Thursday, January 22, 2015

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 2

Hujan pembawa Rahmat

   Selepas hampir 8 jam perjalanan,kami tiba di Kota Bharu pada jam 6 pagi. Elok-elok je sempat singgah solat subuh di masjid Ayesha,Kok lanas. Sedap betul nama masjid ni,first time jumpa masjid yang namanya agak moden lah jugak. Nak kata rezeki Allah tu ada dimana-mana,usai solat subuh ada pak cik belanja makan mee goreng. Sedekah jariah mungkin kerna hampir 40 pack juga yang dibawanya. Orang dah bagi takkan kita nak menolak en?hihi. Solat sudah,breakfast pun sudah, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan dan penempatan, kira macam headquarters untuk team UIA la,di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Kota Bharu. Tiba sahaja disana,hujan lebat menyambut ketibaan kami.Allah..Kawasan sekitar kampus juga dinaiki air,tapi takat buku lali je certain area, tak semua. Kesan air banjir yang naik tinggi pada hari krismas lepas jelas kelihatan di dinding-dinding kawasan kampus. Bayangkanlah,bila kitorang ukur,paras dada kut tinggi dia, serius tinggi. Pokok-pokok pun ada yang dah mati, kekuningan disalut selut coklat kerna ditenggelami air banjir. Kami berada tidak lama disini dan tak sempat pun nak offload luggage ke tempat penginapan, dah kena bergerak ke Balai Polis Kota Bharu kerna ada kerja disana. Pergh,tak nyempat nak rehat dah kena jump into actions..muahaha

   Hujan masih belum reda ketika kami tiba di Balai Polis KB. Disini,kami ditugaskan untuk membantu pihak polis membersihkan kawasan sekitar balai mereka. Sebenarnya kitorang ingat main lumpur tu best, sekali sampai sini,allah je tahu bertapa penat dan lecehnya nak hilangkan kesan lumpur nih. Dalam proses gotong-royong di balai polis ini, kami turut bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Bomba, RELA, Polis pelatih dan warga balai polis KB sendiri. Disini jelas terpampar semangat gotong-royong dan kesedaran sosial antara para sukarelawan dan semua yang terlibat. Terkadang sedih dengan masyarakat sekarang yang semakin hilang nilai-nilai kerja kemasyarakatan dan hubungan sesama manusia. Nak disalahkan teknologi,manusia sendiri yang mencipta teknologi demi kemudahan mereka. Maka terletak pada kita untuk guna teknologi dan segala kemudahan dengan betul. Ramai juga anggota polis disini yang asalnya bekerja luar dari negeri Kelantan, kemudian pulang kesini semula. Jadi, tak adalah kami ada masalah nak berborak dengan mereka, ialah sesetengahnya kecek kelate pekat sangat,tak berapa nak faham,ahaha..

Optimus Prime!haha
   Sepanjang 3 jam membersihkan kawasan balai,hujan tidak berhenti dan terus-menerus turun.Cerita dia memang semorang basah kuyuplah! hujan-hujan pun masih bekerja, kagum dengan semangat yang ditunjukkan. Malah,yang seronoknya sebab ada lori maggi datang bawak makanan. Boikot?orang nak bagi free takkan kita tolak kut?..sempat juga saya sembang dengan pak cik yang bawak lori maggi tu,katanya memang setiap tahun Nestle ada sediakan portion daripada produk mereka untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan, kira memang dah ada dalam bajet tahunan mereka. Ini dikira sebagai Corporate Social Responsibility(CSR). Memang setiap syarikat ada CSR mereka yang tersendiri, anda boleh lihat iklan Petronas yang pasal  terumbu karang dengan hutan simpan tu,ha tu CSR mereka begitu juga dengan Astro Kasih yang dilakukan oleh Astro.
Makanya,merasalah melantak maggi cup panas asap berkepul-kepul dibawah hujan rintik-rintik. Nikmat dia,pergh..haha..Sungguh, walau aktiviti pagi ini nampak seperti santai dan gembira sahaja, tapi banyak yang kami dapat. Nilai-nilai masyarakat melayu di disini masih tidak pudar seperti di kebanyakkan bandar-bandar besar. Moga ia terus terpelihara dan diteruskan generasi akan datang, kita.


