Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Teji Abu Senangkar (TAS) Epilogue


  Pagi dingin 13 Jun 2016 ditemani suara-suara hamba dhaif membaca kalam-kalam Tuhannya. Usai solat subuh secara berjemaah, aktiviti pagi kami diisi dengan majlis khatam al-quran. Sepanjang berada disini setiap adik-beradik angkat telah diberikan portion tadarus untuk mereka habiskan sebelum majlis pagi ini. Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia ini dapat kami meriahkan ia dengan bacaan al-quran hampir setiap hari. Walaupun misi peribadi saya dengan al-quran agak terbantut sepanjang berada disini, inshallah akan di cover semula sebaik sahaja habis program disini. Majlis pagi ini diketuai oleh Lutfi dan tamat kira-kira jam 7 pagi. Hebatnya anugerah Allah di bulan yang mulia ini adalah sesuatu amal itu boleh dilipat gandakan pahalanya daripada gandaan satu hingga ke tujuh ratus! allahu bertapa pemurahnya dan sayangnya allah pada kita. Semoga ramadhan yang berbaki beberapa hari ini dapat kita isi dengan sebaiknya. Tika entri ini ditulis dah masuk 23 ramadhan tak silap saya.



Ziarah Wida'

   Tepat jam 9 pagi kami semua mula bergerak ke rumah keluarga angkat masing-masing. Terdahulu kami diberikan bermacam barangan berupa makanan, pakaian dan alatan mandi daripada team welfare. Barang-barang ini akan diagihkan kepada setiap isi rumah. Semua pemberian ini bukan bermakna penduduk disini tidak mampu dan memerlukannya, bahkan mereka mampu mendapatkannya sendiri. Namun segala sumbangan ini adalah lebih kepada untuk meringankan beban mereka dan sebagai hadiah tanda terima kasih atas kesudian mereka menerima kedatangan kami. Walaupun hanya seminggu bergaul dan menjalani hidup disini, perasaan untuk berpisah dengan mereka pergi terasa berat di dada. Melepaskanmu, bukan mudah baiku untuk melakukan semua ini. Di rumah kak Liza sahaja sejam kami berborak sakan. Alhamdulillah amek khamisah lepak bersama kat rumah kak liza, dah jimat masa dan tenaga tak perlu pergi dua rumah sekaligus. Ada juga kami cuba galakkan kak Liza bekerja. Rugi jika skill menjahitnya tak dimanfaatkan sebaiknya. Abang Azizam juga harapnya selepas ini diberi kekuatan untuk bekerja kerana sumber kewangan mereka adalah dari duit pencen arwah aber dan gaji amek Maimun di ladang. Apa salahnya cari duit lebih kan?.  Inshaalah moga allah mudahkan apa sahaja yang mereka lakukan.


   Dua jam yang diperuntukkan untuk sesi ziarah wida' kami tamatkan dengan menyantuni amek Duya dan kakaknya. Selesai di rumah kak Liza, terus kami ke rumah amek Duya. Puaslah bagi salam tak berbalas, siap check rumah. Rupa-rupanya amek Duya lepak di rumah adik-beradiknya, amek Suhaila dan amek Aida. Tapi rumah mereka bersebelahan sahaja tiadalah jauh kami berjalan nak mencarinya,haha.. Amek kata sejam dia tunggu lama sangat anak-anak dia ni, itu yang dia angkat kaki ke rumah sebelah. Alahai amek ni, comellah merajuk.. Budak-budak semuanya tiada sebab cuti sekolah dah habis. Makanya tinggallah amek-amek dan kami sahaja bersembang sakan.

   Riuh-rendah rumah amek Suhaila sebab ada hampir 10 orang anak-anak UIA melepak bersama. Entah macam mana sampai termasuk topik pertemuan pertama kali amek dan aber pun saya tak tahu. Tersipu-sipu malu amek bercerita. Bahagia. Itulah saya kira perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan tika itu. Inshaallah syawal nanti cuba kami usahakan untuk kesini lagi ye amek, hiks.

