Monday, June 16, 2014

Seluar 3 Suku




 "Gila"

   Sepatah ayat tu dah cukup dah nak menggambarkan betapa terkejutnya Kimi bila dengar cerita yang baru Sapek sampaikan.Lepas tu meletus gelak antara kedua-dua orang sahabat tu.Sapek masih dengan sisa tawanya waktu Kimi bertanya semula,
"Weh,kau explain lagi sekali,apasal budak-budak tu selamba oren je ejek kau mak cik sapiah lah,mek peah lah?".
Kali ini memang dia nak jawapan yang lebih serius berbanding tadi.Syafiq membetulkan posisi duduknya sambil tangan masih menguis-nguis kerepek pisang yang berbaki di dalam bekas tin lama.Kerepek Tok wan memang terbaik!,kalau tak memang takkan sampai ke Leicester sana dibawaknya sem lepas.Mahu tak haru pegawai imigresen tu check ada kerepek pisang,dia ingat aku seludup nachos apa.

   Setelah selesa letak duduknya,Syafiq membuka hikayat.cerita seminggu lepas,memang kecoh satu kampung pasal kejadian tu.Dari tok imam sampai lah ke bebudak sekolah,semua kenal dia sekarang.

"aku cerita ni,kau jangan tuduh aku macam-macam pulak?"..Sapek buat muka serius.Soalannya dibalas anggukan oleh Kimi.Sapek dah buat gaya macam Rizal Hashim kat Astro Arena dah.

"Ok,macam ni cita dia,minggu lepas waktu aku keluar ngan korang tu,aku pakai seluar Bilabong hitam tu en,yang 3 quarter tu?,ingat?",dijelingnya Kimi sekilas.

Kimi gosok janggut  kambingnya,Sunnah en bela janggut."Ingat,tu kan seluar feveret kau."
balas Kimi sambil mulut penuh menguyah kerepek pisang.betul-betul sedap kerepek Tok wan nih.

"So,nak dibuat ceritanya,balik dari lepak tu dah masuk waktu asar,kebetulan aku lalu depan surau perumahan,baik berhenti solat terus en?.Makanya,puas aku round dalam surau tu,tak jumpa-jumpa jugak kain pelikat.Bilal dah nak iqamah dah,so aku redah je lah pakai Bilabong hitam tu solat sesama diorang". Kimi dah tersengih.

"Sekali habis solat,terkejut pak cik -pak cik tu tengok aku solat selambe dek je pakai 3-quarter".Sambil menahan sengih,syafiq menyambung cerita,"Bagi kita,macam biasa lah en,Pak arab kat Uni kita tu rilek je.Nak kata aku pakai seluar pendek,lepas syarat kut seluar aku!".Kimi dah tak boleh tahan nak gelak.

"Tapi,yang lain-lain mcam buat muka pelik je.Aku ingat dah selamat,sekali Pak Jalil panggil aku",
bala.Mata Kimi dah membesar tahap bola pingpong dah,silap-silap lagi besar!

"Kena jugak lah dua tiga das dengan dia,lepas tu tiba-tiba pak Jalil bangun,geledah sana-sini,tak jumpa juga kain pelikat,dia bagi aku kain sarung telekung yang ada dalam surau tu" Tawa meletus kuat.

 "Eh?!,nak buat apa kain ni pak cik?"Syafiq masih tercengang lepas disergah Pak Jalil tadi.Pak jalil ni memang,dengan misai kumis ala-ala Hitler tu,mana tak cuak budak-budak kampung ni kalau dia menegur.

"nah,pakai ni,semayang balik."

Tiga patah perkataan  ditambah dengan mata tak ada emosi dia tu.Macam tenggelam dalam iceberg.

"The rest is history" Sapek angkat tangan.

"Sengal lah kau!"bahu syafiq ditolak Kimi sambil dia sendiri terhinjut-hinjut menahan gelak."Dah yang kau pegi redah solat pakai 3 quarter tu buat apa.

"Ala,masa tu,option yang ada tu je."

   Tapi dalam hati dia,syafiq tahu tindakannya hari tu ada baik dan buruknya.Baiknya,dia dapat tunjukkan bahawa islam tu mudah,cuma kadang-kadang kita sendiri yang buat dia nampak macam susah dan rumit.Benda yang sebenarnya mudah dan tidak membebankan disusahkan dek kerana budaya dan adat.Contohnya,bab solat pakai seluar three quarter.Kalau nak diikutkan pada hukum,yang wajibnya adalah menutup aurat.Dan bagi lelaki,part yang kena ditutup adalah dari kepala lutut hingga ke pusat.Dan ada juga pendapat yang mewajibkan bahu kita dilapik dengan sekurang-kurangnya sehelai kain.Daaaan,buruknya,bila masyarakat sendiri kurang jelas dan mudah menuduh si pesalah tanpa usul periksa.Masyarakat kita terlalu terikat dengan adat dan budaya.Namun,bukan nak kata salah,cuma kadangkala kita merumitkan atau membebankan benda-benda yang sebenarnya mudah dan ringan.Contohnya,bila cerita bab nikah,mesti menelan kos-kos yang tinggi bahkan mencapai ratusan ribu ringgit.Kerna apa? kerna adat dan juga rasa tercabar sesama manusia.Kesudahannya,pasangan pengantin yang terpaksa tanggung hutang sana-sini.Eh?!,jauhnya melencong,haha.



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."( Al-Baqarah: 208)
   

   Bila fikir dua kali,sebenarnya orang yang ada ilmu sikit-sikit macam aku ni, dan yang sememangnya berilmu juga harus sedar dengan tahap ilmu mad'u atau golongan sasaran dakwah yang didekati.Bila kita berborak atau sembang dengan seseorang,kita mesti peka dengan tahap ilmu dia.Bukan nak kata kita ni bayak sangat ilmu,atau Terar lah sangat,tapi supaya kita tak mencetuskan kekeliruan dan membuatkan mad'u tu pening.

   "Serulah (manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk".(Al-Nahl:125)



Rujuk pada ayat diatas,dapatlah kita simpulkan bahawa dalam berdakwah ada wasilah atau caranya.Seharusnya kita sentiasa cube untuk upgrade diri kita dari masa ke masa.Tidak dinafikan keperluan dakwah kepada ummah dan masyarakat,tapi tarbiyyah dzatiyah perlu selalu dijaga dan dipenuhi.Supaya apa? supaya kita tak menjadi Daie yang Mati.Yang hanya tahu mengajak dan mendorong insan lain menuju Tuhan.Hakikatnya kita sendiri yang tergelincir dari gerabak menuju sorganya.Naudzubillah.


*Cuba untuk catch up balik 5 bulan punya post.Semester yg padat!,cuti ni baru dapat bernafas.
kahkah.


#bukuconteng



No comments:

Post a Comment