kredit |
Universiti ini penuh dan sarat dengan cinta. Cinta apa?
Aku berjalan pantas ke bangunan kuliyyah sambil mata merenung skrin telefon bimbit membaca jadual kelas,tiba-tiba tanpa aku sedari satu kelibat manusia melintas dihadapan.Gedebuk! sah dah langgar!.Seorang siswi.Buku-buku jatuh bergelimpangan dan kertas-kertas terbang berselerakan,angin berhembus lembut sambil dedaun gugur perlahan ibarat waktu terhenti.Saat itu dua pasang mata bertenung sambil getaran mula terasa di hati.Apakah ini?
"Lain kali jalan jalan pandang depan,bukan tengok fon!" senafas je dia cakap sambil kaki mengorak langkah meninggalkan aku"
"so that's how i meet your mother kids"
Hahaha tapi maaf,bukan ini kisah yang ingin saya sampaikan.Kisah cinta di universiti ini jauh lebih menarik berbanding drama picisan yang biasa anda lihat seperti diatas.Kisah ini lebih menyentuh dan tersentuh.
Kagum dan pelik.
Itu yang dapat saya gambarkan sejak menjadi sebahagian daripada komuniti keluarga besar uiam Gombak.Mungkin tak ramai yang tahu tentang perangai dan ragam sebenar masyarakat disini,dengan itu mari saya bongkarkan satu persatu supaya satu Malaysia tahu.Gelak besar.
1-Berniaga
Antara benda yang awal-awal lagi dah menarik perhatian saya sejak masuk UIA ialah budaya berniaga yang unik.Pergilah kat blok mana-mana pun,mahallah ke,bangunan akademik ke,bank atau kaki lima mesti ada rak-rak tersusun jual air minuman atau makanan.Menariknya tak ada orang jaga pun.Semua pakat tinggal tabung je untuk orang bayar.Trust level damn high!
2-Solat
Pastu en,lagi syiok dia bila you see peoples from different races and nations comes together and solat sama-sama.Masa ni akan terasa unite sangat umat islam ni.Serius!.Tapi jangan terkejut kalau subuh jarang baca qunut,sebab kalau foreigner imam,besenya deme ni tak baca doa qunut.hihi
3-Humanity
Tak dinafikan,pelajar Uia ni sangat mengambil berat dan kisah antara satu sama lain walaupun tak kenal dan tak pernah bersua.Serius weh,macam-macam contoh dah aku jumpa.Salah satu contohnya ada sister yang drive kereta sanggup berhenti untuk tumpangkan sisters yang berjalan kaki.Tahap panas tu ibarat berjalan dibawah sinaran mentari membahang seperti bersinarnya wajahku melihat senyuman mu,eh..Brothers pun selalu je kasi tumpang naik motor diorang kalau nampak pejalan kaki tegar yang baru balik dari kelas.Tapi kena usha kat kawasan tu ada pak guard ke tak,kalau tak nanti kena saman sebab tak pakai helmet!.Dan yang terbaru ialah bila ada pelajar confess yang dia terpaksa ikat perut sebab takdak duit nak makan,komuniti yang sarat dengan cinta ini segera membantu!
Kisah student kelaparan |
4-Kahwin
Dalam banyak-banyak topik yang dibincangkan,aku rasa ni yang paling selalu diperkatakan.Asal UIA je kahwin awal,asal kahwin awal je UIA.,ahahaha.Bukanlah aku kata masuk uia ni semua otak pikir nak kahwin je,tapi niat yang suci murni tu kalau betul serius dan ikhlas,buat apa kita nak halang en?daripada buat dosa free couple sana-sini baik nikah terus.Pandang muka pasangan pun boleh dapat pahala,tak ke peluang menambah amal tu.Contoh pasangannya ramai,hanpa boleh search sendiri.Yang penting sebelum hang nak nikah tu,buat reality check dulu kay?,settlekan hal dengan Allah,parents,family dan akademik,kalau dah ok semua ni ha nikahlah.
5-Majlis ilmu
majlis di masjid shah |
6-Makanan
Syurga makanan.
Dua patah ayat ni dah cukup untuk saya gambarkan lambakan dan ledakan makanan yang sangat banyak pilihannya.Sampai satu tahap,kita boleh buat jadual nak makan kat mana.Contoh en,isnin makan makanan melayu,selasa masakan arab,rabu bollywood sikit dengan masakan india pakistan,khamis menapak mee tarik cina tanah besar,jumaat makan western,pastu mana lagi ye?ahahah..Terlalu banyak pilihan,tapi kewangan kena jaga jugaklah sebab haritu kitorang makan nasik arab kene 8 hinggit sorang!padan muka.
Tak banyak yang dapat saya kongsikan kali ini,sebab baru teaser,haha.Insahallah nanti bila ada kesempatan dan ruang masa yang lebih besar,banyak lagi yang akan saya kongsikan tentang universiti terlebih cinta ni.gelak kecil.Bukanlah niat saya untuk menjustifikasikan yang UIA ini baik-baik semuanya,pijak semut tak mati atau kentut tak berbunyi tapi wangi(ini silent killer nama dia),sudah tentu ada sisi buruknya juga,ada kelemahannya juga,tapi tak salahkan kalau kita berkongsi apa yang baik dan sesuai dijadikan contoh? Inilah rumah saya,inilah tempat saya belajar erti cinta dan cita-cita,kehidupan disini benar-benar membuka mata saya bahawa hidup tak semestinya bergantung pada segulung kertas dipanggil ijazah,tapi hidup perlu ada cinta dan perasaan.Cinta pada Tuhan dan Rasulnya,sesama manusia,sesama haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta pada diri kita sendiri.Sungguh,aku taknak waktu-waktu ini berlalu dengan cepat,nanti rindu!
izat. post lagi mende2 gini. aku bace. hehe
ReplyDeleteinshallah..haha,kalau ada masa
Delete#kipidap asyikkkkkk...
