Showing posts with label cerita pendek. Show all posts
Showing posts with label cerita pendek. Show all posts

Saturday, February 17, 2018

pertemuan

Beberapa hari yang lalu saya bertemu dengan seorang gadis. Matanya hijau kebiruan seakan-akan kacukan anak inggeris. Kulit putih gadis tersebut jelas terpancar di wajah yang berkerudung biru langit. Sedikit colekan blusher sudah menaikkan rona merah di pipi beliau. Indah.. Perlahan ia berjalan mendatangi saya yang sedang duduk di meja makan restoran Subway, Messa Mall.
Terasa debar dihati, benarkah gadis ini menyebut nama ku tadi?

Waktu terasa seakan-akan terhenti tatkala nama ku dilafaz sekali lagi,
"Encik Aizzat ?"

 Aku kaget. Sambil membetulkan letak tubuh dan mengalihkan pandangan ke wajahnya, aku menyahut dengan nada semesra mungkin. Meski ada kedengaran debar dan keliru.

"Ye saya.. dan awak ialah ? "

Gadis itu memberikan segaris senyuman nipis, sebelum membuka bicara.

"Anisa"





Thursday, August 03, 2017

train to gombak III


Jam telah menunjukkan pukul 7.00 pagi tatkala matahari mula melimpahkan cahaya bahagia.

"allah lambat dah, lambat..sudahlah masak nak jawab nanti.." Hayati monolog sambil bergegas masuk ke perut Toyota camry hybrid. Haruman di dalam kereta itu masih sama. Haruman dari seseorang yang amat dia rindui.

"wak,tolong wak..tak laratlah.."

Khalid menjuih bibirnya ke arah tangan yang sedang menggenggam tuil gear kereta.

"mengada-ngadanya"
 etty menggumam dibawah nafas,namun digerakkan juga tangannya ke arah tuil gear tersebut. Dua tapak tangan, bertindih atas dan bawah menolak tuil gear daripada posisi P ke D. Hangat pipi etty menahan malu. Khalid sengih melafaz basmallah sebelum mula memandu, rutin mereka.

"wak,,bila awak nak balik.."

hampir 3 bulan sudah pesawat Khalid hilang, dan hayati masih gigih memanjat doa.

Sunday, September 18, 2016

I dreamed of you


We were on the bus traveling from Penang back to Gombak. This is our first trip together as a married couple. Since both of us are still considered as fresh graduate, we do not own a car as we prefer to focus on owning a house rather than a car. Etty shows great understanding towards my idea when I suggest we need to save our salaries and avoid making unnecessary transactions.

Being in an express bus, we sat on a couple seat. As I was about to sleep, suddenly I felt a smooth, warm and kind of shaking object on my chest. It was Hayati head, resting on my chest. Time froze. I'm really in a big shock. For the rest of my life, never ever a women place her head on my chest. But this time around I can feel the surge of happiness inside myself. It is as if you are standing in the middle of Keukenhof field watching all the tulips getting swayed by the wind. Amazing.

Then I poked her head,

"eehh janganla camni, segan ahh..tak biasa" silently whispering to etty.
Hayati chuckled to herself while still resting her head, even closer that I could hear her breathe.

Oo my Lord, thank you for this beautiful gift :')

Wednesday, July 13, 2016

Insyirah III

   

   Cawan putih seramik bercorakkan bunga matahari kuning raja digoyang perlahan. Gula yang berbaki di dasar cawan menari-nari dek kerana pusaran air. Haruman teh o strawberi yang dibeli ibunya ketika bercuti di Cameron Highlands menyerbu masuk ke rongga hidung Hayati. Khalid suka buat suprise tau, dan selalunya benda yang dia buat tu memang kita takkan terfikir langsung. Etty bermonolog sambil mata merenung bendera Malaysia yang berkibar di halaman rumah bapanya. Sejak zaman sekolah lagi,  ramai kawan-kawannya berseloroh dengan "semangat patriotik" keluarga mereka. Ini semua dek kerana tiang-tiang mengibarkan bendera yang terpacak di hadapan rumah mereka itu. Ada bendera Malaysia dan Wilayah persekutuan yang megah beralun ditiup angin. Tetapi Etty tak ambil hati pun, baginya ia sesuatu yang unik kerana rumah-rumah lain tiada. "Rumah kau ada ke?" balasnya dengan senyum sindir kebiasaannya sebelum diiringi gelak-tawa. Perkara yang membuatkan Hayati termenung adalah kerna drama awal pagi tadi selepas subuh. Manakan tidaknya, Khals pulang ke rumah dengan sejambak bunga rose carnation half bloom dihiasi senyum manis!

 "Gila ke apa mana you dapat bunga rose tengah-tengah pagi macam ni??" Hayati keliru bercampur terharu dengan pemberian suaminya.

" rahcieww la" balas khalid sebelum laju bibirnya singgah di telinga Hayati, "pour toi mon amour". Etty kaget. Terkejut dengan reaksi spontan Khalid ditambah dengan bahasa asing yang ntahpapalah maksudnya tu.

"Khals, ibu tu ada kat sini..ee jaga sikit kut ye pun."
Puan Salmah hanya tersenyum kecil sebelum menggeleng perlahan. 

   Hayati duduk mengisi waktu paginya kali ini dengan mencari idea bagi menulis catatan di dalam buku rancangan pembelajaran hariannya. Buku rancangan pembelajaran harian ini memang wajib bagi setiap insan yang bergelar guru. Melalui buku ini segala perkembangan dan jadual pembelajaran dapat dikawal agar seiiring dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Hasilnya, para guru akan lebih cakna dan cekap dalam mengendalikan kelas mereka. Tetapi hakikatnya bukan semua orang suka menulis laporan ini setiap hari, termasuklah dirinya. Sebab itu kebiasaannya di hujung minggulah baru dipulunnya menulis segala laporan kelas dan tak lupa juga aktiviti persatuan yang berada di bawah bimbingan Hayati. Namun hari ini fikirannya melayang jauh. Jauh ke dalam celah otaknya merenung dan mengambil ibrah daripada apa yang diceritakan oleh Khals pagi tadi.

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

   Ungkapan itu terus bermain-main di minda Etty. Kini dia sedar, bahwa semua mehnah dan benda yang terjadi ini sebenarnya satu nikmat! ahh gila apa dugaan sehebat ini yang menganggu hidupnya berbulan-bulan dianggap nikmat?! Benar, ia nikmat yang hanya dirasai oleh orang yang melaluinya, a blessing in disguise. Nikmat merasa cintanya tuhan pada hambanya. Ujian yang diberikan adalah untuk melihat tahap kebergantungan seorang hamba kepada tuhannya. Dan selama ini Etty tewas, tewas dengan perasaan dan akalnya. Seorang Hayati kini telah sedar dari tidur yang lena, dari lamunan mimpi yang panjang.


 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan 

mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum 

diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).


   Buku rancangan pembelajaran harian kini tersadai diatas meja. Buaian besi di bawah garaj kereta sesekali bergoyang ditiup angin yang bertiup nyaman. Kelibat Hayati telah hilang daripada pandangan. Pergi menghadap tuhan yang esa, sujud mengucup bumi tanda kesyukuran. Begitulah manusia, bilamana dugaan tuhan datang, kita terlalu cepat melatah. Amat jarang sekali kita melihat kebaikkan yang datang seiiringan dengannya. Moga kita selalu redha dengan ujian dia atas muka bumi ini demi kenikmatan di syurgawi nanti.


Wednesday, May 25, 2016

Insyirah II

 -----
   Tiga bulan Etty ditemani air mata dan duka. Wajahnya yang dahulu sangat murah dengan senyuman kini hanya terkadang tersenyum. Kebanyakkan masanya dia lebih gemar berdiam dan merenung jauh, seolah-olah berfikir tentang sesuatu. Hinggakan pernah sekali Khalid bercerita tentang kliennya di pejabat, tetapi Etty hanya senyap. Tiada respon, tiada gelak tawa mahupun mengiakan apa yang dicerita Khalid. Khalid buntu. Dahulu dia sangat suka mendengar cerita-cerita Khalid. Memberi pandangan dan kadang sekaki mengata perangai klien yang ntahpapa. Itulah Hayati yang Khalid rindui, supportive dan bahagia melihatnya. Telah bermacam cara dan ikhtiar diusahakannya untuk mengembalikan zaujahnya seperti yang dahulu. Sudah diminta mertuanya bercakap dengan Etty, tapi itulah sekejap sahaja kesannya, kemudian Etty kembali senyap. " Ya allah bantulah hamba mu ni ya allah. kembalikan cahaya dalam rumah kami ya allah, kembalikan penyejuk hatiku ya allah.. berikanlah kekuatan kepada kami dalam saat-saat kesukaran ini ya allah".. Rintih Khalid dalam sujudnya. lama.. Suasana di masjid Sultan Zainal Abidin tika itu masih sunyi. Masih ada kira-kira setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh. Minggu ini mereka berdua pulang ke rumah ibu dan ayah Etty di Putrajaya. Hayati rindu pada ibu katanya., biarlah Etty menenangkan dirinya dahulu. Khalid mengambil kesempatan untuk beriktikaf dan solat malam di masjid besi yang terkenal ini. Terasa kerdil benar diri bila bangkit menghadap sang Pencipta di tengah malam. Angin malam mengusir lembut pipi Khalid. Rekaan masjid Sultan Zainal Abidin sememangnya amat unik. Angin malam bertiup masuk melalui gerbang-gerbang besar disekeliling bangunan masjid memberi kenikmatan alam semula jadi ciptaan tuhan.

