.
Memasuki minggu kedua disini, saya telah mula diberi kepercayaan untuk mengemas
kini tracker bill of quantities dan dibawa melihat salah satu antenna pole site
di Flat Impian Baiduri, Petaling jaya. Berada di site, saya diperkenalkan dan
diberi penerangan tentang komponen-komponen dan sistem yang digunakan di dalam
teknologi Wimax dan LTE oleh Huawei dan ZTE. Kedua-dua syarikat yang berasal
dari Tanah besar China ini memanipulasi pembekalan peranti buat sistem jaringan
komunikasi tanpa wayar di Asia dan Malaysia secara khususnya. Ini kerana ia
boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan boleh dipercayai prestasinya.
Buat yang tidak mengetahui, secara mudahnya LTE dan WIMAX adalah dua standard
operasi yang diperkenalkan untuk sistem komunikasi tanpa wayar. Namun kini
lebih banyak syarikat menggunakan LTE (LONG TERM EVOLUTION) berbanding WIMAX (Worldwide
Interoperability for Microwave Access).Ini kerana mereka memerlukan
spesifikasi yang tinggi bagi menampung sitem 4G dan 5G yang dijangka akan mula
beroperasi dalam 5-6 tahun akan datang.
Minggu ketiga
Minggu ini merupakan minggu pertama di bulan syawal dan
hampir 90 peratus staff bercuti. Hanya beberapa orang sahaja yang hadir seperti
Chia dan Saravanan. Walaupun mereka masuk kerja, kesemua operasi telah
dihentikan buat sementara waktu kerana semua syarikat dan pihak lain juga
bercuti. Kami selaku pelatih disini diberi pilihan sama ada untuk bercuti atau
bekerja. Jika kami memilih untuk bercuti, elaun kami akan dipotong mengikut
bilangan cuti tersebut. Kesudahannya, buat cuti sendiri, allahu jangan tiru.hahaha
Minggu keempat
Inilah minggu yang paling sibuk sepanjang saya berada
disini. Saya dan rakan pelatih, Mohsien ditugaskan untuk berada di dalam team
proposal bagi membida projek dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia
Malaysia. Projek ini merupakan rancangan SKMM bagi meluaskan jaringan hubungan
di Malaysia bagi tempat-tempat yang terpencil serta bagi menambah baik capaian
komunikasi di kawasan sedia ada. Terdapat 150 pencawang atau Menara
telekomunikasi yang dirancang untuk dibina dengan setiap daripadanya dipecahkan
kepada dalam 1 cluster. Sebagai contoh, di negeri Sembilan ada 9 buah Menara
telekomunikasi yang diletakkan sebagai cluster 5.
Saya telah ditugaskan untuk
menyediakn technical proposal bagi cluster 6 dan cluster 7, kedua-duanya adalah
kawasan di dalam negeri Pahang. Technical proposal tidak mempunyai satu
standard yang mutlak atau perlu dipatuhi oleh semua syarikat. Kesemua
kontraktor ataupun syarikat yang ingin memenangi tender pembinaan Menara
komunikasi ini bebas untuk mempersembahkan data dan hasil dapatan kajian mereka
di dalam technical proposal tersebut. Baiklah saya akan terangkan sedikit
tentang isi kandungan sesebuah technical proposal.
contoh cover page technical proposal |
Pertamanya, setiap satu cluster akan mempunyai executive summary. Executive summary merupakan penerangan secara jelas dan ringkas tentang keupayaan menara yang dibina, posisi-posisi mereka serta jarak kawasan capaian yang dapat diliputi. Bahasa mudahnya, sebesar mana coverage yang dapat disediakan. Kemudiannya diikuti dengan summary of financial proposal. Summary of financial proposal mengandungi kesemua perbelanjaan dalam membina sesebuah menara telekomunikasi tersebut. Ini termasuk kos pengangkutan bagi membawa bahan-bahan pembinaan seperti lokasi di atas pulau yang memerlukan kapal atau bot. Selain daripada itu, kos bagi membayar sub-kontraktor juga diselitkan sekali.
Bermula daripada jam 3 petang pada hari ahad yang damai,
kami mula menyediakan dan melengkapkan kesemua cluster yang ada. Akhirnya
setelah berpenat Lelah dan bersnegakang mata hingga jam 5 pagi di pagi isnin,
kami pulang ke rumah masing-masing. Sesungguhnya ini antara pengalaman pertama
dan luar biasa bagi saya, haha..
Kesimpulannya, bulan pertama internship di Konsortium Jaya
Sdn Bhd dihiasi dengan duduk termenung dan kerja berlonggokan secara tiba-tiba.
Tetapi disini, banyak perkara boleh saya belajar meski graf pembelajarannya
boleh dikatakan perlahan. Inshallah, lebih banyak lagi akan diterokai pada 2 bulan
yang akan datang, doakan !. Adios
No comments:
Post a Comment