Anda merupakan seorang fresh
graduates ataupun graduan dari sebuah universiti? Sudah berjaya mendapatkan
kerja pertama anda? Jika benar, tahniah!, Pada yang masih belum secure kerja pertama, teruskan mencari
dan jangan berhenti menebalkan muka menghadiri temuduga disana-sini. Rezeki itu
pasti ada dengan izin tuhan. Baiklah, apa langkah seterusnya yang perlu anda
lakukan jika sudah diterima untuk sesuatu pekerjaan? Ini persoalan yang sering
menerjah fikiran kesemua entry level employee.
Perancangan kewangan sejurus memulakan hari pertama anda
bekerja amat penting demi kelangsungan hidup pada tahun-tahun mendatang. Jadi
pada entri kali ini saya menyimpulkan semula perancangan kewangan idea dan
cadangan daripada thread saudara Faiz Wahab di Twitter. Selamat membaca dan
selamat mencuba!.
TABUNG KECEMASAN
Tabung kecemasan dikhaskan untuk kegunaan pada masa-masa
kecemasan seperti namanya. Antara contoh kecemasan seperti kemalangan, kereta
atau motosikal rosak,baiki rumah dan mungkin juga baiki laptop. Kemalangan
boleh jadi pada bila-bila masa sahaja tanpa kita tahu, jadi duit dari tabung
ini boleh digunakan untuk keperluan tersebut. Kereta rosak atau laptop rosak
jika ia mengganggu prestasi kerja anda juga dikategorikan dibawah kecemasan.
Tapi tukar sport rim kereta bukan kecemasan, itu melemaskan. Tahu dan mampu
bezakan situasi kecemasan dan biasa-biasa, itu kunci dalam menggunakan wang
tabung kecemasan. Bagi tabung ini, ambil jumlah gaji anda dan darabkan dengan 3
hingga 6 bulan bagi tempoh satu tahun. Atau lebih mudah dengan mengasingkan 10%
gaji bulanan. Jumlah minimum bagi tabung kecemasan perlu sekurang-kurangnya menyamai jumlah gaji 6 bulan anda bekerja. Kerana boleh jadi jika anda
ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja kerana syarikat ingin mengurangkan
kos operasi, anda ada bekalan duit gaji 6 bulan sementara mencari pekerjaan
baharu. Formula tabung kecemasan,
Ambil contoh gaji RM 3K sebulan,
3K X 3 = RM9K
Nampak terlalu banyak bukan? Sekarang cuba simpan 10% gaji
anda setiap bulan dan anda mampu capai RM9K dalam masa 30 bulan (dengan harapan
tiada kecemasan yang mendesak).
Jangan runsing atau gusar, tahun pertama dan kedua akan
terasa begitu membebankan namun memasuki tahun ketiga anda akan sangat bersyukur
dengan hasil simpanan kecemasan anda. Perlu juga diingatkan bahwa dana untuk emas
pelaburan dan tabung kecemasan jangan dicampurkan. Tetapkan bahawa duit tabung
kecemasan jangan diganggu.
TABUNG KAHWIN
Sebagai seorang manusia, sudah menjadi fitrah kita untuk
hidup berpasangan bukan? Maka isu perkahwinan merupakan salah satu topik hangat
dalam kalangan lepasan universiti tidak kurang juga mereka yang telah lama
bekerja. Namun, berbicara perihal perkahwinan, bab mempunyai calon aau tidak
adalah perkara kedua, tetapi yang pertama ialah kesediaan dan kemampuan dalam
mengadakan majlis perkahwinan dan perbelanjaan awal usia perkahwinan. Rata-rata
belia menyasarkan untuk membina rumah tangga pada lingkungan usia 23-28 tahun
tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi, sejauh mana idea atau impian ini
boleh dicapai secara realistiknya? Adakah ia sesuatu yang mustahil atau mampu
digapai dengan perancangan dan plan yang mantap? Baiklah, Ini cadangan tabung
simpanan bagi pasangan yang ingin membina masjid diluar sana. Tabung ini
menyasarkan untuk menyimpan RM 30K dia dalam tempoh 5 tahun. Jadi bagaimana
anda mampu menjana RM 30K dalam masa 5 tahun?
Caranya adalah dengan mula
menyimpan di dalam satu instrument pelaburan pada kadar dividen 7% (sebulan
RM510). Di dalam kiraan yang lebih mudah, disiplinkan
diri anda, makan ini boleh dicapai dengan menyimpan RM17.00 sehari. Terdapat pelbagai skim pelaburan yang boleh anda ceburi, antara yang popular ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASNB) yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad. Ada juga yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain seperti Kenanga Syariah Growth Fund, PMB Shariah Aggresive Fund dan EastSpring Investment Dana Al-ilham. Pilihannya di tangan anda, menjana keuntungan pasif disamping pendapatan bulanan.
TABUNG HAJI
Ibadah haji merupakan salah satu rukun islam bagi semua
orang muslim. Namun ada kelonggaran disini dengan hanya orang yang berkemampuan
sahaja yang akan menunaikan ibadah haji. Tetapi saya percaya setiap
mukmin pasti ada menyimpan impian untuk ke kota masjidil haram bukan? Untuk
berdiri dan sujud dihadapan kaabah tanpa ada halangan, merasai nikmat di tempat
paling diberkahi atas bumi ciptaan tuhan ini. Untuk itu, cadangan bagi tabung
haji pula adalah dengan mengasingkan RM3.30 setiap hari di dalam tempoh 10
tahun, dengan ini anda mampu mengutip sehingga RM12K. Terasa lama? Tidak
tuan-tuan dan puan-puan, 10 tahun itu sebentar sahaja seperti cepatnya anda
melihat anak-anak anda membesar.