Titik tolak

   Sungguh ramadhan di bumi Cameron kali ini akan saya jadikan titik-tolak untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Kesanggupan menyertai program-program sebegini bukan lagi atas dasar mencari pengalaman mahupun sebagai satu persiaran. Namun saya sedar ia adalah amanah, dan tanggungjawab kita untuk berkongsi rahsia dan nikmatnya hidup dalam dakapan islam. Sinar islam di Teji, Abu dan Senangkar semakin gemerlap dan menampakkan cahayanya. Bermula daripada percikan kecil hasil sentuhan para da'i terdahulu, kini ia semakin terang dan kukuh di hati penghuni bumi bertuah ini. Moga sinar ini juga singgah dan menyalakan hati-hati kami yang sering lalai dan lupa tujuan penciptaan diri ini. Sayonara Teji, Abu dan Senangkar. senyum.


habis ~ yeayy!
hayati sunrise gayanya
Fahim perform



LINKS
TAS I
TAS II
TAS III

Tuesday, May 17, 2016

Ramadhan 00

  

   Kurang 30 hari sahaja lagi sebelum kita bersua dengan bulan ramadhan. Pantas, sungguh pantas masa berlalu. Terasa seperti baru sahaja melalui bulan tarbiyyah penuh rahmah itu.. Bulan ramadhan sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Suasananya, perasaannya, suhunya.. boleh ke? Berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Jadi, disebabkan tengah free acah-acah sekarang ni sebelum final exam, nak kongsi lah dengan anda semua tentang persiapan dan persediaan yang biasa saya buat sebelum masuk ke bulan ramadhan.

   Tujuan saya bukanlah nak berlagak pandai mahupun menunjuk-nunjuk, tapi apa salahnya kita kongsi benda yang baik kan?.senyum. Jadi, kebanyakkan yang akan saya kongsi sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman, bacaan dan gesaan dari naqib saya sendiri. Tak banyak pun, adalah cukup sekadar bacaan dan amalan ringan buat anda. Kalau korang ada komen atau cadangan ke, habaq mai ah kat comment bawah tu,haha..

Sama-Sama kita meriahkan dan manfaatkan bulan indah ini.senyum lebar.

1. Puasa Ganti

   Perkara pertama kebiasaannya yang kita dengar sebelum menjelangnya bulan ramadhan adalah mengganti puasa bagi mana-mana insan yang tidak lengkap puasanya. Disini bukanlah hanya terarah pada kaum hawa sahaja, namun kepada kaum adam juga. Mustahil la semua lelaki atas dunia ini puasa penuh, mesti ada juga yang tidak lengkap. Contohnya yang melakukan kerja-kerja berat sehingga memaksa mereka berbuka puasa, atau mungkin juga yang tidak mampu kerana sakit dan lain-lain. Dan harapnya bukan sebab ponteng saja-saja. Seeloknya bermula daripada bulan Rejab lagi kita telah mula berpuasa untuk melatih diri. Bukan apa, takut-takut nanti culture shock perut ni bila masuk ke bulan ramadhan. Mana taknya, setiap hari diisi dengan pelbagai makanan dan minuman, tiba-tiba kena tahan pula seharian. haa mana tak terkejut perut tu? perut pun boleh terkejut tau!haha

2. Pasang Niat

   Berdasarkan hadis pertama daripada hadis 40 imam nawawi, ia menyentuh tentang kepentingan niat. Betapa niat ini memainkan peranan yang sangat penting dalam segala sesuatu perbuatan kita di atas dunia ini. Boleh jadi jika berbuat kebaikkan tetapi jauh di sudut hati niat kita adalah untuk menunjuk-nunjuk, maka pahala daripada amal itu tidak allah berikan kepada kita. Lebih sedih jika ia menyumbang kepada saham dosa kita pula. Naudzbillah. Perkara yang molek untuk kita lakukan ialah pada bulan syaban ini terus kita niatkan untuk apa dan apa yang kita ingin capai pada bulan ramadhan kali ini. Sebagai contoh, kita niatkan segala amal kita pada bulan ramadhan nanti hanya untuk memuaskan dan melunaskan rasa kecintaan kita kepada allah swt. Tambah pula kita tetapkan target atau sasaran tertentu untuk dicapai dalam bulan ramadhan kelak. Target yang saya maksudkan adalah seperti target nak khatam quran 2 kali sepanjang bulan ramadhan, atau boleh juga hendak solat terawih berjemaah cukup sebulan. Inshallah, bila kita dah ada niat, dah tentukan sasaran tertentu, kita takkan mudah terleka atau orang kata syok sendiri dalam melalui bulan ramadhan kelak.