Kampung Pendek,Kota Bharu

   Sore pertama di Kelantan kami berlepas ke Kampung Pendek bagi membantu membersihkan sebuah surau yang masih diselimuti selut dan sisa banjir. Pertama kali menjejak kaki ke ruang dalam dalam surau,lantainya coklat sambil dinding masih kuning kesan air banjir. Bahagian luar surau tidak kurang teruknya, selut di longkang juga sedalam 1 kaki.Surau ini juga masih tak dibersihkan kerana orang-orang kampung masih lagi membersihkan kawasan rumah mereka. Saya memilih bekerja untuk membersihkan kawasan luar,sebab kerjanya berat sedikit berbanding di dalam. Biarlah sisters settlekan bahagian dalam,sambil ada segelintir brothers yang menolong mengangkat almari dan perkakas lain yang ada untuk dibasuh. Dugaan pertama,bekalan air bersih tiada. Kerajaan negeri Kelantan telah mencatu air menyebabkan bekalan air terputus,tangki air surau pun dah habis.Hanya sempat digunakan untuk menembak air tadi. Kami termenung..takkan hendak ditinggalkan kerja separuh jalan.sedih melihat keadaan surau yang masih kotor dan tidak sesuai digunakan. Alhamdulillah,Allah maha melihat dan mengabulkan doa hamba-hambanya. Pakcik yang menetap di sebelah surau menawarkan kami sumber air dari peringinya,inshallah cukup katanya. Namun kami diuji lagi bila kekuatan daripada Water jet tidak cukup kuat untuk menyedut air dari dalam perigi. Bemacam cara juga dicadangkan,antaranya nak guna metode tradisional dimana kita cuba sedut air dengan menggunakan mulut,tapi tak berjaya. Permukaan air terlalu jauh dari mulut perigi,kompem semput nak sedut!ahaha

ruang solat surau
   Akhirnya,kerana kemurahan hati pak cik tadi,beliau menyuruh sahaja kami menggunakan air dari tangki rumahnya. Katanya tak apa kerna dia hanya tinggal berdua dengan isterinya,mereka tak banyak gunakan air. Pada mulanya kami keberatan,namun kami percaya bila yang sedikit itu cukup,itulah apa yang dipanggil berkat. Antara yang sempat kami bersihkan hanyalah ruang solat dan kaki lima surau. Tikar didalam ruang solat telah kami buka dan buang sahaja kerna tidak mampu dibersihkan. Manakala quran dan buku-buku agama yang telah rosak kami kumpulkan untuk diuruskan oleh pihak yang lebih arif untuk menguruskannya. Alhamdulillah kerja kami tamat jam 6 petang dan kami bertolak pulang ke UMK. Sambil bas meneruskan perjalanannya,saya sengaja pilih tempat duduk di sisi jendela kerna ingin melihat kawasan sekitar. Disebalik cermin empat segi yang memisahkan kami, saya lihat masih banyak rumah-rumah dan kawasan yang belum dibersihkan sepenuhnya daripada kesan banjir. Longokkan sampah-sarap yang dahulunya perkakas dan barangan di dalam rumah bertimbun di tepi jalan. Bertapa tabah dan kuatnya mereka untuk bangkit daripada musibah ini.Allah, moga mereka yang terlibat diberi kekuatan dan semangat untuk memulakan semula hidup mereka. Terdetik di hati, apa yang kami bantu tadi hanya kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan apa yang mereka hadapi. Moga sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban mereka.