   Usai solat subuh sambil menunggu matahari keluar menyinari bumi, Khalid duduk tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan imam yang bertugas. " kalau kita tahu apa yang allah sediakan untuk kita di akhirat, maka kamu akan minta untuk hidup dalam keadaan miskin dalam keadaan lapar agar supaya manusia itu  bilamana ia menghadapi masalah dalam kehidupan, ia tidak akan melihat kepada masalah.." Khalid menggosok janggut sejemputnya sambil mata memerhati wajah sang pentazkirah. bersih dan tenang. 

   " Nabi tak ajar kita untuk lihat kepada masalah itu sahaja, tetapi lihatla kebaikkan disebalik masalah yang anda hadapi. Oleh itu kalau kamu tahu apa yang allah nak bagi dalam kesusahan kamu sekarang, yakni apa yang allah sediakan di akhirat yang kita tak nampak, kita akan bersabar dan tidak resah bila diuji.. Anda bilamana menghadapi masalah yang disimpan oleh Allah disebalik masalah yang anda hadapi yang anda bersabar , anda akan mengharapkan kalau boleh saya bermasalah sahaja dalam hidup, kerena yang disimpannya lebih besar". jeda

" Kalau permintaan kamu yang kamu minta pada allah tak kunjung tiba, maka hendaklah kamu merasa selesa, Kerana yang disimpan oleh allah itu adalah perkara yang lebih baik. Dengan kamu tidak diberi apa yang kamu pinta, tersimpan segala rahsia yang terbesar allah nak beri kepada kamu. Padu. Khalid tergamam, kali ini dia rasa benar-benar allah sedang berbicara dengannya, dengan Etty, tentang ujian yang mereka hadapi kini. 

"Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi. Kenapa kita boleh selesa dengan apa yang tidak diberi? sebab yang disimpan dengan kita selesa tak diberi lebih baik daripada apa yang kita dapat kalau kita diberi."

  Khalid termenung panjang. Setiap patah perkataan yang diucapkan imam tadi seolah-olah anak peluru yang tepat menuju ke arah sasarannya. Sungguh, apa yang didengarnya tadi benar-benar memberi khalid satu sentakan yang maha dahsyat. Dengan allah tarik nikmat mereka hendak hidup bertiga kerana yang disimpannya jauh lebih besar dari yang kami sangka. Mungkin aku dan Etty masih belum sedia untuk menyambut kelahiran khalifah kecil itu. Mungkin masih ada kesalahan dan kekurangan dari kami sendiri yang menyebabkan allah delay nikmat indahnya hidup bertiga. allahu, sungguh indah perancangan-Mu.. Memang tidak dinafikan sejak peristiwa keguguran Etty, Khalid lebih banyak termenung memikirkan tentang hubungnanya dengan Al-Khaliq. Bertapa selama ini hablu minnallah dan hablu minna nas masih belum pada tahap yang terbaik. Tika ini Etty masih rapuh. Jiwanya masih lemah dan berada di dalam keadaan memberontak. State of denial. Hayati sedar bahawa tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengembalikan bayi yang telah pergi, tapi itulah kadangkala disalahkan dirinya sendiri kerana cuai hingga terjatuh. Sepertinya dia tidak menerima dengan hati terbuka pemergian zuriat pertama yang amat mereka nanti-nantikan itu. Khalid meraut wajahnya, menggosok perlahan mata. Berkaca. Selama ini rupanya mereka masih belum bersedia, kerna itu Allah simpan dan akan berikan yang lebih baik kelak. Khalid percaya inilah solusi dan jawapan yang terbaik untuk dikongsi dengan isterinya. 
  
   Sinar suria mula menerangi kawasan pentadbiran Putrajaya. Limpahan cahaya yang masuk melalui lohong-lohong masjid Sultan Zainal Abidin membiaskan jaluran cahaya yang maha indah. Bertapa hebat pun ciptaan manusia, tetap maha hebat lagi ciptaan allah. Iyelah, idea manusia pun sebenarnya datang datang dari allah kan? senyum. 

   IPhone 6 plus berwarna putih bergetar dari dalam poket jubah Khalid. Ditariknya keluar sebelum hanya dijeling pada notification bar.

My querida Etty
  Khals,, you breakfast luar ke kat umah..ibu dengan I dah siapkan makanan ni.

Khalid merenung screen telefon bimbitnya sebelum tersenyum lebar. "Hayati, i dah jumpa jawapan yang selama ini kita cari. I dah tau apa yang sebenarnya kita kurang selama ini. Ya allah bantu daku untuk sampaikan pada Etty. Terima kasih ya allah, terima kasih ya allah , alhamdulillah!"

Tetingkap whatsapp dibuka, jemari Khalid pantas menaip sambil doa dipanjat di dalam hati. Terima kasih ya allah!

" Baby, I breakfast kat rumah.. i ada berita gembira ni, you tunggu tau!" mesej ringkas diakhiri dengan emoji smiley senyum lebar.



sama-sama kembali kepada Tuhan

Saturday, May 21, 2016

Insyirah I

   

   Khalid masih bersila diatas katil. Matanya kecil dibuka merenung sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi. Comforter yang membaluti tubuh itu membataskan pandangan khalid hanya pada wajahnya. Bagi Khalid itu sudah lebih daripada cukup, jiwanya terasa tenang,bahagia merenung wajah tersebut. Diamatinya bibir nipis itu,merah. tak lupa juga hidung paruh burung kegemarannya itu. Setiap pagi akan dipicitnya sebelum pergi mencari rezeki di ibu kota. Wajah yang telah lama bertapak di hatinya semenjak zaman universiti dahulu. Siapa sangka akhirnya allah satukan mereka dengan ikatan yang suci, perkahwinan yang beliau sendiri hanya anggap sebagai satu mimpi tetapi akhirnya menjadi realiti.. Siapa je yang tak gembira bila orang yang kita suka, suka kat kita balik? senyum sampai telinga.

   Sedari Etty telah hampir 15 minit dirinya diperhatikan. Selepas mengejut Khalid tadi sengaja dia baring semula. Badannya penat mungkin, minggu ini terlalu sibuk dengan aktviti-aktiviti di sekolah. Bermula dengan persediaan peperiksaan pertengahan tahun buat pelajar-pelajar darjah enam, ditambah pula dengan tugasnya sebagai guru pembimbing bagi pasukan Choral Speaking sekolah. Meskipun dia sendiri akui penat dan kadang-kadang stress dengan segala sistem dan kerja yang perlu dilunaskan, Etty tidak pernah menyesal mengambil profession perguruan sebagai kerjayanya. Menjadi guru bahasa inggeris sememangnya mencabar lebih-lebih lagi di sekolah di pinggir bandar. Tetapi bila melihat anak-anak didiknya gigih untuk cuba bercakap dan menggunakan bahasa inggeris, segala penat lelah dan lesunya terasa hilang ditiup angin. Semua masalahnya yang seakan-akan pasir di pantai berubah tatkala dilanggar ombak.bahagia sungguh.

"khals, kenapa you stare I dari tadi, you okay tak ni?"
suara serak basah etty perlahan kedengaran dalam sorotan malap lampu tidur biik mereka. Khalid tersentak! allah tak tidur rupanya wife aku ni. Beliau sendiri tidak sedar perlakuannya yang merenung wajah etty sejak dari tadi. aduh kantoi busuk-busuk je. getus hati khalid.

"tarapapalah I okay je.. saja nak tengok muka wife I yang satu ni, rindu" senyum nipis.

Etty mengurut pelipis dahinya sambil membiarkan rambutnya menutupi sebahagian dari wajahnya.
eee..mabuk apa suami aku ni, tak pasal kita malu sorang-sorang pagi buta ni. Dalam malapnya suasana bilik masih ternampak rona merah di pipi etty naik 3 tona.

   "ouh wife you yang satu ni kee,, kenapa satu? ada yang nombor 2 dengan 3 yang I tak kenal ke?" sengaja etty membalas dengan soalan maut sikit , nak cover malu yang tengah menebal dalam diri bila dipuji tadi. Khalid tergelak kecil. Sempat lagi tu, budak sorang ni memang susah bila nak diajak masuk mood jiwang karat romantik semua ni, ada je helahnya nak menyimpang. Kadang-kadang terasa jugalah bila dia try hard nak romantik tapi etty balas dengan buat selamber jek.ceh. Hidung paruh burung etty dipicitnya sambil mulut mengungkap " kang allah makbulkan doa tu nanti jangan menyesal you bila I bukak cawangan lain..waktu mustajab berdoa nih." matanya mengerling pada jam dinding yang menunjukkan waktu pukul 4.30 pagi. Etty menolak jemari Khalid dari hidungnya "sakitlah, ee taknaklah macam tu" gumamnya rendah tapi dapat ditangkap telinga Khalid. Hidungnya digosok perlahan sebelum dihentikan jemari khalid.

