Showing posts with label buah fikir. Show all posts
Showing posts with label buah fikir. Show all posts

Friday, October 20, 2017

sakit


Sakit. Satu perkataan yang membawa makna yang cukup membekas apabila ditangkap oleh telinga. Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan melawat seorang ibu kepada sahabat yang terlantar di hospital. Beliau disahkan menghidapi kanser lymphoma setelah sekian lama kanser tersebut wujud di dalam tubuh badannya.

   Melawati orang sakit mengingatkan kita kepada pelbagai perkara. Tentang nikmat kesihatan apabila tiada, tentang nikmat berjalan ketika sudah tidak bisa berdiri, dan semestinya nikmat untuk masih menghirup udara di atas bumi ciptaan tuhan, sebelum paru-paru berhenti menapis udara kelak. Ziarah yang saya ikuti ini juga memberi satu pengajaran yang sukar didapati di tempat lain tetapi hanya di hospital. Apa yang ingin saya maksudkan ialah kesabaran dan ketabahan menjaga orang sakit.

   Wanita awal 50-an itu merenung kami satu persatu usai diperkenalkan nama kami kepadanya. Sempat ia berseloroh sebelum kembali mencari nafas. Matanya redup, memerhati anak-anak muda yang sihat tubuh badannya di kemuncak kehidupan. Seakan-akan terbayang akan dirinya di saat remaja dahulu berdiri seiiring dengan kami.. Dengan berat nafas ia membuka bicara.

"Tak senang menjaga orang sakit ni dik..Acik ni bersyukur sangat ada yang sanggup menjaga makan minum semua di sini." dia berhenti mencuri nafas. "Kamu nanti kalau mak ayah ke, keluarga ke sakit, jagalah mereka elok-elok,,kena banyak bersabar,jangan cepat marah bila disergah.. Masa ni kamu masih muda, masih ada kudrat dan tenaga. Gunalah elok-elok, buat benda baik, belajar agama..nanti dah tua tak larat!' ujarnya sambil menghela nafas panjang..Kami diam mendengar. Menghormati nasihat dan kata-katanya sambil minda mencipta situasi sendiri kelak.

   Kipas di syiling pegun. Tidak dihidupkan kerana udara di wad pesakit telah nyaman dan selesa dikawal oleh pendingin hawa. Agak lama suasana sepi tanpa bicara. Katil hujung ini dikerumuni 11 anak muda. Terkadang penghuni lain di wad 8C menjeling ke katil hujung ini. Mungkin kerana gelak tawa kami yang cuba menghidupkan suasana sepi disini.

"Aihh cakapla, kenapa semuanya senyap?" getus wanita itu sambil menjeling anaknya,diikuti kami sebaris.

serentak kami tertawa. Masing terasa lawak dengan kejanggalan sendiri yang diam seakan-akan bisu.

   Disini, tika saat ini, aku tenggelam dalam fikiran yang jauh di dalam kalbu. Bertapa kini aku berdiri menghadap makhluk tuhan yang persis sepertiku, bezanya hanyalah di dalam jasad itu ia sedang berjuang untuk terus hidup menatap matahari pada hari mendatang. Dan aku, juga berjuang namun di dalam medanku yang tersendiri. Di rumah sakit ini juga membuat aku termenung tentang dua pengakhiran. kehidupan ataupun kematian. Jika ditanya kepada semua manusia, pasti kesemuanya akan menjawab mereka mahu hidup. Hidup untuk mengejar cita-cita, ingin hidup untuk memenuhi impian, dan tidak kurang juga untuk membantu jiwa-jiwa yang hampir mati tidak bertuhan kembali mencari-Nya. Tiada siapa pun yang menginginkan kematian, melainkan jiwa mereka telah dibunuh oleh kezaliman mereka yang sebangsa dengannya. Namun, semua manusia akur benar bahawa satu ketika nanti mereka tetap akan mati. Iya benar, kita semua akan mati juga. Namun dengan cara yang bagaimana? dengan keadaan yang bagaimana? itu semua berada di tangan kita untuk menentukannya. Husnul khatimah, impian setiap yang bergelar muslim.

   Di penghujung ziarah itu,kami nenitipkan doa dan kata-semangat buat wanita itu agar terus kekal kuat dan berjuang. Tidak lupa juga bekalan doa dan tiupan semangat kepada sang anak yang menyemai pahala menjaga ibunya. Anak itu sedar tidak sedar sebenarnya sedang membina rumahnya di syurga sana. Rumah yang akan didiami mereka sekeluarga kelak di akhirat nanti, ameen. Melangkah perlahan meninggalkan perkarangan hospital, aku tersenyum sendirian.

Sunday, September 17, 2017

Syukur


Syukur. Satu perkataan yang hanya mempunyai 5 abjad namun pengertiannya lebih daripada itu. Ia merupakan suatu bentuk penzahiran ke atas sesuatu nikmat, dan boleh juga diatas sesuatu musibah. Hairan bukan? Bagaimana sesebuah musibah juga boleh dijadikan sebab untuk kita bersyukur. Masyarakat biasa menzahirkan kesyukuran ke atas sesuatu yang menggembirakan mereka. Sebagai contoh seorang pelajar bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, seorang pekerja bersyukur dengan kenaikkan gaji dan sepasang suami isteri bersyukur dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Persoalannya, bagaimana perasaan syukur yang mendiami hati itu boleh dizahirkan atau diluahkan. Bagaimanakah cara sebaiknya untuk kita melahirkan perasaan syukur kepada ilahi diatas sesuatu yang kita perolehi. Jadi, dengan izin tuhan yang Maha Pemurah akan saya kongsikan bagaimana cara saya menzahirkan rasa kesyukuran ke atas Tuhan pemilik alam ini.
Pertamanya, amalan termudah sekali dalam menzahirkan kesyukuran yang selalu saya praktikkan ialah melalui lisan. Dengan melafazkan kalimah tahmid diatas segala kurniaannya ke atas saya. Contoh mudah, lidah akan kebiasaannya secara automatik akan menuturkan lafaz Alhamdulillah sebaik sahaja kita menerima sesuatu khabar berita gembira. Tika lafaz ini terucap hati terasa nyaman dan lapang mengenangkan kurniaan tuhan. Di dalam surah Ibrahim ayat ke-7, Allah berfirman “Jika kamu bersyukur dengan nikmat Ku, Nescaya akan Aku tambah lagi nikmat kepada mu”. Subhanallah, indah bukan? Pabila kita mensyukuri nikmat yang telah allah beri, Allah akan gandakan lagi nikmat tersebut dan tidak dikuranginya!

Kedua, penzahiran kesyukuran juga dilakukan dengan menahan diri daripada berbuat maksiat. Dengan segala nikmat tubuh badan, udara dan masa yang telah allah beri kepada kita, maka menahan diri daripada kemaksiatan juga merupakan salah satu wasilah melahirkan perasaan syukur kepada ilahi. Tambahan pula, sambungan kepada ayat ke-7 Surah Ibrahim Allah berfirman “Jika kamu ingkar dengan nikmat yang telah Aku berikan,sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Ini merupakan satu amaran daripada Allah bahawasanya kita sebagai hamba-hambanya harus bersyukur dan mengelakkan daripada membuat maksiat dengan nikmat yang telah Dia berikan.

Kesimpulannya, cara melahirkan syukur bagi setiap insan mungkin berbeza namun semunya mempunyai matlamat yang sama. Maka terpulanglah kepada setiap individual bagaimana untuk memanifestasikan perasaan syukur tersebut. Pejam mata dan helakan nafas lembut sambil bibir menutur lembut,Alhamdulillah.

Friday, April 07, 2017

Dialog ALB: Keselamatan atau kelecehan ?


Dewan Senat, 6 April 2017- Pada jam 5.30 petang telah berlangsungnya sesi dialog di antara Rektor Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof Dato Dr Zaleha, Deputy Dean of Student Affairs, Prof. Datuk Dr. Mizan bin Hitam, dan Tuan Zulkifli, Director Office of Security management (OSem) bersama pelajar-pelajar UIAM berhubung dengan isu Automatic lane barrier (ALB) yang telah dikuatkuasakan bermula 1 April yang lalu. Sesi ini diadakan setelah ketegangan kian memuncak dalam kalangan komuniti UIAM setelah implimentasi sistem ini mengakibatkan pelbagai masalah.

   Sesi ini berlangsung selama 1 jam 45 minit dengan ucapan pembukaan daripada Bonda sendiri yang menyentuh aspek adab dan akhlak sepanjang sesi dialog nanti. Beliau juga mengetengahkan elemen kekeluargaan kepada semua pihak di dalam dewan. Dengan harapan isu ini adalah isu kita bersama, dan beliau tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak serta jelas bonda tidak mahu pelajar dan Osem berbalah antara satu sama lain. Kemudiannya, giliran Tuan Zulkifli sebagai Director Osem menyampaikan ucapan beliau. Disini dapat saya catit sedikit isi-isi ucapan dan pembentangan beliau.