   Malam ini kami diberi waktu  untuk berehat. Kerja tak semegah pun tapi dah berehat,ahaha..Sempat juga berjalan-jalan di sekitar kawasan pekan bersebelahan dengan UMK, kebetulan ada pasar malam,hihi. Tapi sebab kitorang ni jenis ikut peraturan, kami tak beli kerna dilarang sebab takut makanan yang dimasak kurang bersih,yelah faktor bekalan air bersih dan tanaman yang ditenggelami air banjir. Solusinya,pergi 7E ajelah.haha. Menghampiri jam 11 malam, geng2 brothers melepak ngeteh sambil bonding tengok game Chelsea lawan Newcastle di warung berhadapan dengan UMK. Dalam bas kata takkan beli makanan luar, sembang lebat semua! teh tarik dan laksa ditelan cukup berselera, hahaha. Walau baru berjumpa dan takat kenal muka sahaja, bila masuk bab tengok bola, sembang bola semua sekepala! Alhamdulillah buat hari pertama di bumi Kelantan. Mengharapkan agar esok diberi kekuatan untuk bangun awal sebab malam ni lepak lama sampai tiduq jam 1 lebih,wahaha.
 



kawasan luar surau


para sukarelawan

Wednesday, January 21, 2015

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 1

Travelog ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis selama 4 hari 3 malam bermusafir ke negeri Kelantan,atas kapasiti sebagai salah seorang sukarelawan program pasca banjir iium 2015.

Jumaat,9 Januari 2015

   Pagi jumaat yang segar itu diisi dengan rutin-rutin biasa.Saya baru pulang ke rumah kelmarin selepas tamat peperiksaan akhir semester di uia gombak.Alhamdulillah,begitu pantas masa berlalu bila mengenangkan saya telah berjaya menamatkan tahun pertama di uiam.Menjadi  seorang pelajar kejuruteraan tak menyekat niat saya untuk belajar ilmu-ilmu lain.kalau boleh saya nak belajar semua ilmu,dan antara yang paling  diminati adalah berkaitan manusia,atau lebih mudah dipanggil sains kemanusiaan.Oleh sebab itu,3 minggu lepas ketika tawaran untuk menjadi sukarelawan program pasca banjir dibuka,tanpa teragak-agak saya terus isi nama.Masa tu tak fikir pasal member sangat,asalkan dapat join.Sebab saya memang dah lama nak join program-program macam ni.


   Jam 4 petang,setelah usai solat jumaat di masjid bandar baru Nilai,saya memulakan perjalanan ke uiam gombak.Ini kerana bas kami yang akan membawa kami ke Kelantan akan bertolak pada jam 10 malam nanti,maka sengaja saya bertolak lewat dari rumah.Emak dan Abah sudah pun merestui pemergian saya,'Jaga diri baik2,jangan lupa pakai mask masa buat kerja ,kat sana banyak habuk",dialog wajib semu amak bapak kat dunia.Pesanan menjaga diri lah en..Abah pun dah dua kali ke Kelantan sebelum ni dengan misi bantuaan banjir anjuran tempat kerjanya.Perjalanan ke gombak mengambil masa kira-kira 2 jam jika menggunakan pengangkutan awam.Ini kerana saya terpaksa transit beberapa kali.Pertamanya dari Nilai saya akan menaiki kereta api tanah melayu,KTM hingga ke KL sentral.kemudiannya dari nadi negara malaysia itu saya akan menaiki LRT untuk ke stesen Putra di gombak sebelum menaiki bas rapid U231 menghala ke dalam uiam. Begitulah flow dia,dah masak sangat dah,sampai kalau tidur pun automatik terjaga kalau dah nak sampai stesen tu,ahahaha..Alhamdulillah,tepat jam 7 malam sampai di uiam,kerna kunci bilik dah dipulangkan kepada mahallah office.maka terpaksa lah saya menumpang di bilik rakan, Si Fawwaz yang kebetulan belum pulang kerna masih belum habis exam,haha..Dia ni budak HS,human science kat Gombak,sek kelate jugok ni.