3. Mutabaah amal

   Mutabaah amal yang saya maksudkan disini adalah jadual amalan seharian kita. Pelaksanaannya mudah, tetapi memerlukan disiplin yang sangat tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.hiks. Mutabaah amal ini sangat mudah untuk dibuat, dan ia fleksible. Makna kata ia berubah mengikut kemampuan dan target seseorang insan itu sendiri. Tidak semua orang mampu untuk melakukan atau mencapai target yang sama melainkan mereka adalah dari kelompok yang sama. Golongan ulama dalam kelasnya tersendiri, asatizah dalam kelasnya tersendiri, begitu juga dengan orang awam dan juga golongan muallaf. Tidak adil jika letakkan muallaf bersama dengan para alim ulama dalam kelas yang sama. Jenis dan jumlah amal kita mungkin berbeza, tetapi semuanya menuju kepada entiti yang sama. Tuhan yang sama. Disini saya sertakan contoh mutabaah amal yang pernah saya dan sahabat-sahabat saya gunakan. sini

4. Sepersalinan pakaian khusus

   Mungkin tidak ramai yang sedar dengan perkara ini mahupun yang betul-betul mempraktikkannya, tapi pada saya ia berhasil dan berbaloi untuk dicuba.senyum. Menyediakan sepersalinan pakaian khas untuk beribadah pada bulan ramadhan sebenarnya mampu membantu anda mewujudkan suasana atau biah untuk beramal. Sebagai contoh, saya sendiri mempunyai sehelai jubah berwarna putih yang saya khaskan hanya untuk solat-solat malam. Kerana apa? kerana bila kita jadikan ia esklusif, kita hanya akan dapat merasai nikmatnya bila kita berusaha untuk melakukannya. Jika saya tidak bangun untuk solat malam, maka saya tidak dapat peluang untuk menggayakan jubah tersebut. Begitu juga dengan mengkhususkan sejenis minyak wangi sahaja hanya untuk tujuan beribadah. Serius weyh, bila tercium haruman minyak wangi itu sahaja terus teringat rutin yang perlu dilakukan kalau nak pakai minyak wangi tersebut. Kesan dia sampaikan bila diluar bulan ramadhan saya terhidu bau haruman tersebut, automatik saya akan teringat momen-momen saya beramal dengan bertemankan haruman tersebut. Secara tidak langsung ia mengingatkan saya tentang amal-amal yang mungkin saya telah lupa atau tidak amalkan selepas bulan ramadhan berakhir. Menarik bukan ? betapa perkara-perkara yang kecil ini juga sebenarnya mampu bertindak sebagai peringatan kepada kita. Jadi cubalah!. Sediakan sepersalinan pakaian khas untuk beribadah ketika bulan ramadhan ini atau mungkin juga minyak wangi khas. Sejadah pun boleh~

5. Banyakkan bersedekah

   Infaq atau pun sedekah merupakan salah satu amalan yang mulia dan dipandang tinggi disisi allah swt. Seperti mana yang kita sedia maklum, ada 3 perkara yang apabila mati seseorang anak adam, tidak akan terputus pahala daripada ketiga-tiga perkara ini masuk kepada akaun pahala si mati. Tiga perkara tersebut ialah doa anak soleh kepada ibu bapanya, ilmu yang bermanafaat, dan yang terakhir sekali ialah sedekah jariah ataupun infaq. Tak dinafikan ramai daripada kita yang amat takut dan rau-ragu untuk bersedekah, kerana apa? kerana kita diganggu oleh bisikan-bisikan syaitan yang tegar mengatakan kita akan miskin jika kita bersedekah. Lihat saja pada surah al-baqarah ayat 268, "Syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurnianya. Dan (ingatlah) Allah maha luas limpah rahmatnya lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya." Jelas disini bahwa dengan bersedekah Allah akan membalas ia dengan sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan. Boleh jadi Allah balas dlaam bentuk kewangan, kelapangan hidup, ketenangan dalam masa kegawatan atau mungkin juga dengan perlepasan dari api neraka di alam barzakh kelak.