   Sistem ALB telah dikuatkuasakan setelah Tuan Zulkifli sendiri yang membawa usul ini di dalam mesyuarat University Management Council (UMC). Perkara ini telah dibahaskan dan dipersetujui penguatkuasaannya oleh pihak UMC. Dua objektif utama sistem ini ialah:

1) Membanteras kes kecurian di dalam kampus

Tuan Zulkifli menunjukkan kepada hadirin di dalam dewan tentang rekod kes-kes kecurian kenderaan yang berlaku di dalam UIAM sepanjang tahun 2015 hingga tahun 2017. Daripada data yang ditayangkan, jelas masalah kecurian amat merisaukan dengan minimum 10 kes setiap tahun. Tidak terkecuali juga dua buah kenderaan milik universiti, yakni Proton Perdana milik OCCM dan Suzuki Vitara turut hilang dicuri. Terbaru, sebuah motorsikal curi telah dijumpai di kawasan perpustakaan Al-Hikmah setelah pencuri gagal membawa ia keluar kerana sistem ALB. Ini adalah antara pencapaian positif hasil sistem ALB, ujar beliau.

2) Mengatasi masalah trafik di dalam kampus

   Dengan berkuatkuasanya sistem ini, bilangan kenderaan di dalam uiam dapat dikurangkan dan akhirnya mengatasi masalah trafik sesak di dalam kampus. Ini adalah kerana hanya pelajar tahun akhir dan yang mempunyai masalah kesihatan sahaja dibenarkan membawa kereta. Manakala selain daripada kategori diatas mereka hanya dibenarkan membawa motorsikal. Selain daripada itu, hasil siasatan pihak Osem juga mendedahkan bahawa orang awam menggunakan Uiam sebagai jalan pintas mereka. Sebagai contoh, ada ibu bapa yang masuk menggunakan pintu tiga uiam dan keluar melalui pintu dua untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah di kawasan pintu dua UIAM. Dengan penerangan ini jelas menampakkan rasionalnya sistem ALB ini bagi mengatasi masalah traffik di dalam kampus


   Selepas ucapan dan taklimat ringkas Tuan Zulkifli, sesi soal jawab berlangsung selama hampir 45 minit dengan deretan luahan, tembakan soalan serta cadangan penambahbaikkan daripada pelajar tidak lupa juga pensyarah UIAM sendiri. Disini saya simpulkan soalan-soalan yang ditanya serta jawapan daripada pihak Osem dan juga daripada bonda sendiri.

1) Pelaksanaan sistem ALB telah mengakibatkan kesesakkan lalu-lintas terutamanya ketika waktu puncak "peak hour". Sistem ini telah menyebabkan keadaan traffik jammed di dalam dan luar pagar uia. Selain daripada itu, pelaksanaannya yang kurang jelas mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, seorang pelajar mengatakan beliau terpaksa menunggu selama 20 minit untuk masuk ke dalam Uia sahaja. Itupun setelah pihak keselamatan secara tiba-tiba membenarkan kenderaan masuk tanpa menggunakan touch card. Kata beliau, mungkin keadaan telah terlalu sesak ketika itu, justeru pihak keselamatan membenarkan kenderaan masuk tanpa melalui ALB. Jika ini yang berlaku, jelas menunjukkan sistem ALB mengakibatkan keadaan traffik yang lebih teruk berbanding sebelum kewujudannya. Malah, ia membuktikan pelaksanaan yang tidak jelas kerana dengan membenarkan kenderaan masuk sebegitu sahaja, sudah pasti ada pihak yang berniat jahat dapat meloloskan diri mereka. Maka jelaslah ia sudah lari dari matlamat asal sistem ini, yakni menyekat anasir-anasir luar yang berniat jahat untuk masuk ke dalam Taman Ilmu dan Budi. Pada saya, respon yang diberikan oleh Tuan Zulkifli amat mengecewakan. Beliau dengan tenang mengatakan bahawa punca kesesakan bukanlah daripada sistem ALB namun keadaan jalanraya yang teruk bermula daripada traffic light simpang dari highway Karak itu sebagai puncanya. Beliau mengeluarkan hujah ini dan katanya beliau sendiri ada di tempat kejadian memantau pergerakkan trafik semasa. Jenaka apakah ini? riuh dewan senat dengan jawapan beliau. Suasana dewan bertukar sarkastik seketika dengan jawapan beliau. Malah ada seorang pelajar international membantah jawapan Tuan Zulkifli dan menceritakan pengalamannya sendiri yang tersangkut di dalam kesesakkan tersebut. Keadaan segera diredakan oleh Saudara Afif Rahman selaku pengacara majlis dengan mengingatkan tujuan utama sesi petang ini serta akhlak kami selaku orang islam. Berkenaan dengan pelaksanaan dan tiada penjelasan yang jelas dan komprehensif berkenaan sistem ALB, pihak Osem mendakwa mereka telah mengadakan ceramah dan briefing tentang sistem tersebut. Namun pelajar sendiri yang tidak hadir di dalam program tersebut. Selain daripada itu, pihak Osem dan bonda sendiri gagal menjawab soalan saudara Yazid yang meminta agar kos pembinaan dan penyelenggaraan sistem ini didedahkan kepada komuniti Uiam. Mungkin ia adalah perkara sulit dan rahsia pada mereka tetapi pada pandangan saya ia wajar didedahkan kerana kami juga antara penyumbang kepada universiti ini. Konsepnya begini, penyumbang ingin tahu ke mana perginya duit mereka yang telah diberikan kepada pihak yang diamanahkan untuk membelanjakannya. Mudah bukan? sesi kemudiannya bersambung setelah semua soalan dijawab namun ada beberapa tidak diendahkan.

2) Seterusnya, saudara Ismail membangkitkan persoalan bahawa collection of data daripada pihak universiti dan Osem tidak mencukupi dalam pelaksanaan sistem ini. Disebabkan kurangnya data, maka banyak adjusment serta improvement terpaksa dilakukan meski sistem ini baru berusia 6 hari sejak dikuatkuasakan secara penuh. Malahan, segala penambahbaikkan ini akan menambah lagi perbelanjaan dalam mengendalikan sistem ini. Saudara Ismail juga menyelitkan agar suara dan cadangan daripada IIUM Student Leaders Assembly (ISLA) diambil serius oleh pihak pengurusan universiti. Ini adalah kerana ISLA adalah medan berkumpulnya kesemua pemimpin kelab dan pelajar di dalam UIAM. Beliau menuntut agar ISLA diiktiraf kedudukannya di dalam universiti. Selesai beberapa lagi soalan, bonda sendiri menjawab soalan suadara Ismail dengan menyatakan bahawa pihak universiti melalui Kuliyyah of Architecture telah melakukan study dan kajian tentang pelaksanaan sistem ini sejak empat tahun yang lalu. Bukan minggu lepas, bukan dua minggu lepas dan bukan bulan lepas. Kajian telah lama dijalankan maka pelaksanaan sistem ini adalah berpandukan data-data tersebut. Maka, mereka telah mempunyai data yang cukup untuk membuat keputusan dalam mengimplimentasikan sistem ALB. Walaubagaimanapun, gesaan agar ISLA diiktiraf kedudukan dan kuasanya tidak mendapat respon daripada bonda sendiri.

3) Menuju ke akhir sesi, dewan kembali hangat dengan soalan dan kenyataan daripada saudara fakhrul. Beliau memperkenalkan diri sebagai pelajar uiam, tahun tiga, mempunyai lesen kenderaan serta menjalankan binses di dalam uiam dibawah seliaan EDC. Persoalan yang dibangkitkan ialah apabila beliau ditahan oleh polis bantuan kerana memandu kereta di dalam uiam. Beliau menegaskan bahawa kereta yang digunakan adalah pinjaman daripada sahabatnya daripada tahun 4 dan mempunyai sticker yang sah. Maka ia tidak melanggar peraturan uiam yang melarang pelajar selain tahun 4 untuk membawa kereta ke kampus. Persoalannya sekarang ialah beliau dengan lesen yang sah, kereta yang halal telah ditahan dan dileter kerana memandu di dalam kampus. Beliau juga mendakwa ada seorang pelajar telah disaman kerana berbuat sama seperti beliau. Tuan Zulkifli kemudiannya kelihatan berang dalam menjawab persoalan tersebut. Malahan bonda sendiri saya kira keliru dan tidak mengetahui berkenaan undang-undang tersebut. Reaksi mereka jelas menafsirkan tanggapan saya. Setelah beberapa pertukaran soalan dan penjelasan, Prof Zaleha menggunakan kuasanya selaku Rektor mengarahkan agar saman kesalahan diangkat buat masa sebulan bermula hari ini sehingga 6 Mei 2017. Di dalam tempoh masa sebulan ini, kajian akan dilaksanakan berkenaan undang-undang tersebut serta tiada surat saman dikeluarkan, hanya surat amaran sahaja yang akan dikeluarkan. Pada pandangan saya, undang-undang berkenaan larangan memandu walau dengan kereta yang halal ini terlalu ekstrem. Pelbagai kes boleh berlaku seperti keadaan kecemasan yang memerlukan pelajar meminjam kereta rakan mereka perlu dipertimbangkan. Selain daripada itu, saudara Fakhrul mencadangkan agar Osem mengguna pakai sistem kad seperti yang dilaksanakan di perpustakaan Al-Hikmah. Dengan sistem ini, semua pelajar boleh mengaktifkan kad mereka dan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai kenderaan sahaja seperti sekarang.