"sinilah meh I tolong, tulah mintak bukan-bukan lagi.. Tau pun sayang, ingatkan tak sayang kat bunga pengarang jantung hati you ni" Khalid masih tersenyum menyakat Etty. Bukan senang dapat manja macam ni, wife dia ni memang jenis kasar diluar tapi sebenarnya lembut, fragile di dalam. Masalahnya degil sangat taknak tunjuk. Sejak kenal di universiti lagi dia dah usha seorang Hayati, tapi tak pernah nak tunjuk perasaaannya saat itu. Malu je beria nak anak dara orang tapi life tak established lagi.

   Hayati mencebik sebelum membaling bantal ke muka Khalid. geram tapi suka, haa macam mana tu? hailah susahnya bila nak masuk mood jiwang menjiwang ni. " Dah la pi solat la you. Tu pencipta kita tu kena lebih kita hargai dan sayangi. Penat orang kejut tapi main-main pulak dia. ish ". Etty menarik semula comforter membaluti tubuhnya, malas nak layan Khals yang sengih tak habis menyakatnya.

   "eh Puan Hayati taknak join sekali ke? jom ah teman I. Please-please " ajak Khalid. Semenjak peristiwa hitam yang mereka lalui setahun yang lalu, mereka berdua lebih tekun dan sedar bahwa menjadi muslim bukan hanya pada nama dan solat lima waktu sehari semalam sahaja. Sesungguhnya ia lebih daripada itu. Benarlah firman Allah, dalam setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan selepasnya. Dua kali allah nyatakan dalam surah al-insyirah. Peristiwa pahit yang mereka hadapi setahun yang lalu telah membawa mereka kembali kepada islam yang sebenar. Kini hampir setiap malam akan diisi dengan solat malam, paling-paling pun dua rakaat bila penat sangat. Bacaan al-mathurat juga mula jadi rutin selepas terakhir kali diamalkan masa di sekolah dahulu. Itupun sebab masing-masing tinggal di asrama, kalau tak idok lah rajinnya nak baca. Biarlah nak berubah sikit-sikit, asalkan ada usaha dan ada progress. perlahan tapi istiqamah.

" maaf encik Khalid, I cuti harini " balas Etty dengan senyum segaris. Khalid mengangguk perlahan, mengangkat tangannya sambil  ibu jari dan jari telunjuk ditemukan.Sepi. Khalid membuka langkah ke arah bilik air. sahaja aku solat sunat...


-----

" Hello, Adakah saya sedang bercakap dengan Encik Khalid? "

" Ye saya Khalid disini, siapa ya? "

" Ok Encik Khalid, saya Asyikin jururawat dari Hospital Sg Buloh. Encik suami kepada puan Hayati betul?, buat pengetahuan encik, Puan Hayati baru sahaja dimasukkan ke dalam wad kecemasan sebentar tadi. Harap bersabar ya encik "

Etty terjatuh. dalam tandas hospital. keguguran.

   Khalid duduk di tepi katil Hayati sambil tangannya meraut jemari mulus Etty. Sudah hampir 6 jam dia duduk sahaja merenung jasad Etty yang terkadang senyap tidak bergerak, kadang-kadang terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak. Khalid tahu Hayati menangis, khalid sedar hayati tahan perasaannya dan berpura-pura semuanya ok sahaja. khalid tahu. Tapi Hayati begitu degil untuk meluahkan perasaannya, dia senyum dan menidakkan perasaan sedihnya. Sepasang bayi dalam kandungannya yang telah mencecah usia 7 bulan kini telah tiada. " khallls...baby..baby kita..
Etty menggumam perlahan sambil matanya menatap mata Khalid. Anak mata Khalid berkaca setiap kali Hayati mengungkapkan ayat tersebut. Dia berasa begitu lemah kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk memenuhkan hasrat isterinya itu. Selain daripada kata-kata penguat semangat dan senyum tampal, hanya sentuhan seorang suami yang dapat ia berikan. Tetapi nanti tiba-tiba Hayati pula yang tersenyum dan cuba menenangkan Khalid. Sungguh kuat seorang wanita. Tatkala Khals dan Etty sedang rancak membuat persediaan menyambut zuriat pertama mereka, allah tarik nikmat tersebut. Segalanya telah hampir disiapkan. Baju dan seluar sejenis telah siap dibeli, botol susu sampai 4 ha, kelambu tidur, set mitten yang comel-comel dan tak lupa juga angan-angan mereka untuk memberi nama kepada si kembar yang akan lahir ke dunia. Namun perancangan allah jauh lebih hebat. Allah takdirkan masanya belum tiba buat Khals dan Etty untuk merasa hidup bersama zuriat mereka. Allah takdirkan baby kembar mereka untuk pergi menghadapNya ketika mereka masih di dalam kandungan lagi. Khalid dan Etty nyata masih sukar untuk menerima ketentuan takdir ini, mengapa sebegini hebat dugaan mu ya Allah? mampukah kami melaluinya dengan berjaya? Sorotan mata Khalid suluh berganti antara merenung wajah sugul Etty dan dinding pudar hospital. Tak tahu mana yang lebih pudar, dinding atau hatinya kini.
-----
Insyirah II
Insyirah III

Friday, December 11, 2015

Plumeria Obtusa


"Kenapa buat macam tu?"

Soalan mak Teh dibiarkan sepi tidak berjawab oleh Husna. Matanya merenung rumput segar yang masih basah diselaputi embun pagi.Damai. Suasana pagi yang indah dan tenang dirumah inilah yang amat dirinduinya setelah hampir sebulan tidak pulang ke rumah. Namun kepulangannya kini juga dibayangi oleh perasaan bersalah dan keliru. Tak tahulah, sejak peristiwa tiga hari lepas itu berlaku, hatinya tidak tenang. Kerana itu juga gigih dia pulang kerumah walau assignments dan project bertimbun-timbun menunggu untuk dilayan.allah haii..

"Una, mak teh tanya ni.." 

Mak teh mengulang soalan sambil tangannya cekap mencabut rumput yang semakin galak pula tumbuhnya disekitar pohon Plumeria Obtusa yang megah itu. Kuntuman putih suci itu diserikan lagi dengan warna kuning raja di bahagian tengahnya. Sungguhlah indah benar ciptaan tuhan. Keputihan kelopak bunga kemboja ini persis manisnya wajah Husna. Darah German yang diwarisi dari bapanya, Adalwine Eginhardt Rahman benar-benar jelas dalam diri mereka lima beradik. Namun Husna yang paling menyerlah dalam kalangan mereka.

"entahlah mak teh, pada cuna dia belum bersedia lagi. Apa yang cuna nampak dari segi financial dan kematangan dalam membuat keputusan dan actions, both of us masih belum cukup kuat untuk hidup berdikari. Tapi suka tu suka lah..Iyelah siapa tak gembira kalau orang yang kita suka dalam diam sebenarnya suka kat kita balik? ehehe".

Senyum Mak teh sampai ke hujung pipi entah sampai nak kemana dah. Merah muka si Husna usai melepas perasaannya tadi.

"Hamboi bukan main suka dia ye, Mak teh bagitau ummi baru tahu...Kamu ni pun janganlah cakap omputeh sangat, mak teh tak faham." bilang Mak teh sambil tergelak kecil.

"eee ngengada lah mak teh ni!" renggus Husna perlahan sebelum mengorak langkah ke arah Mak teh.

" Nak tolong!" ucapnya girang sambil pipi masih lagi panas selepas confession tadi.

***********************
"Sorry brother, tapi buat masa ini saya langsung tak memikirkan hal-hal hati dan perasaan macam ni. Saya hargai niat baik brother, but i just can't. Apapun, i'm always open to be friend with you."

Senyum kecil ditampal sebelum dia pergi meminta diri. Hati dah nak jatuh berterabur dah ni bila dapat direct confession daripada brother tersebut. Aishah yang berada disisinya dari tadi gelak tak habis-habis. Kalaulah mamat tu tahu perangai childish dan kalutnya si Husna ni memang dia tak jadi nak propose teruih tadi! haha

Selesai satu masalah, tenteram dua pemilik hati. senyum





Monday, October 12, 2015

The Tree House




   Less than a week before abi moved to our house, we were doing some chores at Abi's crib. We were sorting things that would be bring to Damansara as Abi agreed to moved to our house. We asked Abi to stay with us as his diabetes is getting worse and needed extra attentions. Here, me and my husband could always took care of him as both of us work in our own company. So there is no problem of not going to office as we are the main man,lol... Labeling, packaging and arranging the items is one of my favorite part so does little aishah, kiddo enjoyed helping her grandpa. While packaging some of the old albums,  Aisha accidentally pull out a piece of picture. A picture of me, abi and ummi sat on a balcony of a tree house. At first she seems a bit confuse. Her forehead frowned as she stared at the picture. Then  she ran towards her grandpa and asked, "is that you grandpa?" with a crystal eyes. She inherited those chocolate eyes from me obviously..lol.