ReplyDeletewak! eh din...haha
DeleteKedai babush kat centre dgn kedai arab (x ingat nama) kat kafe econs ada lagi ke?? Rindu pulak... 6 tahun berlalu sudah... ��
ReplyDeleteDatanglah UIA,hee..babush ada lagi,shawarma dia pergh,haha..Maaf saya tak tahu tentang kedai arab di econs,sebab rasanya kafe situ semua melayu. :)
DeleteKan, kan... should try all foods dkt babush tu tau.... hehehe... oooo... maknanya dah x ada lagi la kat econs tu... huhuhu... lasagna kat situ dulu sedap tau.... nasib la aikol dgn econs x jauh... time teringin, senang lari kejap beli b4 balik mahallah... muahaha!! (Nampak sgt kaki makan, kan...?? Pardon me... Hohoho!)
ReplyDeletebetul-betul..masa masih kat dalam uia lah kena try semua foods yang ada.Dah grad nnt susah nak cari,demi makanan apa sahaja boleh,hahah
Deletead lg yg unik..panggilan sis n bro..kalau kat luar tsempak dengan sesapa yg guna panggilan sis n bro,biasanya dorg mst dr uia..xcaya try tnya dorg stdy mana b4..biasanya lah...hehehheh
ReplyDeletetak dinafikan panggilan ni memang saya pun terbawa-bawa.Kengkadang lepak dengan member dari uni lain pun diorang respect bila kita guna gelaran macam tu :)
DeleteRindu roti babush, mapley kat HS cafe female sport centre.. hmmm rinduuu UIA ���� tetiba teringat kenangan jatuh dgn member kt tgh2 HS cafe tu.. malu okay.. hahhaa
ReplyDeletebiawak uia tak rindu ke? haha
DeleteHahahaha.. biawak hs cafe besar2 . Cukuo makan katekan.. hehe
Deleterindunya bumi uia...
ReplyDeletedatanglah uia,huhu
Deleterindu uia .. evrthng about uia... makanan, budaya, kawan2, envrmnt....
ReplyDeletea short visit pun i guess enough to cure that rindu,haha
DeleteIt has been 10 years since i left...how time flies...oh, how i miss iium
ReplyDeletei think iium miss u too.:)
DeleteTak tau satu pun tmpt mkn yg you all sebut. I'm the 1st batch yg pindah UIA Gombak fr PJ. Sgt setuju the last part... taknak waktu berlalu dgn cepat, nanti rindu... Miss my uni years... 17 years has flies...
ReplyDeletewow..super-super senior nih..alhamdulillah syukur dpt masuk sini :)
DeleteHi Anon @ 12.12. U must be fr the law faculty back then. Kita je yg dicampak dlm hutan tu dulu :). I still remember all the hardships during our 1st year in sg pusu tu..no bus, no taxi, no mosque, no great food..semualah xde. But if i were given a choice to repeat it again, i will..! Affirmative.
ReplyDeleteRindu semua kat UIA.. Dari atap birunya, sampai ke atap KAED. Ada lg tambahan, bulan puasa if takde duit nak beli mknan berbuka, pergi je ke masjid. Ramai orang bermurah hati sedekah makanan. Alhamdulillah.. Dan yg paling unik, semua bangunan Kulliyyah nya 'bersambungan' =)
ReplyDeleteyang ini saya setuju..rutin harian sepanjang ramadhan,lol
DeleteRindunye kat uia... disana la jumpa jodoh...hahaha...skrg anak dah 5 org dah pun... teringin nak mkn kat cafe hs bawak anak2... ingat time cinta cinton dulu...hahaha... kenangan sungguh la... huhuhu... study2 gak,,, hehe
ReplyDeleterindunya UIA..
ReplyDeleteBdk UIA batch dulu2 kalu kawin mesti nk pkai jgk songkok konvo tu...me included.
ReplyDeleteNak dgr psl uia kuantan plak x? haha
ReplyDeleteBoleh juga..tak pernah pergi uia kuantan,huhu
DeleteSaya terhibur dgn artikel awak. Keep it up bro izzat :)
ReplyDeleteKalau tgh short sem lagi bgtau ambe, nak merasa gak dok gombak hehe
ReplyDeletemaghi lerh nanti,, haha
Deletekırşehir
ReplyDeletekütahya
maraş
nevşehir
ordu
sinop
sivas
11DY2
adıyaman
ReplyDeletesakarya
yalova
tekirdağ
amasya
KZ2İFV
van
ReplyDeletezonguldak
yalova
urfa
gümüşhane
GV4OUİ
görüntülüshow
ReplyDeleteücretli show
VNE
maraş evden eve nakliyat
ReplyDeletemalatya evden eve nakliyat
ağrı evden eve nakliyat
elazığ evden eve nakliyat
aydın evden eve nakliyat
4Oİ8İ
3A374
ReplyDeleteAmasya Parça Eşya Taşıma
Uşak Lojistik
Iğdır Lojistik
Kastamonu Evden Eve Nakliyat
Aksaray Parça Eşya Taşıma
شركة عزل اسطح بالقطيف cBNl9kXmrK
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالجبيل sYlzA9IL9i
ReplyDelete