Selain daripada itu,
anda boleh juga menyimpan RM 100 sebulan dgn kadar dividen ASB 7.25%, dan dengan
anggaran bahawa kadar Inflasi 3% setahun. Tetapi jika anda ingin menggunakan skim
Tabung Haji, dengan menyimpan RM 100 sebulan untuk tempoh 108 bulan, dan juga anggaran annual interest
rate 6%, inshallah impian haji anda boleh tercapai di dalam masa 10 tahun (letakkan sasaran
pergi sebelum usia 40 tahun!)
TABUNG RUMAH
Pemilikan rumah juga kini semakin sukar dengan harga
hartanah yang semakin lama semakin naik. Pelbagai skim ditawarkan oleh pihak
kerajaan persekutuan dan negeri dalam membantu anak-anak muda untuk memiliki
rumah mereka sendiri. Kebanyakkan skim ini memfokuskan kepada pemilikkan rumah
pertama sahaja. Antara contoh skim pemilikan rumah yang ada ialah Perumahan
Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Rumah Selangorku di bawah kerajaan negeri Selangor
dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Ada pelbagai lagi skim
boleh didapati di negeri masing-masing, anda hanya perlu rajin sedikit untuk
membuat pencarian.Orang kata “do the homework”.
Jadi langkah seterusnya adalah mempersiapkan dana kewangan
setelah anda memilih rumah yang anda inginkan. Untuk anda memiliki sesebuah
rumah itu, anggaran jumlah wang yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya 15% daripada
harga rumah tersebut. Dengan cara ini anda boleh kurangkan pinjaman yang dibuat
daripada bank, dan mungkin tidak perlu membuat pinjaman langsung! Kata kuncinya
terletak pada disiplin anda dalam mengurus keluar-masuk wang pada setiap bulan.
Untuk lebih banyak maklumat dan pertanyaan, boleh follow figura-figura ini di
laman sosial Twitter dan Facebook. azizulazliahamad @twthartanah
@kewangangraduan
TABUNG PERSARAAN
Apa yang hendak ditekankan di sini, kita tak pasti masa
depan kita macam mana. Maka adalah lebih baik jika kita bersedia. Ramai orang
tak buat persediaan untuk persaraan. Ingat boleh kerja sampai mati ke?
Kasarkan. Memasuki golongan pesara, hanya ada dua cara untuk anda terus kekal
dengan cara hidup sekarang iaitu satu mengharapkan sumbangan orang ramai, dan
dua membebankan anak-anak. Bagi point kedua, benar tanggungjawab anak-anak
untuk membalas budi ibubapa dengan menjaga mereka pula, namun perlu diingatkan
dengan kos sara hidup yang kian meningkat, mereka juga ada bebanan sendiri yang
perlu ditanggung. Jadi apa salahnya kita kurangkan sedikit bebanan itu dengan
tabung persaraan hasil simpanan kita sendiri. Sebagai contoh, Gaji sekarang
ialah RM3000 dan target bersara pada
umur 60. Letakkan anggaran kadar purata inflasi 3%, ini graf nya
Jika anda berusia 25 tahun dan ingin kekalkan gaya hidup
seperti sekarang bila sudah bersara nanti, anda perlukan pendapatan berjumlah
RM8441 sebulan. Jika berusia 35 tahun pula, dan target nak bersara pada umur 60
tahun, kena ada pendapatan RM6281 sebulan untuk maintain hidup seperti
sekarang. Total fund yang anda perlukan adalah berjumlah RM 2,718,300 jika
berumur 25 tahun dan bersara 60 dengan jangka hayat 80. Gaji pula tetapkan pada
RM3000. Gunakan retirement calculator ini untuk merancang tabung anda.
Persoalannya, bagaimana nak simpan hingga RM 2,718,300
sebelum memasuki usia persaraan? Ha macam ni. Pilih salah satu instrument
pelaburan contohnya ASB. Untuk ada fund RM2,718,300 anda kena menyimpan bermula
pada usia 25 tahun dengan kadar bulanan RM1638. Ini juga berdasarkan Kadar
purata dividen ASB sebanyak 7%. Skim unit amanah ASB sememangnya dikenali dan
popular kerana telah memberi pulangan dividen tidak kurang dari 8.5% setakat
ini. Boleh rujuk disini untuk melihat sejarah pemulangan semula dividen ASB.
TABUNG TRAVEL
Do the math yourself, hiks..
takkan nak suap semua,hehe
Kesimpulannya, zaman belajar bukan perihal assignments, lecturer, kelab, kelas, kafe dan kawan-kawan sahaja yang perlu anda fikirkan. Guna dan kerahkan minda dan tenaga untuk merancang maa hadapan anda. Tidak ada salahnya and yang masih belum bekerja untuk memulakan tabung-tabung dia atas. Tetapi buat yang telah bekerja boleh jatuh hukum WAJIB!. Ayuh, bersama kita menuju kebebasan kewangan. Untuk lebih banyak info boleh la follow figura-figura yang telah saya sebutkan.
Sedekah sikit la kat tabung kahwin ana
ReplyDelete