   Selang waktu antara maghrib ke waktu perlepasan kami ke Kelantan saya isi dengan berborak santai bersama Fawwaz.Malah beliau juga sepatutnya dapat menyertai kami ke Kelantan,namun takdir allah mendahului beliau tidak dapat bersama-sama dengan kami ke sana. Sewaktu makan malam, sempat juga kami berbincang keadaan di negeri Kelantan dan tempat lain yang terjejas kerna banjir yang melanda tahun ini. Kata fawwaz lagi,banjir tahun ini adalah yang terburuk dalam sejarah negeri Kelantan,Takkanlah dia nak gebang sebab fawwaz sendiri adalah orang Kelantan. Disini dapat aku simpulkan bahawa jika belia sekarang gagal untuk melibatkan diri mereka dalam kancah permasalahan negara,maka negara itu pasti akan menghadapi masalah kelak. Sebagai seorang mahasiswa,kita perlu ambil tahu hal-hal semasa dan isu yang sedang dibincangkan dalam negara. Seorang mahasiswa tidak seharusnya hanya memikirkan tentang urusan pelajarannya semata, jika tidak begaimana anda boleh expect generasi pemimpin pada masa hadapan yang lebih baik jika hidupnya hanya diisi dengan kuliah,katil dan kafe, Kita perlu lebih daripada itu.




   Menjelang  jam 10 malam,para peserta telah pun berkumpul di sekitar tangga besar yang cukup popular dalam kalangan warga uia itu. Disini kami mendaftarkan diri dan diberi sedikit taklimat mengenai program serta diberi pil antibiotik sebagai langkah awal untuk mengelakkan jangkitan penyakit atau sebarang masalah kesihatan disana. Seperti yang kita maklum,keadaan udara dan air disana masih kurang bersih kerna sisa-sisa sampah dan najis yang ditinggalkan hasil bawaan air banjir yang tinggi. Sudah tentu jika nak sakit tu akan sakit juga,tapi bukankah islam mengajar kita untuk berusaha dahulu sebelum bertawakal.

Diceritakan Rasulullah saw pernah berkata kepada salah seorang sahabah yang kurang jelas dengan erti tawakal ketika itu.Sabda baginda."tambatlah unta mu kemudian bertawakal kepada Allah".Ini adalah kerana sahabah tersebut beranggapan bahawa beliau tidak perlu menambat untanya apabila berhenti kerna cukup dengan bertawakal kepada Allah untuk menjaga untanya.Konsep ini salah dan perlu diperbetulkan.Sebelum kita bertawakal kepada Allah,kena ada usaha, kena ada actions,barulah kita berserah pada Allah.haa gituh..

   Tepat jam 10.30 malam,rombongan kami mula bergerak. Dua biji bas dengan kekuatan hampir 60 orang gabungan sister and brother berlepas ke Negeri Kelantan. Rombongan yang membawa satu misi dan tekad,demi ummah dan kemanusiaan. Kelantan,kami datang!

Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 1
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 2
Tenggelamnya Serambi Mekah: Part 3
Tenggelamnya Serambi Mekah: Epilogue

Wednesday, December 31, 2014

2014 BUKAN tahun terburuk






2014.Bukan TAHUN terburuk Malaysia.

Eh seriuslah! ada yang lagi buruk ke?

 Tak ke tahun ini kita diuji dengan bermacam-macam ujian.Bermula dengan kehilangan pesawat MH 370 yang sedang dalam perjalanan dari Malaysia ke Beijing.Hingga kini masih belum ditemui.Apa nasib mereka,entah hidup entah tidak.Kalau hidup dimana?kalau meninggal,mana jasadnya??.
Seterusnya kemarau yang melanda negara sehingga bekalan air perlu dicatu.Tidakkah ini semua jelas menunjukkan kita benar-benar ditimpa musibah pada tahun ini?
Kemana hilangnya MH370?
kredit
Tak cukup lagi,sewaktu kita sedang berpesta ibadah di bulan ramadhan yang mulia,sebuah lagi pesawat MAS ditimpa nahas.MH17 khabarnya ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.


