Tuesday, February 17, 2015

Pemergian Mu

 

      Berita tentang kematian Tuan Guru hadir pada ketika saya masih tidak bersedia untuk menerimanya.Ceritanya,pada malam itu saya berada di padang futsal sebab join training bola baling.Kami bermain seperti biasa sehinggalah kira-kira jam 10.30 malam,salah seorang dari kami meminta izin untuk menamatkan latihan.Alasannya? ingin segera pulang ke Kelantan.Saya kaget,suasana sunyi seketika sebelum Fitri menyambung kata,kata-kata yang paling pedih saya pernah dengar."Tok guru dah takde".Hanya empat patah perkataan yang singkat,tapi menusuk laju ke gegendang telinga kami.Mula-mula saya senyap,sebab suara Fitri kurang jelas.Waktu tu pun saya tak bawa fon bersama,sebab kalau bawak pun takde internet,jadi totally lost connection dengan dunia siber.Saya tak percaya,saya nak sahkan sendiri jugak!.Penamatnya,malam tu saya terus bergegas ke bilik.Habis semua sumber yang ada saya buka untuk mencari kesahihan berita ini.Sebaik sahaja fon saya connected dengan  WIFI Uia,berderu-deru notifications whatsapp masuk.Begitu juga di Twitter.Kini kerisauan dan keresahan saya terjawab.Tok guru benar-benar telah pergi!


   Siapa Tok Guru di mata saya? tak ramai orang luar yakni bukan rakyat Kelantan yang benar-benar admire dan mengikuti kisah Tok guru.Saya akui,kerna Tok guru begitu dekat di hati rakyat Kelantan.Saya pula hanya orang luar.Tak pernah seumur hidup saya bersua dengan beliau,namun pemergiannya benar-benar memberi kesan pada hati saya.5 tahun yang lalu,saya sudah menanam hasrat untuk berjumpa dengan tok guru Nik Aziz.Saya ingin bersua muka dengannya,biarlah walaupun dari jauh,asalkan dapat.Namun takdir Allah mendahului,saya tidak sempat berjumpa dengan beliau.Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan salah seorang insan yang ada dalam wishlist saya untuk saya jumpa,mendengar kata-katanya dan melihat perwatakannya.Antara insan lain yang ada dalam wishlist saya ialah Tun Dr Mahathir Mohammad,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Tuan Guru haji Hadi dan Prof Hafidzi Mohd Nor.Saya membesar dengan mengenali tokoh-tokoh ini,dan saya baca kisah-kisah mereka.Melalui buku tulisan saudara Ahmad Naim Jaafar, Kuasa Karisma: Teknik membina ketokohan dan keterampilan diri, saya mengenali dan membaca kisah-kisah Tun dan Tok Guru.Bagaimana dua pemimpin hebat ini membina negara dan memimpin orang bawahan mereka.Walau mereka berdua tidak sekepala dan tidak sehaluan,tapi pada masa yang sama mereka melengkapi satu sama lain.Tun dengan buah fikiran dan stail kepimpinannya menujukkan pada dunia Malaysia bukan calang-calang negara,Malaysia kini dikenali di seluruh dunia.Tok Guru pula pada sisi lainnya menunjukkan bahwa Malaysia adalah leading state dalam kalangan negara-negara islam.Hubungan persaudaraan islam antara Malaysia dengan negara-negara islam lain sangat baik,masakan tidak kerna pada saya ulama-ulama islam baik dari haluan kanan mahupun kiri mampu Malaysia seimbangkan dengan adanya dua orang tokoh ini.Haluan kiri yang saya maksudkan ialah ulama-ulama yang jarang keluar di media perdana namun mereka amat disanjungi dan dihormati.