4) Beberapa cadangan penambahbaikkan turut disuarakan ketika sesi dialog semalam. Kesemuanya adalah dari pelajar dan staff sendiri yang menggunakan sistem ini. Antaranya ialah:

a) Lorong bagi kereta dan motorsikal diasingkan kerana ia akan melancarkan lagi aliran trafik serta menghindarkan masalah kereta yang masuk dengan menggunakan pas motorsikal.

b) Pihak universiti meletakkan papan tanda yang besar berkenaan penggunaan pintu masuk dan sistem ini dihadapan pintu pagar 1 uiam agar pihak pelawat dan ibubapa ambil cakna sistem ini. Hal ini kerana ada ibubapa yang dilayan seperti bola kerana diarah untuk beralih ke pintu masuk tiga setelah menunggu hampir 30 minit untuk masuk melalui pintu pagar 1. Bonda sendiri mengarahkan Tuan Zulkifli untuk mengambil berat dan siasatan berkenaan perkara tersebut.

c) Unjuran agar abang-abang dan kakak-kakak Osem lebih murah senyuman dan berbudi bahasa.

d) Penganjuran lebih banyak briefing dan pengumuman tentang pelaksanaan sistem ALB. Meski kita faham ada pihak yang bersikap ignorant dengan tidak mahu mengambil tahu, pihak Osem perlu lebih agresif dalam memberikan maklumat berkenaan ALB. Namun saya hargai usaha-usaha mereka sendiri dan kasihan dengan golongan ignorant itu sendiri.

e) Pihak universiti juga sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pelajar selain tahun 4 untuk membawa kereta ke kampus. Namun dengan syarat mereka meletakkan kereta di kawasan Convest Hill. Hal ini masih lagi didalam perbincangan dan akan ditentukan kemudian hari.

f) Standard Operation Procedure (SOP) sistem ini dilihat semula secara teliti dan dikaji untuk penambahbaikkan.

g) Satu jawatankuasa khas diwujudkan untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem ALB. Jawatakuasa ini harus dibarisi oleh wakil daripada OSem, Universiti, pelajar dan pihak-pihak berkepentingan.

   Sesi pada petang ini ditutup dengan sedikit penggulungan daripada bonda. Bonda menekan kan bahawa kita adalah sebuah keluarga dan "the fact that everyone that come today shows that you concern about the university". Beliau hargai kehadiran kesemua pihak yang sudi datang berbincang pada petang ini. Beliau juga berkata akan terus berhubung dengan SRC untuk mendengar feedback daripada pelajar berkenaan isu ini. Sebelum majlis ditutup, seorang wakil Student Representative Council (SRC) bangun dan menyampaikan tuntutan SRC17. Antaranya ialah:

 i) Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada petang ini dan sokongan anda terhadap tahap kelestarian universiti kita.

ii) Pihak Osem perlu lebih kmprehensif dalam menyampaikan pengumuman berkenaan sistem ALB. Hal ini kerana SRC ditekan oleh pelajar untuk meminta jawapan tetapi mereka sendiri tidak mempunyai jawapan ataupun maklumat yang cukup untuk menjawab persoalan tersebut. Meski beberapa perjumpaan telah diadakan antara SRC dan OSem tetapi ia tidak mencukupi.

iii) Pihak UMC melihat dan mengambil serius 5 tuntutan yang telah dikeluarkan hasil perdebatan di dalam ISLA. Ini adalah bukti suara pelajar dengan 98 undian daripada pemimpin-pemimpin pelajar mempersetujui tuntutan ini.

 

   Majlis tamat pada jam 6.45 minit petang dan semua hadirin bersurai. Baiklah, ini adalah pandangan peribadi saya selaku pemerhati bagi sesi dialog semalam. Pada saya, sesi dialog semalam tidak mencukupi dan masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Pelbagai persoalan masih tidak terjawab dan secara keseluruhannya isu ALB ini tidak selesai. Benar, perkara sebegini tidak boleh diselesaikan dengan satu perjumpaan ringkas berdurasi 1 jam 45 minit sahaja. Seharusnya ada perjanjian komitmen untuk pertemuan-pertemuan akan datang. Malahan, suasana dan masa yang dipilih untuk sesi perbincangan kurang sesuai kerana pada waktu petang sebegitu manusia telah berada di dalam keadaan emosi dan fizikal yang penat, lemah. Hal ini menyebabkan banyaknya pertanyaan dan jawapan yang disuarakan dengan keadaan emosi yang kurang stabil dan penuh perasaan. Cadangan saya, agar diadakan perbincangan pada masa yang sesuai, dengan peruntukkan masa yang mencukupi serta kesediaan kedua-dua belah pihak untuk berunding. Jika tidak, hasilnya hanya pertukaran soalan dan jawapan yang tidak membawa sebarang penyelesaian. Namun, harus kita hargai usaha dan komitmen semua pihak yang sudi hadir demi membincangkan isu ini. Harapan saya, segala cadangan dan persoalan yang telah dilontarkan oleh pelajar didengari pihak universiti. Dan juga pelajar menerima sistem ini sebagai langkah menjaga keselamatan mereka di dalam kampus. Saya secara peribadi menyokong sistem ini namun pelaksanaannya perlu dikaji dan diperbaiki lagi. Masih banyak ruang untuk penambahbaikkan boleh dilakukan.

   Akhir kata, universiti ini milik kita bersama, kepunyaan kita dan kesayangan kita. Maka sama-sama lah kita menjaganya dan memeliharanya.

*disklaimer: Penulis adalah pemerhati dan hanya menulis semula isi-isi perbincangan yang sempat dicatit ketika sesi dialog terbuka berkenaan. Jika ada kesalahan maklumat, boleh segera maklumkan agar dapat diperbaiki. Maklumat rasmi dan penuh mungkin akan dikeluarkan pihak SRC ataupun IIUM Today kelak. Terima kasih

Sunday, November 27, 2016

Leadership Styles


There are many types of leaders. Each of them has its very own pros and cons. But today i am just going to share two types of leader. Hopefully this could give you an inspirations or idea to figure out what type of leader are you. smile

1. TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP

Certain leaders literally transform their organizations by making sweeping changes to revitalize & renew operations. Transformational leaders, they are charismatic leaders, Enthusiastic,and self-confident. Transformational leaders are able to clearly communicate his/her vision of how good things could be.
Transformational leadership occurs when a manager:

  •         Makes subordinates aware of the importance of their jobs/ performance to organization by providing feedback to worker
  •         Makes subordinates aware of their own needs for personal growth, development, and accomplishment
  •         Motivates workers to work for the good of the organization as a whole, not just for their own personal gain and benefit 
  •         Empowering workers to help with solutions 
  •         Engaging in the development of employees by working hard to help them build skills 
  •         Being excited & clearly communicating excitement to subordinates
  •         Openly sharing information with employees so that everyone is aware of problems and the need for change



2. TRANSANCTIONAL LEADERSHIP

  •        Use reward & coercive powers to encourage high performance - they exchange rewards for performance & punish failure
  •       Push subordinates to change but do not seem to change themselves
  •       Do not have the “vision” of the transformational leader



Sunday, October 16, 2016

[BONGKAR] 7 Rahsia Tenang ketika bercakap di khalayak ramai

   

   Tangan menggigil-gigil, tekak tiba-tiba kering, peluh sejuk mengalir di kepala dan berbagai lagi simptom yang mungkin anda hadapi apabila diminta bercakap ataupun berucap di hadapan khalayak ramai. Kadang-kala hanya ingin membuat pengumuman kepada 10 orang sahaja bisa membuatkan kita gementar, gelabah tak tentu arah dan segalanya jadi kelam-kabut. benar?


   Tipulah kalau kata anda tak pernah menghadapi perkara ini, hatta mereka yang berpengalaman dan hebat-hebat pun masih akan merasai perkara yang sama. BEZAnya adalah cara mereka mengawal dan menguruskan perasaan gemuruh tersebut. Baik, inshallah kali ini saya cuba kongsikan rahsia kekal tenang dan yakin apabila berucap di hadapan khalayak ramai. Sedari juga bahawa rahsia yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan amalan saya sendiri. Jika anda rasa ia kurang membantu, rajinkanlah diri untuk mencari pelbagai buku dan video yang membicarakan hal ini.