   Abi looked a bit shocked before smiling while his hand reach for Aishah's head.He rubs Aishah's head smoothly before grinning towards me. "Do you want to listen to a beautiful story?" ask him slowly to little Aishah. Past memory began to flash on my head as Aisha jump unto her grandpa lap and hold the picture on her tiny munchkin fingers.

   About 40 years ago, there is a guy who love to read and write. According to Stereotype, guys does not write especially on feelings and emotions, but for him it is some kind of therapy. A kind of way to express himself. The guy is a student at a university just outskirt of  Kuala Lumpur. He was taking engineering course but for him engineering was never his passion, he loves biology more than mathematics. But he did not hesitate nor sulking over it. He pulled himself together and pass the course barely. And the interesting part about this lucky guy, he falls in love with a girl that he never met before. But he knows his heart were unto her. Abi's opening was a bit fast and simple i guess for little Aishah."Boys will always be boys,daa~" I mumbled, hubby is busy loading bags of clothes into the car.

   "How come he loves someone if he never met him grandpa?" asked Aishah. Abi turns his gaze right to Aishah's face. You could see all those wrinkles around his face after he passed his sixties. Physically it may change, but the calmness that comes with his gaze never dissappears. "Li taskunu ilaiha".
When you see his face,your heart becomes ease, serene.

"Sometimes, you follow your heart more than your brain. The feelings is so strong that you could not ignore it".. He take a deep breath before continuing, "eee cucu abi ni,,listen first honey, i know it's a little bit confusing. nanti Ecah fahamlah, ok?
little Aishah nodded.

   Carry on, the guy went to a forum at Putrajaya back then,"do you know where Putrajaya is Aishah?" asked Abi. "A place where you could see Monument alaf baru that was inspired by Tun Dr Mahathir, our 4th prime minister!.."The one who asked is the one who answered,lol...Abi loves to share about histories, just like when he told me the story about how Tasik Dayang Bunting got its name when I was in my thirteen."Abi,,Aishah is still young lah,dia mana kenal Dr Mahathir,," I sneaked into the conversation. He just laughed and continues his story.
 
   So during the event, the guy met various type of people from different background. It was actually a religious talk, that gathers audiences from all over of Malaysia. And here, is where all of it began. As the guy was strolling down the hall, greetings others and exchanging smiles, suddenly he was mesmerized by a girl. Her gaze and smiles brighten the whole room. Peoples around her seems happy and energetic. That was the time the guy decide that she is the one. He does not think it is just a short term attraction or something else. Because she has been wandering in his head for 2 months since the event have ended. Thank god he knows the girl name. So he did a little research on it and at least he managed to know where she studied.

   Half a year after the guy graduated and fully employed, he began his first step. By approaching the girl colleagues and stalking her on social media,lol.. to know her status. She has a strong character and independent.Also,she is a celebrity or more to an icon of change. Of hijrah from a good person to a better person.

   "So did the guy get her? did they get married grandpa? " little aisha asked inpatiently. Abi smile as he always does, and then he nooded with a big smile that he used to. At first it was a really huge task for the guy to approach the girl. Could you imagine, you never met him before, you never know him, you never heard anything about him and plus you dont even know if he exist or not!.So how on earth can a girl accepted a guy, a total stranger proposal was quite amazing. Daa~ actually it was planned. A smooth plan and well organised by the guy to approached the girl. Beginning from forming a bonding with her friends and then with her parents, everything was planned. The guy also did acted as a newspaper distributor jual surat khabar atas motor just to get along with the girl father. Because he knows the girl's father loves to read newspaper in the morning outside of his banglo. This is what we called as a plan, a man with vision.ceh.

   "They did get married,and they lived happily. There is their their little princess" he pointed to me. I was sinked in emotions. Mixed between memories and reality. Abi must be longing for ummi presence, poor Abi. He did not get the chance to say goodbye to ummi. Abi was at Dubai when she left us, in a time that we needed her the most. In a time when abi and ummi were still in their middle years of marriage. And the only thing that left apart from memories of ummi in Abi's heart was this tree house. This tree house carries a big emotions and feelings to abi. Why so? because it was always ummi's dream to live in a tree house. Since knowing her dream from her colleague, abi has started to earn money and find a suitable place to built the tree house. But he never told ummi untill the 4th year of their marriage. The grand surprise that had been prepared 6 years earlier. I was still a child back then,but i remember how ummi love to sings and walk around the tree house.I missed ummi,so much. 

Wednesday, August 19, 2015

DOTA vs Surat CINTA

 



    Saya tidak pernah terfikir lelaki seperti saya pun ada juga gadis yang terpikat.Iyelah,kalau difikirkan saya hanya seorang budak lelaki biasa,tak hensem mana.mata redup dengan kening yang tebal hingga kadangkala orang menyangka saya ini berketurunan arab.Tak cukup dengan paras rupa fizikal,akademik pun taklah power sangat.Pointer pun biasa-biasa je.tak terlalu tinggi bak gunung kinabalu,tidak pula rendah sedalam marina trench.Ohoi! Tapi ada satu hobi saya yang saya minat dan tak lokek bercerita dengan orang lain.Nak tau tak?!ehehe..Hobi saya adalah bermain permainan video.Atau lebih tepat DOTA.Buat rata-rata mahasiswa dan remaja sekarang,anda pasti tahu DOTA tu apa kan?

Tak tahu?! Serius ah??..

Ok2.sini saya explain sikit apa itu DOTA.

   DOTA, akronim untuk Defense Of The Ancient.Permainan ini mula popular di Malaysia sejak tahun 2008 sebelum meledak lebih popular pada sekitar 2012-2013 dengan edisi yang lebih canggih dan berkualiti.Yakni DOTA 2.Pada dasarnya gameplay DOTA 2 sama sahaja dengan versi asal,DOTA 1.. cuma perbezaannya ialah dota2 grafik lebih lawa,penambahan hero,serta items.Disebabkan permainan ini agak rumit dan kompleks,tidak semua orang hebat dalam bermain permainan ini..Terutamanya pinoy.tak power tapi berlagak lejen ingat dia power je.

   Nak diceritanya,pemain DOTA sering dikaitkan dengan manusia tanpa kekasih.rujuk nama permainan DOTA(DUNIA ORANG TANPA AWEK).Macam kena je gelaran ni kan? Pada saya,saya sambut baik kenyataan ini.nampak sangat tak laku,kahkah. Sebab apa? kerna sekurang-kurangnya mama dan abah saya bangga anak dia tak pi berkepit dengan anak dara orang jalan sana-sini.Anak dia ni tak perabih duit beli top up untuk call awek,hatta takdak berjimba makan di kafe-kafe hipsters DipNdip,boat noodle dan sebagainya.Kira saya ni taklah hampeh sangatkan? mama should be proud of me,,hahaha

   Tapi baru-baru ni mama kata ada orang bagi surat cinta kat rumah.Nama saya elok je tertulis dengan sharpie emas atas sampul surat tu.Siap ada hiasan bunga-bunga mama kata.handmade punya corak.Masa tu saya terbayang mesti yang hantar ni budak KAED,sebab mama kata memang lawa betul bunga-bunga tu,huhu...Dah tu wangi pulak,masa tu hati saya dah menyanyi "Oh teratai bunga indah~ Engkaulah pujaan hatiku~ orang first time dapat surat cinta katakau.haha.Yang saya pelik mama kemain eksaited sangat dah kenapa??..mungkin dia gembira at least ada gadis malang mana yang sangkut dekat daniel radclife rembau ni.haha.Hajat dihati petang lepas mama call tu terus saya nak balik rumah,tak sabarlah katakan.Namun,takdir Allah mendahului segala perancangan kita.Petang itu saya diberitakan bahawa saya dah tak dapat dan tiada peluang lagi untuk menatap wajah mama...,buat hari ini.
Sebab esok ada kuiz,kenalah balik esok..hahaha

   Keesokan Harinya saya jawab kuiz dengan semangat yang sangat tinggi dan penuh keyakinan.Semuanya nampak mudah sahaja.Hanya 10 minit dari setengah jam masa yang diperuntukkan untuk menjawab kuiz saya gunakan.Saya dah tekad,saya ada misi besar!saya kena balik sekarang juga.