   Apa-apa pun yang saya kongsikan disini hanyalah cadangan dan unjuran sahaja berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dan tidak semestinya ia berfungsi ke atas semua orang. Jika ia berkesan pada saya, apa yang mampu saya lakukan hanya berkongsi dengan orang lain tentang keberkesanannya tetapi tidak wajar untuk saya katakan ia wajib dan akan berhasil pada anda juga. Ambillah mana yang sesuai dengan diri anda, atau mungkin anda boleh lakukan penambahbaikkan daripada apa yang telah tersedia disini. Dah improvised nanti, kongsi-kongsi lah juga ek? hahaha..
Moga-moga allah sampaikan kita dengan bulan ramadhan pada tahun ini, moga allah izinkan kita bersua dengan ramadhan 2016 dan allah izinkan kita manfaatkan ia dengan sepenuhnya. Selamat membuat persediaan dan selamat menyambut bulan ramadhan! kisah apa wish awal sangat,haha

Thursday, July 16, 2015

Antara Hari ini dan Semalam

 


   Peluh kecil mula meniti di wajah Aiman.Tahun ni dengan terhormatnya dia dapat marching order dari abah untuk gosok baju raya.Bukan baju dia sorang,tapi satu angkatan family encik Khidir.pasrah ajelah.Sesi menggosok diisi dengan sesi menggelamun.merenung semula semua yang telah dilalui sepanjang 29 hari berpuasa.Bermacam cerita dan memori.
   Semalam scroll feed twitter dia terbaca tweet yang sangat deep.mungkin tak pada semua orang,tapi pada dia tweet tu memang tepat kena kat dia.


"Kenapa kita rasa puasa sekejap je? tup tup dah nak habis ramadhan".

sebab kita puasa tak terfikir nak raya


Allah.Sunguh hati rasa sayu bila baca.tapi kadang aku pun keliru,ramadhan tahun ni rasa cepat sebab sibuk beribadah atau sebab sibuk study.Baru minggu lepas habis pro exam.Sejak dah melangkah ke tahun tiga dentistry,hidup dah mula hectic.Nampaklah gayanya macam mana bila kerja nanti.Seluar melayu maroon digosok rapi.Perfections.
sengih.

"Man.apa target tahun ni?"ujar Iecad berbasa basi sebulan yang lalu.
"Herm tahun ni ea,terawih cukup kut.lagipun dah alang-alang duduk kat kampus ni,senang sikit.Kalau kat rumah tu,berat sikit,haha"
tawa dibalas tawa.
"Kau tahu Man,aku rasa tahun ni aku nak all out lah.sebab rasa macam ni ramadhan terakhir aku."
senafas iecad menutur sambil pandangan dibuang jauh ke tengah padang.Budak-budak medic ligan menggelecek bola.Medic vs Dentisry.

"Kau asal random sangat ni? lol" senyum plastik ditampal.
"cana nak cakap ea?hermm...sejak dah cecah umur 22 ni,aku dah pandang serius bab-bab ibadah,umur dan future life semua weh.yelah, bila kau tengok kawan-kawan sekeliling kau yang dulu sama-sama makan maggi,yang dulu dok gila-gila ada yang dah kahwin,ada yang dah kerja...diam sejenak.ada jugak yang dah pergi tinggalkan dunia ni man.So pada aku peluang ramadhan ni memang kena seize to the fullest lah.Kau tak rasa macam tu?