    Kini,setiap kali saya menaiki Lrt dari KL sentral ke Gombak,saya akan sentiasa mencari-cari dan merenung mural yang dilukis di Pasar Seni.Wajah Tok Guru dan Tun jelas disitu.Dua pemimpin yang berbeza,namun keduanya memberi impak dan nilai sentimental yang tinggi pada saya.Moga pemergian Tuan Guru Nik Aziz membangkitkan jiwa-jiwa yang selama ini tidur lena.Dan saya percaya pemergian Tok Guru adalah Husnul khotimah.Moga Allah terima segala amal beliau,dan saya menjadi saksi bahawa Tok Guru benar-benar telah melaksanakan tugasnya.Kini giliran kita menggalas tugas mendidik ummah,lagi-lagi mahasiswa UIAM.


Al-fatihah buat murabbi yang disayangi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Friday, January 30, 2015

Tenggelamnya Serambi Mekah: Epilogue

   Subuh 12 Januari 2015.Angin sejuk dan bayu malam menemani kami menghadap yang ilahi.Subuh yang nyaman dan mendamaikan.Dada langit masih gelap,sambil dihiasi tompokan-tompokan bintang yang berselarak.Pelik kan?bagaimana langit boleh terapung begitu,tidak runtuh,tidak menghempap kita.Kami terpesona dengan ciptaan tuhan.Betapa kerdilnya manusia jika hendak dibandingkan dengan alam ciptaan tuhan.Hari ini juga,merupakan hari terakhir kami di bumi Kelantan sebelum bertolak pulang ke Gombak.Hari ini juga,pasukan bantuan ketiga akan sampai untuk mengambil alih tugasan kami.Khabarnya,mereka dijangka tiba kira-kira jam 9 pagi dan sejurus itu akan bergabung dengan kami untuk misi seterusnya.Moga mereka selamat sampai.


Bercinta Hingga Ke Syurga

   Jam 9 pagi.Setelah selesai sarapan pagi dan sedikit taklimat,pasukan kami berlepas ke sebuah kampung yang terletak di pinggir kota  Bharu.Sewaktu dalam perjalanan,kami berselisih dengan beberapa kereta pancuan empat roda yang turun menyertai misi bantuan ke Kelantan.Seolah-olah pemandangan biasa apabila bertemu dengan deretan lori dan pacuan empat roda yang datang mebawa bantuan ke sini.Terasa kagum dan gembira dengan semangat kesatuan negara dan ummah dalam saat-saat sukar seperti ini.Sungguhlah,Quran telah lama menyatakan setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain,mereka tidak saling menyakiti dan akan saling bantu-membantu.Namun begitu,sumbangan warga Malaysia bukan sahaja datang dari orang islam sahaja,ia datang dari pelbagai agama dan bangsa.Syukur,nampaknya apa yang kita bina dan lalui bersama sejak zaman kejatuhan kesultanan Melaka hingga ke penjajahan british dan jepun telah menyatukan rakyat malasyia.Kami juga berselisih dengan bas dari UIAM yang membawa sukarelawan dari trip ke-3,puas lambai dan bersorak namun balasan dari mereka hanya mata yang tertutup rapat dan wajah yang lena dibuai mimpi.Semua tidur rupanya!,mungkin keletihan kerna jarak perjalanan yang ditempuh untuk kesini.

Water mark di tingkat 2,nampak tak?