   Fz 150 mengaum membelah MRR2.Segala jelingan kurang manis saya tepis dengan SHOEI full face matte black helmet di hiasi jaringan halus berwarna emas.Bahagian sisi helmet ada wajah Tom Fletcher,mediacore guitarist kumpulan McFly..stylo!pada pandangan saya.lol

   Sejurus sampai dirumah,daun pintu kayu mahogani ditolak perlahan sambil memberi ucapan salam."assalamualaikum,mam,abah,adik dah sampai!!" sengih kera.Sekali buk yati yang keluar,pembantu rumah kami. "Ibu sama bapak keluar dik,katanya pergi minum-minum di kota.Masuklah dulu"..Laung buk yati dari ruang dapur.Bau pisang goreng semerbak memenuhi isi rumah.Rezekilah balik-balik dapat makan pisang goreng,huhu.Sore di langit Ampang sesak dan hingar dengan kenderaan berpusu-pusu di atas jalan raya.Alhamdulillah, pisang goreng cicah kicap stail Joho dah selamat masuk perut.Sambil duduk scroll timeline twitter saya terbayang macam mana agaknya wajah gadis yang hantar surat cinta tu.Lawa ke,manis ke,atau sejuk mata memandang.huhu..Tak sabar nak tunggu mama dengan abah balik.

   Jam sudah melepasi pukul 9 malam.Solat isyak pun dah selesai.Harini sengaja saya baca berlagu sikit dengan surah rare waktu isyak tadi.Nak tunjuk kat mama abah lah katakan bahawa sejak belajar di universiti saya dah ada improvement dari segi bab agama.Iyelah,kalau tak dulu mama selalu pressure abah untuk hantar saya belajar di Jordan atau Mesir,biar jadi orang islam sikit..Teghuk benor saya ni,haha..Tapi alhamdullillah UIA pun boleh je jadikan saya manusia beragama.Even bab main game tu susah sikit nak bendung,tapi solat jaga,huhu..Muka saya tenang salam mama dengan abah tapi hati berkocak tunggu bila lah nak open cerita surat cinta tu.senyap je mama ni,saja je nak kenakan saya apa.Saya sengih.Tak bangun dari tikar sejadah menunggu kalau-kalau mama nak open cerita.hambar..Mama bangun pi masuk bilik dia pulak,abah scroll phone tengok-tengok kalau ada whatsapp ke atau emel penting masuk.
"Aik!? semalam call kemain bercerita,la ni senyap jee" nak diluah tapi hanya dalam hati.

   Sejurus selepas itu mama keluar dari bilik sambil membawa satu bungkusan.Nampak macam tebal semacam aje.Tapi saya masa tu memang dah senyum sampai pinggir bibir,cuma saja tahan supaya tak nampak macam suka sangat,haha."Nah adik,bukaklah" hulur mama sambil senyum 20 sen.Bungkusan bertukar tangan.Perlahan saya membuka sampul bungkusan tersebut.Ini bukan surat cinta,ini bungkusan cinta nama dia!tebal semacam je.Desis hati saya.Selepas dengan cermatnya bungkusan dibuka,terserlah senaskah pocket quran berwarna biru tua.Cantik beserta zip dan dihiasi dengan tulisan khat khufi pada cover nya.Saya terkelu.sunyi.Saya toleh pada mama,kemudian jeling abah sikit.mama tenung saya.Dengan pandangan yang saya rasa endless punya pandangan dan macam anak mata mama tembus terus pada hati saya.

"Maaa,,ini..." saya teragak-agak bersuara.Macam tersekat di kerongkong apa yang nak dicakapkan.Nak melawak pun macam tak kena tempat,haha.Mama betulkan posisi duduknya,kali ini menghadap saya.Direct eye to eye.Ok,mood serius on."Adik,inilah surat cinta yang mama dengan abah nak hadiahkan pada adik".tutur mama perlahan dengan pandangan yang redup.Mama kaunselor sekolah,bab-bab create suasana ni memang dia power."Sebenarnya mama dengan abah harap sangat kat adik untuk sambung mengaji quran macam dulu.abah dengan mama bukan apa,tapi kami harap sangat bila kami dah takda nanti sekurang-kurangnya adik selalu berdamping dengan quran.baca setiap hari,fahami ayatnya,dan amalkan segala apa yang tertulis dalam kitab Allah ini".Mama berhenti sejenak,mungkin menanti respon saya.Abah hanya memandang sahaja.Let women do the sweet talking job,but leave the enforcements to men.Gaya abah memang macam tu,bab perasaan,bercakap apa semua dia serah kat mama.Tapi bab penguatkuasaan tu,serah sahaja kat dia.Biasalah abah-abah la katakan.

   Saya belek quran tersebut.wangi.jahitannya kemas.Mungkin benar apa yang mama katakan.Saya yang sekarang sangat jarang pegang quran,apatah lagi membaca dan menghayati isi kandungannya.Tadi jadi imam baca surah rare pun sebab baru amik tilawah 2 kat Uia.Silibus tilawah 2 kena hafal surah dari Ad-Dhuha hingga An-nas,pasal tu tadi balun surah Al-alaq,test power katakau.."Adik cuba?" balas ku pendek sambil mata terkelip-kelip segan.Senyum plastik saya tampal untuk mengekalkan mood insaf. "Semalam abah ada dengar satu hadis masa kuliah dekat surau". Tiba-tiba abah mencelah.ok ini rare.Abah merenung screen samsung galaxy s6 edge sebelum membuka kata.


(hadis mauquf).Maksudnya,

Amirul mukminin, Umar al-khatab suatu hari meminta kepada para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka cita-citakan..
"Bercita-citalah kalian!". Lalu seorang sahabat menyahut: "Aku inginkan sekali bahawa bangunan@bilik ini dipenuhi emas yang boleh aku infaqkan dijalan Allah swt". Umar berkata-kata lagi, "bercita-citalah kalian!". Seseorang menyambut: "Aku ingin ruangan ini dipenuhi dengan permata dan mutiara yang boleh aku infaqkan dijalan Allah swt. Kemudian berkata lagi Umar, "bercita-citalah kalian!". Mereka berkata, "kami tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya amirul mukminin. Berkata Umar,

"Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah ibnu Jarrah,dan Muadz ibnu Jabal,dan Salim Maula Abu Huzaifah,dan Huzaifah ibnu Yaman"

Disklamimer:maaf saya gagal menemui terjemahan yang paling tepat tentang hadis diatas.Apa yang tertulis diatas adalah rangka utamanya sahaja hasil perah otak usrah kami dalam menterjemahkan ia.Jika ada kesalahan mohon ditegur.

   Selesai abah membaca hadis diatas saya dah dapat bayangkan apa yang mereka ingin sampaikan.Mungkin ini salah satu dari wasilah untuk Allah sampaikan hidayahnya pada saya.Melalui perantaraan kedua ibu bapa saya."Satgi abah forwad kat group whatsapp family,nanti adik baca balik ea",ujar abah sebelum sengih dan berlalu pergi.Seronok lah tu dah game saya."Adik ok tak?" mama masuk line semula.Saya tersenyum kelat.faham dan terima dengan seadanya.Apa salahnya kan,benda baik takkan kita nak tolak? terima dan jalan terus."ini la surat cintanye ye ma?",sengaja saya mengusik kembali.Mama sekadar tersenyum sebelum membalas, "inilah love letter yang mama maksudkan!, love letter from your god son".Saya hanya mampu ketawa.Abah pergi sebab keadaan dah macam akward dan mama dengan saya pun dah habis point.Masing-masing faham dan mengerti,the jiwang drama scenes dah habis.haha..

   Sebelum tidur,quran biru tersebut damai terletak disebelah saya.Walaupun belum try baca lagi tapi tengok sahaja dah rasa damai,tenang.Saya ambil mood tenang sebelum turun ke medan perang! sambil mata fokus pada skrin ASUS A43S. Bristleback sedang menghayun bebola besi berdurinya!!yeah! 

"Isilah masa mu dengan apa yang engkau mahu,tapi pastikan ada masa khas buat quran tiap hari agar imanmu diperbaharui setiap hari"

-tamat-

Berkenaan hadis diatas,disebutkan 4 orang sahabat yakni,

1-Abu Ubaidah ibnu Jarrah
2-Muadz bin Jabbal
3-Salim maula abu Huzaifah
4-Huzaifah ibnu Yaman

JANGAN MALAS untuk search dan cari apa istimewanya 4 figur ini.Sehingga Saidina Umar bercita-cita untuk memenuhi ruangan tersebut dengan rijal-rijal seperti mereka.Kalau mereka hanya figur biasa pasti Umar tidak menginginkan mereka kan? nah saya bagi hints dan anda cari jawapannya :)

padankan gelaran ini dengan pemiliknya,selamat mencuba!

1-Penyimpan rahsia nabi
2-Yang paling faqih tentang hal halal dan haram
3-Orang kepercayaan umat
4-Antara empat sahabat  yang menjadi tempat rujukan mengenai al-quran


Thursday, July 16, 2015

Antara Hari ini dan Semalam

 


   Peluh kecil mula meniti di wajah Aiman.Tahun ni dengan terhormatnya dia dapat marching order dari abah untuk gosok baju raya.Bukan baju dia sorang,tapi satu angkatan family encik Khidir.pasrah ajelah.Sesi menggosok diisi dengan sesi menggelamun.merenung semula semua yang telah dilalui sepanjang 29 hari berpuasa.Bermacam cerita dan memori.
   Semalam scroll feed twitter dia terbaca tweet yang sangat deep.mungkin tak pada semua orang,tapi pada dia tweet tu memang tepat kena kat dia.


