Bercinta Hingga Ke Syurga
Jam 9 pagi.Setelah selesai sarapan pagi dan sedikit taklimat,pasukan kami berlepas ke sebuah kampung yang terletak di pinggir kota Bharu.Sewaktu dalam perjalanan,kami berselisih dengan beberapa kereta pancuan empat roda yang turun menyertai misi bantuan ke Kelantan.Seolah-olah pemandangan biasa apabila bertemu dengan deretan lori dan pacuan empat roda yang datang mebawa bantuan ke sini.Terasa kagum dan gembira dengan semangat kesatuan negara dan ummah dalam saat-saat sukar seperti ini.Sungguhlah,Quran telah lama menyatakan setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain,mereka tidak saling menyakiti dan akan saling bantu-membantu.Namun begitu,sumbangan warga Malaysia bukan sahaja datang dari orang islam sahaja,ia datang dari pelbagai agama dan bangsa.Syukur,nampaknya apa yang kita bina dan lalui bersama sejak zaman kejatuhan kesultanan Melaka hingga ke penjajahan british dan jepun telah menyatukan rakyat malasyia.Kami juga berselisih dengan bas dari UIAM yang membawa sukarelawan dari trip ke-3,puas lambai dan bersorak namun balasan dari mereka hanya mata yang tertutup rapat dan wajah yang lena dibuai mimpi.Semua tidur rupanya!,mungkin keletihan kerna jarak perjalanan yang ditempuh untuk kesini.
Water mark di tingkat 2,nampak tak? |
Tepat jam 10 pagi,kami telah siap berkumpul dan dipecahkan kepada 4 kumpulan.Setiap kumpulan terdiri dari brothers dan sisters beserta dengan kelengkapan perang,berperang dengan selut dan lumpur(><).Kesan banjir disini jelas dilihat dan amat mengerikan.Bayangkanlah,paras air di tahap dada walaupun anda berdiri di tingkat 2 sebuah rumah.Serius dalam weh.Bersama-sama dengan ahli team kami,kami ditugaskan untuk membersihkan sebatang jalan agar memudahkan kenderaan seperti kereta untuk masuk.Ini kerana selut yang tinggi telah menutupi keseluruhan jalan dan menghalang laluan kereta.Dengan berbekalkan 2 penyodok dan sebuah kereta
Kami membantu membersihkan laman rumah atuk dan nenek sebelum meminta izin unutk pergi.Sewaktu hendak meninggalkan mereka,terasa berat hati mengenangkan kudrat yang ada pada mereka untuk meneruskan kerja pembersihan.Syukur,pasukan ke-3 telah sampai dan kami amanahkan mereka untuk sambung shif kami,Sebelum bertolak ke headquarters,kami berkumpul dahulu di pusat operasi,sebuah rumah penduduk yang kami jadikan tempat briefing@rendezvous sebelum mula bekerja.Menikmati air kordial dingin dan roti sambil melepaskan lelah.Disini juga sempat saya menyapa dengan rakan-rakan saya yang baru hadir dengan trip ke-3.Tugas kami telah selesai,namun masih banyak yang perlu dikerjakan.Moga-moga dengan kehadiran team ke-3 akan menyiapkannya atau sekurang-kurangnya separuh darinya.
Berat mata memikul,berat lagi bahu yang memikul
tak nampak dah jalan bertar.semuanya selut |
Sampai di UMK,kami terus bersiap dan menunggu sehingga selepas waktu zuhur baru berlepas pulang.Itupun,kami hanya berlepas kira-kira jam 4 petang kerna menunggu kedatangan bas.Sedikit masalah teknikal menyebabkan jadual perjalanan kami terganggu.Menariknya,kami akan melalui kawasan Kuala Krai dan Manik Urai,maka dapatlah kami melihat kesan pasca banjir disana.Sungguhlah,apa yang kami lihat benar-benar sama seperti yang dikhabarkan.Disepanjang laluan tersebut,kami berselisih dengan rumah-rumah yang hanya tinggal tiangnya sahaja,malah seketika itu juga kami lalu diatas jambatan yang telah retak dan runtuh sebahagiannya dek tolakan air deras.Bangunan di tebing sungai runtuh dan rosak,pokok-pokok juga tumbang dan mati kerna terendam lama didalam air.Begitu dasyat pemandangan disini.Namun tak semuanya dapat kami lihat kerna waktu sudah maghrib dan alam mula kelam sebelum bertukar gelap.Beberapa buah rumah masih menggunakan lilin dan lampu miyak gasolin,mungkin kerna bekalan elektrik belum pulih.Allah,sedih dan hiba memikirkan nasib mangsa yang tidak mempunyai rumah.Dimanakah mereka hendak tidur,mandi,berehat jika hanya tiang sahaja yang tinggal.Tidaklah allah uji mereka melainkan mereka mampu menanggung ujian tersebut.Sungguh berat ujian mereka,moga allah kurniakan kekuatan untuk bangkit semula,Kelantan.
jambatan sementara |
Perjalanan penuh erti
Sesungguhnya perjalanan kali ini telah memberi saya seribu satu pengalaman yang cukup bermakna.Disini juga saya akur bahawa tuhan itu ada,dan Dia tidak pernah meninggalkan hamba-hambanya yang selalu memuji dan mengingatinya.Bertapa tingginya kepercayaan seorang hamba,bilamana saya saksikan disini mangsa banjir tidak menyalahkan tuhan,mereka tidak menunding jari atau menuduh tuhan menyakiti mereka,tetapi mereka melihat semula pada diri mereka.Bertapa selama ini kita lalai dalam mentaati perintahNya,kita bertindak sesuka hati seolah-olah kitalah raja,kita sangka kita tidak akan tua,kita sangka syurga itu milik kita,hingga kita lupa wujudnya neraka,hingga kita bangga dengan keupayaan diri kita,namun kita tidak sedar tiket yang kita tempah bukan laluan ekspress ke syurga,tapi neraka.Naudzubiilah.
Saya juga merasa gembira kerana dapat bergaul dengan warga Kelantan.Jiwa mereka lembut dan tenang,senyum mereka tetap manis walau harga gula naik lagi.Eh,walau mereka kini hampir tidak ada apa-apa.Tetapi benda-benda kecil seperti gotong-royong bersama,sembang sesama jiran sambil mengemas rumah,itulah yang mengikat hati-hati mereka.Moga saya dijodohkan untuk berjumpa orang Kelantan lagi kelak,Sungguh saya mengkagumi anda.Syukur atas peluang yang telah Allah berikan ini melalui hambanya.Jazakallahu khairan kasir kepada pihak Censerve iium,SRC,dan pihak-pihak yang berusaha gigih menjayakan misi kali ini.Kalau selepas ini ada lagi misi-misi bantuan kemanusiaan,inshallah saya nak ikut lagi!
HatiKu tertinggal di Kelantan.EH?
Galeri gambar
Salah sebuah rumah mangsa |
Cuba teka siapa yang penat sangat? |
Kawasan penginapan brothers |
Brothers |
Sisters |
Let me take a selfie |
with le imam and bilal |
Team trip ke-2 |
No comments:
Post a Comment