   Tepat jam 10 pagi,kami telah siap berkumpul dan dipecahkan kepada 4 kumpulan.Setiap kumpulan terdiri dari brothers dan sisters beserta dengan kelengkapan perang,berperang dengan selut dan lumpur(><).Kesan banjir disini jelas dilihat dan amat mengerikan.Bayangkanlah,paras air di tahap dada walaupun anda berdiri di tingkat 2 sebuah rumah.Serius dalam weh.Bersama-sama dengan ahli team kami,kami ditugaskan untuk membersihkan sebatang jalan agar memudahkan kenderaan seperti kereta untuk masuk.Ini kerana selut yang tinggi telah menutupi keseluruhan jalan dan menghalang laluan kereta.Dengan berbekalkan 2 penyodok dan sebuah kereta kebal sorong,kami mula menolak,mengangkut dan kasi clear lah jalan tuh.Baru 15 minit,sudah terasa sengal di pinggang akibat terpaksa tunduk menolak selut.Allah,bukan calang-calang orang boleh buat ni,jika kami yang muda pun sampai bermandi peluh apatah lagi mereka yang lebih berusia.Sisters pula,pada awalnya tolong jugak sikit2,namun kerna kekurangan peralatan dan mungkin,terlalu berat untuk mereka jalankan,mereka ambil inisiatif dan menawarkan tenaga mereka untuk membersihkan kawasan dalam rumah sebuah yang terletak di hujung jalan.Alhamdulillah,penduduk disini juga peramah dan mereka amat gembira dengan kedatangan kami.Saya bersama 2 orang lagi rakan meneruskan kerja membersih jalan sehinggalah kami disapa oleh seorang mak cik,namun saya kira pangkat nenek lebih sesuai buatnya.Kami berbasa-basi sebelum menawarkan diri jika ada yang boleh dibantu dirumahnya.Nenek tersenyum sambil matanya merenung ke arah sebuah rumah yang terletak di sebelah jalan tersebut.Pandangan mata kami turut kesana,kelihatan seorang lelaki sedang menembak dinding rumah dengan water jet.Usia mereka saya kira telah melangkau 70-an.Garis-garis kedut dan mata yang redup menghiasi wajah tua itu.Kami bertiga segera ke sana dan membantu apa yang mampu.Dari gerak geri dan latah mereka,jelas pasangan ini ada sesuatu yang istimewa.Seakan-akan bond antara mereka masih segar dan romantik walau usia telah mencecah waktu senja.Lembut tutur kata nenek dengan atuk,usia seakan-akan tidak melunturkan kasih sesama mereka.Mungkin inilah yang dikatakan bercinta hingga ke syurga,susah dan senang bersama.

   Kami membantu membersihkan laman rumah atuk dan nenek sebelum meminta izin unutk pergi.Sewaktu hendak meninggalkan mereka,terasa berat hati mengenangkan kudrat yang ada pada mereka untuk meneruskan kerja pembersihan.Syukur,pasukan ke-3 telah sampai dan kami amanahkan mereka untuk sambung shif kami,Sebelum bertolak ke headquarters,kami berkumpul dahulu di pusat operasi,sebuah rumah penduduk yang kami jadikan tempat briefing@rendezvous sebelum mula bekerja.Menikmati air kordial dingin dan roti sambil melepaskan lelah.Disini juga sempat saya menyapa dengan rakan-rakan saya  yang baru hadir dengan trip ke-3.Tugas kami telah selesai,namun masih banyak yang perlu dikerjakan.Moga-moga dengan kehadiran team ke-3 akan menyiapkannya atau sekurang-kurangnya separuh darinya.

Berat mata memikul,berat lagi bahu yang memikul 

tak nampak dah jalan bertar.semuanya selut
   Sebelum berlepas pulang,sebahagian dari kami mengambil keputusan untuk terus tetap di sini dan membantu team ke-3.Sungguh hebat pengorbanan mereka,moga Allah terima amal kami yang sedikit ini.Antara yang mengambil keputusan untuk terus tetap tinggal ialah sahabat saya Luqman.Katanya,beliau tak mampu nak tinggalkan seorang pak cik yang rumahnya beliau selia di kampung tadi.Pak cik tadi tinggal seorang diri,cacat kaki dan tangan menjejaskan pergerakkannya.Luqman rasa serba salah untuk meninggalkan pak cik tadi sendirian,maka beliau sanggup berkorban dan tinggal untuk membantu lagi disana.Terpegun kami dengan kesungguhannya,hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.Bila dikenangkan,betapa lemahnya saya kerana tidak mampu berkorban seperti beliau,moga diberikan kekuatan selepas ini untuk berbuat demikian.