duduk tegak, betulkan kolar baju. renung mata awak.
  1. BERNAFAS. ini yang paling penting dan terawal sekali, kena bernafas! hahaha. Kawal pernafasan anda juga agar tidak kedengaran di pembesar suara. Jika anda merasakan deruan nafas anda boleh didengari, jauhkan sedikit mikrofon daripada mulut dan tinggikan suara anda. Jangan dah jauh mic tapi suara perlahan, nanti kedengaran seperti berbisik-bisik pula. okay?
  2. Seterusnya ialah anggap semua audiens yang berada dihadapan anda adalah kanak-kanak ribena kecil yang comel-comel tu. Walaupun realitinya ada antara mereka yang lebih tua daripada anda, buat masa ini bayangkan mereka seperti anak-anak kecil dan andalah orang dewasa. Cara ini berkesan untuk memastikan anda kekal selesa dan tidak gelabah kambing jika ada tersalah cakap mahupun tersasul. Sesetengah pihak juga memberi analogi yang lebih ekstrem dengan membayangkan audiens tanpa sehelai benang di badan, dan hanya anda yang berpakaian lengkap!. Ini adalah dengan tujuan agar kita tidak merasa malu dengan mereka. Dapat ? haha
  3. Bercakap dengan memandang kawasan wajah pendengar. Komunikasi yang baik adalah apabila kita membuat eye-contact dengan insan yang sedang kita berkomunikasi. Namun di dalam kes buat beginner seperti ini, memandang mata audiens mungkin akan menjadi faktor yang membuat anda semakin gelabah dan gementar.. Maka halakan pandangan mata anda ke dahi mereka mahupun bahagian mulut dan pipi mereka. Dengan cara ini anda mengekalkan fokus anda kepada audiens namun dapat mengelakkan melihat terus ke mata mereka. Selepas anda telah settle down, barulah cuba melihat terus ke mata audiens. Paling penting sekali jangan bercakap dengan mata yang hanya melihat skrip di tangan ataupun lantai di bawah. Ini akan membuatkan audiens merasakan kewujudan mereka tidak anda endahkan dan akhirnya menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendengar apa yang anda katakan.
  4. Bercakap untuk difahami bukan bercakap nak habis cepat. Ramai orang menghadapi masalah dalam menyampaikan sesuatu arahan kerana mereka nak habis cepat dan bukan nak difahami. Sebagai contoh, ketika seorang game master menerangkan tentang permainan explorace dan tatacara permainannya, ada kumpulan mengadukan masalah yang mereka tidak faham kerana arahan yang diberikan terlalu banyak dan pantas. Seharusnya game master memberi penerangan dengan kadar yang perlahan dan jelas. Bagaimana? haa caranya adalah dengan bercakap sepatah-patah dan tidak bersambung. Sepatah-sepatah disini bukan bermakna satu saat satu perkataan namun ia jelas dan boleh ditangkap oleh telinga. Kadangkala bila kita hanya fikir untuk habis cepat ia menyebabkan kita secara tidak langsung sebenarnya berleter. Anda tahu berleter bagaimana? bercakap melarat-larat dan mengulang point yang sama tanpa kita sedari. Jadi, tarik nafas dan bercakap dengan perlahan dan tenang.. abaikan keinginan untuk habis cepat itu ya!
  5. Calm button. Cipta satu butang tenang ataupun calm button. Selama ini kita selalu dengar orang kata hit the panic button kan? kali ini kita perkenalkan calm button pula,hiks. Baik, mudah sahaja pelaksanaannya. Calm button berfungsi untuk menenangkan anda dengan serta merta. Pilih satu gaya atau objek untuk anda pegang ketika sedang gemuruh, dan jadikan ia sebagai calm button anda. Tetapkan fikiran dan otak kita untuk merasa tenang sebaik sahaja button ini ditekan. Sebagai contoh, saya menjadikan jam tangan saya sebagai calm button saya. Apabila saya menyentuh jam tangan saya, seperti membetulkan posisinya mahupun sekadar menggosok skrin jam, otak saya telah disetkan untuk memberi signal agar badan saya tenang. Cara ini mengambil masa dan banyak percubaan sebelum ia benar-benar berkesan. Selepas beberapa belas kali latihan dan percubaan, anda akan terbiasa dan suka menggunakan teknik ini. Jadi ingat, pilih satu calm button, setkan otak anda dan aplikasikan ia bila-bila masa sahaja sebanyak mana yang anda mahu. Inshaallah berkesan. Tapi ingat, jangan pegang sepanjang masa, hanya guna ketika benar-benar gelabah dan dalam durasi yang singkat.
  6. Genggam objek. Bawa objek kecil untuk anda genggam atau pegang ketika bercakap. Tindakan ini akan mewujudkan perasaan seolah-olah anda ditemani seseorang dan tidak keseorangan. Contoh objek adalah seperti klip kertas, duit syiling mahupun butang baju melayu. Pegang dan larikan objek di dalam jemari anda untuk meredakan gemuruh. Namun, jangan melakukan pergerakkan yang terlalu nyata hingga audiens tertanya-tanya apa di dalam genggaman anda! gelak.
  7. Fokus pada audiens yang berminat dengan pengucapan anda. Teknik ini juga sangat berkesan bukan sahaja kepada diri anda tetapi kepada audien tersebut. Ketika anda berucap, cari seorang audien yang berminat dengan ucapan anda. Karekteristik mereka kebiasaannya adalah mereka yang memerhati dan memberi perhatian pada anda. Posisi badan mereka melentur ke hadapan menunjukkan fokus mereka. Ciri lain pula adalah mereka mendengar dan mencatat apa yang anda katakan. Baik bila dah jumpa, teruskan berucap seperti biasa namun beri lebih perhatian kepada mereka. Contohnya dengan senyum kepada mereka, anggukkan lembut dan tidak kurang juga mengajukan soalan dengan gerak mata anda. Kebiasaannya mereka akan memberi respon kepada anda dan ia membuatkan mereka rasa dihargai. Inilah yang saya katakan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Anda merasakan ada penyokong dan mereka pula rasa dihargai dan diketahui kewujudannya.

ESKTRA
  1. Berjalan. Jika anda berucap dalam keaadan tidak formal makna kata tanpa rostrum taktahu ejaan sebenar dia, berjalanlah di sekitar pentas untuk menguasai pentas tersebut. Apabila anda bergerak, ia secara tidak langsung  menarik perhatian audiens untuk bersama dengan anda. Namun jika di dalam majlis formal, kita tidak boleh berjalan tetapi kita boleh ubah posisi dan arah badan kita. Halakan tubuh ke arah kiri  dan kanan dalam selang waktu agar semua audiens merasakan anda bercakap dengan mereka. Mereka akan merasakan apa yang anda perkatakan itu khas untuk mereka apabila kita memandang ke arah mereka dan ditambah pula dengan posisi tubuh yang menghadap mereka.
  2. Senyum. Sentiasa cuba untuk paparkan wajah yang manis walau di dalam hati beribut, taufan tsunami segalanyalah!. Jika tidak senyum pun jangan kerutkan dahi jika anda gagal membaca teks dengan baik. hanya pastikan air muka tidak terlalu takut dan tidak jugak senyum sentiasa! nanti orang kata gila,haha.. Tapi seronok sebenarnya senyum ini, ia membawa aura yang positif... senyum
   Itulah sahaja sedikit sebanyak perkongsian daripada saya untuk bagaimana kelihatan tenang ketika berucap di khalayak ramai. Jika hendak dikatakan hebat, ada berpuluh lagi insan yang lebih layak unutk membicarakn perkara ini, dan saya hanyalah sebagai pembuka minat anda untuk membaca dan mencari rahsia ini. Dalam bahasa mudahnya, saya hanyalah nasi tambah kepada hidangan utama. Hidangan utamanya boleh didapati daripada mereka yang lebih berkelayakkan. Moga apa yang saya kongsikan ini membantu anda dan memberi manfaat baik kepada anda dan saya juga. Dah baca dan hadam nanti, cubalah aplikasikan dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain! Dan jika anda nak berkonsi pengalaman setelah mencubanya mahupun berkongsi tips-tips lain, silakan tinggalkan komen dibawah ya! Selamat mencuba dan selamat berucap!! senyum

malu-malu kenapa tu? hiks!

Friday, September 30, 2016

Seloka STUFFFEST 3.0


saudara saudari hendak kemana tu,
marilah kesini duduk dahulu,
dengarkan ini angan ceritaku.
bentar sahaja ibarat angin berlalu,

Ku kira hampir setahun berlalu,
telah lama dipendam rasa rindu,
akhirnya dikau muncul di depanku,
inilah STUFFFEST yg ditunggu-tunggu.

HS square tempat pertama bertemu,
memori di CAC terpasak di kalbu,
tahun ketiga engkau semakin padu,
kini Convest Hill tempat terbaru.

beraneka juadah pelbagai menu,
tak lupa minuman sesejuk salju,
hampir semuanya ada hatta baju,
kosonglah wallet tak berpenunggu.

sabar saudara jangan bangun dahulu,
ada lagi perkara yg perlu kau tahu,
sambil membeli dengar nasyid dahulu,
kami hidangkan juara IMCW.

lembut tutur indah bicaranya,
akhlak terpuji seiring perwatakannya,
saksikan heliza helmi di hadapan mata,
bual bicara perihal pelajar berniaga.

Tak lupa buat kelab STUFF tercinta,
genap 15 tahun kini telah bernyawa,
sukacita kami ingin meraikannya,
jemput singgah pameran jejak hidupnya.

Jangan lupa tegur viners terkemuka,
juga peluang bersua barisan artis CITRA,
Eh kejap rumah hantu pun ada,
malah cake baking bersama Giatmara.

kini dah tiada modal nk dicerita,
izinkan saya menyusun kata,
jemputlah semua kita meriahkan bersama,
STUFFFEST 3.0 menanti tuan hamba.

hampir sahaja hamba terlupa,
perihal tarikh dan juga masa,
dari tanggal 3 hingga 7 oktober,
bermula 4 ptg hingga 10.30 mlm sahaja

terima kasih tuan luangkan masa,
membaca cita ku yang tidak seberapa,
namun di stufffest nanti harap bersua,
murahkan senyuman kita bermesra.