Manusia.Bilamana keadaan sekelilingnya mula berubah,dia juga akan turut serta berubah.Sama macam kalau kita duduk dalam comfort zone,jika tiba-tiba comfort zone tu diusik,pasti kita pantas nak tackle punca tu.Tipulah kalau nak kata aku pun tak terasa dengan changes yang berlaku di sekeliling aku.Ada kawan yang dah kahwin,ada jugak yang tak sambung belajar sebab nak tolong famili.Hidup ni susah.tak semua orang ada rezeki dan peluang nak sambung study.Ada yang dihantar study di universiti,tapi memberontak..Malam melepak di mamak sampai 2-3 pagi.Rokok,vape dan terkadang gam pun dia layan.Esoknya datang kelas dengan keadaan mamai dan mengantuk.Kufur nikmat.Tapi ada jugak yang teringin nak sambung belajar,nak ubah hidup.Tapi kewangan tak mengizinkan.Mak dan abah nak guna duit,adik nak bayar yuran sekolah,belanja dapur lagi..
Syukur sebab selama aku hidup ni semua dalam hidup aku cukup.Bukan nak kata mak dan abah kaya,tapi pada aku semuanya cukup.Keperluan sekolah,makan minum dan pakaian semua ada.Biarlah tak branded,tapi ada.Syukur jugak sejak usia 17 tahun aku mula kenal tuhan dan solat penuh.Sebelum tu memang solat pandang sebelah mata je.Quran pun hari khamis bukaklah.baca yassin.Tapi sekarang aku dah bukan yang macam tu.Semuanya bermula dengan ramadhan.Ramadhan tahun aku SPM tu lah yang jadi turning point hidup.

"Woih apa senyap je? jangan biar aku hang up macam ni.kejam bruh~"
Tersentak dari lamunan.Senyum kelat.

"lol,sori cad,gelamun.pada akulah en,standard lah bila kita mula terpikir semua tu.Aku bila fikir pasal semua benda ni,kadang fikir pasal kahwin pun cuak.Mampu ke nak jaga anak orang,bukan setakat nak jaga dia,mak ngan pak mertua kena jaga jugak,hati adik-beradik dia,pastu tak lupa famili kita sendiri,haha.Sebab tu pada aku ramadhan ni ajor kita macam mana nak manage hidup kita.Analoginya macam waktu kita puasa ni kena ikat perut jaga semua bagai tu kan,aku rasa tak mustahil nanti ada saat dalam hidup kita maybe kita kena lalui semua benda tu.hahaha,apa macam jauh sangat aku menyimpang nih,hahaha".

"Kan,itulah tu.ramadhan penuh erti bak ang.Gila random sembang petang ni."

Dialog aiman dan iecad dimain perlahan sambil tangan masih cekap menggosok baju kurung.Kali ni baju raya mak.Alhamdulillah target tahun ni tercapai.Terawih full 29 days berjemaah tak missed.Mungkin sebab otak dah set nak capai target ni lah buat tak teringat sangat nak raya tu.Tapi raya tetap raya,haha

"Angah ada surat,,kad raya kut"laung mimi dari tingkat bawah.
"Perempuan ni,dia tulis dari miss mac beth merah,wuuuuuuu~siapa ni angah?"
hilai tawa budak SPM dah naik satu oktaf,baju kurung mak dah selamat terbiar.
"bak sinii,,,jangan bukak!!...berdesup aiman bukak langkah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah,
"Man soma ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqadama min zanbihi,"
Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang telah mendahuluinya dari dosa-dosanya."


sekian.

Salam aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini.Segala salah dan silap harap dimaafkan,dan dihalalkan apa yang haram dan kurang.Moga segala amal kita sepanjang bulan ramadhan diterima oleh allah s.w.t.Sedih,madrasah ramadhan telah berlalu pergi,moga dikurniakan usia yang panjang untuk berjumpa lagi pada ramadhan hadapan.Taqaballahu minna wa minkum.





Sunday, June 14, 2015

Ramadhan Tiba

   Ramadhan tiba.ramadhan tiba,ramadhan tiba~

Gamba tahun 2010,kasi can lah..

   Suara nyaring dan ceria Opick memecah kesunyian Felda Serting tatkala langit petang beransur-ansur bertukar merah keemasan.Syahdu.tenang.Itulah yang dapat saya gambarkan perasaan yang ada di dalam hati.Sungguh,ini ramadhan yang benar-benar membekas di hati.17 tahun bernafas di muka bumi,16 ramadhan telah dilalui.Tapi yang ini,betul-betul berbeza.Orang kata "ramadhan ada ummpph",haha..Buat pertama kali dalam hidup,saya rasa inilah ramadhan yang paling bernilai dalam hidup saya.