"Kenapa kita rasa puasa sekejap je? tup tup dah nak habis ramadhan".

sebab kita puasa tak terfikir nak raya


Allah.Sunguh hati rasa sayu bila baca.tapi kadang aku pun keliru,ramadhan tahun ni rasa cepat sebab sibuk beribadah atau sebab sibuk study.Baru minggu lepas habis pro exam.Sejak dah melangkah ke tahun tiga dentistry,hidup dah mula hectic.Nampaklah gayanya macam mana bila kerja nanti.Seluar melayu maroon digosok rapi.Perfections.
sengih.

"Man.apa target tahun ni?"ujar Iecad berbasa basi sebulan yang lalu.
"Herm tahun ni ea,terawih cukup kut.lagipun dah alang-alang duduk kat kampus ni,senang sikit.Kalau kat rumah tu,berat sikit,haha"
tawa dibalas tawa.
"Kau tahu Man,aku rasa tahun ni aku nak all out lah.sebab rasa macam ni ramadhan terakhir aku."
senafas iecad menutur sambil pandangan dibuang jauh ke tengah padang.Budak-budak medic ligan menggelecek bola.Medic vs Dentisry.

"Kau asal random sangat ni? lol" senyum plastik ditampal.
"cana nak cakap ea?hermm...sejak dah cecah umur 22 ni,aku dah pandang serius bab-bab ibadah,umur dan future life semua weh.yelah, bila kau tengok kawan-kawan sekeliling kau yang dulu sama-sama makan maggi,yang dulu dok gila-gila ada yang dah kahwin,ada yang dah kerja...diam sejenak.ada jugak yang dah pergi tinggalkan dunia ni man.So pada aku peluang ramadhan ni memang kena seize to the fullest lah.Kau tak rasa macam tu?

Manusia.Bilamana keadaan sekelilingnya mula berubah,dia juga akan turut serta berubah.Sama macam kalau kita duduk dalam comfort zone,jika tiba-tiba comfort zone tu diusik,pasti kita pantas nak tackle punca tu.Tipulah kalau nak kata aku pun tak terasa dengan changes yang berlaku di sekeliling aku.Ada kawan yang dah kahwin,ada jugak yang tak sambung belajar sebab nak tolong famili.Hidup ni susah.tak semua orang ada rezeki dan peluang nak sambung study.Ada yang dihantar study di universiti,tapi memberontak..Malam melepak di mamak sampai 2-3 pagi.Rokok,vape dan terkadang gam pun dia layan.Esoknya datang kelas dengan keadaan mamai dan mengantuk.Kufur nikmat.Tapi ada jugak yang teringin nak sambung belajar,nak ubah hidup.Tapi kewangan tak mengizinkan.Mak dan abah nak guna duit,adik nak bayar yuran sekolah,belanja dapur lagi..
Syukur sebab selama aku hidup ni semua dalam hidup aku cukup.Bukan nak kata mak dan abah kaya,tapi pada aku semuanya cukup.Keperluan sekolah,makan minum dan pakaian semua ada.Biarlah tak branded,tapi ada.Syukur jugak sejak usia 17 tahun aku mula kenal tuhan dan solat penuh.Sebelum tu memang solat pandang sebelah mata je.Quran pun hari khamis bukaklah.baca yassin.Tapi sekarang aku dah bukan yang macam tu.Semuanya bermula dengan ramadhan.Ramadhan tahun aku SPM tu lah yang jadi turning point hidup.

"Woih apa senyap je? jangan biar aku hang up macam ni.kejam bruh~"
Tersentak dari lamunan.Senyum kelat.

"lol,sori cad,gelamun.pada akulah en,standard lah bila kita mula terpikir semua tu.Aku bila fikir pasal semua benda ni,kadang fikir pasal kahwin pun cuak.Mampu ke nak jaga anak orang,bukan setakat nak jaga dia,mak ngan pak mertua kena jaga jugak,hati adik-beradik dia,pastu tak lupa famili kita sendiri,haha.Sebab tu pada aku ramadhan ni ajor kita macam mana nak manage hidup kita.Analoginya macam waktu kita puasa ni kena ikat perut jaga semua bagai tu kan,aku rasa tak mustahil nanti ada saat dalam hidup kita maybe kita kena lalui semua benda tu.hahaha,apa macam jauh sangat aku menyimpang nih,hahaha".

"Kan,itulah tu.ramadhan penuh erti bak ang.Gila random sembang petang ni."

Dialog aiman dan iecad dimain perlahan sambil tangan masih cekap menggosok baju kurung.Kali ni baju raya mak.Alhamdulillah target tahun ni tercapai.Terawih full 29 days berjemaah tak missed.Mungkin sebab otak dah set nak capai target ni lah buat tak teringat sangat nak raya tu.Tapi raya tetap raya,haha

"Angah ada surat,,kad raya kut"laung mimi dari tingkat bawah.
"Perempuan ni,dia tulis dari miss mac beth merah,wuuuuuuu~siapa ni angah?"
hilai tawa budak SPM dah naik satu oktaf,baju kurung mak dah selamat terbiar.
"bak sinii,,,jangan bukak!!...berdesup aiman bukak langkah.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah,
"Man soma ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqadama min zanbihi,"
Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang telah mendahuluinya dari dosa-dosanya."


sekian.

Salam aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini.Segala salah dan silap harap dimaafkan,dan dihalalkan apa yang haram dan kurang.Moga segala amal kita sepanjang bulan ramadhan diterima oleh allah s.w.t.Sedih,madrasah ramadhan telah berlalu pergi,moga dikurniakan usia yang panjang untuk berjumpa lagi pada ramadhan hadapan.Taqaballahu minna wa minkum.





Saturday, July 11, 2015

Arabisasi seorang Sarah

  kredit 

Kasut Mac Beth merah hatinya dikuis-kuis ke lantai koc sambil otak tenggelam dlm lautan fikiran.Perjalanan Lrt dari Setiawangsa ke Kl central hanya memakan masa kurang 30 minit sahaja.Sarah suka mengisi masa dengan membaca,lagi2 dalam train.Mata masih berlari diatas skrin Lenovo s9000.
 "masyarakat melayu kini semakin lupa dengan budaya mereka.Berbanding mengenakan baju kurung,gadis melayu sekrang lebih gemar memakai jubah.tak cukup dengan itu,perkataan berbuka puasa diganti dengan iftar.ini semua arabisasi"..sebaris ayat itu dibaca sambil mata mula menjenggil.

"how could you say it was arabisasi? It was not like when I wear jubah and utters  iftar means I lupa adat,lupa baju kurung,or baju melayu!..Sarah monolog dalam hati.semalam mama cerita zaman muda2 dia tahun 50-60 an lg teruk.orang perempuan pakai skirt,ustazah pun ada yg tk bertudung.tak caya tengok cerita masam2 manis P.Ramlee,siap ada kelab Silver tortoise lagi,huh.Islam itu syumul,pakai jubah bukan sebab nak jadi Arab,tapi sebab selesa,loose,simple yet elegance.So this whole discussion about arabisasi is nonsense!" Betah hati sarah.perasaannya diterjemahkan dengan mata menjuling ke atas.annoying.
"but one thing for sure kau memang terkena westernization lah Sarah! Cakap redah bm campur bi,kalau tok wan dengar mesti dia marah!,ahaa".

Tanpa ada disedari ada sepasang mata yang memerhati tingkah lakunya tadi.
"comel".ungkapnya sebelum kembali tunduk."Ghadul bashar bro,puasa ni!" getus hati.

Arabization or westernization? .Which one is better? It all depends on you.Take the good thing and leave the bad one.The choice is on your hand.

Monday, May 04, 2015

88 KALI SEHARI


   Mata redup Farhan merenung wajah Iman yang putih bak salji.Wajah yang menjadi peneman hidupnya sejak 5 tahun yang lalu,wajah yang mengejutnya bangkit subuh dan kadang qiam bersama walau sesibuk mana pun ia.Senyum manis di bibirnya kini telah lenyap,ditelan kepekatan malam dan bau gasolin hangat.

--------------------------------------------------------------------------------

"Abang sayang iman?"


Farhan meraih jemari iman dan merapatkan wajahnya ke wajah permata hatinya itu.Deruan nafas tenang iman terasa di hidung farhan.


"If it takes 88 times for me tell you that i love you every single day, i'll say it for thousands times just for you"


Rona-rona merah mula timbul di pipi Iman.


"eee,overdosed! orang tanya sikit je"


Iman menolak hidung farhan dengan jari telunjuknya.


  Pertemuan Farhan dan Iman tidaklah seperti mana-mana kisah cinta picisan seperti di televisyen,jauh sekali mereka mula dengan berkapel.Pertemuan mereka adalah takdir tuhan,yang menentukan segala peraturannya dengan indah sekali.