Tuesday, September 06, 2016

Ada apa dengan TAWE?

  

   Tanyalah pada sesiapa sahaja pelajar UIA ataupun bekas pelajar Uia, mereka pasti tahu tentang Taaruf Week (TAWE). Taaruf week adalah minggu orientasi buat pelajar-pelajar baharu di UIAM sama ada di peringkat asasi mahupun ijazah. Program ini wajib dihadiri semua pelajar yang menuntut di UIAM. Di universiti-universiti lain program orientasi ini mempunyai nama tersendiri antaranya Minggu Destini Siswa, Minggu Mesra Pelajar dan Minggu Perkasa Putra. Secara amnya, semua program ini mempunyai matlamat yang sama, yakni sebagai pengenalan dan jabat tangan kepada penuntut-penuntut baharu sesebuah institusi tersebut. Jadi apa yang menariknya tentang Taaruf week di UIA berbanding universiti-universiti lain? apa perbezaannya dengan minggu orientasi selain daripada UIAM? haa ini yang nak dicerita ni, senyum. Inshallah saya akan cuba sampaikan dengan adil bagi kedua-dua pihak kerna saya sendiri pernah melalui taaruf week. Pertamanya sebagai pelajar baharu sewaktu tahun pertama dahulu dan daripada sisi seorang ahli jawatakuasa penggerak taaruf week.

Bismillah.

Pandangan seorang graduan Taaruf week

   Dari sudut pandang seorang pelajar yang melalui taaruf week, tidak dinafikan ia terlalu padat dengan ucapan dan segala jenis taklimat. BAYANG kan hampir semua department yang ada di dalam UIA akan memberi taklimat tentang tugas dan bidang kerja mereka disini. Semuanya dilaksanakan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan kerana umum maklum UIAM adalah universiti bertarafkan antarabangsa justeru bahasa inggeris adalah bahasa utama disini. Kesemua taklimat dan ucapan ini sememangnya bosan dan kurang daya tarikan. Mungkin speakers yang terlibat boleh memikirkan cara atau pendekatan baharu untuk menjadikan ia menarik pada pelajar-pelajar. Tetapi harus saya akui taklimat ini amat penting lebih-lebih lagi berkenaan pendaftaran subjek, hal ehwal kebajikkan pelajar dan yang paling utama, sesi pendaftaran unuk akses WI-FI, haha..

   Di sebalik perkara-perkara ini sebenarnya ada juga sisi indahnya taaruf Week ini. Antaranya ialah anda akan diberikan makanan percuma sebanyak 3 kali sehari sepanjang Taaruf week, wahhh~ tak cukup dengan itu, yang hidang dan edarkan makanan tu abang-kakak senior yang baik, peramah dan sejuk mata mandang.eh? senyum. Selain daripada itu, semasa Taaruf week ini jugalah peluang untuk anda melebarkan jaringan persahabatan dengan rakan-rakan dari kuliyyah lain. Ambil peluang dan tegur seberapa orang yang anda mampu, kesannya nanti anda akan ada networking yang luas di serata kampus. Tak rugi pun buat kawan, yang rugi buat musuh dengan abang-kakak komiti. Biasalah dalam keadaan begini mesti ada perselisihan faham ke apa, maafkanlah dan move on..jangan simpan lama-lama sebab 4 tahun ni duduk sini. Setiap hari ada kebarangkalian untuk kita bersemuka, takkan nak bermasam muka setiap kali jumpa kan? tak best laa nanti..

   Jika di universiti lain semangat kolej kediaman amat dititikberatkan dan menyatukan pelajar-pelajar. Namun di UIA tiada semangat kekitaan begitu kerana kami tinggal di mahallah yang hampir 17 buah bilangannya. Walau berbeza mahallah, namun tiada kesepaduan sangat kerana antara mahallah pun tiada persaingan. Ia lebih kepada menang sama-sama, kalah sama-sama. Boleh ke macam tu? haha.. Seperkara lagi mengenai Taaruf week ialah pada waktu ini kita dapat berjumpa dan kenal semua pegawai ataupun insan-insan yang penting di dalam universiti. Tak terkejut pun kalau ada yang hanya jumpa rektor sekali sahaja di sepanjang 4 tahun pengajian disini, lebih-lebih lagi student yang jenis kategori 3K, kelas, katil dan kuliyyah. Hatta yang aktif pun jarang berpeluang untuk berjumpa dengan rektor apatah lagi presiden UIAM, Tan Sri Rais Yatim. Makanya sewaktu TAWE la anda berpeluang nak bersua dengan mereka ini. Akhir kata sebagai seorang graduan TAWE, taaruf week amat penting buat pelajar-pelajar baharu meskipun terkadang membosankan dan mengantuk. But it's for your own good, we are adult now. You know which are your priorities right? Kalau setakat nak ponteng sebab malas nak dengar briefing atau kena ikut dress code bagai, how you gonna cope with outside world nanti? lebih-lebih lagi kalau dah kerja dalam industri dan dapat bos yang cerewet ke apa,haa. Jadi kat sinilah langkah pertama untuk kita belajar tundukkan ego dan ikut peraturan walaupun kita dah boleh dikira dewasa. gituuu. Ok, next kita dengar dari sisi ahli jawatankuasa pulak!

Pandangan seorang committee Taaruf week

   Tahun ini merupakan tahun ketiga saya di berada di UIA. Sudah semestinya telah berbagai program dan aktiviti yang telah saya sertai selama ini. Jika tidak banyak pun, kata orang dah merasa la sedikit sebanyak manis peritnya berprogram di dalam UIA. Daripada program-program dan kelab ini jugalah saya belajar banyak perkara. Belajar membina persahabatan, belajar berurusan dengan orang atasan, pelbagai kelompok umur dan tidak lupa juga belajar hidup bermasyarakat. Kerna pada saya, hidup di universiti jauh daripada sekadar ke kelas dan bilik sahaja. Nak dijadikan cerita, menjadi salah seorang committee taaruf week adalah salah satu daripada wishlist saya sebelum grad dari UIA nanti. Semuanya sebab ajakan dan cerita yang molek-molek daripada senior dan kawan-kawan yang dah pernah menjadi committee taaruf week. Akhirnya selepas 2 tahun melihat sahaja orang lain menjadi committee, saya putuskan untuk mencuba nasib menghantar borang permohonan ke Student Development Affairs (STADD) untuk menjadi committee taaruf week. Terdengar juga cerita yang ada brothers and sisters yang dah apply bukan dua, tetapi tiga kali namun tak diluluskan. Mungkin sebab rezeki mereka belum sampai en, saya pun macam cuak la juga.sikitlah,haha.. Tup tap! Alhamdulillah permohonan saya diterima,yeay!

   Sewaktu mengisi borang permohonan, pilihan biro pertama yang saya isi adalah biro katering. Sebab apa? sebab dekat dengan makanan.haha.. Alhamdulillah dengan kuasa allah, saya berjaya masuk ke biro Special Task (SPETA) yakni pilihan ke empat!ahaha.. Tapi sebenarnya saya tak berapa kisah dapat biro mana sebab memang nak cari pengalaman kan. Tipu je, nak elak DNI dengan PC sebenarnya, no hurt feeling,haha sorry  #DniSado dan #PCFair :') . Sebab pada saya, awal-awal ni taknak yang berat-berat dan mencabar sangat. Budak-budak biro DNI dan PC ni kira hebat la sebab diorang akan banyak sangat deal dengan students, ibu bapa students, officers dan lain-lain. Jadi sebab tu saya belum bersedia untuk kerja-kerja yang macam tu. Ok kembali kepada Speta, syukur sangat, sungguh! sebab dapat masuk dan bersama dengan mereka ini. Tapi sebelum saya bercerita lanjut tentang Speta, lemme just briefly explain jobscope and functions of each bureau okay?. We have 8 bureau all together, lead by 4 four member of the mainboard.