   Tanggal 1 Ramadhan disambut meriah diseluruh dunia.Umat islam berseri-seri wajah kerna bertemu lagi dengan bulan pesta.Pesta ibadah.Tak kurang juga ada yang mencuka,kena paksa berpuasa,haha..Begitulah juga keadaannya bagi warga maktab rendah sains mara Serting,negeri sembilan.Tempat jatuh bangun aku sepanjang menghabiskan sisa zaman sekolah di tingkatan 4 dan 5.Aku duduk membuang pandang ke court futsal di sebelah surau.Burung-burung mula terbang pulang kesarang,ayam belaan orang kampung berkokok sayup-sayup kedengaran.Mungkin mereka juga sedang bersedia untuk menyambut malam pertama bulan yang penuh rahmat ini.Di tengah court,budak-budak form 5 masih ligat mengelecek bola,lincah kesana kemari.Mungkin nak main sepuas-puasnya sebelum masuk ramadhan esok.Tak kurang juga pelajar aspuri yang duduk melepak di tepi blok asrama AAB.Almaklumlah waktu riadah kena clear block,mananya nak riadah budak-budak tu,riadah mulut ajelah kut,hahaha..

   Menariknya ramadhan kali ini,kami satu maktab kena ikut peraturan baru,undang-undang yang pada awalnya memang culture shock lah kami nak ikut,wahaha.Semuanya hasil usaha dan titik peluh Ustaz Najib,penggerak kepada jawatakuasa program Ihya Ramadhan 2011.Seakan diberi kuasa veto oleh tuan pengetua,Ustaz Najib disokong dan dibantu oleh batallion Perpim mula mengatur langkah.Langkah pertamanya,mewujudkan suasana merindui dan menyambut Ramadhan.Itu yang sampai nak tercabut speaker surau tiap hari dok menyanyi lagu Opick tu.HAHA.Tapi aku suka step first ni,pada aku best dan benda ni berjaya menyuntik semangat warga maktab untuk setidak-tidaknya aware yang ramadhan dah dekat.Selesai misi pertama,langkah kedua terus dijalankan.

   Mutabaah amal.Setiap hari setiap murid wajib solat berjemaah di surau.Wajib solat Dhuha.Wajib baca mathurat pagi dan petang.Wajib baca Quran at least 2 page.Wajib zikrullah yang lima tu,setiap satu dalam bilangan 30.Pergh!? masak kitorang satu maktab,haha..Mana taknya,first time dalam hidup kena hadap benda macam ni.Mungkin anda akan kata,kalau tak buat pun takpa kan?apadahal en?.

You are totally wrong.

"Barangsiapa yang tak lengkap mutabaahnya,kita akan denda".haha,amik kau.Setiap hari lepas isyak kene beratur dalam surau,ha masa tu siap sedia lah kertas kad mutabaah tu,ustaz nak check.Siapa yang tak lengkap,akan disoal siasat.Soalan dia pun boleh tahan gak,gaya macam polis interogate penjenayah je.Nampak kejam en?tapi ada banyak hikmahnya.Ada banyak ibrah dan pengajaran daripada pelaksanaan menda alah ni.Dengan adanya mutabaah ini,pengisian ramadhan lebih mantap,setiap waktu yang terluang pasti akan dimanfaat setiap pelajar.Ada je mulut yang dok ngata "sia-sia je pahala sebab buat amal dipaksa","Apa faedah kalau kita buat ibadah sebab takut manusia?".Biasalah mulut manusia,tapi aku lebih suka pegang ayat cikgu kimia lejen Serting,
"Kadang-kadang kita kena berpura-pura sebelum benda tu jadi kebiasaan." Inilah apa yang cikgu Zaid cakap yang aku pegang sampai sekarang.Kita terpaksa hipokrit pada awalnya sebelum kita boleh benar-benar lakukannya dengan kerelaan sepenuh hati.

   kenangan ramadhan ni tak berakhir disini,adalagi,haha..Bagi menaikkan semangat dan menanam rasa ingin beribadah sehebatnya dalam bulan ramadhan ni,setiap kelas dalam maktab telah dibekalkan dengan sebuah buku.Tajuk dia saya tak ingat sangat tapi berkaitan dengan ramadhan.Each day,compulsory for class rep(representative) baca satu story dari buku ni.Buku ni memang dah dibahagi ke dalam bentuk cerita-cerita dan setiap satu ada ibrah yang berbeza.Makanya,bergilirlah kami membaca buku ni setiap hari,baca kat depan supaya satu kelas dengar.Macam biasalah,awal-awalnya semangat je kitorang buat,last-last buku tu tersadai atas meja guru,haha.