   Sampai di UMK,kami terus bersiap dan menunggu sehingga selepas waktu zuhur baru berlepas pulang.Itupun,kami hanya berlepas kira-kira jam 4 petang kerna menunggu kedatangan bas.Sedikit masalah teknikal menyebabkan jadual perjalanan kami terganggu.Menariknya,kami akan melalui kawasan Kuala Krai dan Manik Urai,maka dapatlah kami melihat kesan pasca banjir disana.Sungguhlah,apa yang kami lihat benar-benar sama seperti yang dikhabarkan.Disepanjang laluan tersebut,kami berselisih dengan rumah-rumah yang hanya tinggal tiangnya sahaja,malah seketika itu juga kami lalu diatas jambatan yang telah retak dan runtuh sebahagiannya dek tolakan air deras.Bangunan di tebing sungai runtuh dan rosak,pokok-pokok juga tumbang dan mati kerna terendam lama didalam air.Begitu dasyat pemandangan disini.Namun tak semuanya dapat kami lihat kerna waktu sudah maghrib dan alam mula kelam sebelum bertukar gelap.Beberapa buah rumah masih menggunakan lilin dan lampu miyak gasolin,mungkin kerna bekalan elektrik belum pulih.Allah,sedih dan hiba memikirkan nasib mangsa yang tidak mempunyai rumah.Dimanakah mereka hendak tidur,mandi,berehat jika hanya tiang sahaja yang tinggal.Tidaklah allah uji mereka melainkan mereka mampu menanggung ujian tersebut.Sungguh berat ujian mereka,moga allah kurniakan kekuatan untuk bangkit semula,Kelantan.
jambatan sementara

Perjalanan penuh erti

   Sesungguhnya perjalanan kali ini telah memberi saya seribu satu pengalaman yang cukup bermakna.Disini juga saya akur bahawa tuhan itu ada,dan Dia tidak pernah meninggalkan hamba-hambanya yang selalu memuji dan mengingatinya.Bertapa tingginya kepercayaan seorang hamba,bilamana saya saksikan disini mangsa banjir tidak menyalahkan tuhan,mereka tidak menunding jari atau menuduh tuhan menyakiti mereka,tetapi mereka melihat semula pada diri mereka.Bertapa selama ini kita lalai dalam mentaati perintahNya,kita bertindak sesuka hati seolah-olah kitalah raja,kita sangka kita tidak akan tua,kita sangka syurga itu milik kita,hingga kita lupa wujudnya neraka,hingga kita bangga dengan keupayaan diri kita,namun kita tidak sedar tiket yang kita tempah bukan laluan ekspress ke syurga,tapi neraka.Naudzubiilah.

   Saya juga merasa gembira kerana dapat bergaul dengan warga Kelantan.Jiwa mereka lembut dan tenang,senyum mereka tetap manis walau harga gula naik lagi.Eh,walau mereka kini hampir tidak ada apa-apa.Tetapi benda-benda kecil seperti gotong-royong bersama,sembang sesama jiran sambil mengemas rumah,itulah yang mengikat hati-hati mereka.Moga saya dijodohkan untuk berjumpa orang Kelantan lagi kelak,Sungguh saya mengkagumi anda.Syukur atas peluang yang telah Allah berikan ini melalui hambanya.Jazakallahu khairan kasir kepada pihak Censerve iium,SRC,dan pihak-pihak yang berusaha gigih menjayakan misi kali ini.Kalau selepas ini ada lagi misi-misi bantuan kemanusiaan,inshallah saya nak ikut lagi!

HatiKu tertinggal di Kelantan.EH?


Galeri gambar
Salah sebuah rumah mangsa

Cuba teka siapa yang penat sangat?