Mainboard


   Mainboard terdiri daripada empat jawatan penting yakni Programme Manager (PM), Assistant program manager (APM) dibantu oleh Secretary (SU) dan Assistant secretary (ASU). Kebiasaannya di dalam setiap program ada Financial controller (FC) tetapi untuk program TAWE tiada. Sedikit penjelasan tentang bidang kerja mereka, yang paling utama ialah untuk memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Mereka inilah penghubung, jambatan antara committee pelajar dan officers dari UIA. Sewaktu hari kejadian kerja mereka ini memang tak nampak sangat dan macam berlenggang sahaja. Namun sebenarnya banyak kerja mereka adalah di belakang takbir dan sebelum program bermula. Tugas lain mereka pula yang macam sempoi adalah perlu menemani tetamu bagi setiap slot yang ada di dalam taaruf week. Contohnya slot bersama Admission and Record (AMAD). Sewaktu slot ini akan ada tetamu yang datang yakni wakil daripada AMAD. Jadi salah seorang daripada mereka akan duduk di pentas bersama-sama dengan tetamu untuk menemani mereka. Senang kan? tapi bosan gak kalau duduk lama-lama atas tu.sayalah.haha...Sebelum kami berkerut dahi dan pening sana-sini, mereka terlebih dahulu telah pening seluruh alam,haha. Sungguhlah, orang-orang yang terpilih untuk memegang jawatan BIG 4 ini hanyalah mereka yang hebat-hebat belaka! Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Bro Syauqi selaku PM, Sis Liyana sebagai APM, Bro Amin sebagai SU dan Sis Rasya merangkap ASU bagi Taaruf week semester 1 2016/2017. Mereka ibarat nakhoda yang memimpin kami, kapal committee taaruf week :')

master mind taaruf week sem 1, 16/17


Programme Coordinator

   Inilah antara biro yang mempunyai kekuatan yang paling ramai, bersaing dengan biro Dni. Bukannya bersaing sangat pun, cuma kebiasaannya bilangan mereka ramai dan lebih daripada biro-biro lain. Dua biro yang memiliki keahlian teramai adalah biro PC dan DNI. Apa itu biro DNI? kejap lagi kita cerita ye, meh sembang tentang PC dahulu. Antara tugas utama program coordinator adalah untuk memastikan slot-slot berjalan dengan lancar dan terurus. Mereka juga terlibat secara langsung dalam mengawal suasana dewan serta disiplin pelajar di dalam dewan Cultural Activity Centre (CAC). Kemasukkan pelajar ke dalam CAC, susun atur kedudukan brothers and sisters, pengacara majlis, semua ini berada di bawah bidang kuasa mereka. Di dalam biro PC itu sendiri telah dipecahkan kepada beberapa tugas. Contohnya ada PC VIP yang akan escort Vip's yang hadir, PC emcee yang akan menerima que untuk emcee mula atau tidak, PC multi media yang akan kawal segala jenis media seperti tayangan video dan pembentangan slide seperti diminta oleh speakers dan yang terakhir sekali PC hall, dimana tugas mereka adalah untuk menjaga pergerakkan students sepanjang berada di dalam slot. Kebiasaannya kerja-kerja seorang PC memerlukan keyakinan diri yang tinggi dan ego sikit, kerna mereka akan berdepan dengan pelabagai ragam pelajar dan tak kurang juga tetamu jemputan yang cerewet. Sebab itu siapa yang dapat menjadi PC market dia tinggi sikit, sikitlah.haha.. Tagline depa taktahu kenapa hipster sangat, nak tau tak? nah>  #PCFair

Biro PC pimpinan Hanis dan Aqilah

Discipline and Ibadah 

   Dengar nama pun dah tegak bulu roma kan? apatah lagi kalau berhadapan dengan mereka,haha. Tapi sebenarnya mereka ni semua baik sangat, periang pula tu cumanya bila sedang bertugas kenalah tegas sikit. Kalau sepanjang masa berlembut, mana orang nak dengar cakap nanti,haa. Jadi apa perbezaan biro DNI dengan biro PC tadi? beza dia ialah biro DNI akan mengawal disiplin dan pergerakan pelajar-pelajar di luar daripada kawasan dewan CAC. Bidang kuasa mereka meliputi seluruh kawasan di dalam pagar UIA kecuali di CAC. Gempak kan? dan penat la semestinya. Mereka inilah insan yang bertanggungjawab untuk memberi stickers untuk para pelajar baru penuhkan pada attendance slip mereka. Pentingnya attendance slip ini untuk dipenuhi ruang kosongnya dengan stickers tersebut adalah kerena  kalau tak cukup sticker, kena re-taaruf semula! sanggup ke nak kena join lagi sekali semua sesi taaruf nanti? tersedak. Dan tugas yang mencabar bagi seorang ahli biro DNI adalah untuk sesi wake-up call di setiap mahallah. Uniknya taaruf week di UIA, setiap pelajar baharu wajib bangun awal dan solat subuh berjemaah di masjid Sultan Ahmad Shah, masjid kebanggaan warga al-jamiah al-islamiah al-alammiah maliziya. Bayangkanlah lelah menghantar pelajar pulang ke mahallah pada jam 11 malam belum hilang, jam 4 pagi sudah perlu ke mahallah-mahallah sekitar UIA untuk wake-up call..kuatkan mereka? idolaaa~ Jadi adik-adik semua, ucap terima kasih pada mereka ya, jangan masam muka atau marah-marah bila kena kejut awal pagi.haha
jazakallah #DNISado
 Biro DNI dipimpin oleh Las dan Ain

Multimedia 

   "Senyum sikit"dan "lambai sini korang" adalah antara ayat wajib yang akan keluar daripada mulut setiap photographer biro multimedia, (MM). Dengan tagline #MMdapnyeww , biro MM antara yang sibuk juga disepanjang taaruf week. Jangan disangka kerja mereka mudah dengan sekadar mengambil gambar sahaja, segala video montaj, muzik kemasukkan tetamu, slide dan video presentation semuanya di bawah jagaan mereka. Tidak lupa juga nametag yang dipakai oleh para committee. Bermula daripada sesi fotografi kemudian editing dan printing, semua diselesaikan oleh biro MM. Dan, nak tahu tak apa yang paling menarik dengan biro MM pada sesi taaruf week semester 1 2016/2017 ? SEMESTINYA video pengenalan para committee kepada adik-adik yang cool sangat! Dengan berkonsepkan time freeze dan penceritaan yang berbeza bagi setiap biro, mesti korang akan tengok berpuluh kali sebab kagum dengan hasil kerja depa. Boleh tengok full video kat sini Knowing you knowing me Thanks #MMdapnyew!

Oh ye, video gimmick pun best jugak, boleh tengok di sini video gimmick taaruf week sem 1 16/17

 Biro MM dipimpin oleh Abd dan Aid

Catering

   Bila baca catering sahaja terus teringat apa? jangan tipu saya tahu apa anda sebut. MAKANAN. senyum lebar. Ada 1 benda yang amat berkuasa hinggakan orang yang stress pun boleh jadi rileks lepas dapat benda tersebut, tak lain tak bukan adalah makanan. Serius biro katering function teroks sepanjang taaruf week. Bermula daripada induction kami para committee di UIA hingga ke Janda Baik, kemudian makanan adik-adik di sepanjang taaruf week dan akhir sekali Appreciation dinner committee pada 30 Ogos 2016. Kesemuanya disusun atur dan diselia dengan baik oleh biro katering. Setiap pagi bila kami biro-biro lain datang ke OR untuk morning gathering sebelum mula bekerja, breakfast telah pun mereka sediakan. Selain itu malam pula kira-kira dalam jam 9.00 mereka dah sediakan supper. TERHARU sangat bila amik makanan di pantry biro katering, Pada plastik makanan tu mereka ada tinggalkan ucapan dan kata-kata semangat untuk kami. Wah so sweet la biro catering nih! Segala hal ehwal makanan kami selama dua minggu menjadi committee taaruf week dijaga dengan baik lebih-lebih isu alergik pun diambil kira. Tak boleh tahan bila ada yang claim dia boleh makan ayam sahaja, benda lain semua dia alergik, herm musykil.haha. terima kasih sangat kepada biro catering dengan hashtag #CoolCat sebab jaga kebajikkan dan keharmonian perut kami sepanjang taaruf week. senyum
 Biro catering dipimpin oleh Pakrab dan Nazee


Welcoming and Welfare

   Terkenal dengan backpack merah tergantung di belakang badan, kotak first aid di tangan dan senyuman manis menawan, inilah biro welfare dan welcoming!.  Secara amnya tugas biro welcoming and welfare (welwel) adalah untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baharu, layan ibu bapa mereka, dan semestinya seperti nama mereka, menyediakan rawatan untuk kebajikkan pelajar-pelajar termasuklah committee. Jika ada pelajar baharu yang baca entry ini, ingat tak ada committee yang jaga dan usher anda semasa sesi pendaftaran mahallah? merekalah insan-insan tersebut. Mesti ada punya yang kena tolong angkat beg adik-adik, tunjuk lokasi bilik dan sebagainya. Jangan risau mereka ni semua ikhlas ingin membantu. senyum. Taaruf week kali ini juga menyaksikan pelbagai drama dan kemalangan yang berlaku. Ada yang pengsan, demam paling ramai dan tak terlupa paling epik sampaikan tangan berjahit. allahu, moga allah kurniakan kesembuhan segera kepada yang terlibat. Terima kasih atas kecekapan mereka jugalah semua kes-kes ini dapat diuruskan dengan baik. Tagline biro welwel adalah #welwelskru sebab kata mereka perangai masing-masing tak betul macam orang hilang skru. Tak faham? buat-buat faham okay! Thanks #welwelskru !

 Biro welwel dipimpin oleh Zuhairi dan Sofya

Registration

   Biro registration bertanggungjawab untuk segala jenis pendaftaran ketika taaruf week. Mereka jugalah yang menguruskan sesi taaruf kit distribution. Taaruf kit distribution adalah slot pengagihan barang-barang sempena taaruf week kepada pelajar-pelajar baharu. Antara barangan tersebut ialah beg taaruf, t-shirt taaruf, pamplets dan yang paling best untuk semester kali ini adalah baju korporat!. Sudah menjadi tradisi buat pelajar-pelajar baharu UIA untuk diberikan baju batik bagi sesi baiah mereka. Namun semester ini mereka diberikan baju korporat yang sangat lawa dan nampak elegan. Nak ceritanya kami committee pun dapat juga! suka sangat. Kerja-kerja biro registration juga kebanyakkannya adalah pre-event, makna kata mereka sibuk sebelum event dan kurang sedikit beban kerjanya sewaktu hari kejadian. Bayangkanlah nak sort beg dan t-shirt untuk hampir 1800 orang pelajar baharu, penat tu serius. Tapi bila semua kerja dibuat bersama dan ikhlas, penat tu tak terasa. Yang rasa hanya manis sahaja,eh?. Terima kasih #registretisss !