Abderrahman anak copilot MH 17 didukung rakan sekerja ayahnya.
kredit

Apa salah mereka? 

kenapa mereka?

kenapa kita?

kenapa Malaysia?!


"ISTIGHFAR bro,jangan cakap macam tu"


 Dah tu benda betul,kau expect aku nak cakap apa lagi?Tak cukup dengan tu,pantaui timur pulak dibadai bah.Banjir yang dikatakan terburuk dalam sejarah Malaysia.Ratusan ribu terputus hubungan dan bekalan makanan.Negara kita seakan-akan lumpuh.Kau tak rasa macam tu ke?

  Dan akhirnya,tika kita menghitung hari dan detik untuk melangkah ke tahun 2015,dengan harapan dan impian agar semuanya akan pulih,akan lebih baik,Nah!.kapal terbang Air Asia pulak hilang di lautan jawa.Sungguh pada aku ni semua dah terlebih cukup untuk katakan yang tahun 2014 adalah yang terburuk,paling sedih,tragik sekali dalam hidup aku.



"habis dah?"balas Razif sambil tersenyum nipis.

Naim hanya menjuir kan bibirnya seolah-olah bersetuju tapi dengan gaya sarkastik.

 "Bro,aku setuju dengan semua point kau.Betul tahun ni kita diuji dengan bermacam-macam musibah.Bukan takat kita,negara-negara lain pun sama.Palestin juga diuji hebat tahun ini.Tapi en,pada aku tak wajar kita sebagai hamba yang kerdil hina dihadapan Allah untuk cakap macam tu.Sebab apa??

 Razif cuba memancing Naim untuk masuk dalam fikirannya,tapi Naim tak menunjukkan tanda bersetuju atau membantah.Dia berlagak seperti tunggul mendengar kata-kata Razif.

"sebab Allah berfirman dalam surah Ibrahim,

"Jika kamu bersyukur dengan nikmat ku,nescaya akan aku TAMBAH lagi(nikmat) untuk mu,tapi jika kamu ingkar dengan nikmat-Ku,maka ketahuilah bahawa azab-Ku sangat pedih"-Ibrahim(ayat 7)"


  Allah tak tarik nikmat yang dia dah bagi bila kita ingkar arahan dia bro,tapi allah cuma ingatkan yang azab dia pedih,Malah kalau kita bersyukur,Allah akan tambah nikmat tu lagi.Kau tak rasa yang tuhan tu maha pengasih? Berapa banyak nikmat yang kau dah dapat tapi kau bersyukur sepanjang tahun 2014 nih?Nikmat dapat masuk universiti,dapat phone baru,dapat makan sedap-sedap,dapat kerja,dapat jumpa pasangan hidup kita,dapat gaji pertama,dapat anak pertama,dapat pergi haji,dapat merasa lagi taraweh dan moreh di bulan ramadhan.Maka nikmat tuhan mu yang mana yang engkau dustakan bro?.


Nastaghfirullah...

Siapa kita untuk mengata ketentuan Tuhan.Terimalah ia.walau perit,walau dada ini sayu,sebak menahan luka,tapi Allah masih ada, Allah masih ada.

Moga tahun 2015 kita lebih dekat dengan Nya.

Terimalah taubat kami ya allah,jangan engkau pesongkan kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami.Beri kami kekuatan untuk teruskan hidup ya allah.Hanya pada mu aku bergantung harap ya allah,hanya pada mu tempat aku bersandar dan merintih mengadu masalah.
Kerna engkaulah Tuhan ku!