Kawasan penginapan brothers

Brothers

Sisters
Let me take a selfie

with le imam and bilal
Team trip ke-2

Friday, January 23, 2015

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 3

Tangan diatas lebih baik dari tangan yang dibawah



UMK Kota Bharu
 
   Pagi 11 januari 2015. Hari ketiga kami di bumi Kelantan. Pancaran matahari yang terik  tidak terasa kerna angin dan hawa dingin membuai lembut. Langit juga cerah hari ini, tidak menggambarkan kedatangan hujan sambil awan putih berselerakan di dada langit. Indah. Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi sebagai peringatan menunjukkan kekuasaannya. Sarapan kami pagi ni mee goreng dan segelas ayor teh o. Ketika sarapan tadi juga sempat bertegur sapa dengan pelajar-pelajar islam dari Thailand yang turut serta ke Kelantan. Sebelum ni tak perasaan kehadiran mereka kerna jadual kami tak sama, sebab tu tak bersua. Tapi pagi ini kami ditemukan. Rasa bangga dan gembira dapat bertemu rakan seakidah. Yang lelaki ada yang berkopiah dengan janggut sejemput, typical look untuk orang siam yang duduk di sempadan negeri Kelantan dan siam. Pelajar perempuan mereka pula kebanyakkannya bertudung labuh dan berniqab, so tak tau sangat wajahnya.Lebih kurang macam orang kelantan kut,haha..

Timbunan air mineral
   Tepat jam 9 pagi kami berlepas ke IPD Kota Bharu untuk misi seterusnya.Menariknya,disini giliran kami pula membantu proses penyusunan dan pembahagian bantuan buat mangsa yang terjejas banjir. Kami dimaklumkan bahawa IPD ini telah dijadikan pusat pengumpulan bantuan buat keluarga para warga polis yang terjejas dengan banjir di seluruh negeri Kelantan. Sedih juga mendengarkan cerita pegawai polis yang bertungkus lumus menolong orang awam sehingga rumah mereka sendiri dinaiki air namun mereka tiada disana. Pegawai yang berurusan dengan kami, Tuan Adi,tak silap saya, sori tak ingat nama tuan,hihi. Beliau menceritakan bahwa sebaik pulang sahaja ke rumah,air telah naik hingga ke tingkat dua.tak sempat nak selamatkan apa-apa katanya. Kata beliau, sehingga kini sudah hampir rm 11 ribu dibelanjakannya untuk membaiki kereta dan rumahnya. Itu pun masih belum cukup dan hanya sedikit sahaja yang dapat diperbaiki.Allah, moga mereka dikurniakan kekuatan dan semangat untuk terus bekerja demi orang awam. Rata-rata barang bantuan disini berupa pakaian,makanan seperti beras,mee segera,gula,tepung dan biskut.Susunan air mineral setinggi hampir 8 kaki tersergam di depan stor simpanan. Dewan yang ada di IPD ini dijadikan stor simpanan dan pembungkusan bantuan. Antara kerja kami pada pagi ni hingga ke tengahari adalah menyusun susun atur bantuan sebab ada bantuan lain yang akan tiba. Selain itu,kami juga menolong proses pembahagian dan pembungkusan bantuan. Setiap isi rumah akan dapat satu beg plastik yang makanannya inshallah cukup untuk 2 minggu. Bantuan ini akan terus diberikan sehingga keluarga yang terlibat mampu menjana ekonomi rumah mereka semula.