*sesi baiah ni dikira macam ikrar bagi norma masyarakat Malaysia. Namun sesi baiah amat penting dan dipandang tinggi di sini, seperti mana baiah aqabah di dalam sirah nabi tu. Baiah ni umpama kontrak antara pelajar dengan universiti.
 Biro Regist dipimpin oleh Syafiq dan Bella

Preparation and technical 

   Sesiapa yang pernah melalui taaruf week mesti akan ingat saat emcee umumkan anda kini " secara rasminya adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa Gombak! " kan? ingat tak kenangan tu. Suasana riuh sangat gaya macam dah grad sedangkan baru first year kan,ahaha.. Waktu ini jugalah anda dihujani dengan ribuan confetti keratan surat khabar dan belon-belon daripada siling CAC. Tahu tak kerja siapa semua tu? hasil titik peluh dan gigih biro preparation and technical (preptech) la tu,,. Bestkan?. Selain daripada itu, susun atur kerusi dan hiasan pentas juga adalah dibawah tugas biro preptech. Dan tidak semestinya biro preptech hanya terbuka untuk brothers sahaja, apa ingat sisters takda yang sado-sado jugak ke nak angkat kerusi bagai, adaa tau jangan terkejut! gelak. Daripada kami juga biro-biro lain amat berterima kasih kepada biro preptech kerna menyediakan operation room (OR) yang sejuk dan selesa disepanjang taaruf week ini. Tak lupa juga kegigihan biro preptech bersama catering dalam menyediakan posisi kerusi meja sewaktu appreciation dinner committee. Petang tu selepas baiah session memnag kami dah flat habis, tapi biro catering dan preptech masih bekerja untuk persiapan dinner. Kalian memang terbaik~  moga allah balas segala jasa #preptechketegaq !
 Biro Preptech dipimpin oleh Luke dan Huda

Special task

   Orang selalu kata save the best for the last kan? jadi saya simpan biro special task (speta) untuk yang terakhir kerana mereka istimewa di hati saya.pipi panas. Jadi ada apa denga biro speta ni? mesti anda tertanya-tanyakan apa bidang kerja mereka sampaikan diberi nama special task. okay begini, antara tugas utama biro speta adalah menguruskan peperiksaan arabic and english placement test buat direct intake students, tilawah proficiency test (TPT) dan juga Fundamental knowledge test (FKT). Kesemua ini kami uruskan dengan kerjasama daripada CELPAD, CLAV dan juga IIUM COOP. Oh terlupa, IIUM COOP terlibat dengan sesi kad matrik bagi pelajar-pelajar baharu. Menariknya semester ini, semua pelajar baharu akan melalui sesi fotografi dan terus diberikan kad matrik mereka dalam masa 30 minit sahaja. Jika pada TAWE terdahulu, kami semua harus menunggu selama dua minggu sebelum dapat bergaya dengan kad matrik UIAM, untungla adik-adik semester ini.huhu. Tugas lain biro speta pula adalah menjaga kaunter toilet di dalam dewan. Nak pergi tandas pun kena pergi kaunter tau, bukan apa tapi taknak korang ponteng slot-slot tu.haha.

group bonding di pantai Bagan Lalang

   Berada di dalam biro speta sesungguhnya membenarkan saya untuk menjadi diri saya sendiri. Sebab bila bersama dengan mereka saya rasa selesa. Walaupun di awal perkenalan kami sangat dingin dan sunyi sahaja, tapi selepas itu terkeluarlah perangai masing-masing. Head kami Nazirah yang cool sepanjang masa, tenang sahaja walau kami dah kelam-kabut sana-sini. Dibantu pula oleh graduating student, Afiq Azizi yang suka sengih  dengan mata mengantuk dia,haha sorri bos. Aqilah sister sopan sangat disaingi oleh Warda yang lembut je perwatakan. Kemudian ada Balqis yang gigih dalam semua benda termasuk bercerita, Huda yang sempoi merangkap emcee padu. Tak lengkap juga tanpa Azhar pujaan bebudak Aikol merangkap Presiden MRC Uthman. Tak cukup seorang presiden, kami ada Zahier kepochi merangkap presiden MRC Farouk hebat!. Zahier ni kelakar sangat dengan cerita-cerita dia yang best-best.gelak kuat. Pelengkap geng menghidup suasana selain Zahier ialah Nadiah, artis popular dan Anis Hannani. Mereka bertiga ni kalau tiada memang sunyi la OR speta tu. Bila ada ketiga-tiga orang ni meriah macam raya je,haha. Seterusnya budak-budak stuff yang memang saya dah kenal, yakni Izzati dan Pekqah. Di sini saya lebih mengenali mereka dan tahu sisi yang mungkin kami tak pernah nampak di dalam aktiviti kelab, boleh tahan kelakar diorang ni,gelak lagi. Biro speta juga ada seorang leftenan muda, yakni leftenan muda Husni yang terus join kami selepas tamat sesi pentauliahan di UM Petaling Jaya. Tidak lupa driver sensasi Shidaa yang memandu Suzuki Swift ketika trip group bonding kami ke Bagan lalang. Candle light dinner la katakan kat sana sambil dengar pengalaman daripada kak farah, student BENL final year final sem. Okay cukup 15 orang tambah saya yang ke enam belas bagi biro Special task. Berbagai kenangan manis terlebih gula tidak lupa pahit sampai menangis-nangis kami kongsi sepanjang dua minggu bersama. Walaupun kita bermula sebagai  stranger to each other, but we end it as family forever,
inshallah. Boleh ke gituh? haha..
sayang keluarga #spetapiupiu !

 Biro Speta pimpinan Nazirah dan Afiq


Alhamdulillah
   Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kerna daripada penyertaan saya di dalam Taaruf week kali ini mengajar saya berbagai perkara. Ilmu pengurusan program, ilmu berurusan dengan insan lain, mendidik sifat sabar, kerjasama dalam kumpulan dan bermacam lagi. Jika hendak disenaraikan disini mungkin akan berlarutan lagi entry ini dan anda akan bosan. Benarlah kata pepatah, antara guru yang terbaik ialah pengalaman. Terdapat jurang perbezaan yang jauh antara ilmu yang kita pelajari secara teori dengan ilmu yang dipelajari melalui aplikasi yakni pengalaman. Saya sendiri ada koleksi buku-buku memperkasa nilai diri seperti teknik-teknik komunikasi berkesan, membina karisma, membentuk personaliti menarik, dan juga bagaimana untuk memulakan perbualan dan membuat kawan. Kesemua buku-buku ini memang menjadi sumber saya dalam membina diri, namun ia kekurangan satu aspek iaitu praktikaliti. Makanya disinilah di dalam program seperti ini saya menguji dan merasai sendiri situasi dan teknik-teknik yang diajar di dalam buku tersebut. Pada mereka yang berminat dan sementara masih punya masa, saranan saya sertailah dan rajinkan diri menyertai program yang ada di universiti. Kalau nak merasa macam mana perasaannya menjadi committee Taaruf Week, jangan lupa ambil dan isi borang di Stadd. Maka dengan ini bolehlah saya dengan bangganya menggunakan hashtag #taweaddicts kerna saya rasa hati ini sudah terpaut erat pada TAWE!
akhirul kalam, kepada semua committee TAWE dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang taaruf week semester 1 2016/2017, terima kasih saya ucapkan dan maaf diatas segala salah dan silap. Moga kita bertemu lagi pada TAWE akan datang!

#SALAMsemua #taarufteam161 #keTawebersama #taarufweek #spetapiupiu #UIABest 

Maaf diatas peggunaan bahasa yang bercampur aduk. Disebabkan Uia adalah english speaking campus, ada sesetengah perkataan yang lebih saya selesa dan suka untuk mengekalkan perkataan bahasa inggerisnya di dalam entry ini.

Monday, August 15, 2016

Ibrah daripada skuad Chelsea 2015/2016

    

   Skuad CHELSEA bimbingan Jose Mourinho menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2014/2015 dengan penuh bergaya. Memenangi gelaran liga dengan berbaki tiga lagi perlawanan, mereka meninggalkan pasukan tangga kedua jauh dibelakang dengan perbezaan mata yang menggunung tinggi, 16 mata dihadapan Arsenal.. Mereka menyambut kejayaan pada minggu perlawanan ke 33 ketika menentang pasukan Crystal Palace, 25 kemenangan dan 2 kekalahan sahaja sepanjang musim. Menakjubkan!. Pada minit ke 42, Eden Hazard tenang menanduk masuk bola muntah selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol pasukan Crystal Palace. Usai tiupan wisel tamat perlawanan, pemain Chelsea berlari meraikan kemenangan. Jose Mourinho melambai ceria ke arah penonton, John Terry tunduk sebak, gelaran liga ke empatnya sepanjang menjadi kapten skuad London itu. Megah, meriah dan gegak-gempita stadium Stamford Bridge. One of the best day of my life!