   Peluh dan terik mentari membakar tubuh Farhan tatkala kaki melangkah keluar dari bangunan PWTC selepas seharian meredah lautan manusia.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,acara tahunan itu memang sudah ditanda didalam kalendar hidupnya.Setiap tahun mesti tak miss punyalah!.Tangkapan hari ni,buku-buku tulisan Ustaz Hasrizal Jamil dan the one and only penulis novel yang dia layan,Hlovate.Hobi Paan memang membaca,semuanya sebab abah paksa dia baca buku seawal usia 9 tahun.Buku pertama abah belanja, The Saint of Dragon,gile lah bahasa inggeris.Abah memang,dia nak anak-anak dia kuasai bahasa inggeris kerna dia sedar kepentingan bahasa tersebut kelak,emak pula guru bahasa melayu,jadi seimbanglah kut,haha.


   Dalam kesesakan dan padatnya manusia ituah tersimpannya rahsia allah yang manusia memang tak mampu nak sedar.Perjalanan Paan dari stesen Putra ke Nilai mengambil masa kira-kira 1 jam setengah.Keadaan dalam tren terlalu padat sehingga paan terpaksa berdiri.Dia akur walau dia sendiri kepenatan namun lebih ramai yang memerlukan tempat duduk.Paan mengambil posisi untuk bersandar di sebelah pintu keluar masuk.Beg galas berisi laptop dan beg plastik mengandungi buku-buku dibelinya tadi diletak dibawah sambil dijaga dengan kakinya.Hendak dilelapkan mata,risau beg dicuri orang,dia membuang pandangan keluar tingkap.


   Sedang asyik memerhati pemandangan hutan konkrit Kuala Lumpur,matanya bertembung dengan anak mata hitam keperangan itu.Pantas si dia melarikan pandangannya,kantoi!.Paan juga melarikan pandangannya,tapi ekor matanya cuba mencari semula sepasang mata yang melihatnya tadi.Mata mereka bertemu bukan secara direct,tapi melalui pantulan pada kaca pintu tren.


"Oh,,ni ke yang terbetembung mata tadi?"Paan membuat tanggapan sendiri.Disebalik celahan manusia itu duduk dua orang muslimah yang rancak berbual.Indah. Pakaian keduanya sempurna mengikut peraturan agama langit.Malah salah seorangnya berpurdah."Ni mesti budak-budak USIM" 
getus hati Paan.Paan malas ambil pusing,mungkin tadi rezekinya.

   Sampai di stesen Nilai,Paan segera ke surau kerna waktu asar telah menghampiri penghujungnya. Jam 6.30 petang,langit telah mula gelap tanda-tanda hari nak hujan.Perlahan menapak ke kedai 7-Eleven,Sony Experia  C209 ditarik keluar dari poket seluar snails putih yang dipadan dengan vans dark blue.15 minit berlalu,Puan Harlina tiba menaiki Perodua Myvi hitam.Paan membuka pintu hadapan.wajah bonda tersenyum melihat anankanda pulang setelah lama tidak bersua.Tangan puan Harlina disalami paan sebelum satu kucupan singgah di dahi Paan.Tenang.Kasih sayang sesama mereka tak pernah pudar meski usia paan telah menjejak 23 tahun.


"Tu kawan a'an ke?" 

 emak bertanya perlahan sambil matanya memerhati keadaan sekeliling.Langit dah gelap dan tak ramai orang disekitar stesen KTM tersebut.Hailah.. mak ni jangan nak pakai harung pulak ajak budak berdua tu naik sekali,pengsan aku!. "Entahlah mak,tak kenal..budak-budak USIM kut.."Paan membalas tanpa rasa,tapi sebenarnya hati bergelora.Puan Harlina diam sejenak sebelum tiba-tiba membuka pintu kereta dan menapak ke arah dua ornag sister tadi. i am so dead!


     Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 15 minit sahaja dari stesen KTM ke rumah terasa seperti sejam lamanya.Suara Siti Suriani mengendali radio IKIM berselang dengan suara emak bersembang dengan dua orang sister tadi.Walaupun mereka menolak pada awalnya,tapi mak berkeras nak hantar jugak diorang ke USIM.Dua-dua amik kos sarjana muda pengajian quran dan sunnah dengan kepujian.Berbelit lidah aku sebut nama kos depa,apalah panjang-panjang.Tapi ni serius bukan calang-calang punya orang ni.Paan senyap sahaja,segan nak join sekali.Cuma tadi mak  ada kenalkan dia,Farhan Redza, engineering, uiam.tangan diangkat sambil jari telunjuk dan jari hantu dibiarkan tegak membentuk simbol peace. Perkenalan singkat dan formal.  

  Siapa sangka setahun lepas tu mak sendiri yang kenenkan dia dengan sister tadi.Rupanya mak diam-diam still in contact dengan diorang.Dan alhamdulillah,seminggu lepas grad dari UIA terus terima satu lagi skrol.Skrol bertulis sijil akuan  pernikahan.Nur Iman Syumaila binti Abdul Rahman selamat menjadi isterinya yang sah.Ingatkan dia lagi tua,rupa-rupanya sebaya! dan hari ni merupakan hari ulang tahun keempat perkahwinan mereka.Paan dan Iman menyambutnya dengan sama-sama pergi ke tempat pertama mereka bertemu,Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.  

 Tapi sekarang Iman yang berada dihadapan Paan diam membisu.Tiada lagi gelak tawa dan senyum manis di wajahnya.Tiada lagi gurauan-gurauan manja dan rengekkan mengada.Iman sudah tiada.Sewaktu pulang dari usrah di USIM,kereta Iman dilanggar dari belakang mengakibatkan Iman tercampak keluar dari Hyundai Jetz yang dipandunya.Langgar dan lari.Paan tidak terdaya menahan air mata sambil tangan menumbuk-numbuk tanah.Mujur Iman masih mampu mendail nombor Paan saat jasadnya sudah lemah dan tidak terdaya.Namun telah tertulis di lauh mahfuz, Nur Iman Syumaila bt Abdul Rahman dipanggil menghadap Tuhannya saat ia sedang bahagia bersama suami tercinta.Saat ia pulang dari perjuangannya menyelamatkan ummah.


Tiada lagi orang nak kejut Paan untuk qiam sama-sama,


tiada lagi orang yang sibuk menyiapkan bekal untuknya di pagi hari,


tiada lagi orang yang suka membebel bila Paan tak gantung semula tuala selepas mandi,


Tiada lagi teman mengasapkan dapur dirumah,


takde orang nak dengar cerita paan dari pejabat bila dia pulang keletihan,


tiada lagi insan yang boleh disakat Paan,


tiada lagi geng mengaji dan karaoke bersama,


tiada lagi insan yang selalu bercerita tentang hari-harinya dengan Paan,


tiada lagi kasih seorang ibu buat Aishah Humaira,


Tiada lagi seorang Iman Syumaila untuk Farhan Redza.


"If it takes 88 times for me tell you that i love you every single day, i'll say it for thousands times just for you"


Sunday, July 27, 2014

Aku,Dia dan Ramadhan





 Usai solat teraweh,aku melangkah malas ke bahagian belakang masjid.Mata meliar memerhati insan-insan tua,warga emas yang turut sama menapak ke meja makan.Pihak masjid sediakan moreh setiap hari sepanjang bulan ramadhan ini.Juadah kebiasaannya bihun goreng,mee goreng tak pun nasi goreng.Bila semua dah pancit semayang 20 rakaat,tambah pulak witir 3 rakaat,tekak ni telan je apa yang ada.Tawar tak tawar.Pahit tak pahit.semua aku telan je.Hari ini,hari terakhir bagi ramadhan tahun ini,Terasa betul sekejapnya masa berlalu.Bertapa aku sendiri pun tak puas lagi nak menikmati nikmatnya beribadah dalam bulan yang mulia ini.

  Karipap berintikan kari ayam kusuap perlahan ke dalam mulut.sedap,walaupun kebanyakkannya karipap angin.”haishh,,mencari rezeki pun ada jugak orang yang sanggup menipu demi keuntungan lebih”.Tapi bukan isu karipap angin ni yang buat aku berpikir panjang,tapi sebab pak cik,atau lebih mesra atok sebelah aku ni yang menarik perhatian aku.Dari tadi aku perhati sahaja beliau melalui ekor mataku.Kopi pekat hitam di tangannya masih tak luak,karipap pun hanya dikemut sedikit demi sedikit.Mukanya keruh.
"Mungkin memikir anak-anak yang tak pulang beraya kut"getus hati aku.Aku cuba beramah mesra,iyelah,,bab-bab perasaan ni bila dikongsi,akan terasa lebih lapang dan senang hati.

"Sedap karipapnya cik?" aku berbasa-basi,melempar mata kail.
Soalan ku dibalas dengan pandangan matanya yang redup diiringi dengan segaris senyuman.Senyuman yang dihiasi gigi yang sudah berselang-seli ghaib dan kedut yang jelas merekah.Mendamaikan.
"boleh la dik,pak cik ni dah tua,,idok le merasa ape dah kuih-kuih ni,semua nya sama aje pak cik raso," ujarnya sambil tersenyum kecil.umpan dah kena.
aku teruskan perbualan,
"ate,ngapanye muka acik kelat aje ni cik,anok-anoknye idok balik beraye ke?" sengaja aku test power guna loghat perak meraikan pak cik ni.Buruk benar bunyiknya!