   Sungguhlah,walau dalam keadaan terpaksa dan hipokrit,saya rasa inilah ramadhan pertama yang benar-benar berisi dalam hidup saya.Sebab tu sampai sekarang ni bila nak masuk bulan ramadhan je,cecepat buat mutabaah lawa-lawa kasi semangatlah sikit,dan alhamdulillah benda ni berkekekalan dan telah pun jadi amalan bulanan saya.Bukan setakat dalam bulan ramadhan je ustaz,sekarang setiap bulan saya ada mutabaah tersendiri.hihi

   Benarlah firman Allah dalam surah al-qashah ayat ke-56,

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."

   Bahawasanya hidayah allah tu datang melalui perantaraan ustaz Najib dan batalion Perpim Serting.Bahawa ramadhan 1431 hijrah telah memutar hidup saya 361 darjah.Dari bulan tarbiyyah ini,saya belajar baca quran sehari at least 2 page,belajar buat dan amalkan solat dhuha tak lupa juga mathurat.Tapi tipulah kalau nak kata tak pernah miss langsung,ada je cheat day.eh days.muahaha..Iman,memang ada tikanya naik dan tikanya turun,yazaid wa yanquz orang kata,tapi alhamdulillah saya syukur sangat sebab dipilih oleh Allah untuk merasa pengalaman tersebut.Sesungguhnya,hanya allah sahaja dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah ustaz Najib dan geng jawatankuasa Ihya Ramadhannya lakukan.Moga kalian dibalas dengan kebaikkan di dunia dan akhirat kelak.

   Sebelum kita tutup throwback ni,meh saya kongsi satu perkara yang lucu.Dalam mutabaah tu ada dalam checklist yang hujung tertulis membaca surah Kahfi.Disebabkan semangat nak isi kotak-kotak checklist yang ada,pada suatu malam yang hening lepas habis prep dan minum malam,saya lepak di surau dan buat pertama kalinya cuba menghabiskan surah Al-kahfi malam tu jugak.Nak dibuat cerita,tak pernah-pernah orang baca al-kahfi sekali harung,sejam jugaklah aku berpeluh menghabiskan kahfi yang panjang ni,haha.Dahlah waktu tu elok je ketua Badar Aiman syazwan tengah gosok baju dalam surau gak.Oh ye,kami prefer gosok baju kat surau sebab kat blok asrama kompem penuh and tak cukup plug,maka ke surau lah kita.Tak tahulah apa yang ada dalam kepala aiman waktu dia tengok aku struggle nak habiskan Kahfi malam tu,haha..

   Nah,ramadhan tahun ini juga telah dekat,masakan kita nak melepak buat-buat rilek lagi?jom buat persiapan sebelum melangkah ke bulan pesta ibadah ni!.Selamat menyambut ramadhan al-mubarak moga-moga ia membersihkan hati dan diri kita.amin.

"Allahumma bariklana fi sya'ban,wa balighna ramandhan!"


*Notes:
AAB- Asma Abu Bakar,nama salah sebuah asrama puteri.
MUTABAAH- Membawa makna pengawasan.dalam konteks ini,satu senarai checklist ibadah sepanjang bulan ramadhan.
PERPIM- Persatuan Pelajar Islam Maktab.Nama ini kemudiannya ditukar kepada BADAR.
BADAR- Badan Dakwah dan Rohani

 

Sunday, July 27, 2014

Aku,Dia dan Ramadhan





 Usai solat teraweh,aku melangkah malas ke bahagian belakang masjid.Mata meliar memerhati insan-insan tua,warga emas yang turut sama menapak ke meja makan.Pihak masjid sediakan moreh setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini.Juadah kebiasaannya bihun goreng,mee goreng tak pun nasi goreng.Bila semua dah pancit semayang 20 rakaat,tambah pulak witir 3 rakaat,tekak ni telan je apa yang ada.Tawar tak tawar.Pahit tak pahit.semua aku telan je.Hari ini,hari terakhir bagi ramadhan tahun ini,Terasa betul sekejapnya masa berlalu.Bertapa aku sendiri pun tak puas lagi nak menikmati nikmatnya beribadah dalam bulan yang mulia ini.