Five reasons why Chelsea won the Premier League

  Namun tiada siapa mampu menjangka skuad yang dianggap formidable selepas kejayaaan mereka ini tersungkur jatuh pada musim berikutnya. The Blues melalui kempen terburuk mereka dalam misi mempertahankan gelaran tahkta Liga Perdana Inggeris. Walaupun masih dengan skuad yang terdiri daripada penyerang berbisa Diego Costa, midfield maestro Cesc Fabregas, dan PFA Player of The Year Eden Hazard, mereka menamatkan saingan musim 2015/2016 di tangga ke 10 liga. Satu pencapaian yang memalukan dan tidak patut bagi kelab besar seperti Chelsea. Jadi dimana salahnya mereka, apakah yang terjadi sebenarnya? apa ibrah yang dapat kita ambil daripada insiden ini.haa


KEHARMONIAN PASUKAN



   Pertama, keharmonian pasukan telah tiada. Perbalahan dalaman antara Jose Mourinho dan doktor pasukan, Eva carnero telah menyebabkan kem chelsea berpecah-belah dan tidak harmoni lagi. Dengan sebahagian pemain menyokong Mourinho dan segelintir lagi menyokong Eva, ini jelas membuatkan backroom chelsea ribut. Begitulah juga kita di dalam keluarga mahupun bekerja di dalam sesuatu organisasi. Jika hal dalaman tidak dapat kita kawal dengan baik, kesannya akan musnah lah apa yang cuba kumpulan atau keluarga kita gapai. Dari segi perspektif islam, ia dirungkaikan melalui hadis nabi yakni,

 "Perumpamaan orang-­orang yang beriman dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang 

adalah ibarat satu tubuh; apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuh akan sulit 

tidur dan merasa demam." (Riwayat Muslim)

   Oleh itu, seharusnya suasana tempat kerja atau rumah itu dijaga dengan baik agar tidak memberi kesan negatif kepada ahli-ahli komuniti tersebut. Apabila setiap ahli mempunyai rasa kebersamaan dan kebergantungan antara satu sama lain, inshallah masalah-masalah luaran dapat diatasi dengan mudah, bersama-sama.

KEKUATAN MENTAL

   Kedua, kelemahan mental para pemain. Selepas separuh musim 2015/2016, kedudukan Chelsea amat rendah di dalam carta liga apabila mereka hanya berada 1 mata daripada zon penyingkiran. Hal ini jelas menyebabkan pemilik kelab, Roman Abramovich panas punggung dan akhirnya mengambil keputusan drastik. Memecat pengurus paling berjaya bagi kelab yang berpangkalan di London itu yakni Jose Mourinho. Tika itu,mentaliti kemenangan seakan-akan telah lesap daripada para pemain chelsea. Mereka seolah-olah sudah tidak minat untuk bermain bola sepak. Kekuatan mentaliti adalah antara faktor vital di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

   Contoh mudah semasa kejohanan merentas desa mahupun jika anda menyertai mana-mana runnings event. Di atas kertas 10KM nampak pendek dan mampu kita habiskan, tapi buat non-frequent runner 10 km pun tercungap-cungap dibuatnya!gelak. waktu berlari bukan kekuatan fizikal sebenarnya yang memainkan peranan, tetapi kekuatan mental. Dengan kekuatan mental yang tinggi sebenarnya anda boleh pergi lebih jauh dan bukan hanya sekadar 10 km. Hanya selepas badan dah flat out baru kita akan berhenti. ini pandangan aku lah atas pengalaman sendiri, haha.

ISU KEPERCAYAAN

    Isu kepercayaan sesama ahli pasukan boleh dianggap perkara pertama yang perlu digilap dan dikuasai sebelum anda membawa sesuatu pasukan. Di dalam dunia organisasi dan hidup bermasyarakat, kepercayaan sesama pasukan menentukan keharmonian dan produktiviti pasukan tersebut. Jika seorang ketua tidak mampu meletakkan kepercayaan kepada ahli pasukannya, sudah tentu semua kerja akan dilakukannya sendirian. Maka tiada gunalah pasukan di bawah bimbingannya, betul tak?. Begitu juga dengan ahli pasukan yang tidak mempercayai ketua mereka, segala arahan yang diberikan pasti akan dipertikaikan dan didipersoalkan. Benar tidak salah untuk kita membantah jika kita mempunyai cadangan yang lebih baik. Namun kita harus menggunakan saluran yang betul  bukan dengan bermasam muka dan buat kerja tak ikhlas. Perlu diingati juga ketua itu telah memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku sebelum memberi sesuatu arahan, ini kerana beliau mempunyai lebih banyak maklumat sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ketua. Dalam erti kata mudah, dia mempunyai gambaran lebih besar dan jelas tentang permasaalahan tersebut.

   Isu kepercayaan di dalam pasukan chelsea mula dipersoalkan setelah bertebarannya khabar angin bahawa ada tikus yang menghancurkan pasukan daripada dalam. Dan kemuncaknya apabila jeneral bahagian midfield, Cesc Fabregas mengeluarkan kenyataan menafikan yang beliau mengetuai sekumpulan pemain untuk menjatuhkan Jose Mourinho. Aneh bukan? Fabregas yang unggul dengan bantuan gol (assist) tertinggi musim lepas jatuh merudum dengan hanya 3 assist sahaja. Begitu juga dengan mesin gol, Diego costa yang meledak 20 gol pada musim pertamanya hanya mencatat 12 gol pada musim 2015/2016. Paling menarik, selepas pemergian Mourinho, Diego costa meledak 6 gol di dalam 3 perlawanan berturut-turut. Aneh bukan? senyum sinis.

pengurus baharu, Antonio Conte

   Namun langit yang gelap tidak selamanya akan kekal kelam. Disepanjang torowong yang gelap gelita di penghujungnya pasti ada sinar cahaya. Begitu juga dengan kisah the Blues. selepas Guus Hiddink melepaskan jawatannya sebagai pengurus sementara Chelsea, pengurus baharu berbangsa Itali dibawa masuk. Antonio Conte, nama yang sudah tidak asing lagi di dalam dunia bola sepak. 3 gelaran Serie A bersama Juventus FC dan 2 tahun pengalaman bersama skuad kebangsaan Itali, beliau dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk rejuvenasi chelsea.

   Kesimpulannya, sahaja aku ambil pasukan chelsea sebagai ibrah kerana kisah kejatuhan mereka yang terlalu drastik. okay tipu. actually because i'm a die hard fan of chelsea, senyum. Kepada semua kipas susah mati chelsea macam aku, jangan risau gais. Dengan ketibaan Antonio Conte, Mitchy Batshuayi dan Kante, musim ini kita akan rampas semula takhta liga!haha, tak salah en pasang impian. Apapun, aku cuba cari persamaan dan kaitan antara kisah ngeri chelsea 2015/16 dengan pengurusan kita di dalam sesuatu organisasi mahupun di dalam keluarga kita. Dan hasilnya tiga perkara di atas. Sekadar ingatan juga, ini hanyalah pandangan dan pendapat daripada seorang al-faqir seperti aku, jadi tak semestinya benar dan betul berkesan. Selamat kembali Liga Perdana Inggeris!

Tuesday, August 02, 2016

Kapsul masa ?

   

   StoryCorps ialah organisasi tidak berunsurkan keuntungan yang bertapak di Amerika Syarikat. Misi mereka ialah untuk merakam, memelihara, dan berkongsi kisah-kisah hidup rakyat Amerika dari pelbagai latar belakang dan agama. Rakaman ini akan diberi semula untuk simpanan pemberi maklumat dan juga salinannya disimpan di American Folklife Center dan boleh diakses oleh generasi pada masa hadapan. StoryCorps adalah hasil cetusan idea David Isay pada tahun 2003. Menariknya, daripada jutaan sesi rakaman yang telah dijalankan, David Isay mengatakan ada 4 ayat yang paling ingin diluahkan oleh seseorang kepada insan yang akan mereka tinggalkan setelah mereka mati. 4 ayat tersebut ialah:

1) I Love You
2) Forgive me
3) I Forgive You
4) Thank you

   Nampak ? gunakan masa dan peluang yang kita ada untuk buihkan mulut kita dengan 4 patah ayat ringkas dan sungguh berkuasa ini.

Sunday, July 31, 2016

Minyak Wangi


Setiap hari sewaktu aku menyembur haruman pada tubuh,mesti akan terbayang macam 
ada efek super saiya pada keliling badan. Korang mesti pernah tengok Dragon ball kan, bila Goku dh jadi super saiya tu ada efek2 keliling dia pastu rambut kuning. Masalahnya,setiap 
kali selisih dengan sisters mesti haruman dia lagi power. seolah-olah tenggelam bau minyak wangi aku. kadang2 dah berjarak 6 meter pun haruman depa bau lagi. Asal power sangat perfume korang? Sekali pakai 10 kali sembur ke? Jeles aku