Derita penduduk Gaza


Department maggi ^-^
   Seronoknya berkerja bila semorang ceria dan bersemangat sahaja waktu buat kerja. Ada pulak tetiba wujud department beras, department maggi, biskut dan paling tak menahan department kotak, muahaha. Kerja department kotak adalah membuka kotak-kotak yang dah tak digunakan dan akan dilipat sebelum dijual kepada lori recycle tu. Lawak betullah bekerja dengan mereka ni, sampai tak terasa penatnya. Ketika sibuk menyusun kotak yang telah dilipat, sempat saya berborak dengan Falah, salah seorang pelajar dari Palestine yang turut serta bersama kami. Waktu tu takda kotak lagi nak dilipat maka kami mengambil rehat sebentar sambil makan kurma. Terdetik di hati untuk bertanya pada Falah adakah situasi yang sama berlaku di Gaza sewaktu pembahagian barang bantuan kepada mereka. Falah membuka cerita, katanya dia tak pernah ke semenanjung Gaza, kerna rumahnya di Tebing Barat, malah nak cross area Israel pun mereka tak dibenarkan. Sungguh kejam Israel runggutnya. Namun yang lebih meyakitkan dan geram sangat dengar,bila Falah kata berdasarkan apa yang didengarnya dari rakan-rakan di palestin, bantuan yang diberi oleh masyarakat dunia tak sampai terus kepada penduduk Gaza kerna ia disekat oleh Israel. Sudahlah disekat,mereka juga bertindak menjual barangan tersebut kepada warga palestin. Siapa nak, kena beli, kalau tak,tak dapat. Antara lain ialah Israel mewajibkan warga palestin beli dahulu produk mereka, baru bantuan tersebut akan dilepaskan untuk masuk kedalam Palestin. Sungguh tidak berperikemanusiaan. Terkilan saya mendengar cerita dari Falah, betapa hebatnya dugaan yang ditempuh warga Palestin.
 
Menyusun barang bantuan
   Untuk mengubah tajuk dan menceriakan keadaan,sengaja saya bertanya tentang briged Al-qassam kepada Falah. Wajahnya berubah ceria dan teruja baca excited. Falah begitu bersemangat bercerita tentang briged Izzuddin al-qassam. Katanya, hanya mereka yang terbaik dapat masuk briged al-qassam. Malah ahli al-qassam sangat menjaga solat,quran dan betul-betul mengikuti ajaran  Rasulullah saw ujarnya. Falah juga menambah bahawa al-qassam tidak pernah mencenderai wanita dan anak-anak kecil ketika berperang. Hatta pokok-pokok dan tumbuhan juga mereka akan cuba sedaya upaya agar tidak merosakkannya. Semua ini sama seperti ajaran baginda nabi yang melarang tentera islam dari menganggu wanita,kanak-kanak dan tumbuh-tumbuhan sewaktu perang. Sungguh kagum dengan warga Palestin, moga allah bantu mereka dan jaga mereka sehingga saat kemenangan umat islam tiba.

   Kerja kami di IPD tamat pada waktu zuhur. Alhamdulillah,hampir 400 bungkusan sempat kami siapkan. Mengikut pegawai polis yang bertugas menguruskan bantuan tersebut, kami gelar beliau dengan gelaran "kak long". Bukan melawak tapi kerna lagaknya memberi arahan dan perwatakannya, lawak sungguh namun rasa hormat kami tetap ada, sengaja berseloroh. Ujar beliau, jika mereka sahaja yang bekerja hanya dapat selesaikan 200 bungkusan sehari. Itupun dengan kekuatan 10 orang pegawai wanita. Sungguh hebat pengorbanan mereka, moga dipermudahkan setiap urusan titipan doa dari kami. Mereka amat berterima kasih dengan kehadiran dan bantuan kami. Tak tau lah kami yang perasan atau memang mak cik's tu semua gembira,haha. Zuhur dan makan tengahari di UMK sebelum misi seterunsya!.


Nikah muda,pasangan muda

   Hari ini, dari petang hingga ke malam kami akan berkampung di UMK cawangan Bachok.
Tugasnya? ha...kami akan membantu UMK, yang ditugaskan untuk key-in data mangsa banjir di seluruh negeri Kelantan. Bayangkanlah, seluruh negeri Kelantan kut. Datanya meliputi nama keluarga, alamat, ic number dan berbagai lagi.Allah,,banyak sungguh kerjanya. Disinilah "King of typist" akan muncul,haha. Tiba di Bachok jam 4 petang, kami mula bekerja sebelum berhenti pada waktu maghrib. Kampus ini sungguh cantik dan kemas, tapi nampak macam terbiar. Mungkin kerana semua pelajarnya sedang bercuti. Disepanjang jalan masuknya juga ada deretan kandang haiwan seperti rusa, burung kasawari dan lain-lain. Excited betul budak-budak ni macam masuk zoo. Sekitar jam 6 petang, sempat saya dan rakan berjalan di sekitar kawasan kampus, reka bentuknya cantik dan kemas. Disebelah belakang kawasan kampus kerja-kerja pembinaan masih berjalan, mungkin  blok baru untuk kampus kut.