  Karipap berintikan kari ayam kusuap perlahan ke dalam mulut.sedap,walaupun kebanyakkannya karipap angin.”haishh,,mencari rezeki pun ada jugak orang yang sanggup menipu demi keuntungan lebih”.Tapi bukan isu karipap angin ni yang buat aku berpikir panjang,tapi sebab pak cik,atau lebih mesra atok sebelah aku ni yang menarik perhatian aku.Dari tadi aku perhati sahaja beliau melalui ekor mataku.Kopi pekat hitam di tangannya masih tak luak,karipap pun hanya dikemut sedikit demi sedikit.Mukanya keruh.
"Mungkin memikir anak-anak yang tak pulang beraya kut"getus hati aku.Aku cuba beramah mesra,iyelah,,bab-bab perasaan ni bila dikongsi,akan terasa lebih lapang dan senang hati.

"Sedap karipapnya cik?" aku berbasa-basi,melempar mata kail.
Soalan ku dibalas dengan pandangan matanya yang redup diiringi dengan segaris senyuman.Senyuman yang dihiasi gigi yang sudah berselang-seli ghaib dan kedut yang jelas merekah.Mendamaikan.
"boleh la dik,pak cik ni dah tua,,idok le merasa ape dah kuih-kuih ni,semua nya sama aje pak cik raso," ujarnya sambil tersenyum kecil.umpan dah kena.
aku teruskan perbualan,
"ate,ngapanye muka acik kelat aje ni cik,anok-anoknye idok balik beraye ke?" sengaja aku test power guna loghat perak meraikan pak cik ni.Buruk benar bunyiknya!

Pak cik masih lagi mengemut keripap di tangannya.tekun betul dia.
"idok le dik oi,anak-anak pak cik semuanya balik.Hok di kuala lumpor,pahang,johor semuanya ada.Bukan itu yang pak cik keluhkan."

"ohh,semuanya ada la ye cik,dah kahwin semuanya cik? kusambung bicara.
 "alhamdulillah.rezeki tuhan nak bagi,semuanya dah kahwin,cucu pak cik aje dah ada 12 orang.4 orang duduk dengan mak bapaknya di kuala lumpor,si along,yang nombor dua,lima orang anaknya duduk di johor.haa,yang nombor tiga duduk di pahang,anaknya tiga.Bolehlah..."
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.

"kamu ni asal mana? duduk di sini ke?" pak cik balas servis.
sambil tersenyum,
"ahhaa,saya ni asal selangor cik,,tinggal kat sini,negari sembilan.mak ngan abah kerja sini."
balasku.

"oh,asalnya selangor".Pak cik merenung seketika,mungkin cuba membayangkan negeri selangor.
aku masuk topik balik,"kenapa mukanya keruh semacam aje cik?,haha".soalan ku saja diiringkan dengan tawa agar tak nampak serius sangat.busy body benor kata orang!.

"tidaklah dik oi,,acik ni dah tua.entah sempat entah tidak merasa ramadhan lagi tahun depan.itu yang pak cik dok termenung tu.tahun ni dah habis.terase kejap benornya puasanya."

Aku terdiam.dalam,memang dalam dan sentap apa yang pak cik ni cakapkan.Iye,memang lah logik dikatakan jika pak cik dengan usianya yang mungkin sudah menjangkau 70-an ini tidak akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,tapi..Mati tidak mengenal usia dan kesihatan.semuanya tetapan Tuhan.Orang muda pun boleh mati.


Ramadhan 1435H.Sempat lagikah kita bertemu pada Ramadhan yang akan datang?. Masih adakah pelunag untuk kita merasai nikmat dan syahdunya beribadah dalam bulan yang mulia ini?.allahurobbi..sedih bila memikirkannya.Moga semua amal kita diterima disisi Allah.Taqaballahu minna wa minkum.