Assalamualaikum wbt.
Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis, saudara
rushdeen dan saudari deana.
Bismilahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt. Yang berbahagia,
Dr Ros Aniza bt Mohd Shariff, Penasihat kelab STUFF IIUM, yang berusaha
bertungkus-lumus menjalankan mesyuarat agung pada malam ini, Saudara Muhammad
Syamim zubir, barisan mainboard yang dikasihi lagi dekat dihati, para alumni di
belakang sana yang sudi datang memberi sokongan sehingga ke hari ini, dan
seterusnya semua ahli kelab stuff yang hadir memenuhi dewan pada malam ini.
Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir pada malam ini,
yakni majlis Annual Grand Meeting(AGM) yang bertujuan untuk mengumumkan barisan
pucuk pimpinan baharu bagi kelab STUFF sesi 2017/2018. Setahun sudah berlalu, saya dan barisan
mainboard 2016/2017 memegang tampuk pimpinan. Jika pantai ada surutnya, jika
malam ada silih gantinya dengan siang, jika cinta ada hasilnya, jika hidup ada
kematian, dan sudah pasti setiap pertemuan akan ada perpisahan.
Jika disebut sahaja nama kelab
stuff iium, umum masyarakat uiam memandang hormat ahli kelab kita kerana kita
melahirkan ramai ahli bahkan pemimin yang berkualiti dan boleh memimpin orang
lain. Seharusnya kita semua merasa bangga dan berusaha menjaga penghormatan
yang telah diberikan ini. Di awal masa kenaikkan saya setahun yang lalu,
matlamat utama saya adalah untuk menyusun semula sistem pengurusan kelab dan
membawa kelab lebih dekat dengan nature ataupun tujuan asal penubuhan kelab
kita. Kini dengan ahli kita mencapai 450 orang, setiap biro dianggotai 80 orang
dan hanya dijaga oleh dua orang head dan assistant head. Sesungguhnya ia tidak
mudah dan merupakan cabaran kepada mereka. Jadi saya mohon semua berikan
tepukan kepada head dan assistant head biro anda. Seterusnya barisan setiausaha
dan bendahari saya yang bekerja siang dan malam memastikan segala hal ehwal
surat, proposal, procedure dan kewangan kelab berjalan lancar dan tersusun.
Mereka inilah yang menjadikan sistem itu bergerak dan berfungsi dengan baiknya.
Berikan tepukan kepada mereka. Kemudian, 3 orang pendamping setia saya.. tidak,
saya tiada payung emas nak diberi kepada mereka. Kepada 3 orang teman vice
president saya, terima kasih saya ucapkan atas segala sokongan, dorongan dan
teguran yang membantu saya memimpin kelab ini sebaiknya. Tidak lupa juga kepada
Dr Ros Aniza, seorang penasihat yang sangat aktif menyokong aktiviti-aktiviti
kelab dan sangat mudah didekati oleh ahli-ahli stuff. Dan sudah pasti, doa
ibubapa yang sentiasa mengiringi perjalanan kita di Menara gading ini.
Saya juga ingin mengambil peluang
ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada setiap insan yang
berhubungan dengan kelab ini secara langsung atau tidak langsung. Kelab STUFF banyak
membantu dalam membentuk saya menjadi
manusia yang lebih bersifat kemanusiaaan. Kerana mungkin jika saya tidak
beranikan diri mendaftar pada empat tahun yang lepas, saya akan melepaskan
peluang berkenalan dengan kalian semua. Saya akui, kelab ini telah menjadi
sebahagian daripada hidup saya. Terima kasih diatas 4 tahun yang manis,pahit,
suka, duka dan bermakna.
Pepatah cina ada mengatakan, Semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok
adalah benih pada hari ini.
Kepada pucuk pimpinan baharu, jadilah
bunga-bunga yang akan terus menghiasi dan mengindahi keluarga besar ini.
Jagalah kelab ini dengan sepenuh hatimu, pelihara kebajikkan ahli-ahli kelab
kita, dan berusahalah memberikan yang terbaik. Di sepanjang perjalanan nanti
akan ada manis dan pahitnya, telanlah semua dan lindungkan rasa duka, kerna
kita tidak punya banyak masa atas dunia, hargailah semua dan sebarkan cinta
sesama keluarga, kita. Ambilah yang jernih daripada pimpinan kami, tetapi
jangan dibuang yang keruh, kerna kadang yang keruh juga menjadi peneguh kepada
hati yang luluh.
Akhir sekali, saya mewakili pucuk
pimpinan stuff 2016/2017 ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap
disepanjang tempoh pimpinan kami. Sesungguhnya kami telah mencuba yang terbaik
dalam memastikan setiap daripada kita mendapat manfaat daripada kelab ini. Semoga
segala apa yang kita lakukan di dalam kelab ini, allah terima sebagai amal
soleh kita di akhirat kelak. Selamat maju jaya, sayang semua. Assalamualaikum
wbt.
No comments:
Post a Comment