makmal komputer
   Selesai solat jama' qasar maghrib isya', kami sedia di dalam makmal komputer untuk kerja key-in data. Selesa yang amat makmal komputer ni,dengan kerusi empuk, pendingin hawa dan headphone besar gedabak. Tambah pula ada internet, memang semorang suka lah en,hihi. Namun,langit tak selalunya cerah.bajet sedih je. Sister yang uruskan kami, juga salah seorang pelajar UMK meminta 5 orang dari kami untuk volunteer ke Fakulti veterinar UMK,di jalan Padang Tembak. Katanya, mereka kekurangan tenaga manusia di sana untuk key-in data. Dengan paksa rela,saya ikut sahaja geng yang dah ngajak kesana. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 45 minit. Fakulti veterinar ini lebih dekat dengan Kota Bharu, dan nanti waktu geng sukarelawan dari Bachok ni balik, mereka akan berhenti dan ambil kami disini.
 
   Sampai sahaja di fakulti veterinar, kami diberi simple briefing dan terus ke kerusi masing-masing. Disini kami berserta dengan pelajar-pelajar UMK bertungkus-lumus key-in data sebab sasarannya hari ini adalah untuk key-in 5000 isi rumah bagi pusat ini sahaja. Allah,lepas satu-satu saya key-in sehinggalah sampai ke sehelai kertas yang menarik perhatian saya,eh kami! huhu..Pasangan yang termuda sekali saya key-in datanya ialah sepasang zauj dan zaujah berusia 18 tahun dan 17 tahun masing-masing.Sebelum ni ada je yang usia 20 dan 21 yang dah kahwin kami key-in,tapi yang ini belum 20 lagi kut,haha.Dengan usia yang muda dan ada anak seorang, saya terbayang juga bagaimana lah kehidupan mereka. Namun rezeki mereka,Allah jodohkan dan tetapkan mereka membina keluarga pada usia yang sangat muda.UNTUNGLAH.hahaha. Tak disembunyikan perasaan ingin membina keluarga dan bersama dengan zaujah juga, tapi saya putuskan untuk kejar prioriti yang lebih utama. Berkahwin dan hidup berkeluarga bukanlah objektif utama buat masa ini.
Kami bekerja sehingga jam 12 tengah malam.15 minit menghampiri jam 12 malam sister yang uruskan kami tu dah call beritahu yang mereka dah bergerak dari Bachok dan akan tiba dalam 45 minit lagi. Tak sempat nak tahu namanya, hanya nombor sahaja yang saya tahu untuk tujuan komunikasi. Maka kami berlima putuskan untuk berhenti jam 12 malam dan berjalan di sekitar kawasan fakulti veterinar tersebut. Mengambil udara malam dan melihat ragam masyarakat di waktu malam.

   Jam 12.30 malam kami berlepas pulang ke Kota Bharu. Sister tadi pun dah selamat balik dengan rombongan pihak UMK. Alhamdulillah,sampai di tempat penginapan semua terus lelap. Tak nyempat nak mandi,haha. Esok merupakan hari terakhir sebelum kami berlepas pulang ke UIA semula. sedih ada, tapi gembira pun ada, sikit. Syukur kerana diberi peluang dan ruang untuk berbakti kepada masyarakat disini. Moga esok lebih baik.

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 1
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 2
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 3
Tenggelamya Serambi Mekah: Epilogue