Pak cik masih lagi mengemut keripap di tangannya.tekun betul dia.
"idok le dik oi,anak-anak pak cik semuanya balik.Hok di kuala lumpor,pahang,johor semuanya ada.Bukan itu yang pak cik keluhkan."

"ohh,semuanya ada la ye cik,dah kahwin semuanya cik? kusambung bicara.
 "alhamdulillah.rezeki tuhan nak bagi,semuanya dah kahwin,cucu pak cik aje dah ada 12 orang.4 orang duduk dengan mak bapaknya di kuala lumpor,si along,yang nombor dua,lima orang anaknya duduk di johor.haa,yang nombor tiga duduk di pahang,anaknya tiga.Bolehlah..."
aku balas dengan anggukkan.tanda faham dan menghormati.

"kamu ni asal mana? duduk di sini ke?" pak cik balas servis.
sambil tersenyum,
"ahhaa,saya ni asal selangor cik,,tinggal kat sini,negari sembilan.mak ngan abah kerja sini."
balasku.

"oh,asalnya selangor".Pak cik merenung seketika,mungkin cuba membayangkan negeri selangor.
aku masuk topik balik,"kenapa mukanya keruh semacam aje cik?,haha".soalan ku saja diiringkan dengan tawa agar tak nampak serius sangat.busy body benor kata orang!.

"tidaklah dik oi,,acik ni dah tua.entah sempat entah tidak merasa ramadhan lagi tahun depan.itu yang pak cik dok termenung tu.tahun ni dah habis.terase kejap benornya puasanya."

Aku terdiam.dalam,memang dalam dan sentap apa yang pak cik ni cakapkan.Iye,memang lah logik dikatakan jika pak cik dengan usianya yang mungkin sudah menjangkau 70-an ini tidak akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,tapi..Mati tidak mengenal usia dan kesihatan.semuanya tetapan Tuhan.Orang muda pun boleh mati.


Ramadhan 1435H.Sempat lagikah kita bertemu pada Ramadhan yang akan datang?. Masih adakah pelunag untuk kita merasai nikmat dan syahdunya beribadah dalam bulan yang mulia ini?.allahurobbi..sedih bila memikirkannya.Moga semua amal kita diterima disisi Allah.Taqaballahu minna wa minkum.

Monday, June 16, 2014

Seluar 3 Suku




 "Gila"

   Sepatah ayat tu dah cukup dah nak menggambarkan betapa terkejutnya Kimi bila dengar cerita yang baru Sapek sampaikan.Lepas tu meletus gelak antara kedua-dua orang sahabat tu.Sapek masih dengan sisa tawanya waktu Kimi bertanya semula,
"Weh,kau explain lagi sekali,apasal budak-budak tu selamba oren je ejek kau mak cik sapiah lah,mek peah lah?".
Kali ini memang dia nak jawapan yang lebih serius berbanding tadi.Syafiq membetulkan posisi duduknya sambil tangan masih menguis-nguis kerepek pisang yang berbaki di dalam bekas tin lama.Kerepek Tok wan memang terbaik!,kalau tak memang takkan sampai ke Leicester sana dibawaknya sem lepas.Mahu tak haru pegawai imigresen tu check ada kerepek pisang,dia ingat aku seludup nachos apa.

   Setelah selesa letak duduknya,Syafiq membuka hikayat.cerita seminggu lepas,memang kecoh satu kampung pasal kejadian tu.Dari tok imam sampai lah ke bebudak sekolah,semua kenal dia sekarang.

"aku cerita ni,kau jangan tuduh aku macam-macam pulak?"..Sapek buat muka serius.Soalannya dibalas anggukan oleh Kimi.Sapek dah buat gaya macam Rizal Hashim kat Astro Arena dah.

"Ok,macam ni cita dia,minggu lepas waktu aku keluar ngan korang tu,aku pakai seluar Bilabong hitam tu en,yang 3 quarter tu?,ingat?",dijelingnya Kimi sekilas.

Kimi gosok janggut  kambingnya,Sunnah en bela janggut."Ingat,tu kan seluar feveret kau."
balas Kimi sambil mulut penuh menguyah kerepek pisang.betul-betul sedap kerepek Tok wan nih.

"So,nak dibuat ceritanya,balik dari lepak tu dah masuk waktu asar,kebetulan aku lalu depan surau perumahan,baik berhenti solat terus en?.Makanya,puas aku round dalam surau tu,tak jumpa-jumpa jugak kain pelikat.Bilal dah nak iqamah dah,so aku redah je lah pakai Bilabong hitam tu solat sesama diorang". Kimi dah tersengih.

"Sekali habis solat,terkejut pak cik -pak cik tu tengok aku solat selambe dek je pakai 3-quarter".Sambil menahan sengih,syafiq menyambung cerita,"Bagi kita,macam biasa lah en,Pak arab kat Uni kita tu rilek je.Nak kata aku pakai seluar pendek,lepas syarat kut seluar aku!".Kimi dah tak boleh tahan nak gelak.

"Tapi,yang lain-lain mcam buat muka pelik je.Aku ingat dah selamat,sekali Pak Jalil panggil aku",
bala.Mata Kimi dah membesar tahap bola pingpong dah,silap-silap lagi besar!

"Kena jugak lah dua tiga das dengan dia,lepas tu tiba-tiba pak Jalil bangun,geledah sana-sini,tak jumpa juga kain pelikat,dia bagi aku kain sarung telekung yang ada dalam surau tu" Tawa meletus kuat.

 "Eh?!,nak buat apa kain ni pak cik?"Syafiq masih tercengang lepas disergah Pak Jalil tadi.Pak jalil ni memang,dengan misai kumis ala-ala Hitler tu,mana tak cuak budak-budak kampung ni kalau dia menegur.

"nah,pakai ni,semayang balik."

Tiga patah perkataan  ditambah dengan mata tak ada emosi dia tu.Macam tenggelam dalam iceberg.

"The rest is history" Sapek angkat tangan.

"Sengal lah kau!"bahu syafiq ditolak Kimi sambil dia sendiri terhinjut-hinjut menahan gelak."Dah yang kau pegi redah solat pakai 3 quarter tu buat apa.

"Ala,masa tu,option yang ada tu je."

   Tapi dalam hati dia,syafiq tahu tindakannya hari tu ada baik dan buruknya.Baiknya,dia dapat tunjukkan bahawa islam tu mudah,cuma kadang-kadang kita sendiri yang buat dia nampak macam susah dan rumit.Benda yang sebenarnya mudah dan tidak membebankan disusahkan dek kerana budaya dan adat.Contohnya,bab solat pakai seluar three quarter.Kalau nak diikutkan pada hukum,yang wajibnya adalah menutup aurat.Dan bagi lelaki,part yang kena ditutup adalah dari kepala lutut hingga ke pusat.Dan ada juga pendapat yang mewajibkan bahu kita dilapik dengan sekurang-kurangnya sehelai kain.Daaaan,buruknya,bila masyarakat sendiri kurang jelas dan mudah menuduh si pesalah tanpa usul periksa.Masyarakat kita terlalu terikat dengan adat dan budaya.Namun,bukan nak kata salah,cuma kadangkala kita merumitkan atau membebankan benda-benda yang sebenarnya mudah dan ringan.Contohnya,bila cerita bab nikah,mesti menelan kos-kos yang tinggi bahkan mencapai ratusan ribu ringgit.Kerna apa? kerna adat dan juga rasa tercabar sesama manusia.Kesudahannya,pasangan pengantin yang terpaksa tanggung hutang sana-sini.Eh?!,jauhnya melencong,haha.



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."( Al-Baqarah: 208)
   

   Bila fikir dua kali,sebenarnya orang yang ada ilmu sikit-sikit macam aku ni, dan yang sememangnya berilmu juga harus sedar dengan tahap ilmu mad'u atau golongan sasaran dakwah yang didekati.Bila kita berborak atau sembang dengan seseorang,kita mesti peka dengan tahap ilmu dia.Bukan nak kata kita ni bayak sangat ilmu,atau Terar lah sangat,tapi supaya kita tak mencetuskan kekeliruan dan membuatkan mad'u tu pening.

   "Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".(Al-Nahl:125)



Rujuk pada ayat diatas,dapatlah kita simpulkan bahawa dalam berdakwah ada wasilah atau caranya.Seharusnya kita sentiasa cube untuk upgrade diri kita dari masa ke masa.Tidak dinafikan keperluan dakwah kepada ummah dan masyarakat,tapi tarbiyyah dzatiyah perlu selalu dijaga dan dipenuhi.Supaya apa? supaya kita tak menjadi Daie yang Mati.Yang hanya tahu mengajak dan mendorong insan lain menuju Tuhan.Hakikatnya kita sendiri yang tergelincir dari gerabak menuju sorganya.Naudzubillah.


*Cuba untuk catch up balik 5 bulan punya post.Semester yg padat!,cuti ni baru dapat bernafas.
kahkah.


#bukuconteng